SUBJEK : PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2 / B
KOD SUBJEK : VRS 1021
KUMPULAN : 10
NAMA PENSYARAH : USTAZ MUHAMMAD AFIFI BIN ABU BAKAR
TAJUK TUGASAN : PENGUCAPAN AWAM
NAMA AHLI KUMPULAN:
BIL NAMA AHLI NOMBOR MATRIKS
1. SITI NUR NABIHA BINTI KAUTHAR M204005702
2. FARHANIM BINTI FADZILAH M204016802
3. ANIS NAJWA BINTI MAN M204003302
4. SITI NUR FATIHAH BINTI JAAFAR M212077802
5. SITI MURSALINA BINTI ABDUL NAIN M194039719
1
PENGENALAN PENGUCAPAN AWAM
Pengucapan merupakan satu kaedah berkomunikasi secara lisan yang dilakukan dalam situasi yang
terancang iaitu penetapan masa, tempat dan isu yang hendak disampaikan . Menurut Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka Edisi ke empat, ucapan ialah apa yang diucapkan, perkataan(kata-kata) yang
diucapkan; cara menyebut sesuatu kata,lafaz,sebutan;kata.-kata yang mengandungi harapan supaya
selamat. Selain itu, menurut Rahimah Yeop(2001) , pengucapan awam ialah satu interaksi penghantaran
mesej antara seorang pengucap dan sekumpulan pendengadengan bertujuan untuk memindahkan dan
menyampaikan mesej dari satu pihak kepada pihak yang lain.
Definisi pengucapan awam pula ialah satu proses berkomunikasi yang melibatkan seorang pengucap
dengan pendengar.Pengucapan awam melibatkan penghantaran mesej dalam bentuk lisan atau bukan
lisan.Selain itu,pengucapan awam juga bukan sahaja menyampaikan mesej daripada maksud
percakapan malah juga melalui bahasa badan, penampilan, tingkah laku dan etika.
Penting pada seseorang individu itu untuk mengetahui apakah itu pengucapan awam dan bagaimanakah
cara untuk mengaplilasikannya.Hal ini kerana pengucapan awam yang mampu membolehkan
perpindahan idea dan perasaan secara berkesan daripada pengucap kepada pendengar.
OBJEKTIF PENGUCAPAN AWAM
• Memahami dan mengetahui definisi pengucapan awam dengan lebih mendalam.
• Mengenalpasti ciri- ciri serta kaedah pengucapan awam yang baik.
• Mengkaji dan mengenalpasti gangguan yang dihadapi dalam pengucapan awam.
• Mengetahui bagaimana untuk menghasilkan pengucapan awam yang berkesan.
MATLAMAT PENGUCAPAN AWAM
Antara matlamat dalam pengucapan awam ialah:
1. Memberi maklumat.
Pengucap bertujuan untuk memberitahu atau menerangkan kepada pendengar tentang sesuatu konsep,
perkara, proses, fenomena, idea dan sebagainya.
2. Memujuk.
Pengucap merayu atau cuba untuk mempengaruhi pendengar untuk menghasilkan perubahan dari segi
sikap, kepercayaan dan tindakan.
3. Menghibur.
Untuk memastikan bahawa pendengar tidak berasa bosan malah berasa seronok dan selalunya terjadi di
majlis keraian. Pengucap sering kali membawa pendengar ke situasi dan kenyataan yang melucukan.
2
CIRI_CIRI PENGUCAPAN AWAM
1. Pengucap.
Pengucap merupakan seorang individu yang mempunyai mesej dan bertindah menyampaikan mesej
kepada orang lain. Selain itu, pengucap perlulah memastikan apa yang disampaikannya mudah difahami
oleh pendengar.
2. Pendengar.
Pendengar atau penerima merupakan orang yang mendengar serta menerima mesej daripada
pengucap. Peranan utama seorang pendengar ialah menganalisis dan mentafsir mesej yang diterima
serta member respons kepada pengucap. Respons yang diberikan tidak kiralah sama ada berbentuk
lisan atau bukan lisan.
3. Situasi.
Situasi merupakan proses perpindahan sesuatu mesej atau maklumat. Ia mestilah berlaku dalam sesuatu
situasi yang tertakluk kepada waktu,tempat dan majlis yang khusus.
4. Mesej.
Mesej diwakili oleh simbol-simbol lisan dan bukan lisan yang dihantar daripada pengucap kepada
penerima. Sebagai contoh, melalui kaedah lisan, tulisan mahupun medium pengantaraan.
5. Saluran.
Saluran atau medium pengantaraan merupakan penghubung antara pengucap dan penerima jarak jauh
untuk menyampaikan maklumat. Contoh-contoh saluran yang biasa digunakan adalah radio, televisyen,
emel dan buku.
6. Maklum balas.
Maklum balas atau respon merupakan tindakan pendengar selepas menerima mesej daripada
pengucap. Respons boleh berbentuk lisan mahupun bukan tulisan daripada penerima mesej tersebut.
7. Gangguan.
Gangguan boleh berlaku dalam proses komunikasi kerana terdapat banyak faktor yang mempengaruhi
keadaan ini. Gangguan-gangguan ini berpunca daripada fizikal, teknikal, fisologi , semantik dan banyak
lagi. Antara contoh paling ketara yang sering berlaku di majlis umum ialah masalah teknikal
berhubungan dengan alat siar pandang atau alat pembesar suara. Perkara sebegini boleh
membantutkan niat para pendengar yang sedang menumpukan perhatian.
3
KAEDAH PENGUCAPAN AWAM
Seperti yang kita sedia maklum, bahawa berdiri di hadapan orang ramai untuk memberikan ucapan atau
syarahan boleh menjadi ketakutan yang paling ditakuti oleh ramai orang. Tidak semua orang mempunyai
keberanian untuk bercakap di khalayak umum. Jadi disini di sertakan beberapa kaedah pengucapan awam
yang berkesan untuk menarik minat orang ramai untuk mendengar dan memberi perhatian kepada
pengucapan kita.
Antara kaedah pengucapan awam yang berkesan untuk menawan minat para pendengar ialah:
i. Memulakan ucapan ataupun syarahan dengan biodata diri yang ringkas agar mereka tahu serba
sedikit tentang diri pengucap supaya mereka lebih yakin dan tidak mempunyai perasaan ragu-
ragu untuk terus mendengar.
ii. Berkongsi fakta-fakta yang menarik dan jarang didengari, ini menjadi salah satu sebab untuk
para pendengar memberikan perhatian kerana telah mendapat satu info yang baharu dan mereka
ingin tahu dengan lebih lanjut lagi tentang fakta-fakta tersebut.
iii. Memulakan pengucapan dengan cerita yang menarik yang mempunyai unsur lucu dan suspen
yang boleh membuatkan para pendengar semakin ternanti-nanti akan ucapan seterusnya.
iv. Menggunakan Bahasa yang mudah difahami, pengucap mesti cakna bahawasanya para
pendengar terdiri dari pelbagai umur. Dengan menggunakan Bahasa ataupun penggunaan istilah
yang sering didengar dan mengikut peredaran zaman.
v. Menyampaikan sumber yang sahih agar tidak dipertikaikan oleh para pendengar. Jika para
pendengar masih mempertikaikan juga sekurang-kurangnya pengucap boleh menjustifikasikan
pengucapannya dengan fakta yang telah dikaji sebelum memulakan peungucapannya.
vi. Gaya persembahan yang menarik, pengucap seharusnya bijak dalam meneliti keadaan sekeliling.
Sebagai contoh, menganalisis situasi ketika itu dan menyesuaikan dengan cara dan gaya tertentu,
mengawal suara mengikut situasi dan juga memberilan ucapan dengan sepenuh hati.
vii. Penampilan yang menarik adalah cara yang paling penting sekali untuk menawan hati para
pendengar. Dengan berpakaian kemas, mempunyai gaya dan aura tersendiri, kebersihan diri
terjaga akan membuatkan para pendengar lebih mempercayai pengucap kerana penampilan
luaran sekarang lebih menjadi keutamaan dalam setiap perkara.
viii. Penggunaan alat bantuan tampak seperti gambar, slide pembentangan, filem dan lain lagi dapat
membantu pengucap untuk menerangkan dengan lebih mudah dan tidak akan membuatkan
pengucap berasa kekok kerana perhatian akan diberikan lebih kepada alat bantuan tampak
tersebut.
4
GANGGUAN SEMASA PENGUCAPAN AWAM
Terdapat dua jenis gangguan yang biasanya terjadi kepada pengucap ketika melakukan pengucapan
awam. Antaranya ialah:
Gangguan Dalaman
1. Gemuruh
Gemuruh sukar untuk diatasi oleh para pengucap. Gemuruh akan memberi kesan negatif kepada
sesuatu pengucapan awam. Contohnya, mengigil, badan menjadi sejuk dan suara tidak jelas. Jika
berhadapan dengan situasi ini, pengucap haruslah bertenang dan menarik nafas kerana ia membantu
pengucap untuk menjadi lebih tenang. Walaupun pengucap berada dalam keadaan gemuruh, pengucap
haruslah menunjukkan wajah yang yakin kepada pendengarnya. Pengucap perlulah menganalisis diri
sendiri dan memperbaiki kekurangan serta mencuba untuk mengekalkan momentum tumpuan terhadap
perkara yang ingin disampaikan.
2. Tidak dapat menjawab soalan yang diajukan audiens
Setiap pengucapan awam akan diakhiri dengan sesi soal jawab dan daripada sesi tersebut
pengucap dapat melihat maklumbalas para pendengar. Jika terdapat perkara yang kurang mereka
fahami, mereka boleh mengajukan soalan. Mereka juga boleh memberi pendapat dan berkongsi
maklumat. Sebelum memulakan pengucapan awam, pengucap perlulah mengumpulkan sebanyak
mungkin maklumat berkaitan topik dalam ucapannya. Selain itu, pengucap perlulah bersedia dalam
menghadapi sebarang kemungkinan dan memperbanyakkan bacaan dan pencarian maklumat.
3. Lupa Objektif dan Motif
Pengucap mestilah menghurai tajuk mereka dengan baik tetapi jangan menghurai tajuk tersebut
terlalu panjang sehingga lari daripada objektif pengucapan mereka. Nota pendek harus disediakan
sebagai rujukan kepada pengucap. Dengan cara ini pengucap akan tahu perkara atau isi yang patut
diterangkan. Pengucap perlu menyusun maklumat mengikut turutan (pagination) supaya beliau tidak
terus hanyut dan keluar dari topik yang ingin disampaikan. Pengucap tidak perlu menghafal kesemua
ayat tetapi perlu menghafal dan memahami akan tajuk penting sahaja.
4. Kurang Pemahaman tentang Motif Acara
Pengucap seharusnya mengetahui aturcara majlis dan tujuan majlis itu diadakan. Pengucap perlulah
memperbanyakkan komunikasi dengan pihak penganjur tentang tujuan penganjuran sesuatu majlis
tersebut. Pengucap harus mendapat maklumat yang lengkap daripada pihak penganjur. Setiap
perubahan dalam aturcara majlis haruslah diberitahu kepada pengucap.
5
5. Menggeletar atau Menggigil
Menurut pendapat pakar, 5 minit pertama adalah tahap normal sekiranya menggeletar atau
menggigil (nervous) bagi setiap individu jika berucap di khalayak ramai. Pengucap perlu menenangkan
diri dan mencuba menyesuaikan diri dengan suasana majlis itu. Pengucap perlu menarik nafas panjang
dan mencari ruang nafas seketika untuk menempiaskan ketakutan di hadapan hadirinnya.
6. Beremosi secara Berlebihan
Semasa memberi ucapan, pengucap tidk boleh telalu emosi. Pengucap tidak boleh memarahi
pendengar, jika mereka membuat bising, datang lambat dan tidak memberi tindakbalas seperti yang
diinginkan. Pengucap harus pandai mengawal emosi dan menarik minat para pendengar untuk
mendengar. Meskipun, pengucap menghadapi masalah, mereka tidak boleh menunjukkan masalah yang
mereka hadapi. Pengucap haruslah bersemangat dan dan menaikkan suasana menjadi ceria dan
gembira. Pengucap haruslah seorang yang bermotivasi. Biarlah apa sahaja tindakbalas menonton
mereka harus bersabar.
Gangguan Luaran
1. Gangguan Teknikal
Gangguan teknikal merujuk kepada gangguan-gangguan dari segi aspek-aspek teknikal dan peralatan
seperti sistem bunyi dan audio, pengcahayaan, suhu, pengurusan pentas, skrin dan paparan, serta
komputer yang digunakan. Sebagai contoh, sistem bunyi, skrin dan komputer yang bermasalah boleh
mengganggu penyampaian pengacara, menghilangkan fokus penonton dan membuang banyak masa.
Pengurusan pentas yang baik dan penyaman udara yang tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas juga
penting bagi memastikan pengacara selesa berada diatas pentas. Bagi mengelakkan berlakunya
gangguan teknikal, peralatan mestilah selenggara dengan baik dan sesuai dengan keadaan dewan atau
lokasi majlis.
2. Gangguan Cuaca
Gangguan cuaca seperi hujan, ribut, kilat, dan angin kencang biasanya berlaku di majlis-majlis yang
diadakan di kawasan terbuka seperti padang, khemah, dan dewan terbuka. Hujan yang turun
menyebabkan audien dan pengacara berada dalam keadaan tidak selesa serta serba sedikit mengganggu
kelancaran perjalanan majlis. Selain itu, bunyi ribut dan kilat yang kuat menyebabkan suara pengacara
tenggelam serta menghilangkan fokus audien yang ketakutan. Disamping itu, angin kencang boleh
menyebabkan khemah rosak dan barang-barang bertaburan ditiup angin sekaligus memungkinkan acara
tidak dapat diteruskan.
6
3. Gangguan Pakaian
Pemakaian yang sesuai juga penting bagi memastikan pengacara berada dalam keadaan selesa.
Pakaian yang tidak selesa dan mengganggu pergerakan menyebabkan penyampaian pengacara sedikit
terganggu. Oleh itu, pakaian perlulah sesuai dan mengikut tema majlis yang diadakan seperti memakai
pakaian yang formal untuk majlis formal. Disamping itu, pakaian hendaklah sopan, tidak terlalu
menonjol, dan mengikut kod etika berpakaian.
4. Gangguan Audien
Audien juga boleh menjadi gangguan luaran kepada pengacara. Audien yang tidak memberi
tumpuan dan perhatian menyebabkan wujud pula gangguan dalaman kepada pengacara seperti hilang
keyakinan diri, gugup, gagap dan sebagainya. Selain itu, audien memberi respon negatif seperti
mengajuk, tidak memberikan kerjasama, terlalu bising, dan datang lambat.Terdapat juga audien yang
bersikap kurang sopan dan tidak menghormati majlis. Hal ini menyebabkan emosi pengacara terganggu.
5. Pengurusan acara
Pengurusan acara yang tidak sempurna menjadi gangguan luaran kepada pengacara. Hal ini berlaku
apabila pemilihan pengacara dilakukan secara terburu-buru dan disaat akhir. Pengacara yang tidak
mengetahui secara terperinci atur cara perjalanan majlis menyebabkan penyampaian dan atur cara
majlis tidak tersusun. Selain itu, acara yang padat menyebabkan pengacara terburu-buru mengejar masa
bagi memastikan setiap acara dapat dilaksanakan.Oleh yang demikian, pemilihan penceramah perlulah
dibuat lebih awal agar acara lebih teratur serta memahami isi perjalanan majlis.
7
PENGUCAPAN AWAM YANG BAIK DAN BERKESAN
Dalam dunia ini memang ada manusia istimewa yang dianugerahkan oleh Allah kemampuan berbicara di
khalayak awam.Bagaimana pulak bagi individu yang berdarah gemuruh?Apa yang hendak diketengahkan
kemahiran pengucapan awam memang perlu bago sesetengah individu.kemahiran ini boleh diasah dan
dipelajari serta dikuasai.
Terdapat beberapa kaedah pengucapan awam yang baik dan berkesan :
i. Latihan : Untuk berucap dengan lancar dan terang , latihan yang paling mudah sekali adalah
bercakap sendiri di hadapan cermin. Ia akan menambahkan keyakinan anda semasa berucap
nanti.
ii. Catat isi- isi penting : Kenali sesi dan tajuk ucapan tersebut terdahulu dan buat beberapa catatan
isi - isi penting yang sesuai dan olah sehingga ianya menarik.Di sini kita lihat ,buku nota
memainkan peranan penting dalam persediaan sebelum pergi berucap di depan orang
ramai.Tidak hairan jika kita selalu jumpa pengacara mempunyai kertas dan buku nota semasa
berucap di mana mereka mencatatkan point yang penting supaya mereka tidak terlupa sesuatu
yang penting yang perlu diucapkan.
iii. Berani : Beranikan diri anda untuk berucap . Bayangkan anda sedang bercakap dengan rakan -
rakan rapat anda . Ini membolehkan anda mengawal situasi pengucapan tersebut dengan baik
tanpa ketakutan.
iv. Buang sifat Pemalu : Jika anda pertama kali berucap di khalayak ramai khususnya , belajar cara
untuk ketepikan sifat pemalu anda itu. Jangan biarkan perasaan malu menghantui anda apabila
berucap.
v. Guna kata ganti diri yang sesuai : Di dalam majlis - majlis formal atau pertandingan pidato
misalnya, para peserta perlu bujak menggunakan kata ganti diri yang sesuai contohnya seperti
“Saya” yang merujuk pengucap itu sendiri. “ Tuan- Tuan” dan “Puan- Puan” atau “ Para Hadirin
Sekalian” yang merujuk kepada penonton dan pendengar yang berada di dalam sesi majlis atau
ucapan tersebut.
vi. Kawal suara : Jika ucapan anda adalah di dalam satu majlis formal , mungkin kawalan suara tidak
penting. Tetapi jika di dalam pertandingan berpidato, kawalan suara perlu diambil kira untuk
menyokong hujah -hujah anda di dalam pidato tersebut. Apa yang penting tidak terlalu lantang
dan jugak tidak terlalu perlahan.
vii. Ambil hati penonton / pendengar : Mungkin anda boleh selitkan cerita- cerita lucu dan
sebagainya agar penonton dan pendengar tidak merasa bosan . Tetapi anda perlu ingat bahawa
ia tidak terpesong dari tajuk ucapan anda itu. Dan jika cerita lucu yang anda cakap itu tiada orang
yang ketawa, jangan anda rasa segan dan tidak tahu macam mana untuk teruskan ucapan.
Kadang- kadang apa yang anda rasa lucu tidak semestinya penonton jugak akan rasa demikian.
8
viii. Masa : Semasa berucap, mungkin anda tidak sedar masa berjalan dengan begitu pantas. Oleh itu,
pastikan anda sentiasa melihat jam untuk berucap sama ada terpaksa memendekkan sesi ucapan
kerana ada peserta atau beri laluan kepada slot yang lain atau sambung berucap sehingga masa
yang ditetapkan.
ix. Penutup ucapan : Jangan terus habiskan ucapan dan kembali ke tempat duduk anda tanpa
menggulung ucapan anda, ia kelihatan tidak sopan . Jadi anda harus pndai mengambil sedikit
masa untuk penutup ucapan anda. Pastikan penutup tersebut adalah kesimpulan dari
keseluruhan ucapan anda dari awal hingga akhir. Mana tahu penggulungan atau penutup ucapan
anda mendapat tepukan gemuruh dari penonton dan pendengar.Mesti seronok dan memberikan
kepuasan anda di dalam pengucapan awam.
Sebgai kesimpulan semoga teknik- teknik pengucapan umum yang dikongsikan oleh kami ini dapat
membantu anda untuk menjadi seorang pengucap atau penyampai yang terbaik bila anda memberikan
ucapan di atas pentas dengan orang awam.
9
References
Narita. (2022, Januari 6). Pengucapan Awam - Pengenalan. Retrieved from blogspot:
http://naritamn.blogspot.com/2011/08/pengucapan-awam.html?m=1
Doddy Adi Budiaman. (2022, January 6). Pengucapan Awam Zamri Aminuddin. Retrieved from
SlidePlayer: https://slideplayer.info/slide/14084360/
Djaja Irwan Sasmita. (2022, January 16). Ciri-Ciri Pengucapan Awam. Retrieved from
DOCPLAYER: https://docplayer.info/54143929-Ciri_ciri-pengucapan-awam.html
Noraini binti Jaafar. (2022, January 12). Teknik Pengucapan Awam. Retrieved from slideshare:
https://www.slideshare.net/norainjaafar/10-teknik-pengucapan-awam
Allesandro Albert. (2022, January 12). Pengucapan Awam. Retrieved from slideshare:
https://www.slideshare.net/sompoton/pengucapan-awam
Miss Za, Miss Ram dan Miss Nor Azimah. (2022, January 20). Gangguan Semasa Pengucapan
Awam. Retrieved from blogspot: http://zasplace.blogspot.com/2013/01/gangguan-
semasa-pengucapan-awam_8.html?m1
Syuhada Salleh. (2022, January 19). 9 Teknik Pengucapan Awam yang Terbaik. Retrieved from
www.syuhadasalleh.my: https://www.syuhadasalleh.my/9-teknik-pengucapan-awam-
yang-terbaik/
10