1 AMALKAN SATU DARI 4 PERKARA INI NESCAYA KALIAN DIJEMPUT MASUK SYURGA TANPA HISAB بسم هللا الرمحن الرحيم احلمد هلل رب العـــــــــــــــــــــــــالـــمني اللهم صل على سيدان حممد صالة تغفر هبا الذنوب وتصلح هبا القلوب وتنظلق هبا العصوب وتلني هبا الصعوب وعلى اله وصحبه ومن اليه منسوب عدد خلقك ورضا نفسك وزنة عرشك ومداد كلماتك
2 Pembaca Yang Mulia Pada hari kiamat nanti ada 3 tempat di mana kita tidak sempat memikir hal orang lain kecuali diri kita sendiri kerana ketakutan. Tempatnya adalah: 1- Semasa amalan ditimbang. 2- Ketika buku catatan diserahkan. 3- Ketika melintas Sirat. Kita sangat ketakutan kerana tidak tahu nasib kita di sana!
3 Memandangkan kebaikan kita terlalu sedikit dan dosa kita amat banyak maka marilah kita mencari amalan yang mampu: 1- Memberatkan timbangan baik. 2- Melayakkan masuk syurga tanpa hisab.
4 AMALAN MEMBERATKAN TIMBANGAN BAIK. Ada beberapa amalan yang mampu memberatkan timbangan baik kita walaupun ia kelihatan remeh. Amalkan kesemuanya atau salah satu darinya nescaya timbangan baik menjadi berat lalu mengalahkan timbangan buruk dan akhirnya kita layakkan masuk syurga.
5 PERTAMA Ucapan LAIHAILA ILLAH di akhir umur. Walaupun kalimah ini pendek tetapi ia amat memberatkan timbangan baik di akhirat. Untuk mendapatkannya maka hendaklah selalu mengucapkannya semasa sihat atau berusaha menjadi hamba yang taat nescaya di akhir umur nanti ia jadi milik kita!
6 KEDUA Berakhlak yang baik kerana akhlak baik akan memberati timbangan baik di akhirat. Akhlak yang baik adalah: 1- Hubungi orang yang tidak menghubungi kita. 2- Beri kepada orang yang tidak memberi kepada kita. 3- Maafkan orang menzalimi dan menyakiti.
7 KETIGA Amalkan selawat secara istiqamah setiap hari walau pun sedikit seperti 10 hingga 100 kali setiap hari kerana pahala selawat itu terlalu banyak dan tidak boleh diambil orang pada hari kiamat. Amalkan mana-mana selawat yang mudah disebut kerana ia pasti memberatkan timbangan baik pada hari Kiamat. Sekiranya mampu maka amalkanlah 1000 kali sehari.
8 KEEMPAT Sabar atas kematian anak yang belum baligh. Pahala sabar jenis ini amat memberatkan timbangan baik pada hari kiamat. KELIMA Ajari ilmu agama kepada orang ramai dengan apa cara sekali pun samada dengan perkataan atau tulisan dengan syarat niatkan kerana Allah kerana ia memberatkan timbangan baik pada hari Kiamat.
9 KEENAM Menyampaikan hajat saudara sesama islam walaupun dalam perkara kecil kerana ia akan memberatkan timbangan baik pada hari kiamat. TIPS: Lakukanlah mana-mana yang mudah dan termampu nescaya timbangan baik kita menjadi BERAT!
10 4 AMALAN MASUK SYURGA TANPA HISAB Amalkan kesemuanya atau salah satu darinya nescaya ia bukan sekadar memberatkan timbangan baik pada hari kiamat tetapi melayakkan kita masuk syuga TANPA HISAB!
11 1- Hammadun Orang yang sentiasa mengucapkan ALHAMDULILLAH semasa senang atau susah! Tips: Latih dan biasakan sebut “Alhamdulillah” masa senang dan susah, masa sakit dan sihat nescaya ia akan menjadi kebiasaan dan kita bakal masuk golongan ini.
12 2- Qiamlulail Orang yang sentiasa menunaikan solat malam walaupun hanya 2 rakaat sambil merintih, meluah dan memohon ampun kepada Allah. Tips: Latih dan biasakan bangun malam dan solat sunat 2 rakaat walaupun jam 5 pagi (yang penting sebelum azan Subuh) nescaya kita termasuk golongan ini.
13 3- Orang yang tidak disibukkan dengan dunia. Ertinya walaupun seseorang itu sibuk dengan urusan dunia seperti berniaga, berladang, menguruskan orang sakit, syarikat, rakyat dan sebagainya tetapi dia tetap mengingati Allah, berzikir, berselawat, tunaikan solat serta tetap memelihara hukum Allah dalam semua urusan hidup maka dia bakal masuk syurga tanpa hisab!
14 Tips: Amalkan selawat sepanjang masa dan patuhi agama dalam semua perkara neccaya kita termasuk golongan ini.
15 4-Pemaaf Orang yang suka memaafkan orang yang menzalimi dan menyakitinya serta suka maafkan semua orang. Amalan ini nampak mudah tapi tidak mudah untuk melakukannya. Walaupun ia nampak sukar tetapi hadiahnya sangat besar iaitu masuk syurga TANPA HISAB.
16 Tips: Maafkan semua orang setiap kali sebelum tidur nescaya kita termasuk golongan ini. Contoh doanya: “Ya Allah, aku maafkan semua orang Ya Allah”
17 SILA AMALKAN MANA-MANA AMALAN YANG MUDAH SECARA ISTIQAMAH, NESCAYA KALIAN BAKAL MASUK SYURGA TANPA HISAB Amin Ya هللا .
18 اللهم صل على سيدان حممد وعلى ال سيـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ دان حممد كما صليت على سيدان ابراهيم وعلى ال سيدان ابراهيم وابرك على سيدان حممد وعلى ال سيدان حممد كما ابركت على سيدان ابراهيم وعلى ال سيدان ابراهيم يف العاملني انك محيد جميد عدد خلقك ورضا نفسك وزنة عرشـــــــــــــــــــــتك ومداد كلماتك هللا
19 Penyusun Mohd Kamal Bin Mohd Said Rumah Selawat Nurul Muhibbin Kluang JOHOR 019-7861405 Dapatkan buku-buku ustaz di https://kamalsaid.onpay.my/ Kalian boleh follow: fb kamalsaid tiktok kamalsaid_uk untuk ikuti pengajian online secara percuma!