The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizah derahman, 2022-06-13 09:26:05

MINIT MESYUARAT AJK PIBG BIL 1

MINIT MESYUARAT AJK PIBG BIL 1

‫فرساتوان ايبو باف دان ضورو‬

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN CIKU TIGA

18000 GUA MUSANG
KELANTAN

MINIT MESYUARAT AJK PIBG BIL 1/2022

TARIKH : 01 JUN 2022

MASA : 9:00 PM

TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKC3

PENGERUSI : EN. IR ROSLI BIN DAUD

KEHADIRAN :

Penasihat : En Mohd Izuddin Bin Mohd Zain

Naib Yang Dipertua : En. IR Rosli bin Daud

Setiausaha : En Nik Azehar Bin Nik Mat

Bendahari : Pn Faridah Binti Talib

AJK Ibubapa AJK Guru

01 Che Naizah Bt. Ab Ghani 01 Pn. Kamariah Bt. Mohd Muji
02 Pn. Azlina Bt. Mahmmod 02 Pn. Rusnina Bt. Makhtar
03 M. Zuhaidi Bin Mohamad 03 Pn. Suriawaty Bt. Mat Sohor
04 En. Rusli Bin Hasbullah

HADIR BERSAMA Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Ko ko
01 Pn Rosilawati Bt. Ismail
02 En Azhar Bin Ahmad

TIDAK HADIR - Bersebab
-Bersebab
1. En Mohd Nasir Bin Ismail
2. Pn. Yusni Manjawati Bt Mohd Yusof
3. Pn. Zahra Bt Nani
4. Pn. Fauziah Bt Ibrahim
5. Pn. Che Nor Azizah Bt Che Ali

1

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
01 Ucapan YDP/NYDP
02 Ucapan Guru Besar
03 Laporan Kedudukan kewangan
04 Penetapan Tarikh mesyuarat Agung sesi 2022/2023
05 Program PIBG sesi 2022/2023
06 Pertukaran Tandatangan Bank
07 Hal-hal lain

Agenda

01 Ucapan YDP/NYDP

1.1 Memulakan majlis dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah dan berterima kasih
kepada semua yang terlibat iaitu Guru Besar, semua pentadbir dan semua ajk
ibubapa dan ajk guru yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat kali
pertama.

1.2 Pengerusi memaklumkam bahawa Yang Dipertua menyampaikan salam dan meminta
maaf tidak dapat Bersama-sama dalam mesyuarat kerana ada urusan yang tidak
dapat dielakan.

1.3 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan sesi taaruf bersama dengan ajk agar
mesyuarat menjadi lebih mesra dalam suasana damai.

1.4 Pengerusi berharap semoga mesyuarat dapat berjalan dengan lancar dan mencapai
kata sepakat dan keputusan yang terbaik dalam memastikan Kerjasama ibubapa dan
pihak sekolah berjalan lancar.

02 Ucapan Guru Besar

2.1 Guru Besar memulakan ucapan dengan sesi taaruf memandangkan ini kali pertama
sesi mesyuarat bersemuka boleh dilaksanakan.

2.2 Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan
masa dan komitmen hadir ke mesyuarat kali pertama dan berharap agar jumlah
kehadiran ajk untuk sesi berikutnya lebih ramai untuk berbincang dan menyumbang
idea dalam menjadikan SKC3 lebih cemerlang.

2.3 Guru Besar memaklumkan tujuan PIBG diwujudkan seperti mana yang terkandung
dalam perlembagaan Persatuan Ibubapa dan Guru yang telah diwartakan pada 26
Mac 1998, bagi membantu pihak sekolah mengurus Persatuan Ibubapa- Guru dengan
betul mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan (Sub peraturan 7(2).

2.4 Guru Besar berharap agar Persatuan Ibubapa-Guru Sk Ciku Tiga bersama-sama
membantu pihak sekolah dalam menjadikan Sk Ciku Tiga terus cemerlang dan beliau

2

berharap sumbangan kepakaran dan idea dari semua ajk sangat diperlukan dan pihak
sekolah sentiasa membuka pintu untuk sebarang cadangan dan idea.

03 Laporan Kedudukan kewangan

3.1 Bendahari melaporkan secara ringkas kedudukan semasa kewangan PIBG sehingga

31 Mei 2022( CIMB )

Perkara

01 Dalam Akaun RM5,953.12

02 Dalam Tangan RM272.00

Jumlah RM6,225.12

04 Penetapan Tarikh mesyuarat Agung sesi 2022/2023

4.1 Guru Besar memaklumkan bahawa Mesyuarat Agong untuk sesi 2022 perlu
dilaksanakan sebelum 30 jun 2022 berdasarkan surat arahan dari Pejabat Pendidikan
Daerah bertarikh : 17 Januari 2022. Rujukan Kami:JPKn/SPS/USR.100-10/4(60)

4.2 Guru Besar mencadangkan tarikh Mesyuarat Agong dijalankan pada 22 JUN 2022 iaitu
pada hari Rabu pada sebelah petang. Semua ahli mesyuarat bersetuju cadangan
tarikh tersebut.

4.3 Pengerusi mencadangkan untuk perasmian Mesyuarat Agong Sesi 2022 menjemput
Yang Berhormat Tuan Hj Amran Bin Ariffin sebagai perasmi mesyuarat. Semua ahli
mesyuarat bersetuju cadangan dari pengerusi.

4.4 Guru Besar turut mencadangkan agar Mesyuarat Ajk kali Kedua perlu diadakan
selepas cuti penggal pertama. Cadangan Mesyuarat Ajk bersetuju dilaksanakan pada
13 Jun 2022 pada sebelah malam pada jam 8:30 pm. Semua ajk bersetuju.

05 Program PIBG sesi 2022/2023

5.1 Guru Besar memaklumkan kepada Ajk PIBG cadangan program-program
terdekat yang bakal dilaksanakan antara lain:

3

5.1.1 Naik Taraf Pra Sekolah akan dilaksanakan secara gotong royong
Bersama dengan ibubapa. Cadangan tarikh akan dimaklumkan
kemudian.

5.1.2 Gotong Royong memotong pokok di sebelah Pra sekolah. Cadangan
Tarikh pada 03 Jun 2022 iaitu pada hari Jumaat.

5.2 Program -program seterusnya akan dimaklumkan kepada Ajk mengikut
keperluan-keperluan semasa yang difikirkan perlu.

06 Pertukaran Tandatangan Bank

6.1 Guru Besar memaklumkan kepada sidang mesyuarat berkaitan dengan
pertukaran tandatangan cek perlu memandangkan Setiausaha PIBG En. Azmizi
telah berpindah tempat bertugas.

6.2 Guru Besar memaklumkan perlantikan baru Setiausaha PIBG bagi sesi
2022/2023 menggantikan pemangku Setiausaha lama yang juga telah
berpindah ke sekolah baru iaitu En Nik Azehar Bin Nik Mat.

6.3 Maklumat Setiausaha baru seperti berikut:
Nama :Nik Azehar Bin Nik Mat
No. KP : 720818-03-5281

6.4 Semua ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju atas perlantikan Setiausaha
Persatuan Ibubapa-Guru yang baru.

07 Hal-hal lain

7.1 En Rosli Hasbullah mencadangkan agar perlantikan Ajk dikalangan orang
perseorangan yang berpengaruh dalam masyarakat seperti penghulu, ketua
blok, ahli perniagaan dan lain-lain bagi memudahkan pihak sekolah dan PIBG
berurusan dengan penduduk dan warga felda.

7.2 Guru Besar mencadangkan agar menutup akaun pibg (CIMB) memandangkan
kedudukan Bank CIMB terlalu jauh dan membuka akaun baru untuk kewangan
PIBG yang ada disekitar Bandar Gua Musang. Semua Ahli Mesyuarat bersetuju
sebulat suara.

4

7.3 Pengerusi mencadangkan diwujudkan 2 akaun untuk PIBG iaitu Akuan untuk
Sumbangan Ibubapa dan Akaun Sumbangan luar. Semua Ahli bersetuju.

7.4 Pengerusi mencadangkan pembukaan Akaun 1 untuk sumbangan ibubapa
menggunakan khidmat Bank Rakyat dan untuk Akaun 2 menggunakan Bank
Muamalat. Semua Ahli Mesyuarat Bersetuju sebulat suara.

7.5 Guru Besar memaklumkan beberapa program-program sekolah yang bakal
dilaksanakan sepanjang sesi 2022/2023 antara lain seperti berikut:

7.5.1 Sekolah Ciku Tiga telah terpilih untuk program TS25 dan beberapa
program yang menjurus kepada TS25 telah dirancang dan bakal dilaksanakan
seperti: “ SALAM, SENYUM,TUNDUK” (SST), ZERO SAMPAH dan banyak lagi
program-program bakal dilaksanakan untuk projek TS25.

7.5.2 Projek khas untuk program TS25 bagi Sk Ciku Tiga ialah dalam bidang
ko Akademik iaitu “ PROGRAM KESENIAN DAN KEBUDAYAAN’’

7.6 Guru Besar memaklumkan kepada sidang pembinaan Tugu TS25 sebagai
simbolik kepada program TS25.

7.7 Guru Besar juga memaklumkan kepada sidang berkaitan sumbagan dari Yang
Berhormat sebanyak RM 4,800.00 telah dikreditkan ke akaun pibg untuk
menaiktaraf sistem pembesar suara sekolah.

7.8 Guru Besar memaklumkan berlaku rombakan berulang kali pada jadual waktu
murid, ini disebabkan timbul isu berkaitan dengan beg sekolah. Perubahan
berlaku atas arahan dari JPN.

7.9 Guru Besar memaklumkan tentang arahan matapelajaran yang dibenarkan
oleh pihak kpm hanya 3 dan 4 subjek sahaja dalam sehari bagi menanggani
masalah beg berat murid.

7.10 Guru Besar juga memaklumkan tentang program-program yang bakal
dilaksanakan sepanjang tahun dan memerlukan bantuan kewangan dari PIBG
antara lain seperti, merentas desa, perkhemahan unit beruniform, sambutan
bulan kemerdekaan dan lain-lain lagi.

5

7.11 Beliau juga memaklumkan tentang kerusi dan meja yang baru diterima untuk
penggunaan di kantin sekolah.

7.12 Guru Besar memaklumkan tentang sumbangan 3 khemah untuk sekolah telah
disumbangkan oleh YDP sendiri dan 2 khemah sumbangan dari pibg.

7.13 Guru Besar bertanya tentang kadar sumbangan pibg RM10.00 setiap murid
perlu dinaikan atau dikekalkan. Semua bersetuju dikekalkan.

7.14 Guru Besar memaklumkan tentang sumbangan penapis air cuckoo yang telah
dipasang adalah sumbangan dari ayah Ustaz Nazizi dan pihak sekolah
memohon satu lagi penapis air dari pibg untuk kegunaan murid tahap 2.

7.15 Guru Besar memaklumkan juga tentang kehadiran murid ke sekolah selepas
covid 19 amat mendukacitakan. Pihak sekolah mencadangkan agar ajk pibg
dan pihak sekolah bersama-sama melakukan ziarah cakna ke rumah pelajar
untuk mengetahui sebab ketidakhadiran ke sekolah.

7.16 Guru Besar memaklumkan juga tentang keadaan kelas yang banyak rosak dan
perlu diperbaiki. Beliau meminta jasa baik dari pibg untuk menyalurkan sedikit
sumbangan kepada guru kelas untuk projek keceriaan kelas.

7.17 Guru Besar memaklumkan tentang penggunaan tali leher untuk pelajar lelaki
akan dilaksanakan dan memerlukan persetujuan dari ajk untuk dipanjangkan
kepada semua ibubapa. Semua ahli pibg bersetuju penggunaan pemakain tali
leher untuk semua murid lelaki.

7.18 Guru Besar memaklumkan tentang sumbangan pasu bunga daripada peneroka
untuk projek keceriaan sekolah dan perkara ini dalam pengetahuan pengerusi
felda.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.11 pm

Disediakan oleh: Disemak oleh:
…………………………. ………………………..
Nik Azehar Bi Nik Mat
Su PIBG SKC3

6

MAKLUM BALAS M

Nama Mesyuarat :
Tarikh :
Tempat :

M/S Para Perkara Tindaka

7

MINIT MESYUARAT
an Maklum balas

7


Click to View FlipBook Version