MESYUARAT AGUNG PIBG KALIKE-26 Semua ibu bapa dijemput hadir untuk kecemerlangan murid-murid dan sekolah. P E R S A T U A N I B U B A P A & G U R U S K T A M A N T U N D R I S M A I L J A Y A 25 MAC 2023 I SABTU 8.00 PAGI SK TAMAN TUN DR ISMAIL JAYA #Building Brains, Nurturing Talents #Malaysia Madani #Anak Bijak Lagi Cerdik
ISI KANDUNGAN 1. Kata Alu-aluan Guru Besar 2 2. Kata Alu-aluan Yang Dipertua PIBG 3 3. Aturcara dan Agenda Majlis 4 4. Visi dan Misi PIBG 5 5. Perlembagaan PIBG 6 6. Jawatankuasa PIBG 2022/2023 7 7. Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Kali ke-26 8 8. Rakaman Ucapan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 11 9. Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 14 10. Laporan Penyata Kewangan PIBG sesi 2022/2023 21 11. Usul dan Cadangan 24 12. Jawatankuasa PIBG Lantikan 2023/2024 28 13. Laporan Program Permuafakatan Sekolah dan PIBG 2022/2023 29 13. Laporan Kemenjadian Murid dan Kecemerlangan 2022/2023 45 14. Laporan Projek Pembangunan dan Baik Pulih 79 15. Perancangan Aktiviti 2023/2024 92 16. Sekalung Penghargaan 95 Bil. Perkara Muka Surat Bil. Perkara Muka Surat
KATA ALU-ALUAN Guru Besar Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, kita dapat bersua kembali dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Tun Dr Ismail Jaya kali ke- 26 sesi 2023/2024. Selari dengan aspirasi KPM dalam menitikberatkan pembangunan dan pembentukan murid beradab, berakhlak dan berintegriti bagi melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC), pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk murid. Program yang bersifat mendidik berkaitan budaya sekolah, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum dilaksanakan dalam keadaan ceria dan menyeronokkan. Awal persekolahan tahun ini telah dimanfaatkan untuk memupuk pelbagai nilai baik yang menjadi teras kemenjadian murid sekaligus mewujudkan “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera”. Sebagaimana diketahui, pandemik Covid-19 telah merancakkan perkembangan digital yang merubah banyak perkara dalam kehidupan seharian kita. SK Taman Tun Dr Ismail Jaya turut mengambil peluang menjadikan pendigitalan sebagai wadah untuk berkomunikasi sama ada dengan guru, murid malahan ibu bapa sendiri. Pendigitalan bukan sahaja membantu pengurusan, tetapi merubah teknik PdP yang lebih berkesan bagi meningkatkan potensi dan kecemerlangan murid. Justeru, amatlah diharapkan ibu bapa dapat bersama-sama meneroka dan menggunakannya demi kebaikan kita bersama. 2022/2023 menyaksikan kejayaan murid-murid SK Taman Tun Dr Ismail Jaya bermula di peringkat daerah sehingga ke antarabangsa. Kemenangan anak–anak menggambarkan keupayaan organisasi kita yang mampu melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Kecemerlangan ini tidak akan dicapai jika tiada komunikasi yang baik antara guru-guru dan ibu bapa yang tidak pernah berputus asa dalam mendidik anak-anak. Akhir kata, sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah atas kesulitan atau salah faham sesama kita. Semoga pemuafakatan ini terus terjalin dan mampu menggapai slogan Malaysia Madani bagi merealisasikan ABC di peringkat global, seterusnya memartabatkan dunia pendidikan di peringkat antarabangsa. Sekian... Salam sayang dari Cikgu Maznah binti Zaini
KATA ALU-ALUAN Yang Dipertua PIBG BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMULAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SELAMAT SEJAHTERA. Marilah kita menzahirkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana dengan rahmatNya, maka kita dapat Bersama – sama berkumpul di SK Taman Tun Dr Ismail Jaya pada pagi ini untuk bersama – sama mengikuti majlis Mesyuarat Agong PIBG kali ke- 26 bagi sesi 2023/2024. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Guru Besar kerana memberi kepercayaan kepada saya menjadi YDP bagi sesi 2022/2023. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada guru – guru yang bertungkus – lumus dalam menjayakan Mesyuarat Agong PIBG di SKTTDI Jaya pada kali ini. PIBG merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti. Justeru, PIBG SKTTDI Jaya sewajarnya bergerak seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi penyambung kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Dalam mencapai kejayaan dan kecemerlangan kita sebagai ibu bapa perlu memberi sumbangan kepada sekolah untuk membolehkan sekolah bergerak melakukan pelbagai aktiviti. Sudah sedia maklum setelah 2 tahun pihak sekolah tidak meminta sumbangan PIBG daripada tuan puan memandangkan kita telah diuji dengan pendamik covid 19. Kali ini diharap dapat ibu bapa dapat memberi sumbangan PIBG, kepada sekolah agar sekolah dapat melaksanakan pelbagai aktiviti kepada anak – anak kita. Usia bangunan sekolah SKTTDI Jaya yang sudah lama hampir 25 tahun menyebabkan sekolah banyak mengalami kerosakkan. Banyak perkara perlu dibaiki dan dinaik taraf. Malah bilik- bilik khas juga memerlukan peralatan yang canggih dan moden untuk memudahkan sesi pembelajaran anak – anak. Setiap bilik masih tidak mempunyai banyak kemudahan untuk dinikmati oleh anak – anak kita. Segala sumbangan, jasa dan pengorbanan ibu bapa amat saya hargai marilah sama – sama kita bangunkan infrastruktur dan kemenjadian anak – anak kita di SKTTDI Jaya. Dengan ini saya sudahi dengan mohon maaf seandainya ada tersalah kata dalam berbicara. Terima kasih untuk semua. Sekian, terima kasih.
ATURCARA AGENDA MESYUARAT 8.00 pagi : Pendaftaran AJK PIBG/Ibu bapa/Penjaga dan Guru 8.15 pagi :Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor Bacaan Doa Montaj Mesyuarat Agung Tahunan Ucapan Penasihat PIBG oleh Puan Maznah binti Zaini Guru Besar SK Taman Tun Dr Ismail Jaya (SKKTS25K6) Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung kali ke-26 oleh YDP PIBG oleh Encik Hisham bin Abdul Sukor Penyampaian Sijil Penghargaan kepada JK PIBG 2022/2023 9.15 pagi : Mesyuarat Agung PIBG bermula 12.00 tengahari : Majlis Bersurai Agenda 1 : Ucapan Pengerusi Agenda 2 : Ucapan Penasihat Agenda 3 : Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahun Kali ke-25 Agenda 4 : Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2022/2023 Agenda 5 : Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember 2022 Agenda 6 : Pembentangan dan Perbincangan Usul (jika ada) dan Cadangan Agenda 7 : Pembubaran AJK PIBG Sesi 2022/2023 Agenda 8 : Pelantikan AJK PIBG Sesi 2023/2023 Agenda 9 : Ucapan Penangguhan
VISI DAN MISI PIBG VISI MISI Memperkembangkan dan membantu pihak sekolah mengenal pasti potensi, ciri-ciri keunggulan dan pembentukan modal insan menuju ke arah kecemerlangan dan pembentukan sahsiah serta menjadi insan yang syumul selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Meningkatkan ilmu, kecekapan dan kualiti kepimpinan serta kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa serta guru-guru bagi melaksana semua program dan aktiviti sekolah dan dasar pendidikan negara secara efektif, signifikan, seimbang dan harmoni bagi melahirkan murid yang berwatakan, berkualiti dalam ilmu kerohanian dan jasmani.
PERLEMBAGAAN PIBG SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN PIBG PERLEMBAGAAN PIBG Sila klik ikon di sebelah atau imbas kod QR untuk membaca perlembagaan penuh
JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 PENASIHAT CIKGU MAZNAH BINTI ZAINI (GURU BESAR SK TAMAN TUN DR ISMAIL JAYA) YANG DIPERTUA ENCIK HISHAM BIN ABDUL SUKOR NAIB YDP PIBG ENCIK MOHAMMAD NASOHA BIN NASRI SETIAUSAHA CIKGU NUR SHAHIRA BINTI AHMAD RAZALI BENDAHARI CIKGU MOHAMAD FIKRI ATIF BIN MOKHTAR AJK (IBU BAPA) ENCIK ALFIAN IQBAL BIN ALBAKRI ENCIK MUHAPIS BIN ABDUL HAKIM PUAN ENGKU HANISYARULAKMAR BINTI ENGKU MURAD PUAN NORSHAZREEN BINTI MOKHTAR PUAN ZAINAB BINTI SHAARI AJK (GURU) CIKGU MOHD FAIZAL BIN YAHYA CIKGU MOHD FAIZAL BIN SULAIMAN CIKGU CHE HASMIRA BINTI ISMAIL CIKGU SITI NOR BINTI ARIFFIN CIKGU NURUL AMIRA BINTI SAPIE CIKGU NURUL HAFNI BINTI MOHD RADZI JURUAUDIT WAKIL IBU BAPA : PUAN FATYAH ISHSALYTA BINTI ISHAK WAKIL GURU : CIKGU NUR FAUZIA NAZWIN BINTI SALIM CCooooppeerraattiioonn iiss aallwwaayyss mmoorree ppoowweerrffuull tthhaann ccoommppeettiittiioonn!!
JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG 2023/2024 PERSEDIAAN AWAL : CIKGU NURUL HAFNI MOHD RADZI PERSIAPAN TEMPAT CIKGU MOHD IMAN ALILI / CIKGU MOHD ZAKI CIKGU HAZIZAN / CIKGU MOHD FADHIL CIKGU AISYAH / CIKGU NAVIN / CIKGU NORMALA CENDERAMATA IBU BAPA CIKGU AKMALHANA / CIKGU YAZIFAH/CIKGU SYAZWANI/CIKGU HUSNA/CIKGU ZURINA/CIKGU AZIZIAH/CIKGU FARAHIN PENGURUSAN BANNER CIKGU JAZMI/CIKGU AZLISHAM SAMBUTAN : CIKGU SITI NOR BINTI ARIFFIN PENYAMBUT IBU BAPA HARI MESYUARAT CIKGU MARZIANA/CIKGU ROSLINA/CIKGU NORMI/CIKGU ROHIMAH/CIKGU TARMIZI/CIKGU HAFIDZ/CIKGU HARLINA/CIKGU ZAHRAH/CIKGU NAZWIN/CIKGU AISYAH/CIKGU FAUZIAH BUKU PERASMIAN CIKGU ROSMAHASLIN/CIKGU ZURIWATI KERJA TEKNIKAL PENGURUSAN MAJLIS : CIKGU MOHD FAIZAL YAHYA TEKNIKAL CIKGU OMAR/CIKGU HANIF/CIKGU AMIN BAHAN MULTIMEDIA CIKGU FIKRI/CIKGU NAJIHA RAKAMAN/JURUFOTO CIKGU ELAMATHY/CIKGU NABILAH PROMOSI DIGITAL CIKGU AINA (INSTAGRAM)/CIKGU LAILATUL (TIKTOK)/CIKGU ROZIMI (FACEBOOK)
JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG 2023/2024 PENGURUSAN DOKUMEN : CIKGU NURUL AMIRA BINTI SAPIE BUKU PROGRAM DAN BUKU DIGITAL CIKGU WAN ZUBAIDAH/CIKGU NURULHANA CIKGU ANIS IDURA (KEJAYAAN SEKOLAH) CIKGU RUIZE (PEMBANGUNAN) CIKGU NORMAZIRA/CIKGU SHAHIRA PENDAFTARAN CIKGU HAYATI/CIKGU ZUBAIDAH (TAHUN 1) CIKGU SOFIAH/CIKGU UMI (TAHUN 2) CIKGU SURIATI/CIKGU NORHANNA (TAHUN 3) CIKGU ROZIAN/CIKGU ROZZANA (TAHUN 4) CIKGU ROSLIZAWATI/CIKGU SHARINA (TAHUN 5) CIKGU ROHAYU/CIKGU NORZERA (TAHUN 6) TEKS PERASMIAN CIKGU NORHAIDA (GB)/CIKGU LAILA (YDP)
JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG 2023/2024 PENGURUSAN MAJLIS : CIKGU CHE HASMIRA BINTI ISMAIL JURUACARA CIKGU FIRDAUS/CIKGU ROSMAINI DOA CIKGU WAN AHMAD NAUFAL PENGERUSI SEMENTARA CIKGU MOHD FAIZAL SULAIMAN PENCATAT MINIT CIKGU FUZLA ADIBA/CIKGU HADHIRAH CIKGU NABILA/CIKGU UMMU FASIHAH PROTOKOL CIKGU NOERALINA/CIKGU NORLIDA PENGIRAAN UNDI CIKGU IZMA/CIKGU ROHANI/CIKGU ATUL/CIKGU ZALMA/CIKGU ROZIHAN
Rakaman Ucapan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 TARIKH 26 MAC 2022 MASA 8.30 PAGI TEMPAT SECARA DALAM TALIAN (GOOGLE MEET DAN STREAM YARD) PERASMIAN OLEH PUAN YASMIN BINTI KAMARUDIN (TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEKTOR PEMBELAJARAN PPD PETALING PERDANA) KEHADIRAN 347 ORANG
AGENDA 1 KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS Pengacara majlis mengucapkan syukur ke hadrat Ilhai kerana majlis ini dapat dilaksanakan. Beliau turut merakamkan ucapan terim akasih kepada smeua ibu bapa dan guru yang hadir pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25. Beliau juga turut menyatakan bahawa mesyuarat ini menjadi medan pertemuan dan percambahan ilmu serta maklum balas dan pandangan bagi meningkatkan sekolah supaya menjadi lebih terkehdapan pada masa akan datang. Pengerusi Majlis : Cikgu Laila binti Abdul Rahman Pembaca Doa : Cikgu Muhammad Faizal bin Sulaiman AGENDA 2 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG, ENCIK SAHARUDDIN BIN MOHD DAN 2.1 Encik Saharuddin bin Mohd Dan mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa dan guru yang hadir dalam Mesyuarat Agung kali ke-25 ini. 2.2 Beliau mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana dapat berkumpul sekali lagi bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 pada tahun ini. 2.3 Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabar kepada semua AJK yang terlibat kerana telah berjaya menganjurkan mesyuarat pada tahun ini mengikut tarikh yang ditetapkan walaupun sibuk dengan operasi pembukaan sekolah. 2.4 Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih pada ibu bapa yang hadir dan berharap mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan tenang dan penuh ukhuwah walaupun tidak dapat bersemuka secara fizikal. 2.5 Beliau menyatakan bahawa sepanjang tempoh 2020 hingga 2022, pelbagai isu dan cabaran yang sekolah dan PIBG hadapi. Antaranya ialah dari segi pertambahan murid yang disebabkan impak ekonomi, lokasi Sk Taman Tun Dr Ismail Jaya yang strategik dan prestasi akademik yang memberangsangkan. 2.6 Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh sekolah dan PIBG ialah kekurangan kemudahan seperti tandas , meja kerusi dan lain-lain, isu bencana alam seperti banjir yang menyebabkan peruntukan yang dipohon tidak dapat diluluskan disebabkan keutamaan pihak kerajaan kepada sekolah-sekolah yang terjejas. 2.7 Beliau turut menyatakan bahawa disebabkan pandemik, kutipan PIBG tidak dapat dibuat demi menjaga sensitiviti dan ibu bapa ramai yang terjejas oleh pandemik ini. 2.8 Namun, beberapa tindakan telah dilakukan bagi menangani isu ini, antaranya ialah PIBG membantu baik pulih infrastruktur sekolah, dewan sekolah dijadikan kelas bagi menampung pertambahan murid, membuat kebun sayur-sayuran untuk kecerian sekolah dan menebang pokok bagi mewujudkan persekitaran yang selamat. 2.9 Beliau turut menyarankan kepada pihak ibu bapa , sekiranya berlaku sebarang persoalan dan ketidakpuasan hati mohon ibu bapa hubungi pihak sekolah dan tidak terus menyalurkan isu tersebut ke pihak atasan atau yang lebih tinggi. 2.10 Ini kerana hubungan yang sangat rapat antara ibu bapa dan pihak sekolah perlu dilaksanakan secara musyawarrah untuk mengelakkan nama sekolah tercemar. 2.11 Beliau turut memaklumkan bahawa ramai murid telah mendapatkan suntikan vaksin dan berharap semoga ia dapat melindungi anak-anak daripada wabak Covid-19. 2.12 Akhir kata, beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru besar dan pihak sekolah kerana dapat melaksanakan program-program yang dirancang walaupun semasa menghadapi pelbagai cabaran semasa pandemik Covid-19.
AGENDA 3 UCAPAN PENASIHAT PIBG, PUAN MAZNAH BINTI ZAINI (GURU BESAR SK TAMAN TUN DR ISMAIL JAYA) 3.1 Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul secara maya buat kali ke 2 sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Tun Dr Ismail Jaya kali ke 25. Beliau merasakan bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk bekerjasama sebagai sebuah keluarga besar SK Taman Tun Dr Ismail Jaya. 3.2 Beliau mengucapkan tahniah pada ibu bapa dan guru-guru yang berusaha untuk menjayakan PdPR dengan berusaha membekalkan peranti pada anak-anak dan mengikuti PdPR dengan baik. Tambah beliau SK Taman Tun Dr Ismail Jaya juga turut tersenarai dalam kalangan sekolah yang muridnya ramai mengikuti PdPr. Jadi gabungan antara ibu bapa dan guru telah mendatangkan impak yang lebih baik. 3.3 Tambah beliau denganperalihan fasa dari pandemik kepada endemik pada 1 April ini diharap peningkatan demi peningkatan akan dapat dilaksanakan antara guru dan ibu bapa demi membantu murid-murid. 3.4 Beliau turut memaklumkan bahawa Prosedur Operasi Standard di sekolah sangat dijaga dan pematuhan SOP dengan baik oleh murid dan berterima kasih pada pihak kementerian kerana sentiasa menambah baik SOP yang ditetapkan. 3.5 Disamping itu, sekolah juga sentiasa melaksanakan program yang dapat meningkatkan kemahiran asas dan prestasi murid seperti intervensi untuk murid yang lemah dan aktiviti pengukuhan dan pengayaan seperti Project Based Learning (PBL). Kecemerlangan sesebuah sekolah itu adalah hasil usaha gabungan antara ibu bapa dan murid. 3.6 Beliau mengucapkan terima kasih pada pihak ibu bapa, murid, guru dan pihak PIBG yang memberi komitmen yang sangat tinggi pada aktiviti sekolah dan berharap akan terus prihatin pada perkembangan anak-anak seterusnya dapat melandaikan graf keciciran dan pencapaian PBD yang cemerlang. Beliau berharap ibu bapa dan guru dapat berusaha untuk selesaikan masalah pembelajaran murid. 3.7 Berkenaan isu hangat diperkatakan iaitu isu beg berat. Beliau menyatakan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyarankan 7 strategi menangani isu beg berat antaranya ialah penyediaan lokar, penyusunan semula jadual waktu, penggunaan buku latihan, penggunaan buku aktiviti dan buku kerja, buku teks digital, pendekatan PdP dan kerjasama dengan pihak JAKIM. Beliau juga berharap makluman SK Taman Tun Dr Ismail Jaya akan menerima lokar dapat direalisasikan. 3.8 Sekolah juga turut melaksanakan Program Modul Transformasi (PMD) bagi membantu murid menggunakan jadual waktu dengan betul dan bermotivasi untuk hadir ke sekolah disamping unit disiplin dalam strategi pemantauan beg sekolah dimana murid dipantau beg sekolahnya secara berkala. 3.9 Seterusnya, pihak sekolah turut merancang untuk menggandakan program Smart Partnership dengan pihak luar seperti Institut Pengajian Tinggi bagi meningkatkan penilaian dalam PAJSK dan galakan menyertai pertandingan. 3.10 Beliau turut memaklumkan bahawa pihak sekolah juga turut membangunkan program-program pembangunan kualiti guru dengan mengadakan bengkel-bengkel kecil bagi membangunkan kualiti guru. Beliau menyeru pada ibu bapa bagi membantu sekolah dalam penyediaan prasarana terkini dan membangunkan bilik-bilik abad 21. 3.11 Beliau berharap pendekatan musyawwarah dapat diamalkan dan perbincangan antara guru dan ibu bapa dalam menyelesaikan permasalahan murid. 3.12 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak PPD yang telah banyak membantu dalam membekalkan guru-guru baharu bagi mengatasi masalah kekurangan guru. 3.13 Beliau turut berterima kasih pada ibu bapa walaupun terdapat perbezaan pendapat tetapi sentiasa bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. 3.14 Guru besar turut menyokong pendapat YDP bahawa musyawwarah merupakan cara terbaik dalam menangani isu dan permsalahan murid. Jadi jika berlaku permasalahan, hadirlah ke sekolah dan bersama-sama mencari penyelesaian. 3.15 Akhir kata, ucapan terima kasih tidak terhingga kepada ibu bapa atas kehadiran yang sangat memberangsangkan di platform Google Meet dan Youtube pada hari ini.
AGENDA 4 UCAPAN PERASMIAN PUAN YASMIN BINTI KAMARUDIN (TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEKTOR PEMBELAJARAN PPB PETALING PERDANA) 4.1 Beliau mengucapkan tahniah di atas kehadiran yang memberangsangkan daripada pihak ibu bapa SK Taman Tun Dr. Ismail Jaya. 4.2 Beliau menyatakan bahawa Mesyuarat Agung PIBG merupakan platform yang penting untuk kita semua melihat usaha dan kesungguhan pihak sekolah mengurus dan mentadbir sekolah. 4.3 Pandemik Covid-19 mengajar semua untuk menggunakan pelbagai platform dalam melaksanakan program-program dan aktiviti yang dirancang. 4.4 Beliau menyatakan bahawa SPI yang masih digunapakai perlu diamati semua pihak. Justeru itu, semua pihak perlu faham bahawa SPI Bil. 5 2021, menekankan tujuan PIBG diwujudkan adalah sebagai medium permuafakatan ibu bapa dan pihak sekolah. 4.5 Kesefahaman perlu wujud antara ibu bapa dan pihak sekolah. Oleh itu, di sinilah semua pihak perlu memahami perbezaan dan bukannya menentang perbezaan serta cuba cari titik persefahaman di antara semua pihak. 4.6 Pandemik ini mengajar kita untuk saling memerlukan dan saling bekerjasama untuk memastikan kejayaan anak murid SK Taman Tun Dr. Ismail Jaya. 4.7 Pihak sekolah sentiasa mencari kaedah dan strategi terbaik untuk kebaikan semua. Oleh itu, disinilah peranan PIBG dalam menghidupkan jalinan kerjasama untuk membantu pembangunan murid dan sekolah. 4.8 Beliau turut menegaskan bahawa Akta Pendidikan 1994/1996 terikat kepada sub peraturan 5 dan 6 di mana persatuan tidak boleh campur tangan dan menjana pendapatan.Disinilah individu-individu yang mampu membawa suara-suara ibu bapa dan menggalas tanggungjawab diperlukan dalam komuniti PIBG. 4.9 Beliau memaklumkan jumlah wang yang besar diperlukan untuk membaiki bangunan yang uzur dan rosak. Pihak PPD juga telah mengeluarkan peruntukan untuk membaiki kelas-kelas yang rosak dan mengutamakan murid SPM yang terlibat dengan banjir. 4.10 Kondusif sekolah merangkumi kompetensi guru-guru, keselamatan dan keselesaan komuniti sekolah.Tanggungjawab semua diperlukan dalam memperkasa akademik, memantapkan sahsiah dan pelbagaikan aktiviti kokurikulum untuk menjadikan murid-murid SK Taman Tun Dr. Ismail Jaya insan dan pemimpin yang berjaya. Semua pihak perlu membina sinergi dalam memastikan kemenjadian generasi ini. Beliau turut memaklumkan bahawa pihak PPD menerima ribuan permohonan masuk dari sekolah swasta ke sekolah kerajaan termasuk SK Taman Tun Dr. Ismail Jaya disebabkan lokalitinya. 4.11 Justeru itu, pihak PPD menghargai dan merakamkan ucapan tahniah kepada pihak pengurusan SK Taman Tun Dr. Ismail Jaya terutamanya di bawah pengurusan Puan Maznah yang telah mentadbir urus sekolah dengan baik. 4.12 Dengan lafaz Bismillah beliau merasmikan mesyuarat PIBG SK Taman Tun Dr. Ismail Jaya kali ke 25 bagi sesi 2022/2023 dengan mengharapkan kerjasama semua pihak dalam memastikan kejayaan murid dan komuniti SKTTDI Jaya. AGENDA 5 PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA AJK PIBG SESI 2021/2022 Semua tetamu dan ibu bapa dipertontonkan multimedia yang mempamerkan semua Jawatankuasa sebagai tanda penghargaan kepada pasukan yang telah banyak membantu pihak sekolah.
Minit Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Tun Dr Ismail Jaya kali ke-25 TARIKH 26 MAC 2022 MASA 8.30 PAGI TEMPAT SECARA DALAM TALIAN (GOOGLE MEET DAN STREAM YARD) PERASMIAN OLEH PUAN YASMIN BINTI KAMARUDIN (TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEKTOR PEMBELAJARAN PPD PETALING PERDANA) KEHADIRAN 347 ORANG
AGENDA 1: ENCIK SAHARUDDIN BIN MOHD DAN, YANG DIPERTUA PIBG 1.1 Encik Saharudin bin Mohd Dan menyatakan bahawa beliau tersentuh dengan makluman yang disampaikan oleh Pn Yasmin dalam ucapan persamiannya dimana beliau menyentuh berkenaan infratruktur dan prasarana-prasarana yang diperlukan oleh sekolah-sekolah namun ia perlu diberi keutamaan pada sekolah yang memerlukan dan murid SPM yang terkesan dengan banjir. Mereka lebih memerlukan dan berharap PIBG akan usaha semampunya dalam membantu pihak sekolah manangani segala isu dan masalah yang dialami. AGENDA 2: MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG YANG LALU 2.1 Pembentangan minit mesyuarat tahun lepas oleh Puan Zurina binti Dahari melalui Buku Program Digital MAT 25 di muka surat 18. 2.2 Semua ibubapa menerima minit Mesyuarat Agung kali ke 24 dengan sebulat suara. AGENDA 3: MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI PIBG 3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG tahunan kali ke 24 telah berjaya dilaksanakan pada 23 Oktober 2021 secara atas talian. 3.2 Walaupun tidak dapat bersua muka, namun pihak PIBG telah berusaha membantu pihak sekolah membaiki kerosakan seperti bumbung sekolah yang bocor. 3.3 Ucapan terima kasih pada ibubapa yang memberi sumbangan pada murid yang terkesan dengan banjir di mana ia sediki sebanyak dapat meringankan beban keluarga yang terkesan dengan bencana alam tersebut.
AGENDA 4: MEMBENTANG,MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021 4.1 Puan Nur Hidayatul Haq, Bendahari Kehormat PIBG membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021 melalui Buku Program Digital MAT 24 di muka surat 19 hingga 23. 4.2 Penyata kewangan telah dicadang terima oleh Puan Nur Izzati Athirah binti Abdullah untuk disahkan tanpa pindaan dan disokong oleh Puan Fatyah Ishsalyta binti Ishak dengan sebulat suara. Makluman AGENDA 5: MEMBAHAS USUL DAN CADANGAN 5.1 SUMBANGAN PIBG 5.1.1 Encik Saharudin memaklumkan bahawa sumbangan PIBG dikekalkan RM 80.00 untuk satu keluarga. Kutipan dijangka akan dilaksanakan pada 9 April 2022. Tindakan : Setiausaha dan Bendahari PIBG 5.2 PEMBINAAN SINGKI 5.2.1 Pihak pengurusan bercadang membina singki untuk kegunaan murid di setiap tingkat demi kemudahan murid membasuh tangan. 5.3 PEMBINAAN DEWAN TERBUKA 5.3.1 PIBG mencadangkan dibina dewan terbuka untuk memudahkan pelbagai aktiviti kecemerlangan murid. Lokasi dewan tersebut dicadangkan di kawasan lapang berhadapan bangunan sekolah. 5.3.2 Dana untuk projek ini dicadangkan dengan mewujudkan satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada AJK PIBG, guru dan ibu bapayang berfokus pada pembinaan dewan ini sahaja. Pembinaan dewan ini amat diperlukan disebabkan pertambahan murid dan ruangan untuk murid menjalankan aktiviti sangat terhad.
5.3.3 Sebut harga bagi pembinaan dewan ini dianggarkan bernilai RM 450,000. 5.3.4 Berhubung dengan soalan daripada En Nasoha, berkenaan rekaan dan penggunaan elektrik bagi membina dewan tersebut. 5.3.5 Guru besar memaklumkan bahawa akan dirujuk terlebih dahulu pada pihak PPD dan bahagian elektrik bagi mendapatkan kelulusan. En Nasoha yang juga merupakan penjawat di Jabatan Kerja Raya (JKR) turut memaklumkan bahawa jika memerlukan bantuan dan khidmat nasihat boleh merujuk pada beliau di masahadapan. 5.3.6 En Saharudin turut memaklumkan bahawa pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memberi cadangan untuk disediakan satu kertas kerja dan diserahkan pada pada pihak KPKT untuk mendapatkan peruntukan bagi membina dewan tersebut. Disokong oleh Puan Siti Norfaizah binti Azis dan Encik Nasoha bin Nasri Tindakan : PIBG 5.4 ISU BEG BERAT 5.4.1 Bagi menangani isu beg berat, guru besar memaklumkan bahawa SKTTDI Jaya merupakan salah sebuah sekolah terawal yang akan menerima lokar dari pihak Kementerian. Lokasi penempatan lokar tersebut akan ditetapkan kemudian. Sekolah juga turut melaksanakan 7 strategi yang dicadangkan oleh pihak KPM untuk menangani isu ini. Makluman 5.4.2 Berhubung cadangan Encik Nasoha berkenaan menyediakan plastik besar di setiap meja murid dan penjadualan buku yang perlu dibawa ke sekolah bagi menangani isu beg berat - Guru besar memaklumkan bahawa sekolah menunggu lokar dari pihak Kementerian untuk melihat dari segi saiz dan penempatannya. Disamping itu, perbincangan dalam panitia turut akan dijalankan untuk penjadualan dan penggunaan buku berjilid. 5.4.3 Puan Hanis mencadangkan penggunaan lokar diperuntukan untuk setiap subjek bagi setiap kelas dan kuncinya dipegang oleh guru kelas bagi mengelakkan berlaku kehilangan atau murid tertinggal kunci di rumah. Tindakan : Pengurusan Sekolah
5.5 PENGGUNAAN SMART BOARD 5.5.1 Berhubung cadangan Pn Nurul Hana berkenaan menyediakan Smart Board di setiap kelas bagi memudahkan guru untuk paparkan bahan pengajaran atau buku teks digital sewaktu sesi PdP berlangsung - Guru besar memaklumkan bahawa sekolah dalam usaha pendigitalan pendidikan dalam penyediaan Smart Board dan penggunaan teknologi. Jadi sokongan dan bantuan dari pihak ibu bapa amat diharapkan dan dialukan. 5.5.2 Encik Azuna bin Mohamed Sbri mencadangkan selain menyumbang untuk pembelian smart board, diadakan juga akaun khas untuk kutipan daripada ibu bapa bagi pembelian Smart Board, disokong oleh Puan Fatyah Ishsalyta binti Ishak. Tindakan : PIBG 5.6 PENYEDIAAN WATER DISPENSER ATAU AIR MINERAL 5.6.1 Encik Hafiz bin Abdul Hadi mencadangkan penyediaan water dispenser di sekolah atau guru membawa air mineral kotak untuk membolehkan murid membeli air tersebut bagi menangani masalah murid kehabisan air sewaktu sesi persekolahan. Disokong oleh Loges Jenny Tindakan : PIBG 5.7 PELAKSANAAN KELAS HYBRID 5.7.1 Encik Mohammed Nasir bin Zainuddin mencadangkan murid PdPR dapat menyertai kelas atas talian secara serentak dengan pengajaran di sekolah seperti guru menggunakan telefon pintar di kelas untuk murid-murid lihat pengajaran di papan putih di kelas. Disokong oleh Encik Shahril Risal. 5.8 PENGGUNAAN KIPAS BERDIRI DALAM KELAS 5.8.1 Berhubung cadangan Puan Nurul Hana binti Mohd Ali, berkenaan penyediaan kipas berdiri untuk diletakkan di setiap sudut kelas berikutan cuaca yang panas dan berbahang - Guru besar menjelaskan bahawa kipas berdiri ini sangat berisiko dalam kelas dari segi penggunaan wayar dan elektrik. Justeru keputusan dan tindakan yang boleh diambil ialah dengan menambah jumlah kipas siling di dala kelas daripada 3 buah kepada 6. Hanya PIBG yang boleh membantu melaksanakan projek ini.
5.9 JADUAL SEKOLAH TERBARU HARI JUMAAT 5.9.1 Puan Faizah binti Mukhtar meminta phak sekolah melihat waktu masuk murid sekolah petang pada jam 1.55 petang, sewaktu Solat Jumaat belum tamat menyukarkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah. 5.9.2 Berhubung perkara ini, Guru besar menjelaskan kebanyakan murid telah hadir lebih awal sebelum 12.30 tengah hari, tambahan pula waktu solat yang berubah menyebabkan jika waktu solat habis awal, murid terlalu lama berada tanpa kawalan guru. 5.10 SOLAT ZUHUR DI SEKOLAH 5.10.1 Puan Hannah binti Mohd Ali mencadangkan waktu diperuntukkan untuk solat Zuhur di sekolah – Guru besar menjelaskan sehingga hari ini murid diberi kebenaran untuk solat dengan pengawasan guru. Murid mengerjakan solat secara keluar bergilir-gilir ke surau. 5.11 BILANGAN BUKU TEKS DAN BUKU AKTIVITI 5.11.1 Puan Norul Shakiera Senin meminta penjelasan tentang isu bilangan buku teks dan buku aktiviti yang tidak mencukupi – Guru besar menjelaskan bilangan buku berkurangan berikutan jumlah murid yang bertambah setiap tahun. Walau bagaimanapun, semua murid mendapat buku kerana diambil daripada stor Buku Teks. Semua murid sekolah swasta juga diberikan buku teks yang sama. AGENDA 6: PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG 2022/2023 6.1 Encik Saharudin bin Mohd Dan selaku Yang Dipertua PIBG sekali lagi merakankan ucapan terima kasih kepada semua yang telah membantu AJK dalam melaksanakan perkhidmatan mereka. 6.2 Beliau dengan rasminya membubarkan Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022. 6.3 Majlis pengundian diketuai oleh Encik Hafiz bin Awaluddin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dengan bantuan pasukan Teknikal dan Pengundian Mesyuarat Agung PIBG. 6.4 Beberapa orang ahli jawatankuasa yang lama PIBG memohon untuk menarik diri daripada pencalonan bagi memberi peluang pada pucuk pimpinan baru untuk memimpin persatuan. AJK tersebut ialah Puan Ozlyn binti Mushid dan Puan Julia binti Marjuki.
6.5 Setelah selesai sesi pengundian, semua ahli yang hadir telah memilih dan bersetuju dengan pelantikan jawatan seperti di bawah: Yang Di Pertua Encik Mohd Hisham bin Abd Sukor Naib Yang Di Pertua Encik Nasoha bin Nasri Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa Puan Engku Hanisyarulakmar Engku Murad Puan Zainab binti Shaari Puan Norshazreen binti Mokhtar Encik Alfian Iqbal bin Al Bakri Encik Muhapis bin Abdul Halim Encik Hafiz bin Abdul Hadi 6.5 Puan Maznah selaku Guru Besar memaklumkan barisan jawatankuasa PIBG yang telah bersetuju melantik jawatankuasa dalam kalangan guru seperti di bawah: Setiausaha Kehormat Cikgu Nur Shahira binti Ahmad Razali Bendahari Kehormat Cikgu Mohamad Fikri Atif bin Mokhtar Ahli Jawatankuasa Guru Cikgu Che Hasmira binti Ismail Cikgu Siti Nor binti Ariffin Cikgu Mohd Faizal bin Yahya Cikgu Mohd Faizal bin Sulaiman Cikgu Nurul Hafni binti Mohd Radzi Cikgu Nurul Amira binti Sapie AGENDA 6: PEMILIHAN JURU AUDIT DALAMAN 6.1 Encik Hafiz mengumumkan bahawa Mesyuarat Pengurursan Sekolah melantik Cikgu Nur Fauzia Nazwin binti Salim sebagai Juru Audit PIBG Tahun 2022/2023. 6.2 Encik Mohd Azuna bin Mohamed Sabri mencadangkan Puan Fatyah Ishsalyta binti Ishak sebaga Juru Audit Ibubapa. Disokong oleh Puan Marlina binti Mohd Sharif dan semua ibu bapa.
AGENDA 7: UCAPAN PENANGGUHAN 7.1 Encik Hisyam bin Abd Sukor, Yang Di Pertua PIBG bagi sesi 2022/2023 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa kerana memberi kepercayaan kepadanya dalam memimpin Persatuan PIBG SK Taman Tun Dr Ismail Jaya dan mengharapkan kerjasama dan sokongan terus diberi kepada AJK yang baru. 7.2 Seterusnya, beliau menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sesi 2021/2022 dengan ucapan terima kasih. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.18 tengah hari. Dicatat oleh (1) Anis Idura binti Azlan (2) Nurul Amira binti Sapie (3) Nur Shahira binti Ahmad Razali Disediakan oleh NUR SHAHIRA BINTI AHMAD RAZALI
Laporan dan Penyata Kewangan Tahunan PIBG Sesi 2022/2023
PENYATA KEWANGAN PIBG SK TTDI JAYA LAPORAN JURUAUDIT DALAMAN PIBG
LAPORAN KEWANGAN PIBG ANALISA PENERIMAAN SUMBANGAN PIBG
ANALISA PERBELANJAAN SUMBANGAN PIBG
Usul dan Cadangan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26
BIL NAMA PENCADANG USUL/CADANGAN TINDAKAN 1. PIBG Mengekalkan sumbangan PIBG sebanyak RM80.00 satu keluarga 2. PIBG Membina lantai bersimen untuk kegunaan perhimpunan dan menjadi permulaan kepada pembinaan Dewan Terbuka. Cadangan di tapak kosong bersebelahan kantin untuk mengelak berlakunya suasana bising yang mengganggu PdP kelas. 3. PIBG dan Pengurusan Sekolah Agihan sumbangan PIBG kepada 3 kategori perbelanjaan : (1) 30% - pembangunan infrastruktur sekolah (2) 40% - program kecemerlangan murid (3) 30% - program PIBG Keutamaan pada aktiviti berkaitan murid meliputi pembelajaran, aktiviti pembangunan dan aktiviti kecemerlangan. Termasuk keselamatan dan kebajikan murid. 4. Pengurusan Sekolah Memberi sumbangan kepada Pengawal Keselamatan (PK) yang menjaga lalulintas dan keselamatan murid semasa datang dan balik. Tugas menjaga lalu lintas dan menjaga keselamatan murid datang dan balik tidak termasuk dalam skop kerja dan bayaran gaji. Peranan PK amat penting dalam membantu memastikan lalu lintas terkawal dan keselamatan murid datang dan balik sekolah terjamin. 5. Pengurusan Sekolah Mengadakan aktiviti di luar dengan kerjasama agensi luar yang melibatkan perbelanjaan antara RM100 hingga RM150 dibiayai oleh ibu bapa yang berminat. Semua aktiviti yang dijalankan tidak ada unsur paksaan. Kesemua agensi perlu mendapat surat kebenaran dan kelulusan daripada KPM. Pelibatan dan pencapaian murid penting terutama dalam mendapatkan markah PAJSK. Kebanyakan perbelanjaan seperti perkhemahan, motivasi pembangunan diri murid dan STEM melibatkan kepakaran dan kos alatan yang tinggi. Ini akan memberi peluang kepada ibu bapa dalam membantu peningkatan markah PAJSK.
BIL NAMA PENCADANG USUL/CADANGAN TINDAKAN 1. NOOR MASLINDA Penambahbaikan pada fasiliti sekolahtandas/kerusi/meja etc Dibincangkan dalam Mesyuarat AJK Pertama seperti kebiasaan pelaksanaan JK. 2. Pemakluman kalender aktiviti tahunan sekolah perlu diberikan kepada pelajar pada awal tahun bagi memudahkan ibubapa mengkoordinasikan aktiviti luar anak pada hari minggu/ cuti sekolah Diberikan kepada murid terutama aktiviti Kokurikulum yang perlu dilaksanakan secara berterusan. 3. Perubahan jadual kelas at least 2 kali setahun dan bukan berubah setiap penggal. Jadual waktu berubah berikutan perpindahan dan kemasukan guru. Juga berlaku apabila kelas baru dibuka. 4. Memaklumkan rancangan intervensi pihak sekolah bagi membantu murid-murid yang ketinggalan matapelajaran/ mendapat TP 3 ke bawah. Telah dilaksanakan sebanyak 2 kali pada 2022/2023. Turut diberikan kepada ibu bapa yang terlibat dalam program Bantu Membaca. 5. Apa-apa perancangan pihak sekolah hendaklah mendapat maklumbalas dari pibg, as a two way communication channel. Ada program yang mendapat arahan dari KPM, JPN dan PPD – bukan semua program perlu mendapat maklum balas PIBG tetapi kebanyakannya telah dimaklumkan kepada YDP dan JK. CADANGAN DARIPADA IBU BAPA
BIL NAMA PENCADANG USUL/CADANGAN TINDAKAN 6. NORYANIL Yuran PIBG dikekalkan Sama seperti cadangan yang dibawa oleh PIBG. 7. SITI SABARIAH BINTI SALIHIN Mohon pihak sekolah lebih menitikberatkan kebersihan tandas sekolah murid- murid juga memperbaiki pintu tandas yg selalu rosak, menambah hos disetiap tandas / menukar hos yang lebih baik. - Ada murid sanggup menahan dan tidak ke tandas kerana pintu rosak dan juga keadaan tandas yang tidak terjaga. - Diketahui kesedaran murid-murid menjaga kebersihan itu penting tetapi pihak sekolah juga boleh hire petugas /cleaner. Pihak sekolah berusaha memperbaiki tetapi bergantung kepada kewangan yang diturunkan oleh KPM. Bantuan ibu bapa juga diperlukan untuk membentuk sikap murid – sebagai contoh pintu dan paip ditukar semasa hendak pilihanraya tetapi semuanya rosak – pintu pecah dan paip patah. Ini masalah yang perlu ditangani bersama. 8. NOOR MAZNIFAISHA BINTI MALEK SHAH - Upgrade toilet : Hasil survey dengan anak-anak. Mereka jarang ke toilet kerana keadaan toilet yang kurang fasiliti dan tak terjaga kebersihan. Sumbangan jika hendak menaik taraf dan juga pendidikan penggunaan tandas turut bermula dari rumah. 9. NOOR MASLINDA Mohon setiap permohonan penggunaan wang kutipan PIBG adalah comply to checklist, yang perlu diwujudkan dan dipersetujui, sebelum sebarang fund dikeluarkan untuk ketelusan penggunaan kutipan tersebut. Setakat ini semua pengunaan wang adalah di bawah kelulusan JK PIBG. 2021 & 2022 - Banyak wang yang dikeluarkan oleh pihak sekolah sendiri seperti memperbaiki kerosakan dan pengurusan pertandingan kokurikulum.
BIL NAMA PENCADANG USUL/CADANGAN TINDAKAN 10. HANI BINTI NOOR AZLAN Gantikan penutup longkang plastik yang banyak telah reput dan patah Akan dibincangkan dalam Mesyuarat JK PIBG 11. ELIZA ZULAIKHA BINTI MOHAMED KHALIK Pentingnya keceriaan kelas tahun 1, setiap kelas ada tema/sudut bacaan, warna kelas yang merangsang minda anak2, meja dibalut. Aktiviti keceriaan tidak dapat dilaksanakan tahun lepas kerana kekangan pandemik COVID. Bilangan murid yang ramai juga menyebabkan banyak sudut-sudut tidak dapat dilaksanakan. 12. ABU MARHALIM Membaik pulih semua tandas2 di SK TTDI Jaya. Keadaan dan kebersihan tandas perlu diutamakan. Terima kasih banyak banyak-banyak SK TTDI Jaya merupakan sekolah lama tetapi kebanyakan tandas dibaiki secara berkala. Tambahan pula bilangan murid yang ramai tidak seimbang dengan jumlah tandas. Diharap ibu bapa membantu mengumpulkan dana.
PENASIHAT CIKGU MAZNAH BINTI ZAINI (GURU BESAR SK TAMAN TUN DR ISMAIL JAYA) YANG DIPERTUA NAIB YDP PIBG SETIAUSAHA CIKGU NUR SHAHIRA BINTI AHMAD RAZALI BENDAHARI CIKGU MOHAMAD FIKRI ATIF BIN MOKHTAR AJK (IBU BAPA) AJK (GURU) CIKGU MOHD FAIZAL BIN YAHYA CIKGU MOHD FAIZAL BIN SULAIMAN CIKGU CHE HASMIRA BINTI ISMAIL CIKGU SITI NOR BINTI ARIFFIN CIKGU NURUL AMIRA BINTI SAPIE CIKGU NURUL HAFNI BINTI MOHD RADZI JURUAUDIT WAKIL IBU BAPA : WAKIL GURU : CIKGU NUR FAUZIA NAZWIN BINTI SALIM Jawatankuasa PIBG Lantikan Sesi 2023/2024 we are stronger as a group than an individual!
Laporan Program Permuafakatan Sekolah dan PIBG 2022/2023
24/4/2022 PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT
AGIHAN SUMBANGAN MANGSA BANJIR
2 7/ 1 0 /2 0 2 2 K E M H E B A T J A W I B A D A N B E R U N I F O RM P E R I N G KA T A N T A RA B A N G S A ( P E N G A N G K U T A N )
27/5/2022 SAMBUTAN HARI RAYA
26/11/2022 KEJOHANAN SUKANEKA PERINGKAT SEKOLAH
24/9/2022 PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM
7/10/2022 HARI SUKAN NEGARA
13/8/2022 KEM BESTARI SOLAT
12/2/2023 MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 (BERSAMA KSIB)
26/11/2022 MAJLIS KHATAM AL-QURAN TAHUN 6 (PENCAPAIAN KPI PROGRAM J-QAF)
15/2/2023 MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM
16/6/2022 KEJOHANAN MERENTAS DESA (KERJASAMA KISB)
2 3 /4 /2 0 2 2 M A J L I S K H A T A M A L - Q U RA N S E M P E N A I H Y A' RA M A D A N D I S U RA U A S - S A K E E N A H
FEBRUARI 2023 JAMUAN APRESIASI PENGAWAS TAHUN 6
O G O S 2 0 2 2 F E B R U A R I 2 0 2 3 S H O W C A S E P B D , H A R I B E RT E M U P E L A N G G A N & P E R J U M P A A N I B U B A P
FEBRUARI 2023 TALENT SHOW