The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farhah hamidon, 2019-11-27 03:34:53

FIESTA 3K

SYARAT PENYERTAAN

PERTANDINGAN KIDS FASHION SHOW DAN PERTANDINGAN MEWARNA 2019

Syarat dan Terma Pertandingan Kids Fashion Show
Tema : Disney
Syarat-syarat penyertaan:
1) Terbuka kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 7 tahun..
2) Berkasut.
3) Menggayakan perwatakan tema yang dipilih.
4) Keputusan juri adalah MUKTAMAD.
5) Penggunaan prop ketika penggayaan boleh menjadi tambah nilai dalam pemarkahan
peserta.
6) Tiada yuran dikenakan dan penyertaan adalah percuma.
7) Hadiah pemenang adalah seperti berikut:

Juara : hamper + trofi

Naib juara : hamper + trofi

Tempat ke 3 : hamper + trofi

Syarat dan Terma Pertandingan Mewarna
Syarat-syarat penyertaan:
1) Pihak penganjur hanya menyediakan kertas warna, pensil warna dan fail.
2) Penggunaan warna perlulah bersesuaian.
3) Peserta perlulah berumur antara 4 hingga 7 tahun.
4) Peserta tidak boleh mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak, termasuk ibu
bapa.
5) Keputusan juri pertandingan adalah MUKTAMAD.
6) Tiada yuran dikenakan dan penyertaan adalah percuma.
7) Hadiah pemenang adalah seperti berikut:

Juara : hamper + trofi
Naib juara : hamper + trofi
Tempat ke 3 : hamper + trofi

PERTANDINGAN MELUKIS DOODLE

Syarat Pertandingan
1) Tema: MUZIK
2) Syarat – syarat penyertaan:

2.1 Penyertaan adalah terbuka kepada orang ramai serta pelajar dan kakitangan
UPSI

2.2 Kertas A3 disediakan
2.3 Bertemakan muzik dan wajib mengandungi elemen Alatan Muzik Gamelan
2.4 Doodle mestilah karya yang asli, belum pernah diterbitkan yang tidak mengandungi,

memasukkan atau menggunakan sebarang kandungan, bahan atau elemen yang
dimiliki oleh pihak ketiga atau entiti lain.
2.5 Karya yang dihasilkan akan menjadi hak milik penganjur .Keputusan juri adalah
MUKTAMAD.
2.5 Doodle yang dihasilkan tidak mempunyai sebarang elemen yang menyentuh
sensitiviti.
2.6 Peralatan melukis perlu disediakan oleh peserta sendiri.
2.7 Masa diperuntukkan untuk melukis adalah selama dua jam.
2.8 Yuran setiap penyertaan adalah sebanyak RM15.
2.9 Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 20 Disember 2019
(Jumaat) jam 5 petang.
3) Hadiah pemenang adalah seperti berikut:

Juara : Wang tunai RM250 + hamper + sijil pemenang

Naib juara : Wang tunai RM150 + hamper + sijil pemenang

Tempat ke 3 : Wang tunai RM100 + hamper + sijil pemenang

Kriteria Permakahan:- Peratusan pemarkahan
Kriteria penilaian 25%
20%
Tema 25%
Ilustrasi 15%
Gubahan/komposisi/olahan 15%
Warna 100%
Kekemasan

Jumlah

PERTANDINGAN MEDLEY WINGS × LEFTHANDED BATTLE OF THE BAND 2019

SYARAT PERTANDINGAN

1. Terbuka kepada semua peringkat umur.
2. Setiap kumpulan mestilah sekurang-kurangnya mempunyai 5 orang ahli dan maksimum

ahli adalah 8 orang peserta termasuk penyanyi.
3. Seorang peserta hanya dibenarkan untuk mewakili satu kumpulan sahaja. Mana-mana

peserta yang menganggotai lebih dari satu kumpulan, penyertaan kedua-dua kumpulan
yang diwakili akan dibatalkan.
4. Persembahan mestilah berbentuk ‘Medley’ yang menggabungkan dua buah lagu dari
kumpulan Wings dan Lefthanded menjadi sebuah lagu. Senikata dan nyanyian mestilah
tidak mengandungi unsur-unsur negatif, tidak menyentuh sensitiviti kaum, bangsa dan
agama serta tidak ada unsur menghasut.
5. Konsep Medley : Mencantumkan 2 lagu menjadi satu susunan lagu.
6. Pihak penganjur hanya akan menyediakan beberapa alatan yang terdiri daripada :

 1 drum set
 2 Amplifier Gitar
 1 Amplifier Bass
 1 amplifier Keyboard
7. Sebarang alat muzik tambahan lain perlu dibawa sendiri oleh peserta yang bertanding
dan adalah menjadi tanggungan peserta sendiri.
8. Muzik diwajibkan dimainkan secara ‘Live’.Sebarang persembahan menggunakan ‘minus
one’ adalah sama sekali tidak dibenarkan.
9. Jangka masa persembahan yang diperuntukkan setiap kumpulan adalah 7 minit sahaja.
10. Pendaftaran ahli kumpulan boleh dibuat dengan melengkapkan borang penyertaan dan
hendaklah dihantar kepada pihak penganjur Pertandingan Medley Wings × Lefthanded
Battle of the Band mengikut tarikh akhir yang ditetapkan iaitu sebelum ATAU pada 18
Disember 2019.
11. Pendaftaran untuk universiti-universiti awam pula digalakkan untuk menghantar
sekurang-kurangnya satu kumpulan atau lebih bagi mewakili universiti masing-masing.
12. Pihak juri akan memberi markah berdasarkan persembahan vokal, pengurusan dan
persembahan kumpulan.
13. Peserta perlu menyatakan jenis alat muzik tambahan jika ada dan maklumat lagu yang
akan dipersembahkan.

14. Pertandingan akan dijalankan secara dua peringkat iaitu saringan dan akhir,hanya 6
kumpulan terbaik sahaja akan dipilih ke peringkat akhir tetapi bergantung kepada jumlah
penyertaan.

15. Semua perbelanjaan penyediaan peserta, perjalanan, makan minum dan penginapan
peserta dan pegawai adalah di bawah tanggungan peserta.

16. Sebarang keputusan juri adalah MUKTAMAD.
17. Setiap penyertaan Yuran pendaftaran adalah RM150
18. Hadiah pemenang adalah seperti berikut:

Juara : Wang tunai RM1500 + hamper + sijil pemenang

Naib juara : Wang tunai RM750 + hamper + sijil pemenang

Tempat ke 3 : Wang tunai RM500 + hamper + sijil pemenang

Kriteria pemarkahan:-

KRITERIA ARTIKULASI/JELAS PERSEMBAHAN VOKAL GAYA PENAMPILAN
SEBUTAN FRASA INTONASI PERSEMBAHAN DAN
MARKAH (20%) (20%) (20%) (20%) PERSONALITI
JUMLAH (20%)
KRITERIA KREATIVITI DAN PENGURUSAN PERSEMBAHAN TEKSTUR
KEASLIAN INTERPRETASI MASALAH MUZIKAL PENAMPILAN
MARKAH (25%) DAN DINAMIK TEKNIKAL (25%) DAN
JUMLAH (25%) (25%) PERSONALITI
KRITERIA KESEIMBANGAN TEMPO DAN (20%)
DAN INTONASI PERSEMBAHAN KUMPULAN ALUR
MARKAH (20%) KEMAHIRAN KEMAHIRAN (20%)
JUMLAH BERKOMUNIKASI PERSEMBAHAN
DENGAN (20%)
PENONTON
(20%)

SYARAT PERTANDINGAN MUALLIM GOLDEN VOICE (MGV)

PERATURAN PERTANDINGAN

1. Terbuka kepada semua orang ramai serta pelajar dan kakitangan UPSI
2. Mana-mana peserta yang akan menyertai pertandingan ini hendaklah melengkapkan

borang penyertaan dan hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Pertandingan Muallim
Golden Voice mengikut tarikh akhir yang ditetapkan iaitu sebelum ATAU pada 18
Disember 2019.
3. Lagu yang dipilih adalah bertemakan 70an & 80an sahaja.
4. Kategori yang dipertandingkan adalah secara solo. Durasi persembahan 3 hingga 6
minit. Markah akan dipotong sekiranya persembahan melebihi had masa yang
ditetapkan.
5. Pertandingan nyanyian akan diadakan adalah pada 20 Disember 2019. Tiada
pertandingan peringkat saringan dijalankan. Sesi pendaftaran dan cabutan undian
bermula pada 2.00 petang. Sesi soundcheck akan dijalankan mengikut giliran
persembahan sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran dan cabutan undi. Pertandingan
dijangka akan bermula pada pukul 8 malam sehingga 11 malam.
6. Peserta dikehendaki memberi minus one kepada urusetia selewat-lewatnya pada 18
Disember 2019.
7. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 Disember 2019
8. Peserta dibenarkan membawa dan menggunakan alat bantu persembahan yang
bersesuaian dan tidak merbahaya atau mengganggu semasa pertandingan dijalankan.
9. Setiap peserta adalah bebas menggunakan kreativiti masing-masing dalam persembahan
dan sebarang penggunaan peralatan (props) untuk pertandingan adalah di bawah
tanggungjawab kumpulan itu sendiri. Walaubagaimanapun kreativiti yang tidak sesuai
dengan budaya timur akan dibatalkan penyertaannya.
10. Sebarang kehilangan barang-barang, kecederaan dan kemalangan yang disebabkan oleh
kecuaian peserta semasa pertandingan peserta adalah di bawah tanggungan sendiri
11. Setiap peserta hendaklah menggunakan busana yang bersesuaian serta tidak menjolok
mata.
12. Keputusan akan diumukan sebaik sahaja tamat persembahan kesemua peserta.
Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD
13. Persembahan haruslah mengikut jangka masa yang ditetapkan. Sekiranya persembahan
melebihi masa yang ditetapkan, Juri Pertandingan berhak menolak markah bagi
persembahan yang melebihi masa ditetapkan.

14. Seseorang yang terlibat sebagai penulis atau pencipta atau penggubah atau pernah
menjadi artis rakaman tidak layak menyertai pertandingan ini

15. Pihak Jawatankuasa Pertandingan boleh membuat perubahan mana- mana syarat yang
difikirkan perlu perubahan dari masa ke semasa.

16. Yuran pendaftaran MGV adalah sebanyak RM20.
17. Hadiah pemenang adalah seperti berikut :

Juara : Wang tunai RM250 + hamper + sijil pemenang
Naib juara : Wang tunai RM150 + hamper + sijil pemenang
Tempat ke 3 : Wang tunai RM100 + hamper + sijil pemenang

Kriteria Permakahan:- MARKAH
60%
BIL KRITERIA 30%
1. Vokal (Teknik/Prasering/Pitching/Tone/Tempo) 10%
2. Persembahan 100%
3 Busana dan Tatarias

JUMLAH

PERTANDINGAN TARIAN KREATIF MALAYSIA

Syarat Pertandingan

.

1. Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada :-

- Seorang pengurus Kumpulan
- Seorang Koreografer/Pereka Tari/Jurulatih
- Penari tidak kurang dari 8 orang dan tidak melebihi 12 orang.

2. Semua jenis tarian yang terdapat di MALAYSIA boleh di persembahkan dan hanya
1 JENIS TARIAN sahaja yang dibenarkan untuk diolah menjadi sebuah
persembahan yang menarik dan kreatif.

3. Setiap kumpulan adalah dilarang untuk membawa tarian berbentuk moden
kontemporari dan drama tari.

4. Ritual / keagamaan dan pemujaan yang keterlaluan adalah TIDAK dibenarkan.
5. Penggunaan lagu baharu adalah digalakkan.
6. Pertandingan terbahagi kepada 1 bahagian yang wajib disertai oleh setiap

kumpulan iaitu Pertandingan Tarian Kreatif Malaysia
7. Masa yang diperuntukan untuk Pertandingan Tarian Kreatif Malaysia adalah tidak

kurang dari 5 minit dan tidak lebih dari 8 minit. Markah akan ditolak sekiranya
persembahan melebihi masa yang ditetapkan.
8. Masa persembahan akan dikira dan penalti / pemotongan markah akan dikenakan
bagi persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan.
9. Setiap persembahan hendaklah mempunyai Tajuk dan Sinopsis tarian. Sinopsis
tidak melebihi 150 patah perkataan dan diwajibkan bagi setiap kumpulan untuk
menyerahkan kepada pihak penganjur bersama borang penyertaan.
10. Ketua kumpulan diwajibkan menyerahkan lagu tarian seminggu sebelum
tarikh pertandingan untuk memudahkan penyelarasan pertandingan iaitu
selewat-lewatnya pada 18 Disember 2019.
11. Penggunaan dialog adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, penggunaan
vokal sebagai effect (minus one) adalah dibenarkan.
12. Penggunaan Bahan Api, Blowing Bubbles, Cecair, Minyak, Benda Tajam, Bahan
Letupan, Komfetidan semua bahan yang membahayakan dalam persembahan
adalah TIDAK dibenarkan dan dilarang didalam sesebuah persembahan dan
menjadi kesalahan. 30 markah akan ditolak untuk kesalahan tersebut.

13. Kumpulan TIDAK dibenarkan mengunakan set props pentas, hanya props tangan
sahaja yang dibenarkan. Sebagai contoh; (Payung, Kipas, Kain Sarung,
pendayung sampan dll)

14. Setiap peserta hendaklah menggunakan pakaian dan busana tarian yang
bersesuaian dan bercirikan masyarakat budaya tarian yang ditarikan. Pakaian
yang menjolok mata dan tidak sopan adalah dilarang sama sekali.

15. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM100 bagi setiap kumpulan dan perlu
diserahkan kepada pihak penganjur semasa proses penghantaran borang
penyertaan.

16. Yuran pertandingan tidak akan dikembalikan sekiranya kumpulan menarik diri
selepas tarikh tutup pertandingan.

17. Penginapan dan makan minum adalah dibawah tanggungan sendiri.
18. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecederaan atau

kemalangan yang berlaku semasa pertandingan ianya adalah dibawah
tanggungjawab pengurus kumpulan.
19. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 18 Disember 2019 (Rabu) jam
5 petang. Penyertaan selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.
20. Setiap kumpulan hanya di peruntukan masa selama 15 minit sahaja bagi sesi
raptai.
21. Hadiah pemenang adalah seperti berikut

Juara : Wang tunai RM700 + hamper + sijil pemenang
Naib juara : Wang tunai RM500 + hamper + sijil pemenang
Tempat ke 3 : Wang tunai RM300 + hamper + sijil pemenang
Tempat ke 4 dan ke atas : Sijil penyertaan

22. PENGADILAN DAN MARKAH Peratusan Pemarkahan
50%
Kriteria Penilaian 15%
Koreografi dan kreativiti 15%
Susunan muzik 10%
Busana dan Tatarias 10%
Props 100%
Visual
Jumlah

UPSI BARBER BATTLE

Syarat pertandingan

1. Warganegara Malaysia
2. Penyertaan adalah terhad kepada 50 peserta sahaja.
3. Terbuka kepada lelaki sahaja dan berumur 18 tahun ke atas.
4. Peserta & Model hendaklah berpakaian kemas dan bersesuaian dengan etika

pemakaian universiti. (seluar panjang, wajib kasut bertutup)
5. Syarat model :

i) Kepanjangan rambut : keseluruhan rambut model hendaklah melebihi 2cm.
ii) Pre-done : model tidak dibenarkan menggayakan rambut sebelum

pertandingan.
6. Peserta bebas membawa sebarang jenama peralatan dan kelengkapan.
7. Pihak penganjur hanya menyediakan kerusi & meja sahaja.
8. Jika melanggar Terma & syarat pertandingan, penalti akan dikenakan oleh petugas

yang dilantik.
9. Peserta haruslah mengutamakan keselamatan semasa pertandingan dijalankan.
10. Yuran penyertaan UPSI Barber Battle adalah sebanyak RM50.
11. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 18 Disember 2019 (Rabu) jam 5

petang. Penyertaan selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.
12. Hadiah pemenang adalah seperti berikut

Juara : Wang tunai RM800 + pingat + sijil pemenang
Naib juara : Wang tunai RM600 + pingat + sijil pemenang
Tempat ke 3 : Wang tunai RM300 + pingat + sijil pemenang
Tempat ke 4 hingga 10 : pingat + sijil pemenang

YURAN PENYERTAAN

PERTANDINGAN YURAN
Pertandingan Tarian RM100
Muallim Golden Voice RM20
Pertandingan Melukis Doodle RM15
Battle of The Band RM150
UPSI Barber Battle RM50

KAEDAH PEMBAYARAN

1. Bayaran boleh dibuat melalui akaun Bendahari UPSI ataupun secara tunai dan bukti
pembayaran boleh disimpan.
 Bendahari UPSI (08068010003264)

2. Sila nyatakan tujuan pembayaran / recipient reference
 (CTH : yuran pertandingan Battle of the Band/Doodle/MGV/Tarian/UPSI
Barber Battle)

3. Bukti pembayaran perlulah dibawa pada hari pertandingan.
4. Sila lampirkan salinan pembayaran di dalam borang pertandingan
5. Tarikh akhir pembayaran adalah pada atau sebelum 18 Disember 2019
6. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pada talian :

 Cecil : 0103809920
 Ayuni : 0169451271


Click to View FlipBook Version