Bab
12 Tenaga Nuklear
Kata Kunci
Tenaga nuklear
Pembelahan nukleus
Pelakuran nukleus
Reaktor nuklear
Penjanaan elektrik
Impak ujian nuklear
254
Tenaga Nuklear Bab 12
Mengapakah jumlah negara yang menggunakan
tenaga nuklear semakin meningkat?
Bagaimanakah tenaga nuklear dihasilkan?
Adakah tenaga nuklear selamat digunakan?
Bolehkah stesen jana kuasa nuklear dibina
di Malaysia?
Rencana Sains
rambepMlbSaUetreaeaaokbnnlrlmtjeaangeosrsyakakruasntapppsriijuafeeaieTkbpnkntaoleaeeyeyglrgbreeaaetiilolrhiuniimdlduysemdiairiekhkianlnpaadunMggennaaigruderpptmamaanananpnetegd,atnaggtiagnkotggaamauremrtainonnnuae.rtagumsiPniuiajrkrjatamajoohawunnjragneisaaiudaukebkUmabmkbainparanouiaadgnlenbneaenulteh.ineiunrbugkmtktaatumurhdenjikualkiagkamn.keunAuarengjupknaaenaijsknantnaasulmunaitkkinNndalkuedaaaklanarlkemar
Sumber: w(wDwic.anpuacliepaardmaa1la9yOsgiao.gs o2v0.1m9y)
Anda akan belajar tentang:
penggunaan tenaga nuklear
penghasilan tenaga nuklear
impak penggunaan tenaga nuklear
tenaga nuklear di Malaysia
255
12.1 Penggunaan Tenaga Nuklear
Tenaga nuklear memberikan banyak manfaat kepada manusia INFORMASI Negara-negara di Dunia
apabila dijanakan dan dikawal dengan baik. Setiap tahun yang Menggunakan
berlakunya pertambahan negara yang menggunakan tenaga Tenaga Nuklear
nuklear untuk menjanakan tenaga dalam pelbagai bidang. http://bukutekskssm.my/
Kini, terdapat lebih daripada 30 buah negara yang Sains/T4/Hlm256
menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga di negara
mereka. Antaranya Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, Slovakia
dan Jepun. Mengapakah negara-negara ini menggunakan
tenaga nuklear berbanding dengan sumber tenaga lain?
Tenaga nuklear ialah tenaga alternatif yang boleh menjanakan
tenaga elektrik bagi menggantikan atau mengurangkan
penggunaan petroleum dan arang batu. Tenaga yang dihasilkan
lebih besar dan efisien berbanding dengan sumber tenaga lain.
Tenaga nuklear menghasilkan sinaran
mengion yang digunakan dalam pelbagai
bidang seperti perubatan, pertanian dan
perindustrian. Penggunaan tenaga nuklear
dapat meningkatkan taraf kesihatan dan taraf
hidup manusia.
Tenaga nuklear membebaskan jumlah 12.1.1
gas rumah hijau yang sedikit berbanding
dengan sumber tenaga yang lain.
Rajah 12.1 Penggunaan tenaga nuklear
256
Tenaga Nuklear Bab 12
Apakah kesan buruk sumber tenaga nuklear berbanding dengan sumber tenaga lain?
Sisa radioaktif yang Tenaga yang dihasilkan
dihasilkan boleh adalah sangat besar dan
menjejaskan kesihatan jika disalahgunakan,
dan mengancam nyawa boleh menyebabkan
semua hidupan. kesan yang buruk
kepada manusia.
Rajah 12.2 Kesan buruk sumber tenaga nuklear
... ... Peta Pemikiran
Aktiviti 12.1
Tujuan: Membina peta pemikiran untuk menunjukkan manfaat dan kesan buruk sumber PAK21
tenaga nuklear berbanding dengan sumber tenaga lain.
Arahan:
1. Buat pembacaan aktif dan kumpulkan maklumat tentang manfaat dan kesan buruk sumber tenaga
nuklear berbanding dengan sumber tenaga lain.
2. Bina peta pemikiran seperti di bawah dan isikan maklumat yang telah anda peroleh.
3. Tampalkan peta pemikiran anda di belakang kelas.
Manfaat Kesan buruk
sumber sumber
tenaga tenaga
nuklear nuklear
Praktis Formatiiff 12.1
1. Nyatakan tiga buah negara utama yang menggunakan sumber tenaga nuklear di dunia.
2. Apakah kebaikan menggunakan sumber tenaga nuklear berbanding dengan sumber tenaga
yang lain?
12.1.1 257
12.2 Penghasilan Tenaga Nuklear
Tenaga nuklear bermaksud tenaga yang terhasil daripada tindak balas di dalam nukleus atom.
Cikgu, bagaimanakah
tenaga nuklear dihasilkan?
Tenaga nuklear
dihasilkan melalui
pembelahan nukleus
ANIS
HAIKAL dan pelakuran nukleus.
Pembelahan Nukleus
Pembelahan nukleus merupakan proses pemecahan satu nukleus radioaktif yang berat kepada
dua atau lebih nukleus yang lebih ringan dan lebih stabil disertai dengan pembebasan tenaga.
• Pembelahan nukleus berlaku apabila satu neutron yang perlahan membedil satu nukleus
radioaktif yang berat seperti uranium-235.
• Bedilan daripada neutron itu menyebabkan nukleus itu pecah kepada dua atau lebih nukleus
yang lebih ringan dan stabil.
• Proses ini membebaskan tenaga yang banyak.
Model 3D
Neutron
Tenaga
Uranium-235 12.2.1
Rajah 12.3 Pembelahan nukleus uranium-235
• Pembelahan nukleus akan berlaku secara berterusan apabila satu neutron membedil
dan membelah nukleus berjisim besar yang baharu. Tindak balas ini disebut sebagai
tindak balas berantai.
258
Pelakuran Nukleus Tenaga Nuklear Bab 12
Pelakuran nukleus merupakan satu proses percantuman atau Galeri Sains
penggabungan dua nukleus radioaktif yang ringan membentuk satu
nukleus yang lebih berat disertai dengan pembebasan tenaga. Pelakuran nukleus
• Sebagai contoh, dua nukleus kecil dan ringan seperti deuterium berlaku secara berterusan
di Matahari. Hal ini
dan tritium (isotop hidrogen) bercantum dan membentuk satu demikian kerana Matahari
nukleus yang lebih besar dan berat. mempunyai isotop-isotop
• Proses ini berlaku pada suhu yang amat tinggi. hidrogen dan suhu yang
• Proses ini membebaskan tenaga nuklear yang lebih banyak tinggi. Tenaga yang
berbanding dengan pembelahan nukleus. dibebaskan daripada
proses ini merupakan
Deuterium Helium Model 3D sumber tenaga utama
untuk hidupan di Bumi.
Tenaga
Pelakuran
Tritium Neutron Cetusan Minda
Rajah 12.4 Pelakuran dua isotop hidrogen Mengapakah pelakuran
nukleus memerlukan suhu
yang tinggi?
Aktiviti 12.2 Pembentangan Hasil Sendiri
Tujuan: Membuat persembahan multimedia bagi menerangkan penghasilan PAK21
tenaga nuklear.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Kumpulkan maklumat tentang penghasilan tenaga nuklear melalui pembelahan nukleus dan
pelakuran nukleus.
3. Bincangkan maklumat yang telah diperoleh dan sediakan persembahan multimedia bagi
menjelaskan pembelahan dan pelakuran nukleus tersebut.
4. Persembahkan hasil dapatan kumpulan anda di hadapan kelas.
12.2.1 259
Penjanaan Tenaga Elektrik daripada Tenaga
Nuklear
Anda telah belajar tentang penjanaan tenaga elektrik semasa di Tingkatan 3.
Kegunaan utama tenaga nuklear adalah untuk menjana tenaga elektrik.
Penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear ini dilakukan di dalam
stesen jana kuasa tenaga nuklear. Sebuah stesen jana kuasa nuklear terdiri
daripada reaktor nuklear dan penjana. Reaktor nuklear menghasilkan
jumlah tenaga yang besar. Mari kita lihat proses penjanaan tenaga elektrik
yang berlaku di dalam stesen jana kuasa tenaga nuklear.
Rod pengawal boron Gas
Mengawal kadar tindak panas
balas pembelahan
nukleus dengan
menyerap neutron
yang berlebihan
Moderator grafit
Memperlahankan neutron
Rod bahan api uranium Gas sejuk Gas sejuk
Membebaskan tenaga Reaktor Pam
haba melalui pembelahan
nukleus untuk memanaskan
gas yang mengalir melalui
teras reaktor
Perisai konkrit Agen penyejuk
Mengelakkan kebocoran Menyerap haba hasil
sinaran radioaktif tindak balas nuklear
daripada reaktor
Rajah 12.5 Stesen jana kuasa tenaga nuklear
260 12.2.2
Turbin Penjana elektrik Tenaga Nuklear Bab 12
Apabila turbin Menjanakan arus elektrik melalui
diputarkan oleh aliran proses aruhan elektromagnet Laman Sejarah
stim, magnet di dalam apabila magnet berputar dalam
penjana diputarkan suatu gegelung Arco di Idaho,
Amerika Syarikat
merupakan bandar
pertama di dunia
yang menggunakan
kuasa elektrik yang
dijanakan oleh
stesen jana kuasa
nuklear. Hal ini
berlaku pada 17 Julai
1955, dengan
kuasa yang
dijanakan reaktor
BORAX-III yang
dibina di Makmal
Nasional Argonne.
Stim panas
Air panas Menara
penyejukan
Air Air sejuk
sejuk Pam 261
Kondensor
Menyejuk dan
mengkondensasikan
stim menjadi air
12.2.2
Negaraku
Malaysia memiliki sebuah reaktor nuklear berkuasa 1 MegaWatt milik Agensi Nuklear Malaysia. Reaktor
TRIGA PUSPATI (RTP) mula beroperasi pada 28 Jun 1982. RTP ini merupakan jenis kolam yang direka
bentuk supaya eksperimen boleh dijalankan di bahagian teras reaktor tersebut. Namun, reaktor ini hanya
untuk tujuan latihan, penyelidikan dan penghasilan radioisotop sahaja. Malaysia perlu membina sebuah
reaktor nuklear yang mampu menghasilkan tenaga 1000 MegaWatt jika mahu menjalankan penjanaan
elektrik bersumberkan tenaga nuklear.
VIDEO Reaktor Triga Penggunaan Tenaga Nuklear bagi Negara
Puspati yang Menggunakannya
http:// Sehingga kini, tenaga nuklear terus menjadi pilihan bagi negara-
bukutekskssm/ negara di dunia sebagai sumber alternatif tenaga elektrik. Terdapat
Sains/T4/Hlm262. beberapa sebab mengapa negara-negara ini memilih tenaga nuklear
mp4 sebagai sumber tenaga negara mereka.
Galeri Sains Kurang sumber tenaga lain
• Kebanyakan negara yang menggunakan tenaga nuklear kurang
sumber tenaga lain seperti arang batu dan petroleum. Kos yang
amat tinggi diperlukan jika mereka mengimport sumber tenaga
ini dari negara lain. Oleh itu, mereka perlu menggunakan sumber
tenaga lain seperti tenaga nuklear.
Makmal Nasional Argonne Keluasan negara yang besar serta kepadatan penduduk yang tinggi
Makmal Nasional • Negara China contohnya adalah sangat besar dan mempunyai
Argonne merupakan
sebuah makmal yang kepadatan penduduk yang tinggi. Kuasa dan tenaga yang
dibina khusus untuk dihasilkan oleh tenaga nuklear cukup besar sehingga mampu untuk
pembangunan dan menjanakan tenaga elektrik ke seluruh negara mereka.
perkembangan dalam
bidang fizik nuklear. Sumber pendapatan negara
Makmal ini telah dibina di • Reaktor nuklear di Slovakia contohnya mampu menghasilkan
pinggir bandar Chicago,
Amerika Syarikat. tenaga elektrik yang melebihi keperluan negaranya. Oleh itu,
Makmal yang telah mula mereka telah membekalkan tenaga elektrik itu kepada
beroperasi pada tahun negara-negara jiran dan mampu mendapat keuntungan
1940-an ini telah banyak yang lumayan.
memberikan sumbangan
dalam bidang fizik Teknologi yang canggih
nuklear. Hampir semua • Kajian dan pembangunan sentiasa dilakukan oleh negara-negara
reaktor nuklear yang
telah dibina pada hari yang menggunakan tenaga nuklear. Hasilnya kini, mereka telah
ini ialah hasil daripada berjaya memiliki teknologi yang lebih canggih serta mampu
kajian mendalam yang mengurangkan risiko-risiko yang berlaku kepada reaktor nuklear.
dijalankan di Makmal Contohnya seperti pembinaan Makmal Nasional Argonne yang
Nasional Argonne ini. dimiliki oleh Amerika Syarikat.
262 12.2.3
... ... Tenaga Nuklear Bab 12
Aktiviti 12.3 Fikir-Pasang-Kongsi
Tujuan: Mencari maklumat dan membuat perkongsian penggunaan tenaga nuklear PAK21
di negara tertentu.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini secara berpasangan.
2. Dapatkan sekeping kad yang tertulis nama sebuah negara yang menggunakan tenaga nuklear
daripada guru anda.
3. Kumpulkan maklumat tentang penggunaan tenaga nuklear di negara itu.
4. Persembahkan hasil dapatan anda di hadapan kelas.
Praktis Formatiiff 12.2
1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
(a) Proses berlaku apabila satu membedil satu nukleus
berjisim besar dan kepada dua nukleus baharu berjisim lebih kecil yang
hampir sama serta lebih stabil dengan pembebasan .
(b) Proses pelakuran nukleus hanya berlaku pada yang tinggi sahaja.
12.3 Impak Penggunaan Tenaga Nuklear Laman Sejarah
Penggunaan tenaga nuklear perlu dikawal dengan baik supaya dapat J.Robert Oppenheimer
memberikan manfaat kepada manusia dan alam sekitar. Oleh sebab merupakan individu
tenaga nuklear semakin banyak digunakan di seluruh dunia, kita pertama yang
perlu mengetahui impak penggunaan tenaga ini terhadap kehidupan mencipta bom atom di
dan persekitaran. dunia. Beliau digelar
sebagai ‘Father of
Impak Penggunaan Senjata Nuklear the Atomic Bomb’.
Bom ciptaannya
Pada sekitar tahun 1940-an, penyelidikan awal tentang tenaga telah digunakan
nuklear dijalankan untuk menghasilkan bom. Hasil sampingan oleh tentera Amerika
daripada pembelahan nukleus di dalam reaktor nuklear, iaitu Syarikat dalam Perang
plutonium boleh digunakan untuk membuat bom atom. Dunia Dunia Kedua. Walau
telah menyaksikan satu malapetaka yang amat dahsyat apabila bagaimanapun, beliau
tenaga nuklear digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear. berasa amat menyesal
Senjata nuklear pernah digunakan semasa Perang Dunia Kedua oleh selepas menyaksikan
Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki. sendiri kemusnahan
akibat ledakan
bom atom.
12.3.1 263
Pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki dalam Perang Dunia Kedua
• Mengikut beberapa kajian dan risalah, bom atom “Little Boy” telah digugurkan oleh pihak
tentera Amerika Syarikat di Hiroshima pada 6 Ogos 1945, dan diikuti satu lagi bom atom
“Fat Man” di Nagasaki pada 9 Ogos 1945.
• Letusan tenaga nuklear oleh bom atom menghasilkan satu gelombang letupan yang amat
kuat sehingga mengorbankan kira-kira 70,000 nyawa orang awam secara serta-merta.
• Pengeboman ini menyebabkan keadaan seluruh bandar raya itu menjadi amat panas
sehingga mencairkan struktur besi.
• Letusan bom nuklear juga mengganggu keadaan atmosfera kesan daripada gelombang yang
terhasil di samping luruhan radioaktif yang dikeluarkan.
• Pada ketika itu, seluruh sistem perhubungan di bandar raya itu terputus.
Sebelum
(Sumber foto: The City of Hiroshima) Selepas
INFORMASI Kesan Senjata Nuklear
http://bukutekskssm.my/
Sains/T4/Hlm264
(Sumber foto: ICRC Archives)
Gambar foto 12.1 Kesan pengeboman di Hiroshima
Kini, sudah banyak negara yang mula mencipta dan mengeluarkan senjata nuklear
masing-masing. Namun, mereka masih terikat di bawah Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear
yang mengawal dan tidak membenarkan mana-mana negara menggunakan senjata nuklear dengan
sewenang-wenangnya.
264 12.3.1
Tenaga Nuklear Bab 12
Impak Ujian Nuklear
Sebelum senjata nuklear digunakan, ujian nuklear perlu dilakukan untuk memastikan sama ada
senjata itu berfungsi atau tidak. Ujian nuklear dilakukan sama ada di atmosfera terbuka, di darat
atau di bawah laut. Ujian nuklear ini memberikan impak buruk kepada hidupan dan persekitaran.
Ujian nuklear di bawah tanah contohnya akan menyebabkan kesan radiasi terhadap tanah
dan sumber air. Begitu juga di laut, akan berlaku kemusnahan hidupan dan juga pencemaran yang
teruk. Bagi manusia dan hidupan di darat, kesan penyebaran radiasi daripada ujian nuklear boleh
menyebabkan kesan somatik dan kesan genetik.
Kesan penyebaran radiasi
daripada ujian nuklear
Kesan somatik Kesan genetik
• Keletihan • Kecacatan pada bayi
• Loya • Mutasi sel
• Katarak • Kanser
• Leukemia
• Keguguran rambut
Rajah 12.6 Kesan penyebaran radiasi daripada ujian nuklear
Adakah negara yang masih menjalankan ujian nuklear?
Gambar foto 12.2 Ujian nuklear di laut 265
12.3.2
... ... Fikir-Pasang-Kongsi
Aktiviti 12.4
Tujuan: Mengumpulkan maklumat tentang sejarah pengeboman bom atom di Hiroshima PAK21
dan Nagasaki serta ujian nuklear.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini secara berpasangan.
2. Kumpulkan maklumat tentang sejarah pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki serta
ujian nuklear dengan melayari laman web yang berkaitan.
3. Persembahkan hasil dapatan kumpulan anda di hadapan kelas.
Praktis Formatiiff 12.3
1. Nyatakan tiga kesan buruk yang boleh berlaku jika penggunaan senjata nuklear diteruskan.
2. Apakah tujuan ujian nuklear dijalankan?
12.4 Tenaga Nuklear di Malaysia
Kewajaran Pembinaan Stesen Jana Kuasa Nuklear di Malaysia
Dalam subtopik 12.1, anda telah mengetahui manfaat dan kesan buruk penggunaan tenaga
nuklear. Di Malaysia, 70% daripada sumber tenaganya dijana daripada gas asli. Petroleum, gas asli
dan arang batu merupakan sumber bahan api fosil yang tidak boleh baharu.
Beberapa orang murid telah ditanya tentang kewajaran pembinaan stesen jana kuasa nuklear
di Malaysia. Berikut menunjukkan pendapat yang diberikan oleh mereka.
Pada pendapat saya, Malaysia perlu membina NAGESH
stesen jana kuasa nuklear untuk menampung
permintaan pengguna terhadap tenaga elektrik
yang semakin meningkat.
NADIA
Saya kurang setuju kerana reaktor
nuklear menghasilkan sisa radioaktif
yang berbahaya kepada manusia dan
alam sekitar jika tidak dikendalikan
dengan cermat.
266 12.4.1
Tenaga Nuklear Bab 12
Sebagai seorang rakyat Malaysia, apakah pula pendapat anda? Jalankan Aktiviti 12.5 bersama
rakan sekelas anda.
... ... Debat
Aktiviti 12.5
Tujuan: Membuat perdebatan tentang kewajaran pembinaan stesen jana kuasa nuklear PAK21
di Malaysia.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Tajuk debat tersebut ialah “Kewajaran pembinaan stesen jana kuasa nuklear di Malaysia”.
3. Bahagi kepada dua kumpulan, iaitu pihak pencadang dan pihak pembangkang.
4. Selaku pihak pencadang dan pembangkang, setiap kumpulan dikehendaki mengemukakan
hujah mereka.
Bagi melaksanakan pembinaan stesen jana kuasa nuklear, beberapa Negaraku
faktor perlu diambil kira seperti:
• bahan api fosil seperti arang batu, gas asli, petroleum yang akan Agensi Nuklear Malaysia
Agensi Nuklear Malaysia,
habis dan kosnya semakin meningkat yang dahulunya
• kesan pencemaran oleh tenaga nuklear juga adalah lebih rendah dikenal sebagai Institut
Penyelidikan Teknologi
berbanding dengan sumber bahan api fosil Nuklear Malaysia
• kawasan bagi membangunkan stesen jana kuasa nuklear juga (MINT), terletak di
Bangi, Selangor. Agensi
mestilah sangat strategik. Kawasannya mestilah berhampiran ini ditubuhkan bagi
dengan punca air bagi memudahkan proses penyejukan berlaku menyelaras aktiviti
• kadar tenaga yang dikeluarkan oleh sumber tenaga nuklear berteraskan sains dan
adalah jauh lebih besar daripada sumber bahan api fosil teknologi nuklear serta
teknologi yang berkaitan
Praktis Formatiiff 12.4 dengannya.Aktiviti utama
yang dijalankan di sini
1. Nyatakan dua sumber tenaga utama di Malaysia pada masa ini. ialah penyelidikan dan
2. Nyatakan tiga faktor yang perlu diambil kira bagi melaksanakan pembangunan teknologi
nuklear bagi
pembinaan stesen jana kuasa nuklear. pembangunan
negara dengan
kerjasama antarabangsa.
12.4.1 267
268 Ru mu sa n
TENAGA NUKLEAR
Penggunaan Penghasilan Impak Tenaga Nuklear di
Tenaga Nuklear Tenaga Nuklear Penggunaan Malaysia
Tenaga Nuklear
Penggunaan Pembinaan stesen
tenaga nuklear di Pembelahan Pelakuran jana kuasa nuklear
negara-negara lain nukleus nukleus
Manfaat tenaga Penjanaan tenaga Impak senjata Impak ujian
nuklear elektrik nuklear nuklear
di dalam
Kesan buruk Terhadap manusia
tenaga nuklear Reaktor nuklear dan persekitaran
Tenaga Nuklear Bab 12
Refleksi Kendiri
Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:
12.1 Penggunaan Tenaga Nuklear
Mewajarkan penggunaan tenaga nuklear bagi negara yang telah dikenal pasti.
12.2 Penghasilan Tenaga Nuklear
Memerihalkan penghasilan tenaga nuklear melalui pembelahan nukleus dan pelakuran
nukleus.
Memerihalkan penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear.
Mewajarkan penggunaan tenaga nuklear bagi negara yang menggunakannya.
12.3 Impak Penggunaan Tenaga Nuklear
Menceritakan impak penggunaan senjata nuklear kepada hidupan dan persekitaran.
Merumuskan impak ujian nuklear terhadap persekitaran.
12.4 Tenaga Nuklear di Malaysia
Mewajarkan pembinaan stesen jana kuasa nuklear di Malaysia.
Praktis Sumatif 12 Soalan Objektif
http://bukutekskssm.
KUIZ my/Sains/T4/K12
1. Gambar foto 1 menunjukkan sebuah stesen jana kuasa nuklear yang dibina
di sebuah negara.
Gambar foto 1
(a) Nyatakan dua buah negara selaku pengguna utama tenaga nuklear di dunia.
(b) Berdasarkan jawapan anda dalam soalan 1(a), apakah kegunaan tenaga nuklear di negara itu?
(c) Nyatakan dua kelebihan sumber tenaga nuklear.
2. Rajah 1 menunjukkan salah satu tindak balas nuklear.
Rajah 1
269
(a) Namakan tindak balas nuklear itu.
(b) Berdasarkan Rajah 1, terangkan tindak balas nuklear itu.
(c) Apakah yang akan berlaku jika tindak balas itu tidak dikawal dengan baik?
3. Tindak balas X sentiasa berlaku di Matahari.
(a) Apakah tindak balas tersebut?
(b) Jelaskan salah satu sebab tindak balas tersebut boleh berlaku di permukaan Matahari.
(c) Apakah yang akan berlaku di Bumi jika tindak balas yang anda nyatakan dalam soalan 3(a)
berhenti secara tiba-tiba?
4. Rajah 2 menunjukkan sebahagian daripada stesen jana kuasa nuklear.
K
Rajah 2
(a) Apakah proses yang berlaku di dalam K?
(b) Apakah kegunaan proses yang anda nyatakan dalam soalan 4(a)?
(c) K dilengkapi pelbagai ciri keselamatan. Nyatakan dua ciri keselamatan yang terdapat
di dalam K.
(d) Ramalkan impaknya jika terdapat kebocoran pada struktur K.
Cabar Minda
5. Sebuah reaktor nuklear boleh menghasilkan tenaga nuklear secara besar-besaran
untuk menjanakan kuasa elektrik.
Berdasarkan pernyataan di atas, terangkan cara tenaga nuklear ditukarkan kepada tenaga
elektrik di dalam stesen jana kuasa nuklear.
270