The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan berkumpulan subjek BML3053 Morfologi Bahasa Melayu (kumpulan D)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noor Fazerra, 2020-06-21 08:23:08

Kata Penyambung Ayat & Kata Praklausa

Tugasan berkumpulan subjek BML3053 Morfologi Bahasa Melayu (kumpulan D)

BML3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
SEMESTER 2 SESI 2019/2020 (A192)

TAJUK:
KATA PENYAMBUNG AYAT DAN KATA PRAKLAUSA

NAMA KUMPULAN D PROGRAM
DISEDIAKAN OLEH: AT33- ISMP Geografi
AT33- ISMP Geografi
NO. MATRIK AT33- ISMP Geografi
AT33- ISMP Geografi
Noor Fazerra binti Paijin D20181083949 AT33- ISMP Geografi

Joan binti Dunip D20181083986

Nur Hayati binti Hadi D20181083988

Nuratikah binti Ja’afar D20181083989

Vanessa Sofia anak Leonard D20181084003

PENSYARAH:
DR. NUR FAAIZAH BINTI MD ADAM

Isi Kandungan

Perkara Muka Surat
1
1.0 Pendahuluan 2
3
2.0 Objektif 3
8
3.0 Kata Penyambung ayat 9
10
3.1 Kata Hubung Gabungan 10
12
3.2 Kata Hubung Pancangan 12
13
i) Kata Hubung Pancangan Keterangan 15
16
ii) Kata Hubung Pancangan Komplemen 16
18
iii) Kata Hubunga Pancangan Relatif 19
21
4.0 Kata Praklausa 26
29
i) Kata Seru 30

ii) Kata Tanya

iii) Kata Perintah

iv) Kata Pembenar

v) Kata Pangkal Ayat

5.0 Kesimpulan

Contoh Petikan

Aktiviti

Latihan Pengukuhan

Lampiran

Bibliografi

i

1.0 PENDAHULUAN
Kata tugas ialah perkataan yang yang tergolong dalam golongan kata yang bersifat
pelbagai jenis atau heterogen iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa
endosentrik. Frasa-frasa endosentrik ini terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan
frasa adjektif. Kata-kata tugas hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung
sesuatu tugas sintaksis tertentu. Kata tugas berfungsi sebagai pembilang, pembantu,
penghubung, penerang, penguat, pemeri, penegas, penafi, pembenar dan sebagainya.
Kata tugas mempunyai beberapa ciri iaitu:

i. Tidak dapat berfungsi sebagai unsur inti bagi frasa, tidak seperti kata nama,
kata kerja dan kata adjektif.

ii. Hampir semua kata tugas tidak mengalami perubahan bentuk dan hanya
sesetengahnya yang boleh mengalami proses morfologi.

iii. Merupakan kelas kata yang tertutup.
iv. Memerlukan kata lain untuk berfungsi dalam frasa atau ayat.
Kelompok kata tugas:

1

2.0 OBJEKTIF
1) Menyatakan definisi kata tugas, kata penyambung ayat dan kata praklausa
2) Mengenal pasti jenis-jenis kata penghubung ayat
3) Membezakan kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan
4) Mengkategorikan kata praklausa dan jenis kata praklausa
5) Membina contoh penggunaan ayat kata praklausa mengikut kategori

2

3.0 KATA PENYAMBUNG AYAT
Kata penyambung ayat ini ialah kata hubung yang merupakan sejumlah perkataan
yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu
bentuk ayat berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk. Ayat majmuk ini memiliki
dua jenis ayat iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Kedua-dua
ayat ini juga dihubungkan oleh dua jenis kata hubung yang berbeza. Ayat majmuk
gabungan akan dihubungkan oleh kata hubung gabungan, manakala ayat majmuk
pancangan akan dihubungkan oleh kata hubung pancangan.

Selain itu, Nawi, Raminah, Wahida, Mohd dan Zulkarnain di dalam buku yang
bertajuk “Pendekatan Efektif Memahami Tatabahasa Bahasa Melayu” juga
berpendapat bahawa kata penyambung ayat ini merupakan kata tugas yang berfungsi
sebagai kata hubung. Kata hubung ini bertugas untuk menggabungkan perkataan
dengan perkataan, frasa dengan frasa atau klausa dengan klausa. Terdapat lima bentuk
kata hubung iaitu bentuk tunggal, bentuk terbitan, bentuk majmuk, bentuk
berpasangan dan bentuk ganda.

3.1 Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan merupakan jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau
lebih yang sama tara sifatnya untuk membentuk ayat majmuk gabungan. Di samping
itu, kata hubung gabungan ini boleh terbina dalam bentuk tunggal, bentuk terbitan,
bentuk majmuk dan bentuk berpasangan.
Contoh kata hubung gabungan:

i) Bentuk tunggal
Terdiri daripada satu kata

3

Kata Fungsi Contoh Ayat

dan / serta Digunakan untuk 1) Ani dan Ana pergi
menggabungkan dua ke perpustakaan
ayat yang sama maksud. untuk mengulang
kaji pelajaran.
2) Wanita tua itu
memeluk anak
perempuannya serta
membelai
rambutnya.

atau Digunakan untuk Ahmad belum lagi membuat

menunjukkan dua keputusan sama ada untuk

perkara yang berbeza. bekerja atau meneruskan

pelajaran setelah tamat

tingkatan lima.

tetapi Digunakan untuk Wana ingin pergi ke kebun

menunjukkan perbezaan bersama adiknya, tetapi

dalam dua ayat yang adiknya ingin pergi ke

berlainan maksud. perpustakaan.

sambil Digunakan untuk Kakak memasak sambil
menunjukkan perlakuan mendengar lagu di dapur.
yang dilakukan secara
serentak.

lalu / kemudian Digunakan untuk 1) Azwan bangun dari
menunjukkan perlakuan 2) tidur lalu mandi.
yang dilakukan secara Sampah itu
berurutan. dipungutnya
kemudian dibuang
ke dalam tong
sampah.

4

ii) Bentuk terbitan

Terdiri daripada kata dasar yang menerima imbuhan

Kata Contoh Ayat

Asalkan Amir tidak peduli terlihat miskin asalkan dia
tidak menyusahkan kedua ibu bapanya.

Malahan Bukan Zila sahaja yang pemurah malahan
anaknya juga dermawan.

Sebaliknya Hisyam tidak pernah riak sebaliknya dia sering
merasa rendah diri dengan kekayaan yang dia
miliki.

Melainkan Dayana tidak mahu belajar melainkan diberi
wang saku setiap hari.

Sedangkan Abu tidak dikurniakan anak sedangkan dia
sudah mendirikan rumah tangga hampir 10
tahun.

iii) Bentuk majmuk

Terdiri daripada gabungan dua kata dasar

Kata Contoh Ayat

Walaupun Mila tidak pernah mengeluh walaupun dilahirkan di
dalam keluarga yang serba kekurangan.

Padahal Sabri lupa menyiapkan tugasannya padahal sudah
diingatkan berkali-kali.

Manakala Mia gemar mendaki gunung, manakala Hawa pula
gemar berenang di pantai.

Meskipun Fadhli tetap mahu mengikuti pertandingan bola
sepak meskipun kakinya telah terseliuh ketika
latihan.

5

iv) Bentuk berpasangan (kata hubung berkait)

Terdiri daripada dua unsur yang dipisahkan oleh satu kata, frasa atau

klausa yang dihubungkan.

Kata Fungsi Contoh Ayat

baik...mahupun Menunjukkan Baik yang tua mahupun
sama-sama. yang muda
bergotong-royong
membersihkan taman
permainan itu.

bukan Menunjukkan akibat 1) Merokok bukan sahaja
membazirkan wang
sahaja...bahkan juga atau sesuatu yang bahkan juga
membahayakan
/ bukan berikutnya. kesihatan.

sahaja...malah / 2) Aina bukan sahaja
pandai dalam pelajaran
bukan sahaja...tetapi malah aktif dalam
sukan di sekolah.
juga
3) Perbuatan menderma
bukan sahaja
menambah pahala
tetapi juga untuk
membersihkan hati
daripada sifat kedekut.

daripada...lebih baik Menimbulkan Daripada terus dihukum
maksud yang lebih baik saya berubah ke
menunjukkan arah kebaikan.
penentangan.

entah...entah Merujuk kepada Entah dapat entah tidak
sesuatu yang kurang Nadim balik sebelum hari
pasti. perayaan tiba.

6

jangan...pun / Merujuk kepada 1) Jangankan seringgit,
sedangkan...inikan sesuatu yang kurang satu sen pun dia tidak
pula pasti. ada.

2) Sedangkan Jenny
yang kurus itu tidak
terpilih menjadi model
inikan pula Rose yang
gemuk itu.

kian...kian / Merujuk kepada 1) Kian lama kian ramai
semakin...semakin / sesuatu yang makin orang yang hadir ke
makin...makin bertambah. majlis tersebut.

2) Semakin hari semakin
menjadi-jadi perangai
Si Belang.

3) Sikap malas Wahid
makin lama makin
menjadi.

walaupun...namun / Menimbulkan 1) Walaupun Mazlan
sungguhpun...tetapi maksud yang berstatus tinggi namun
menandakan beliau tidak pernah
pertentangan. memandang rendah
orang lain.

2) Sungguhpun Saiful
sibuk bekerja tetapi
dia tidak pernah
melupakan orang
tuanya di kampung.

7

Kata hubung gabungan ini juga berfungsi untuk menunjukkan urutan, pertentangan,
keserentakan dan penjelasan.

Fungsi Contoh
Urutan
 Dan
Pertentangan  Kemudian
 Lalu
Keserentakan
Penjelasan  Namun
 Sebaliknya
 Tetapi

 Sambil
 Seraya

 Maka

3.2 Kata Hubung Pancangan

i. Kata Hubung Pancangan Keterangan

Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang menghubungkan klausa
keterangan kepada klausa utama. Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun,
sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau,
semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun,
sesungguhnya dan banyak lagi. Contoh penggunaan kata ini dalam ayat ialah:

Bil Kata Hubung Fungsi Contoh Ayat
Pancangan

Keterangan

1. kerana, oleh sebab, Untuk menerangkan Aina tidak dapat datang

lantaran sebab ke sekolah kerana

demam.

8

2. jika, jikalau, kalau, Untuk menerangkan Ayah Sofia berjanji

sekiranya, andai kata, syarat untuk membelikan dia

asalkan telefon sekiranya dia

berjaya memperoleh

keputusan cemerlang

dalam peperiksaan.

3. demi, untuk, bagi Untuk menerangkan Dia pergi ke

tujuan perpustakaan bagi

menyiapkan tugasan

yang diberikan oleh

gurunya.

4. agar, supaya, semoga, Untuk menerangkan Ibunya berpesan

moga-moga, harapan supaya sentiasa

kalau-kalau berhati-hati apabila

memandu di jalan raya.

5. dengan Untuk menerangkan Farah pergi ke kedai

cara dengan berjalan kaki.

6. apabila, ketika, hingga, Untuk menerangkan Danial tinggal di luar

sebelum, tatkala, waktu negara sejak kecil lagi.

setelah, semasa, sejak,

sewaktu, sementara

7. hingga, sehingga Untuk menerangkan Dia belajar dengan

akibat bersungguh-sungguh

sehingga dapat

melanjutkan pelajaran

ke menara gading.

8. walaupun, meskipun, Untuk menerangkan Dia tetap pergi ke

namun, kendatipun, pertentangan sekolah walaupun

sungguhpun, biarpun, kakinya sakit.

sekalipun

9. bagai, seperti, laksana, Untuk menerangkan Wajah Nabila yang

ibarat, sebagaimana, perbandingan seakan-akan artis itu

seolah-olah, menyebabkan dia

9

seakan-akan, daripada, sentiasa menjadi
bagaikan, bak
perhatian ramai.

ii. Kata Hubung Pancangan Komplemen
Kata hubung pancangan komplemen ini berfungsi untuk menghubungkan satu
klausa sebagai komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Kata hubung
komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Kata hubung
pancangan komplemen ini tidak boleh bertukar ganti dengan kata hubung
pancangan yang lain ketika digunakan dalam ayat. Hal ini demikian kerana setiap
kata hubung pancangan mempunyai tugas yang berbeza.
Contoh penggunaan kata hubung pancangan komplemen:
(i) Abu memberitahu bahawa penyakit yang dialaminya semakin parah.
 Abu memberitahu. (klausa 1)
 Penyakit yang dialaminya semakin parah. (klausa 2)

(ii) Buah-buahan dan sayur-sayuran amat berkhasiat untuk kesihatan badan.
 Buah-buahan dan sayur-sayuran amat berkhasiat. (Klausa 1)
 Kesihatan badan. (klausa 2)
iii. Kata Hubung Pancangan Relatif
Kata hubung pancangan relatif ialah kata yang berfungsi menghubungkan klausa
bebas dengan klausa tak bebas. Penggunaan kata hubung ini menghasilkan ayat
majmuk pancangan relatif. Terdapat satu kata hubung relatif sahaja tetapi kata ini
dapat berfungsi dalam subjek dan predikat ayat. Kata jenis ini hanyalah ‘yang’.

10

Contoh penggunaan kata hubung pancangan relatif dalam ayat ialah seperti yang
berikut:
a) Banyak kebaikan terdapat pada seseorang individu. (ayat utama)
b) Banyak individu mempunyai fikiran positif. (ayat kecil)
c) Banyak kebaikan terdapat pada individu yang mempunyai fikiran positif.

11

4.0 KATA PRAKLAUSA

Kata praklausa merupakan kata yang berada di hadapan klausa. Kata praklausa ini
terdiri daripada beberapa golongan kata iaitu Kata Seru, Kata Tanya, Kata Perintah,
Kata Pembenar dan juga Kata Pangkal Ayat. Golongan kata tersebut mempunyai
peranan masing-masing iaitu untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengiyaan dan
sebagai penerang pangkal klausa.

i) Kata Seru

Kata seru merupakan golongan kata yang digunakan dalam melahirkan perasaan
sama ada perasaan marah, geram, terperanjat dan sebagainya. Dalam kata seru ini
terdapat beberapa kata seru yang boleh digunakan iaitu ‘aduh’, ‘cis’, ‘celaka’,
‘aduhai’, ‘syabas’ dan lain-lain . Selain itu, dalam menulis ayat seru ini perlu
disertakan dengan tanda seru (!) yang akan ditulis pada hujung ayat dan bukannya
selepas kata seru. Antara contoh penggunaan kata seru adalah seperti yang terdapat
dalam jadual di bawah.

Bil. Kata Seru Fungsi Contoh Penggunaan

1 Amboi Menyatakan perasaan Amboi, cantiknya baju ini!

hairan atau kagum

2 Cis Menyatakan perasaan Cis, berani betul engkau

marah dan benci mengganggu barang aku!

3 Syabas Menyatakan perasaan Syabas, akhirnya awak

gembira, puas, pujian berjaya juga mengharungi

atau ucap tahniah cabaran ini!

4 Aduh Menyatakan perasaan Aduh, sakitnya kakiku!

sakit dan kagum

12

5 Ah Menyatakan perasaan Ah, saya tetap tidak mahu
tidak setuju atau menolak pergi ke rumah dia!
sesuatu

6 Hai Menegur seseorang atau Hai, sudah lama kita tidak

menarik perhatian bertemu!

7 Oh Terkejut hairan, gembira Oh, rumah itu rumah awak

atau mengharap rupanya!

8 Aduhai Menyatakan perasaan Aduhai, malang betul

sedih nasib saya hari ini!

9 Wah Menyatakan perasaan Wah, cantik betul kamu

hairan hari ini!

10 Wahai Menyatakan perasaan Wahai adikku sayang!

sayang atau merayu

ii) Kata Tanya

 Kata tanya digunakan untuk menanyakan atau menyoalkan sesuatu, contohnya
mengapa, berapa, bila, dan bagaimana. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama
yang digunakan sebagai kata tanya iaitu apa, siapa, dan mana. Setiap kata tanya
ini mempunyai fungsi pertanyaannya seperti dalam jadual berikut.

KATA TANYA TUJUAN PERTANYAAN
Siapa (kah) Orang
Apa (kah)
Mana (kah) Benda, perkara, hal, binatang, tumbuhan
Tempat
Bagaimana (kah)
Bila (kah) Cara atau keadaan
Masa atau waktu

13

Berapa (kah) Bilangan, harga, jumlah
Kenapa (kah)/ Mengapa (kah) Sebab atau alasan
Setuju atau tidak
Ada (kah)

 Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Kata tanya
boleh wujud di awal, di tengah dan di akhir ayat. Sekiranya kata tanya berada di
hadapan, maka kehadirannya hendaklah disertai partikel –kah. Tetapi, jika kata
tanya terletak di akhir ayat, maka partikel –kah tidak perlu dimasukkan. Kata
tanya ini mesti diakhiri dengan tanda tanya ‘?’. Contoh penggunaan kata tanya
adalah seperti berikut.

KATA TANYA CONTOH PENGGUNAAN
Siapa  Siapakah perempuan berbaju merah itu?
 Engkau ini siapa?
Apa  Apakah nama haiwan itu?
 Kamu menggunakan produk apa untuk menjaga kulit?
Mana  Di manakah kamu pergi semalam?
 Pedagang itu dari mana?
Bagaimana  Bagaimanakah cara membuat kek batik ini?
Bila  Bilakah awak akan membayar hutang saya?
 Kes itu berlaku bila?
Berapa  Berapakah harga payung ini?
 Di kelas kamu, ada berapa orang lelaki?
Kenapa  Kenapakah kamu bermasam muka?
Ada (kah)  Adakah tindakan Abu itu benar?

14

 Muncul juga keadaan dimana ayat tanya digunakan untuk menyoal tanpa
wujudnya kata tanya. Jika ayat tanya itu tidak menggunakan kata tanya, nada
suara mesti ditinggikan di akhir ayat. Contohnya:
a) Anak awakkah itu?
b) Kerja rumah awak belum siap?
c) Meja itu rosak?

iii) Kata Perintah

Kata perintah pula merupakan kata yang menunjukkan suatu arahan, perintah,
kehendak, larangan, silaan atau permintaan. Kata perintah ini mempunyai peranan
dalam menimbulkan suatu tindakan atau tindak balas. Terdapat beberapa kata perintah
dalam bahasa melayu iaitu ‘jangan’, ;sila’, ‘usah’, ‘tolong’, ‘minta’, ‘jemput’ dan
‘harap’. Contoh penggunaan kata perintah adalah seperti dalam jadual di bawah.

Bil. Kata Perintah Contoh Penggunaan

1 Jangan Jangan engkau berani melawan kata orang tua

2 Sila Silalah duduk Atok sementara menunggu Ibu sampai

3 Tolong Tolong hantar tugasan ini selewat-lewatnya minggu ini

4 Jemput Jemputlah makan dulu sementara masih panas lauknya

15

iv) Kata Pembenar

Kata pembenar ialah perkataan yang menegaskan kebenaran sesuatu pernyataan. Kata
pembenar yang selalu digunakan ialah ‘ya’, ‘benar’ dan ‘betul’. Contoh penggunaan
kata pembenar dalam ayat adalah seperti berikut:

Kata pembenar Contoh ayat
Ya
1. Ya, itulah yang saya maksudkan
Benar 2. Ya, dialah orang yang saya sayang.
1. Benar, orang itulah batu apinya.
Betul 2. Benar, itulah guru yang baharu
mengajar disini.
1. Betul, saya sudah berumah tangga.
2. Betul, kalau tak percaya, tanyalah
emaknya.

v) Kata Pangkal Ayat

Kata pangkal ayat ialah ayat yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi
penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Kata ini biasanya digunakan dalam
kesusasteraan Melayu lama. Kata pangkal ayat terdiri daripada ‘Adapun’, ‘Alkisah’,
‘Hatta’, ‘Syahadan’, ‘Kalakian’, ‘Sebermula’, ‘Maka’ dan ‘Arakian’. Contoh
penggunaan kata pangkal ayat adalah seperti berikut.

Kata Pangkal Maksud Contoh ayat
Ayat
 ‘Adapun bermaksud  Adapun puteri itu
Adapun

mengenai atau perihal. sungguh cantik dan

16

menawan serta tiada
tolok bandingnya.

Alkisah  Digunakan untuk  Alkisah tidak berapa

Hatta memulakan riwayat. lama kemudian hamillah
Syahadan
 Bermaksud ‘maka permaisuri.
Kalakian
Sebermula ceritanya ialah’

Maka  Sinonim dengan lalu,  Hatta terbanglah burung
Arakian
kemudian, justeru itu, bayan di angkasa

seterusnya, selanjutnya.

 Kata yang biasanya  Syahadan baginda pun

digunakan pada permulaan berangkat meninggalkan

cerita atau bab. Melaka

 Bermaksud ‘selanjutnya’

 Ketika itu, kemudian, lalu  Kalakian berlakunya

permusuhan antara

kedua-dua kerajaan itu.

 Pada mulanya  Sebermula, berburulah
baginda bersama-sama
hulubalangnya.

 Setelah itu  Maka tergila-gilalah

perempuan, anak-anak

dara dan janda-janda

kepada Harith Fadhilah.

 Selepas itu, kemudian  Arakian bersalamanlah
antara dua orang
laksamana itu.

17

5.0 KESIMPULAN
Kita dapat mengetahui bahawa kata penyambung ayat dan kata praklausa ini
merupakan salah satu daripada golongan kata tugas serta definisi setiap kata tersebut.
Kata penyambung ayat terbahagi kepada dua iaitu kata hubung gabungan dan dan kata
hubung pancangan. Kemudian, kata hubung pancangan ini pula ada tiga jenis iaitu
kata hubung pancangan relatif, komplemen dan keterangan. Kita dapat membezakan
fungsi setiap kata hubung ini dalam ayat iaitu berperanan untuk menggabungkan dan
melengkapkan klausa dalam sesuatu ayat. Seterusnya, kita dapat mengkategorikan
kata praklausa yang terbahagi kepada lima jenis iaitu kata seru, kata tanya, kata
perintah, kata pembenar dan juga kata pangkal ayat. Selain itu, kita juga dapat
membina contoh penggunaan bagi setiap kata praklausa ini mengikut kategori.
Pemahaman pelajar terhadap topik ini juga akan dapat dikukuhkan lagi melalui
aktiviti dan latihan pengukuhan yang akan dilakukan selepas sesi PdPc berakhir.
Tuntasnya, jika guru menggunakan buku panduan ini dan mengimplementasikannya
sepenuh hati dalam kelas, objektif pengajaran ini pasti akan tercapai.

18

CONTOH
Arahan: Senaraikan kata hubung pancangan yang terdapat di dalam petikan 1 di
bawah.
Petikan 1
Pada hujung minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendirian di rumah kerana
ibu bapa saya pergi ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu,
saya membaca sebuah buku cerita.

Ketika saya leka membaca, tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah meminta
tolong. Saya segera menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila saya
dapati asap berkepul-kepul keluar dari rumah jiran saya. Suatu kebakaran telah
berlaku.

Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran
dan ada yang menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa
bimbang kalau-kalau api itu merebak ke rumah saya.

Tanpa berlengah-lengah lagi, saya terus menelefon pihak bomba. Sepuluh
minit kemudian, anggota bomba pun tiba di situ.

Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya
kebakaran itu dapat dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana rumah
saya terselamat daripada kebakaran tersebut.

Dipetik daripada “Latihan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 6”,
Rohana Abd Rahman.

19

Arahan: Berdasarkan petikan dibawah, cari kata praklausa yang terdapat dalam
petikan 2 dan nyatakan jenis kata praklausanya.

Petikan 2
Maka kata Tuan Puteri, “Hai nenekku, lagi sangat kecil hati kami ini, jikalau

nenekku hendak segera membesarkan hati kami, carikanlah gajah yang
bergandingkan emas supaya hati kami lekas besar!”

Sebermula maka fikir raksasa itu; benarlah seperti kata tuan puteri itu seperti
katanya, “Hai cucuku, esok harilah aku pergi mencari kehendakmu itu!”

Hatta maka hari pun petanglah. Maka raksasa itu pun tidurlah ia dua laki isteri.
Apabila hampirlah siang maka ia pun pergilah kedua-duanya ke dalam hutan
mencari gajah bergandingkan emas ke sana ke mari tiada juga diperolehnya

Maka dengan takdir Allah bertemulah ia dengan seorang raja namanya Raja
Rom, ia pun pergi berburu dengan segala menteri dan hulubalang dan rakyat
sekalian.

Syahadan adapun raja itu naik gajah bergandingkan emas. Setelah dilihat oleh
raksasa itu pun terlalu sukacitanya. Maka sekalian rakyat itu pun habislah
dimakannya, seorang pun tiada tinggal lagi. Maka gajah itu pun diambilnya lalu
dibawanya pulang

Setelah itu maka raksasa itu pun kembalilah ke mahligai tuan puteri itu.
Maka kata tuan puteri, “Hai nenekku, sebenarnya kekasih nenek akan kami
sekalian ini dan lagi jikan ada kasih nenekku akan kami carikanlah kami kijang
putih bertanduk emas serta kain yang hitam ini nenekku sucikan sampai putih!
Jikalau nenekku belum lagi putih janganlah nenek kembali.”

Dipetik daripada “Hikayat Indera Nata”
Dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pusaka

20

AKTIVITI
Aktiviti 1: Betul ke salah.
Objektif : Menguji tahap pemahaman pelajar mengenai topik kata hubung gabungan.
Bahan-bahan yang diperlukan : Kertas mahjong dan pen marker.
Langkah-langkah untuk melaksanakan aktiviti ini:
i. Guru akan membahagikan para pelajar kepada empat kumpulan. Kemudian, para

pelajar akan bergerak kepada kumpulan masing-masing dan duduk di tempat
yang telah ditentukan.
ii. Guru akan memberikan dua kenyataan yang terdiri daripada kenyataan yang betul
dan salah kepada setiap kumpulan.
iii. Sehelai kertas mahjong dan sebatang pen marker akan diberikan kepada setiap
kumpulan.
iv. Setiap kumpulan diberikan masa dalam lima minit untuk berbincang dan
menentukan kenyataan yang betul dan salah beserta dengan justifikasinya sekali.
v. Setelah tamat masa yang diberikan, wakil bagi setiap kumpulan akan tampil ke
hadapan untuk membentangkan jawapan yang telah dipersetujuinya oleh setiap
ahli kumpulannya.
vi. Guru dan kumpulan yang lain boleh memberikan pujian ataupun kritikan
terhadap jawapan yang telah diberikan.

Aktiviti 2 : Siapa cepat dia dapat
Objektif : Menguji ketangkasan pelajar dalam memberikan jawapan yang tepat.
Bahan yang diperlukan : Radio.
Langkah-langkah untuk melaksanakan aktiviti ini:

21

i. Para pelajar diminta untuk duduk di tempat masing-masing tanpa ada sebarang buku
atau nota yang berkaitan.

ii. Guru akan berdiri di hadapan kelas dan memberikan soalan kepada para pelajar
sambil diiringi alunan muzik.

iii. Setelah muzik tersebut berhenti, pelajar yang mengangkat tangan terlebih dahulu
akan diberikan peluang untuk menjawab soalan tersebut.

iv. Ganjaran akan diberikan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan yang
paling banyak.

Aktiviti 3: Permainan Kotak Beracun
Objektif: Melatih keberanian dan keyakinan pelajar dalam menyebut atau menjawab
soalan.
Bahan: Kotak, radio/telefon (untuk memainkan muzik), lipatan kertas yang
mengandungi soalan berkaitan topik yang dipelajari.
Cara bermain: Melibatkan kumpulan/Kelas.
Langkah:
1. Permainan ini boleh melibatkan semua pelajar dalam satu kumpulan.
2. Apabila muzik dimainkan, kotak mula diedarkan. Pelajar akan meyerahkan kotak
tersebut kepada rakan sebelahnya dan berterusan.
3. Apabila muzik dihentikan, pelajar yang terakhir yang memegang kotak itu akan
didenda.

22

4. Pelajar yang didenda, perlu membuka kotak itu dan mengambil lipatan kertas yang
mengandungi soalan berdasarkan topik yang dipelajari. Pelajar tersebut dikehendaki
membaca denda itu dengan kuat.
5. Pelajar yang didenda akan menjawab soalan tersebut.
6. Muzik dimulakan semula dan kotak diedarkan semula.

Aktiviti 4: Laju-laju Lawan ayat!
Objektif: Mengukuhkan lagi pemahaman murid tentang penggunaan kata hubung
pancangan komplemen.
Bahan: Pen papan putih, jam/ telefon (mengira masa)
Cara bermain: Berkumpulan
Setiap kumpulan akan menulis ayat di papan putih menggunakan kata hubung
‘bahawa’ dan ‘untuk’. Masa permainan akan dihadkan kepada 5-10 minit. Kumpulan
yang menyenaraikan paling banyak ayat dan paling banyak betul adalah
pemenangnya.

1) Pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan.
2) Kumpulan 1 akan membuat ayat menggunakan kata hubung ‘untuk’, manakala

kumpulan 2 akan membuat ayat menggunakan kata hubung ‘bahawa’.
3) Guru akan menetapkan masa permainan iaitu selama 10 minit.
4) Pelajar akan berbaris dan menulis ayat sendiri di papan tulis secara

bergilir-gilir sehingga masa tamat.
5) Kumpulan yang menyenaraikan paling banyak ayat dan betul penggunaannya

akan memenangi permainan ini.
23

Aktiviti 5: Lakonan
Objektif : Menguji kefahaman pelajar tentang cara penggunaan kata praklausa dan

mengaplikasikannya berdasarkan situasi yang tepat.
Bahan: Kotak dan kertas
Cara permainan: Individu atau kumpulan
Langkah:
1. Satu kotak yang berisi kata praklausa iaitu kata seru, kata perintah, kata tanya, kata
pembenar dan kata pangkal ayat disediakan
2. Pemilihan pelajar secara rawak untuk tampil ke depan untuk membuat cabutan
3. Pelajar akan membuat satu lakonan berdasarkan kata praklausa yang dipilih
4. Pelajar yang dapat melakonkan satu situasi dengan cara penggunaan kata praklausa
yang tepat akan dikira menang

Aktiviti 6: Permainan fikir dan nyatakan
Objektif: Memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir dan menguji sama ada pelajar
dapat menghafal maksud dalam kata tugas
Bahan: Pen marker, papan putih
Cara bermain: Kumpulan
Langkah:

24

1. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
mempunyai bilangan ahli yang sama.
2. Guru perlu membuat garisan pada papan putih mengikut bilangan huruf yang
hendak diteka. Contohnya:_ __ __ __ __ __ __
3. Selepas itu, pelajar-pelajar perlu meneka huruf-huruf yang bersesuaian yang perlu
diisi pada ruang kosong tersebut. Kumpulan yang silap meneka akan dikenakan
hukuman dimana guru akan melukis orang lidi satu persatu bermula dengan kepala
diikuti badan, tangan dan akhir sekali kaki bagi setiap kesalahan yang mereka
lakukan.
4. Kumpulan pertama yang melengkapkan gambar rajah orang lidi dikira kalah dan
pelajar yang menang akan diberikan hadiah.

25

LATIHAN PENGUKUHAN
1. Maya sedang menyapu lantai ____________ mendengar radio.
A. dan
B. lalu
C. sambil
D. tetapi
2. Antara yang berikut, yang manakah padanan yang betul bagi bentuk kata
hubung gabungan.
I. Bentuk tunggal – dan, serta, tetapi
II. Bentuk terbitan – melainkan, asalkan, lalu, sebaliknya
III. Bentuk majmuk – walaupun, padahal, manakala
IV. Bentuk berpasangan – biar...jangan..., baik...mahupun...,
semakin...semakin...
A. I dan IV
B. II dan III
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV
3. ___________ Cikgu Wahida lewat ke sekolah, beliau tetap memandu
keretanya dengan berhati-hati.

A. Supaya
B. Semasa
C. Walaupun
D. Kerana

26

4. Pihak polis bersetuju __________ kebanyakan kes jenayah di negara ini
dilakukan oleh pendatang asing.
A. Yang
B. Apabila
C. Bahawa
D. -

5. Jennie, ____________ abang kamu hendak makan nasi ini?
A. Apakah
B. Manakah
C. adakah
D. siapakah

6. “__________________! malang betul nasibku hari ini,” kata Mak Cik Kiah
kepada suaminya.
A. Aduh
B. Ah
C. Aduhai
D. Cis

7. “__________________ makan kuih buatan anak dara saya,” kata Mak Siti
kepada Mak Abu.
A. Tolonglah
B. Silalah

27

C. Janganlah
D. Jemputlah
8. Berikut merupakan kata pembenar kecuali
A. Bukan
B. Benar
C. Ya
D. Betul
9. ______________ datanglah seorang ahli menghadap tuan puteri.
A. Lalu
B. Oleh itu
C. Hatta
D. Kemudian
i. Digunakan pada pangkal ayat dan berfungsi untuk menghubungkaitkan satu idea
dengan idea yang lain
ii. Banyak digunakan dalam bahasa klasik
10. Pilih jenis kata yang betul berdasarkan kenyataan di atas.
A. Kata pembenar
B. Kata hubung
C. Kata pangkal ayat
D. Kata pemeri

28

LAMPIRAN

Rajah 1: Kajian kes mengenai kata hubung
Sumber: http://ir.upsi.edu.my/743/1/Mengajar%20kata%20hubung.pdf

Rajah 2: Kajian kes mengenai penggolongan kata dalam Bahasa Melayu
Sumber: http://studentsrepo.um.edu.my/1062/5/bab_2.pdf

Rajah 3: Kajian kes mengenai kesilapan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
Universiti Kebangsaan Yunnan di Akademi Pengajian Melayu

Sumber: https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row
29

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan. (2004). Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis.
Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu untuk Sekolah
Menengah. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). diperoleh daripada
http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kamus%20online

M Abdul Rahman. (2000). Kesusasteraan kerabat. Diperoleh daripada http://students
repo.um.edu.my/1062/5/bab_2.pdf.

Md. Rasul Haron. (2007). Teks dan RUJUKAN LENGKAP PMR BAHASA
MELAYU. Selangor: Arah pendidikan Sdn. Bhd.

Mokhtar Rais. (2006). Mengajar Kata Hubung. Jurnal Pendidikan. 1-24.

Nawi Ismail, Raminah Sabran, Wahida Abdul Wahid, Mohd Sis Mohd Yatim, &
Zulkarnain Farihin Abdullah. (2016). Pendekatan efektif memahami tatabahasa
Bahasa Melayu. Selangor, Malaysia: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, & Abdul Hamid Mahmood.
(2008). Tatabahasa Dewan (3rd ed.). Diperoleh daripada
https://anyflip.com/itckx/dubr/basic

Nik Safiah Karim et al. (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Selangor: Dewama
Sdn. Bhd

PBS BAHASA MELAYU. (2020). Kata hubung. Diperoleh daripada
https://www.academia.edu/35996456/PBS_BM-KATA_HUBUNG.docx

Weebly. (2020). Tatabahasa-kata tugas. Diperoleh daripada
http://bmkatatugas.weebly.com/kata-hubung.html

30


Click to View FlipBook Version