The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD FIRDAUS BIN AHMAD, 2020-11-16 01:07:37

Buku Teks Sains T4 - BAB-08

Buku Teks Sains T4 - BAB-08

TEMA Penerokaan Unsur

3 dalam Alam
• Terdapat 118 unsur yang telah
ditemui. Tahukah anda di mana
kedudukan unsur karbon dalam
Jadual Berkala Unsur Moden?
• Tingkap bangunan pencakar
langit di Malaysia biasanya
diperbuat daripada kaca.
Apakah kegunaan kaca
yang lain?
• Jika anda sakit, doktor akan
merawat dan memberikan
ubat yang sesuai kepada anda.
Apakah kesannya jika kita
memakan ubat-ubatan tanpa
nasihat daripada doktor?

165

Bab

8 Unsur dan Bahan

Kata Kunci

Bahan atom
Bahan molekul
Bahan ion
Jadual Berkala
Unsur Moden
Ion positif
Ion negatif
Isotop

166

Unsur dan Bahan Bab 8

Apakah jenis zarah yang terdapat di dalam emas?
Bagaimanakah unsur disusun dalam Jadual
Berkala Unsur Moden?
Bagaimanakah ion positif dan ion negatif
terbentuk daripada atom?
Apakah isotop?

Rencana Sains

msddHeUaeipinrdAmeislprrabouatmogirdoeldaeSnkihhesAdkimigdlaaaeernnmonsshgt,eaeesSm.ilneliBiumukdimnoaaetnnbsai,atenhealnagemddh-libaaauuisnmnhndtiBs.adauDununrimgpysBtaeiwuenbrmugamjguipapadasiulnudilnyaki agB,M.tubeOamartkdnaisa.yhipagaekarinttteuernrddsauirpriat

Anda akan belajar tentang:

asas jirim
Jadual Berkala Unsur Moden
isotop

167

8.1 Asas Jirim

Bahan Atom, Bahan Molekul dan Bahan Ion

Anda telah mempelajari bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit semasa
di Tingkatan 1. Terdapat tiga jenis zarah yang membina jirim, iaitu atom, molekul dan ion.

Atom Molekul Ion
Atom ialah zarah yang Molekul ialah gabungan Ion ialah zarah-zarah
paling kecil di dalam dua atau lebih atom yang bercas, sama ada
sesuatu unsur. Atom secara kimia. Molekul positif atau negatif.
ialah unit paling asas boleh terdiri daripada Ion terbentuk apabila
dalam unsur. gabungan jenis atom sesuatu atom menderma
yang sama atau berbeza. atau menerima elektron.

Semua bahan yang terdapat di sekeliling kita ialah jirim. Bahan boleh dikelaskan kepada tiga
kumpulan berdasarkan jenis zarah yang terkandung di dalamnya.

Bahan Atom

Bahan ini mengandungi zarah atom sahaja. Semua unsur logam dan gas nadir terdiri daripada
atom. Atom-atom di dalam logam disusun secara rapat dan teratur, manakala susunan atom
di dalam gas nadir berjauhan dan tidak teratur.

Kemmbbaallii Atom emas

Atom terdiri daripada Logam emas Belon berisi
zarah subatom, iaitu Atom helium helium
proton, neutron
dan elektron. Rajah 8.1 Bahan atom 8.1.1





– + + + –
+

++ –



– - Elektron

+ - Proton

- Neutron

168

Unsur dan Bahan Bab 8

Bahan Molekul

Bahan ini mengandungi zarah molekul yang merupakan gabungan dua atau lebih atom secara
kimia, sama ada atom yang sama atau berbeza. Kebanyakan bahan bukan logam wujud dalam
bentuk molekul. Tindak balas antara unsur bukan logam akan membentuk sebatian yang wujud
dalam bentuk molekul.

Tangki oksigen

Molekul oksigen

Air laut

Molekul air Rajah 8.2 Bahan molekul

Bahan Ion +–+ Bahan ion terbentuk daripada tindak
+–+–+ balas antara unsur logam dengan unsur
Garam biasa –+–+– bukan logam. Bahan ini mengandungi
Rajah 8.3 Bahan ion +–+–+ ion positif dan ion negatif. Contoh bahan
ion ialah natrium klorida.
+–+

Ion natrium
dan ion klorida

Aktiviti 8.1 Pembentangan Hasil Sendiri

Tujuan: Membuat persembahan multimedia tentang bahan yang dibina oleh zarah PAK21
atom, molekul dan ion dalam kehidupan harian.

Arahan:
1. Dapatkan maklumat daripada pelbagai sumber tentang bahan-bahan di sekeliling anda yang terbina

daripada zarah atom, molekul dan ion.
2. Persembahkan maklumat yang anda peroleh dalam bentuk persembahan multimedia.

169

8.1.1

Kewujudan Unsur dalam Pelbagai Bentuk

Masihkah anda ingat akan unsur-unsur di dalam Jadual Berkala Unsur Moden yang telah anda
pelajari di Tingkatan 1? Unsur boleh wujud dalam bentuk atom, molekul atau ion. Adakah unsur
yang sama boleh wujud dalam bentuk yang berbeza? Cuba anda lihat gambar foto di bawah.

Unsur: Ferum –+–
–+–+–
+–+–+
–+–+–

–+–

Unsur ferum wujud Unsur ferum wujud
dalam bentuk atom dalam bentuk ion
pada kepala tukul. dalam sebatian karat.

Gambar foto 8.1 Tukul berkarat dan tukul tidak berkarat

Unsur: Hidrogen Unsur hidrogen
wujud dalam
+– bentuk molekul di
–+ dalam udara.
+–

Unsur hidrogen
wujud dalam
bentuk ion di
dalam jus limau.

Gambar foto 8.2 Jus limau dan udara

Praktis Formatiiff 8.1

1. Berikan tiga jenis zarah yang membina sesuatu bahan.
2. Nyatakan contoh bahan yang terdiri daripada unsur ferum dalam bentuk ion.
3. Kelaskan bahan-bahan berikut kepada zarah-zarah yang membinanya sama ada atom, molekul

atau ion.

Kepingan besi, ketulan ais, garam biasa, ketulan gula, batu marmar, wayar kuprum,
air kapur, gas oksigen, gas helium

4. Berikan dua contoh unsur yang wujud dalam bentuk molekul dan atom.

170 8.1.2

Unsur dan Bahan Bab 8

8.2 Jadual Berkala Unsur Moden

Semasa di Tingkatan 1, anda telah belajar tentang 118 jenis unsur yang disusun di dalam Jadual
Berkala Unsur Moden. Kini, mari kita kaji Jadual Berkala Unsur Moden yang ditunjukkan dalam
Rajah 8.4 secara teliti dan kenal pasti beberapa ciri pentingnya.

Turus menegak dalam Jadual Berkala Unsur Moden disebut kumpulan.
Terdapat 18 kumpulan dalam Jadual Berkala Unsur Moden.

KUMPULAN
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18

Logam alkali bumi Kekunci: Halogen Gas
Logam
Logam 1 Nombor proton Separuh logam C Pepejal nadir
alkali Bukan logam
H Simbol unsur
Hidrogen Nama unsur Br Cecair
1 Jisim atom relatif
1 H Gas 2

1 HHidrogen 6 7 He
1
C N Helium
34 5 8 9 4
Karbon Nitrogen
2 Li BeLitium B 12 14 O F 10
Berilium
Boron 14 15 Oksigen Fluorin Ne
79 11 16 19 Neon
Si P 20
11 12 13 16 17
Silikon Fosforus 18
3 Na MgNatrium Unsur peralihan Al 28 31 S Cl
Ar
Magnesium Aluminium 32 33 Sulfur Klorin
27 32 35.5 Argon
23 24 Ge As 40
31 34 35
19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Germanium Arsenik 36
Ga 73 75 Se Br
KALA 4 K Ca Sc Ti VKalium Cr Mn Fe Co Ni Cu Zn Kr
Kalsium Skandium Titanium Vanadium Nikel Kuprum Zink Galium 50 51 Selenium Bromin
Kromium Mangan Ferum Kobalt 59 64 65 70 79 80 Kripton
39 40 45 48 51 52 55 56 59 Sn Sb 84
49 52 53
37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 Stanum Antimoni 54
In 119 122 Te I
5 Rb Sr Y Zr NbRubidium Mo Tc Ru Rh Pd Ag Cd Xe
Strontium Ytrium Zirkonium Niobium Paladium Argentum Kadmium Indium 82 83 Telurium Iodin
Molibdenum Teknetium Rutenium Rodium 106 108 112 115 128 127 Xenon
85.5 88 89 91 93 96 101 103 Pb Bi 131
75 81 84 85
55 56 57 – 71 72 73 74 76 77 78 79 80 Plumbum Bismut 86
Re Tl 207 209 Po At
6 Cs Ba Hf TaSesium W Os Ir Pt Au Hg Rn
Barium Lantanida Hafnium Tantalum Renium Platinum Aurum Merkuri Talium 114 115 Polonium Astatin
Tungsten 186 Osmium Iridium 195 197 201 204 210 210 Radon
133 137 178.5 181 184 190 192 Fl Mc 222
107 113 116 117
87 88 89 – 103 104 105 106 108 109 110 111 112 Flerovium Moscovium 118
Bh Nh Lv Ts
7 Fr Ra Rf DbFransium Sg Hs Mt Ds Rg Cn Og
Radium Aktinida Ruterfordium Dubnium Bohrium Darmstadtium Roentgenium Kopernisium Nihonium Livermorium Tennessine
Siborgium Hasium Meitnerium Oganesson

Siri lantanida 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71
Siri aktinida
La Ce Pr Nd Pm Sm Eu Gd Tb Dy Ho Er Tm Yb Lu
Praseodimium Neodimium Tulium Iterbium
Lantanum Serium 141 144 Prometium Samarium Europium Gadolinium Terbium Disprosium Holmium Erbium 169 173 Lutetium
139 140 145 150 152 157 159 162.5 165 167 175
91 92 101 102
89 90 93 94 95 96 97 98 99 100 103
Pa U Md No
Ac Th Protaktinium Uranium Np Pu Am Cm Bk Cf Es Fm Mendelevium Nobelium Lr
231 238 Kurium
Aktinium Torium Neptunium Plutonium Amerisium Berkelium Kalifornium Einsteinium Fermium Lawrensium
232

Kala merujuk kepada unsur yang disusun Di bahagian bawah Jadual Berkala Unsur Moden terdapat
dalam baris mengufuk. Terdapat 7 kala dua siri unsur dengan nombor proton 57 hingga 71 dan
dalam Jadual Berkala Unsur Moden. 89 hingga 103 yang diletakkan secara berasingan. Dua siri
unsur ini disebut sebagai siri lantanida dan siri aktinida.

Rajah 8.4 Jadual Berkala Unsur Moden
Apabila merentasi kala dari kiri ke kanan, didapati sifat kimia dan sifat fizik unsur berubah secara
beransur-ansur, iaitu:
(a) sifat logam berkurang dan sifat bukan logam meningkat
(b) perubahan sifat oksida daripada oksida bes kepada oksida asid
(c) sifat kekonduksian arus elektrik semakin berkurangan

Prinsip Susunan Unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden

Dalam Jadual Berkala Unsur Moden, unsur disusun mengikut tertib menaik nombor proton
dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. Nombor proton ditakrifkan sebagai bilangan proton yang
terdapat di dalam nukleus suatu atom. Cuba anda kaji semula Jadual Berkala Unsur Moden di atas.

8.2.1 171

8.2.2

... ... Meja Bulat

Aktiviti 8.2

Tujuan: Menghubungkaitkan susunan unsur dengan nombor proton unsur dalam PAK21
Jadual Berkala Unsur Moden.

Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberi satu Jadual Berkala Unsur Moden yang tidak lengkap dan beberapa kad
dengan simbol dan nombor proton bagi unsur.
3. Guna kad tersebut untuk mengisi tempat kosong di dalam Jadual Berkala Unsur Moden yang
diberikan.
4. Bentangkan Jadual Berkala Unsur Moden yang telah lengkap di hadapan kelas.

... ... Meja Bulat

Aktiviti 8.3 PAK21

Tujuan: Mengenal pasti kedudukan unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Rujuk Jadual Berkala Unsur Moden dan tentukan simbol sebenar unsur di bawah dan

kedudukannya di dalam Jadual Berkala Unsur Moden.

7 18 20 42

VWX Y

14 40 40 96

3. Bentangkan hasil dapatan di hadapan kelas.

Susunan Elektron Unsur

Anda telah ketahui bahawa setiap unsur di dalam Jadual Berkala Unsur Moden mempunyai
nombor proton yang tersendiri. Sebagai contoh, nombor proton bagi oksigen ialah 8 dan nombor
proton bagi magnesium ialah 12. Bagi atom neutral, bilangan proton adalah sama dengan
bilangan elektron. Bagaimanakah elektron disusun di sekeliling nukleus? Elektron disusun
mengelilingi nukleus dalam petala elektron. Elektron akan memenuhi petala terdekat dengan
nukleus dahulu. Elektron hanya dapat diisi dalam petala baharu apabila petala sebelumnya
telah diisi.
Contoh:
Petala pertama: 2 elektron

Petala kedua: 8 elektron S
Petala ketiga: 18 elektron

Nukleus

Rajah 8.5 Susunan elektron di sekeliling nukleus Rajah 8.6 Susunan elektron atom sulfur
Bagi atom-atom dengan nombor proton Sulfur mempunyai nombor proton 16. Maka, satu atom
1 hingga 20, dua elektron diisi dalam petala sulfur mempunyai bilangan elektron 16. Dua elektron
pertama, lapan elektron dalam petala kedua disusun dalam petala pertama, lapan elektron disusun
dan lapan elektron dalam petala ketiga. dalam petala kedua dan bakinya, enam elektron disusun
dalam petala ketiga. Susunan elektron bagi atom sulfur
172 ditulis sebagai 2.8.6.

8.2.2
8.2.3

... ... Unsur dan Bahan Bab 8

Aktiviti 8.4 Jalan Galeri

Tujuan: Melukis susunan elektron bagi 20 unsur pertama dalam Jadual Berkala PAK21
Unsur Moden.

Bahan: Pen penanda, kertas A4

Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Tentukan nombor proton bagi setiap unsur dan kaitkannya dengan bilangan elektron.
3. Lukis susunan elektron bagi setiap unsur pada kertas A4 dan tampalkannya di belakang kelas.

Pembentukan Ion Positif dan Ion Negatif Galeri Sains

Anda telah belajar tentang pembentukan ion positif dan ion negatif Susunan elektron duplet
semasa di Tingkatan 3. Kebanyakan atom mempunyai susunan ialah susunan elektron
elektron yang tidak stabil. Maka, atom-atom ini akan cenderung yang stabil yang
untuk membentuk susunan elektron yang stabil. mempunyai 2 elektron
Atom neutral membentuk ion melalui pendermaan elektron pada petala pertama.
pada petala terluarnya kepada atom lain atau menerima elektron
pada petala terluar daripada atom lain. Hal ini adalah bagi mencapai He
susunan elektron duplet atau oktet yang stabil.
Susunan elektron duplet
Apabila sesuatu atom menderma atau menerima elektron, Susunan elektron oktet
atom itu menjadi zarah bercas yang disebut sebagai ion. ialah susunan elektron yang
• Ion positif terbentuk apabila atom unsur logam stabil yang mempunyai
menderma elektron. 8 elektron pada petala terluar.
• Ion negatif terbentuk apabila atom unsur bukan logam
menerima elektron. Ne
Sebagai contoh, atom magnesium mempunyai 12 elektron.
Susunan elektronnya ialah 2.8.2. Bagaimanakah atom ini dapat Susunan elektron oktet
mencapai susunan elektron oktet yang stabil? Adakah lebih mudah
untuk atom ini menderma dua elektron atau menerima enam 2+
elektron? Mari kita kaji Rajah 8.7.
Mg
Mg Derma dua elektron

Atom magnesium (2.8.2) Ion magnesium (2.8)

Rajah 8.7 Pembentukan ion positif, Mg 2+

8.2.3 173
8.2.4

Atom klorin mempunyai 17 elektron. Rajah 8.8 menunjukkan atom klorin yang mempunyai
susunan elektron 2.8.7. Atom ini menerima satu elektron untuk mencapai susunan elektron oktet
yang stabil.



Terima satu elektron Cl
Cl

Atom klorin (2.8.7) Ion klorida (2.8.8)

Rajah 8.8 Pembentukan ion negatif, Cl–
Atom ini akan cenderung untuk mencapai susunan elektron yang stabil dengan cara
menderma atau menerima elektron daripada atom lain. Jalankan Aktiviti 8.5 untuk menunjukkan
kesan terhadap suatu bahan apabila ion terbentuk.

... ... Pembelajaran Berasaskan Masalah

Aktiviti 8.5

Tajuk: Mengawal Pengaratan PAK21
Topik berkaitan: Kakisan logam berlaku apabila atom logam membentuk ion positif.
Cadangan tempoh masa: 1 minggu

Masalah: Salah satu masalah utama dihadapi oleh pengguna jambatan dan kenderaan ialah
pengaratan. Oleh itu, penyelenggaraan jambatan dan kenderaan ialah satu cabaran kepada
ekonomi negara. Permukaan bahan atom (contohnya besi) perlu dikekalkan dalam keadaan baik.

Berdasarkan masalah di atas, bincangkan cara kerja penyelenggaraan dilakukan pada jambatan
dan kenderaan.
Sumber:
• Buku teks Sains (kandungan yang berkaitan dengan pembentukan ion, pengaratan)
• Laman web
• Bahan rujukan lain seperti majalah ilmiah berkaitan dengan pembentukan ion dan pengaratan
Menjelaskan cara atau kaedah yang sesuai bagi mengawal kakisan logam. Hasil dapatan boleh
dipersembahkan dalam bentuk persembahan multimedia.

Praktis Formatiiff 8.2

1. Nyatakan kedudukan unsur-unsur berikut dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
(a) Litium (b) Argentum (c) Helium (d) Aurum
2. Berikan dua contoh unsur yang berada dalam Kumpulan 17.
3. Unsur M mempunyai nombor proton 19. Berdasarkan Jadual Berkala Unsur Moden, nyatakan
nama unsur M.
4. Unsur N ditempatkan dalam Kumpulan 15 dan Kala 3 dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
Apakah susunan elektron bagi atom unsur N?
5. Dengan memberikan contoh yang sesuai, nyatakan pembentukan ion positif dan ion negatif
daripada atom unsurnya.

174 8.2.4
8.2.5

Unsur dan Bahan Bab 8

8.3 Isotop

Semua atom yang terkandung di dalam sesuatu unsur mempunyai Laman Sejarah
bilangan proton dan neutron yang sama. Namun begitu, terdapat
unsur tertentu yang atomnya mempunyai bilangan proton yang Perkataan isotop berasal
sama, tetapi bilangan neutron yang berlainan. Atom-atom ini dikenal daripada perkataan
sebagai isotop. Jadual 8.1 menunjukkan beberapa contoh isotop. Yunani ‘isos’ yang
bermaksud sama dan
Jadual 8.1 Contoh isotop ‘topos’ yang bermaksud
tempat. Perkataan ini
Isotop Bilangan Bilangan Bilangan bermaksud isotop bagi
proton elektron neutron suatu unsur mempunyai
Hidrogen-1 kedudukan yang sama
Hidrogen-2 1 1 0 dalam Jadual Berkala
Hidrogen-3 1 1 1 Unsur Moden.
Karbon-12 1 1 2
Karbon-13 6 6 6 Isotop
Karbon-14 6 6 7 http://bukutekskssm.
Oksigen-16 6 6 8 my/Sains/T4/Isotop.
Oksigen-18 8 8 8 mp4

8 8 10

Isotop biasanya ditulis nombor nukleonnya sahaja. VIDEO
Nombor nukleon ialah jumlah bilangan proton dan neutron
di dalam nukleus atom itu. Sebagai contoh, isotop hidrogen yang
mempunyai 1 proton dan 2 neutron, ditulis hidrogen-3. Jalankan
Aktiviti 8.6 untuk menentukan bilangan proton, neutron dan
nombor nukleon dalam isotop-isotop lain.

Aktiviti 8.6

Tujuan: Menentukan bilangan proton, neutron dan nombor nukleon dalam isotop.
Arahan: Lengkapkan jadual di bawah dengan bilangan proton, neutron dan nombor nukleon bagi
isotop-isotop yang diberikan.

Isotop Bilangan proton Bilangan neutron Nombor nukleon
Klorin-35 11 18 37
Klorin-37 35
Natrium-23 13 79
Natrium-24
Bromin-79
Bromin-81

8888....3333....1212 175

Kegunaan Isotop dalam Pelbagai Bidang

Perkembangan teknologi menyebabkan penggunaan isotop semakin meluas. Tanpa kita sedari,
isotop dalam bentuk radioisotop sebenarnya banyak digunakan di sekeliling kita. Radioisotop
ialah isotop tidak stabil yang memancarkan sinaran radioaktif. Walaupun radioisotop
mengeluarkan sinaran berbahaya, namun radioisotop mempunyai kegunaan yang penting
jika dikendalikan dengan betul. Radioisotop digunakan dalam bidang perubatan, pertanian,
perindustrian, penjanaan tenaga dan penyelidikan. Imbas kembali kegunaan sinaran radioaktif
yang telah anda pelajari semasa di Tingkatan 3 seperti di bawah.

Perubatan

Sinar gama
daripada kobalt-60
digunakan untuk

membunuh
sel kanser.

Teknologi makanan Gambar foto 8.3 Mesin radioterapi

Sinar gama Pertanian
daripada kobalt-60

juga digunakan
untuk membasmi
mikroorganisma pada
sayur-sayuran tanpa
mengubah kualiti

makanan itu.

Gambar foto 8.4 Sayur-sayuran bebas daripada kuman

Fosforus-32 Gambar foto 8.5
disuntik ke dalam Akar tumbuhan
akar tumbuhan untuk
mengkaji kadar
penyerapan baja

fosforus
dalam tumbuhan.

176 8.3.3

Unsur dan Bahan Bab 8

Tahukah anda kegunaan isotop yang lain? Mari kita jalankan Aktiviti 8.7.

... ... Fikir-Pasang-Kongsi

Aktiviti 8.7

Tujuan: Mencari maklumat penggunaan isotop dalam pelbagai bidang. PAK21

Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini secara berpasangan.
2. Cari maklumat daripada pelbagai sumber tentang kegunaan isotop dalam pelbagai bidang

selama 20 minit.
3. Kongsi dan bincangkan hasil dapatan yang diperoleh bersama pasangan.
4. Persembahkan maklumat yang diperoleh dalam jadual seperti berikut.

Bidang Isotop Kegunaan

Perubatan Natrium-24

Kobalt-60

Iodin-131

Pertanian Fosforus-32

Karbon-14

Arkeologi dan Geologi Karbon-14

Teknologi makanan Kobalt-60

Industri kertas Amerisium-241

Penjanaan tenaga elektrik Uranium-235

Praktis Formatiiff 8.3

1. Nyatakan definisi bagi isotop.
2. Berikan tiga contoh isotop.
3. Satu atom mempunyai 10 proton, 10 neutron dan 10 elektron. Apakah nombor nukleon atom

tersebut?
4. Apakah kegunaan isotop dalam bidang perubatan?

88..33..33 177

178 Ru mu sa n

UNSUR DAN BAHAN

Asas Jirim Jadual Berkala Isotop
Unsur Moden

Jenis zarah

Definisi isotop Kegunaan isotop

Atom Molekul Ion

membentuk membentuk membentuk Perubatan Perindustrian Penyelidikan

Bahan Bahan Bahan Pertanian Penjanaan tenaga
atom molekul ion

Kumpulan Susunan elektron Pembentukan ion
dan Kala

Ion positif Ion negatif

Unsur dan Bahan Bab 8

Refleksi Kendiri

Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:
8.1 Asas Jirim

Menerangkan bahan atom, bahan molekul dan bahan ion dengan contoh.
Menjelaskan kewujudan unsur dalam pelbagai bentuk.
8.2 Jadual Berkala Unsur Moden
Mencerakinkan Jadual Berkala Unsur Moden.
Mendeduksikan prinsip susunan unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
Melakar dan menulis susunan elektron unsur dalam kumpulan.
Menjelaskan pembentukan ion positif dan ion negatif.
Mewajarkan pendermaan dan penerimaan elektron untuk mencapai susunan elektron stabil.
8.3 Isotop
Menerangkan isotop dengan contoh.
Menentukan bilangan proton, bilangan neutron dan nombor nukleon dalam isotop.
Berkomunikasi mengenai kegunaan isotop dalam pelbagai bidang.

Praktis Sumatif 8 KUIZ Soalan Objektif
http://bukutekskssm.
1. Gambar foto 1 menunjukkan dua jenis bahan. my/Sains/T4/K8

Gambar foto 1
(a) Nyatakan jenis zarah yang membentuk:
(i) garam
(ii) gula
(b) Berikan dua contoh lain bahan yang terbentuk daripada jenis zarah yang sama seperti garam

dan gula.
(c) Berikan dua contoh bahan yang unsur oksigen wujud sebagai molekul dan ion.

179

2. Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur Moden.

P QR

T

U S


Rajah 1
P, Q, R, S, T dan U ialah huruf-huruf yang digunakan bagi mewakili unsur dalam Jadual Berkala

Unsur Moden dan bukan merupakan simbol sebenar unsur tersebut.
(a) Bagaimanakah unsur disusun dalam Jadual Berkala Unsur Moden?
(b) Unsur manakah yang berada dalam kumpulan yang sama?
(c) Unsur manakah yang wujud sebagai atom yang stabil? Jelaskan jawapan anda.
(d) Suatu unsur mempunyai nombor nukleon 32 dan nombor proton 16. Di manakah

kedudukannya dalam Jadual Berkala Unsur Moden?
(e) Nyatakan susunan elektron bagi unsur-unsur berikut:
(i) P
(ii) Q
(iii) T

3. Jadual 1 menunjukkan beberapa unsur dengan nombor proton dan nombor nukleon
masing-masing.

Jadual 1

Unsur Nombor proton Nombor nukleon
X 13 27
Y 17 35
Z 20 40

(a) Tentukan bilangan neutron bagi atom unsur X, Y dan Z.

(b) Lukiskan susunan elektron bagi atom unsur X, Y dan Z.

(c) Pada pendapat anda, di manakah kedudukan unsur X, Y dan Z dalam Jadual Berkala
Unsur Moden?

(d) Bagaimanakah atom unsur-unsur berikut mencapai susunan elektron yang stabil?
(i) Unsur X
(ii) Unsur Y

180

Unsur dan Bahan Bab 8

4. Jadual 2 menunjukkan unsur P, Q, R dan S dengan nombor proton dan nombor nukleon
masing-masing.

Unsur Jadual 2 Nombor nukleon
P 32
Q Nombor proton 24
R 15 23
S 11 14
11
6

(a) Unsur manakah merupakan pasangan isotop? Jelaskan jawapan anda.
(b) Nyatakan kegunaan isotop yang anda nyatakan dalam soalan 4(a) dalam bidang perubatan

dan industri.
(c) Nyatakan unsur P dan kegunaannya dalam bidang pertanian.
(d) Namakan unsur S dan nyatakan kegunaannya dalam bidang pertanian dan arkeologi.

Cabar Minda

5.
Akmal menerima laporan tentang keadaan jalan yang merekah walaupun telah
diturap berkali-kali. Didapati struktur tanah tiba-tiba menjadi lembut disebabkan
oleh kebocoran saluran paip bawah tanah.

Bagaimanakah Akmal menyelesaikan masalah berkenaan?
Penyelesaian masalah tersebut perlulah mengikut langkah berikut:

• mengenal pasti masalah
• menjelaskan masalah
• menyatakan langkah-langkah diambil ke arah

penyelesaian masalah

181


Click to View FlipBook Version