[KUMPULAN NABI
ADAM]
(PUAN HAJAH KHODZIRAH
BINTI AHMAD)
MPU 23032
Ahli Kumpulan
Mohd Naqir Naqiu Din
bin Julpadli
03DJL21F1009
Muhammad Amirul Rafiq bin
Mohd Rasydan
03DJL21F1011
Nurul Zaharatul Sarwa binti
Zakaria
03DJL21F1053
Muhammad Haikal bin
Abdul Halim
03DJL21F1062
Isi Kandungan
Kata alu aluan Kebaikan
m/s 4 m/s 10-
11
Penghargaan
m/s 5 Kesan
m/s 12
Pengenalan
m/s 6 Hikmah
m/s 13
Tujuan
m/s 7-8 Kesimpulan
m/s 14
Dalil
m/s 9
Lampiran
m/s 18
Kata alu-aluan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu
berterima kasih kepada Allah S.W.T Yang Maha Kuasa kerana
dengan limpah kurnia-Nya kami dapat menyediakan e-Majalah
bagi subjek Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam MPU
23052. Seterusnya, kalungan terima kasih kepada pensyarah
kami iaitu Puan Hajah Khodzirah Binti Ahmad atas bantuan dan
tunjuk ajarnya dapatlah kami menyiapkan e-Majalah ini. Tidak
lupa juga kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu
untuk menyiapkan e-Majalah ini sama ada secara langsung
ataupun tidak. Sebagai penutup, kami sudahi dengan harapan
agar kami akan melaksanakan kandungan e-Majalah ini dengan
selengkapnya bagi memenuhi kriteria-kriteria yang diinginkan di
dalam e-Majalah ini.
Sekian terima kasih.
Penghargaan
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana limpah dan kurnia-Nya
terhasillah majalah yang dapat memberikan manfaat kepada semua.
Sesungguhnya kami berasa bangga dan berbesar hati melalui coretan pena yang terpahat
pada setiap patah kata di majalah ini. Setinggi-tinggi penghargaan kami ingin ucapkan
kepada pensyarah subjek Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam
iaitu Puan Hajah Khodzirah Binti Ahmad di atas bimbingan , pendapat dan idea
untuk penghasilan majalah ini. Tanpa sokongan dan bimbingan daripada beliau
adalah mustahil bagi kami menghasilkan coretan yang bermakna ini.
Terima kasih juga khususnya kepada semua ahli kumpulan yang telah
bertungkus lumus menghasilkan output yang terbaik yang akan memberi manfaat
kepada semua umat Islam khususnya. Segala info dan isi kandungan
yang ada di dalam naskah ini adalah dipastikan daripada sumber yang
sahih dan benar. Semoga majalah ini dapat memberikan panduan
dan kesedaran kepada umat Islam dalam menjadi
mukmin yang terbaik untuk agama dan negara.
Pengenalan
1.Allah SWTtelah menjelaskanpengertian makanan
yang halal.Makanan yang halal merupakan makanan
yang halal zatnya. Ertinya, makanan tersebut perlu
dibuat dari bahan yang halal dan tidak mengandungi
unsur yang diharamkan dalam agama Islam. Contoh zat
makanan yang halal adalah susu, telur, jagung, buah,
dan sebagainya.
2.Makanan bermaksud bahan seperti tumbuh-
tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh makhluk
hidup untuk membekalkan tenaga dan nutrisi
3.Bahasa Arab makanan disebut sebagai at’imah iaitu
kata jamak kepada ta’am yang memberi pengertian
segala yang dimakan bagi mendapatkan kekuatan
badan
Terdapat tiga Makanan yang halal
kategori
makanan Makanan yang haram
Makanan yang bukan
Halal atau haram
(syubhah)
Tujuan untuk memastikan makanan
halal dalam negara betul-betul
terjamin, maka kerajaan telah
menggubal undang-undang,
enakmen atau akta berkaitan
halal, antaranya ialah Akta Perihal Perdagangan 2011, Akta
Makanan 1983, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 dan
lain-lain.
Semua ini bertujuan untuk:
1) mengawal dan memberikan kesedaran kepada umat
Islam, masyarakat dan juga para peniaga serta pengguna
supaya memilih makanan halal, tidak menyalahguna sijil dan
logo halal untuk semata-mata mencari keuntungan duniawi.
2) Mengkaji,untuk mengesahkan dan mengawal selia
semua produk makanan dan barangan gunaan Islam
supaya terjamin suci dan halal dengan cekap dan berkesan.
3) Memastikan semua produk yang diberikan sijil halal
atau yang menggunakan perbahasan halal adalah suci dan
halal mengikut lunas-lunas syarak
4) Untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan logo
halal secara berleluasa tanpa diketahui kandungan atau
sumber barangan yang dikeluarkan.
Dalil
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:
Maksudnya: [s/i] “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari
apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah
kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya
syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu” [e/i]
(Surah Al Baqarah, ayat 168)
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman!
Makanlah dari benda-benda yang baik
(yang halal) yang telah Kami berikan
(kurniakan) kepada kamu dan bersyukurlah
kepada Allah, jika betul kamu hanya
beribadat kepada-Nya”.
(Surah Al-Baqarah, ayat 172)
Kebaikan mengambil
makanan halal
Menyihatkan tubuh badan
Kesihatan tubuh badan
termasuklah dari aspek fizikal,
mental dan rohani. Pemakanan
yang baik dapat mempengaruhi
pemikiran seseorang. Ianya
menjadikan seseorang itu lebih
cergas, sihat dan kehidupannya
lebih terjamin.
Terhindar dari kemungkaran
Di dalam hadith yang diriwayatkan
oleh Imam Muslim, menyatakan
bahawa salah satu doa yang tidak
diterima oleh Allah adalah kerana
makanan yang dimakannya ialah
daripada sumber yang haram,
minumannya daripada sumber yang
haram dan pakaiannya juga daripada
sumber yang haram.
Terhindar dari penyakit
merbahaya
Misalnya, Allah s.w.t telah
mengharamkan daging babi kerana
kajian sains membuktikan bahawa
terdapat cacing pita dan virus JE
(Japanes Enceplytis) dalam babi.
Kedua-duanya dikatakan sukar untuk
dibunuh. Maka dari itu, mematuhi
perintah Allah S.W.T dalam menjaga
soal makanan dan minuman atau apa
juga produk kegunaan umat Islam
hanya yang halal amat penting supaya
memberi kebaikan kepada individu itu
sendiri terutama dari segi kesihatan.
Kesan /Akibat
Hikmah
Kesimpulan
Allah SWT telah menciptakan segala
sesuatu untuk manusia
terutama dalam hal makanan dan
Allah SWT juga telah
mengatur semuanya agar setiap
makanan yang dimakan
bermanfaat bagi makhluk hidup dan
terutama pada manusia
dalam ajaran agama Islam kita ini.
Misalnya mengenai Makanan
yang baik dan halal serta makanan
yang diharamkan, kemudian
juga mengenai gizi yang terkandung
dalam makanan
Penutup
Makanan menghasilkan kehidupan kepada manusia
binatang, tumbuhan malah semua makhluk yang
bernyawa. Setiap masyarakat mempunyai citarasa yang
melahirkan budaya makanan dan pemakanan tersendiri.
Citarasa ini berbeza mengikut kawasan geografi iklim
dan masyarakat. la diwariskan daripada satu generasi
kepada generasi yang lain. Namun, turut terdedah
kepada pelbagai bentuk perubahan.
Justeru itu, makanan merupakan lambang jati diri
bangsa dan identity etnik. Perubahan buaya makanan ini
dapat membentuk pola budaya makanan yang baharu
dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Kecenderungan
ini perlu diiringi dengan rasa sensitiviti halal yang
tinggi dalam mas yarakat agar selain berlakunya
penjajahan citarasa, makanan yang disajikan menepati
konsep halalan tayyiban yang digariskan oleh al-Qur'an
dan al-Sunnah.
Rujukan
1. https://jheains.sabah.gov.my/index.php/perkhi
dmatan/orang-awam/khutbah-
jumaat?layout=edit&id=129
2. https://www.islam.gov.my/ms/bahagian-
pengurusan-halal/visi-misi-objektif-fungsi-
dan-piagam-pelanggan
3. https://www.google.com/amp/s/www.bharian.c
om.my/amp/rencana/komentar/2020/02/65307
1/menjaga-agama-nyawa-dengan-makanan-
halal
4. https://www.researchgate.net/publication/3012
15159_Budaya_Makanan_Dan_Pemakanan_H
alal_Dalam_Kalangan_Masyarakat_Melayu_
Menurut_Perspektif_Islam
5. https://www.muslimfood.com.my/2019/01/23/
kepentingan-halalan-toyyiban/
6. http://smkjabipokoksenakedah.blogspot.com/2
018/08/pelajaran-9-makanan-halal-lagi-
baik.html?m=1
Lampiran