TAKLIMAT PENGURUSAN PIBG 2023 6 JULAI 2023 (KHAMIS) 2:00 – 5:00 PETANG BILIK MESYUARAT SMK KAMPAR
RUJUKAN i. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa Guru) 1998. ii. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 5 Tahun 2001 : Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah. iii. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 4 Tahun 2004 : Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. iv. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1 Tahun 2018 : Garis Panduan Pelibatan Ibu Bapa Dan Komuniti Sebagai Sukarelawan Di Dalam Kelas (SdK). v. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 3 Tahun 2018 : Panduan Penyaluran dan Penerimaan Sumbangan Daripada Sektor Swasta dan Bukan Swasta Kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia. vi. Garis Panduan Penubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) di sekolah. vii. Surat KPM berkenaan Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa-Guru Di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Tahun 2023 bertarikh 22 Mac 2023
FUNGSI SETIAUSAHA (Rujukan: Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 4/2004 - Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru) 1. Menjalankan urusan persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan. 2. Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG. 3. Mencatat, menyediakan dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan. 4. Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya. 5. Menghantar segala laporan dan aktiviti Persatuan dan minit Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pendaftar atau Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, selepas Mesyuarat Agung Tahunan. 6. Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan (jika perlu).
SENARAI SURAT SIARAN JPN BERKAITAN PENGURUSAN PIBG 2023 BIL TAJUK SURAT TARIKH 1 SESI LIBAT URUS BERSAMA-SAMA YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) BAGI PENYEDIAAN GARIS PANDUAN PIBG (ZON UTARA) 8 FEBRUARI 2023 2 SPI KPM BILANGAN 4 TAHUN 2023: GARIS PANDUAN UNDANGAN ATAU LAWATAN ORANG KENAMAAN DAN AHLI POLITIK KE INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2 MAC 2023 3 MAKLUMAN PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN TAHUN 2023 28 MAC 2023 4 PERMOHONAN KUTIPAN BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN OLEH PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU BAGI SESI 2023/2024 28 APRIL 2023 5 SESI LIBAT URUS PENGURUSAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 2023 13 JUN 2023
DAPATAN SESI LIBAT URUS PENGURUSAN PIBG KPM PADA 15 JUN 2023 (Disampaikan oleh Encik Mohd Hanizzan bin Mohd Hanafiah, Ketua Penolong Pengarah Pengoperasian Dasar Pendidikan 3, Unit Pengoperasian Dasar Pendidikan, Sektor Perancangan dan Pengoperasian Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1. Kedudukan PIBG sekolah dalam menandatangani perjanjian bagi melaksanakan projek institusi Pendidikan. 2. KPM sedang merangka perlembagaan baru dan Garis Panduan PIBG (kali terakhir adalah SPI Bil 4 Tahun 2004) 3. Rentetan beberapa isu:- 4. 3.1 Sebarang fizikal sekolah, alamat, nama perlu dapatkan kebenaran Ketua Pendaftar (KPPM) 5. 3.2 Pelaksanaan projek pembangunan yang melibatkan penyediaan infrastruktur di sekolah boleh menggunakan Tabung SUWA LHDN – dapat pengecualian cukai.
DAPATAN SESI LIBAT URUS PENGURUSAN PIBG KPM PADA 15 JUN 2023 (sambungan) Perbezaan Pemegang Amanah Antara Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan:- YDP tiada autoriti untu menandatangani sebarang surat asset kerajaan. Rujuk AKTA PENDIDIKAN 1996 (PERATURAN PERATURAN PENDIDIKAN Persatuan Ibu Bapa Guru) 1998 Perkara 4 (4) dan Perkara 9. Sekolah Kerajaan Sekolah Bantuan Kerajaan Di bawah kawalan Unit Infra KPM Sebahagian pemilikan oleh Lembaga Pengurus Sekolah (LPS)
DAPATAN SESI LIBAT URUS PENGURUSAN PIBG KPM PADA 15 JUN 2023 (sambungan) CABUTAN DARI PERLEMBAGAAN PIBG – Surat Pekekliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2004 bertarikh 10 Jun 2004 Larangan (Perkara 54) “Persatuan bukanlah suatu entiti undang-undang dan tidak mempunyai keupayaan juridical untuk membuat kontrak, perjanjian atau memorandum persefahaman, atas namanya sendiri. Apa-apa program dan aktiviti yang hendak dibuat oleh Persatuan yang memerlukan apa-apa suratcara yang mengikat dari segi undang-undang hendaklah dirujuk kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk kelulusan dan panduan.”
DAPATAN SESI LIBAT URUS PENGURUSAN PIBG KPM PADA 15 JUN 2023 (sambungan) TUJUAN-TUJUAN DAN BATASAN-BATASAN PERSATUAN (MENGIKUT AKTA PENDIDIKAN 1996) 1. Tujuan-tujuan Persatuan ialah:- 2. (a) Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah bagi meningkatkan imej sekolah; 3. (b) Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka; 4. (c) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai Pendidikan; 5. (d) Untuk memberi peluang ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf Pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan 6. (e) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
DAPATAN SESI LIBAT URUS PENGURUSAN PIBG KPM PADA 15 JUN 2023 (sambungan) Harta Amanah Persatuan (Perkara 47 dan 48) 47. Persatuan tidak boleh memegang apa-apa harta, sama ada harta alih atau harta tak alih, atas namanya sendiri. Apa-apa harta yang, sebelum dari tarikh Perlembagaan ini berkuatkuasa, diletakkan atas nama Persatuan hendaklah dialihkan kepada Kerajaan Malaysia, yang diwakili oleh Sekolah, sebagai harta yang diamanahkan oleh Persatuan untuk digunakan. TINDAKAN SEKOLAH 1. PGB boleh menasihatkan agar harta yang disewabeli oleh PIBG dipindamilik sebagai asset sekolah. 2. Bincang dengan kewangan sama ada boleh atau tidak sekolah membeli aset sekolah yang dibayar oleh PIBG.
DAPATAN SESI LIBAT URUS PENGURUSAN PIBG KPM PADA 15 JUN 2023 (sambungan) SESI SOAL JAWAB 1. Bagaimana dengan tanaman yang boleh menghasilkan pendapatan yang ditanam di kawasan sekolah? JAWAPAN: Bergantung kepada pemilikan tanah. 2. Adakah PIBG dibolehkan memiliki asset/ menandatangani kontrak? JAWAPAN: Ya. PIBG boleh memiliki asset TETAPI tidak mempunyai hak untuk menandatangani kontrak. 3. Akaun SUWA LHDN di bawah sekolah atau LPS? JAWAPAN: LHDN akan melantik Jawatankuasa SUWA LHDN.
DAPATAN SESI LIBAT URUS PENGURUSAN PIBG KPM PADA 15 JUN 2023 (sambungan) SESI SOAL JAWAB (sambungan) 4. Bolehkah Prasekolah memohon sumbangan melalui PIBG? JAWAPAN: Boleh, dengan syarat ibu bapa murid Prasekolah perlu memohon menjadi ahli PIBG. 5. Bagaimana jika YDP yang dilantik dalam MAT PIBG bukan ahli PIBG? JAWAPAN: Pendaftar Negeri mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatan YDP PIBG tersebut. Namun kebiasaannya dinasihatkan agar meletak jawatan.
RUMUSAN DAPATAN SESI LIBAT URUS 1. PIBG hanya berperanan di sekolah sahaja. PIBKS membantu kekangan PIBG. PIBKS boleh bergabung antara sekolah dengan sekolah, daerah dengan daerah, negeri dengan negeri. 2. PIBG tidak boleh membelakangkan PGB dalam mendapatkan sumbangan. 3. Kutipan dan sumbangan harus bertujuan untuk kebajikan/ kemenjadian murid yang melibatkan PdP. 4. Kaedah perbelanjaan – pembelian yang besar perlu dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG. Perlu tatakelola yang betul.
ISU PELAKSANAAN MAT PIBG 2023 SEKOLAH-SEKOLAH KINTA SELATAN 1. Terdapat sekolah yang membuat Jemputan Perasmi selain KPM/JPN/PPD tanpa memohon kebenaran JPN - perlu rujuk SPI KPM Bilangan 4 Tahun 2023. 2. YDP dan JK PIBG yang hendak dilantik tetapi bukan anggota PIBG kerana tidak lagi mempunyai anak di sekolah WAJIB membuat permohonan menjadi anggota PIBG melalui Pengetua atau Guru Besar. PGB perlu mengemukakan permohonan tersebut kepada JPN/ PPD 30 hari sebelum MAT PIBG dilaksanakan – juga perlu rujuk SPI KPM Bilangan 4 Tahun 2004 (di bawah subperaturan 4(2) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998). 3. Minit Mesyuarat MAT PIBG (dengan Lampiran Senarai Kehadiran dan Penyata Kewangan PIBG berakhir sehingga penghujung Sesi Akademik 2022/2023) perlu dihantar ke PPD dalam masa 30 hari selepas MAT PIBG dilaksanakan. Dalam Penyata Kewangan PIBG perlu dinyatakan dengan jelas sumbangan wang masuk dan perbelanjaan untuk setiap aktiviti/program yang telah dijalankan. 4. Tidak mampu membayar Sumbangan PIBG menyebabkan murid malu untuk ke sekolah – PIBG perlu bersama-sama sekolah mencari alternatif agar ibu bapa yang tidak mampu memberi sumbangan dalam bentuk kewangan, boleh memberi sumbangan tenaga atau kepakaran yang boleh dimanfaatkan untuk kebajikan murid. Fungsi PIBG ialah untuk membantu sekolah bersama-sama pihak sekolah.