The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurshafini09-494, 2021-08-24 08:54:11

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku - Model pengurusan disiplin dan intervensi

NURSHAFINI ALI IHSAN. F12. EDUP3043

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
(EDUP3043)

Disediakan oleh:

Nama: NURSHAFINI BINTI ALI IHSAN
001002 03 0882
No. Kad Pengenalan: 2020192340232
Angka Giliran: PISMP F12
Kumpulan/ Unit
DATIN PADLON BINTI ABD RAHMAN
Nama Pensyarah:
PENULISAN ESEI - PBS
Tajuk Tugasan: 21 OGOS 2021

Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum

Balas Daripada
Pensyarah

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 3

2.0 Analisis Isu Semasa berkaitan Mengenai Tingkah Laku Bermasalah di 4
Dalam Bilik Darjah

3.0 Pemilihan Model Pengurusan Disiplin dan Intervensi dengan 6
Penggunaan Teknologi sebagai Pemangkin Kreativiti untuk
Mengatasi Masalah Tingkah Laku Bermasalah

4.0 Justifikasi Pemilihan Model Akibat Logikal Dreikurs 7

5.0 Justifikasi Pemilihan Teknik Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling 8
Sekolah

6.0 Kesimpulan 9
Senarai Rujukan 10
Lampiran

2

1.0 PENGENALAN
COVID-19 dan PKP memberi pengalaman baharu bagi para pendidik terutamanya dalam
menambah kemahiran secara kreatif dan inovatif untuk melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dalam talian (PdPR). Namun demikian, isu masalah tingkah laku dalam bilik
darjah masih membelenggu guru dalam era pembelajaran secara atas talian ini. Tingkah
laku bermasalah dalam konteks pendidikan merujuk kepada sebarang tingkah laku yang
dilakukan dalam bilik darjah atau luar bilik darjah semasa sesi PdP berlangsung boleh
menjejaskan kelancaran dan keberkesanan proses PdP.

Isu masalah tingkah laku pelajar bukanlah sesuatu yang baharu namun cara
mengawal dan mencegahnya perlulah seiring dengan perkembangan dunia masa kini.
Minda yang positif dan kreatif dengan penggunaan aplikasi teknologi menjadi pemangkin
kreativiti serta dapat membantu guru dan pelajar mewujudkan PdP yang bermakna dan
berkesan. Selain itu, pengetahuan tentang pengurusan masalah tingkah laku perlu
difahami dengan baik oleh semua guru kerana tugas membentuk dan mendisiplinkan
pelajar adalah tanggungjawab bersama dan bukannya terletak dibawah tanggungjawab
guru besar, guru disiplin serta guru bimbingan dan kaunseling sahaja. Kenyataan ini
adalah hasil huraian dalam Surat Pekeliling Iktisas Bil 10/2001, menyatakan semua guru
bertanggungjawab mendisiplinkan murid mengikut pertimbangan yang relevan. Menurut
Rahida Aini Mohd Ismail & Mohd Ismail Othman (2020), matlamat pengurusan disiplin
begitu jelas iaitu untuk mewujudkan keadaan bilamana arahan dan amalan terhadap
arahan adalah selari atau serasi. Oleh yang demikian, penulisan ini dihasilkan bertujuan
untuk mengetahui masalah tingkah laku pelajar berdasarkan pengalaman dan situasi
pakar atau guru yang mempunyai kepakaran dalam isu ini, membuat perkaitan model
pengurusan disiplin dan intervensi dengan penggunaan teknologi untuk mengatasi isu ini
serta menyatakan sebab pemilihan model dan intervensi tersebut.

3

2.0 ANALISIS ISU SEMASA MENGENAI TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM
BILIK DARJAH

Isu mengenai tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah bukanlah satu isu baharu
lagi. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai isu ini, dua orang
pakar yang bertauliah telah dijemput dalam sesi “Perkongsian Pakar” yang telah dijalankan
untuk mengupas dan berkongsi pengalaman mengenai isu tingkah laku pelajar dalam bilik
darjah. Selain itu juga, terdapat beberapa sumber yang berautoriti telah diambil untuk
membincangkan isu ini.

Pakar pertama yang ditemu bual adalah Encik Hasmahadi bin Ahmed, bertugas
sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di Sekolah Kebangssan Kok Lanas
dan berpengalaman selama 18 tahun sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh
Masa. Hasil perkongsian bersama Encik Hasmahadi atau dikenali sebagai Muallim, banyak
pengalaman dan cerita yang dikongsikan oleh beliau sepanjang menguruskan pelajar yang
bermasalah. Antara masalah tingkah laku yang dikongsi oleh Muallim adalah pelajar yang
suka memberontak. Pelajar yang diceritakan oleh Muallim itu, sekiranya dia membuat
masalah di sekolah dan ditegur sama ada oleh guru-guru lain atau rakan-rakannya, pelajar
tersebut akan bertindak di luar kawalan seperti mencalarkan kereta cikgu dan memukul rakan
untuk menyatakan rasa tidak puas hati atas teguran yang diberikan. Ciri tingkah laku tersebut
merupakan tanda pelajar tersebut mempunyai tingkah laku destruktif. Menurut Syed Ismail
Syed Mustapa et al., (2018), tingkah laku destruktif ialah permusuhan nyata, iaitu kanak-kanak
sering menunjukkan tingkah laku fizikal atau lisan untuk menyakiti seseorang. Gambaran dan
ciri murid yang suka memberontak iaitu melakukan kerosakan pada kenderaan guru dan
menyakiti rakan lain jelas cenderung kepada ciri tingkah laku destruktif. Selain itu, isu tingkah
laku pelajar sepanjang tempoh PdPR berlangsung adalah tidak berdisiplin diri. Menurut
Muallim, hal ini disebabkan oleh sikap tidak mengambil peduli pelajar dalam melaksanakan
kerja kerana tidak dikawal secara langsung oleh guru. Hal ini kerana, tugas guru hanyalah
menyampaikan maklumat manakala keluarga dan pelajar itu sendiri bertanggungjawab atas
diri mereka sama ada untuk mengambil cakna dalam penglibatan PdPR ataupun tidak.

Seterusnya, bagi perkongsian pakar yang kedua, Puan Noraini binti Adnan, guru
Bahasa Inggeris dan Guru Kaunseling di Maahad Syamsul Maarif Perempuan Pulai
Chondong, Kelantan telah dijemput. Puan Noraini berpengalaman selama 13 tahun dalam
bidang Kaunseling dan banyak pengalaman serta ilmu yang dimiliki oleh beliau sepanjang
menjadi guru kaunseling. Antara isu yang diutarakan oleh beliau adalah penggunaan bahasa
oleh pelajar. Menurut Puan Noraini, penggunaan bahasa kesat dan tidak sopan merupakan
perkara yang sering menjadi isu melibatkan pelajar sekolah menengah. Pelajar ini sangat
berani menggunakan bahasa yang kesat sama ada dengan orang lebih berusia seperti guru
dan juga bersama-sama rakan sekelas. Selain itu juga, isu yang sering terjadi adalah berlaku

4

pemberontakan oleh pelajar. Setelah dikaji, rupa-rupanya punca mereka memberontak di
dalam kelas, mengganggu rakan-rakan sekelas dan juga pengajaran guru kerana mereka
tidak memahami isi pengajaran yang disampaikan. Tujuan perbuatan tersebut adalah untuk
membolehkan guru menyedari kehadiran dan masalah yang dihadapi oleh mereka. Bagi
suasana PdPR pula, masalah berkaitan tingkah laku adalah ketidakhadiran ke kelas. Antara
punca yang dikongsikan oleh Puan Noraini adalah tidak bangun pagi dan bekerja dalam waktu
PdPR berlangsung. Perkara sedemikian telah memberikan kesan terhadap perkembangan
pembelajaran pelajaran pelajar itu sendiri seterusnya akan menimbulkan suasana bilik darjah
yang tidak kondusif.

Akhir sekali, dalam membincang isu tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah,
sumber dari artikel berwibawa telah diambil iaitu artikel jurnal yang dikeluarkan oleh Faculty
of Human Development, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia yang bertajuk Masalah
Kecelaruan Tingkah Laku: Ponteng Sekolah. Isu dan perbahasan dalam artikel jurnal ini
adalah berkaitan masalah ponteng sekolah di Malaysia. Menurut laporan akhbar Berita Harian
pada 18 Februari 2018:

Sebanyak 10,154 kes disiplin bagi pelbagai kesalahan membabitkan pelajar di negeri
ini, direkodkan sepanjang tahun lalu. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
(JPNS), Datuk Pkharuddin Ghazali, berkata daripada jumlah itu, kesalahan ponteng
sekolah mencatat bilangan tertinggi, iaitu 7,709 kes, manakala baki adalah kes disiplin
lain seperti tingkah laku kurang sopan, kekemasan diri dan vandalisme.
Antara sebab masalah tingkah laku pelajar ponteng yang dikemukakan hasil dapatan kajian
adalah faktor penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang kurang sesuai diaplikasikan
oleh guru. Masalah ini boleh dikaitkan dengan penggunaan medium pengajaran kurang tepat
dan sesuai yang akhirnya menyebabkan pelajar kurang berminat dan tidak tertarik untuk
mengikuti sesi pembelajaran. Selain itu juga, pelajar akan mudah berasa bosan dengan cara
pengajaran guru seperti chalk and talk dan tidak berlaku interaksi dua hala antara guru dan
pelajar yang menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk tidak berada di dalam kelas
seterusnya menyumbang kepada berlakunya masalah ponteng sekolah. Oleh itu, suasana
bilik darjah yang kondusif dan persekitaran yang positif dapat membantu pelajar untuk kekal
fokus di dalam kelas dan mengelakkan berlakunya masalah tingkah laku.

5

3.0 PEMILIHAN MODEL PENGURUSAN DISIPLIN DAN INTERVENSI DENGAN
PENGGUNAAN TEKNOLOGI SEBAGAI PEMANGKIN KREATIVITI UNTUK MENGATASI
MASALAH TINGKAH LAKU BERMASALAH.

Berdasarkan penerangan dan perkongsian daripada pakar-pakar berpengalaman dan
sumber yang bertauliah, model pengurusan disiplin yang dipilih adalah Model Akibat Logikal
Dreikurs (ALD). Pengurusan disiplin sekolah merupakan aspek yang penting dalam
memastikan kehidupan murid lebih berkualiti tinggi (Sire Etum et al., 2021). Menurut Rudolf
Dreikurs dalam Syed Ismail Syed Mustapa (2018), model Dreikurs menekankan kepentingan
untuk membantu murid menempuhi keperluan semula jadi mereka, iaitu mendapat
pengiktirafan dan penerimaan. Walaupun guru cuba untuk mewujudkan suasana bilik darjah
yang kondusif, namun masalah tingkah laku pelajar masih berlaku. Oleh yang demikian,
pemilihan model ini dianggap sebagai cara bagi guru untuk mengawal dan membentuk jati diri
pelajar ke arah lebih baik. Selain itu, intervensi sebagai pemangkin untuk menangani masalah
tingkah laku bermasalah yang dikenal pasti adalah Kemahiran-kemahiran Asas Bimbingan
dan Kaunseling Sekolah Rendah. Intervensi merupakan kaedah atau campur tangan yang
digunakan dalam menangani sesuatu isu (Nor Shafrin Ahmad, 2021). Menurut Dustin (1994)
dalam Syed Ismail Syed Mustapa (2018), kaunseling adalah satu proses pembelajaran yang
disediakan bagi meningkatkan tingkah laku penyesuaian dan mengurangkan masalah tingkah
laku bermasalah penyesuaian. Kemahiran asas seperti membina hubungan, kemahiran
mendengar, kemahiran menyoal, kemahiran menyemak persepsi dan sebagainya mampu
untuk menguruskan masalah tingkah laku murid-murid sepertimana yang telah dilakukan oleh
pakar-pakar yang telah ditemu bual iaitu menjadi kawan kepada pelajar bermasalah, meminta
pelajar menceritakan sebab menimbulkan masalah dan memberitahu kesan tindakan
tersebut.

Penggunaan teknologi sebagai pemangkin kreativiti untuk mengatasi masalah tingkah
laku adalah melalui disiplin ilmu dan tingkah laku, penggunaan aplikasi dan permainan atas
talian yang boleh menambahkan pengetahuan dan kemahiran serta membuat video yang
mengandungi pengajaran. Penggunaan teknologi banyak membawa manfaat kepada murid
terutamanya. Antaranya dapat menjadikan murid lebih berdisiplin. Hal ini bermaksud, ibu bapa
perlu menetapkan peraturan tertentu kepada pelajar dalam menggunakan teknologi seperti
gadget, bermain permainan video dan sebagainya. Penetapan peraturan tersebut seterusnya
akan menjadikan pelajar lebih berdisiplin dan menepati masa dan perkara tersebut akan
diaplikasikan oleh pelajar semasa sesi PdP. Selain itu, penggunaan teknologi juga dapat
membantu murid menjadi lebih kreatif sebagai contoh melihat video melukis dan mewarna,
jadi tumpuan pelajar akan beralih kepada perkara tersebut seterusnya menyebabkan mereka
tidak mempunyai masa dan peluang untuk melakukan masalah. Akhir sekali, penggunaan
teknologi juga membolehkan guru membina dan menghantar video-video berkaitan pelajaran

6

menggunakan aplikasi yang terkenal di kalangan pelajar iaitu YouTube dan Tik Tok. Guru
perlu mendekati pelajar dengan membina hubungan bersama mereka menggunakan cara
pelajar itu sendiri.

4.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS
Dalam penerangan mengenai isu masalah tingkah laku pelajar di atas, banyak isu

timbul berkaitan rasa tidak puas hati pelajar, mendapatkan perhatian guru dan juga tindakan
pelajar yang suka memberontak. Oleh itu pemilihan model Dreikurs ini sangat sesuai untuk
mengatasi masalah tingkah laku pelajar di atas. Model Dreikurs memfokuskan kepada strategi
pencegah iaitu memberi penekanan kepada tingkah laku konstruktif dan tidak
mengaplikasikan disiplin paksaan. Cara model Dreikurs ini adalah dengan mewujudkan
suasana demokratik di dalam kelas iaitu murid diberi kuasa untuk membuat keputusan dan
menyebabkan mereka berasa di hargai dan diterima di dalam kelas. Seperti yang telah
dinyatakan oleh Puan Noraini dalam sesi perkongsian pakar iaitu untuk mewujudkan suasana
kelas yang kondusif dan pelajar yang patuh arahan, pelajar sendiri perlu membuat peraturan
di dalam kelas tersebut. Jadi, pelajar ini akan memikirkan peraturan yang dia berasa selesa
untuk menerimanya serta tidak akan menolak sekiranya peraturan tersebut dikenakan ke
atasnya. Bertepatan dengan pendapat Syed Ismail Syed Mustapa et al., (2018) iaitu model
Akibat Logikal Dreikurs boleh memupuk autonomi kepada murid dengan
mempertanggungjawabkan segala tindakan dan pilihan yang telah dilakukan kepada murid di
samping guru boleh mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif melalui
komunikasi yang terbuka serta saling menghormati dalam kalangan murid. Bersesuaian
dengan prinsip model Dreikurs iaitu mewujudkan kerjasama antara murid dan kelas.

Seterusnya, sebab kenapa model ini dipilih adalah kerana tingkah laku murid yang
dianggap bermasalah oleh Dreikurs sangat bertepatan dengan isu yang masalah tingkah laku
yang dibincangkan. Seperti isu mengganggu rakan sekelas kerana tidak faham isi pengajaran
guru, model ini mengklasifikasi isu ini sebagai inginkan perhatian. Pelajar ini dengan sengaja
melakukan perbuatan yang boleh menarik perhatian agar guru dapat menyedari masalah dan
kehadirannya di kelas tersebut. Oleh itu, tindakan seperti menyelidik iaitu bertanya kembali
kepada pelajar mengenai perbuatan tersebut bersesuaian dengan Model Dreikurs. Guru juga
boleh menggunakan akibat logikal yang bertujuan untuk memperbetulkan sikap mereka.
Sebagai contoh, murid mengganggu rakan sekelas, akibatnya semua pelajar tidak dapat
fokus dan pelajar itu sendiri juga tidak dapat fokus di dalam kelas semasa sesi PdP.

Akhir sekali, justifikasi kepada model ini dipilih adalah kerana langkah-langkah yang
dibuat dalam menangani masalah tingkah laku pelajar. Langkah-langkah ini digunakan
melalui pendekatan kaunseling oleh guru itu sendiri atau guru kaunseling. Pertama sekali

7

adalah kenal pasti motif murid. Guru perlu selidik punca dan sebab mengapa pelajar bersikap
sedemikian. Jangan cepat menjatuhkan hukuman kepada pelajar. Seperti yang diberitahu
oleh Encik Hasmahadi, pelajar kadang-kadang pelajar yang mencuri bukan sebab dia mahu
mencuri tapi keinginan dia terhadap barang tersebut sangat tinggi, rakan-rakan menunjuk-
nunjuk dihadapannya serta keluarganya tidak mampu menyediakan barang tersebut
kepadanya yang menyebabkan dia mencuri. Oleh sebab itu, mengetahui motif murid adalah
sangat penting. Langkah kedua adalah bantu pelajar memahami motif. Maksudnya, guru akan
membimbing murid memahami motif atau tujuan perbuatan tersebut. Sebagai contoh kenapa
buat bising dalam kelas, apakah akibat perbuatan tersebut kepada diri sendiri dan orang lain.
Langkah ketiga adalah bantu murid tukar motif. Sebagai contoh, biasanya kalau tidak faham
pelajar akan buat bising, jadi bantu pelajar untuk tukar daripada berbuat bising kepada angkat
tangan dan terus tanya apa yang tidak difahaminya. Langkah keempat, bimbing motif. Guru
perlu bantu bimbing murid bertanggungjawab ke atas matlamat baharu yang telah dibuatnya.
Akhir sekali, memberitahu akibat motif iaitu bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah laku
bermasalah yang dilakukannya.

Kesimpulannya, justifikasi kenapa model ini dipilih adalah kerana bersesuai dengan
masalah tingkah laku yang dihadapi oleh pelajar berdasarkan perkongsian oleh pakar dan
sangat praktikal untuk diaplikasikan. Meneliti masalah yang dihadapi dan tidak melebihkan
pelaksanaan hukuman menjadikan model ini sangat sesuai untuk digunakan bagi pelajar
bermasalah agar mereka tidak rasa dipinggir dan diabaikan.

5.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN TEKNIK KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN
KAUNSELING SEKOLAH

Dalam menguruskan tingkah laku bermasalah, pelbagai teknik dapat diaplikasikan
oleh guru-guru untuk memodifikasikan tingkah laku tersebut. Alasan kenapa kemahiran asas
bimbingan dan kaunseling sekolah rendah ini dipilih adalah kerana strategi pendekatan dan
cara penyelesaian yang digunakan bersesuaian bagi menangani murid yang mempunyai
masalah disiplin seperti suka memberontak, mencuri dan melakukan perbuatan yang
menggugat keharmonian kelas seperti berbuat bising. Menurut Dustin (1994) dalam Syed
Ismail Syed Mustapa et al., (2018), kaunseling adalah suatu proses pembelajaran yang
disediakan bagi meningkatkan tingkah laku bersesuaian dan mengurangkan tingkah laku
bermasalah penyesuaian. Berdasarkan pernyataan di atas, kaunseling adalah satu usaha
atau proses yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai pengetahuan berkaitan
untuk membantu mengubah tingkah laku bermasalah kepada tingkah laku yang harmonis.

Berdasarkan perkongsian oleh pakar di atas, terdapat satu kejadian melibatkan
seorang murid, apabila membuat sesuatu masalah, jika ditegur dan dinasihati oleh guru atau
rakan-rakannya, maka dia akan bertindak di luar batasan. Oleh sebab demikian, maka

8

kemahiran asas bimbingan dan kaunseling sekolah rendah dipilih untuk dijadikan panduan
untuk mengenal pasti masalah dan punca tindakan pelajar tersebut, membantu
menyelesaikannya dan mengubah pelajar ke arah yang lebih baik. Setiap guru terutamanya
bagi pelajar sekolah rendah, mereka haruslah mempunyai kemahiran asas kaunseling untuk
menangani pelajar yang bermasalah di dalam kelas.

6.0 KESIMPULAN
Rumusan yang dapat dibuat berdasarkan perkongsian pakar mengenai isu masalah

tingkah laku pelajar, penggunaan teknologi sebagai cara untuk mengatasinya serta pemilihan
model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah Model Akibat Logikal Dreikurs untuk mengawal murid
yang bermasalah adalah guru memainkan peranan besar dalam menyelesaikan isu ini serta
penglibatan pelajar juga penting untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan. Selain itu,
penggunaan model pengurusan disiplin darjah haruslah mengambil kira pelbagai faktor agar
pendekatan yang digunakan memberi makna dan berjaya. Untuk mewujudkan suasana bilik
darjah yang kondusif, komunikasi yang positif haruslah diwujudkan oleh guru dan pelajar agar
timbul isu berbangkit dan salah faham antara komuniti dalam bilik darjah.

(2332 patah perkataan)

9

SENARAI RUJUKAN

Hasmahadi Ahmed. (2021). Guru bimbingan dan kaunseling sekolah rendah. Sekolah
Kebangsaan Kok Lanas, Kelantan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Surat pekeliling ikhtisas Bil. 10/2001: Semua guru

adalah guru disiplin. KP(BS) 8591/Jld.XVII (10).

https://www.moe.gov.my/pekeliling/1993-surat-pekeliling-ikhtisas-bilangan-10-tahun-

2001-semua-guru-adalah-guru-disiplin/file

Lukman Hakim Mohamad Amin, Muhamad RedhaAbdul Hafiz, Muhamad Nazirul Asyraf
Kamarulzalis, Abdul Hadi Ibrahi, Nursyuhada Mohd Taib, Nur Haziqah Ramlan, & Mohd
Razimi Husin. (2019). Masalah kecelaruan tingkah laku: Ponteng sekolah. International
Journal of Humanities, Management and Social Science, 2 (1), 51-64.
https://doi.org/10.36079/lamintang.ij-humass-0201.22

Nor Shafrin Ahmad. (2021). Intervensi kaunseling dalam menangani kemarahan murid
sekolah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3 (1), 57-66.

Noraini Adnan. (2021). Guru bahasa Inggeris dan guru bimbingan dan kaunseling. Maahad
Syamsul Maarif Perempuan Pulai Chondong, Kelantan.

Rahida Aini Mohd Ismail & Mohd Ismail Othman. (2020). Cabaran pengurusan disiplin sekolah
masa kini. UUM Press.

Raja Noraina Raja Rahim. (Februaru 18, 2019). 10,154 kes disiplin babit pelajar tahun lalu.

Berita Harian Online.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/02/532222/10154-kes-disiplin-babit-

pelajar-tahun-lalu

Sire Etum, Al-Amin Mydin, & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2021). Hubungan pengurusan
disiplin sekolah dan kualiti kehidupan murid di Semenanjung Utara Malaysia. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities, 6 (8), 173-182.
https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.925

Syed Ismail Syed Mustapa, Chin Meo Keong, Ahmad Subki Miskon, & Noor Fitriyati Abdul
Samad. (2018). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Sasbadi Sdn. Bhd.

10


Click to View FlipBook Version