The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirazulkofli01, 2022-09-05 11:49:16

BIODATA NABI MUHAMMAD S.A.W

Mengenali nabi Muhammad S.A.W

BIODATA NABI
MUHAMMAD

S.A.W

Nama sebenar Nabi
Muhammad ialah Muhammad
bin Abdullah bin Abdul Mutalib

bin Hasyim

Nama bapa baginda ialah
Abdullah bin Abdul

Mutalibbin Hasyim bin
Abd Manaf bin Qusay

Nama ibu baginda
ialah Aminah binti

Wahab

Tarikh lahir baginda
12 Rabiul Awal, Tahun

Gajah bersamaan
20 April 571
Masihi

Tempat
kelahiran
Baginda di

Mekah

Muhammad dan Ahmad.
Kedua nama ini memiliki
makna maf’ul (objek yang

dipuji).

Al Mahiy (Penghapus).

Al Hasyir (Pembangkit).

Al Aqib (Penutup).

Al-Amin artinya dapat
dipercayai. Nabi Muhammad
SAW menyandang gelar Al-

Amin kerana keteladanan
Rasulullah, sikap amanah,
dapat dipercaya dan juga

jujur.

Kuniyah (julukan)
yang sering

disebutkan bagi
Rasulullah sallallahu

alaihi wasallam
adalah Abu Qasim.

KISAH IBU SUSUAN
NABI MUHAMMAD
S.A.W

Suwaibah Al-Aslamiyyah dan
Halimah Al- Sa'diah

KELAHIRAN RASULULLAH SAW TELAH DISAMBUT DENGAN
PENUH KEGEMBIRAAN OLEH KELUARGA DATUKNYA
ABDUL MUTALIB. KETIKA BAGINDA SAW BERUMUR 7

HARI, DATUKNYA BAWA RASULULLAH SAW KE MASJIDIL
HARAM DAN TAWAF MENGELILINGI KAABAH UNTUK

MENUNJUKKAN KESYUKURANNYA KE ATAS KELAHIRAN
BAGINDA SAW.



KEGEMBIRAAN ITU TURUT DISAMBUT DAN DIRAIKAN
OLEH SALAH SEORANG DARI BAPA SAUDARA BAGINDA
SAW, IAITU ABDUL UZZA ABDUL MUTALIB, ATAU LEBIH

DIKENALI SEBAGAI ABU LAHAB. SEBAGAI TANDA
KESYUKURAN ABU LAHAB KEATAS KELAHIRAN

RASULULLAH SAW, BELIAU TELAH MEMERDEKAKAN
SEORANG HAMBA YANG BERNAMA SUWAIBAH.

SUWAIBAH ADALAH KAKAK IPAR KEPADA
AMINAH, IBU RASULULLAH SAW. DIA
MERUPAKAN SEORANG HAMBA YANG

BERKULIT CERAH DAN BERWAJAH MENAWAN.
BUKAN MUDAH BAGI SEORANG TUAN UNTUK
MEMERDEKAKAN SEORANG HAMBA SEPERTI

SUWAIBAH DAN IA MERUPAKAN SATU
KERUGIAN BESAR KEPADA ABU LAHAB.

WALAU BAGAIMANAPUN, SETELAH
MENDENGAR BERITA YANG DIBAWA DAN
DISAMPAIKAN OLEH SUWAIBAH MENGENAI
ADIK IPARNYA AMINAH TENTANG KELAHIRAN

RASULULLAH SAW, ABU LAHAB
MEMBEBASKAN DIA. KEMUDIAN SUWAIBAH
TELAH DIAMANAHKAN UNTUK MENJADI IBU

SUSUAN PERTAMA RASULULLAH SAW.

MEMANG MENJADI ADAT DI KALANGAN
BANGSAWAN ARAB MENYERAHKAN BAYI MEREKA

UNTUK DISUSUKAN OLEH IBU SUSUAN YANG
TINGGAL DI DESA. TUJUAN PENYUSUAN INI
ADALAH UNTUK MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA
BAYI MEREKA TERHADAP KEHIDUPAN DESA YANG
DIPENUHI NILAI MURNI. ANAK-ANAK AKAN
DIBESARKAN DALAM SUASANA DESA YANG TIDAK

TERCEMAR DARIPADA UNSUR NEGATIF
MASYARAKAT ARAB JAHILIAH DAN WABAK

PENYAKIT DI MAKKAH.
SUWAIBAH MENJADI IBU SUSUAN PERTAMA
RASULULLAH SAW BERSAMA ANAK LELAKINYA
YANG BERNAMA MASRAH. SUWAIBAH JUGA
MERUPAKAN IBU SUSUAN KEPADA HAMZA IBN ABD
AL-MUTTALIB, PAKCIK KEPADA BAGINDA SAW.

HAMZA HANYA 4 TAHUN LEBIH TUA DARI
BAGINDA SAW. RASULULLAH SAW PERNAH
MEMANGGIL ANAK PEREMPUAN HAMZA SEBAGAI,
"ANAK PEREMPUAN ABANG IBU SUSUAN KU..."

TEMPOH MENYUSU SUWAIBAH HANYALAH
BEBERAPA HARI SAHAJA, SELEPAS ITU TUGAS

MENYUSU RASULULLAH SAW TELAH DIBERI
KEPADA HALIMAH BINT 'ABDULLAH SEHINGGA
BAGINDA SAW CERAI SUSU. SUWAIBAH JUGA
MERUPAKAN SALAH SEORANG DARI SAHABAT
RASULULLAH SAW YANG TERAWAL MEMELUK
AGAMA ISLAM (SUWAIBAH MENINGGAL 7 A.H).

KISAH PENGASUH NABI
MUHAMMAD S.A.W

Ummu Aiman

UMMU AIMAN DIKENAL SEBAGAI SALAH
SEORANG SAHABAT TERDEKAT RASULULLAH.
DIA MERUPAKAN WANITA ARAB YANG MENJADI

BAGIAN ORANG PERTAMA YANG MASUK
ISLAM.

NAMA ASLINYA ADALAH BARAKAH BINTI
TSA’LABAH BIN AMR BIN HASHAN BIN MALIK

BIN SALAMAH BIN AMR BIN NU’MAN.
UMMU AIMAN ADALAH PEMBANTU DI
KELUARGA ABDULLAH BIN ABDUL MUTHALIB.
KEDUA ORANG TUA RASULULLAH SAW
MENGANGGAP UMMU AIMAN SEBAGAI
SAUDARA SENDIRI. IA DIKENAL SEBAGAI

PEMBANTU RUMAH WANITA YANG
MENYENANGKAN. UMMU AIMAN SELALU
MENYEDIAKAN DAN MEMBANTU KEPERLUAN

KELUARGA RASULULLAH DENGAN BAIK.

BERTAHUN SETELAH WAFATNYA ABDULLAH,
IBUNDA NABI SAW INGIN BERZIARAH KE

MAKAM SUAMINYA. NAMUN, DI PERJALANAN
AMINAH TERKENA DEMAM DAN

MENINGGALKAN RASULULLAH. RASULULLAH
PUN DIASUH DAN DIRAWAT OLEH UMMU
AIMAN.

UMMU AIMAN TERUS MENJAGA RASULULLAH
YANG MASIH KECIL MESKI BERPINDAH
PENGASUHANNYA KE ABDUL MUTHALIB,
DATUKNYA, KEMUDIAN KE BAPA
SAUDARANYA, ABU THALIB.

HINGGA RASULULLAH BERANJAK DEWASA DAN
MENIKAH DENGAN SITI KHADIJAH, UMMU
AIMAN TERUS MENGASUH DAN MENJAGA
RASULULLAH SAW. RASULULLAH PUN
MENJADIKAN UMMU AIMAN SEBAGAI
WARISAN DARI AYAHNYA.

TARIKH DAN TEMPAT
WAFAT

Nabi Muhammad S.A.W

SETELAH BERSENGKETA DENGAN PENDUDUK
MAKKAH SELAMA 8 TAHUN, BAGINDA

MEMBAWA 10,000 PENGIKUTNYA KE MAKKAH
SERTA MEMBUKANYA. MUHAMMAD DAN PARA
PENGIKUTNYA TELAH MEMUSNAHKAN PATUNG
BERHALA YANG TERDAPAT DI MAKKAH. PADA

TAHUN 632 M, BEBERAPA BULAN SELEPAS
‫ محمد كان آخر نبي‬HAJI WIDA ATAU HAJI
PERPISAHAN, MUHAMMAD TELAH JATUH

SAKIT LALU WAFAT.
KETIKA KEMATIANNYA, HAMPIR SELURUH
SEMENANJUNG ARAB BERADA DI BAWAH
NAUNGAN ISLAM (6 MEI 570M ATAU PUN 20
APRIL/26 APRIL 571M). PADA USIA 63 TAHUN
RASULULLAH SAW TELAH WAFAT DI MADINAH

AL-MUNAWWARAH PADA HARI ISNIN, 12
RABIULAWAL TAHUN 11H/ 8 JUN 632M

WAHYU YANG DIKHABARKAN OLEH NABI
MUHAMMAD SAMPAI KEWAFATANNYA
MEMBENTUK AYAT-AYAT AL-QURAN,

DIANGGAP OLEH UMAT ISLAM SEBAGAI
KATA-KATA TUHAN YANG TIDAK BERUBAH,

YANG MERUPAKAN DASAR BAGI AGAMA
ISLAM. SELAIN AL-QURAN, AJARAN DAN
AMALAN NABI MUHAMMAD (SUNNAH), YANG

DITEMUI DALAM HADIS DAN SIRAH
(BIOGRAFI), JUGA DIPEGANG DAN
DIGUNAKAN SEBAGAI SUMBER HUKUM ISLAM

(SYARIAT).

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version