The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURLIYANA BINTI MD ISA KPM-Guru, 2024-05-09 08:31:45

buku program PIBG kali ke-48 SMK Abdul Jalil tahun 2024

MESYUARAT AGUNG PIBG SMK ABDUL JALIL KALI KE-48 SESI 2024/2025 TARIKH : 11 MEI 2024 HARI : SABTU MASA : 8.00 PAGI- 10.00 PAGI TEMPAT : DEWAN SERI BESTARI


ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKA SURAT 1 KATA ALU- ALUAN YDP PIBG 1 2 KATA ALU-ALUAN PENGETUA 2 3 ATUR CARA MAJLIS 3 4 AGENDA MESYUARAT 4 5 JAWATAN KUASA PIBG SMK ABDUL JALIL SESI 2022/23 5 6 JAWATAN KUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 6 7 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 13 8 NOTIS MESYUARAT 14 9 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 SESI 2023/24 15 10 REKOD KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 2023/2024 29 11 LAPORAN TAHUNAN PIBG KALI SESI 2023/24 33 12 REKOD KEHADIRAN AJK KE MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/24 35 13 LAPORAN KEWANGAN 36 14 PENGESAHAN AUDIT 35 15 ANGGARAN BELANJA URUS (ABM) 2024 39 16 USUL PERDANA 44 17 USUL IBUBAPA 47 18 PERMOHONAN KELULUSAN BAYARAN AKTIVITI MELEBIHI RM30.00 51 19 SENARAI JAWATANKUASA PIBG SMAJA SESI 2024/2025 20 LAMPIRAN 53 · LAPORAN PROGRAM UNIT HAL EHWAL MURID · LAPORAN PROGRAM UNIT KURIKULUM · LAPORAN PROGRAM UNIT KO-KURIKULUM · LAPORAN PROGRAM PIBG PERBANDINGAN PELAJAR CEMERLANG PELAJAR TERBAIK SPM


1 1.0 KATA ALU-ALUAN YDP PIBG Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Bersyukur kita kepada Ilahi kerana kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 pada tahun ini. Saya mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang dapat meluangkan masa pada hari ini. Kehadiran ibu bapa akan dapat menyemarakkan lagi semangat ibu bapa untuk melibatkan diri secara aktif dalam program pendidikan yang dirancang oleh pihak sekolah. Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas kepada semua AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG. Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa berkongsi idea demi melonjakkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum SMK Abdul Jalil. Saya menyeru kepada ibu bapa agar membantu anakanak dalam proses pembelajaran mereka. Sokongan daripada ibu bapa penting sebagai pemangkin kejayaan anak-anak. Saya yakin dengan pentadbiran yang berwibawa akan memberikan kejayaan kepada anak-anak di sekolah ini. PIBG berperanan penting dalam menjalinkan pemuafakatan dengan pihak sekolah supaya SMK Abdul Jalil dapat mencapai visinya. Tanpa sokongan padu daripada ibu bapa tidak mungkin pihak sekolah berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang dan mengharumkan nama sekolah. PIBG juga merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti. PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kepada kejayaan sekolah. Akhir kata, saya selaku YDP PIBG berharap agar kita sebagai ibu bapa dapat memberi sokongan terhadap aktiviti dan program-program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Kerjasama daripada ibu bapa akan memberi suntikan semangat kepada anak-anak untuk terus maju dalam apa-apa jua bidang yang diceburi. Saya mewakili ibu bapa mengucapkan tahniah kepada warga pendidik dan pelajar SMK Abdul Jalil atas kejayaan yang telah dicapai pada tahun ini. Semoga SMK Abdul Jalil terus melakar kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan. Sekian , terima kasih. ENCIK ABDUL RASHID BIN AHMAD YDP PIBG SMK ABDUL JALIL


2 2.0 KATA ALU-ALUAN PENGETUA Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-48 bagi tahun 2024 dapat dilaksanakan pada hari ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen untuk sama -sama membantu mencapai visi dan misi sekolah demi kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Di kesempatan ini diharapkan kita semua dapat menjana idea-idea yang bernas dalam merealisasikan visi dan misi sekolah dari masa ke masa agar SMK Abdul Jalil kekal cemerlang. Saya juga a berharap agar lebih ramai ibu bapa yang tampil memberikan sumbangan baik dari segi tenaga, kepakaran, kewangan mahupun dari segi idea yang realistik demi kemajuan anak-anak dan sekolah. Persatuan Ibu Bapa dan Guru menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita mencapai kejayaan-kejayaan yang diharapkan Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik serta kokurikulum.Akhir kata semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara Malaysia. Sekian, terima kasih. TUAN ABANG ABDILLAH BIN ABG JOHNY PENGETUA SMK ABDUL JALIL


3 3.0 ATUR CARA MAJLIS ATUR CARA MAJLIS 11 MEI 2024 / SABTU 7.45pagi : Kehadiran dan Pendaftaran Ibu bapa dan Guru-guru 8.00pagi : Ketibaan VIP - Tuan Abdul Jalil bin Dato’ Mohd Nazir 8.30 pagi : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis - Bacaan Doa - Persembahan multimedia - Ucapan Pengetua - Ucapan YDP PIBG - Ucapan Perasmi: Tuan Abdul Jalil bin Dato’ Mohd Nazir - Penyampaian cenderahati AJK PIBG Sesi 2023/2024 - Penyampaian cenderahati kepada perasmi oleh Pengetua - Persembahan Tarian - Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 bermula - Majlis bersurai


4 4.0 AGENDA MESYUARAT AGENDA MESYUARAT Agenda 1 : Ucapan Aluan Pengetua Agenda 2 : Ucapan Yang Dipertua Agenda 3 : Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 47 Agenda 4 : Perkara Berbangkit Agenda 5 : Pembentangan Penyata Kewangan PIBG 2023/2024 Agenda 6 : Perkara Berbangkit Agenda 7 : Laporan Aktiviti tahun 2023 / 2024 Agenda 8 : Pembentangan Usul Agenda 9 : Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 Agenda 10 : Perlantikan Jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2025 1. Yang Dipertua PIBG 2. Naib Yang Dipertua PIBG 3. Setiausaha Kehormat PIBG (Guru) 4. Naib Setiausaha (Guru) 5. Bendahari Kehormat PIBG (Guru) 6. Naib Bendahari (Guru) 7. Ahli Jawatankuasa :6 orang (IbuBapa) 5 orang (Guru) 8. Juru Audit : 1 Guru 1 Ibu bapa Agenda 11 : Hal-hal Lain Agenda 12 : Ucapan Penangguhan


5 5.0 JAWATANKUASA PIBG SMK ABDUL JALIL SESI 2023/24 Yang Dipertua : ABDUL RASHID BIN AHMAD Naib Yang Dipertua : HJ. JUMAHAT BIN YAHYA Setiausaha Kehormat : NUR JEHAN BINTI MAT YUNUS Bendahari Kehormat : KAMILAH BINTI AHMAD @AHMADDIAH Ahli Jawatankuasa PIBG AJK Ibu Bapa : 1) MOHAMAD NAZWAN BIN ISMAIL : 2) KAMARUL ARIFIN BIN MUHAMAD : 3) AHMAD SYAMZARI BIN AHMAD ZAINUDDIN : 4) RAHIDA BINTI RAMLY : 5) BUINAH BINTI MIRAN AJK Guru : 1) HASNIDAR BINTI SAWARDI 2) NUR HAYATI BINTI HUSSAIN 3) NURUL SYAHIRA BINTI ABDUL GHAFAR 4) NOOR AZUIN BINTI ABD JALIL 5) NUR LIYANA BINTI MD ISA 6) NOORAZAH BINTI ABDUL HAMID Juruaudit Luar (Ibu bapa) : 1) ASNAN BIN KHADITH Juruaudit Dalam (Guru) : 2) NUR AZLINA BINTI HASHIM


6 6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


7


8


9


10


11


12


13 7.0 NOTIS MESSYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48


14 8.0 NOTIS MESYUARAT


15 9.0 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 SESI 2023/24


16


17


18


19


20


21


22


23


24


25


26


27


28


29 10.0 REKOD KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 SESI 2023/24 REKOD KEHADIRAN GURU SESI PAGI


30 REKOD KEHADIRAN GURU SESI PETANG


31 REKOD KEHADIRAN IBU BAPA


32 REKOD KEHADIRAN IBU BAPA


33 11.0 LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2023/24 1.1 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 47/2023 PIBG SMK Abdul Jalil telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke 47 pada 13 Mei 2023. Mesyuarat ini diadakan di dewan sekolah iaitu Dewan Seri Bestari dan dirasmikan oleh YB Tuan Edry Faizal bin Eddy Yusof. Seramai 131 orang ibu bapa dan 111 orang guru yang hadir ketika mesyuarat. Mesyuarat telah sebulat suara memilih Encik Abdul Rashid bin Ahmad sebagai Yang Dipertua PIBG. Ahli jawatankuasa (AJK) yang dipilih terdiri daripada bekas AJK sebelum ini dan juga beberapa orang ahli baharu. Encik Asnan bin Khadith telah dilantik sebagai Juruaudit Luar dan Puan Nur Azlina binti Hashim sebagai Juruaudit Dalaman. 1.2 Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2023/2024 Sepanjang sesi ini, Jawatankuasa PIBG SMK Abdul Jalil dapat mengadakan 4 kali mesyuarat iaitu pada tarikh-tarikh seperti dalam jadual rekod kehadiran dan bertempat di Bilik Ibnu Khaldun bagi membincangkan aktiviti dan program yang akan dilaksanakan bersama pihak sekolah . Antara perkara yang dibincangkan ialah prestasi akademik, kokurikulum, pembangunan fizikal sekolah dan sahsiah serta disiplin murid. 1.3 Aktiviti-aktiviti sekolah 1.3.1 PIBG telah mengambil peluang menyertai pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah dan memberi bantuan dan sokongan dalam bentuk tenaga, kewangan dan kepakaran . Antaranya aktiviti Gotong -royong Perdana, Perkhemahan Badan Kepimpinan Murid, Program Penetapan Target SPM, Kejohanan Olahraga Sekolah , aktiviti Kitar Semula (Go Green), Hari Guru dan lain-lain. 1.3.2 Mencari dan menyalurkan dana untuk membaikpulih prasarana dan keceriaan sekolah. Antara yang telah dilaksanakan ialah kerja-kerja membaik pulih kamar segar, pagar 1, pagar asrama, ubahsuai bilik kebudayaan, pembelian kerusi dan meja plastik pelajar, kerja-kerja perpaipan, menyediakan bayaran kos pengangkutan bagi aktiviti kokurikulum, menyumbang untuk pembelian pakaian penari sekolah, menyediakan bayaran kepada jurulatih luar dan menceriakan sekolah dengan mengecat kembali bangunan-bangunan sekolah.


34 1.3.3 Pihak PIBG juga turut menyumbangkan makanan semasa kelas tambahan dan Program Kecemerlangan SPM. Sepanjang peperiksaan SPM juga pihak PIBG telah menyumbang makan tengahari kepada semua calon SPM SMAJA selama beberapa hari peperiksaan subjek teras iaitu pada Februari-Mac 2023. Ini bagi memastikan calon dapat menjawab peperiksaan dalam keadaan yang baik 1.3.4 PIBG juga turut menyumbang bayaran gaji kepada guru ganti dan menyediakan hadiah-hadiah bagi guru-guru bersara serta menanggung kos pengangkutan beberapa acara sukan antaranya ragbi dan hoki. 1.4 Jalinan Komuniti PIBG SMAJA juga telah mengadakan hubungan dengan komuniti luar seperti dengan ketua-ketua kampung, pihak polis , tokoh-tokoh korporat , badan-badan bukan kerajaan dan juga Alumni SMAJA. Jawatankuasa PIBG ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua AJK PIBG sesi 2023/2024, ibu bapa, komuniti penduduk, syarikat swasta, pengurusan sekolah dan guru-guru di atas sumbangan dan sokongan terhadap segala aktiviti dan program yang telah dijalankan demi kecemerlangan dan kebajikan murid-murid SMAJA. Disediakan oleh , (NUR JEHAN BINTI MAT YUNUS) Setiausaha Kehormat PIBG Sesi 2023/2024 SMK Abdul Jalil


35 12.0 REKOD KEHADIRAN AJK KE MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/24 BIL NAMA JAWATAN TARIKH MESYUARAT 21.07.2023 (JUMAAT) 28.10.2023 (SABTU) 27.01.2024 (SABTU) 29.04.2024 (SABTU) 1 Abdul Rashid bin Ahmad YDP PIBG / / / / 2 Hj. Jumahat bin Yahya Naib YDP / / B / 3 Nur Jehan binti Mat Yunus Setiausaha Kehormat / / / / 4 Nur Liyana binti Md Isa Naib Setiausaha Kehormat B / / B 5 Kamilah binti Ahmad @Ahmaddiah Bendahari Kehormat / B / B 6 Nur Hayati binti Hussain Naib Bendahari Kehormat / / / / 7 Mohamad Nazwan bin Ismail AJK Ibubapa B / / B 8 Kamarul Arifin bin Muhamad AJK Ibubapa B B B B 9 Ahmad Syamzari bin Ahmad Zainuddin AJK Ibubapa / B / B 10 Rahida binti Ramly AJK Ibubapa B / B / 11 Buinah binti Miran AJK Ibubapa / / / B 12 Hasnidar binti Sawardi AJK Guru / / / / 13 Nurul Syahira binti Abdul Ghafar AJK Guru / / / B 14 Noor Azuin binti Abd Jalil AJK Guru / / / / 15 Noorazah binti Abdul Hamid AJK Guru / / B B 16 Asnan bin Khadith Juruaudit B B / B 17 Nur Azlina binti Hashim Juruaudit B B B B • B = Tidak hadir bersebab


36 13.0 LAPORAN KEWANGAN


37


38 14.0 PENGESAHAN AUDIT


39 15.0 ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM) 2024 15.1 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


40 15.2 KURIKULUM


41 15.3 KO-KURIKULUM


42 15.4 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)


43 15.5 PEMBANGUNAN FIZIKAL SEKOLAH PENGETUA CEMERLANG SMK ABDUL JALIL


44 16.0 USUL PERDANA BIL USUL / CADANGAN TINDAKAN / CATATAN 1 Memohon ahli bersetuju dan memperakukan supaya mengekalkan sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 satu keluarga Sumbangan PIBG RM50.00 satu keluarga sebagaimana kelulusan Jabatan Pelajaran Selangor 2 Memohon ahli bersetuju dan memperakukan supaya satu keluarga menyumbangkan satu rim kertas A4 untuk program akademik sekolah. Kelulusan diperlukan daripada ahli-ahli PIBG dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 48 3 Memohon ahli bersetuju dan memperakukan supaya sumbangan Program Peningkatan Akademik sebanyak RM50.00 bagi setiap murid SPM. Kelulusan diperlukan daripada ahli-ahli PIBG dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 48 4 Memohon ahli bersetuju dan memperakukan supaya kutipan daripada murid untuk sebarang aktiviti sekolah yang tidak melebihi RM30.00 tidak perlu dibentangkan dalam Mesyuarat Agung untuk kelulusan Kelulusan diperlukan daripada ahli-ahli PIBG dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 48 5. Memohon ahli bersetuju dan memperakukan kutipan daripada murid untuk menampung kos pelaksanaan aktiviti sekolah seperti yang dilampirkan dalam Permohonan Kelulusan Wang Murid Kelulusan diperlukan daripada ahli-ahli PIBG dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 48. 6 Memohon ahli bersetuju dan memperakukan peraturan pemakaian baju Melayu dan samping bagi murid-murid lelaki Islam dan kain batik bagi pelajar perempuan pada setiap hari Jumaat. Kelulusan diperlukan daripada ahli-ahli PIBG dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 48.


45 7 Memohon ahli bersetuju dan memperakukan peraturan pemakaian baju kokurikulum lengkap atau separa lengkap pada setiap hari Rabu. Kelulusan diperlukan daripada ahli-ahli PIBG dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 48. 8 Memohon ahli bersetuju untuk menyokong penguatkuasaan Peraturan Disiplin Sekolah bagi menangani masalah disiplin murid. Kelulusan diperlukan daripada ahli-ahli PIBG dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 48 9 Memohon ahli bersetuju dan memperakukan kutipan Bayaran Tambahan Persekolahan bagi murid bukan warganegara 2023 seperti yang berikut:- Ko-Kurikulum : RM 6.00 Kertas Ujian Dalaman : RM10.00 Sukan Tahunan Sekolah : RM 6.00 Kegiatan Pendidikan Islam /Moral : RM 6.00 MSSM : RM 4.00 Insuran Takaful : RM 1.50 _______ JUMLAH RM 33.50 Kelulusan diperlukan daripada ahli-ahli PIBG dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 48 10. Memohon ahli bersetuju dan memperakukan sumbangan sebanyak RM20 setahun bagi setiap keluarga untuk penyelenggaraan. Kelulusan diperlukan daripada ahli-ahli PIBG dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 48 11. Memohon ahli bersetuju dan memperakukan supaya kutipan daripada murid untuk sebarang aktiviti anjuran KPM, Kelulusan diperlukan daripada ahli-ahli PIBG dalam


46 PPD, Badan Berkanun atau bukan Berkanun yang tiada dalam takwim Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 48 12. Memohon ahli bersetuju dan memperakukan supaya kutipan bayaran ganti rugi kehilangan buku pinjaman Pusat Sumber sekolah mengikut harga buku dan denda penghantaran lewat buku pinjaman sebanyak 10 sen sehari. Kelulusan diperlukan daripada ahli-ahli PIBG dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 48. 13 Memohon ahli bersetuju dan memperakukan supaya kutipan bayaran ganti rugi kehilangan buku teks sekolah mengikut harga buku atau diganti dengan buku yang sama. Selain itu, denda bagi buku yang tidak berbalut dan penghantaran lewat tanpa sebab munasabah sebanyak RM1.00 setiap buah buku Kelulusan diperlukan daripada ahli-ahli PIBG dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 48. 14 Memohon ahli bersetuju menggunakan wang sumbangan PIBG untuk kerja-kerja penyelenggaraan penghawa dingin di Pusat Sumber sekolah sekuarang-kurangnya setahun sekali. Kelulusan diperlukan daripada ahli-ahli PIBG dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 48.


47 17.0 USUL IBU BAPA


48


Click to View FlipBook Version