Mari Belajar Peribahasa
Peribahasa dan Maksudnya
Susah hati
Maksud: sedih / dukacita,
Contoh ayat:
Adik berasa susah hati kerana mainan yang dibeli oleh
ibunya telah hilang.
Bulat hati
Maksud: semua ahli bersetuju
dengan keputusan yang
diberikan
Contoh ayat:
Para pekerja membaiki jalan sama-sama mengangkat
kereta yang sedang marak terbakar.
Bagai layang-layang
terputus talinya
Maksud: Putus harapan untuk meneruskan
hidup,
Contoh ayat:
Setelah kematian suaminya, Cik Senah bagaikan
layang-layang terputus talinya.
Lapang dada
Maksud: Perasaan lega.
Contoh ayat:
Puan Rashidah berasa lapang dada setelah selesai menguruskan
kemasukan anak sulungnya ke universiti.
Hati emas
Maksud: baik hati.
Contoh ayat:
Encik Sameon seorang yang memiliki hati emas. Beliau
sering membantu jirannya ketika kesusahan.
Pantas macam kilat
Maksud: Sangat cepat
Contoh ayat:
Kejadian kemalangan itu dirasakan berlaku sangat pantas
macam kilat. Apabila dibukakan mata, dia telah berada di
hospital.
Berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing
Maksud: Bersama-sama melakukan atau
mengharungi sesuatu, Bekerjasama dalam
sesuatu kerja.
Contoh ayat:
Penduduk Kampung Bukit Kapar menjalani aktiviti gotong
royong bersama-sama ibarat berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing.
Hati gajah sama dilapah,
hati nyamuk sama dicicah
Maksud: Pengagihan yang sama banyak.
Contoh ayat:
Kita hendaklah mengamalkan prinsip hidup "hati gajah sama dilapah, hati kuman
sama dicecah" demi mengekalkan keamanan dan keharmonian masyarakat
berbilang kaum di negara ini.
Cepat kaki, ringan tangan
Maksud:
Rajin dan giat.
Contoh ayat:
Majikannya sangat sayang kepadanya kerana dia cepat kaki, ringan tangan.
Rumusan pembelajaran PERIBAHASA hari ini:
# Peribahasa merupakan bahasa kiasan atau
perlambangan maksud bagi sesuatu kejadian,
perlakuan dan peristiwa.
# Peribahasa digunakan di dalam perbualan dan
penulisan Bahasa Melayu bagi menampakkan
keindahan dalam berbahasa.
# Peribahasa telah digunakan sejak dahulu lagi bagi
mengkiaskan sesuatu peristiwa apabila
berkomunikasi.
NOTA BAHASA:
Kias, kiasan, kiaskan bermaksud
(contoh teladan, sindiran, ibarat)
Tamat