The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Simposium Warisan Bangsa Kali Ke-3 Peringkat Kebangsaan - Politeknik Seberang Perai

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by simposiumpsp, 2022-10-14 11:48:38

Buku Program Simposium Warisan Bangsa Kali Ke-3 Peringkat Kebangsaan

Simposium Warisan Bangsa Kali Ke-3 Peringkat Kebangsaan - Politeknik Seberang Perai

Isi Kandungan

SETITIS TINTA 1
Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan
Kolej Komuniti 2

SEUNTAI MADAH 3
Pengarah, Politeknik Seberang Perai 4

TAK KENAL MAKA TAK CINTA 8
9
ATURCARA 11
Hari Pertama 13
Hari Kedua 14
Hari Ketiga 16
Hari Perasmian 17

SENARAI PENERIMA ANUGERAH PEMBIMBING
BUDAYA

SENARAI NAMA PANEL DAN JURULATIH

PESERTA BENGKEL PEMANTAPAN DAN
PEMBENTANGAN

SENARAI INSTITUSI YANG MENYERTAI

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

SEKALUNG BUDI SEJAMBAK PENGHARGAAN

IMBAS QR KOD

Setitis Tinta

YBRS. TS. ZAINAB BINTI AHMAD
KETUA PENGARAH
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN
KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kesempatan untuk bersama-sama di Simposium Warisan
Bangsa Ke-3, Peringkat Kebangsaan (SIWARSA) anjuran Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), Jabatan
Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Politeknik Seberang Perai (PSP).

Syabas dan tahniah kepada Politeknik Seberang Perai selaku tuan rumah yang telah bertungkus-lumus memastikan
kejayaan simposium yang menampilkan tema “Cakna Budaya Kelestarian Warisan Bangsa”. Warisan merupakan
khazanah penting yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman daripada generasi terdahulu serta melambangkan
identiti sesebuah negara yang perlu dikekalkan mengikut peredaran zaman. Masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum menjadikan negara kita unik dengan pelbagai seni warisan yang menarik untuk dikaji dan dipelihara keasliannya.

Seiring dengan kepesatan teknologi yang berlaku, generasi muda dan semua kakitangan JPPKK pada masa ini
diingatkan agar sentiasa mendukung budaya warisan Malaysia ini supaya tidak hilang ditelan zaman serta sentiasa
terpelihara agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Sebagai penghias bicara akhir, harapan saya agar Simposium Warisan Bangsa Ke-3 ini akan memberi dimensi baharu
dan mengubah persepsi generasi muda terhadap seni warisan dan kebudayaan bangsa yang dimiliki. Penganjuran
simposium ini turut memberi peluang kepada warga pendidik dan para pelajar untuk mengkaji kehebatan seni warisan
yang dimiliki rumpun bangsa yang berdaulat, berjaya dalam aspek pembangunan modal insan malah melahirkan
generasi Malaysia yang amat berbangga dengan seni warisan dan identitinya yang tersendiri.

Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum.
Sekian, terima kasih.

1

Seuntai Madah

SR. HARITH FADZILAH BIN ABD KHALID
PENGARAH
POLITEKNIK SEBERANG PERAI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana atas izin
dan limpah kurnia-Nya, kita dapat melaksanakan Simposium Warisan Bangsa Ke-3 Peringkat Kebangsaan (SIWARSA)
pada tahun ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada penganjur iaitu Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar,
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dengan kerjasama jawatankuasa penganjur warga Politeknik
Seberang Perai yang telah bertungkus-lumus memastikan simposium yang dirancang dapat dilaksanakan dengan
jayanya.

Tema “Cakna Budaya Kelestarian Warisan Bangsa” yang telah dipilih pada tahun ini adalah selaras dengan hasrat
institusi ini untuk mendedahkan warga Politeknik dan Kolej Komuniti dengan keindahan kebudayaan, kesenian serta
warisan turun-temurun nenek moyang kita supaya ia tidak tenggelam dek zaman. Warisan kesenian dan kebudayaan
masyarakat berbilang bangsa yang wujud di Malaysia adalah sebahagian daripada proses memperkasakan jati diri
bangsa Malaysia yang terkenal dengan kerencaman etniknya. Justeru, inisiatif Simposium ini dilihat dapat membantu
memartabatkan budaya bangsa kita di samping dapat menerapkan semangat cintakan warisan di dalam sanubari
para peserta serta mengekalkan seni budaya demi generasi masa hadapan negara.

Budaya dan warisan bangsa tidak seharusnya dilihat sebagai satu perkara remeh, kecil dan boleh dikesampingkan.
Sebaliknya, ia adalah perkara yang dapat mengutuhkan jiwa anak bangsa. Ia dapat mewujudkan satu ikatan
kebersamaan yang menimbulkan rasa cinta serta setia kepada bangsa dan negara. Perkongsian ilmu melalui
Simposium Warisan Bangsa ke-3 ini bertepatan dengan Minggu Akademia yang sedang berlansung Oktober ini yang
mana ia menfokuskan kepada kajian, penulisan dan pembentangan yang berkaitan tentang warisan, seni dan budaya.
Selain itu, enam aktiviti yang lain seperti perbincangan meja bulat oleh Pakar Budaya, simulasi permainan Gendang
dan Sundang, Bengkel Tarian Terinai, Bengkel Tetuang Warisan Melayu dan Lawatan Jejak Warisan menjadi pengisian
utama di dalam SIWARSA kali ini. Adalah diharapkan agar perkongsian ilmu menerusi simposium ini dapat mencapai
tujuan dan matlamat utama yang direncanakan iaitu menambah hasil-hasil penulisan dalam bidang kebudayaan
serta mendedahkan peserta dengan keindahan kebudayaan, kesenian dan warisan.

Akhir kata, besarlah harapan saya agar simposium ini dapat dijadikan satu landasan kepada para peserta membuka
dimensi serta persepsi baru kepada dunia kebudayaan dan warisan. Saya juga yakin penganjuran ini dapat memberi
satu pengalaman yang sangat berharga bukan sahaja kepada peserta bahkan juga kepada pihak penganjur. Tahniah,
teruskan semangat kekitaan dan kebersamaan yang kita amalkan dalam apa jua keadaan dan situasi.

Sekian, terima kasih. 2

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Simposium Warisan Bangsa ke-3 tahun 2022 (SIWARSA) adalah kesinambungan daripada Simposium Warisan
Bangsa ke-2 pada tahun 2019 yang diadakan di Pusat pendidikan Seni, Universiti Sains Malaysia untuk
mahasiswa Politeknik Malaysia. Simposium Warisan Bangsa ditakrifkan sebagai satu pertemuan antara
para cendekiawan, pakar budaya, Tokoh Budayawan dan lain-lain untuk membincangkan sesuatu persoalan,
perkara atau topik yang ingin dikupaskan di dalam bidang seni budaya dan warisan. Simposium ini juga
diadakan adalah untuk membuka satu dimensi dan persepsi sebenar bagi dunia kebudayaan, kesenian &
warisan. Pendekatan Simposium Warisan Bangsa ini membawa mahasiswa kita membincangkan topik-topik
kebudayaan dalam suasana ilmiyah namun dalam pedekatan yang santai dan selesa untuk berkongsi ilmu
dan pengalaman sesama peserta dan para budayawan. Program ini juga membudayakan kajian dan penulisan
mengenai seni, warisan dan budaya dalam kalangan pelajar politeknik sekaligus menerapkan semangat
cintakan warisan di dalam sanubari mahasiswa politeknik khususnya.

Tema bagi simposium kali ini adalah ‘Cakna Budaya Kelestarian Warisan Bangsa’. Maka jemputan pakar dan
para Budayawan daripada pelbagai latar belakang juga dijemput bagi memeriahkan lagi sesi perkongsian
ilmu bersama peserta untuk menjadikan generasi muda ini lebih cakna budaya dan warisan. Pengisian
program yang diadakan sepanjang tiga hari ini akan membawa peserta mendalami aktiviti warisan, seni dan
budaya bagi menambah ilmu dan pengalaman mengenai warisan bangsa seperti Perbincangan Meja Bulat,
Bengkel Tarian Terinai, Bengkel Tetuang Warisan Melayu, Pembentangan Kajian dan banyak lagi. Peserta juga
akan dibawa melihat sendiri sejarah, budaya dan warisan di sekitar Pulau Pinang.

Bertepatan dengan beberapa dasar utama di Malaysia iaitu “Dasar Kebudayaan Kebangsaan” dan “Dasar
Belia Negara” yang amat menitik beratkan penglibatan golongan belia di dalam medium seperti ini untuk
mereka menyuarakan apa yang ingin disampaikan kepada masyarakat dan generasi seterusnya dalam
memelihara warisan dan budaya kita. Semoga usaha yang berterusan dari pihak kami ini akan menyuntik
satu dimensi baru kepada generasi muda khususnya dalam memupuk semangat kecintaan kepada warisan
serta memartabatkan budaya warisan bangsa bertepatan dengan tema SIWARSA pada tahun ini iaitu ‘Cakna
Budaya Kelestarian Warisan Bangsa’.

3

ATURCARA

HARI PERTAMA

14 OKTOBER 2022 (JUMAAT)

MASA AKTIVITI LOKASI

8.00 pg. – 11.00 pg. Pendaftaran Dewan Seri
Mutiara PSP
10.00 pg. – 12.00 tgh. Forum Bicara Budayawan
Perbincangan Meja Bulat Dewan Seri
oleh Pakar Budaya Mutiara PSP
Tema: Cakna Budaya Kelestarian Warisan Bangsa
Kompleks Sukan PSP
12.30 tgh. – 2.00 ptg. Makan Tengahari dan Dewan Kuliah Utama
Pengurusan diri PSP

2.00 ptg.– 5.00 ptg. Gempita Gendang dan Sundang
Simulasi Permainan Gendang dan Sundang

5.00 ptg.– 6.00 ptg. Rehat dan Pengurusan Diri

7.00 ptg.– 8.00 mlm. Makan Malam

8.30 mlm.– 11.00 mlm. Bengkel Tarian Terinai
(Pelajar Perempuan)

Bengkel Tetuang Warisan Melayu
(Pelajar Lelaki)

4

ATURCARA

HARI KEDUA

15 OKTOBER 2022 (SABTU) | DEWAN SERI MUTIARA PSP (DSM)

MASA AKTIVITI

Pengucapan Utama oleh:
Ybhg. Profesor Dato’ Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri bin Ahmad

8.30 pg. – 12.00 tgh. Perasmian

Pengurniaan Anugerah kepada
Tokoh-Tokoh Pembimbing
Warisan Belia

12.30 tgh.– 1.30 ptg. Makan Tengahari dan Pengurusan Diri

2.00 ptg.– 5.00 ptg. Pembentangan Kajian oleh Pelajar

5.00 ptg.– 8.30 mlm. Rehat dan pengurusan diri

9.00 mlm.– 10.30 mlm. Malam Gema Warisan
(Persembahan Kebudayaan oleh
Pelajar Politeknik Malaysia)

5

ATURCARA

HARI KETIGA

16 OKTOBER 2022 (AHAD)

MASA AKTIVITI
8.30 pg.
9.30 pg. Bertolak dari Politeknik Seberang Perai
10.30 pagi - Latar belakang sejarah Jambatan Pulau Pinang dan Pulau Jerejak
12.30 tengahari.
1.00 ptg. Sarapan pagi di Chow Rosta
- Pengalaman Penang Street Food

Menaiki kereta kabel ke Bukit Bendera
- Lawatan budaya Bukit Bendera

Makan di kawasan sekitar Core Zone
- Pengalaman Penang Street Food

Tiba di Street Harmony

1.30 ptg. Solat Zohor di Masjid Kapitan Keling

2.00 ptg. Jejak Warisan di Art Street Harmony

3.00 ptg. Kesenian Art Street Penang
5.00 ptg. Keramaian Padang Kota
6.00 ptg.
Bergerak pulang ke Politeknik Seberang Perai

6

ATURCARA

HARI PERASMIAN

15 OKTOBER 2022 (SABTU)

MASA AKTIVITI

8.30 pg. – 9.30 pg. Sarapan pagi
9.30 pg. – 12.30 tgh. Ketibaan VVIP dan VIP

Bacaan doa

Persembahan silat oleh Pertubuhan Penggerak Seni Warisan Balik Pulau

Ucapan Alu-aluan dan Perasmian oleh :
YBhg. Sr. Harith Fadzilah bin Abd. Khalid
Pengarah Politeknik Seberang Perai

Gimik Perasmian Simposium Warisan Bangsa Ke-3

Penyampaian Anugerah kepada Tokoh-tokoh Pembimbing Budaya

Persembahan tarian tradisional oleh Kelab Tari Tanjung Kesatu, Politeknik
Seberang Perai

Sesi Ucaptama oleh :
YBhg. Profesor Dato’ Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri bin Ahmad
Pengarah
Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat
Universiti Putra Malaysia

Bersurai

7

Anugerah

SENARAI
PENERIMA ANUGERAH
PEMBIMBING BUDAYA

1. ENCIK SHAPEE BIN CHE EMBI
Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pulau Pinang

2. ENCIK ALI BIN ABDUL RAHMAN
Aktivis Teater Bangsawan

3. ENCIK ALI BIN YUSOFF
Aktivis Boria

8

SENARAI
NAMA PANEL DAN JURULATIH

1 PERBINCANGAN MEJA BULAT

TEMA: CAKNA BUDAYA KELESTARIAN WARISAN BANGSA

MODERATOR
EN. MOHD KASTURI NOR BIN ABD AZIZ
Pensyarah Kanan
Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum
Universiti Malaysia Perlis

PANEL
1. YM TENGKU KASTRIAFUDDIN SHAH BIN TENGKU YAAKOB

Pensyarah
Fakulti Perniagaan dan Komunikasi
Universiti Malaysia Perlis

2. PROF. MADYA DR. SARENA ABDULLAH
Dekan
Pusat Pengajian Seni
Universiti Sains Malaysia

3. EN. SHAPEE BIN CHE EMBI
Pengarah Jabatan Kebudayaan Negara
Pulau Pinang

PENILAI KERTAS KAJIAN
PROF. MADYA DR. ROHAIDAH BINTI KAMARUDDIN
Universiti Putra Malaysia

9

SENARAI
NAMA PANEL DAN JURULATIH

2 PANEL PEMBENTANG

DR. SHAHRUL ANUAR SHAARI
Pusat Pengajian Seni USM (Seni Halus)
Universiti Sains Malaysia

DR. AZRUL AZIZI AMIRUL
Pusat Pengajian Seni USM (Drama dan Teater)
Universiti Sains Malaysia

TS. DR. MD BAHARUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia

DR. MUHAMMAD ZUHAIR BIN ZAINAL
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia

3 BENGKEL GEMPITA GENDANG DAN SUNDANG

Pertubuhan Penggerak Seni Warisan Balik Pulau

4 BENGKEL TARIAN TERINAI

PN. CAROLINE BINTI TAIMIN
Pegawai Kebudayaan
Pusat Kebudayaan (PKBU), Universiti Malaysia Perlis

5 BENGKEL TETUANG WARISAN MELAYU

EN. MOHD SULHIE BIN YUSUF
Akademi Dikir Barat Arjunasukma

6 JEJAK WARISAN

Caravan Serai Holidays

10

PESERTA
BENGKEL PEMANTAPAN DAN
PEMBENTANGAN

TRANSFORMASI WARISAN BANGSA KEUNIKAN ULIK MAYANG DALAM
MALAYSIA LAMPU TRADISI KE LAMPU MEMPENGARUHI PERUBATAN
INOVASI: APLIKASI THERMOELEKTRIK TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
(KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT) (POLITEKNIK MUADZAM SHAH)
KATHIREVAN A/L VIAHBURI FARAH NURZULAIKHA BINTI ISMAIL
MUHAMMAD AZRI DANISH BIN MOHD NUHA ASYURA BINTI MOHD AFENDI
AZNAN SYUHAIRAH MOHD NORHISHAM LEE
TS. CHOW KHOON KEAT
LEW WAN LING WAYANG KULIT, KULIT MANUSIA
(POLITEKNIK SEBERANG PERAI)
KAJIAN TINJAUAN KEISTIMEWAAN BUAH MUHAMMAD ZULFAQARUDDIN BIN MOHD
DABAI DI SARAWAK SHAIFUL
(POLITEKNIK KUCHING, SARAWAK) MOHD NOOR FIKRI B. NORAZMAN
NURUL SYAZWANI ANNISA BINTI JAFARIN FAZILATUL HAIDA BINTI HIDZIR
SALMIAH BINTI RAZALID
SAIFUL IRWAN BIN SARKAWI TARIAN SUKU KAUM BAJAU
LIYANA BINTI MURNIB (POLITEKNIK KOTA KINABALU)
MOHD RAFI BIN MAZUAN
KAJIAN TINJAUAN KEPELBAGAIAN SAPE’ MOHAMMAD AMIR SYAHMI BIN ROMEO
DI SARAWAK MOHAMED BIN SAIM
(POLITEKNIK KUCHING, SARAWAK)
DEXTER NEGONG ANAK WAN PESONA SANGGUL LINTANG DAN GANDIK
SUJANURIAH BINTI SAHIDIC (POLITEKNIK SEBERANG PERAI)
HAFIZAH BINTI DAHLAN NURUL NUR AISYAH BINTI ABDUL RAHMAN
SAIFUL IRWAN BIN SARKAWI ZAHNITA BT MAT SAIT
LIYANA BINTI MURNIB FAZILATUL HAIDA BINTI HIDZIR

PAKAIAN TRADISONAL SUKU KAUM DUSUN MAKANAN TRADISIONAL KAUM DUSUN
LOTUD TUARAN DI SABAH (POLITEKNIK KOTA KINABALU)
(POLITEKNIK KOTA KINABALU) SITI NURZAKIRAH NABILAH BINTI SAPIN
COLIN BRANDON CHARLES
NADZRIN AZRI BIN NOR AZMI MOHAMED BIN SAIM

TARIAN SUMAZAU : RITUAL ATAU BUDAYA
(POLITEKNIK KOTA KINABALU)
MUHAMMAD SYAUKIE BIN MOHD SOBRI

MOHAMED BIN SAIM

11

PESERTA
BENGKEL PEMANTAPAN DAN
PEMBENTANGAN

ADAT PEPATIH : IBU SOKO KEFAHAMAN PENGERTIAN KEBUDAYAAN
(POLITEKNIK PORT DICKSON) DI KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK
AINUR RIFQAH BINTI AZLAN METRO TASEK GELUGOR
NOOR FADZLIN BINTI ABU BAKAR (POLITEKNIK METRO TASEK GELUGOR)
TITIEK MANISHA WAHYUNI MAYANG SHARI
MINAT REMAJA TERHADAP TARIAN NGAJAT BINTI MAT RAMLI
ORANG ULU MUHAMMAD ZULKIFLI MUHAMMAD TAUFIK
(POLITEKNIK SANDAKAN SABAH) FIRDAUS
GABRIEL LESLEY NURAINI SHAMSAIMON
SHUHEDA BINTI YACOB
PAMUR KERIS TIADA TUAH MALANG
KAJIAN KEMAHIRAN KOMPANG MENYAPA
(POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL (POLITEKNIK SEBERANG PERAI)
AZIZ SHAH) MUHAMMAD SUFIAN BIN ABU BAKAR
AHMAD BUKHORY BIN MOHD ADAM DANIAL AZFAR BIN DZULKIFLI
AJMAL RUSHAIDI BIN PAZLI FAZILATUL HAIDA BINTI HIDZIR
WAHIDA BINTI MOHAMAD NOOR
RAHSIA TIANG SERI DISEBALIK
KAJIAN TAHAP PENDEDAHAN PERALATAN KEHEBATAN KEJURUTERAAN MELAYU
MUZIK CAKLEMPONG DI KALANGAN (POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH)
MASYARAKAT NIK MUHAMMAD FARIS BIN ALI ZAINI
(POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL MUHAMMAD HAIKAL IMAN BIN AHMAD
AZIZ SHAH) ASLINA BINTI ARBAIN
MUHAMMAD MAFAUZY BIN KAMARUZAMAN FAZILATUL HAIDA BINTI HIDZIR
MOHAMMAD SUKRI BIN MAING
WAHIDA BINTI MOHAMAD NOOR SENJATA KERIS SEBAGAI REFLEKSI
INTELEGENSIA MELAYU: SATU ANALISIS
RAHSIA DI SEBALIK SENI PEMBUATAN (UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS)
KERIS SHUHAIRIMI ABDULLAH
(POLITEKNIK METRO TASEK GELUGOR) NOOR SALWANI HUSSIN
MUHAMMAD ZULKIFLI MUHAMMAD TAUFIK TENGKU KASTRIAFUDDIN SHAH TENGKU
FIRDAUS YAAKOB
TITIEK MANISHA WAHYUNI MAYANG SHARI AIDA SHAKILA ISHAK
BINTI MAT RAMLI NURUL NAIMAH ROSE
NURAINI SHAMSAIMON

12

SENARAI
INSTITUSI YANG MENYERTAI

POLITEKNIK DAN INSTITUSI

KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA
KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT
KOLEJ KOMUNITI PEKAN
POLITEKNIK KOTA BHARU
POLITEKNIK MUADZAM SHAH
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
POLITEKNIK KOTA KINABALU
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
POLITEKNIK METRO TASEK GELUGOR
POLITEKNIK PORT DICKSON
POLITEKNIK SANDAKAN SABAH
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

13

JAWATANKUASA
PELAKSANA PROGRAM

PENASIHAT AKTIVITI JEJAK WARISAN
SR. HARITH FADZILAH BIN ABD KHALID MOHD SYUKOR BIN CHE OMAR
Pengarah Politeknik Seberang Perai
PUBLISITI DAN HEBAHAN
TIMBALAN PENASIHAT 1 SITI HAFSAH BINTI ZAINAL ABIDIN
TS. DR. ZULHADI BIN ZAKARIA FATIN SYAZWANIE BINTI ABU HASSAN
Timbalan Pengarah Akademik
Politeknik Seberang Perai PENYELARAS PENYELIDIKAN DAN
E-PROSIDING
TIMBALAN PENASIHAT 2 DR. SALMI BINTI CHE MEH
MAZLAN BIN CHE MUSTAFA DR. NUR AZILINA BINTI ABDUL AZIZ
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik ROSMAWATI BINTI JAAFAR
Politeknik Seberang Perai MARIAPPEN A/L GOPALAKRISHNAN
SHUHAIMI BIN SAMANOL
PENGERUSI GAYTRI A/P KANDAIAH
MUHAMAD NOOR BIN ABU HASSAN SABARIAH BINTI MOHD FAROUK

PENGARAH PROGRAM TEKS UCAPAN, KATA ALU-ALUAN BUKU
FAZILATUL HAIDA BINTI HIDZIR PROGRAM DAN E-ISBN
ROSILA BINTI ADNAN
BENDAHARI 1 SITI NORHAZLINA BINTI SHAFIE
MOHD KAMAL BIN MAT DESA
PEYELARAS LAMAN SESAWANG
BENDAHARI 2 NORBAHIAH BINTI ZAKARIA
FAUEZAH BINTI AB RAHMAN ANISAH BINTI AHMAD
NUR DIYANA BINTI MOHD SHUHAIMI
BENDAHARI 3
ROSMANIZA BINTI ABDUL RANI PENDAFTARAN PESERTA DAN STATISTIK
MOHD FAHMI BIN MD YUSOP
SETIAUSAHA 1 ABDUL HADI ABU BAKAR
MAZLINA BINTI MAMING SALINA BINTI MAT SEHOR

SETIAUSAHA 2 PROMOSI JEMPUTAN LUAR NEGARA
ROHANI BINTI AHSAN@HAMSAN RUHIL NAZNIN BINTI AZAMAN

SETIAUSAHA 3 CENDERAHATI DAN SIJIL
ZAILINDA BINTI YASAK NORHAYATI BINTI ABD HAMID
FARAH WAHIDA BINTI RABU
PEGAWAI PENGIRING NURLIYANA BINTI AB RAHIM
MUHAMAD FARHAN BIN ISMAIL
14

JAWATANKUASA
PELAKSANA PROGRAM

MAKANAN PESERTA DAN JAMUAN VVIP REKABENTUK LATAR PENTAS/ SEPANDUK/
NURSHAHIZA BINTI MOHAMAD ISA PROSIDING/ SIJIL/ BUKU PROGRAM
NUR BAZILAH BINTI KHAIRUDIN KU ADNAN BIN KU HASSAN
NURULHUDA BINTI ISHAK
SITI NURFARHANA BINTI ZAKARIA PROTOKOL
NIK HANIZA BINTI NIK NGAH MISIDA BINTI SENON
NOR IZZATI BINTI MAHD NOR FAIZAH BINTI UTAR @ MOKHTAR
NURUL SHAHIDA BINTI AZMI
NURULHUDA BINTI AHMAD PENYAMBUT TETAMU
INTAN ZARINA BINTI GHAZALI
MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUP SITI FARIDAH BINTI ISMAIL
HASNIEZA BINTI MOKHTAR KOA CHEE HOON
WAN MOHD RUSHDI BIN W.A. LAH ROSILA BINTI ADNAN
NORHAFIZAH AKMAL BINTI SUKRI ZURAINA BINTI ISMAIL

PENGACARA MAJLIS PERSIAPAN TEMPAT
NUR HAZWANI BINTI MOHAMED NASIR MAIZUL AFZAIRIZAL BIN MOHD ADNAN
MOHD FIRDAUS BIN MOHD ZALI ZABIDI BIN SAAD
MOHAMMAD NAJWA BIN MOHAMED
PEMBACA DOA HASBULLAH
ABDUL RAHMAN MAMAT AMRI BIN SULONG
NOR FAIZ BIN ISMAIL
PENGINAPAN
BUKU PROGRAM DAN POSTER ABU SEMAN BIN MOHAMMAD
NOOR HAFIZZAH BINTI ISMAIL NOOR HAYATI BINTI MAT SALEH
NORZAWATI BINTI AHMAD
TS. ROZITA BINTI SAAD KESELAMATAN
TS. AZILAH BINTI ABD RAHIM MOHAMAD SALIM BIN ABDUL WAHAB

VIDEO, FOTOGRAFI DAN MONTAJ TEKNIKAL DAN GIMIK PERASMIAN
MOHD RIZAL BIN HUSSAIN MOHD IZWAN BIN SHAHARUDDIN
MAZLISYAM BIN SALLEH
WAN MARLINA BINTI WAN AHMAD PENGANGKUTAN
ROSWADA BINTI AHMAD NURUL AMIN BIN MD SAAD
MOHAMAD HASRUL BIN HALIM
AHMAD TARMIZI BIN AHMAD POZI TUGAS-TUGAS KHAS
MOHD KAMAL BIN KAMARUZZAMAN NOORLINA BINTI SEYAD SULTAN

15

Sekalung Budi
Sejambak Penghargaan

SEKRETARIAT KEBUDAYAAN POLITEKNIK MALAYSIA
PUSAT KEBUDAYAAN, UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
PUSAT PENGAJIAN SENI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA PULAU
PINANG
PERBADANAN BUKIT BENDERA PULAU PINANG
AKADEMI ARJUNA SUKMA
PERTUBUHAN PENGGERAK SENI WARISAN BALIK PULAU,
PULAU PINANG
PERSONA HOLIDAY TRAVEL & TOURS
CARAVAN SERAI HOLIDAYS
NS ROMANCINTA EMPIRE

16

IMBAS KOD QR

SILA IMBAS KOD QR DIBAWAH
UNTUK PROSIDING E-KAJIAN

http://bit.do/siwarsa02

17


Click to View FlipBook Version