The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eiysahjuita, 2021-03-31 08:59:43

Dato Onn Jaafar

pertandingan buku skrap

TOKOH
PEMIMPIN DI

NEGERI
JOHOR

DATO’ ONN JAAFAR

MAKLUMAT PESERTA

Nama peserta : Juita Eiysah Binti Suhaini
Kelas : 5 KAA 2
Alamat e-mel : [email protected]
Alamat sekolah : Peti Surat 63, KM 8, Jalan Kluang, 83007, Batu Pahat, Johor.
Gambar peserta :

PENDAHULUAN

Saya Juita Eiysah Binti Suhaini pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah dari kelas 5 KAA 2 , amat berbesar hati kerana telah
diberikan peluang untuk menyertai pertandingan buku skrap digital tokoh pemimpin muda Johor bagi kategori sekolah menengah . Dengan menyertai
pertandingan ini , saya dapat memperbanyakkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang tokoh yang telah menjadi pilihan saya . Di samping itu , saya juga dapat
menggilap kemahiran saya dalam bidang teknologi maklumat dalam proses penghasilan buku skrap ini. . Saya telah memilih Dato’ Onn Jaafar sebagai Tokoh

Pemimpin di Negeri Johor bagi melaksanakan tugasan buku skrap ini

BIODATA DATO’ ONN JAAFAR

 Datuk Onn Jaafar di lahirkan pada tahun 1895 di Bukit Gambir, Jalan Gertak Merah, Johor Bharu. Beliau merupakan
anak yang ketiga dari tujuh orang adik beradik. Bapanya Datuk Jaafar bin Haji Muhammad iaitu Menteri Besar
Johor yang pertama semasa pemerintahan Sultan Ibrahim. Datuk Jaafar berketurunan Bugis dan berasal dari Daik.
Ibunya bernama Rugayah berasal dari timur dekat, berketurunan Turki. Datuk Onn di pelihara oleh Sultan Ibrahim
sebagai anak angkat baginda sejak berusia enam tahun dan mendapat Pendidikan Melayu sebelum melanjutkan
pelajarannya di England . Almarhum Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar juga telah mengasaskan UMNO pada 11 Mei
1946 di Istana Besar Johor Bharu. Beliau juga merupakan Yang di Pertua UMNO yang pertama Beliau mendirikan
rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, janda salah seorang adiknya dan salah seorang daripada anak mereka ialah
Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga. Almarhum Dato’ Onn juga mangkat pada 19 Januari
1962 di Johor Bharu Ketika berusia 66 tahun . Anakanda beliau, Allahyarham Tun Hussein Onn (1922-1990) mengikut
jejak langkah untuk aktif dalam politik dan akhirnya menjadi Presiden UMNO ke IV dan Perdana Menteri Malaysia ke
III (Januari 1976- Julai 1981) manakala cucunya Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein merupakan ahli jawatankuasa
tertinggi UMNO dan kini sedang menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri.

PENDIDIKAN YANG DIPILIH DATO ONN JAAFAR

Dato’ Onn Jaafar memulakan pendidikannya di sekolah Melayu di Johor Bahru. Pada tahun 1904, beliau pergi ke England untuk menyambung pengajian
di Aldeburgh Lodge School, sebuah sekolah swasta di Suffolk, England dengan Tengku Mahkota Ketika itu hingga tahun 1909. Beliau cemerlang dalam sukan
dan menjadi ketua pasukan kriket dan bola sepak sekolah. Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor. Oleh itu, Sultan Ibrahim telah membiayai
pengajian beliau di England dan beliau merupakan pelajar terbaik dalam bahasa Inggeris dan Perancis.

Dato’ Onn Jaafar kembali ke Tanah Melayu dan mendaftar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di mana beliau belajar selama dua tahun dari tahun 1910
hingga 1911. Menurut penulis biografi Ramlah Adam, salah satu sebab utama dia mendaftar di MCKK adalah keperluan untuk meningkatkan kecekapan
berbahasa Melayu yang semakin lemah berikutan zamannya di England .

Aldeburgh Lodge School , England Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

KERJAYA DATO’ ONN

Pada 1 September 1911 sewaktu berusia 16 tahun beliau mula berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai kerani pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.
Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat Penasihat British (British Advisor). Kemudian ,
pada bulan Mei, 1912 bertugas sebagai Pembantu Kerani Besar Pejabat Perubatan dan dalam bulan Julai, 1912 beliau Kembali ke pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri sebagai Pembantu Kerani Besar.

1 Ogos 1913, Datuk Onn bekerja di Pejabat Penasihat Undang-undang Johor, kemudian dalam bulan Oktober 1914 bekerja di Pejabat Imigresen Bahagian India
dan pada tahun yang berikutnya bekerja di Pejabat Wang (Perbendaharaan) Johor. Atas perintah Sultan Ibrahim, Datuk Onn berkhidmat sebagai kadet dalam Tentera
Johor pada bulan Julai 1917, berakhir dengan pangkat Leftanen. Dari Bukit Timbalan Johor Bahru beliau dipindahkan ke Pejabat General Advisor. Di sini juga,
beliau tidak lama berkhidmat kerana diberhentikan pada 31 Januari 1920 oleh Sultan Ibrahim disebabkan perselisihan faham dengan Baginda.

Dato Onn bersama-sama keluarganya telah berpindah ke Singapura. Di sana beliau berniaga kecil-kecilan termasuk kain, perkakas perak, tembaga, barang
makanan seperti keropok dan sebagainya. Pada tahun 1922 beliau Kembali bekerja dengan Kerajaan Johor sebagai pegawai tambah sementara dalam pejabat
tanah.

Pada 1 Januari 1923 beliau dilantik sebagai Ketua Pejabat Kawalan / Sekatan Getah di Muar. Kemudian pada tahun berikutnya beliau dilantik sebagai
Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar . Oleh kerana sumbangan dan rapatnya hubungan Datuk Onn dengan Sultan, kedudukan Datuk Onn sangat penting kepada
Sultan. Apabila meletusnya Perang Dunia dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Datuk Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor mula 1

.

Beliau kemudiannya berpindah ke Johor Bahru. Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di dalam Syarikat Warta Malaya kepunyaan Syed Husin Alsagof dari tahun
1930 hingga 1933. Kemudiannya dalam tahun 1934, beberapa orang dari Syarikat Warta Malaya menerbitkan Mingguan Lembaga Malaya dan Harian Lembaga dan Datuk
Onn bertindak sebagai pengarangnya. Rencana tulisan beliau sering mengkritik masyarakat Melayu dan mendesak agar perubahan dilakukan. Onn Jaafar mendapati orang-orang
Cina tidak segan berkebun sayur , membuka kedai jahit dan lain-lain pekerjaan yang dianggap rendah oleh orang Melayu.

Pada tahun 1936 Datuk Onn dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Walau bagaimanapun, Datuk Onn telah menerima dengan syarat beliau
bebas mengeluarkan pendapat. Pada 1 Jun 1938 beliau dilantik pula sebagai Setiausaha sulit kepada Tunku Mahkota Johor, membuat kerja yang dititah oeh Sultan sama ada
peribadi, kerja istana atau kerajaan.

Dato Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan. Onn Jaafar
menggantikan tempat Encik Ismail bin Datul Abdullah bin Abdul Rahman , pegawai daerah yang telah dibunuh secara kejam oleh gerila-gerila 'Bintang Tiga' di Benut pada 10 Jun
1945. Selepas Jepun menyerah kalah, ramai orang Melayu yang bekerja sebagai polis dan ketua kampung telah ditangkap, hilang dan dibunuh oleh MPAJA antara Mac-April 1945.
Semasa menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat inilah beliau menghalang orang Melayu Batu Pahat yang diketuai oleh Kiayai Salleh untuk menghapuskan China Batu Pahat yang
rata-rata menyokong Bintang Tiga (Parti Komunis). Mereka (China BP) ini telah banyak 'menangkap dan menyembelih' orang-orang Melayu sesuka hati mereka. Antara orang
yang mati dibunuh oleh Bintang Tiga ini ialah almarhum Haji Mustapha bin Pajoyo. Pada 1 hingga 4 Mac 1946 Bersama 41 buah persatuan Melayu, beliau menghadiri
Kongres Melayu pertama di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menentang Malayan Union yang dilihat sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan
kedudukan Raja-raja Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan Ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1
Mei 1946 dan Dato Onn telah dilantik sebagai presiden pertama.

SUMBANGAN DATO’ ONN

. Pada 1 hingga 4 Mac 1946 bersama 41 buah persatuan Melayu, beliau menghadiri Kongres Melayu pertama di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menentang
Malayan Union yang dilihat sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Raja-raja Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang
mewakili orang Melayu telah ditubuhkan Ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946 dan Dato Onn telah dilantik sebagai presiden pertama.

Proses Kemerdekaan bermula apabila Dato’ Onn Jaafar (yang menubuhkan Persatuan Melayu Semenajung Johor pada 3 Januari 1946) berjaya mengumpulkan orang-
orang Melayu (yang telah pun menunjukkan ketidak-puasan hati apabila kertas putih Malayan Union 6274, yang diluluskan oleh House of Lords, Westminster telah
disiarkan dalam Utusan Melayu, 24 Januari 1946) untuk bersatu teguh sebagai entiti politik Melayu yang kuat. UMNO yang ditubuhkan secara prinsipnya pada 1 Mac 1946
setelah pelbagai persatuan-persatuan Melayu seluruh Tanah Melayu diwakili dan datang bersidang dan meluahkan pendapat ke atas isu-isu berkenaan. UMNO berjaya ditubuhkan
secara rasmi, setelah yang diberi naungan DYMM Sultan Sir Ibrahim Almahrum Sultan Seri Maharaja Abu Bakar, Sultan Johor pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru.
Objektif asalnya ialah untuk menolak Malayan Union dengan mengesa Raja-Raja Melayu yang pada masa itu sudahpun menandatangani Perjanjian MacMichael, dimana British
berjaya mendapatkan ‘persetujuan’ seorang demi seorang Raja-Raja Melayu keatas cadangan Malayan Union bermula dari 20 Oktober 1945 sehingga 21 Disember 1946,
walaupun ramai baginda Raja-Raja sebenar tidak setuju dengan cadangan Malayan Union ini. Namun pemerintah BMA menggunakan ‘ugutan’ seperti mendakwa Raja-
Raja Melayu yang enggan bersetuju dan menandatangani Perjanjian MacMichael ini akan didakwa bekerjasama dengan pihak Tentera Jepun dan diturunkan dari takhta.
Objektif utama UMNO semasa penubuhanya agar Malayan Union yang diisytiharkan pada 1 April 1946 itu ditolak dan gagalkan. Ini kerana Malayan Union mengambil
kuasa dan juriduksi sepenuhnya Raja-Raja Melayu (kecuali hal ehwal agama Islam dan adat resam Melayu), proses pemberian kerakyatan yang begitu longgar dan

Usaha Dato’ Onn seawal Januari 1946 mengumpulkan orang-orang Melayu untuk menentang cadangan Malayan Union mencetus Gerakan politik di
kalangan rakyat negara ini yang kemudian berjaya mencapai kemerdekaan tiga belas tahun kemudian. Setelah UMNO berjaya ditubuhkan, Dato’ Onn
mengetuai orang-orang Melayu dan bermulalah Gerakan politik orang-orang Melayu yang didukung sebilangan besar keturunan Melayu sehingga hari ini.
Dato’ Onn telah berjasa menentang dan mengbuburkan Malayan Union.

Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor tetapi meletak jawatan 3 tahun kemudian untuk menumpukan masanya kepada
UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO telah berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan
Tanah Melayu dan mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan serta memberi hak istimewa Melayu. Setelah
berkhidmat selama tiga tahun, Datuk Onn meletakkan jawatan itu untuk menumpukan sepenuh masa kepada UMNO selepas Sultan Ibrahim memberi
amaran kepadanya sama ada mahu memilih berkhidmat dengan kerajaan atau memimpin UMNO. Datuk Onn memilih untuk terus berkhidmat sebagai Yang
Dipertua UMNO. Pada tahun 1946, kepimpinan Datuk Onn menentang penjajahan secara politik sehingga tumbangnya Malayan Union dan tertubuhnya
Persekutuan Tanah Melayu. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memelihara semula kedudukan Raja-Raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat
kerakyatan bagi orang-orang asing dan memberi beberapa hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu.

Kebangkitan perasaan tidak puas hati orang-orang Melayu diterajui Dato’ Onn yang berjaya bermulakan perhimpunan di Batu Pahat pada 10 Februari
1946. Setelah UMNO ditubuhkan, Dato’ Onn berjaya menggesa Raja-Raja Melayu untuk memulaukan majlis perlantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor
Malayan Union pertama dan ini adalah tindakan signifikan kerana pihak Whitehall mula memberikan perhatian serius kepada isu ini. Signifikan moral
penubuhan UMNO dan kejayaan menafikan Malayan Union dari diteruskan merupakan kali pertama sekalian hamba rakyat di kalangan orang-orang Melayu
mengambil peranan penting dalam proses politik , yang selama ini merupakan peranan, hak dan kuasa mutlak dan eksklusif golongan keluarga DiRaja dan.

bangsawan sepenuhnya. Ini juga permulaan proses ‘demokrasi’ di Tanah Melayu, di mana sekalian hamba rakyat kemudianya mempunyai hak dan kuasa menentukan
masa depan mereka

Raja-raja dan rakyat Melayu telah menentang habis-habisan Malayan Union sehingga British bersetuju untuk membubarkan Malayan Union. Perundingan itu
akhirnya telah melahirkan Persekutuan Tanah Melayu yang berpelembagaan pada 1 Feb 1948 bagi menggantikan Malayan union. Penubuhan ini adalah kejayaan penting
orang Melayu dalam mendapatkan semula kedudukan politik dan maruah mereka di Tanah Melayu. Antara artikel-artikel penting Perjanjian Persekutuan itu ialah
perwujudan Majlis Raja-Raja Melayu, yang berhak membincangkan soal-soal dasar Persekutuan Tanah Melayu seperti mengenai kemasukan dan kerakyatan orang-orang
dagang, rang undang berkenaan negeri-negeri Melayu dan perkara- perkara yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan itu.

Apabila UMNO sendiri sebagai wadah dan tunggak utama, perjuangan utama orang-orang Melayu mengalami proses pengalihan tampuk Kepimpinan setelah Dato’
Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua (Presiden) meletakan jawatanya pada Ogos 1951, seorang putera raja, Tunku Abdul Rahman Putra pula diangkat oleh orang-orang
Melayu untuk memimpin UMNO. Peralihan ini melihatkan slogan UMNO berubah dari “Hidup Melayu” kepada “Merdeka”. Ini bermakna, orang-orang Melayu mula
bergerak secara serius untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu dari Great Britain.

Pada tahun 1951, Dato’ Onn mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada semua bangsa bagi mengatasi masalah perkauman dalam politik. Cadangan ini telah
dibantah oleh ahli UMNO. Dato Onn telah meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO pada tahun 1951. Perletakan jawatan Dato’ Onn ini merupakan satu kehilangan
besar kepada kepimpinan UMNO pada saat itu kerana orang Melayu masih berada di tahap ketinggalan dalam semua bidang pada masa itu.

Dato’ Onn membawa konsep ‘bekerjasama’ dalam perjuangan politik dengan bukan Melayu seawal 1951 namun tidak diterima ahli-ahli UMNO pada masa itu.
Maka beliau secara sukarela meninggalkan UMNO pada 28 Ogos 1951 dan menubuhkan Independent Malayan Party (IMP) pada 16 September 1951 sebagai
wadah perjuangan politik tanpa kaum dan keturunan. IMP menempa kegagalan, terutama dalam Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur 1952 dan beliau kemudian
menubuhkan Parti Negara (PN) pada Februari 1954. Parti Negara gagal memenagi sebarang kerusi dalam Piliharaya Umum pertama 1955. Namun begitu, pada
Pilihanraya Umum 1959, PM berjaya meraih satu kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri. Dato’ Onn menjadi ‘Ketua Pembangkang’ dalam
Dewan Rakyat dengan kemenangan ulung Parti Negara ini.

Idea ‘bekerjasama’ yang dipelopori Dato’ Onn ini akhirnya dilaksanakan oleh pengganti beliau Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, apabila UMNO
bekerjasama dan kemudian ‘berkongsi kuasa’ dengan MCA dan MIC, dibawah panji Parti Perikatan . Kejayaan ‘berkongsi kuasa’ ini menghasilkan mandat besar
bagi Parti Perikatan pada Pilihanraya Umum 1955 dan Tunku menggunakan ini sebagai ‘senjata utama’ dalam rundingan Kemerdekaan dan ianya menunjukkan
hasil pada 31 Ogos 1957.

Usaha-usaha Datuk Onn untuk mengembalikan kedudukan orang-orang Melayu, beliau telah mengemukakan cadangan supaya keahlian UMNO dibuka kepada
lain-lain bangsa tetapi mendapat tentangan di kalangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO disebabkan oleh suasana Kebangsaan Melayu ketika itu tidak sanggup
menerima perubahan radikal seperti itu. Hasrat dan cita-citanya untuk memartabatkan bangsa melayu diteruskan dengan pelbagai cadangan dan tindakan.

Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka
kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi “ Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh
sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26
Ogos 1951. Datuk Onn melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua UMNO disebabkan oleh tentangan tersebut. Berbagai-bagai tafsiran boleh diberi terhadap syor-syor
Datuk Onn dan ia sendiri pernah dituduh sebagai tidak berkepentingan Melayu. Datuk Onn telah mendahului zaman terdahulu namun , orang-orang Melayu masih tidak
dapat bersetuju UMNO menerima keahlian semua kaum sahaja. Begitu juga kelonggaran dalam syarat-syarat kerakyatan untuk kaum-kaum lain masih belum dapat
diterima . Selain itu, dalam penggubalan perlembagaan Malaya Merdeka syarat-syarat lebih longgar telah diberi kepada kaum-kaum lain. Meskipin UMNO sendiri
sebelum Merdeka , mereka telah bekerjasama dengan kaum-kaum lain melalui parti Perikatan . Datuk Onn yang telah dilantik oleh Kerajaan British sebagai Menteri
Hal Ehwal Dalam Negeri telah dapat melihat dari dalam , masalah-masalah pentadbiran dan politik negara .

Oleh sebab demikian, merasakan perlu kerjasama secara lebih rapat dengan kaum-kaum lain dan mempercayai bahawa bimbingan dari British adalah perlu bagi
memajukan orang-orang melayu sebelum mencapai kemerdekaan. Namun yang demikian , Dato’ Onn telah dituduh sebagai orang pro-British kerana duduk dalam
cabinet kerajaan penjajah, tetapi kemudiannya UMNO juga membenarkan salah seorang wakilnya menerima tempat dalam kabinet Itu. Sewaktu di dalam kabinet
kerajaan penjajah, Datuk Onn telah dilantik menjadi Pengerusi RIDA, iaitu sebuah badan yang bertujuan untuk meninggikan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.
Nama Datuk Onn terkenal dalam bidang Pendidikan dengan minatnya terhadap kemajuan anak-anak Melayu yang membuahkan antara lain ‘Biasiswa UMNO’
sewaktu beliau berada di dalam parti ini.

Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos 1951, malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada
tahun 1954 beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu
pada tahun 1955 dan partinya tidak berjaya dalam pilihanraya itu, namun tidak berputus asa bagi mendapatkan tempat dalam politik tanahair. . Beliau berjaya juga mendapat
kerusi, mewakili Kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihanraya Persekutuan dalam tahun 1959. Dengan seorang diri mewakili partinya beliau cuba
menyampaikan pendapat-pendapat politiknya dalam sebuah Dewan yang mengandungi ahli-ahli dari UMNO Perikatan dan parti-parti lain. Parti Negara menyekatkan keahlian

bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Beliau berjaya memenangi kerusi di kawasan parlimen Kuala
Terengganu Selatan dalam PRU 1959 dengan bantuan parti PAS .

Sumbangan Dato’ Onn dalam perjuangan ke arah kemerdekaan negara pada hakikatnya tidak boleh dinafikan. Meskipun ada suara-suara yang melabelkan beliau sebagai
pemecah belah perpaduan UMNO dan pembunuh semangat kemerdekaan yang amat gairah diperjuangkan oleh orang-orang Melayu, beliau tetap merupakan seorang tokoh
Melayu terulung yang mempunyai wawasan yang begitu jauh. Kemerderkaan hari ini yang tercapai pada 31 Ogos 1957 meskipun tidak dianggap sebagai buah tangan darinya, tetapi
sebenarnya adalah merupakan hasil asas yang dibinanya. Asas dan rangka kemerdekaan yang dilakar oleh Dato’Onn tetap menjadi ikon perintis jalan kepada bangsa Melayu
walaupun beliau tidak dianggap sebagai pemimpin Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan. Peranan mencapai Kemerdekaan yang dipelupuri orang-orang Melayu
semenjak pasca Perang Dunia kedua dan kemudian sudi dan sanggup bertolak-ansur dan bekerjasama dengan kaum-kaum lain, terutama di bawah prinsip ‘perkongsian kuasa’
perlu difahami, hargai dan hayati. Kejayaan kerana peranan utama yang dimainkan penduduk majoriti Tanah Melayu ini adalah rujukan utama di mana Negara ini bermula.

Pelaksanaan Malayan Union menyebabkan negara ini terus diperintah secara langsung dari United Kingdom dan kita kekal dijajah. Ia bermakna terhakisnya kuasa Raja-Raja
Melayu, lenyaplah kerajaan- kerajaan Melayu dan hilanglah identity Melayu di buminya sendiri. Setiap negeri-negeri Melayu, yang asalnya terdiri daripada kerajaan-kerajaan
Melayu dalam sistem pemerintahan Raja-Raja Melayu, dipecah perintah secara berasingan oleh Inggeris. Kerakyatan terbuka kepada semua orang, tidak kira siapa sahaja yang
datang mahu bermastautin di negara ini. Hampir dua tahun lamanya, Dato’ Onn berhadapan dengan Inggeris, memujuk Raja-Raja Melayu, mengumpulkan kekuatan suara dan
perpaduan orang Melayu untuk menggagalkan Malayan Union. Gerakan mendesak Inggeris tanpa mengenal jemu dan penat lelah itu, akhirnya membuahkan hasil apabila
penjajah akur untuk menguburkan Malayan Union selepas 21 bulan dilaksanakan dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Idea kenegaraan Dato’ Onn diterima oleh Inggeris dalam merencanakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Dalam proses menyediakan perjanjian itu, beliau
mengetuai pasukan orang Melayu memastikan Raja-Raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu menjadi dasarnya. Idea ini menjadi teras dalam
perjuangan UMNO dan orang Melayu, sekalipun beliau meninggalkan parti dalam usaha mencari strategi lain pula untuk mendapatkan kemerdekaan. Beliau menyedari bahawa
Inggeris mahu melihat ada Kerjasama antara kaum sebagai syarat kemerdekaan, berikutan penentangan terhadap Malayan Union dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu,
tidak pun mendapat sokongan kaum lain. Dato’ Onn memilih keluar dari UMNO apabila cadangannya membuka pintu parti kepada kaum lain tidak dapat diterima oleh orang
Melayu. Orang Melayu ketika itu berasa ganjil dengan idea tersebut, tanpa dapat memahami ia bertujuan meletakkan semua kaum di bawah satu naungan. Tapi, apabila akhirnya
idea pakatan antara parti dicetuskan melalui penubuhkan Perikatan, Dato’ Onn menubuhkan Parti Negara, namun masa sudahpun beredar dan tidak mengizinkan beliau kembali ke
arus perdana.

Begitupun, yang jelas ialah idea kenegaraan Dato’ Onn itu terus diwarisi dan diamalkan oleh kepimpinan UMNO selepasnya. Ia menjadi petunjuk dan panduan
dalam pembentukan sebuah negara bangsa. Dari idea perjuangan itulah kita beroleh pengiktirafan sempadan negara kita sendiri apabila mendapat kemerdekaan. Sebab
itu, Dato’ Onn tidak sehaluan dengan beberapa pemimpin politik sezamannya, yang cenderung menerima konsep Indonesia Raya untuk mencapai kemerdekaan
bersama dengan negara jiran.

Pembentukan negara bangsa menjadi lebih jelas apabila kita dipandu oleh Perlembagaan Negara yang dimasyhurkan pada tahun 1957 sempena menempa
kemerdekaan. Asas-Asas Perlembagaan Persekutuan itu diambil bulat-bulat daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang diusahakan oleh Dato’ Onn. Maka,
terbelalah Raja Melayu, terpeliharalah Agama Islam, diiktiraf kedudukan bahasa Melayu dan kekal hak-hak orang Melayu dibuminya. Perkembangan kependudukan
di Tanah Melayu pun menjadi terkawal dengan adanya peraturan kewarganegaraan. Kaum pendatang yang masuk beramai-ramai di zaman penjajah, ditawarkan
keistimewaan sebagai warganegara negara ini dan dilindungi serta mempunyai suara di bawah sistem demokrasi. Ketiga-ketiga ciri utama tadi iaitu kedaulatan
sempadan negara, Perlembagaan Negara dan kewarganegaraan adalah asas pembentukan negara bangsa, yang diasaskan perjuangannya oleh Dato’ Onn. Inggeris
menerima usaha tersebut dengan mengambil kira faktor-factor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial, yang sudah sekian lama wujud di Semenanjung Tanah Melayu.
Lantas ia berperanan menstabilkan sistem politik negara.

Sidang Penubuhan UMNO Pembubaran Malayan Union

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI GENERASI SEKARANG

Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi generasi sekarang daripada Dato’ Onn Jaafar ialah sikap beliau yang penyabar . Beliau tetap bersabar dalam
menghadapi setiap rintangan sepanjang beliau menjadi seorang pemimpin walaupun banyak dugaan yang dihadapi beliau .Sebagai contoh , Dato’ Onn Jaafar tidak
pernah membalas semula setiap tentangan yang diterima . Dato’ Onn Jaafar juga tidak pernah menghasut sesiapa untuk menentang parti berkenaan (parti yang
menentang ) serta tidak menghasut sesiapa menjatuhkan pemimpin pada Ketika itu.

Selain itu nilai kepimpinan yang boleh dicontohi generasi sekarang ialah nilai tanggungjawab dan amanah . Dato’ Onn Jaafar sentiasa melaksanakan tugasan-
tugasan yang disandang dengan penuh bertanggungjawab dan amanah . Beliau tidak pernah mengetepikan amanah yang diberikan kepada beliau dan tidak akan
melakukan suatu pekerjaan sambal lewa . Beliau beranggapan bahawa setiap tugasan yang diterima perlu dilaksanakan dengan sempurna.

Setarusnya ,nilai kepimpinan beliau yang tenang tetapi tegas. Beliau telah membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada
orang Melayu juga haruslah dicontohi generasi sekarang . Kehidupannya di hutan bersama orang kampung semasa pemerintahan Jepun, telah mendekatkan beliau
dengan erti kemanusiaan sebenar terutama semasa kesusahan dilanda peperangan. Apabila perang tamat, beliau menggerakkan orang Melayu dalam satu barisan
ke arah mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dengan menggagalkan hasrat menubuhkan Malayan Union.

Di samping itu , sikap Datuk Onn sebagai seorang tokoh politik yang berkarisma kerana pandangan jauhnya yang mahu menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa
mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideologi politik juga boleh diambil sebagai contoh yang baik . Sifatnya yang tenang dan tidak terburu-buru dalam
mendapatkan kemerdekaan ini telah digunakan oleh saingan politiknya yang sering meniupkan semangat kemerdekaan dengan mengangkat senjata. Beliau juga seorang
yang tegas, berdisiplin dan merupakan seorang yang rajin. Beliau sangat degil dan pantang mengubah haluan sesudah menetapkan pedoman menuju matlamatnya. Pada
kebiasaannya beliau tidak akan berpatah balik daripada segala keputusan yang telah dibuat.

Selanjutnya , kita juga hendaklah mencontohi sikap Dato’ Onn juga merupakan seorang yang rendah diri. Beliau tidak makan pujian dalam melakukan sesuatu
pekerjaan. Beliau melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang bijak, jujur, ikhlas, bertimbang rasa
dan tidak mementingkan pangkat. Semasa dilanda krisis, beliau juga merupakan seorang pemimpin yang tabah dan berani dalam mengharungi saat-saat yang getir.
Ekoran peristiwa tersebut beliau mengalami pahit getir hidup yang belum pernah dirasainya ketika berada di Singapura. Peristiwa ini jelas memperlihatkan
keperibadiannya yang tinggi dan sanggup mengharungi pelbagai cabaran semasa mentadbir Johor. Namun beliau dilihat sentiasa mementingkan sultan. Sikapnya tidak
pernah takut dan tidak gentar untuk mengambil sesuatu Tindakan yang dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa manusia yang tidak berdosa daripada terkorban
dengan sia-sia. Dalam hal Ini , keselamatan dirinya sendiri telah menjadi perhitungan yang kedua kepadanya.

Dengan ini, jelaslah bahawa sikap kepimpinan Dato’ Onn adalah sangat penting bagi kita terapkan dalam kehidupan seharian. Sikap dan nilai kepimpinan yang
ditunjukkan olehnya telah mendatangkan impak yang sangat baik terhadap Malaysia sekali gus melahirkan sebuah barisan kepimpinan yang sangat baik .

KESIMPULAN

Berdasarkan huraian tentang Dato’ Onn Jaafar , kesimpulan yang dapat saya simpulkan daripada kepimpinannya ialah walaupun beliau telah gagal dalam
perjuangan politiknya kerana beliau memilih untuk tidak terus memimpin UMNO, dan kerananya tidak pula dapat memimpin negara sebagai Perdana Menteri,
sebagaimana penggantinya sebagai Yang Dipertua Umno, Tunku Abdul Rahman. Walhal, begitu ramai pemimpin muncul silih berganti, zaman-berzaman, mencurahkan bakti
perjuangan dalam sejarah panjang pembentukan negara kita, yang bebas lagi merdeka ini.

UMNO Johor mengangkat Dato’ Onn sebagai tokoh yang perlu diberikan tempat yang sewajarnya sempena 60 tahun usia parti, kerana baktinya sebagai pelopor
perjuangan kemerdekaan. Dato’ Onn bukannnya meneraju negara apabila tanah air ini merdeka pada 1957, tetapi beliau meninggalkan pengaruh dan pemikirannya sebagai
warisan kepada bangsa.

Walaupun Dato’ Onn dalam sejarah politiknya keluar dari UMNO dan pernah menubuhkan dua parti lain, menjadi pembangkang dalam dewan perwakilan, tetapi inti
perjuangannya terpahat dengan teguh. Laungan perjuangan Hidup Melayu yang dicetuskannya, lebih 60 tahun lalu, tidak sekadar satu slogan, tetapi sarat dengan isi perjuangan
membela kedudukan Raja-Raja, agama, bahasa, kebudayaan, pendidikan, ekonomi dan hak-hak istimewa orang Melayu dan seterusnya membimbing negara ke arah
kemerdekaan .

SUMBER RUJUKAN

https://umno-online.my/presiden/onnjaafar/
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2016/08/185304/contohi-sikap-datuk-onn-jaafar-hishammuddin
http://historycomiteesmkcs.blogspot.com/2012/03/anak-anak-johor-tersohor.html
http://tokohsejarahmalaysia-2a1.blogspot.com/2011/07/dato-onn-jaafar.html
http://thina75.blogspot.com/2015/12/pengajianmalaysia-peranan-tokoh-isu_24.html


Click to View FlipBook Version