DISEDIAKAN OLEH NURUL ZAHRA SOFIA BINTI MOHD HANAFIAH RAISHA NUR ADELIA BINTI MUHAMMAD IQBAL JUE ZIATUL AMNI BINTI MOHD ZAKI SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN SERI CHEDING GENERASI MADANI, SEKOLAH BEBAS DADAH
Contoh dadah: ◦ Dadah ialah sejenis bahan kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakan kerana dadah mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Apa itu dadah? Opiat Ganja Stimulan Depresen Ketum Halusinogen Ecstacy Morfin Heroin
Mempunyai kesan paling ketara keatas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang). Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaan adalah dilarang. Diperoleh secara haram. Membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal serta meningkatkan daya tahan terhadap dadah. Mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial. Ciri-ciri dadah:
❖ Mata merah/anak mata mengecil ❖ Badan atau anggota badan menggeletar ❖ Kerap bersin dan hidung berair ❖ Percakapan tidak lancar ❖ Berat badan menurun atau menaik secara tiba-tiba ❖ Kesan terbakar di mulut atau jari ❖ Hidung kerap berdarah ❖ Pernafasan berbau ❖ Koordinasi badan tidak stabil ❖ Penampilan fizikal merosot dan berbau ❖ Hilang konsenstrasi
➢ Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang). ➢ Dalam keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal peergerakan dan imbangan. ➢ Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran, kelahiran bayi songsang, lahir belum cukup bulan, kematian dan kecacatan. ➢ Melemah dan merosakan daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah. ➢ Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga & masyarakat. ➢ Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng, kecurian, rompakan dan sebagainya ➢ Membawa maut.
•Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan dan sikap yang baik. •Mengenali jenis dadah yang menyebabkan ketagihan. 1. •Hadapi tekanan rakan sebaya dengan berkesan. •Bertindak tegas. •Belajar bagaimana untuk berkata ‘TIDAK’. 2. •Kendali masalah anda dengan berkesan. •Belajar bagaimana menyelesaikan masalah. •Minta bantuan orang dewasa yang anda percayai. 3. Cara mengelakkan diri daripada dadah :
Dadah merupakan musuh negara yang perlu dijauhi terutamanya kepada generasi Madani, generasi yang akan mewarisi negara ini. Terlalu banyak keburukan akibat dadah sehingga boleh menyebabkan maut. Selain itu, penyalahgunaan dadah juga adalah salah dan melanggar undangundang di negara kita. Dadah akan merosakkan diri sendiri, keluarga serta boleh meranapkan sesebuah negara. Semua pihak perlu bekerjasama bagi membanteras dadah dari terus menjadi parah. Oleh itu, katakan ‘TIDAK’ kepada dadah. Generasi Madani Benci Dadah Kesimpulan
Kami; Nurul Zahra Sofia, Raisha Nur Adelia dan Jue Ziatul Amni, bersyukur kepada Allah dengan izinNya kami berjaya menghasilkan buku skrap digital yang bertajuk ‘Generasi Madani, Sekolah Bebas Dadah’. Jutaan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, guru-guru di Sekolah Kebangsaan Seri Cheding, ibu bapa kami, serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan buku ini. Semoga buku skrap ini dapat memberi manfaat kepada kami serta semua masyarakat. PENGHARGAAN Sekian, terima kasih. Oleh: Nurul Zahra Sofia, Raisha Nur Adelia & Jue Ziatul Amni Kelas: 4 UPM Sekolah: SK Seri Cheding