The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MAKTABAH DIGITAL PSS BAITUL HIKMAH, 2024-01-09 22:03:39

HIMPUNAN DOA HADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH

Himpunan MENGHADAPI DOA DUGAAN DAN MUSIBAH PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN


HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH © Hak cipta terpelihara. Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan daripada buku ini termasuk artikel, ilustrasi dan foto dalam apa jua bentuk sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Cetakan Pertama: 2021 ISBN 9789671979747 Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH / PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN. ISBN 978-967-19797-4-7 1. Islam--Prayers and devotions. 2. Prayer--Islam. 3. Islam--Customs and practices. 4. Government publications--Malaysia I. Malaysia. Jabatan Perdana Menteri. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 297.3824 Diterbitkan oleh: PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN Jabatan Perdana Menteri Aras 5, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia Dicetak oleh: ONE TOUCH CREATIVE SDN BHD No 3, Jalan 3/10, Pusat Perniagaan Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan 012-3146246 [email protected] www.percetakan.com.my


HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH i HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH i PRAKATA Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad , seluruh ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in serta mereka yang setia mengikuti perjuangan Baginda sehingga hari Kiamat. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, pihak kami berjaya menyempurnakan penulisan buku “Himpunan Doa Menghadapi Dugaan Dan Musibah”. Tercetusnya ilham untuk menghasilkan buku ini adalah berteraskan daripada tiga fokus utama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) iaitu kefatwaan, keilmuan dan kemasyarakatan. Bertitik tolak daripada itu, PMWP melaksanakan pelbagai usaha untuk mendidik serta memberikan kefahaman berkaitan hukum Islam kepada masyarakat. Suasana negara pada hari ini menyebabkan kebanyakan masyarakat berada dalam keadaan yang penuh kebimbangan dan hilang fokus dalam meneruskan kehidupan masing-masing. Maka buku kecil ini dihasilkan bagi memberikan sedikit pedoman dan panduan kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia agar teruskan berusaha dan bertawakal kepada Allah dalam segenap aspek kehidupan kelak. Dalam buku ini kami telah kongsikan beberapa doa-doa menghadapi wabak yang mudah untuk dibaca dan dihafal oleh semua lapisan masyarakat Islam di negara ini. Dengan izin Allah , kami berjaya menyiapkan kerja-kerja penulisan dan penerbitan buku ini secara bersama. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga PMWP di atas pencapaian yang amat memberangsangkan ini. Sumbangan terbaik yang perlu diberikan oleh seseorang Muslim ialah sumbangannya dalam menyebarkan agama Allah yang mulia. Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian dengan berlipat kali ganda.


ii HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH ii Akhir kata, pihak kami amat berharap agar sumbangan ilmiah sebegini mampu menjadi panduan serta bimbingan kepada umat Islam di Malaysia. Pada masa yang sama, kami juga percaya bahawa naskhah ini turut berpotensi untuk menjadi rujukan yang bermanfaat pada masa akan datang. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. Wallahua’lam. Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Haji Abdullah Mufti Wilayah Persekutuan


HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH iii HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH iii MUKADIMAH ِ ِيم َّح ٰ ِن الر َ َّ ْح ِ الر َّ الل ِم ْ ِس ب Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah atas segala limpahan kurniaan nikmat-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad serta seluruh ahli keluarga dan para sahabat Baginda . Pertama sekali, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kepada Allah kerana Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah berjaya menyiapkan satu buku ringkas yang menghimpunkan doa-doa menolak bala berdasarkan syariat Islam. Memandangkan sekarang ini seluruh dunia masih berada dalam suasana wabak pandemik maka penghasilan buku ini adalah untuk memberi sedikit panduan kepada masyarakat Islam agar sentiasa berdoa dan bermunajat kepada Allah supaya segala wabak serta kesulitan segera diangkat oleh-Nya. Islam mengajar umatnya untuk sentiasa bertawakal kepada Allah serta sedaya upaya berusaha terhadap sesuatu perkara yang hendak dicapai. Oleh itu, doa merupakan salah satu bentuk tawakal di samping pelbagai usaha dilakukan bagi mengekang wabak pandemik ini dari terus merebak. Allah menggalakkan umat-Nya untuk sentiasa memohon doa kepada-Nya nescaya Allah akan memakbulkan doa itu. Perkara ini sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya:


iv HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH iv َ ُون ِب ۡ َك ۡ ت َس َ ي ِين َّ َّ ٱل ِن إ ۚ ۡ م ُ َك ۡ ل ِجب َ ت ۡ س َ ٓ أ ُ ِون ۡع ُ ٱد م ُ ُّك ب َ َ ر َال ق َ و َ ِين َ ِ اخر َ د م َّ ن َ َه َ ج ون ُ ل ُ ۡخ َد ي َ ِت س َ َاد ۡ ِعب َن ع Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: ‘Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan permohonan doa kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina’.” Surah Ghafir (60) Bahkan, dalam satu hadis Nabi bersabda bahawa “Doa merupakan suatu ibadah.” Maka doa adalah suatu bentuk pengharapan dan permohonan seorang hamba kepada Allah . Hakikatnya, doa merupakan manifestasi pengharapan kepada-Nya serta pelepasan diri daripada keupayaan dan kekuatan. Ia merupakan satu bukti penghambaan kepada-Nya dan tanda kerendahan diri manusiawi. Doa juga adalah satu bentuk pujian kepada Allah serta penyandaran sifat kemurahan dan kemuliaan kepada-Nya. Diharapkan buku himpunan doa-doa menolak bala ini boleh menjadi pedoman dan rujukan kepada seluruh lapisan masyarakat Islam di Malaysia. Buku ini memudahkan masyarakat untuk memilih dan mengamalkan doa-doa menolak bala. Pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mendoakan agar semua lapisan masyarakat sentiasa diberikan kesihatan yang baik oleh Allah dan dipermudahkan segala urusan kehidupan terutamanya ketika wabak pandemik ini.


HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH v HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH v PENGENALAN Perkataan doa berasal daripada bahasa Arab iaitu ( ) yang bermaksud seru dan panggil. Al-Khattabi (m.388H) menjelaskan doa adalah permohonan bantuan dan rintihan seorang hamba kepada Tuhan.1 Selain itu, doa merupakan satu wasilah untuk menzahirkan kebergantungan seorang hamba dan penyerahan jiwa sepenuhnya kepada Allah . Doa juga merupakan ibadah, hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Nu’man bin Bashir bahawa Nabi bersabda: ُ َة َاد ب ِ ْع َ ال ُو َ ه َاء ُّ الدع ن َّ ِ إ Maksudnya: “Sesungguhnya doa itu adalah ibadah.”2 Bahkan Allah berfirman: ِت َ َاد ۡ ِ عب َن َ ع ُون ِب ۡ َك ۡ ت َس َ ي ِين َّ َّ ٱل ِن إ ۚ ۡ ُ م َك ۡ ل ِجب َ ت ۡ س َ ٓ أ ُ ِون ۡع ُ ٱد ُ م ُّك ب َ َ ر َال ق َ و َ ِين َ ِ اخر َ د م َّ ن َ َه َ ج ُون ل ُ ۡخ َد ي َ س Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: ‘Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina’.”3 1 Abu Sulaiman, Hamad bin Muhammad (1992), Sha’n al-Du’a, ed. Ahmad Yusuf al-Daqqaq, Mesir: Dar al-Thaqafah al-‘Arabiyah, hlm.4. 2 Riwayat Ahmad (19352), Abu Abdullah, Ahmad bin Hanbal (2001), al-Musnad, ed. Sheikh Shu’aib al-Arnaut, Beirut: Muassasah al-Risalah, j.30 hlm.298. 3 Surah Ghafir, (60). دعا


vi HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH vi Ibn Kathir (m.774H) menjelaskan ayat di atas adalah tanda kemuliaan Allah yang akan memperkenankan segala permohonan yang dipanjatkan oleh hamba-Nya.4 Sufyan al-Thauri berkata: ِ ِه َاد ب ِ َ ُض ع غ ْ ْ أَبـ َن َ م َي ، و ُ َالَه ُؤ َ س ر َ َأَ ْكثـ ُ ف أَلَه َ ْ س َن ِ م ه ْ لَي ِ ِ إ ِه َاد ب ِ ب ع ُّ َ ْ أَح َن َ م ي ِ َ ّب َ ر َك ي ُ ر ْ َك َ غيـ ِ َ َ ك َذل َد َ أَح ْس لَي َ ُ و ْه أَل ْ َس ْ ي ْ َ ل َن ِ م ه ْ لَي ِ إ Maksudnya: “Wahai Tuhan yang bagi-Nya hamba-hamba-Nya yang paling dicintai ialah orang yang banyak meminta kepada-Nya. Wahai Tuhan yang bagi-Nya hamba-hamba-Nya yang paling dibenci ialah orang yang tidak pernah meminta kepada-Nya. Tiada seorang pun yang setara dengan Engkau.”5 Justeru doa adalah ibadah yang tidak boleh ditinggalkan dan mempunyai adab-adab yang perlu diikuti ketika berdoa, antaranya: 1. Berdoa dengan penuh ikhlas dan tulus kerana doa ialah ibadah. 2. Berdoa dengan bersungguh-sungguh. 3. Tidak berdoa perkara-perkara yang membawa kepada dosa seperti berdoa memutuskan silaturahim dan sebagainya. 4. Berdoa dengan penuh yakin dan hati yang tenang. 5. Memulakan doa dengan memuji Allah dan selawat keatas Baginda Nabi . Begitu juga ketika akhir doa. 6. Menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang haram. Hal ini kerana maksiat adalah sebab terhijabnya doa. 7. Istiqamah dalam mentaati Allah serta memperbanyakkan melakukan amal soleh. 8. Tidak tergesa-gesa dan memaksa Allah memperkenankan doanya. 4 Abu al-Fida, Ismail bin Umar (1998), Tafsir al-Quran al-‘Azim, ed. Muhammad Husain Syamsuddin, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah, j.7 hlm.139. 5 Ibid.


HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 1 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 1 DOA 1 ِ وء ُ َس ِ و َاء ِ َّ الشق ْك َر د َ ِ و ََلء ِ الب ْد َه ْ ج ِن ِ َك م ب ُ ُوذ ّن ِ أَع ِ َّ إ م ُ ه َّ الل ِ ال َ َو ْ ز ِن ِ َك م ب ُ ُوذ ّن ِ أَع ِ َّ إ م ُ ِ الله َاء ْد ِ األَع َة َات َ َش ِ و َ َضاء الق ِ َك َط َخ ِ ِ يع س َ َج ِ َك و ت َ ْم ق ِ ِ ن ة َ َاء ج ُ ف َ ِ َك و ت َ ي ِ َاف ِل ع و َُّ َت َ ِ َك، و ت َ ْم ع ِ ن ِ َني ِم ال َّ َ الظ ِن ت م ُ ْ ّن ِ ُ كن ِ َ َك إ َان ْح ب ُ ْ َت س َِّ أَن َ إل لَه ِ َل إ Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ujian yang berat, ditimpa kecelakaan, buruknya takdir dan kegembiraan para musuh (atas ujian dan kecelakaan yang menimpaku). Ya Allah, aku juga berlindung kepada-Mu daripada hilangnya nikmat yang Engkau berikan, berubahnya kesihatan yang Engkau kurniakan, daripada bala bencana yang datang secara tiba-tiba serta daripada segala perkara yang Engkau murkai. Tiada tuhan melainkan Engkau dan sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang yang zalim.”6 6 Riwayat Muslim (2739) dan Abu Daud (1545), Surah al-Anbiya (87). Doa ini sesuai untuk dibaca selepas menunaikan setiap solat fardu lima waktu. Doa ini dibaca memohon agar dijauhkan daripada bala bencana.


2 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 2 DOA 2 َل ِف َ ْ ِض و ِف اْلَر ٌ ء ْ ِ َشي ِه ْـم َ اس َع م ُّ ضر ُ َ ِي َل ي ذ َّ ِ ال َّ الل ِم ْ ِس ب ُ ِيم ل َ ْع ُ ال ِيع السم َّ َ و ُ َه ِ و َاء السم َّ Maksudnya: “Dengan nama Allah yang mana dengan nama-Nya sesuatu yang berada di bumi dan di langit tidak boleh mendatangkan mudarat. Dia Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”7 DOA 3 ٍ َْي َ ع َة ف ْ َر ِ ي ط ْس ف َ َِل نـ ْلِن إ ِ َك ََل ت ُو ف ْج َ َك أَر ت َ َ ْح ر َّ م ُ ه َّ الل ْ َت ل أَن َِّ َ إ لَه ِ ُ َ ل إ ه َّ ُ كل ِْن شأ ْ ِ ل َ ِح ل ْ أَص َ و Maksudnya: “Ya Allah, dengan rahmat-Mu aku berharap. Janganlah Engkau biarkan urusanku pada diriku sendiri walau sekadar sekelip mata dan perbaikilah seluruh urusanku. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.”8 7 Riwayat Abu Daud (5088) & Ibn Majah (3869). Nabi bersabda (maksudnya): “Sesiapa yang membaca doa ini pada waktu pagi dan petang setiap hari, tiada yang boleh mendatangkan mudarat kepadanya.” 8 Riwayat Abu Daud (5090). Doa ini dibaca untuk memohon kepada Allah agar dikurniakan bantuan dari-Nya demi menghadapi bencana dan kesusahan.


HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 3 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 3 DOA 4 ،ِ ِه ََلَك ب ت ْ َّا ابـ ِ َ ِان م َاف ِي ع ذ َّ ِ ال َّ ل ِ ُ ْد م َ احل ًيل ْ ِض ف َ َ تـ َق ل َ ْ خ ن َّ ِ ِ ٍري م َ َى كث ل َ َِن ع ضل َّ َ ف َ و Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku daripada ujian yang telah ditimpakan ke atas kamu(pesakit) dan mengurniakan kepada aku banyak kelebihan atas orang-orang yang telah Dia ciptakan.” 9 9 Riwayat al-Tirmizi (3431). Doa ini dibaca semasa bertemu dengan seseorang yang ditimpa ujian ke atasnya untuk memohon kepada Allah agar dijauhkan daripada keburukan.


4 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 4 DOA 5 ُ ُوذ أَع َ ِي و ّ د َ ر َّ َ التـ ِن ِ َك م ب ُ ُوذ أَع َ ِ و َْدم َ اهل ِن ِ َك م ب ُ ُوذ ّن ِ أَع ِ َّ إ م ُ ه َّ الل َِن َّط ب َ َخ ت َ ِ َك أَ ْن يـ ب ُ ُوذ أَع َ ِ و م َ ر َ ا ْل َ ِق و َ ر َ ا ْل َ ِق و َ َر ْغ َ ال ِن ِ َك م ب ِ َك ِيل ب َ وت ِ ف س َ ُ ِ َك أَ ْن أَم ب ُ ُوذ أَع َ ِت و ْ َو ْم َ ال ْد ن ِ ان ع ُ َ ْط َّ الشي ا ً ِيغ وت لَد َ ُ ِ َك أَ ْن أَم ب ُ ُوذ أَع َ ًا و ِر ُ ْدب م Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada musibah keruntuhan bangunan (ke atas diriku). Aku berlindung dengan-Mu daripada bencana jatuh dari tempat yang tinggi. Aku berlindung dengan-Mu daripada bencana banjir lemas, kebakaran dan keburukan pada usia terlalu tua. Aku berlindung dengan-Mu daripada tipu daya dan gangguan syaitan ketika kematianku. Aku berlindung dengan-Mu daripada kematian ketika melarikan diri dari jalan-Mu (jihad). Aku berlindung dengan-Mu daripada kematian disebabkan sengatan haiwan berbisa.”10 10 Riwayat Abu Daud (1552), al-Nasa’i (7917) dan Ahmad (15523). Doa ini dibaca untuk memohon perlindungan daripada musibah dan bencana.


HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 5 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 5 DOA 6 ْ َت َط َس َا ب ِم ِ َض ل َاب َّ َ ل ق م ُ ه َّ ُ الل ه ُّ ُ ُ كل ْد م َ َّ لَ َك ا ْل م ُ ه َّ الل ْ َت ب َّ ر َ َا قـ ِم َ ل ِد َاع ب ُ َل م َ َ ْد َت و َع َا ب ِم ِ َب ل ّ َر ق ُ َل م َ و ْ َت َي ْط َا أَع ِم َ ل ِع َان َل م َ ْ َت و ع َ نـ َ َا م ِم َ ل ِي ْط ع ُ َل م َ و Maksudnya: “Ya Allah, segala puji bagi-Mu atas segalanya, ya Allah, tiada yang menahan apa yang Engkau lepaskan, dan tiada yang boleh mendekatkan orang yang Engkau jauhkan, dan yang boleh menjauhkan orang yang Engkau dekatkan, dan tiada yang boleh memberi orang yang telah Engkau halang dan tiada yang boleh menghalang orang yang Engkau berikan.”


6 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 6 DOA 7 ِ َك ْق ِرز َ ِ َك و َ ْضل ف َ ِ َك و ت َ َ ْح ر َ ِ َك و َكات َ ر َ ْ بـ ِن َا م ن ْ َيـ ل َ ُ ْط ع ْس َّ اب م ُ ه َّ الل ول ُ ُ ـز َ َال ي ول و ُ ُ ِ َي ل َ ي ذ َّ َ ال ِيم ق ُ ْم َ ال ِيم ع ُ َك النَّ أَل ْ ّن ِ أَس ِ َّ إ م ُ ه َّ الل Maksudnya: “Ya Allah, mudahkanlah ke atas kami daripada keberkatanMu, rahmat-Mu, kelebihan-Mu dan rezeki-Mu. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu nikmat yang berkekalan yang tidak hilang dan berterusan.”


HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 7 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 7 DOA 8 ِب ْ ر َ َ ا ْل م ْ و َ َ يـ ْن اْلَم َ ِ و َة ل ْ يـ َ ْع َ ال م ْ و َ َ يـ ِيم ع ُ َك النَّ أَل ْ ّن ِ أَس ِ َّ إ م ُ ه َّ الل َّا ن ِ ْ َت م ع َ نـ َ َا م ِ م ّ َ َشر َا و ن َ تـ ْ َيـ ْط َا أَع ِ م وء ُ ْ س ِن ِ َك م ذا ب ً ِ َائ َّ ع م ُ ه َّ الل َ ْر ْ ُكف َا ال ن ْ لَيـ ِ ْ إ ِه ّ َكر َ َا و وبِن ُ ل ُ ِ ف قـ ُ ْه ن ِ ّ ي َ ز َ ان و َ َ ْم ِيـ َ ْ ا ال ن ْ لَيـ ِ ِ ْب إ ّ ب َ ح َّ م ُ ه َّ الل َا ن َّ فـ َ و َ َّ تـ م ُ ه َّ َ. الل ِين ِد َّاش َ الر ِن َا م ْلن َ ْع َاج ان و َ َ ْصي ِ ْع ال َ ُ َوق و ُس ْف ال َ و َ َاي َز َ خ ر ْ َني َ غيـ ِِ لصال َ ِ ا ب َّ ْن ْ ِ ـحق أَل َ ِ َني و ِم ل ْ ُس َا م ِن ي ْ أَح َ ِ َني و ِم ل ْ ُس م َني ِ ون ُ ْت ف َ َل م َ و Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu nikmatnikmat pada hari perhimpunan dan keamanan pada hari peperangan. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Engkau berikan kepada kami dan daripada keburukan yang telah Engkau larang terhadap kami. Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada iman, hiasilah hati kami dengannya dan jadikanlah kami benci terhadap kekufuran, kefasikan serta kemaksiatan dan jadikanlah kami daripada kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk. Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan Islam, hidupkanlah kami dalam keadaan Islam, turutkanlah kami mengikut jejak langkah orang-orang soleh, bukan dalam keadaan hina mahupun difitnah.” 11 11 Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (259). Doa ini bersumberkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan ia dibaca oleh Rasulullah semasa Baginda dan tentera-tentera muslimin yang lain berada di medan Perang Uhud. Doa no 6, 7 & 8 adalah antara doa yang boleh dibaca untuk memohon agar dipermudahkan urusan dalam menghadapi ancaman dan ujian.


8 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 8 DOA 9 ت ُ ْ ِم ل َ َا ع ِ م ه ِ ِ ل َآج ِ و ه ِ ِ ل َاج ِ ع ه ِ ِ ُ كلّ ْ َي َ ْ ال ِن ُ َك م أَل ْ ّن ِ أَس ِ َّ إ م ُ ه َّ الل ِ ه ِ ِ ل َآج ِ و ه ِ ِ ل َاج ِ ع ه ِ ِ ُ كلّ ّ َ َّ الشر ِن ِ َك م ب ُ ُوذ أَع َ ْ و َم ْل ْ أَع َ َ ا ل م َ و ُ ْه ن ِ م َا ِ م ْ َي ْ خ ِن ُ َك م أَل ْ ّن ِ أَس ِ َّ إ م ُ ه َّ ْ الل َم ْل ْ أَع َ َ ا ل م َ و ُ ْه ن ِ ت م ُ ْ ِم ل َ َا ع م ُ َك ْد ب َ ِ ع ِه َ َ اذ ب َا ع ِ م ّ شر َ ْ ِن ِ َك م ب ُ ُوذ أَع َ ُّ َك و ِي ب َ ن َ ُ َك و ْد ب َ أَلَ َك ع َ س ْ ٍل أَو ْ و َ ْ قـ ِن َا م ه ْ لَيـ ِ َّ َب إ ر َ َا قـ م َ َ و ة َّ ن َ ُ َك ْ ال أَل ْ ّن ِ أَس ِ َّ إ م ُ ه َّ ُّ َك الل ِي ب َ ن َ و ٍل َ َم ْ ع ٍل أَو ْ و َ ْ قـ ِن َا م ه ْ لَيـ ِ َّ َب إ ر َ َا قـ م َ َ النَّ ِار و ِن ِ َك م ب ُ ُوذ أَع َ ٍل و َ َم ع ا ً ر ْ َيـ ِ ل خ ُ َه ت ْ َ َضيـ ٍ ق َ َضاء َ ُ ك َّل ق َل ْع ُ َك أَ ْن َ ت أَل ْ أَس َ و Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu segala kebaikan yang disegerakan (hampir) dan yang masih tertunda (jauh), sama ada yang aku tahu dan yang aku tidak tahu. Aku berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan dan keburukan yang disegerakan dan yang masih tertunda, sama ada yang aku tahu dan yang aku tidak tahu. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu segala kebaikan yang dimohon oleh hamba dan Nabi-Mu Muhammad . Aku berlindung dengan-Mu daripada segala keburukan yang hamba dan Nabi-Mu Muhammad memohon perlindungan daripadanya. Ya Allah, aku memohon kepadaMu syurga dan segala yang mendekatkan aku kepadanya, sama ada perkataan mahupun perbuatan. Aku berlindung kepada-Mu daripada neraka dan segala yang mendekatkan aku kepadanya, sama ada perkataan mahupun perbuatan dan aku memohon agar Engkau jadikan semua takdir yang Engkau tentukan dengan kebaikan.”12 12 Riwayat Ibn Majah (3846) dan Ahmad (25019). Doa ini sesuai dibaca selepas solat demi memohon kebaikan dan menolak keburukan.


HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 9 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 9 DOA 10 ً َة ن َ َس ِ ح ة َ ِر ِف ْ الخ َ و ً َة ن َ َس َا ح ي ْ َ ِ ا ف ُّ الدنـ ن ِ َا آت ن َّ بـ َ ر اب النَّ ِار َ َذ َ َا ع ن ِ ق َ و Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat serta perliharalah kami daripada azab api neraka.”13 DOA 11 ِز ْ َج ْع ْ ال ِن ِ َك م ب ُ ُوذ أَع َ ِ و َن ز َ ا ْل َ ِ و ّ م َ ْ ا ْل ِن ِ َك م ب ُ ُوذ ّن ِ أَع ِ َّ إ م ُ ه َّ الل ِ ة َ َب ْ َ غل ِن ِ َك م ب ُ ُوذ أَع َ ُ ْخِل و ْب ال َ ِ و ُْب ْ ْ ال ِن ِ َك م ب ُ ُوذ أَع َ ِل و َ ْ َكس ال َ و ِال َ ِج ّ ِر الر ْ ه َ قـ َ ِن و ْ َّ الدي Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas. Aku berlindung dengan-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia.”14 13 Surah al-Baqarah (201). Doa untuk memohon agar dikurniakan kebaikan dunia dan akhirat. 14Riwayat Abu Daud (1555). Doa ini dibaca demi memohon agar dijauhkan daripada kesulitan.


10 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 10 DOA 12 ْ ِن م َ ِ و ء ْ ِ َّ السو َة ل ْ ْ لَيـ ِن م َ ِ و ء ْ السو َّ ِ م ْ و َ ْ يـ ِن ِ َك م ب ُ ُوذ ّن ِ أَع ِ َّ إ م ُ الله َ ِ ار ِ ِ ف د ء ْ َ ِار َّ السو ْ ج ِن م َ ِ و ء ْ َّ السو ِ ِب َاح ْ ص ِن م َ ِ و ء ْ ِ َّ السو َة َاع س ِ ة َ َام ق ُ ْم ال Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada hari yang buruk, malam yang buruk, masa yang buruk, daripada sahabat yang buruk dan juga daripada jiran yang buruk pada hari berkumpulnya manusia nanti.”15 15 Riwayat al-Tabrani (810) dalam al-Mu’jam al-Kabir. Doa ini dibaca untuk memohon agar dikeluarkan daripada kesulitan yang sedang melanda diri.


HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 11 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 11 DOA 13 ْ َت َو ف َ ع َ ُ َك فـ ِ ْلم َ ح م ُ َظ َع و ُ ْد م َ َ َك ا ْل ل َ ْ َت فـ َي َد ه َ َُك فـ ور ُ َّ ن م َ َّ تـ م ُ ه َّ الل َا ن َّ بـ َ ر ُ ْد م َ َ َك ا ْل ل َ ْ َت فـ َي ْط َأَع َ َك ف د َ ْ َت ي َط َس ب َ و ُ ْد م َ َ َك ا ْل ل َ فـ ُ ْ َضل ُ َك أَف ت َّ ِيـ َط َع ِ و َاه ُ ْ ال ر ْ َيـ ُ َك خ َاه َج ِ و وه ُ ج ُ ْو ُ ال م َ ُ َك أَ ْكر ْه َج و ُ ِر ْف غ َ تـ َ َا فـ ن َّ بـ َ َى ر ْص ع ُ تـ َ و ُ ُكر َ ْش ت َ َا فـ ن َّ بـ َ ر ُ َاع ُط َا ت ه ُ ؤ َ ْنـ أَه َ ِ و َّة ي ِ َط ْع ال ِ ي ْج ن ُ تـ َ َ و ِيم ِ َّ ي السق َ ْشف ت َ و َّ ِ ُف ُّ الضر َ ْكش ت َ و َّ َر ُ ْضط ْم ُ ال ِيب ت ُ ئ ُ ِز ْ ي ْ َت َ ل ُ ِ ئ ْ ش َن ِم َ ل ْب الذن َّ ُ ِر ْف غ َ تـ َ َ و ة َ ب ْ و َّ ُ التـ َل ْب ق َ تـ َ ِب و ْ ْ َكر َ ال ِن م ٍِل َائ ل ق ُ ْ و َ َ َك قـ َاء ْم ع َ ِصي نـ ْ ي َل ُ َ د و ٌ َ َ َك أَح َآلء Maksudnya: “Ya Allah, cahaya-Mu Maha sempurna, (dengan cahaya tersebut) Engkau memberikan petunjuk. Bagi Engkau segala pujian dan kelembutan-Mu Maha Agung lalu Engkau memberi kemaafan. Bagi Engkau segala pujian, Engkau membentangkan rahmat-Mu lalu Engkau berikan (kepada hamba-Mu). Bagi Engkau segala pujian. Wahai Tuhan kami! Engkau Maha Mulia dan Maha Agung. Pemberian-Mu ialah pemberian yang terbaik dan yang paling menggembirakan. Wahai Tuhan kami, Engkau ditaati dan Engkau membalasnya. Engkau diingkari namun Engkau memberikan pengampunan. Engkau memperkenankan permohonan orang yang terdesak, Engkau menyingkap kesusahan, Engkau juga menyembuhkan kesakitan. Engkau menyelamatkan seseorang yang berada dalam kesempitan, Engkau menerima taubat, mengampunkan dosa sesiapa yang Engkau kehendaki. Ucapan seseorang tidak mampu menghitung nikmat-Mu.”16 16 Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf (29257). Doa ini dibaca oleh Saidina Ali RA selepas solat. Doa ini dibaca untuk memohon rahmat agar dilepaskan daripada kesusahan.


12 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 12 DOA 14 ، ُ ِيم ُ احلل ِيم َظ ْع ُ ال ل هللا َِّ َ إ لَه ِ َل إ ِ ِيم، َظ ْع ْ ِش ال َر ْع ب ال ُّ َ ر ُ ل هللا َِّ َ إ لَه ِ َل إ ْ ِض ب اْلَر ُّ َ ر َ ِ ات و َ َو ب َّ السم ُّ َ ر ُ ل هللا َِّ َ إ لَه ِ َل إ ْ َكِرِمي ْ ِش ال َر ْع ب ال ُّ َ ر َ و Maksudnya: “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Tuhan (pemilik) Arasy yang hebat, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Tuhan (yang menciptakan) langit dan Tuhan (yang menciptakan) bumi dan Tuhan (pemilik) Arasy yang mulia.”17 DOA 15 ِ َك ت َ ي ِ َاف ِل ع و َُّ َت َ ِ َك و ت َ ْم ع ِ ِ ال ن َ َو ْ ز ِن ِ َك م ب ُ ُوذ ّن ِ أَع ِ َّ إ م ُ الله ِ َك َط َخ ِ ِ يع س َ َج ِ َك و ت َ ْم ق ِ ِ ن ة َ َاء ج ُ ف َ و Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada hilangnya nikmat yang Engkau berikan, berubahnya kesihatan yang Engkau kurniakan dan bala bencana yang datang secara tiba-tiba serta daripada segala perkara yang Engkau murkai.”18 17Riwayat al-Bukhari (6345). Doa ini dijadikan zikir ketika menghadapi bencana dan dukacita. 18 Riwayat Muslim (2739) dan Abu Daud (1545). Doa ini sesuai dibaca sekali pada setiap waktu pagi dan petang memohon agar tidak ditarik nikmat.


HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 13 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 13 DOA 16 ِ ل ِ بَّلل َِّ َ إ وة َّ ُ َل قـ َ ْ َل و َو َل ح Maksudnya: “Tiada daya dan upaya melainkan dengan (bantuan dan pertolongan) Allah.”19 DOA 17 . ُ يك لَه شِر َ ِ َ ل َ ّ َب ر ُ ُ هللا هللا Maksudnya: “Allah, Allah Tuhanku, tidak ada sekutu bagi-Nya.”20 19 Riwayat al-Tabrani (859) dalam al-Mu’jam al-Kabir & al-Mu’jam al-Awsat (155). Doa dibaca untuk memohon agar dikurniakan nikmat yang berpanjangan 20 Riwayat al-Nasa’i (10418). Perkataan “Allah-Allah” ialah satu bentuk penegasan bagi menambahkan keberkatan dan meletakkan Allah dalam hati manusia. Sementara, lafaz “tidak ada sekutu bagi-Nya” pula bermaksud siapa yang beriman bahawa Allah ialah tuhannya, maka tidak ada perkara yang akan menakutkannya atau membebankannya kerana Allah ialah penolong dan penghalang daripada segala keburukan. (Rujuk al-Tanwir Syarh al-Jami’ al-Saghir, 8/402). Justeru doa ini dibaca apabila berasa terbeban fizial atau mental atau ketakutan.


14 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 14 DOA 18 ا َ ن ْ َيـ ل َ َ ع َال َا و ن ْ الَيـ َ َو ح َّ م ُ ه َّ الل Maksudnya: “Ya Allah! Jadikan ribut itu hanya lalu di kawasan-kawasan sekeliling kami, jangan Engkau timpakan ke atas kami.”21 DOA 19 ُ ِ يع َ َّ الضج ْس ئ ِ ب ُ ه َّ ِن َإ ُ ِوع، ف َ ْ ال ِن ِ َك م ب ُ ُوذ ّن ِ أَع ِ َّ إ م ُ ه َّ الل Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon perlindungan-Mu daripada kelaparan, sesungguhnya ia adalah seburuk-buruk teman ketika tidur.”22 21 Riwayat al-Bukhari (1021). Doa memohon agar ribut taufan (atau apa-apa bencana) yang melanda dielakkan daripada menimpa terus ke atas tempat pendoa berada. 22 Riwayat Abu Daud (1547). Doa ini dibaca agar terhindar daripada kelaparan.


HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 15 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 15 DOA 20 ْ ِن م َ ِ، و َُذام َ ْ ال ِ، و ُون ن ُ َ ْ ال َ ِص، و ر َ َ البـ ِن ِ َك م ب ُ ُوذ ّن ِ أَع ِ َّ إ م ُ ه َّ الل ِ َام ْق ِ ِئ اْلَس ّ ي َ س Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon perlindungan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang berbahaya.”23 23 Riwayat Abu Daud (1554). Doa ini dibaca sebagai permohonan perlindungan daripada ujian penyakit yang berbahaya


16 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 16 DOA 21 َك ِ َد ي ِ ِت ب َ َ ِصي ِ َك ن ت َ ُ أَم ْن َك اب ِ ْد ب َ ُ ع ْن ُ َك اب ْد ب َ ّن ِ ع ِ َّ إ م ُ ه َّ الل ٍم ْ ِ اس ّ ِ ُكل ُ َك ب أَل ْ ُ َك، أَس َ َضاؤ َّ ق ل ِ ف ٌ َ ْد ُ َك ع ُ ْكم ح َّ َ ٍ اض ِ ف م ُ َه ت ْ َّم ل َ ْ ع ِ َك، أَو َاب ت ِ ِ ف ك ُ َه ْت ل َ ز ْ ْ أَنـ َ َك، أَو ْس ف َ ِ نـ ِه ْ َت ب ي َّ س َ لَ َك َ و ُ ه َ َك، ْد ن ِ ْ ِب ع ي َ ْغ ْلِم ال ِ ِ ِ ف ع ِه ْ َت ب ر َ ْثـ أ َ ت ْ ِ َك، أَِو اس َْلق ْ خ ِن ًا م َد أَح ِن، ْ ز ُ َ ح َ َلء َج َ ْدِري، و َ ص ور ُ ن َ ْلِب، و َ َ قـ بِيع َ ْ َ آن ر ر ُ ْق َ ال َل ْع أَ ْن َت ِي ّ اب َ غم َ َ َ َذه و Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku merupakan hamba-Mu, anak kepada hamba lelaki dan hamba perempuan-Mu, ubun-ubun aku berada dalam kekuasaan-Mu, hukum-Mu berlaku ke atasku, ketentuan-Mu adil terhadapku. Aku memohon dengan berkat setiap nama yang dimiliki oleh-Mu yang engkau sendiri namakan atau yang Engkau nyatakan dalam kitab-Mu (al-Quran) atau yang Engkau ajarkan kepada salah satu makhluk-Mu atau yang hanya berada dalam pengetahuan-Mu, supaya Engkau jadikan al-Quran sebagai penyeri hatiku, cahaya di dadaku, dan yang menghilangkan kesedihan dan kerisauanku.”24 24 Riwayat Imam Ahmad (29318). Nabi menyebut kelebihan doa ini adalah apabila dibaca, Allah akan menggantikan kesedihan yang dialami dengan kegembiraan.


HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 17 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 17 DOA 22 ُ ه َّ ْ ُ كل ِْن شأ َ ْ ْ ِ ل ِح ل ْ ث أَص ُ ْ ي ِ َغ ت ْ ِ َك أَس ت َ َ ْح ِر ب ُ ْم و ُّ يـ َ َ قـ ُّ اي َي َ ح اي ٍ َْي َ ع َة ف ْ َر ْ ط ِ ي ْس ف َ َ نـ ِىل ْ إ ْلِن ِ َك َ ت َال و Maksudnya: “Ya Allah Yang Maha Hidup, lagi Maha Berdiri dengan sendiri, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan, perbaikilah semua urusanku dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”25 DOA 23 ً ِ ا ل، ر ْ َيـ خ ُ َاة ي َ َ ِت احل َ َ ا كان ِِن م ي ْ َّ أَح م ُ ه َّ الل ً ِ ا ل ر ْ َيـ خ ُ َاة ف َ َ ِت الو ا كان َذ َ ِ َِّن إ ف َ و َ تـ َ و Maksudnya: “Ya Allah! Hidupkanlah aku jika kehidupan itu baik bagiku dan matikanlah aku jika kematian itu baik bagiku.”26 25 Riwayat al-Nasa’i (10330). Doa ini dibaca pada setiap waktu pagi dan petang dan ia diamalkan untuk dijadikan sebagai pelindung dan penambahbaikan kepada diri. Di samping itu, ia juga sebahagian daripada doa ketika menghadapi sebarang musibah. Doa ini bersumberkan riwayat daripada al-Sunan al-Kubra iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Nasa’i dalam karyanya. Doa ini merupakan doa yang diajarkan oleh Rasulullah kepada puteri Baginda, Sayyidatina Fatimah RA supaya diamalkan pada setiap pagi dan petang. 26 Riwayat al-Bukhari (5671). Doa dibaca ketika mengalami rasa sakit yang melampau.


18 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 18 DOA 24 ، ِ ة َ ِ ـر اآلخ َ ْـيا و َ يف ُّ الدن ِـية َـاف َالع َ و ْو َـف ـك الع َ ُ ْـأَل ِـي أَس ّ ِن َّ إ ـم ُ اللّه َ َاي ْـي ن ُ َد ِن و ْ ي ِ َ ِ ف د ِـية َـاف َالع َ و ْو َـف ـك الع َ ُ ْـأَل ِـي أَس ّ ِن َّ إ ـم ُ اللّه ِي ، َاتـ ْع َو ْ ر ِـن َآم ِات و َ ْر َـو ْ ع ـر ُ ت ْ َّ اس ـم ُ ِـي ، اللّه َال َم ِي و ْ ـل أَه َ و َن َع ِـي و َْلف ْ خ ِن َم َ َّي و د َ َ ِ ـني ي ْ ب ِن ـين م ْ َظ ْف َّ اح ـم ُ اللّه ِ َك ـت َ َم َظ ِع ب ُ ُـوذ أَع َ ِي ، و ْقـ و َ ِن فـ َم ِال ، و َ ـ ِ َن ش َع ِ ِ ـين و َ ي ْتـي ْ َ ت ِن أَن أُ ْغ َ ـتال م Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiyat) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiyah) pada agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di hatiku. Ya Allah! Jagalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawahku.” 27 27 Riwayat Abu Daud (5074), al-Nasa’i (5530), Ibn Majah (3871), Ibn Hibban (961), Ahmad (4785) dan al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (1200). Doa dibaca memohon keampunan dan pemeliharaan daripada Allah.


HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 19 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 19 DOA 25 ، ٌّ ر َ ن بـ َّ ُ ه ُ َ ِ اوز ي َِّت َ ل ُ َ ِ ات ِ هللا التَّ َّ ام ِ ات ال ِم ِ َكل ب ُ ُوذ أَع َا ِ م ّ شر َ ْ ِن َم أَ، و َ ر َ بـ َ أَ و َ َ َذر َ، و َق ل َ َا خ ِ م ّ شر َ ْ ِن م ٌ ِ ر َاج َل ف َ و ْ ِن َم َا، و ِيه ُ ف ج ُ ْر ع َ َا يـ ِ م ّ شر َ ْ ِن َم ِ، و َاء َ َّ السم ِن ل م ُ ِز ْ ن َ يـ َا، ه ْ ِنـ م ُ ج ُ ْر َ َ ا ي ِ م ّ شر َ ْ ِن َم ْ ِض، و أَ ِ ف اْلَر َ َ َ ا ذر ِ م ّ َشر ٍق َ ِ ار ِ ط ّ ِ ُ كل ّ شر َ ْ ِن َم َ ِ ار، و ه َّ َالنـ ِل و ْ ي َّ ِ الل َت ِ ِ ف ّ شر َ ْ ِن َم و ُ َن َ ْح َ ر ٍ، ي ْ َي ُق بِ ُ ْر َط ًا ي َ ِ ارق ل ط َِّ إ Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna yang tidak ada melampauinya segala kebaikan mahupun keburukan daripada semua kejahatan makhluk-Nya, dan kejahatan yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, daripada kejahatan yang tumbuh di bumi dan yang keluar daripadanya, daripada kejahatan fitnah siang dan malam, dan daripada kejahatan yang datang pada waktu malam dan siang kecuali yang datang membawa kebaikan, wahai Allah Yang Maha Pemurah.”28 28 Riwayat Ahmad (15461). Doa ini dibaca untuk memohon kepada Allah perlindungan daripada kejahatan makhluk.


20 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 20 DOA 26 ،ٍ َ َّامة ٍ وه َان ْط شي َ ّ ِ ُن كِل ِ، م ِ التَّ َّامة َ ِ ات َّ الل ِم ُ َ بكل ُوذ أَع ٍ مة ٍ َ لَّ َْي ّ ع ْ ُ كِل ِن وم Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah Allah Yang Maha Sempurna, daripada setiap syaitan dan makhluk yang berbisa dan daripada setiap pandangan mata (yang dengki dan hasad) yang berniat jahat.” 29 DOA 27 ُ ِر َاذ ح أُ َ و ُ ِد َا أَج ّ م ِ َ ن شِر ِ م ه ِ ت َ ُْدر ق َ ِ و ُ ِ بَّلل ُوذ أَع Maksudnya: “Aku berlindung dengan Allah dan kekuatan-Nya daripada keburukan yang aku dapati dan hati-hati.”30 29 Riwayat al-Bukhari (3371) dan al-Tirmizi (2070). Doa ini dibaca sebagai ikhtiar memohon perlindungan kepada Allah agar selamat daripada sihir dan penyakit áin. 30 Riwayat Muslim (2202) dan Ibnu Hibban (2967). Doa ini dibaca untuk memohon agar disembuhkan daripada penyakit. Cara mengamalkan doa ini adalah dengan meletakkan tangan pada anggota badan yang sakit, dimulai bacaan Bismillah sebanyak 3 kali dan bacaan doa ini sebanyak 7 kali.


HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 21 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 21 DOA 28 َى ل َ ِان ع َ َو َه َِت و ِ يل َ ح ة َّ ل ِ ق َ ِت و و َّ ُ ْ َف قـ ُك َ و ضع ْ َك أَ ْش لَي ِ َّ إ م ُ الله ْ َن َِل م ِِ َني. إ َّاح ُ الر َم ْح ْ َت أَر ِِ َني، أَن َّاح َ الر َم ْح َ أَر النَّ ِ اس ي ِري؟ ْ ُ أَم َه َّ ْكت ل َ ِر ٍ يب م َ َِل ق ْ إ ِن، أَم ُ هم َّ َ َج ت َ ّ يـ ُ ٍو َد َِل ع ُِن؟ إ ل ِ َك ت ُ َع ْس َ َك أَو ت َ يـ ِ َاف ن ع َّ ِ ِل، إ َ ب ََل أُ َّ، ف َي ل َ ان ع َ َ ْ َ غ ْضب َ ُكن ْ ت ِ ْن َ ل إ َ َح ل َ َص ات و ُ َ ُم ل ُّ ُ الظ َ ْت لَه ق َ ِي أَ ْشر ذ َّ ِه َك ال ْ َج ُ ِور و ن ِ ب ُ ُوذ ِل، أَع َّ َي ل َ َّل ع ِ ت ُ ْ َ َك أَو ِزَل ِ ب َ غ َضب ْ ن ُ ِ أَ ْن تـ ة َ ِر َ ْالخ َا و ي ْ ُ ُّ الدنـ َر ِ أَم ه ْ َي ل َ ع ِ َك ل ب َِّ َ إ وة َّ ُ ْ َض َى ل قـ ر َ ت تـ َّ َ َ ح ْب تـ ُ ْع َ َك، لَ َك ال َط َخ س Maksudnya: “Ya Allah! Hanya kepada-Mu aku mengadukan lemahnya kekuatanku, dan sedikitnya upayaku, serta hinanya diriku di hadapan manusia, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang. Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang, kepada siapa Engkau serahkan diriku? Kepada musuh yang tidak menyukaiku atau kepada orang yang hampir kepadaku yang menyakitiku sedangkan aku tidak mampu untuk membalasnya? Jika Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak peduli (dengan musuh dan orang yang ingin menyakitiku), keampunan-Mu lebih luas bagiku (daripada kemurkaan-Mu). Aku berlindung dengan cahaya wajahMu(Zat-Mu), yang menyinari kegelapan dan menjadi baik segala urusan dunia dan akhirat daripada berlakunya kemurkaan-Mu dan kemarahanMu terhadapku. Aku hanya mencari keredaan-Mu sehingga Engkau reda kepadaku. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali bersama-Mu.”31 31 Riwayat al-Tabrani (14764). Doa ini dibaca oleh Rasulullah ketika berhadapan dengan kaum musyrikin ketika berdakwah di Taif. Doa ini dibaca agar tidak berputus asa dalam sesuatu perkara.


22 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 22 DOA 29 ْ َن َ إذا ز ُ ُ احل َل ْع ْ َت َ ت أَن َ و ً ْال َه س ُ َه ْلت َ َع َا ج م َّ َ إال ْل َه َ س َّ ال م ُ الله ً ْال َه ْ َت س ِ ئ ش Maksudnya: “Ya Allah! Tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan ia mudah dan perkara yang sukar Engkau jadikan ia mudah apabila Engkau inginkan.”32 DOA 30 ُ ِيل ك َ ْو َ ال ْم ع ِ ن َ و ُ ـه َّ َا الل ن ُ بـ ْ َس ح Maksudnya: “Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dia sebaikbaik pengurus (yang terserah kepada-Nya segala urusan kami).”33 32 Riwayat Ibn Hibban (974). Doa ini dibaca untuk memohon kekuatan diri ketika menghadapi waktu sukar. 33 Surah Ali-Imran (173). Doa ini dibaca sebagai menguatkan penyerahan diri dan setiap urusan kepada Allah


HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 23 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 23 DOA 31 َ َن َ ْح َ ر يِن ّ َر ُ ْضط ِ املـ ة َ ْو َع َ د ِيب م ُ ِ ّ َم ِ َف الغ ِ َ كاش ّ م َ َ اهل َ ِارج َّ ف م ُ ه َّ الل ْ َن َا ع ِه ِ ِين بـ ْن غ ُ تـ ً ة َ َ ْح ِن ر َ ْ َح ر َ َا أَن تـ ُم َه ِ يم َح ر َ ِ و ة َ ِر اآلخ َ َا و ي ْ ُّ الدنـ َ َ اك ِو َن س ٍ م ة َ َ ْح ر Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang melepaskan seseorang dari kerisauan yang sedang berlaku, Tuhan yang menghilangkan kesedihan, Tuhan yang memperkenankan doa orang yang terdesak, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang di dunia dan akhirat, berikanlah rahmat kepadaku yang menjadikan aku tidak perlu lagi kepada selain Engkau.”34 34 Riwayat al-Hakim (1898), Ibn Abi Syaibah (29866) dan al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah (1281). Doa ini dibaca untuk memohon kepada Allah agar dibantu melepaskan diri daripada bebanan hutang.


24 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 24 DOA 32 ِِ َني َّاح ُ الر َم ْح نت أَر أَ َ َ و ُّ َ ُّ الضر َ َّسِن أَ ّن ِ م Maksudnya: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedangkan Engkau sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.”35 35 Surah al-Anbiya (83). Doa ini dibaca oleh Nabi Ayub AS semasa memohon kepada Allah agar disembuhkan daripada segala penyakit.


HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 25 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 25 BIBLIOGRAFI Abu al-Qasim al-Tabrani Sulaiman bin Ahmad, al-Mu` jam al-Awsat, ed. Tariq ‘Iwadullah, Kaherah: Dar al-Haramain, t.t. Abu al-Qasim al-Tabrani Sulaiman bin Ahmad, al-Mu` jam al-Kabir, ed. Hamdi bin ‘Abd al-Majid al-Salafi, Kaherah: Maktabah Ibn Taimiyyah, 1994. Abu Bakr bin Abi Syaibah ‘Abdullah bin Muhammad, Musannaf Ibn Abi Syaibah, ed. Kamal Yusuf al-Hut, Riyadh: Maktabah al-Rusyd, 1409. Abu Daud Sulaiman bin al-Asy`at, Sunan Abi Daud, ed. Muhammad Muhyi al-Din ‘Abd al-Hamid, Beirut: Maktabah al-`Asriyyah, t.t. Ahmad bin Hanbal, Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, ed. Syu`aib al-Arna’ut, Beirut: Mu’assasah al-Risalah, 2001. Ahmad bin Syu‘aib al-Nasa’i, al-Mujtaba min al-Sunan, ed. ‘Abd alFattah Abu Ghuddah, Halab: Maktabah al-Matbuʻat alIslamiyyah, 1986. Al-Hakim Muhammad bin ‘Abdullah al-Naisaburi, al-Mustadrak ‘ala alSahihain, ed. Mustafa ‘Abd al-Qadir ‘Ata, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1990. Ibn Majah Muhammad bin Yazid al-Qazwini, Sunan Ibn Majah, ed. Muhammad Fu’ad ‘Abd al-Baqi, t.tp: Dar Ihya’ al-Kutub al- ‘Ilmiyyah, t.t.


26 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 26 Muhammad bin ‘Isa bin Saurah, Sunan al-Tirmidhi, ed. Ahmad Muhammad Syakir, Mesir: Syarikah Maktabah wa Matba‘ah Mustafa al-Babi al-Halabi, 1975. Muhammad bin Hibban, Sahih Ibn Hibban, ed. Ahmad Muhammad Syakir, Kaherah: Dar al-Ma´arif, 1372. Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari, al-Adab al-Mufrad, ed. Muhammad Fu’ad ‘Abd al-Baqi, Beirut: Dar al-Basya’ir al-Islamiyyah, 1989. Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari, al-Jami‘ al-Musnad al-Sahih alMukhtasar min Umur Rasulillah SAW wa Sunanihi wa Ayyamihi, ed. Muhammad Zuhair bin Nasir al-Nasir, t.tp: Dar Tuq alNajah, 1422. Muhammad bin Isma`il bin Salah bin Muhammad al-Hasani, al-Tanwir Syarh al-Jami‘ al-Saghir, ed. Muhammad Ishaq Muhammad Ibrahim, Riyadh: Maktabah Dar al-Salam, 2011. Muslim bin al-Hajjaj, al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar bi Naql al-‘Adl ‘an al-‘Adl ila Rasulillah SAW, ed. Muhammad Fu’ad ‘Abd al-Baqi, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, t.t.


HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 27 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 27


28 HIMPUNAN DOA MENGHADAPI DUGAAN DAN MUSIBAH 28


Click to View FlipBook Version