ADA UDANG DI SEBALIK BATU Nama Pelajar : Muhammad Nurhaikal Unit : BMMB2 24/29 No IC: 060221011243 Angka Giliran : 2024152310039 BMMB1104 KESUSASTERAAN MELAYU Nama Pensyarah: BADRUL HISHAM BIN GHAZALI
Dalam meniti arus kemodenan yang semakin dijulang tinggi, sastera ialah hasil karya yang memiliki keunikan serta memberikan manfaat. Karya ini terhasil daripada susunan bahasa yang tersusun rapi dan sarat dengan makna tersirat. Dalam ajaran Islam, sastera dikenali sebagai al-adabi, yang merujuk kepada kesusasteraan yang lahir daripada jiwa yang santun dan beretika. Matlamatnya adalah untuk mendidik serta membimbing hati nurani masyarakat dengan nilai-nilai luhur, sehingga melahirkan jiwa yang penuh kelembutan dan ketulusan (Jamian, 2015). Dalam warisan kesusasteraan Melayu, maksud kesusasteraan itu sendiri melambangkan kehalusan dan keindahan yang terdapat dalam hasil karyanya. Awalan "su" dalam istilah tersebut membawa makna yang positif, iaitu sesuatu yang baik dan estetika, sekali gus menggambarkan konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional (Ali, 2000). Dengan gaya dan caranya yang unik, kesusasteraan Melayu sering berperanan sebagai pendorong utama dalam membawa perubahan kepada masyarakat dari segi sosial dan budaya (Noor et al., 2018). Kesusasteraan Melayu berfungsi sebagai medium penyampaian nilai budaya, moral, dan identiti masyarakat Melayu. Ia mendidik, menghibur, serta memelihara warisan bahasa. Menurut Abdullah (2010), kesusasteraan memperkukuh jati diri melalui naratif tradisional. Pengenalan
Pengenalan Nilai-nilai murni dan moral sering terungkap dalam karya sastera kanak-kanak melalui watak, plot, dan mesej yang disampaikan. Sebagai contoh, dalam cerita rakyat Malaysia seperti Hikayat Sang Kancil, nilai kebijaksanaan dan keberanian ditonjolkan melalui watak Sang Kancil yang menggunakan akal budi untuk mengatasi cabaran. Nilai kerjasama dan keadilan juga terserlah apabila Sang Kancil membantu haiwan lain menentang kezaliman, mencerminkan pembentukan identiti budaya dan pemikiran kritis.
Konsep cerita yang saya bawakan adalah berunsurkan penggunaan nama-nama haiwan yang saya yakin lebih dekat dengan kanak-kanak pada masa kini. Penggunaan nama haiwan dalam penceritaan kanak-kanak juga mampu membantu kanak-kanak mengingati setiap watak. Bukan itu sahaja, penggunaan nama haiwan juga sangat berkait rapat dengan cerita-cerita teladan yang mana juga seiring dengan tujuan penulisan sastera ini (Kamaruzaman et al., n.d.). Sastera kanak-kanak ini bukan sekadar ingin memberi hiburan semata-mata, malahan juga ingin menyemai nilainilai murni serta aspek positif dalam jiwa kanak-kanak. Watak serta penggunaan laras bahasa yang ringkas dan mudah juga menjadikan cerita ini layak dijadikan sebagai bahan pendidikan oleh guru-guru mahupun ibu bapa di rumah. Penggunaan bahan grafik yang berwarna diyakini mampu membantu kanak-kanak dalam memahami cerita ini dengan lebih baik. Penceritaan yang ringkas juga berperanan sebagai wahana dalam menyampaikan nilai-nilai murni serta membantu kanak-kanak menilai perbuatan baik dan jahat secara rasional. Sebelum anda membaca, izinkan saya berkongsi gambaran ringkas. Cerita pendek moden ini menghidupkan watak haiwan klasik dalam bahasa yang mudah. Dengan struktur yang teratur, ia membawa tema keadilan dan kebijaksanaan dalam gaya kontemporari. Sekilas pandang ini menjanjikan pengalaman moral yang dekat dengan budaya Melayu, sempurna untuk kanak-kanak dan pencinta sastera. Kandungan
Pada suatu hari di pagi yang indah, Sang Arnab sedang berjalan pulang ke rumah dengan membawa segugus anggur. Tiba-tiba, Sang Rubah pun menegurnya dengan senyuman yang agak mencurigakan. Sang Rubah pun bertanya “ Hai Arnab, awak hendak ke mana?”. “Saya hendak pulang ke rumah untuk menjamu anggur ini bersama abang saya”, jawab Sang Arnab. Sang Rubah pun membalas “Anggur itu sepertinya kelihatan sangat berat, biarlah saya membantu awak membawanya”. Sang Arnab pun bersetuju lalu memberikan anggur itu kepada Sang Rubah. Namun, sepertinya nasib tidak menyebelahi Sang Arnab. Sang Rubah pun bergegas membawa anggur-anggur itu ke dalam hutan dengan tawa yang agak kejam. Sang Arnab pun tersedar bahawa dia telah ditipu oleh sang Rubah, rupa-rupanya tindakan baik sang Rubah diikuti dengan muslihat jahat dibelakangnya seperti ada udang di sebalik batu. Tetapi, keadilan pasti akan berpihak kepada mereka yang benar. Tiba- tiba, Kaki Sang Rubah tersangkut pada akar pohon dan semua anggur yang dicurinya jatuh ke atas tanah. Akhirnya Sang Rubah cedera dan tidak boleh berlari dengan laju lagi semenjak kejadian itu.
"Pada suatu hari di pagi yang indah, Sang Arnab sedang berjalan pulang ke rumah dengan membawa segugus anggur. Tiba-tiba, Sang Rubah pun menegurnya dengan senyuman yang agak mencurigakan." "Sang Rubah pun bertanya 'Hai Arnab, awak hendak ke mana?'. 'Saya hendak pulang ke rumah untuk menjamu anggur ini bersama abang saya', jawab Sang Arnab. Sang Rubah pun membalas 'Anggur itu sepertinya kelihatan sangat berat, biarlah saya membantu awak membawanya'. Sang Arnab pun bersetuju lalu memberikan anggur itu kepada Sang Rubah." "Namun, sepertinya nasib tidak menyebelahi Sang Arnab. Sang Rubah pun bergegas membawa anggur-anggur itu ke dalam hutan dengan tawa yang agak kejam. Sang Arnab pun tersedar bahawa dia telah ditipu oleh Sang Rubah, rupa-rupanya tindakan baik Sang Rubah diikuti dengan muslihat jahat di belakangnya seperti ada udang di sebalik batu." "Tiba-tiba, kaki Sang Rubah tersangkut pada akar pohon dan semua anggur yang dicurinya jatuh ke atas tanah." "Akhirnya Sang Rubah cedera dan tidak boleh berlari dengan laju lagi semenjak kejadian itu." Permulaan Perkembangan Perumitan Klimaks Peleraian Plot
Penutup Bagi menutup segala bicara, demikianlah karya ringkas yang telah lengkap hasil daripada pemikiran insan yang biasa ini. Penceritaan ringkas yang saya sampaikan diharap mampu membuka minda para pembaca terhadap kepentingan nilai murni dalam diri setiap insan. Sekali lagi ingin saya tekankan, tujuan daripada penghasilan karya ini bukan sekadar selembar kertas semata, tetapi ia adalah salah satu langkah bagi memelihara identiti budaya, bahasa, dan nilai tradisional. Bukan itu sahaja, sastera juga berperanan sebagai terapi serta ruang untuk kanak-kanak berimaginasi tanpa batas (Ripin & Kamaruzaman, 2024). Dalam cerita seperti "Sang Arnab dan Sang Rubah" , manifestasi ini terlihat apabila nilai kebijaksanaan digunakan untuk membezakan baik dan jahat, serta keadilan ditegakkan sebagai cerminan budaya Melayu yang menghargai keseimbangan moral. Menurut Abdullah (2010), "Kesusasteraan Melayu memperkukuh jati diri melalui naratif tradisional, " menunjukkan bahawa akal budi adalah teras dalam membentuk identiti dan moral masyarakat.
Rujukan