Minit Mesyuarat HEM 2022
SMK MUNSHI ABDULLAH
75350 BATU BERENDAM, MELAKA
CATATAN MINIT MESYUARAT
TARIKH : 18.01.2022 (SELASA)
MASA : 2:30 PETANG
TEMPAT : BILIK GERAKAN, SMK MUNSHI ABDULLAH
TAJUK : MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN PENYERAHAN BANTUAN
AWAL PERSEKOLAHAN SMK MUNSHI ABDULLAH
KEHADIRAN : RUJUK LAMPIRAN
1.0 UCAPAN TIMBALAN PENGERUSI
Timbalan Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru dan mengucapkan terima
kasih kerana dapat meluangkan masa hadir ke mesyuarat. Beliau memaklumkan
bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyelaraskan pengagihan
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2022.
Tindakan: makluman
2.0 BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)
2.1 Encik Kamarudin memaklumkan bahawa seramai 607 orang murid Sekolah
Menengah Munshi Abdullah yang layak menerima Bantuan Awal Persekolahan
(BAP). Senarai nama murid yang layak adalah berdasarkan pengemaskinian
maklumat pendapatan oleh ibu bapa atau penjaga murid di dalam sistem Aplikasi
Pangkalan Data Murid (APDM). Guru kelas perlu mengenalpasti hanya pelajar
yang layak sahaja menerima BAP. Senarai nama murid boleh rujuk pada helaian
lampiran. Jumlah wang bantuan yang diterima adalah RM150.00 tunai sekali
setahun bagi seorang murid.
2.2 Antara kriteria kelayakan murid yang menerima BAP adalah murid warganegara
Malaysia, murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 4 bagi sesi
persekolahan penggal 3 dan murid dalam kalangan isi rumah berpendapatan
Minit Mesyuarat HEM 2022
bulanan kasar RM3000.00 dan ke bawah. Pendapatan kasar bulanan ambil kira
gaji hakiki atau pokok dan elaun tetap sahaja.
2.3 Murid-murid wajib melengkapkan Borang PB1 iaitu Borang Permohonan Bantuan
dan Borang PB2 iaitu Borang Pengesahan Pendapatan bagi penjaga yang tiada
majikan. Pada tahun ini bagi memudahkan dan mempercepatkan proses
pengagihan wang bantuan borang yang telah lengkap diisi bersama satu salinan
sijil lahir murid, kad pengenalan ibu bapa atau penjaga dan bukti pendapatan
(slip gaji/pengesahan pendapatan) perlu diserahkan kepada penyelaras
tingkatan. Kemudian penyelaras tingkatan akan menyerahkan borang tersebut
kepada Guru Penolong Kanan HEM untuk dibuat pengesahan oleh JPKK kawasan
dan sebagainya.
2.4 Pengurusan agihan BAP perlu mengikut tatacara Pengurusan Kewangan dan
Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah. Sekolah masih menggunakan nombor
akaun yang sama.
2.5 Sekolah tidak dibenarkan mengadakan sebarang majlis penyerahan BAP.
2.6 Tarikh akhir permohonan peruntukan tambahan daripada sekolah ke PPD adalah
pada 15 Mei 2022, manakala pemulangan lebihan peruntukan BAP dari sekolah
ke Bkew adalah pada 30 Ogos 2022.
2.7 Tarikh serahan BAP adalah berdasarkan jadual penggiliran murid ke sekolah.
Pihak sekolah hendaklah memastikan ibu bapa atau penjaga murid
menandatangani Borang B3 senarai akuan penerimaan/penolakan. Pelaksanaan
penyerahan BAP perlu mematuhi SOP MKN dan KKM. Sekolah memilih kaedah
agihan serahan tunai secara bersemuka.
Tindakan: GPK HEM, Penyelaras Tingkatan dan guru kelas
3.0 APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)
3.1 Puan Tuan Salina menerangkan cara pengemaskinian maklumat ibu bapa atau
penjaga secara dalam talian. Ibu bapa atau penjaga perlu melayari pautan portal
https://public.moe.gov.my. Ini juga dapat mengelakkan pengisian maklumat
berulang kali.
3.2 Maklumat yang perlu dikemaskini adalah profil anak jagaan, alamat anak jagaan,
maklumat penjaga dan pengesahan perakuan maklumat. Ibu bapa atau penjaga
Minit Mesyuarat HEM 2022
boleh melakukan kemaskini maklumat yang perlu jika terdapat perubahan.
3.3 Setelah selesai mengemaskini maklumat yang diperlukan, ibu bapa atau penjaga
hendaklah membuat perakuan semakan maklumat dengan klik dan tanda tick di
petak PERAKUAN jika telah selesai. Klik CETAK BORANG APDM jika ibu bapa atau
penjaga ingin mencetaknya.
Tindakan: Guru kelas
4.0 HAL-HAL LAIN
4.1 Borang pemohonan BAP bagi pelajar asrama akan diuruskan oleh warden
asrama.
4.2 Pihak sekolah dalam proses memantapkan penggunaan Sistem E-Datang.
Diharapkan para guru dapat membuat pengemaskinian maklumat atau
meng’install’ aplikasi tersebut di dalam telefon bimbit masing-masing.
Tindakan: Semua guru
5.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:30 petang
Dicatat dan disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,
……………………………… ………………………………
(IZZIATY BINTI YAHYA) (KAMARUDIN BIN KASSIM)
Penolong Setiausaha Unit HEM, Guru Penolong Kanan HEM,
SMK Munshi Abdullah. SMK Munshi Abdullah.