SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA RAJA ALIAS 3,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1 2022/23
________________________________________________________________________________________
Tarikh : 15.3.2022
Hari : Selasa
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Ibnu Khaldun SKFRA3
KEHADIRAN: (Guru Besar)
1. Puan Norizah bt Mohammed Tab (GPK Kurikulum)
2. Puan Aspa lela binti Asmayatim (GPK HEM)
3. Encik Mokhtar bin Maulud (GBK / Penyelaras Tahun 6)
4. Encik Mohamad Tamrin bin Ibrahim (Setiausaha)
5. Puan Noorhayatie bt Sulaiman
6. Puan Nooraini bt Hashim
7. Puan Suhaikiah bt Ghazaly
8. Puan Hasmayani binti Mat Hashim
9. Puan Noor Azlina bt Salleh
10. Puan Khalijah bt Mamat
11. Puan Razilah binti Mohd Ramli
12. Puan Nurul Syahirah binti Mohd Zelani
13. En Mohd Fauzan b Zolkipli
14. Puan Aisha Beevi bt Zainal Abidin
15. Puan Aida binti Abdullah Hadi
16. Puan Lihayati binti Ibrahim
17. Puan Haryati bt Mohd Yunan
18. Puan Nurhidayah binti Abdul Rahman
19. Encik Khidir bin Abdul Hadi
20. Encik Azhar bin Zulkifli
21. Puan Asmawatie binti Junus
22. Puan Siti Rohaya binti Sidi Ahmad
23. Puan Razana binti Abdul Wahab
24. Puan Noraida binti Asri
25. Puan Siti Adawiyah binti Padzil
26. Puan Nurul Shahkina binti Ismail
27. Cik Raizatul Atiqah binti A Razak
28. Puan Zuraidah binti Aluwi
29. Puan Idayuwatie binti Mohammad Poly
30. Puan Hafizah binti Ramlee
31. Encik Muhamad Hafiz b Uzir
32. Puan Ruziah binti Abdul Latib
33. Puan Siti Zawani binti Mahmod
34. Cik Mardziyah binti Muad
35. Puan Salbiah binti Ismail
1
1.0 : UCAPAN PENGERUSI
1.1 Puan Norizah binti Mohammed Tab, selaku Guru Besar dan pengerusi majlis, mengucapkan terima
kasih kepada semua guru yang hadir.
1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah melaksanakan semua kerja buat
dalam bidang pengurusan kurikulum di sepanjang sesi persekolahan 2021/2022.
1.3 Diharap semua guru bersedia untuk sesi 2022/23 dalam perlaksanaan bidang kurikulum untuk sesi
2022/23, dalam melahirkan modal insan yang seimbang selari dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
1.4 Pengerusi menjelaskan bahawa program KPMPerkasaKU telah dilaksanakan mengikut acuan murid
pada sesi pembelajaran tahun lepas (CUP 1 dan 2) dan program Catchup Plan 3 (CUP 3) akan
dilaksanakan selama 4 minggu dalam tahun 2022/2023.
1.5 Tiada lagi penjajaran Kurikulum, ikut DSKP yang sedia ada.
1.6 Semua guru diharap bersedia dalam sesi akademik yang akan berjalan dalam era endemik,
termasuklah akur pada arahan-arahan yang baru dalam menjadikan kemenjadian murid dalam
kurikulum.
1.7 Diharap semua guru sambut pelan strategik yang telah diberi dan dapat mengatasi dan
merealisasikan isu-isu yang diketengahkan mengikut sasaran peningkatan dari segi peratus MTM,
kualiti guru dan juga penguasaan dalam 3M, subjek Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.
1.8 Pengerusi memaklumkan bahawa akan ada Pemantauan Mesra Gemilang oleh PPDJJ dan diharap
semua guru bersedia.
1.9 Berkenaan dengan isu beg berat, ia akan diselesaikan dengan rasioanal.
2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Cadangan – Puan Hasmayani binti Mat Hashim
Sokongan – Sebulat suara
3.0 HAL-HAL BERBANGKIT
3.1 Perkara 4.7.9.5 – Perlaksanaan Instrumen Literasi untuk Tahun 1 akan dilaksanakan oleh guru
matapelajaran manakala untuk Tahun 2 hingga 5 adalah dibawah seliaan guru pemulihan.
4.0 PERBINCANGAN PROFESIONALISME
4.1 PENGURUSAN AM KURIKULUM
4.1.1 Pembentangan Jawatankuasa Kurikulum 2022.
4.1.2 Fokus utama Sektor Pembelajaran PPDJJ 2022 yang perlu disambut oleh pihak sekolah:
1) % lulus dalam PBD
2) Kualiti guru melalui Kajian Tindakan, Inovasi PDPC dan SKPMg2
(Standard 4)
3) Penguasaan Bahasa (BM dan BI) dalam PBD
4) Penguasaan 3M
4.1.3 Mesyuarat Kurikulum sekolah akan diadakan sebanyak 4 kali dimana ia berfokus pada;
Mesyuarat Bil 1 – Perancangan (15 Mac 2022)
Mesyuarat Bil 2 – Perlaksanaan (2 Jun 2022)
Mesyuarat Bil 3 – Semakan Perlaksanaan (4 Oktober 2022)
Mesyuarat Bil 4 – Tindakan Penambahbaikan (3 Jan 2023)
4.1.3.1 Satu fail akan diwujudkan untuk menyimpan semua dokumen berkenaan
dengan program-program di sekolah seperti kertas kerja, borang yang
berkaitan dan juga laporan post mortem program.
2
4.1.4 SKPMg2
4.1.4.1 SPI sebagai punca kuasa dan pengurusan sekolah adalah berpandukan
SKPMg2. Unit Kurikulum - 3.1(Pentadbiran) dan 4.0 (Guru)
4.1.4.2 GPK Kurikulum membentangkan carta proses kerja di sekolah.
4.1.5 Dasar / Program KPM
4.1.5.1 KPMPerkasaKU – telah dilaksanakan sehingga CUP 3.
4.1.5.2 PBD – sekolah perlu ada KPI. Dialog PBD akan dilaksanakan 2 kali setahun.
4.1.5.3 GPK Kurikulum membentangkan KPI PPD dan perlu disambut oleh sekolah.
Pihak sekolah juga boleh menetapkan KPI sekolah sendiri.
4.1.5.4 GPK Kurikulum membentangkan garis perlaksanaan PBD disekolah.
- Pembugaran PBD di peringkat PPD – Selesai
- Pembugaran PBD di peringkat sekolah
- Pelaporan pertama – Jun 2022
- Serahan Pelaporan pada PPD – Jun
- Pembugaran fasa ke 2 PBD – Ogos
- Pelaporan Kedua
4.1.5.5 Dialog Prestasi PBD untuk 2022/23 akan dilaksanakan sebanyak 2 kali.
4.1.6 Unit Pemulihan Khas
4.1.6.1 Pelan perlaksanaan program yang berkaitan dengan Literasi dan Numerasi
sekolah rendah dipaparkan dan akan dilaksanakan oleh Unit Pemulihan.
4.1.6.2 Sekolah berbesar hati mempunyai CIk Hartini sebagai Ketua JU Pemulihan
daerah.
4.1.6.3 Tindakan sekolah untuk 2022 – perancangan program, ABM, Mylink
Pemulihanku dan bimbingan dan penyeliaan.
4.1.6.4 KPI 2022 pengurangan 5% murid pemulihan khas, murid yang tidak menguasai
3M.
4.1.6.5 Semua guru matapelajaran diminta membantu guru pemulihan khas
perlaksanaan program.
4.1.7 Kurikulum Pra-Sekolah
4.1.7.1 KSPK 2017 – Dokumen Penjajaran Edisi 2 berfokus pada 6 Tunjang, Pendidikan
Sivik, PKJR dan CEFR.
4.1.7.2 Guru Pra sekolah peka dengan tarikh-tarikh yang berkaitan dengan program
berkaitan dengan pra sekolah.
4.1.8 Dialog KPI Akademik
4.1.8.1 Peningkatan 1.5% pencapaian PBD murid tahap 2
4.1.8.2 Sekolah diminta bersedia dari segi laporan, analisa dan yang berkaitan.
4.1.8.3 Beberapa cadangan anugerah dibentangkan seperti PdP Inovatif, Amalan
Terbaik, Panitia Terbaik, Buku/Fail RPH, Cemerlang PdP Grur, Cemerlang
Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum dan Cemerlang Pengurusan Latihan
murid.
4.1.9 Unit Pendidikan Islam
4.1.9.1 Tumpuan perlu diberikan kepada analisa pencapaian J-QAF, analisa
pencapaian UPKK sekolah, dokumentasi semua aspek pencapaian, pelan
intervensi dan tumpuan kepada pencapaian penguasaan dan khatam Al-
Quran.
4.1.10 USTP - Perhatian dan tindakan dari Puan Salbiah - DCS, Data Nilam, Pemilihan Anugerah
Tokoh Nilam dan Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Negeri Sembilan.
3
4.1.11 Untuk KSSR Semakan 2017 bagi subjek BI, guru yang berkenaan perlu melaksanakan
penataran didalam panitia.
4.1.12 Inovasi sekolah – panitia yang terlibat ialah Panitia Muzik (Kajian Tindakan) dan
Pendidikan Islam (Inovasi PdP). Bagi pilihan sekolah - Panitia Sains.
Tindakan: Panitia Muzik, Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Sains
4.2 PERANCANGAN STRATEGIK
4.2.1 GPK Kurikulum membentangkan Pelan Tektikal Kurikulum dan akan dikongsi kepada
semua guru.
4.2.2 2 isu diketengahkan – Perkembangan Staff, Bengkel Pembinaan Modul dan Bahan
Sokongan untuk subjek teras, Program PLC, latih tubi menjawab soalan (Persediaan
kepada Penilaian Sumatif dan Formatif, Program Mentor Mentee, HIP, Program
Kerohanian dan tarbiah untuk murid.
4.2.3 Program Mentor Mentee akan dilaksanakan bermula penggal kedua persekolahan,
dibawah unit Pemulihan.
Tindakan: Penyelaras Pemulihan Khas
4.2.4 Program Tarbiah untuk tahun 6 bagi 2021 tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya
berikutan dengan kekangan masa- tempoh bersemuka yang pendek.
4.2.5 Semua Ketua Panitia diminta merancang Pelan Operasi masing-masing berdasarkan
Pelan Tektikal Kurikulum
Tindakan: Semua Ketua Panitia
4.3 SKPMg2 LADAP diperingkat sekolah - oleh En Anuar Rahim, Pen Pegawai PPD unit menengah &
4.3.1 ting 6 pengurusan sekolah pada 14 Mac 2022.
Pencerapan dilakukan 2 kali setahun.
4.3.2
Makluman
4.4 PBPPP Perlantikan Jawatankuasa telah dibuat dan masih menunggu pengesahan dari PPD
4.4.1 untuk membuat senarai nama Pegawai Penilai dan Pegawai yang dinilai.
Semua guru sudah boleh menghantar borang keberhasilan bagi sesi pertama 2022
4.4.2 kepada Pegawai Penilai.
4.5 PAK21 Tindakan: Pegawai yang dinilai
4.5.1
Guru diminta untuk meneruskan usaha dan membuat penambahbaikan dalam
4.5.2 menerapkan elemen PAK 21 dalam pembelajaran dan persekitaran sekolah
4.5.3 Gunakan kaedah yang bersesuaian dengan keadaan endemik sekarang.
Guru boleh menggunakan komponen ICT yang bersesuaian dari sumber yang betul.
4.6 PLC
Makluman
4.6.1
4.6.2 Diharap PLC dapat membantu pedagogi guru.
Untuk tahun ini, semua panitia diberi kebebasan untuk menetapkan isu yang
4.6.3 bersesuaian mengikut ketetapan panita.
Tiada lagi penetapan tarikh kitaran, PLC boleh dilaksanakan bila-bila masa. Laporan
perlu dihantar kepada penyelaras PLC.
Tindakan: Ketua Panitia dan ahli panitia
4
4.7 KURIKULUM JADUAL WAKTU
4.7.1 4.7.1.1 Jadual waktu akan diedarkan dan berkuatkuasa pada 21.3.2022.
4.7.2 4.7.1.2 Waktu Bahasa Melayu dikekalkan 10 waktu, begitu juga Bahasa Inggeris.
4.7.3
4.7.4 Makluman
REKOD PENGAJARAN HARIAN
4.7.5 4.7.2.1 Semua guru diminta untuk menghantar Fail Rekod PdPc bersama dokumen
yang perlu, untuk tujuan semakan Guru Besar.
Tindakan: Semua guru
4.7.2.2 Guru diberi tempoh selama 1 bulan untuk melengkapkan fail tersebut.
4.7.2.3 Fail RPH nipis perlu dihantar setiap minggu dan akan disemak oleh barisan
pentadbir secara bergilir.
Tindakan: Semua guru
MMI
4.7.3.1 Jadual guru ganti disediakan untuk menggantikan guru yang tidak hadir.
4.7.3.2 Guru yang memohon CRK perlulah menyediakan tugasan untuk diberi ketika
guru tersebut bercuti.
4.7.3.3 Guru yang terlibat perlu memaklumkan ketidakhadiran dalam Kumpulan
Whatsapp RASMI sekolah sebelum jam 7.30 pagi.
Makluman
HIP
4.7.4.1 Pelaporan perlu dibuat selepas melaksanakan aktiviti HIP dan dihantar kepada
PPD.
Tindakan: Penyelaras HIP
4.7.4.2 Program yang dirancang mestilah berfokus kepada menanamkan minat dan
penguasaan warga sekolah terhadap Bahasa Inggeris.
4.7.4.3 Aktiviti yang dirancang perlulah bersesuaian dan pengisian mempunyai
banyak objektif dan matlamat seperti mana yang dicadangkan oleh Puan Guru
Besar.
4.7.4.4 Puan Guru Besar mencadangkan ucapan dan label-label disekolah dibuat
dalam dwi Bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Selaras dengan
matlamat asal HIP.
4.7.4.5 KP Bahasa Inggeris diminta membincangkan aktiviti yang bersesuaian dengan
HIP ini dalam mesyuarat panitia bersama dengan penyelaras HIP berkenaan
dengan program yang bersesuaian.
Tindakan: Penyelaras HIP dan KP BI
PROGRAM TAHUN 6
4.7.5.1 Terima kasih diucapkan kepada Penyelaras diatas perlaksanaan program
disepanjang tahun 2021.
4.7.5.2 Beberapa program tidak dapat dilaksanakan disebabkan kekangan waktu.
4.7.5.3 Untuk sesi 2022/2023 Perancangan untuk program Tahun 6 2022 akan
dibincangkan dalam Mesyuarat Program Tahun 6.
Tindakan : Penyelaras Tahun 6
4.7.5.4 Aktiviti berbentuk akademik, sahsiah, keagamaan dan riadah
5
4.7.6 PENGURUSAN PANITIA
4.7.6.1 Mesyuarat panitia perlu dilaksanakan 4kali setahun.
4.7.6.2 Setiausaha panitia diminta untuk mengemaskini Fail Panitia dan dokumen
mestilah 3 tahun semasa. (2020 hingga 2023)
4.7.6.3 Bincang dan selaraskan tentang Penyediaan RPT dan RPH, bilangan buku tulis,
penetapan jumlah latihan murid (minimum) dan sediakan senarai semak
latihan untuk setahun seperti nama, jenis dalam mesyuarat panitia.
4.7.6.4 Dicadangkan muka pertama buku tulis murid dibuat indeks seperti tarikh,
tajuk dan markah/gred.
4.7.6.5 PCG setiap mata pelajaran akan dibentangkan .
4.7.6.6 Panitia diminta untuk membincangkan peruntukan pembelian bahan dan
alatan yang diperlukan untuk tahun semasa semasa mesyuarat panitia bil 1
2022/2023.
Tindakan: Ketua dan ahli panitia
4.7.6.7 Aktiviti Bulan Panitia berjalan seperti biasa mengikut takwim 2022 dan perlu
ada kertas kerja dan laporan.
Tindakan: Ketua dan ahli panitia
4.7.6.8 Panitia juga diminta membuat analisis kekuatan dan kelemahan dan
penambahbaikan.
4.7.6.9 Ketua Panitia diminta membuat jadual pencerapan untuk ahli panitia.
4.7.6.10 Guru -guru yang telah menghadiri Panataran Kursus Semakan Tahun 6,
perlu membuat penataran dalam panitia masing-masing.
Tindakan: Guru yang terlibat
4.7.6.11 PDPC 2022, Pendidikan Sivik dan PKJR diteruskan seperti biasa.
Pendidikan Sivik dimulakan dengan nilai ‘kasih sayang’.
Makluman
4.7.7 PBD
4.7.7.1 PBD berlaku sepanjang perlaksanaan pdpc dalam apa jua bentuk sama ada
lisan bacaan atau tulisan.
4.7.7.2 Analisis PBD- hendaklah dibuat mengikut ketetapan dalam Panitia masing-
masing dan selaras antara ahli.
4.7.7.3 Penyelaras PBD akan membuat analisis 2 kali setahun dan analisa tersebut
mesti dibincangkan dalam setiap mesyuarat kurikulum dan panitia.
Tindakan: Penyelaras PBD
4.7.7.4 Dialog prestasi 2 kali dalam setahun mengikut takwim
4.7.7.5 Guru –guru hendaklah sentiasa bersedia dengan TP terkini dan direkod serta
perlu membuat intervensi terutama murid yang mencapai TP 1 & 2.
4.7.7.6 Pastikan maklumat PBD sampai kepada penjaga.
4.7.8 PENTAKSIRAN SUMATIF
4.7.8.1 Pentaksiran hanya melibatkan tahap 2 sahaja, secara dalaman dan mengikut
keperluan.
4.7.8.2 Pertaksiran boleh dilakukan samada sekali atau 2 sekali setahun.
Makluman
6
4.7.9 PENGURUSAN KELAS 2021
4.7.9.1 Penetapan guru kelas dan guru pembantu adalah mengikut keperluan tahun
semasa.
4.7.9.2 Bilangan kelas masih sama seperti tahun lepas.
4.7.9.3 Puan Guru Besar memaklumkan berkenaan dengan perjalanan program
transisi.
4.7.9.4 Beliau juga meminta guru penyelaras buku teks untuk mengedarkan buku teks
kepada murid tahun 1 pada minggu terakhir Program Transisi.
Tindakan: Guru Penyelaras SPBT
4.7.9.5 Program transisi akan berlansung selama 4 minggu dan taklimat berkenaan
dengan program ini akan disampaikan oleh GPK HEM dan dicadangkan pada
Jumaat, 18.3.2022.
4.7.9.6 Penyelaras Transisi diharap bersedia untuk pemantauan dari pihak PPDJJ.
Makluman
4.7.10 PELAKSANAAN CATCH UP PLAN 3 KPMPerkasaKU
4.7.10.1 Program ini melibatkan 4 matapelajaran teras iaitu Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik serta melibatkan murid tahun 2 hingga
murid tahun 4. Murid pemulihan dikecualikan.
4.7.10.2 Sasaran adalah murid TP1, TP2, TP3 dan yang tidak ditaksir.
4.7.10.3 Guru-guru matapelajaran sesi 2021/2022 perlu menyerahkan data
pentaksiran kepada guru matapelajaran bagi sesi 2022/2023 agar murid TP1
hingga TP3 serta murid cicir dapat dikenalpasti.
Tindakan: Semua guru matapelajaran
4.8 PEMULIHAN KHAS
4.8.1 Pentaksiran bagi tahap penguasaan murid pemulihan khas telah dijalankan pada Januari
2022 melibatkan murid tahun 1, dan murid pemulihan ( Tahun 2 hingga Tahun 5).
4.8.2 Murid tahun 1 yang terlibat adalah murid yang dicadangkan oleh guru matapelajaran
Tahun 1 dan pertaksiran dilaksanakan oleh Cik Hartini selaku guru pemulihan khas.
4.8.3 Bilangan murid pemulihan 2022:
Tahun 2:
Bahasa Melayu - 13 orang
Matematik - 8 orang
Tahun 3:
Bahasa Melayu - 9 orang (3Um (4 orang), 3ukm (3 orang), 3USM (2 orang)
Tahun 4:
Bahasa Melayu - 2 orang (4UM)
Tahun 5:
Bahasa Melayu - 1 orang (5UKM)
Tahun 6:
Bahasa Melayu - 1 orang (6USM)
4.8.4 3 murid dari 3USM dan seorang 3UM perlu mendapat bimbingan dari guru
matapelajaran kerana murid tersebut tidak lagi berada di kelas bimbingan.
4.8.5 Program intervensi yang telah dilaksanakan iaitu Membaca Intensif Pagi oleh guru
pemulihan dan Latih Tubi dalam kelas oleh guru matapelajaran
7
4.8.6 Program mylink - maklumat berkaitan dengan pemulihan. Semua guru boleh
menggunakan aplikasi tersebut.
4.9 LAPORAN PLC
4.9.1 Penyelaras mencadangkan PLC dilaksanakan sebanyak 3 kali setahun.
4.4.2022 hingga 15.4.2022 - Lesson Study
4.7.2022 hingga 15.7.2022 - Learning walk
3.10.2022 hingga 14.10.2022 - Teacher Sharing Session
4.9.2 Penyelaras berkongsi ciri-ciri PLC yang berkesan.
4.10 PEMBUGARAN PBD
4.10.1 Penyelaras menerangkan berkenaan dengan PBD kepada semua guru.
4.10.2 Jenis pentaksiran terbahagi kepada 2 iaitu Formatif dan Sumatif dan dilaksanakan
sepanjang masa.
4.10.3 Guru matapelajaran perlu merancang pdp dan menyediakan instrumen pentaksiran,
melaksanakan pdp,melaksanakan pentaksiran, merekodkan dan menganalisa
pentaksiran dan melaporkan tahap penguasaan murid.
4.10.4 PBD melibatkan semua matapelajaran.
4.10.5 Instrumen yang boleh digunakan semasa pentaksiran adalah latihan bertulis, kuiz, ujian
bulanan, penilaian kendiri atau penilaian rakan sebaya.
4.10.6 Penilaian perlulah dilakukan secara professional – pengetahuan, tanggungjawab
profesional, info murid dan pengalaman.
4.10.7 Analisis PBD semester 2 2021/2022 dibentangkan dan akan diberi kepada semua ketua
panitia : (rujuk lampiran)
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Puan Noorhayatie binti Sulaiman berkongsi link padlet RPT untuk tahun 1 hingga tahun 6 untuk semua
matapelajaran kecuali Bahasa Melayu.
5.2 Puan Razana memohon pertimbangan dari pihak pengurusan berkenaan dengan penggunaan jadual
waktu minima.
5.3 Puan Aspalela memberi respon berkenaan dengan perkara 5.2, beliau menyatakan bahawa pihak
pengurusan akan memperhalusi taburan waktu jadual guru.
6.0 PENUTUP Pengerusi berharap semua Pegawai Penilai dapat menghantar markah penilaian dengan
6.1.1 kadar segera.
Terima kasih juga kepada GPK Kurikulum, Puan Aspalela atas pembentangan bahagian
6.1.2 unit Kurikulum.
Beliau juga berharap semua guru dapat bersedia untuk kerja buat bidang Kurikulum bagi
6.1.3 sesi 2022/2023.
Mesyuarat Kurikulum bil 1 2022/2023 ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.
6.1.4
Disediakan oleh:
______________
(NOORHAYATIE BINTI SULAIMAN)
Setiausaha Kurikulum 2022
SK FELDA RAJA ALIAS 3
8