The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Minda Sihat BPSH KPM (3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tbh7998, 2023-07-16 00:42:46

modul minda sihat

Modul Minda Sihat BPSH KPM (3)

MODUL MINDA SIHAT


MODUL MINDA SIHAT ii KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 1 2.0 OBJEKTIF MODUL 1 3.0 KANDUNGAN MODUL 1 4.0 JADUAL PELAKSANAAN 2 5.0 MODUL 3 5.1 AKTIVITI 1 KAWAL MARAH 3 LAMPIRAN 1 4 LAMPIRAN 2 5 5.2 AKTIVITI 2 TANGANI STRES 6 5.3 AKTIVITI 3 TEKNIK RELAKSASI 8 LAMPIRAN 3 9 5.4 AKTIVITI 4 BERFIKIR SECARA POSITIF 11 LAMPIRAN 4 12 LAMPIRAN 5 12 5.5 AKTIVITI 5 HARGA DIRI 13 LAMPIRAN 6 14 5.6 AKTIVITI 6 PENYELESAIAN MASALAH 15 LAMPIRAN 7 16 5.7 AKTIVITI 7 TEGAS DIRI 18 LAMPIRAN 10 19 LAMPIRAN 11 21 5.8 AKTIVITI 8 BUAT CERITA 22 LAMPIRAN 12 23 5.9 AKTIVITI 9 MOTO HIDUP 24 LAMPIRAN 13 25 5.10 AKTIVITI 10 RANCANGAN HIDUPKU 27 LAMPIRAN 14 28


1 MODUL MINDA SIHAT 1.0 PENGENALAN Kesejahteraan minda yang ampuh bagi seseorang murid merupakan perkara penting untuk membolehkan mereka berperanan dengan baik ketika berhadapan dengan stress, anxiety dan kemurungan. Gaya tindak yang baik ketika berdepan dengan masalah semasa, dapat menjadikan mereka seorang individu yang teguh emosi, tingkahlaku dan pemikiran. 2.0 OBJEKTIF MODUL Modul Program Minda Sihat ini dibangunkan untuk kegunaan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) dalam memberi intervensi kepada muridmurid Tingkatan Empat yang telah menjalani Saringan Minda Sihat. 3.0 KANDUNGAN MODUL Sepuluh modul yang dibangunkan mencakupi aspek, mengurus emosi, membangunkan daya tindak, membuat keputusan dan membina matlamat. 3.1 Kawal Marah Teknik 3B 3.2 Tangani Stres 10B 3.3 Teknik Relaksasi 3.4 Berfikir Secara Positif 3.5 Harga Diri 3.6 Penyelesaian Masalah 3.7 Tegas Diri 3.8 Buat Cerita 3.9 Moto Hidup 3.10 Rancangan Hidupku


MODUL MINDA SIHAT 2 4.0 JADUAL PELAKSANAAN Jadual Pelaksaan Program Minda Sihat Kebiasaan Baharu Tahun 2021 Bil Aktiviti Sekolah Rendah Menengah 1 Promosi Minda Sihat Bulan pertama persekolahan hingga tamat sesi persekolahan 2 Saringan Minda Sihat 1 Mei hingga Jun 3 Intervensi Umum dan Khusus Julai hingga Ogos 4 Saringan Minda Sihat 2 September hingga Oktober 5 Rujukan dan Pelaporan November


MODUL MINDA SIHAT 5.0 MODUL 5.1 AKTIVITI 1 KAWAL MARAH TAJUK : Kawal Marah OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. mempelajari cara-cara mengawal kemarahan secara positif. MASA : 60 minit BAHAN : Pengenalan Kawal Marah (Lampiran 1), Panduan kawal marah 3B (Lampiran 2). LANGKAH : 1. GBKSM menerangkan definisi kemarahan kepada murid. 2. GBKSM berbincang bersama murid berkaitan tanda-tanda marah yang dialami oleh individu. 3. GBKSM mengajar Langkah 3B mengawal kemarahan (Lampiran 1). FALSAFAH : Sabar Sebahagian Daripada Iman


MODUL MINDA SIHAT 4 LAMPIRAN 1 Nota Guru Pengenalan Kawal Marah Kemarahan terbina secara perlahan-lahan dan menyebabkan perubahan pada fisiologi badan. Kemarahan juga merupakan satu masalah emosi utama akibat daripada stres jika tidak dikawal. Marah mengakibatkan kesan emosi negatif kepada individu dan menjejaskan keupayaan untuk berfungsi secara optimum. Kemarahan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan boleh berlaku secara spontan atau perlahan-lahan. Definisi Kemarahan Kemarahan adalah perasaan semulajadi yang ada pada setiap individu. Kemarahan merupakan kesan emosi akibat daripada: i. Sakit hati / kecewa ii. Ancaman / ugutan iii. Penderaan fizikal iv. Kehilangan Tanda-tanda Marah i. Fizikal Mengetap gigi Sakit / pening kepala Tangan berpeluh Muka merah padam ii. Emosi Sedih Rasa bersalah Geram Gelisah iii. Tingkah laku Menangis Menjerit Mengeluarkan kata-kata kesat Mengasingkan diri


MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 2 Nota Guru Langkah 3B i. B : Berhenti Kebolehan berhenti adalah penting supaya anda mempunyai masa untuk mempertimbangkan situasi (melihat dan mendengar). Bertenang, contohnya kira sampai 10, tarik nafas dengan mendalam atau membaca doa. Jika anda tidak dapat mengawal kemarahan, tinggalkan tempat kejadian dengan serta merta. ii. B : Berfikir Adalah baik jika boleh merancang pemikiran anda sebelum bercakap dengan orang yang anda marah. Cuba kenal pasti dan selesaikan masalah tersebut. Jangan buat sesuatu yang merumitkan lagi keadaan. Kekal pada isu tersebut, jangan ungkit perselisihan lama dan jangan ambil hati. iii. B : Bertindak Daya tindak merujuk kepada usaha untuk mengatasi perkara yang menimbulkan kemarahan.


MODUL MINDA SIHAT 6 5.2 AKTIVITI 2 TANGANI STRES TAJUK : Tangani Stres 10B OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. meningkatkan pengetahuan tentang kaedah-kaedah menangani stres. 2. meningkatkan kemahiran menangani stres. MASA : 60 minit BAHAN : Radio LANGKAH : 1. GBKSM menerangkan tentang kaedah 10B kepada murid. 2. GBKSM membimbing murid dengan membuat simulasi 10B; a. Bertenang – Membuat pernafasan relaks; Tarik nafas dalam kiraan 3 dan lepas. Tarik nafas dalam kiraan 5 dan lepas. Tarik nafas dalam kiraan 7 dan lepas. b. Bernafas dengan dalam – Tarik nafas dalam-dalam dan dalam kiraan 7 lepaskan dengan suara yang kuat. c. Berkata: Relaks / Tak mengapa; GBKSM membuat provokasi kepada murid. Contoh: GBKSM : Ada murid yang mengatakan kamu seorang yang pengotor. Murid : ...tarik nafas dan menjawab......ok, tak mengapa, nanti saya perbaiki diri. d. Beribadat – GBKSM menggalakkan murid beribadat mengikut agama masing-masing. e. Bercakap dengan seseorang; GBKSM dan murid melakonkan aktiviti berkongsi masalah. GBKSM dan murid saling bertukar tempat. f. Berurut GBKSM melatih murid teknik mengurut leher dan bahu serta kepala.


MODUL MINDA SIHAT g. Berehat dan mendengar muzik; GBKSM menerangkan situasi yang sesuai untuk murid mendengar muzik. Berbaring, pejamkan mata dan pasang muzik dengan perlahan. Sebaik-baiknya muzik instrumental. h. Beriadah GBKSM berbincang dengan murid aktiviti riadah yang boleh dibuat. Contoh : Berkelah, berenang, bermain bola, bermain dam dan berbasikal. i. Bersenam GBKSM berbincang tentang aktiviti senaman. Contoh: Jogging, aerobic, skipping, senaman lantai. j. Berfikiran positif GBKSM menggalakkan murid melihat sesuatu secara positif. Contoh: Situasi 1 : Seorang budak perempuan berpakaian cantik dan bergincu. Fikiran negatif : Budak perempuan itu mengada- ngada. Fikiran positif : Budak perempuan itu seorang yang gembira dan suka dirinya kelihatan cantik. Situasi 2 : Seorang guru memarahi murid yang nakal dan membuat bising di kelas. Fikiran negatif : Guru itu marah sebab benci kepada murid tersebut. Fikiran positif : Guru itu marah akan perbuatan murid tersebut dan bukan diri murid itu. 3. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. Falsafah : Usaha Tangga Kejayaan


MODUL MINDA SIHAT 8 5.3 AKTIVITI 3 TEKNIK RELAKSASI TAJUK : Teknik Relaksasi OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. mengetahui maksud relaksasi. 2. menyatakan faedah latihan relaksasi. 3. mengamalkan sebahagian aktiviti latihan relaksasi. MASA : 60 minit BAHAN : CD teknik pernafasan dan urutan leher dan bahu. (Lampiran 3) LANGKAH : 1. GBKSM menerangkan teknik-teknik relaksasi seperti: a. Latihan pernafasan b. Urutan bahu, leher dan kaki c. Terapi muzik d. Relaksasi otot e. Aromaterapi 2. GBKSM menunjukkan teknik relaksasi (Lampiran 3). 3. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Kebahagiaan Hak Milik Semua


MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 3 Nota Guru i. Latihan Pernafasan Proses pengendalian a. Berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan disisi. b. Pejam mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan. c. Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung sedalam-dalamnya dengan kiraan 10. d. Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung. e. Terapkan perasaan lega setiap hembusan nafas. f. Ulangi 5 kali sehingga berasa tenang dan relaks. g. Akhirnya, buka mata perlahan-lahan. ii. Urutan leher dan bahu (Sama Jantina) Proses pengendalian a. GBKSM menjemput murid duduk di atas kerusi dan mendapatkan kedudukan selesa. b. GBKSM berdiri di belakang murid dan cadangkan melakukan urutan bahu dan leher. c. Minta murid tanggalkan cermin mata (jika ada) dan menutup mata. d. Letakkan tangan GBKSM dengan perlahan di atas bahu murid. e. Letakkan ibu jari di bahagian tengkuk dan urut dengan perlahan-lahan hingga ke bahagian bahunya dan kemudian kembali ke bahagian tengkuk. Ulangi 3 kali. f. Dengan menggunakan kedua belah tangan, urut dari bahagian bahu hingga ke bahagian atas lengan. Ulangi 3 kali. g. Urut dengan ibu jari bermula dari bahagian bawah tengkuk mengarah ke luar menjauhi tulang belakang. Ulangi 3 kali. h. Urut dengan ibu jari bahagian bawah tengkuk dengan menggunakan teknik memutar. i. Letakkan satu tangan di dahi murid dan tangan yang satu lagi di bahagian tengkuk. Dengan perlahan putarkan kepala murid ke kanan dan kemudian ke kiri. j. Gunakan jari-jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi dan terus ke bahagian tengah tepi dengan menggunakan teknik memutar. Ulangi 3 kali k. Letakkan kembali tangan di bahagian bahu murid.


MODUL MINDA SIHAT 10 iii. Terapi muzik Proses pengendalian a. GBKSM mengucapkan ‘selamat datang’ serta minta murid duduk di kerusi sofa. b. Pilih CD mengikut kesukaan murid c. Pasang CD dan earphone d. Pejam mata dan bayangkan keadaan tenang sambil mendengar muzik. e. Sekiranya murid masih stres, minta murid kongsi perasaan dengan orang lain. iv. Relaksasi otot Proses pengendalian a. GBKSM mempersilakan murid duduk di atas kerusi yang selesa b. Pejamkan mata c. Genggamkan sebelah tangan dengan kuat selama beberapa saat dan tumpukan perhatian kepada ketegangan genggaman tersebut. d. Kemudian lepaskan genggaman perlahan-lahan. Rasakan ketegangan itu hilang perlahan-lahan. e. Ulangi latihan ini pada otot-otot di bahagian lain badan (mata, muka, dahi, tangan dan kaki).


MODUL MINDA SIHAT 5.4 AKTIVITI 4 BERFIKIR SECARA POSITIF TAJUK : Berfikir Secara Positif OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. mengetahui maksud pemikiran positif. 2. menyenaraikan beberapa faedah pemikiran positif. 3. mengamalkan aktiviti pemikiran positif. MASA : 60 minit BAHAN : Lembaran senario (Lampiran 4), Panduan berfikiran positif (Lampiran 5). LANGKAH : 1. GBKSM memberikan satu senario kepada murid untuk dibincangkan (Lampiran 4). 2. GBKSM akan menganalisa senario bersama-sama murid. 3. GBKSM menerangkan langkah-langkah berfikiran secara positif (Lampiran 5): a. Langkah 1 : Mengenalpasti situasi. b. Langkah 2 : Menilai kewujudan pemikiran negatif. c. Langkah 3 : Menilai sama ada pemikiran negatif tersebut sahih/wajar, serta mempunyai fakta yang kukuh. d. Langkah 4 : Gantikan pemikiran negatif dengan pemikiran yang lebih munasabah. 4. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Kehidupan Lebih Bererti Apabila Fikiran Sentiasa Positif


MODUL MINDA SIHAT 12 LAMPIRAN 4 SENARIO Dipersalahkan Kerana Melakukan Kesalahan Disiplin LAMPIRAN 5 Nota Guru Kemungkinan Respon i. Respon Negatif Pemikiran negatif :- Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini, “Mesti ada orang cuba menganiaya aku”. Tindakan negatif:- Berasa kecil hati. Suka ponteng kelas dan sekolah. Terus bersedih dan sentiasa mengelak daripada berjumpa rakan dan GBKSM. Hasil negatif:- Tidak dapat menumpukan perhatian kepada pdp dalam kelas. Keputusan peperiksaan semakin merosot dan mencari alasan untuk berhenti sekolah. ii. Respon Positif Pemikiran positif:- Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini, “Aku akan cuba berubah dengan lebih baik pada masa akan datang”. Tindakan positif:- Berjumpa dengan GBKSM untuk membincangkan langkah- langkah bagi memperbaiki diri. Hasil positif:- Berasa selesa dengan diri sendiri dan mempunyai harga diri yang tinggi. Tidak perlu mengalami stres.


MODUL MINDA SIHAT 5.5 AKTIVITI 5 HARGA DIRI TAJUK : Harga Diri OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. mengetahui maksud kepentingan harga diri. 2. mengenalpasti perasaan yang wujud dan cara menanganinya. 3. mengenalpasti kelemahan dan kekuatan untuk membantu kemajuan diri. MASA : 60 minit BAHAN : Helaian potensi diri (Lampiran 6). LANGKAH : 1. GBKSM berbincang dengan murid tentang maksud harga diri. 2. GBKSM mengedar dan membimbing murid melengkapkan Helaian Potensi Diri (Lampiran 6). 3. GBKSM berbincang dengan murid tentang kelebihan diri yang perlu terus kekal pada diri dan ditingkatkan. 4. GBKSM berbincang dengan murid tentang kelemahan diri yang perlu diperbaiki. 5. Murid diminta menyusun butiran potensi diri mengikut keutamaan. 6. GBKSM membuat pengukuhan. 7. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Kejayaan Akan Dicipta Oleh Orang Yang Mempunyai Harga Diri Yang Tinggi.


MODUL MINDA SIHAT 14 LAMPIRAN 6 Helaian Potensi Diri Kelebihan Diri Kelemahan Diri 1. 2. 3. 4. 5. 1. 2. 3. 4. 5.


MODUL MINDA SIHAT 5.6 AKTIVITI 6 PENYELESAIAN MASALAH TAJUK : Penyelesaian Masalah OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. menyatakan apa itu penyelesaian masalah. 2. menyenaraikan kebaikan penyelesaian masalah yang baik. 3. membincangkan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah. MASA : 60 minit BAHAN : Lembaran senario (Lampiran 7), panduan kemahiran daya tindak (Lampiran 8) dan tips membuat keputusan (Lampiran 9). LANGKAH : 1. GBKSM memberi senario kepada murid (Lampiran 7). 2. GBKSM perlu menyenaraikan respon daripada murid dan membincangkan di papan putih. 3. GBKSM melatih murid menggunakan pendekatan IDEAL untuk mempertingkatkan kemahiran penyelesaian masalah (Lampiran 7) 4. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Agi Idup Agi Ngelaban


MODUL MINDA SIHAT 16 LAMPIRAN 7 CONTOH SENARIO Ahmad seorang murid yang pemalu dan pendiam. Disebabkan oleh sikapnya itu beliau sering menjadi bahan ejekan dan dibuli oleh rakan-rakan sekolah. Ahmad juga tidak mampu untuk membuat aduan kepada guru kerana telah diugut oleh muridmurid tersebut. Jika anda adalah Ahmad, bagaimanakah anda menyelesaikan masalah ini? i. I – Identify (kenalpasti masalah) Ahmad sering menjadi bahan ejekan dan buli akibat sifatnya yang pemalu dan pendiam. ii. D – Describe (Huraikan pilihan yang ada) a. Membuat aduan kepada guru. b. Membiarkan saja perlakuan tersebut. c. Bertindak agresif dengan membalas tindakan rakan. d. membuat keputusan memberitahu ibu bapa dan pindah sekolah. iii. E – Evaluate (Buat penilaian bagi setiap pilihan: kelebihan dan kelemahan) a. Membuat aduan kepada guru Masalah dapat diselesaikan. Dapat bersekolah dengan tenang. Murid akan diambil tindakan dihukum. Murid akan berdendam kepadanya. b. Membiarkan saja perlakuan tersebut Masalah tidak dapat diatasi. Murid akan terus mengejek dan membuli. Ahmad akan lebih murung dan stres. c. Bertindak agresif dengan membalas tindakan rakan Akan berasa puas dapat membalas Timbul rasa yakin diri dan berani Akan diambil tindakan oleh guru disiplin


MODUL MINDA SIHAT d. Membuat keputusan pindah sekolah Mendapat suasana dan rakan baru. Lebih fokus untuk belajar kerana tiada gangguan. Sekiranya tidak berubah daripada sikap lamanya maka dia akan terus dibuli di sekolah baru. Mengambil masa untuk menyesuaikan diri di tempat baru. v. A – Act (Bertindak berdasarkan pilihan yang baik) Pilih keputusan ( A ) Sebab-sebab memilih adalah dengan membuat aduan kepada guru, oleh itu masalah akan dapat diatasi kerana murid yang membuli akan diambil tindakan, seperti tindakan disiplin, kaunseling dan sebagainya dan dirinya juga akan diberi dorongan dan kaunseling agar dapat membina keyakinan diri. vi. L – Learn (Belajar dan semak semula) Menyedari bahawa terdapat banyak pilihan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pilihan yang terbaik adalah yang paling praktikal.


MODUL MINDA SIHAT 18 5.7 AKTIVITI 7 TEGAS DIRI TAJUK : Tegas Diri OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. mengetahui maksud tegas diri. 2. memberi contoh individu yang tegas diri. 3. membuat latihan untuk menilai tahap perlakuan tegas diri murid. MASA : 60 minit BAHAN : Borang Penilaian Sikap Tegas Diri (Lampiran 10), Nota Guru (Lampiran 11). LANGKAH : 1. GBKSM mengedarkan Borang Penilaian Sikap Tegas Diri berkaitan sikap asertif (Lampiran 10). 2. GBKSM meminta murid menjawab Borang Penilaian Sikap Tegas Diri. 3. GBKSM mentafsir sikap tegas diri murid. 4. GBKSM menerangkan ciri-ciri individu yang asertif. 5. GBKSM menerangkan perbezaan di antara sikap pasif, tegas dan agresif/garang (Lampiran 11) 6. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Berani Kerana Benar


MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 10 BORANG PENILAIAN SIKAP TEGAS DIRI BIL ITEM SKALA 1 Kerap 2 Kadang kala 3 Jarang Sekali 4 Tidak Pernah 1. Dalam sesuatu mesyuarat yang diselubungi oleh kemarahan, percanggahan pendapat, saya boleh bercakap dengan penuh yakin. 2. Jika saya berasa ragu-ragu, saya mudah meminta pertolongan. 3. Kalau ada sesiapa bersikap tidak adil dan garang, saya dapat menangani situasi ini dengan penuh keyakinan. 4. Bila seseorang suka menyindir saya ataupun orang lain, saya dapat bercakap tanpa berasa marah. 5. Bila saya ditindas, saya akan menyuarakan pandangan dengan terus terang tanpa bersikap agresif. 6. Sekiranya saya berasa saya diambil mudah, saya boleh menarik perhatian mengenai perkara itu tanpa bermasam muka atau rasa kecewa. 7. Kalau seseorang meminta kebenaran untuk melakukan sesuatu yang saya tidak mahu beliau lakukan, seperti merokok, saya akan menyatakan; "JANGAN" tanpa berasa bersalah. 8. Jika sesiapa meminta pendapat tentang sesuatu, saya boleh memberikan pandangan walaupun tidak popular. 9. Saya boleh berhubung secara mudah dan berkesan dengan orang atasan. 10. Bila layanan yang diberi tidak memuaskan samada di kedai ataupun di restoran, saya dapat menyatakan perasaan tidak puas hati tanpa menyerang pihak lain. 11. Bila terdapat sesuatu peluang / tawaran yang penting, saya akan menyuarakan bagi pihak diri sendiri. 12. Bila saya dapat mengesan sesuatu yang tidak betul, saya akan bertindak tanpa menunggu akibat yang lebih buruk. 13. Bila ada berita buruk yang perlu saya sampaikan, saya dapat menyatakan dengan tenang tanpa terlalu risau.


MODUL MINDA SIHAT 20 14. Jika saya memerlukan sesuatu, saya akan memintanya secara berterus terang. 15. Bila seseorang tidak memberi perhatian terhadap apa yang saya katakan, saya berupaya menyampaikan maksud saya tanpa bercakap lantang dan berasa kecewa. 16. Bila seseorang silap memahami apa yang saya sampaikan, saya akan membuat pembetulan tanpa rasa bersalah ataupun memperkecilkan orang itu. 17. Bila saya tidak bersetuju dengan pandangan ramai, saya dapat menyampaikan pendapat saya tanpa rasa bersalah ataupun angkuh. 18. Saya sedia menerima teguran. 19. Saya dapat memberikan pujian tanpa berasa malu atau kelihatan mengampu. 20. Bila marah, saya masih dapat menyampaikan pendapat tanpa menghukum atau pun berasa kecewa. KAEDAH MENGIRA SKOR PENILAIAN TEGAS DIRI (ASERTIF) Jumlahkan kesemua markah pada jawapan setiap ruang. Kalau jumlah di antara 20 - 25, klien adalah seorang yang berkeyakinan dan asertif dalam menghadapi sebarang situasi. Kalau jumlah di antara 26 - 35, walaupun klien boleh mempunyai sikap asertif tetapi boleh diperbaiki melalui latihan tegas diri. Kalau jumlah di antara 36 - 50, sikap tegas diri klien tidak konsisten dan perlu berusaha untuk memperbaiki sikap. Kalau jumlah skor di antara 51 - 80, klien perlu berusaha keras untuk membentuk sikap tegas diri.


MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 11 NOTA GURU PERBEZAAN DI ANTARA SIKAP PASIF, TEGAS DAN AGRESIF/ GARANG Pasif Tegas Agresif/Garang Lisan Meminta maaf Merayu Meleret dan meremehkan Merendah diri Kenyataan ringkas dan jelas Pernyataan menunjuk kehendak Pernyataan objektif Kritikan membina Lebih menyebut saya Angkuh Menekan Mengancam Menyindir Menyalah dan merendahkan orang Bukan Lisan a) Umum b) Khusus Gerak badan yang mengharap orang bertanya kemahuan anda Pandangan yang tidak menyakinkan apabila menyatakan sesuatu Tingkah laku mendengar penuh minat, yakin, membayangkan kekuatan dan prihatin Menunjuk kekuatan secara berlebihan, angkuh Suara Tidak bermaya, teragak-agak, halus dan ragu-ragu Tegas, mesra, relaks dan suara yang bersesuaian Nyaring, kuat, tidak mesra dan autoritatif Mata sentiasa merenung ke bawah, berair dan merayu Pandangan ikhlas, ada eye contact tetapi bukan menatap dengan tajam Lain-lain a) Kedudukan diri b) Gaya atau posisi tubuh c) Tangan d) Kaki Mencari sokongan Memutarbelit Membongkok Cuba menyembunyikan diri Mengangguk kepala berlebihan Sejuk dan menggeletar Berjalan menyeret, resah gelisah dan menghayun kaki Selesa dan relaks Relaks dan pergerakan yang yakin Kedudukan selesa Menuding jari Cekak pinggang, kasar dan suka menyindir Tindakbalas terburuburu dan menumbuknumbuk Mengetuk dengan perlahan


MODUL MINDA SIHAT 22 5.8 AKTIVITI 8 BUAT CERITA TAJUK : Buat Cerita OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. mengenalpasti perkara yang patut dilakukan dalam menghadapi permasalahan hidup. 2. menangani masalah yang dihadapinya. MASA : 60 minit BAHAN : Contoh helaian cerita (Lampiran 12) LANGKAH : 1. GBKSM memberi contoh helaian cerita kepada murid untuk dibaca (Lampiran 12). 2. GBKSM meminta murid untuk menulis ceritanya sendiri mengikut masalah yang sedang dialaminya. 3. GBKSM berbincang dengan murid tentang masalah yang dihadapi mengikut nota panduan berikut; Apakah cabaran yang ditempuhi oleh watak dalam cerita? Apakah yang perlu dilakukan oleh watak untuk mengatasi masalahnya. Siapakah orang yang boleh berkongsi cerita dengan watak. Apakah kekuatan yang ada pada diri untuk dijadikan sebagai benteng kekuatan diri. 4. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Setiap Penyakit Ada Ubatnya


MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 12 Helaian Cerita Dear Diary, Ohhh.......Elly memang dah tak nak kawan dengan aku lagi. Nampaknya dia cuma nak kawan dengan orang yang pandai macam dia. Masa aku pergi rumah dia, dia macam malas nak layan aku, macam terpaksa aje. Aku rasa dah keseorangan dalam dunia ini. Kawan-kawan, emak, abah, abang, kakak malah adik pun macam menyingkirkan aku. Aku rasa teruk sangat, ke mana aku nak mengadu.................


MODUL MINDA SIHAT 24 5.9 AKTIVITI 9 MOTO HIDUP TAJUK : Moto Hidup OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. mengetahui kepentingan untuk bersifat sabar. 2. mengukuhkan sifat cekal bagi mencapai kejayaan dalam hidup. 3. membina matlamat diri untuk berjaya. MASA : 60 minit BAHAN : Peribahasa (Lampiran 13). LANGKAH : 1. GBKSM mengedarkan helaian peribahasa (Lampiran 13). 2. GBKSM dan murid berbincang tentang maksud peribahasa. 3. GBKSM mengaitkan peribahasa tersebut dengan diri murid. 4. GBKSM meminta murid memberi contoh peribahasa lain yang sesuai untuk dirinya yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan. 5. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan.


MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 13 PERIBAHASA Berikan maksud peribahasa di bawah. 1. “ Belakang parang diasah lagikan tajam” __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 2. “Genggam bara api biar sampai jadi arang” __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 3. “ Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 4. “Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit” __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________


MODUL MINDA SIHAT 26 Nota Guru 1. “ Belakang parang diasah lagikan tajam” JIKA BERUSAHA DENGAN GIGIH PASTI AKAN BERJAYA 2. “Genggam bara api biar sampai jadi arang” MEMBUAT SESUATU PEKERJAAN YANG SUSAH HENDAKLAH SABAR SEHINGGA MENCAPAI KEJAYAAN. 3. “ Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” CITA-CITA TANPA USAHA TIDAK AKAN TERCAPAI 4. “Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit” USAHA YANG TERUS MENERUS PASTI AKHIRNYA AKAN MEMBERIKAN HASIL


MODUL MINDA SIHAT 5.10 AKTIVITI 10 RANCANGAN HIDUPKU TAJUK : Rancangan Hidupku OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. membuat perancangan hidup bagi memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. MASA : 60 minit BAHAN : Helaian Rancangan Hidupku (Lampiran 14). LANGKAH : 1. Murid diminta melengkapkan helaian Rancangan Hidupku (Lampiran 14). 2. Murid diminta membacakan maklumat yang telah ditulis dalam helaian Rancangan Hidupku. 3. GBKSM dan murid berbincang sama ada butiran yang ditulis adalah sesuatu yang realistik dan boleh dicapai. 4. Murid diminta menyimpan helaian Rancangan Hidupku untuk dijadikan panduan membina matlamat hidup. 5. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Kehidupan Yang Dirancang Dengan Baik Akan Memberi Ketenangan


MODUL MINDA SIHAT 28 LAMPIRAN 14 Helaian Rancangan Hidupku Matlamat Hidupku Pelan Matlamat Hidup Faktor-Faktor Dalaman dan Luaran Yang boleh Membantu Usaha Yang Akan Dibuat


MODUL MINDA SIHAT Nota Guru Helaian Rancangan Hidupku Matlamat Hidupku Saya ingin menjadi doktor Pelan Matlamat Hidup 1. Masuk kelas sains tulen 2. Belajar subjek sains tulen 3. Dapat A semua subjek 4. Masuk matrikulasi atau asasi hayat 5. Menyambung ijazah perubatan Faktor-Faktor Dalaman dan Luaran Yang boleh Membantu Rakan sebaya Sokongan guru Sokongan ibu bapa Asertif Usaha Yang Akan Dibuat Tuisyen Belajar sendiri Bertanya kepada guru Belajar dalam kumpulan


Click to View FlipBook Version