The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eitadeen1181, 2023-08-17 17:59:39

2023 SKSD KK hari kebangsaan

2023 SKSD KK hari kebangsaan

Keywords: #kertaskerja #sambutanmerdeka #harikebangsaan

TcNita@SKSD2023 2 1. Anjuran : Unit Ko-Kurikulum, HEM dan Kurikulum SK Sungai Dua, Karak, Pahang. 2. Tema : Sayangi Malaysiaku 3. Tarikh : 23 Ogos hingga 15 September 2023 4. Pengenalan : Isu / Permasalahan yang berlaku ialah kurangnya penghayatan erti kemerdekaan yang sebenar dalam kalangan warga Sekolah Kebangsaan Sungai Dua. “Sayangi Malaysiaku” dipilih sebagai tema sambutan Bulan Kemerdekaan 2023 yang mana ia menekankan semangat sayangkan negara tercinta. Pemilihan tema ini menggambarkan seruan terhadap warganegara Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa supaya hidup dalam harmoni, seia sekata, bersatu padu dan menyayangi negara. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua warga sekolah. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid-murid tentang erti kemerdekaan sebenar selain sebagai pemangkin untuk memenjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid-murid, guru-guru dan semua ibubapa Sekolah Kebangsaan Sungai Dua. 5. Matlamat : Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi memupuk semangat sayangkan negara di kalangan murid-murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Dua. Selain itu dapat meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain daripada itu, dengan adanya pertandingan yang dianjurkan di peringkat sekolah, dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Sungai Dua secara menyeluruh. Guru-guru juga dapat mengenalpasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik sekolah di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah. 6. Rasional : Oleh yang demikian, satu program khas telah dirancang dengan melibatkan pelbagai aktiviti yang berbentuk pertandingan dan bukan pertandingan dijalankan dalam usaha untuk menyemai dan menghayati erti kemerdekaan yang telah dikecapi oleh negara sejak 66 tahun yang lalu. 7. Objektif : a) Memupuk semangat sayangkan negara dalam kalangan murid-murid disamping menghayati erti kemerdekaan yang sebenar. b) Menyemai semangat menghargai dan memelihara kemerdekaan dan kemakmuran negara yang dikecapi. c) Menyemai nilai kesyukuran dalam diri murid-murid. d) Dapat mengeratkan hubungan antara murid dan guru, saling bekerjasama danberdisiplin serta menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap arahan yang diberi.


TcNita@SKSD2023 3 8. Sasaran : Semua guru dan murid – Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6 9. Strategi Pelaksanaan : a) Membuat Kertas Kerja b) Perbincangan dengan AJK Program c) Mesyuarat AJK Induk dan AJK Pelaksana d) Pengagihan Tugas e) Pelaksanaan Bulan Kemerdekaan f) Post-Mortem 10. Jawatankuasa Induk : a) Penasihat : En. Ahmad Jafri bin Dolah (Guru Besar) b) Timb. Penasihat : En. Ramhuzaimi bin Ab. Rahman (GPK Pentadbiran) c) Naib Pengerusi 1 : En. Zakiyamani bin Rasli (GPK Kokurikulum) d) Naib Pengerusi 2 : Pn. Nor Remah binti Abdul Ghani (GPK HEM) e) Penyelaras : Pn. Nurmasnita Bt. Kamaluddin f) Naib Penyelaras : Pn. Junidah Bt. Kamal


TcNita@SKSD2023 4 JAWATANKUASA KERJA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2023 PERINGKAT SK SUNGAI DUA, KARAK, PAHANG BIL. JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 1. PERSIAPAN TEMPAT & BACKDROP Puan Siti Amirah Binti Mohd Amin Puan Junidah Bt Kamal 1. Menyediakan dan menguruskan dewan sesuai dengan acara yang berlangsung. 2. Menyediakan backdrop bagi Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan 2023. a) Majlis pelancaran : 23 Ogos 2023 b) Majlis penutupan : 15 September 2023 3. Memastikan semua tempat kemas dan bersih selepas acara berlangsung. 2. SIARAYA DAN PUBLISITI En Mohd Rodzi Bin Akob En Muhd Khairol Azuan Bin Mat Salleh 1. Menyediakan PA Sistem untuk semua acara yang memerlukan PA Sistem. 2. Menyediakan lagu-lagu yang sesuai dengan acara. 3. PENGACARA MAJLIS Puan Anie A/P Than Ii Cik Lee Mei Peng 1. Mengacarakan Majlis Rasmi. a) Majlis pelancaran : 23 Ogos 2023 b) Majlis penutupan : 15 September 2023 2. Memastikan majlis ceria. 4. BACAAN DOA En Roszaidi Bin Mohamed Rashid Membaca doa perasmian. 5. GIMIK PELANCARAN / BUNTING Puan Norzalikha Binti Abu Kassim Puan Nor Atirah Binti Ibrahim 1. Menyediakan dan mengurus gimik pelancaran. 2. Menempah bunting program.


TcNita@SKSD2023 5 BIL. JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 6. DOKUMENTASI & GAMBAR En Wan Mohd Fairuz Bin Wan Mustaffa Puan Nurmasnita Binti Kamaluddin 1. Merakam dan mengambil gambar setiap acara dan majlis sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan. 2. Memuat naik gambar aktiviti program dalam Telegram Channel dan Facebook sekolah. 3. Menyediakan laporan program. 7. BUKU PROGRAM Puan Norliza A/P Lau Hau Kiong 1. Menyediakan buku program untuk guru. a) Majlis pelancaran : 23 Ogos 2023 b) Majlis penutupan : 15 September 2023 2. Mengedarkan buku program kepada semua guru. 8. KELANCARAN MAJLIS, KESELAMATAN DAN KECEMASAN Guru-guru bertugas mingguan 1. Mengawasi dan menjaga keselamatan murid-murid sepanjang majlis berlangsung. 2. Menyediakan first aid kit. 3. Mengawal murid-murid terutamanya ketika aktiviti di luar kelas. 9. HADIAH Puan Norzalikha Binti Abu Kassim Puan Nor Atirah Binti Ibrahim 1. Berbincang tentang hadiah yang bersesuaian dengan bajet. 2. Membeli dan membungkus hadiah mengikut setiap pertandingan. 3. Menyediakan hadiah semasa majlis penyampaian. 10. KIBAR JALUR GEMILANG En Mohd Rodzi Bin Akob En Muhd Khairol Azuan Bin Mat Salleh 1. Memasang Jalur Gemilang di perkarangan sekolah. 2. Mengurus dan menyediakan Jalur Gemilang jika diperlukan. 3. Menyimpan semula Jalur Gemilang selepas program tamat.


TcNita@SKSD2023 6 BIL. JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 11. BACAAN YASIN SAYANGI MALAYSIAKU En Wan Mohd Fairuz Bin Wan Mustaffa 1. Menguruskan bacaan yasin. 2. Memastikan majlis berjalan lancar. 12. PERTANDINGAN FESYEN MERDEKA TAHAP SATU Puan Norliza A/P Lau Hau Kiong Cik Lee Mei Peng 1. Mengumpul nama peserta sebelum pertunjukan. 2. Memastikan pertunjukan berjalan dengan lancar dan teratur. 3. Menguruskan peserta ketika pertunjukan. 13 PERTANDINGAN KELASKU CERIA SAYANGI MALAYSIAKU En Wan Mohd Fairuz Bin Wan Mustaffa Puan Nurmasnita Binti Kamaluddin 1. Memastikan kelas menyediakan sebuah sudut merdeka. 2. Memastikan setiap kelas menyediakan info berkaitan dengan Malaysia dan kemerdekaan. 3. Menguruskan para hakim semasa hari penilaian pertandingan (14 September 2023). 14 PERTANDINGAN NYANYIAN MERDEKA TAHAP DUA Puan Siti Amirah Binti Mohd Amin Puan Junidah Bt Kamal 1. Mengumpul nama peserta sebelum pertunjukan. 2. Memastikan pertunjukan berjalan dengan lancar dan teratur. 3. Menguruskan peserta ketika pertunjukan. 15 PERTANDINGAN BUSANA MERDEKA GURU & AKP Puan Anie A/P Than Ii 1. Mengumpul nama peserta sebelum pertunjukan. 2. Memastikan pertunjukan berjalan dengan lancar dan teratur. 3. Menguruskan peserta ketika pertunjukan.


TcNita@SKSD2023 7 BIL. JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 16 PERTANDINGAN KUIZ MERDEKA (MINGGU PERTAMA) Puan Junidah Bt Kamal 1. Menyediakan soalan-soalan yang bersesuaian dengan tahun. 2 soalan bagi setiap tahun termasuk kelas prasekolah. (jumlah soalan : 13). 2. Menyampaikan hadiah semasa kuiz berlangsung (on-the-spot). 17 INDEPENDENCE DAY QUIZ (MINGGU KEDUA) Puan Nurmasnita Binti Kamaluddin 1. Menyediakan bahan kuiz dan difotostat. 2. Mengumpulkan nama seorang peserta terbaik dan terpantas bagi setiap kelas. 3. Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Hadiah. 18 PERTANDINGAN MEWARNA MERDEKA TAHAP SATU & PRASEKOLAH (MINGGU KETIGA) Puan Norliza A/P Lau Hau Kiong 1. Menyediakan poster mewarna dan difotostat. 2. Mengumpulkan nama 3 orang peserta terbaik bagi setiap kelas. 3. Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Hadiah. 19 PERTANDINGAN KOLAJ MERDEKA (MINGGU KETIGA) En Roszaidi Bin Mohamed Rashid 1. Menyediakan soalan dan syarat pertandingan serta difotostat. 2. Menyediakan kertas lukisan. 3. Memberikan peringatan untuk membawa alatan yang bersesuai kepada GK sebelum hari pertandingan. 4. Mengumpulkan nama 3 orang peserta terbaik bagi setiap kelas. 5. Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Hadiah.


TcNita@SKSD2023 8 ANGGARAN PERBELANJAAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2023 PERINGKAT SK SUNGAI DUA, KARAK, PAHANG BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH (RM) 1. Bunting & gimik pelancaran RM 90.00 90.00 2. Bendera Jalur Gemilang RM 1.00 x 130 (Kecil) (Murid) RM 6.00 x 6 (Besar) (Kelas) 130.00 36.00 3. Pertandingan Kuiz Merdeka 2 kotak pensel 6.00 4. Independence Day Quiz RM 3.00 x 6 18.00 5. Pertandingan Mewarna Merdeka Tahap Satu & Prasekolah PERTAMA : RM3.00 x 4 KEDUA : RM2.50 x 4 KETIGA : RM2.00 x 4 12.00 10.00 8.00 6. Pertandingan Kolaj Merdeka Tahap Dua PERTAMA : RM3.00 x 3 KEDUA : RM2.50 x 3 KETIGA : RM2.00 x 3 9.00 7.50 6.00 7. Pertandingan Kelasku Ceria Sayangi Malaysiaku (Kategori Tahap 1 & 2) PERTAMA : RM30 x 2 KEDUA : RM 20 x 2 KETIGA : RM10 x 2 60.00 40.00 20.00 8. Pertandingan Nyanyian Merdeka Tahap Dua PERTAMA KEDUA KETIGA 10.00 8.00 5.00 9. PERTANDINGAN BUSANA MERDEKA GURU & AKP PERTAMA KEDUA KETIGA 15.00 10.00 8.00 JUMLAH 508.50


TcNita@SKSD2023 9 TENTATIF PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2023 PERINGKAT SK SUNGAI DUA, KARAK, PAHANG TARIKH / HARI AKTIVITI PERINCIAN CATATAN 23 OGOS 2023 (RABU) MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN • AJK Brosur mengedarkan brosur. • Ucapan Guru Besar • Gimik pelancaran • Penyerahan Jalur Gemilang • Nyanyian lagu tema Waktu senamrobik. Tempat : Dewan SSKD 24 OGOS 2023 (KHAMIS) KUIZ MERDEKA • 2 soalan bagi setiap tahun termasuk kelas prasekolah. • Hadiah diberikan terus semasa majlis. Waktu pagi : 7.30 – 7.45 pagi Tempat : Sebelah dewan makan 6 SEPT 2023 (RABU) INDEPENDENCE DAY QUIZ • Kuiz secara bertulis. • Guru yang menjaga memilih terus seorang pemenang terpantas. Selepas rehat (2 masa) 13 SEPT 2023 (RABU) PERTANDINGAN MEWARNA MERDEKA TAHAP SATU PERTANDINGAN KOLAJ MERDEKA • Poster dan kertas lukisan akan diberikan. • Guru yang menjaga pertandingan tersebut terus memilih 3 orang pemenang terbaik mengikut urutan dan menyerahkan nama kepada AJK. Selepas rehat (2 masa)


TcNita@SKSD2023 10 TARIKH / HARI AKTIVITI PERINCIAN CATATAN 14 SEPT 2023 (KHAMIS) PERTANDINGAN KELASKU CERIA SAYANGI MALAYSIAKU • AJK mengiring para hakim ke setiap kelas. • AJK Dokumentasi perlu turut serta. • Para hakim membuat penilaian dan memberi markah. Bermula jam 8.30 pagi. 15 SEPT 2023 (JUMAAT) PERTANDINGAN FESYEN MERDEKA TAHAP SATU • AJK pertandingan menyediakan dan menguruskan peserta. • Hakim : Guru Tahap 2 yang tidak mengajar Tahap 1. 8.15 pagi – 9.15 pagi PERTANDINGAN NYANYIAN MERDEKA TAHAP DUA • AJK pertandingan menyediakan dan menguruskan peserta. • Hakim : Guru Tahap 1 yang tidak mengajar Tahap 2. 9.15 pagi – 10.45 pagi PERTANDINGAN BUSANA MERDEKA GURU & AKP • AJK pertandingan menyediakan dan menguruskan peserta. • Hakim : AJK Tertinggi Pengawas dan Pengawas Tahun 6 10.45 pagi – 11.15 pagi MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN • AJK Brosur mengedarkan brosur. • Ucapan Guru Besar. • Majlis penyampaian hadiah. 11.15 pagi – 12.15 tengah hari


TcNita@SKSD2023 11 Penutup Diharap dengan adanya Sambutan Bulan Kemerdekaan ini dapat memupuk semangat cintakan tanah air di kalangan semua warga sekolah khasnya. Justeru dapat melahirkan rakyat Malaysia yang bersemangat waja dan sedia mempertahankan negara dari segala ancaman sama ada mental atau fizikal dari luar atau dalam negara. Disediakan oleh : ……………………………………………........ (NURMASNITA BT KAMALUDDIN) Penyelaras, Sambutan Bulan Kemerdekaan, SK Sungai Dua, 28600 Karak, Pahang. Disahkan oleh : ……………………………………………. (AHMAD JAFRI BIN DOLAH) Guru Besar, SK Sungai Dua, 28600 Karak, Pahang. Disemak oleh : ……………………………………………. (ZAKIYAMANI BIN RASLI) Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK Sungai Dua, 28600 Karak, Pahang.


Click to View FlipBook Version