The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kesusasteraan merupakan sebuah ciptaan seni yang disampaikan oleh bahasa. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) di dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua, beliau menyatakan bahawa perkataan kesusasteraan adalah bera

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by batrisyiaabyyy, 2022-03-26 14:51:06

Kesusasteraan merupakan sebuah ciptaan seni yang disampaikan oleh bahasa. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) di dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua, beliau menyatakan bahawa perkataan kesusasteraan adalah bera

Kesusasteraan merupakan sebuah ciptaan seni yang disampaikan oleh bahasa. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) di dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua, beliau menyatakan bahawa perkataan kesusasteraan adalah bera

TUGASAN 1:PENGHASILAN
PRODUK (30%)

KESUSASTERAAN
MELAYU

NAMA : NUR BATRISYIA ABYANA BINTI
MOHD SAFRIZAL(F2E)
NAMA PENSYARAH : DR ARFAH BINTI
AHAMAD

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan merupakan sebuah ciptaan seni yang disampaikan oleh bahasa.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) di dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua,
beliau menyatakan bahawa perkataan kesusasteraan adalah berasal daripada
perkataan Sanskrit. Perkataan tersebut ialah susastera yang didefinisikan sebagai
huruf atau buku indah. Sastera dari segi makna akarnya ialah bahasa yang
digunakan di dalam kitab. Menurut kamus pula, kesusasteraan bermaksud karya
tulisan yang berbentuk prosa atau puisi dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Seni
karang-mengarang bahan-bahan sastera yang berbentuk prosa dan puisi merupakan
sebuah seni kesusasteraan. Maksud kesusasteraan yang digunakan dalam bahasa
Melayu ialah pada asalnya daripada perkataan Sanskrit, iaitu sastra. Mengarahkan,
mengajar dan memberi petunjuk merupakan maksud bagi kata dasar sas- manakala -
tra bermaksud alat. Oleh itu, sastra dapat disimpulkan sebagai alat untuk mengajar.
Bagi maksud suku kata su- pula ialah indah dan imbuhan ke- dan -an bermaksud
segala yang tertulis dan yang bernilai seni.

TAKRIF KESUSASTERAAN

Kesusasteraan bagi konteks pendidikan adalah karya asal
yang ditulis dalam Bahasa Melayu yang mempunyai unsur
keindahan serta kehalusan.Kesusasteraan merupakan hasil
karya untuk menyampaikan mesej dengan menjelaskan
sesuatu keadaan yang mempunyai kaitan dengan diri dan
masyarakat. Terdapat pelbagai bentuk iaitu novel, cerpen,
drama, sajak, prosa tradisional atau prosa tradisional. Dengan
adanya kesusasteraan ini, individu dapat mengimbangi
intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping menunjukkan
nilai kemanusiaan dan citra masyarakat.

JENIS DAN BENTUK
KESUSASTERAAN MELAYU

Terdapat pelbagai ragam terhadap jenis dan bentuk
kesusasteraan kerana mempunyai unsur-unsur khusus yang
membentuk pola yang berlainan untuk tujuan tertentu.
Antara jenis dan bentuk kesusasteraan ialah prosa
tradisional, prosa moden, puisi tradisional dan puisi moden.

PROSA TRADISIONAL

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), tradisional ialah bermaksud serius dan
nilainya yang abadi. Sebagaimana kita ketahui, prosa tradisional merupakan
sastera yang menjadi sumber pengetahuan, amalan, sempadan tingkah laku

atau pengenalan Melayu terhadap masyarakat luar. Sastera lama bersifat
sementara berbanding dengan prosa tradisional. Prosa ini adalah hasil karya

seni yang disampaikan melalui bahasa yang bertujuan untuk menyatukan
falsafah pencipta dan penerima. Oleh hal demikian, terdapat dua genere puisi
tradisional iaitu sastera rakyat yang secara lisan dan sastera istana yang secara

tulisan

Sastera rakyat (lisan)

CIRI-CIRI

Antara ciri sastera rakyat ialah akan disebarkan dan
diwariskan dengan cara lisan dan bersifat tradisional dan
lama. Selain itu, sastera lama wujud dalam pelbagai jenis
variasi dan bersifat anonimi. Sastera ini menjadi hak milik

masyarakat yang menciptakannya
Terdapat dua kategori sastera rakyat iaitu naratif dan
bukan naratif. Bagi kategori naratif, sastera ini adalah
mitos, lagenda dan juga cerita rakyat. Manakala bagi
katogeri bukan naratif, sastera ini adalah seperti puisi

rakyat

Mitos ialah cerita yang dikatakan benar- Mitos Mitos institusi sosial menceritakan
benar berlaku dan dianggap suci oleh tuan tentang asal usul sebuah institusi
empunya cerita dan masyarakat yang Ciri mitos ialah benar-benar berlaku, sosial seperti mitos kedatangan
mempercayainya. Mitos menceritakan kejadian yang aneh tetapi penting,
tentang alam semesta, manusia, binatang, merupakan keramat dan memberi impak Islam. Mitos politik pula
pokok, bentuk muka bumi dan kejadian kepada masyarakat. mengisahkan tentang struktur
alam. Makhluk halus, dewa atau separuh Mitos dalam sastera Melayu mempunayi pemerintahan dan kerajaan iaitu
dewa merupakan tokoh yang terlibat tiga jenis iaitu mitos asal usul, mitos seperti mitos tentang kerajaan raja-
pada zaman dahulu. . institusi sosial dan mitos politik.
Mitos asal usul ini berlaku pada masa raja Melayu.
lampau yang mempengaruhi cara
pemikiran masyarakat yang bersifat
mistik dan magis. Sebagai contoh kisah
Tasik Cini

LAGENDA

Lagenda merupakan cerita yang dipercayai Lagenda perseorangan pula berkaitan
benar-benar tetapi tidak dianggap suci. dengan tokoh tertentu yang dapat
Manusia yang mempunyai sifat luar biasa
dibuktikan dengan latar tempat dan masa
merupakan tokoh lagenda. Komunikasi lisan seperti kisah kepimpinan Hang Tuah.
yang bercorak cerita berteraskan kisah tokoh
Lagenda tempat pula berkaitan dengan
atau pahlawan merupakan ciri lagenda. asal usul sesuatu tempat di mana tempat
Terdapat beberapa jenis lagenda iaitu yang
pertama lagenda keagamaan. Lagenda ini itu berkaitan dengan nama tokoh atau
binatang. Sebagai contoh ialah Kampung
menceritakan tentang orang alim dan
penyebar agama seperti Tok Tok Pasai yang diambil nama daripada
seorang tokoh yang bernama Tok
Kenali.Seterusnya ialah lagenda alam ghaib
yang dianggap benar-benar terjadi dimana Pasai.Yang terakhir ialah lagenda tokoh
seperti cerita Mahsuri yang dikatakan wujud
fungsinya untuk menegakkan sesuatu
kebenaran terhadap kepercayaan. . kerana terdapat bukti speerti makan
Mahsuri di Pulau Langkawi.

CERITA RAKYAT

Cerita rakyat adalah berbentuk prosa Seterusnya ialah cerita jenaka yang
namun tidak dianggap cerita yang benar- dapat menimbulkan perasaan geli hati
dan gembira kepada pendengar. Sebagai
benar berlaku kerana ianya hanya contoh ialah cerita Pak Kindir dan Lebai
sebagai hiburan, untuk menegakkan Malang. Cerita rakyat yang seterusnya
kebenaran dan mempunyai moral serta ialah cerita teladan yang berunsurkan
sindiran. Antaranya ialah cerita binatang moral dan pendidikan. Antara contoh

yang ditokohi oleh binatang untuk cerita teladan ialah Bawang Putih
menunjukkan gambaran tingkah laku Bawang Merah dan Batu Belah Batu
manusia seperti Kisah Sang Kancil. Selain
Bertangkup.
itu ialah cerita pengllipur lara yang
dituturkan oleh penglipur lara iaitu Tok
Selampit. Antara contoh cerita lipur lara

ialah Hikayat Anggun Cik Tunggal.

Sastera Istana (tulisan)

Sastera tulisan diperkenalkan pada Sastera epik juga telah Sastera panji mempunyai kaitan
abad ke-15 dan berkembang di istana dikatakan sebagai sastera dengan kisah pengembaraan,
setelah berlakunya penerimaan Islam.
pahlawan yang bersifat percintaan dan peperangan. Sebagai
Terdapat tiga jenis sastera hikayat sejagat. Ciri kepahlawanan contoh ialah Hikayat Cendawan Putih.
iaitu berasaskan unsur seperti unsur dan sifat kepewiraan yang
Hindu, unsur Islam dan unsur Hindu- Selain iru ialah sastera agama yang
Islam. Sebagai contoh ialah Hikayat unggul amat ditekankan menceritakan kehebatan Nabi
Gul Bakawali, Hikayat Seri Rama dan dalam sastera epik. Sebagai
Muhammad SAW untuk menyebarkan
Hikayat Raja Pasai. contoh ialah epik agama Islam ke seluruh pelusuk dunia
kebangsaan iaitu Hikayat
Sastera undang-undang dihgunakan untuk walaupun terpaksa menghadap
mengkaji sistem pemerintahan, sistem Hang Tuah dan epik pelbagai cabaran serta penentangan.
berunsurkan Islam seperti
pentadbiran dan susun lapisan masyarakat Sastera ketatanegaraan bertajuk
lama. Terdapat dua kumpulan sastera Hikayat Amir Hamzah. Kitab Nasihat Segala Raja-Raja
undang-undang iaitu Adat Temenggung digunakan oleh SUltan Zainal Abidin
dan Adat Pepatih. Sebagai contoh ialah III sebagai petunjuk dan bimbingan
dalam pemerintahan baginda.
Hukum Kanun Melaka manakala undang-
undang Adat Pepatih diamalkan di Negeri

Sembilan.

Prosa Moden

Sastera moden merupakan hasil karya sastera selepas 1800 Seterusnya ialah novel yang merupakan prosa rekaan
Masihi. Hal ini bertujuan untuk memudahkan masyarakat yang panjang di mana menceritakan sebuah kehidupan.
memahami bentuk dan unsur perbezaan dalam sastera Melayu. Novel mengisahkan tentang peristiwa yang terjadi kepada
Misalnya ialah sajak bebas yang merupakan penyimpangan manusia pada masa dan tempat tertentu. Terdapat tiga
daripada bentuk puisi lama seperti pantun dan syair. Cerpem faktor utama yang berkait dalam novel iaitu pengalaman
adalah gabungan dua perkataan iaitu cerita dan pendek. Pada peribadi, realiti rencam hidup dan imaginasi. Sebagai
tahun 1930, cerpen berkembang dengan meluas disebabkan contoh novel ialah Cinta GadisRimba (1947) dan Darah
oleh kegiatan persuratkhabaran. Cerpen dapat me memberi Kedayan (1947). Novel juga bersifat semangat
gambaran tentang sesuatu zaman tentang hubungan sosial, kebangsaan seperti novel Pahlawan Rimba Malaya. Novel-
ekonomi dan politik. Cerpen juga menjelaskan sikap, perasaan novel Melayu mengalami zaman kegemilangan pada
dan pandangan pengarang. Cerpen mempunyai satu tema, tahun 1960 iaitu tahun-tahun mengisi kemerdekaan. Karya
persoalan, perwatakan, plot dan konflik. . novel ditingkatkan lagi kualiti dan kuantiti.

Drama juga tergolong dalam prosa moden dan satu bentuk
karya sastera. Penulis menyampaikan sesuatu mesej melalui
lakonan serta dialog. Drama ialah satu karya sastera yang
mempunyai unsur intrinsik. Drama memerlukan pelakon, skrip
dan pementasan yang sesuai. Antara pementasan yang sesuai
ialah mempunyai cahaya, bunyi, pakaian, tatarias dan penonton

untuk menyempurnakan pementasan tersebut.

Puisi Tradisional

Puisi ialah genre terawal bagi semua bangsa. Terdapat dua buah
epik yang dihasilkan oleh orang Eropah iaitu lliad dan Odyssey.
Mahabharata dan Ramayana merupakan puisi yang digunakan oleh
masyarakat Hindu. Seterusnya, bagi masyarakat Arab, puisi-puisi
terbaik akan digantung di Ka'abah pada zaman jahiliah. Puisi bagi
milik orang Melayu pula dinamakan pantun. Terdapat beberapa
genre dalam puisi tradisional iaitu pantun, syair, gurindam dan

seloka.

PANTUN

Pantun ialah kaedah rangkap yang paling tua dan kepunyaan asli masyarakat
Melayu. Pantun boleh terdiri daripada dua rangkap, empat rangkap, enam

rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap dan pantun berkait. Menurut Harun
Mat Piah (1989), beliau menyatakan bahawa sesuatu maksud pantun adalah
berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran struktur visual. Aspek dalaman

meliputi unsur estetik dan isi iaitu tema dan persoalan. Terdapat dua aspek bagi
unsur estetik iaitu penggunaan yang berkaitan lambang dan yang kedua ialah
hubungan makna antara pasangan pembayang sama ada secara konkrit atau
abstrak. Pantun yang sering dilihat ialah pantun dua kerat dan pantun empat
kerat.Ciri pantun ialah berdasarkan bilangan baris dalam rangkap. Setiap jenis
pantun yang dibahagikan bergantung terhadap fungsi dan kandungan pantun
tersebut.

CONTOH PANTUN

PANTUN 2 KERAT: PANTUN NASIHAT :




Banyak udang banyak garam, Pohon mengkudu tumbuhnya rapat,
Banyak orang banyak ragam. . Rapat lagi pohon matahari;
Kawan seribu mudah dapat,
PANTUN 4 KERAT: Sahabat setia payah dicari.


PANTUN MENYAMPAIKAN HASRAT
Pucuk pauh selara pauh, TERSEMBUNYI:
Sembilu ledung ledungkan;


Adik jauh kekanda jauh, Anak Cina menjual kayu,
Kalau rindu sama menungkan Amoi cantik menjual kain;
Bagaimana bunga tak layu,
Embun menitik di tempat lain.

Quarkwood High

GURINDAM

Gurindam merupakan satu bentuk puisi Melayu tradisional
seperti ' Gurindam Dua Belas'. Gurindam berbentuk terikat
yang mempunyai dua baris dalam satu rangkap. Gurindam
berasal daripada bahasa Tamil iaitu 'iradam' dan 'kirandam'
yang bermaksud puisi secara terbuka. Menurut Za'abaa pula,
gurindam merupakan sejenis syair yang melarat yang tetap

sukatannya.

Syair

Syair merupakan sejennis puisi berlagu yang berasal dari Parsi dan datang bersama
kedatangan Islam. Syair ditukarkan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik pada
masa tersebut. Namun, terdapat pendapat bahwa syair adalah puisi lama yang telah sedia
wujud tetapi namanya ditukar. Menurut Mohd. Yusof Md. Nor (1985), beliau menyatakan
bahawa syair berasal daripada puisi Arab iaitu 'sy'ir' tetapi berlainan bentuk berbanding
syair Melayu. Syair mempunyai empat baris serangkap dan mempunyai rima akhir 'a', 'a',
'a', 'a'.Setiap baris syair mempunyai empat hingga lima patah perkataan dan suku kata
adalah lapan hingga 12 bagi semua baris.Oleh hal demikian, dapat disimpulkan bahawa
syair ialah pernyataan yang berlarutan untuk menceritakan kisah, buah fikiran, nasihat

serta pujian dan semua syair mengandungi awalan dan akhiran.

SELOKA

Seloka ialah berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu 'shloka'
yang bermaksud berjenaka, berseloroh dan menyindir (Harun

Mat Piah , 1989). Seloka ialah pepatah, bidalan atau
perumpamaan yang mempunyai unsur jenaka, olokan dan
sindiran. Sebahagian seloka berbentuk terikat iaitu mempunyai
empat baris namun terdapat juga seloka yang berbentuk bebas
iaitu semua baris menjadi isi puisi tersebut. Sebagai contoh

ialah Seloka Emak Si Randang.

PUISI MODEN

Sajak adalah satu-satunya genre dalam puisi moden dan berbentuk bebas terikat
pada pola yang khusus. Sajak ialah pengucapan perasaan yang mempunyai

fikiran serta tanggapan. Sajak tidak terikat dengan mana-mana peraturan seperti
pemilihan kata dan pembentukan rangkap. Sajak terbentuk daripada perkataan
yang terbaik dan penulis hendaklah mengaku puisi tersbeut merupakan puisinya

walaupun menggunakan nama samaran. Puisi ini merupakan hal karya kreatif
yang ada bentuk tersendiri.

CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU

Keindahan mencerminkan PENGALAMAN KARYA SENI
pengalaman SENI
Ciri-ciri kesusasteraan Karya sastera dapat
Melayu dapat dilihat melalui Pengalaman di sini Pengalaman seni dapat dibezakan dengan
keindahan gaya dan lenggok merujuk terhadap dilihat melalui peristiwa karya bukan sastera
tindak balas yang kuat sastera yang berlaku dan iaitu dengan tiga
bahasa yang digunakan dari jiwa manusia yang pembaca akan dapat perkara iaitu .sifat
dalam karya sastera digambarkan dengan memahami serta merasai fiksyen, nilai-nilai
realiti. Pengalaman estetik dan gaya
tersebut. Hasil sesuatu karya diungkapkan melalui fikiran dan perasaan bahasa yang khusus.
dikatakan indah jika dapat bahasa dalam karya punilis karya tersebut.
memenuhi 4 syarat seperti

sastera. Perkara yang
keutuhan, keselarasan, disampaikan, cara dan
keseimbangan dan fokus bentuk penyampaian
merupakan nilai karya
kepada sesuatu unsur.
sesebuah sastera. .

FUNGSI SASTERA MELAYU

alat INSTRUMEN HIBURAN
pendidikan PERPADUAN

DAKWAH ALAT KAWALAN KRITIKAN
SOSIAL DALAM SOSIAL

KEHIDUPAN
SEHARIAN

FUNGSI SASTERA SEBAGAI : ALAT KAWALAN SOSIAL
DALAM KEHIDUPAN
ALAT PENDIDIKAN
Karya sastera yang dicipta adalah
Karya sastera yang dicipta adalah pengalaman pengalaman pengarang sendiri
pengarang sendiri dalam bidang ekonomi, politik, dalam bidang ekonomi, politik,
sosiologi dan agama. Setiap karya mempunyai nilai dan
pengajaran tersendiri yang ingin disampaikan kepada sosiologi dan agama. Setiap karya
mempunyai nilai dan pengajaran
pembacanya. Oleh itu, sastera dapat mendidik tersendiri yang ingin disampaikan
masyarakat melalui karya yang wujud.
kepada pembacanya. Oleh itu,
INTRUMEN PERPADUAN sastera dapat mendidik masyarakat

Perpaduan dapat dipupuk melalui karya melalui karya yang ada.
sastera kerana terdapat nilai-nilai positif yang
dapat memberi kesedaran kepada masyarakat

tentang kepentingan semangat perpaduan .
Dalam konteks yang sama, bahasa Melayu
telah digunakan dalam menyampaikan sastera
yang bertindak sebagai alat penyatu untuk

semua kaum.

DAKWAH KRITIKAN HIBURAN
SOSIAL
sastera juga berperanan untuk Sastera dianggap sebagai
menyebarkan dakwah kepada Pada zaman tersebut. hanya hiburan kerana mewujudkan
orang Islam melalui bahasa dengan karya yang ditulis untuk perasaan gembira dan seronok.
cara tulisan atau lisan. Hal ini dapat masyarakat menulis Jiwa pembaca dapat disentuh
membantu masyarakat Islam kehidupannya. Setiap apabila menggunakan perkataan
melakukan kemungkaran. Dalam indah dalam sastera tersebut.
konteks yang sama, dakwah masyarakat mempunyai taraf Sebagai contoh ialah cerita
melalui sastera mampu untuk hidup yang berbeza dan
membentuk peribadi yang mulia. rakyat dan pantun yang
Sebagai contoh karya Islam ialah membuatkan timbul perasaan menyampaikan hiburan kepada
Syair Perahu yang ditulis oleh dan Tindakan untuk menegur pembaca dan mampu membuat

Hamzah Fansuri. dan mengkritik. pembaca memahami dan


mendalami kisah tersebut.

MANIFESTASI AKAL BUDI

- SYAIR
- PANTUN
- GURINDAM
- SELOKA

PENGENALAN MANIFESTI AKAL BUDI

Akal budi mencerminkan tingkah laku, pemikiran dan sikap
seseorang manusia. Secara lazimnya, sikap dan perlakuan
seseorang digambarkan melalui hasil seni karya tulisan iaitu
menghasilkan karya sastera. Terdapat empat aspek yang dilihat
melalui manifestasi akal budi iaitu pertuturan, pemikiran, perlakuan

dan gaya hidup.

AKAL BUDI DALAM PANTUN Tanam delima ditengah padang,
Raja berarak dari asahan,

Terimalah saya anaknya dagang,
Datang dengan kain basahan.

PEMIKIRAN : Daripada aspek pemikiran, penulis cuba menyampaikan bahawa
anak dagang hendaklah sentiasa merendahkan diri agar masyarakat dapat
menerimanya.

PERTUTURAN : Penulis menggunakan bahasa yang sopan dan tidak berunsur
sindiran

PERLAKUAN : Masyarakat hendaklah bersikap rendah diri agar disukai oleh
masyarakat

GAYA HIDUP :Kita hendaklah sentiasa bersikap rendah diri dengan orang lain
agar tidak dipandang serong oleh masyarakat. Kita mestilah menghormati
masyarakat tanpa mengira status dan taraf kehidupan seseorang tersebut.

AKAL BUDI DALAM SYAIR

Membenci sesuatu yang seharusnya PEMIKIRAN : Daripada aspek pemikiran, penulis cuba menyampaikan bahawa
dibenci, pada rangkap satu, setiap individu ysng menunggu dan mengaharapkan

Menanti sesuatu yang belum pasti, sesuatu, individu tidak akan mendapat jawapan dengan jelas. Manakala bagi
Melihat betapa penantian tak akan rangkap dua pula, penulis menyatakan bahawa semua orang tidak suka
menunggu sesuatu yang tidak pasti kerana hanya akan membuang masa.
memberi jawapan,
Hanya berupa tanda tanya besar. PERTUTURAN : Penulis menggunakan bahasa yang sopan namun berunsur
sindiran



Tak akan ada orang yang suka
PERLAKUAN : Syair tersebut menyatakan bahawa menunggu sesuatu yang
menunggu, tidak pasti hanya akan membazirkan masa seseorang.
Menghitung waktu yang pasti,

Bahkan secarik kertas yang melayu,
Bagai daun yang mati ditelan waktu. GAYA HIDUP : Sebagai manusia, kita hendaklah berfikir sama ada perkara
tersebut harus ditunggu atau tidak supaya tidak membuang masa kerana


masa itu emas.

AKAL BUDI DALAM SELOKA
(seloka Pandai Pak Pandir)

Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta -habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,

Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh dilangit,
Air di tempayan dicurahkan,

Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung,
Pak Pandir juga menanggung,
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga, dia berbunga Orang berbuah, dia haram,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga berkecundangan.

PEMIKIRAN : Pengarang ingin menyampaikan tentang sikap Pak Pandir yang
lebih mementingkan orang lain berbanding anak sendiri akan merugikan diri

sendiri.
PERTUTURAN : Penulis menggunakan unsur sindiran untuk menyedarkan

pembaca supaya tidak bersikap seperti Pak Pandir.
PERLAKUAN : Sikap Pak Pandir yang memberi keistimewaan kepada orang

lain dahulu sebelum keluarga sendiri telah merugikan diri mereka.
GAYA HIDUP :Kita hendaklah memberi layanan istimewa terhadap keluarga

sendiri berbanding orang lain agar tidak merugikan diri kita.

AKAL BUDI DALAM
GURINDAM

(GURINDAM 12 FASAL 2)

Barang siapa mengenal yang tersebut
Tahulah ia makna takut
Barang siapa meninggalkan sembahyang
Seperti rumah tiada bertiang
Barang siapa meninggalkan puasa
Tidaklah mendapat dua termasa
Barang siapa meninggalkan zakat
Tiadalah hartanya beroleh berkat
Barang siapa meninggalkan haji
Tiadalah ia menyempurnakan janji.

PEMIKIRAN : Pengarang hendak menyampaikan bahawa ibadah adalah
wajib dilakukan dan apa kesan jika meninggalkannya.
PERTUTURAN : Penulis menggunakan bahasa yang sopan namun
terdapat unsur kiasan untuk menyedarkan pembaca supaya mengikut
perintah Allah.
PERLAKUAN : Setiap umat Islam hendaklah melaksanakan segala
perintah Allah.
GAYA HIDUP :Setiap muslim wajiblah melaksanakan perintah Allah agar
mendapat keberkatan hidup di dunia dan diakhirat.
n

RUJUKAN


Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017, Januari 9). Definisi puisi moden

http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/113

Dewan Bahasa dan Pustaka. (n.d.). Kesusasteraan. Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
https://prpm.dbp.gov.my/cari1 keyword=kesusasteraan.

Dr Azman, Dr Mohd Nazri, Shamsudin, Haji Abdul Rani & Dr Hasnah. (2022). Pengenalan
Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan.

Md Hasri B Rajali. (2014, Ogos 23). Kesusasteraan Melayu.
https://www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU

Siti, H. A. A. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Quarkwood High

SEKIAN, TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version