The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ryeihan1983, 2021-05-19 04:27:53

MINIT MESYUARAT BIL 1 / 2021

Tarikh Hari
Masa Tempat Pengerusi Kehadiran
KOLEJ DATU PATINGGI ABANG HAJI ABDILLAH, KUCHING MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BIL.1 / 2021
: 5 Februari 2021 : Jumaat
: 8:00 pagi
: Bilik guru
: Ustazah Noorhasyimah binti Mohidin ( Ketua Panitia Pendidikan Islam ) : 5 orang
Nama Yang Hadir :
1 Raniah binti Amnin
2 Noorhasyimah binti Mohidin
3 Muna Rehan binti Dollah
4 Hjh Dayang Rubiah binti Hj Awang Dahlan
5 Mohammad Zubair bin Mustafa
Turut Hadir : -
Tidak Hadir Bersebab : -
1. PERUTUSAN PENGERUSI
Guru Kanan Kemanusiaan Ketua Panitia Pendidikan Islam Setiausaha
Guru Pendidikan Islam
Guru Pendidikan Islam
1.1 Mengalu-alukan kehadiran semua hadirin. Mengucapkan terima kasih kepada semua Guru Pendidikan Islam (GPI ) atas kehadiran mesyuarat Panitia Pendidikan Islam yang pertama bagi tahun 2021. Mengucapkan tahniah kepada semua GPI atas komitmen dan kerjasama yang diberikan untuk membolehkan semua aktiviti dan perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya terutamanya dalam PdPR tahun 2020 walaupun berhadapan dengan pandemik Covid- 19. Harapan kepada GPI agar boleh memperbaiki dan menambah baik PdPR tahun ini berdasarkan pengalaman tahun lepas. Mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan setiausaha Panitia tahun lepas dan mengalukan setiausaha baru untuk tahun 2021 ini.
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI KE 3
Pengesahan: Hjh Dayang Rubiah binti Hj Awang Dahlan Disokong oleh: Ustaz Mohammad Zubair bin Mustafa


3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
i. PAFA perlu direkod berdasarkan tingkatan iaitu menggunakan borang kelompok sahaja.
ii. Tiada surat lantikan khas untuk penilai PAFA bagi tahun ini sebagaimana tahun-tahun yang sudah kerana pihak sekolah telah merangkumkan sekali perlantikan tersebut dalam senarai
tugasan guru secara individu seperti yang terdapat dalam Diari Permata.
iii. Ucapan tahniah kepada semua GPI atas pencapaian pelajar dalam Pertandingan Khat yang
berjaya mendapat tempat ketiga Peringkat Kebangsaan dalam eMQSS pada tahun 2020.
iv. Harapan agar persediaan yang lebih rapi dapat dibuat supaya lebih ramai lagi Permata Kolej mewakili sekolah dan berjaya ke peringkat kebangsaan untuk semua kategori yang
dipertandingkan pada tahun ini.
4. LAPORAN
4.1. Amanat Ketua Bidang Kemanusiaan
TINDAKAN SEMUA
i. Berharap perkongsian 13 perkara dari Ketua Bidang semasa Mesyuarat Bidang Kemanusiaan yang dikongsi oleh ketua panitia di dalam telegram rasmi GPI sudah dibaca dan difahami dengan sebaiknya.
ii. Penggunaan Minggu bagi PdPR sama ada Minggu 1 atau Minggu 3 (mengikut diari) untuk perlaporan RPH akan dibincangkan bersama pihak pentadbir dan dan akan dimaklumkan kemudian.
4.2. Pembentangan Ketua Panitia Pendidikan Islam
i. Perancangan Tahunan Panitia Pendidikan Islam 2021 seperti dalam Lampiran A
ii. Agihan tugas sudah diusahakan agar tidak bertindan dan saksama bagi setiap GPI
iii. DSKP/DPK 2.0 dan Panduan PdPR perlu fahami dengan sebaiknya.
iv. Penyelaras tingkatan perlu mengemaskini RPT,menyelaras PBD, Praktikal Ibadah dan GRIP
serta mencetak DPK 2.0 untuk dimasukkan ke dalam Fail Sokongan Panitia.
v. RPH (PdP bersemuka dan PdPR ) dan RPT dihantar pada 19 Februari 2021 dan pastikan akur dengan kehendak pihak pentadbir yang meminta dimasukkan 4 perkara iaitu Tajuk, Objektif,
Aktiviti dan Refleksi,
vi. RPT Pendidikan Islam hendaklah dirancang mengikut keperluan Panitia dan tidak semestinya
mengikut urutan tajuk dalam DPK2.0 kerana penggubalan soalan peperiksaan adalah
mengikut Format Peperiksaan PT3 dan SPM KSSM yang menguji semua bahagian/bidang.
vii. RPT telah disediakan oleh Ketua Panitia dan memohon agar setiap penyelaras tingkatan mengemaskini apa yang perlu terutamanya tarikh peperiksaan dengan merujuk kepada diari
sekolah.
viii. PBS/PBD/PASS (PAFA) mesti dibuat dan direkodkan
ix. RPH PAFA tidak perlu dibuat secara khusus tetapi boleh diselitkan dalam tajuk yang diajar .
x. Memaklumkan GPI akan membuat perkongsian pengurusan PBD Panitia atas permintaan Puan
Anita selaku Penyelaran PBD untuk LDP pada hari Khamis selepas cuti Tahun Baharu nanti.
xi. Pelan Taktikal dan Operasi perlu dinilai semula agar sesuai dengan keadaan semasa.
Mengingatkan 3 fokus GPI dalam pelan strategik yang lepas iaitu :
a. Gemilang Pendidikan Islam : Kemenjadian pelajar dalam bidang akademik dan sahsiah
b. Peningkatan Professional GPI melalui PLC, PAK 21 dan KBAT, pendekatan modular, inkuiri
Masteri dan lain-lain.


c. Bahan PdP dan PdPR perlu disemak dahulu sebelum dikongsi dengan pelajar agar ia berkualiti dan bermanfaat . Perbincangan lanjut tentang pelan Taktikal dan Operasi akan dibuat pada masa yang akan ditentukan nanti.
TINDAKAN SEMUA
5. HAL-HAL LAIN
i. Kunjung Bantu PPD / Pemantauan PAFA, pengerusi memohon agar GPI dapat sama-sama lengkapkan maklumat yang perlu dalam borang kunjung bantu seperti yang telah dikongsikan dalam telegram rasmi GPI. Memaklumkan seorang pelajar gagal dalam PAFA 2020 kerana tidak hadir ke sekolah atas masalah peribadi iaitu Anisah pelajar tingkatan 5 Amethyst.
ii. Meminta GPI mengemaskini Maklumat GPI yang ada dalam GC Panitia Pendidikan Islam terutamanya bahagian tugas-tugas khas bagi tahun semasa.
iii. Enrolmen pelajar Islam perlu dilengkapkan seperti tahun-tahun sebelumnya
iv. Memaklumkan panitia hanya ada data markah Ujian Progresif 1 2020 untuk rujukan semua terutamanya untuk tingkatan 5 tahun ini bagi merancang program intervensi yang
bersesuaian.
v. Google Classroom (GC) untuk semua GPI perlu diatur mengikut mingguan yang
mengandungi Rekod kehadiran murid, bahan PdPR mengikut tajuk perbincangan pada minggu berkenaan dan diakhiri dengan pelaksanaan PBD tajuk tersebut agar senang untuk pemantauan dan ia lebih sistematik.
vi. Mengingatkan penghantaran RPH dan RPT ialah pada 19 Februari 2021 dalam bentuk softcopy untuk semakan PK Pentadbiran.
vii. Cadangan pengisian untuk LDP daripada Panitia Pendidikan Islam ialah perkongsian tentang Padagogi /kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan keberkesanan PdP dan PdPR yang dilaksanakan oleh guru.
viii. Peruntukkan waktu minimun PdP/PdPR Pendidikan Islam seperti berikut;
PdPR
Waktu Perminggu
PdP
Tutorial
Ting. 1 hingga Ting. 3
240
120
120
Ting. 4 hingga Ting. 5
180
120
60
6. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9:30 pagi. Dicatat oleh,
( MUNA REHAN BINTI DOLLAH )
Setiausaha Panitia Pendidikan Islam
Disemak oleh,
( NOORHASYIMAH BT MOHIDIN )
Pengerusi Mesyuarat Ketua Panitia Pendidikan Islam
TINDAKAN SEMUA


Click to View FlipBook Version