The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by apisyob00, 2023-05-28 11:54:22

BUKU PERSIDANGAN AGM KPPMSM 2023

FLIPBOOK AGM KPPMSM 2023

ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. ISI KANDUNGAN 1 2. ATURCARA MAJLIS 2 3. MISI DAN VISI KPPMSM 3 4. LAGU RASMI KPPMSM 4 5. PERUTUSAN PRESIDEN 5 6. NOTIS PERTAMA 6-8 7. NOTIS KEDUA 9 8. MINIT MESYUARAT AGUNG 2022 10-18 9. LAPORAN AKTIVITI DAN PROGRAM TAHUN 2022/23 19-20 10. TAKWIM 2024-2025 21 11. LAPORAN KEWANGAN KPPMSM 2022/2023 22 12. ANGGARAN PERBELANJAAN KPPMSM 2024/2025 23 13. USUL BAHARU AHLI YANG HADIR 24-25 14. USUL MAJLIS JAWATANKUASA KPPMSM 26 15. JAWATANKUASA PENGELOLA MESYUARAT AGUNG DAN PEMILIHAN PEGAWAI KALI KE 4 TAHUN 2023. 27-29 16. PENGHARGAAN 30 1


7.30 Pagi Pendaftaran 8.30 Pagi Ketibaan VIP > Ucapan Aluan Pengerusi Majlis > Nyanyian Lagu Negaraku > Nyanyian Lagu Rasmi KPPMSM > Bacaan Doa > Tayangan Slide Aktiviti Kesatuan Pembantu Pengurusan Murid Semenanjung Malaysia (KPPMSM) 9.00 Pagi Ucapan Oleh En. Khairul Ikhwan B Boestamam, PJM (Presiden KPPMSM) Ucapan Perasmian Oleh Ybrs Encik Rospiagos Bin Taha, (Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,Kementerian Pendidikan Malaysia) 10.00pagi Minum Pagi 10.30pagi Mesyuarat Agung Kesatuan Pembantu Pengurusan Murid Semenanjung Malaysia dijalankan. >Mengesahkan Minit Mesyuarat 2022 Pembentangan Laporan Aktiviti >Program KPPMSM >Laporan Kewangan KPPMSM > Perlantikan Jemaah Pengira Undi, Pemegang Amanah, Jemaah Penimbangtara & Juru Audit Dalaman 12.30 Ptg Makan Tengahari/Rehat 2.00 Ptg Sambungan Mesyuarat Agung Kesatuan Pembantu Pengurusan Murid Semenanjung Malaysia - Perbincangan Dan Perbahasan Usul- Usul KPPMSM - Pengumuman Majlis Jawatankuasa Kerja KPPMSM Penggal 2023-2026 4.30petang - Sesi Bergambar - Minum Petang 5.00pm -Bersurai ATURCARA MAJLIS 2


VISI KPPMSM MENJADI KESATUAN YANG PROAKTIF, DEDIKASI DAN BERINTEGRITI SEIRING KEHENDAK AHLI DAN MAJIKAN MISI KPPMSM MEMASTIKAN KESATUAN BERGERAK SECARA DEMOKRATIK DAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM MEWUJUDKAN HUBUNGAN ANTARA AHLI DAN MAJIKAN DI DALAM MEMPERJUANGKAN KEBAJIKAN. 3


LAGU KPPMSM PPM Cemerlang KAMILAH PPM PERINTIS KEJAYAAN BERBUDI PEKERTI JADIKAN SANDARAN PROAKTIF , DEDIKASI INTEGRITI MENJADI PEGANGAN TIADA HENTI MURID DISAYANGI GURU DIHORMATI PUPUK KESABARAN SERTA KASIH SAYANG USAHA BERDISIPLIN SEPENUH HATI DEMI MEMBENTUK INSAN YANG GEMILANG #CHORUS BERSATU PADU DEMI KEJAYAAN TANGGUNGJAWAB DITUNAI SEPENUH JIWA MARI BERSAMA LAHIR PERMATA DUNIA PPM CEMERLANG NEGARA TERBILANG TUGAS YANG MURNI TIADA BELAH BAGI BERBAKTILAH BERJASALAH AGAR DIKENANG HINGGA AKHIR ZAMAN PPM CEMERLANG NEGARA TERBILANG LIRIK/LAGU :ROKIAHBAKRI/ASYAMUDINTAJUDDI 4


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SAYANG KELUARGA KESATUAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID SEMENANJUNG MALAYSIA (KPPMSM). SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEMESTA ALAM, RAHMAT DAN KESELAMATAN SEMOGA TERCURAH KEPADA NABI DAN RASUL YANG PALING MULIA DAN KEPADA KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA SEMUA. ALHAMDULILLAH DAN SYUKUR SETINGGI-TINGGINYA KEPADA ALLAH S.W.T KERANA DENGAN IZINNYA DAPAT KITA MENUNJUKKAN BAHAWA IKATAN SILATURAHIM DI ANTARA KITA TIADA BATAS DAN PENGHUJUNGNYA MELALUI PERHIMPUNAN DALAM AGM 2023 INI. SAYA KIRA JALINAN INI BEGITU PENTING KHUSUSNYA DALAM USAHA MENGEKANG SEBARANG ISU ATAU KONFLIK YANG BERBANGKIT ATAUPUN PERKARA-PERKARA YANG MENJADI ISU UNTUK DITANGANI BERSAMA. RAKAN-RAKAN AHLI YANG DISAYANGI SEKALIAN, UKHWAH DAN KESATUAN DALAM KALANGAN KITA SEMUA HENDAKLAH DI JAGA DENGAN BAIK. KONSEP “ALL FOR ONE, ONE FOR ALL” PERLU DITERAPKAN DALAM PERKHIDMATAN KITA SEBAGAI PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) DAN DIHAYATI SEBAIKNYA. SEDARILAH BAHAWA INILAH KESATUAN JARINGAN RAKAN SEKERJA YANG TELAH MEMUDAHKAN URUSAN SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIN. BUKAN UNTUK DISALAHGUNAKAN DEMI KEPENTINGAN DIRI ATAU SESIAPA, TETAPI BAGI MEMASTIKAN AGENDA KESATUAN DICAPAI. SETIAP PESERTA ATAU ANGGOTA KESATUAN HENDAKLAH MEMBER SUMBANGAN IDEA SERTA TENAGA DAN TIDAK MENJADI BEBAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN DENGAN HANYA MENJADI “PASSANGER” SAHAJA DALAM BERKESATUAN. SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN YANG SAYA HORMATI, KITA WAJAR BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN-PENCAPAIAN YANG TELAH DIPEROLEHI OLEH WARGA KERJA KITA SEJAUH INI. SESUNGGUHNYA SAYA AMAT YAKIN BAHAWA DENGAN SEGALA PENCAPAIAN TERSEBUT, SEDIKIT SEBANYAK MAMPU MEMBANGKITKAN SEMANGAT DAN ILTIZAM KEPADA SEMUA WARGA PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM). “DON’T ASK WHAT KPPMSM HAS DONE FOR YOU BUT ASK WHAT YOU DID TO KPPMSM”. SEMOGA TUAN ATAU PUAN YANG AKAN MENERAJUI KEPIMPINAN KESATUAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID SEMENANJUNG MALAYSIA (KPPMSM) BAGI SESI 2023-2026 SENTIASA MEMPUNYAI MOMENTUM YANG TINGGI UNTUK TERUS MENCIPTA KECEMERLANGAN, BERFIKIRAN POSITIF DAN TERBUKA SERTA MEMBERI SEPENUH KOMITMEN DALAM TUGASAN YANG DIAMANAHKAN. MARILAH BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN YANG SALING MENERIMA KELEBIHAN SERTA KEKURANGAN MASING-MASING. “TEAMWORK MAKES THE DREAM WORK”. SELAMAT MAJU JAYA. “TIDAK ADA PERJUANGAN TANPA ADANYA RASA SAKIT, AKAN TETAPI PERCAYALAH BAHAWA RASA SAKIT ITU HANYA SEMENTARA DAN RASA BAHAGIA AKAN TERASA SELAMANYA” SALAM KPPMSM DI HATIKU KHAIRUL IKHWAN BIN BOESTAMAM PRESIDEN KPPMSM 5


NOTIS PERTAMA 6


BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN 7


BORANG PENCALONAN MAJLIS JAWATANKUASA PENGGAL KE-4(2023-2026) BIL JAWATAN NAMA CALON NO K/P T.TANGAN 1 PRESIDEN 2 TIMBALAN PRESIDEN 1 3 TIMBALAN PRESIDEN 2 4 NAIB PRESIDEN 1 (PRA SEKOLAH) 5 NAIB PRESIDEN 2 (PEN.KHAS) 6 NAIB PRESIDEN 3 (ASRAMA) 7 SETIAUSAHA 8 PENOLONG SETIAUSAHA 9 BENDAHARI 10 PENOLONG BENDAHARI 11 EXCO PERLIS 12 EXCO PULAU PINANG 13 EXCO KEDAH 14 EXCO PERAK 15 EXCO TERENGGANU 16 EXCO KELANTAN 17 EXCO PAHANG 18 EXCO WP PUTRAJAYA 19 EXCO WP KUALA LUMPUR 20 EXCO SELANGOR 21 EXCO NEGERI SEMBILAN 22 EXCO MELAKA 23 EXCO JOHOR PIHAK NAMA NO AHLI T.TANGAN PENCADANG PENYOKONG 8


NOTIS KEDUA 9


Bil Perkara Tindakan/Ulasa n 1. UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi memulakan Mesyuarat Agung Luar Biasa dengan umum Kitab Al-Fatihah untuk disedekahkan buat ahli keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan yang telah meninggalkan kita. Semoga majlis kita hari ini diberi kelancaran dan mendapat keredhaanNya. 1.2 Pengerusi seterusnya memaklumkan perkara-perkara berikut : 1.2.1 Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Puan Norhayati binti Hamzah, Timbalan Setiausaha Cawangan Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menguruskan Anggota Kumpulan Pelaksana termasuk Pembantu Pengurusan Murid (PPM). 1.2.2 Mesyuarat Agung Tahunan dirancang untuk diadakan secara bersemuka pada 19 Disember 2022 di Pulau Pinang, walaubagaimanapun terpaksa dibatalkan dan dibuat secara atas talian oleh kerana Majlis Jawatankuasa terlibat bagi Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS Ke-29. 1.2.3 Pekeliling perkhidmatan yang melibatkan PPM yang sedang berkuatkuasa ketika ini adalah yang bertarikh 1 Julai 2016 yang telah ditambah baik dari perkeliling terdahulu (tahun 2003). Diharap semua Ahli Kesatuan tidak terlepas pandang akan perihal tersebut. 1.2.4 Bidang tugas PPM yang baharu (keluaran 2022) adalah keberhasilan dari perjuangan dan usaha dari Kesatuan Pembantu Pengurusan Murid Semenanjung Malaysia (KPPMSM).Beberapa penambahbaikkan dan perbezaan dari yang terdahulu (keluaran 2016) yang mana telah merangkumi semua kategori-kategori perkhidmatan PPM. Ada beberapa pengurangan bidang tugas yang berjaya kemukakan dan mendapat kelulusan untuk digugurkan bagi mengurangkan bebas tugas tersebut. 1.2.5 Jumlah penjawatan PPM sehingga 28 Januari 2022 adalah seramai 18,844 orang termasuk Sabah dan Serawak.18,819 orang di gred N19 manakala selebihnya 25 orang gred N22 hakiki. 1.2.6 KPPMSM telah menjalankan satu kaji selidik dengan kerjasama Kesatuan Pembantu Pengurusan Murid Sabah dan Sarawak ke atas semua PPM mengikut kategori dan kelayakan akedemik yang dimiliki. Tujuan Kaji Selidik ini adalah bertujuan mengenalpasti kelayakan akedemik yang dimiliki oleh semua PPM. 1.2.7 Libat urus KPPMSM bersama Kesatuan Pembantu Pengurusan Murid Sarawak (KPPMSWK) yang telah berlaku pada 29-31 Julai 2022 yang lalu di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas sebulat suara bersetuju untuk memohon KPM bagi mempertimbangkan perluasan gred hakiki N22, menaiktaraf gred N26 dan gred N28 skim perkhidmatan PPM (merujuk pekeliling bagi skim perkhidmatan PPM yang berkuatkuasa ketika ini) 1.2.8 Pada 10 September 2022 yang lalu, bertempat di Bilik Mesyuarat Seri Mutiara KPM, satu mesyuarat bagi membincangkan penangguhan kerja bagi jawatan yang dianggap tidak praktikal di tanggung kerja. Dukacita dimaklumkan ada PPM yang melakukan kerja-kerja yang bukan tugasan hakiki samaada secara sukarela atau dipaksa. Hasil lawatan yang diperolehi dari pihak KPM mendapati masih ada PPM yang bertugas sebagai Warden Asrama dan bertugas di pejabat semasa waktu persekolahan. MINIT MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA KESATUAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID SEMENANJUNG MALAYSIA KALI KE 8 TARIKH: 21 DISEMBER 2022 TEMPAT: ATAS TALIAN JUMLAH KEHADIRAN: 907 ORANG 10


2 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT KALI KE 7 MUKA SURAT 8 - 22 2.1 Setelah semua ahli yang hadir berpuas hati dan tiada sebarang isu berbangkit, pengesahan minit mesyuarat telah dilakukan oleh Puan Norazida binti Yusof (W0036) dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ,disokong oleh Encik Mohamad Aimi Iqwan bin Mohd Roslan (N0374) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan telah dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat yang hadir. 3 PEMBENTANGAN LAPORAN DAN AKTIVITI SEPANJANG 2022 MUKA SURAT 24 - 27 4 LAPORAN KEWANGAN KPPMSM 2022 4.1 Bendahari membentangkan penyata pendapatan dan pembelanjaan KPPMSM bagi tempoh 1 April 2021 sehingga 31 Mac 2022 MUKA SURAT 28 4.2 Setelah semua ahli yang hadir berpuas hati dan tiada sebarang isu berbangkit, pengesahan laporan kewangan telah dilakukan oleh Puan Rashidah binti Arshad (J0381) dari Johor ,disokong oleh Puan Noryana binti Saari (C0054) dari Pahang dan telah dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat yang hadir. 5 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN 5.1 Bendahari membentangkan anggaran pendapatan dan perbelanjaan KPPMSM bagi tempoh 1 April 2023 sehingga 31 Mac 2024 MUKA SURAT 29 - 30 5.2 Setelah semua ahli yang hadir berpuas hati dan tiada sebarang isu berbangkit, pengesahan anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi 2023-2024 telah dilakukan oleh Cik Mulia Hartina binti Jais (C0240) dari Pahang ,disokong oleh Puan Hasnah binti Johari (B0186) dari Selangor dan telah dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat yang hadir. 6 PERBAHASAN USUL BAHARU (AHLI) 6.1 NAMA PENCADANG : NORAZIDA BINTI YUSOF NO AHLI : W0036 SELARASKAN BUKU TUGASAN HARIAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID JAWAPAN: KPPMSM telah menerima draf format buku rekod/ log tugas harian PPM pada 13/08/2018 dan sedang meneliti draf format tersebut. BPSM berpandangan bahawa perkara ini perlu diselaraskan oleh pihak KPPMSM memandangkan buku rekod / log tugas harian PPM ini adalah inisiatif KPPMSM untuk kepentingan ahli. Bahagian pengurusan sekolah harian (BPSH) mengambil maklum akan cadangan pihak kesatuan tersebut berkaitan keperluan untuk menyeragamkan format bagi buku rekod PPM seluruh negara dan keperluan untuk percetakan seperti yang dimohon oleh pihak kesatuan. Berdasarkan perbincangan bersama semua ketua Unit Pendidikan Prasekolah JPN seluruh, pada 08 – 10 ogos 2018 dan pemantauan yang dilaksanakan terhadap tugas yang di laksanakan oleh PPM prasekolah, di dapati tiada keperluan untuk menyeragamkan format yang digunapakai oleh PPM yang bertugas di prasekolah dengan PPM yang bertugas di SPK atau PPM di sekolah berasrama memandangkan tugas yang perlu dilaksanakan adalah berbeza mengikut bidang PPM yang berkaitan. Bagi PPM prasekolah, format adalah ditetapkan oleh JPN masing – masing dan telah merangkumi pelaporan tugasan bidang yang diperlukan. Tiada isu yang ditimbulkan berkaitan kegagalan PPM dalam menyusun atur kerja harian yang menyebabkan berlakunya kelewatan, pembaziran masa dan ketidakcekapan tugas yang diterima daripada pihak pentadbir sekolah, PPD atau JPN berhubung ketidakseragaman format tersebut. Sehubungan itu, BPSH berpandangan tiada keperluan buat masa ini untuk menyeragamkan format dan mencetak buku log harian & senarai semak tugas PPM prasekolah di mana ianya boleh dirujuk kepada surat pekeliling dan senarai bidang tugas PPM prasekolah di sekolah KPM. Bahagian perkhidmatan Pendidikan Khas sedia bekerjasama dengan bahagian yang terlibat dengan penyelarasan penyeragaman format buku rekod PPM. Mesyuarat seterusnya mengambil maklum akan arahan yang berbahagia Dato’ Pengerusi supaya BPSM, BPSH, BPKhas untuk mengadakan perbincangan bersama bagi mengeluarkan format buku log mengikut kategori Prasekolah, Pendidikan Khas dan Asrama Harian. BPKhas telah mengadakan 1 bengkel kerja penyediaan buku log PPM Pendidikan Khas bil 1. Tahun 2019 pada 26- 28 ogos 2019 di bilik mesyuarat SKPK alma. Peserta bengkel terdiri daripada pegawai – pegawai KPPMSM, ahli KPPMSM Negeri Pulau Pinang, JPN Pulau Pinang, PPD Kulim Bandar Baru, dan guru Pendidikan Khas Pulau Pinang, tidak mendapat kerjasama adalah pihak BPSH. Seterusnya pada 25 – 26 februari 2020 bertempat di bilik Bunga Raya JPWPP, Aras 7, Blok E2, Kompleks Kerajaan Parcel E, 62604 Putrajaya telah berlangsung, bengkel kerja pemurnian buku rekod tugas harian PPM Pendidikan Khas tahun 2020 yang di anjurkan oleh pihak BPKhas bersama – sama Cawangan Dasar BPSM. Di dalam bengkel ini, pihak KPPMSM telah diberi tanggungjawab untuk membentangkan hasil bengkel terdahulu kepada semua peserta bengkel termasuk perjawatan PPM sendiri daripada sekolah – sekolah sekitar ibu kota. Pada tahun ini kita bersama-sama Kesatuan Pembantu Pengurusan Murid Sarawak (KPPMSwk) akan membangkitkan semula isu tersebut kerana kesatuan masih belum menerima tindakan disebabkan pertukaran pegawai di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Usul berkenaan buku log tugasan harian telah dibangkitkan semula oleh Kesatuan Pembantu Pengurusan Murid Serawak (KPPMSwk) semasa Mesyuarat Bersama Kementerian Bilangan 1 Tahun 2023. Maklum balas yang diterima pihak KPPMSM, KPM akan mengadakan Bengkel Kerja Penyediaan Buku Log PPM Prasekolah KPM pada 24 - 26 Mei 2023 di Pejabat Pendidikan Daerah Sibu , Sarawak anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH),KPM 11


6.2 NAMA PENCADANG : SALINA BINTI SALIKIN NO AHLI : J0026 ELAUN KES KESIHATAN DIPERLUASKAN KEPADA KES-KES SEPERTI TUMOR, STROK (BED RIDDEN) ATAU BAGI KES HILANG UPAYA KEKAL BEKERJA ATAU TERPAKSA DIPENCENKAN JAWAPAN : secara umumnya KPPMSM menerima usul ini untuk dibahaskan kerana rasionalnya adalah beberapa faktor yang menjadi asas pertimbangan untuk diluluskan perlu dibuat. Justifikasi pertama peraturan 2 (j) adalah dirujuk bagi maksud usul. dibaca bersama peraturan 9 perkara 10 (b) Justifikasi kedua dari segi keupayaan kewangan. Berdasarkan situasi yang perlu dikaji secara teliti implikasi kewangan yang berlaku berdasarkan perbelanjaan yang dibentangkan dalam anggaran belanja setiap tahun. Asas pada sumber kewangan kesatuan adalah pada kutipan yuran ahli secara bulanan dan tiada sumber kewangan sampingan yang lain. Segi Pengurusan Berdasarkan situasi, perlu dilihat kemampuan pentadbiran sama ada di Negeri atau di pusat menetukan proses pembayaran yang lebih cekap. Justifikasi ketiga. berdasarkan usul yang dibawa ini,kemudahan elaun kesihatan merupakan usul baru kebajikan selepas elaun kemasukan wad kepada ahli diberi secara rm 10 sehari (maksimum 60 hari setahun). Dalam membahaskan usul ini,dicadangkan agar diteliti kemudahan sama yang turut diberikan oleh kesatuan lain dalam aspek kebajikan. ulasan. Berdasarkan justifikasi yang diberikan,pelbagai aspek dalam menentukan pelaksanaan usul perlu diberi perhatian sebelum diluluskan.Pertimbangan yang sewajarnya harus dilakukan sama ada diluluskan segera atau memerlukan tempoh bagi penelitian menyeluruh atas semua faktor yang berkait. 6.3 NAMA PENCADANG : SITI ZUBAIDAH BINTI ABDULLAH NO AHLI : W0128 SAYA MENCADANGKAN AGAR PPM PRASEKOLAH BOLEH MEMOHON PEMBANTU SEMENTARA SEKIRANYA PPM PRASEKOLAH TERSEBUT PERLU MEMOHON CUTI YANG PANJANG.CONTOHNYA CUTI SAKIT YANG LAMA, MENUNAIKAN UMRAH DAN IBADAH HAJI. JAWAPAN : sebagai alternatif kepada pekerja sambilan, kerajaan juga memperkenalkan pekerja khidmat singkat (PKS) bagi melaksanakan tugas tertentu dengan dibayar upah ikut jam (hourly rate) atau upah ikut kerja (piece rate). Kaedah ini dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 tahun 1999 – skim bayaran upah ikut jam atau kerja. Satu lagi Pekeliling telah dikeluarkan iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3/2011, dasar dan prosedur pengambilan pekerja sambilan harian. Selain itu, merujuk buku garis panduan pengurusan prasekolah edisi 2018. Pada muka surat 14, 7.3.3 pembantu pengurusan murid ganti ( pekerja sambilan harian). Pihak pentadbiran boleh memohon pekerja sambilan harian daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sekiranya : PPM tidak hadir bertugas atas sebab cuti bersalin, cuti sakit berpanjangan yang disahkan oleh doktor kerajaan, cuti tanpa gaji yang diluluskan, cuti haji, cuti belajar atau perjawatan yang belum diisi. 12


6.4 NAMA PENCADANG : SITI ZURINA BINTI ZAINAL NO AHLI : W0044 MEMANSUHKAN KERJA MEMASAK, JIKA TIDAK WUJUDKAN ELAUN MEMASAK DAN INSURANS JAWAPAN : tugasan memasak tidak boleh dimansuhkan kerana memasak termasuk didalam tugasan PPM dibawah pengurusan penyediaan makanan / mengemas / membersih. Ianya merupakan tugasan hakiki yang patut dilaksanakan bagi seorang PPM seperti yang telah dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 tahun 2003. Berkaitan insurans, pegawai perkhidmatan awam mempunyai Pekeliling Perbendaharaan bilangan 7 tahun 2001 berkaitan skim Ex-Gratia bencana kerja bagi pegawai perkhidmatan awam persekutuan. Skim Ex-Gratia bencana kerja bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan telah diperkenalkan pada 20 oktober 1994 melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 13 tahun 1994 (WP 6.2) berikutan pengecualian menyeluruh Pegawai Perkhidmatan Awam daripada kuat kuasa Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP 1969) di bawah seksyen 100 akta berkenaan melalui warta kerajaan p.u (b) 643/1982, p.u.(b) 433/1984 dan p.u.(b) 434/1984. 6.8 NAMA PENCADANG : CIK ASMAH BINTI CHEK MEE NO AHLI : K0131 MINTA SELARASKAN ELAUN KHAS RM200 KEPADA SEMUA KATEGORI PPM (PRASEKOLAH,ASRAMA DAN PENDIDIKAN KHAS).SEKARANG HANYA BERKUATKUASA HANYA KEPADA PPM PEND.KHAS SAHAJA.MOHON PIHAK KESATUAN DAPAT MEMPERTIMBANGKAN USUL INI AGAR SEMUA PPM DISELURUH MALAYSIA DAPAT MENIKMATI ELAUN KHAS YANG DIBERIKAN OLEH KERAJAAN INI. JAWAPAN: untuk makluman,elaun PPM yg bertugas di SPK dan kelas PPKI adalah bayaran insentif PPM (BIPPM) bagaimana surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 tahun 2009. Pihak kesatuan menyambut baik cadangan penyelarasan elaun tetapi mesti mematuhi peraturan & syarat pembayaran sebagaimana bayaran insentif PPM di SPK dan PPKI (elaun mengasuh kanak-kanak OKU). Bagi permohonan penyelarasan elaun mesti dibuat berasaskan tugasan yang berbeza di setiap kategori PPM. Rujukan : Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009 6.9 NAMA PENCADANG : MOHD RIDUAN BIN ISMAIL NO AHLI : D0040 MOHON KESATUAN TETAPKAN ALTERNATIF LAIN UNTUK MENJADI AHLI BERHAK TETAPI GAGAL MENEPATI SYARAT CONTOH POTONGAN GAJI LEBIH 60% JAWAPAN : TIDAK DIBAHASKAN (PENGUSUL TIDAK HADIR) 13


6.10 NAMA PENCADANG : MUHAINI ADEELA BINTI MD ADNAN NO AHLI : J0480 MOHON PERTIMBANGAN AGAR PPM PRASEKOLAH KHUSUSNYA BAGI KELAS PRASEKOLAH YANG SEMUA MURIDNYA BERAGAMA ISLAM DIKECUALIKAN MEMASAK PADA BULAN RAMADAN. JAWAPAN : merujuk kepada buku Pengurusan Prasekolah perkara 7.3.6 1.Penyediaan perlu dilakukan setiap hari. 2.Dibenarkan menyediakan makanan yang berbungkus kepada murid 3.Makanan yang dimasak/disediakan hendaklah tahan lama dan tidak mudah rosak 4.Makanan yang dibekalkan mestilah bersih,berzat dan seimbang ( bergantung kepada perbincangan dengan pihak sekolah (Pentadbir, Guru Prasekolah dan PPM) 6.11 NAMA PENCADANG : NURUL HUSNA BINTI ABDUL WAHAB NO AHLI : P0012 SAYA MOHON PIJHAK KESATUAN MENYEDIAKAN SATU CENDERAHATI/CENDERAMATA KEPADA AHLI YANG TELAH BEKORMAN MASA DAN TENAGA UNTUK HADIR AGM . CONTOH PAYUNG, TOPI DAN SEBAGAINYA, KITA SENDIRI MAKLUM SETIAP KALI AGM DIADAKAN, AHLI YANG HADIR ADALAH AHLI YANG SAMA. JAWAPAN : Untuk makluman semua,pada Mesyuarat Agung yang lalu telah bersetuju dan meluluskan pemberikan cenderahati mengikut penggal. Pada tahun ini kesatuan telah menyediakan cenderahati merupakan buku catatan kepada semua ahli berhak. Exco Negeri akan membuat edaran kepada semua ahli berhak Negeri dalam masa terdekat. Dalam Proses Edaran PAHANG (berbaki 3 belum selesai) WPKL (1 kes ahli bertukar) PERAK (berbaki 7 belum selesai) NEGERI SEMBILAN (berbaki 30 belum selesai) Selangor (berbaki 65 belum selesai) Selesai Edaran Putrajaya Pulau Pinang Melaka Kelantan Terengganu Johor Kedah 14


6.12 NAMA PENCADANG : NUR AMIRA BINTI ANUAR NO AHLI : K0225 NAIKKAN KADAR MAKANAN BAGI MURID PRASEKOLAH JAWAPAN : Pihak kesatuan sendiri telah mengemukakan cadangan menu baharu prasekolah pada Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia KPM bersama Kesatuan Perkhidmatan Bukan Guru Bil 2 tahun 2019. KPM akan menjalankan kajian tinjauan terhadap cadangan menu baharu melibatkan guru, PPM, dan ibubapa penjaga. Walaubagaimanapun perancangan ini adalah bergantung kepada kelulusan permohonan peruntukan kewangan pada tahun 2020. Merujuk minit mesyuarat BPSM bersama Kesatuan Perkhidmatan Bukan Guru Bil 1 tahun 2022, beberapa garis masa untuk proses perjalanan kajian menu standard prasekolah. Pada 25 mac 2022 antara tindakan 1. Memaklumkan semua JPN tentang cadangan menu standard prasekolah 2. Menjalankan tinjauan kos bahan mentah mengikut zon (bandar dan luar bandar). Mengikut catatan dan maklumat kita sebagai wakil KPPMSM, hingga sekarang garis masa yang diberikan masih tidak berganjak. Selain itu garis masa untuk permasalahan ini ialah penyediaan kertas kerja cadangan kelulusan menu dan kenaikan kadar bantuan makanan prasekolah . Maklumat terakhir yg diterima masih menunggu penilaian menu dari bahagian kualiti makanan, KKM Untuk makluman semua ahli KPPMSM, KPPMSM telah bangkitkan penyelarasan menu baharu bermula 2017,KPPMSM telah hadiri mesyuarat, bukan sahaja melibatkan KPM tetapi melibatkan KKM, KERMAS dan JKM .KPPMSM juga terlibat dalam kajian di peringkat Kementerian. Merujuk kepada Kelulusan Belanjawan yang telah dibentangkan pada Januari 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapat peruntukan sebanyak 55.2 bilion. Daripada angka tersebut sebanyak RM108 juta telah diperuntukkan untuk bantuan makanan prasekolah KPM daripada 2.00 kepada 3.00 bagi semenanjung dan RM2.25 kepada RM3.25 (Sabah dan Sarawak). Surat Siaran bertarikh 19 April 2023 6.13 NAMA PENCADANG : MUNIRAH BINTI MOHD NORDIN NO AHLI : K0219 TETAPKAN SEORANG GURU GANTI SEKIRANYA GURU PRASEKOLAH CUTI ATAU BERKURSUS JAWAPAN : Merujuk kepada buku garis panduan Pengurusan Prasekolah yang telah dikeluarkan oleh bahagian pengurusan sekolah harian KPM 2018. Bil 6.2 Peranan Dan Bidang Tugas Pentadbir. Perkara 6.2.1 iaitu pengarah/pengetua/guru besar bertanggungjawab memastikan kelas prasekolah mempunyai guru releif sekiranya guru prasekolah tidak hadir bertugas atau pun ketiadaan sebab menghadiri tugasan rasmi. Kebiasaan guru kanan pentadbiran setiap sekolah akan keluarkan jadual guru releif sekiranya terdapat guru tidak hadir bertugas. Tuan puan boleh rujuk jadual guru releif dan mengingatkan semula sekiranya guru releif tersebut jika tidak masuk kelas prasekolah. 15


6.14 NAMA PENCADANG : JOSEPHINE LINNIE ANAK DEHRAMAN NO AHLI : K0227 MOHON TETAPKAN GELARAN/PANGGILAN FORMAL KEPADA PPM JAWAPAN : untuk makluman semua PPM, panggilan PPM adalah sama panggilan rasmi penjawat awam yang lain, iaitu tuan/puan. Untuk makluman puan, KPPMSM telah menerima usul yang sama semasa Mesyuarat Agung yang lepas. Puan boleh rujuk kepada jawapan usul/minit Mesyuarat Agung yang lepas. 7 PEMBENTANGAN USUL MAJLIS JAWATANKUASA KERJA (MJK) 7.1 Mencadangkan satu kunjung hormat @ lawatan rasmi ke pejabat menteri Pendidikan. Hal ini bertujuan penyelesaian kepada melantik menteri Pendidikan sebagai penaung kesatuan. Oleh kerana urusan ini yang berlaku secara atas talian gagal mendapat kerjasama daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KPPMSM mencadangkan urusan ini diselesaikan pada bulan Disember ini atau selewat-lewatnya Januari 2023 melibatkan pegawai KPPMSM yang dilantik. Pihak kesatuan telah berusaha untuk berhubung dengan pihak PA Menteri tetapi masih tidak mendapat jawapan, kunjungan hormat yang telah dicadangkan tidak mendapat tindakbalas dari pihak Menteri KPM 7.2 Memohon nama KPPMSM ada secara automatik dalam MyPerformance dibahagian SKU. Perkara ini supaya ahli-ahli kesatuan dapat mengisi penglibatan di bahagian sumbangan luar dalam SKU Pihak kesatuan telah melaporkan ke pihak Ceupacs memandangkan terdapat banyak lagi kesatuan yang belum didaftarkan dalam MyPerformance. 7.3 Mencadangkan pindaan pada peraturan di dalam buku perlembagaan melibatkan : peraturan 3 – anggota kesatuan I. Keanggotaan kesatuan ini terbuka kepada Pembantu Pengurusan Murid (PPM) gred N17 yang digaji oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kecuali mereka yang memegang jawatan pengurusan, eksekutif, sulit atau keselamatan. Pekerja – pekerja itu hendaklah yang berumur lebih dari 18 tahun dan mempunyai tempat kerjanya di semenanjung Malaysia/ Sabah / Sarawak tertakluk kepada syarat bahawa seseorang yang diuntukkan Pendidikan dalam sesuatu Sekolah, Politeknik, Kolej, Universiti, Kolej Universiti atau institusi lain yang ditubuhkan di bawah kesatuan kecuali sekiranya ia :- (a) sebenarnya seorang pekerja menurut taktif dalam akta kesatuan sekerja 1959 dan (b) berumur lebih 18 tahun Pindaan ini melibatkan klausa ayat yang bergaris dan berdasarkan surat perkeliling perkhidmatan bilangan 1 tahun 2016 yang melibatkan Gred Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid. Dalam proses pindaan dan belum selesai. 16


7.4 Mencadangkan satu kunjung hormat ke pejabat CUEPACS bagi mebincangkan serta melaraskan kerjasama dua hala dalam perkhidmatan awam antara pihak kesatuan dan kongress. Cadangan tarikh kunjung hormat ini dijangka pada bulan April hingga Jun melibatkan jawatankuasa kerja KPPMSM dan kepimpinan tertinggi CUEPACS Akan berhubung semula dengan pihak CUEPACS untuk mendapatkan tarikh untuk kunjung hormat 8 HAL-HAL LAIN 8.1 MOHAMMAD AIMI IQWAN B MOHD ROSLAN NO AHLI : N0374 i) MENCADANGKAN KPPMSM MEMBAWA ELAUN SHIFF BAGI PPM ASRAMA MEMANDANGKAN JIKA ADA PERGERAKAN TIADA PPM LAIN YANG AKAN MENGGANTIKAN PPM TERSEBUT KERANA BERTUGAS SECARA SHIFF DAN TIADA ELAUN. ii) MENCADANGKAN PPM ASRAMA BERTUGAS BERMULA JAM 8.00 PAGI – 5.00 PETANG MEMANDANGKAN NISBAH WARDEN BERTAMBAH MENGIKUT ENROLMEN MURID JAWAPAN i) Usul baharu dari ahli tidak boleh dibincangkan dalam hal-hal lain. Ahli dicadangkan untuk mengisi borang usul yang disertakan bersama-sama Notis Pertama Mesyuarat Agung akan datang atau boleh dikemukakan Dalam Borang Permasalahan Ahli untuk cadangan penambahbaikkan untuk dibangkitkan oleh pihak kesatuan dalam mbkpsm akan datang ii) bagi jadual waktu bertugas secara giliran shiff PPM Asrama Pendidikan Khas / Asrama Desa Orang Asli telah berlaku beberapa siri mesyuarat dan pertemuan yang melibatkan KPPMSM dan pengurusan KPM. Untuk makluman PPM kategori asrama harian/desa/ orang asli dibawah BPSH, manakala asrama SPK bawah BPKhas. Untuk asrama di bawah BPSH iaitu Asrama Harian Desa Dan Orang Asli, pada bulan Januari 2022 yang lalu telah diadakan 1 mesyuarat bagi cadangan penambahbaikan untuk kaedah penggiliran 3 shiff dan 2 shiff dengan penjawatan yang sedia ada iaitu minimum sekurang-kurangnya atau penjawatan mempunyai 6 orang PPM baru akan dilaksanakan 3 shiff dengan waktu bekerja akan ditetapkan bersama-sama pihak pengurusan sekolah. Bagi asrama yang mempunyai perjawatan telah dicadangkan sekiranya penjawatan kurang dari 4 orang, dicadangkan untuk perlaksanaan 2 shiff (petang atau malam) kerana pertambahan warden. Pada bulan November 2022 yang lalu, KPPMSM telah dijemput oleh pihak Bahagian Pendidikan Khas yang bersetuju dengan cadangan dan pendapat kesatuan untuk perlaksanaan 3 shiff sekiranya minimun ada 6 orang PPM dan perlaksanaan 2 shiff sekiranya minimun penjawatan ada 4 orang PPM. KPM dalam progres bagi mengeluarkan punca kuasa perihal tersebut. Pada 14-16 Mac 2023 telah diadakan satu Bengkel di Bilik Perbincangan Mustapha Kamal Cyberjaya berkaitan Perlaksanaan Waktu Jadual Syif Asrama samaada 2 syif pada hari persekolahan. Manakala perlaksanaan 3 syif pada cuti mingguan dan hari kelepasan Am. Perlaksanaan syif adalah bergantung kepada ketua Jabatan dan Penjawatan di sekolah terlibat. 17


18.2 NORISMAWATI BINTI ISMAIL NO AHLI : B0049 i) MENGENAI PENDAFTARAN AHLI BAHARU MENGIKUT KAEDAHKAEDAH YANG PALING MUDAH. MEMANDANGKAN SEKARANG KITA MENGGUNAKAN BORANG,BOLEH DIPERHALUSI ATAU DIMUDAHKAN BAGI KERJA BUAT AJK PENGGERAK DENGAN AHLI.CADANGAN MENGGUNAKAN GOOGLE FOAM. ii) MOHON PIHAK MJK MEMBERIKAN STATISTIK PPM LELAKI DAN PEREMPUAN,INI ADALAH BERIKUTAN ADA CADANGAN UNTUK MENGADAKAN SUKAN PPM DIPERINGKAT KEBANGSAAN JAWAPAN i) Untuk pengetahuan semua, pengambilan ahli baru adalah melalui borang sahaja mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) ii) Pihak KPPMSM akan membuat permohonan kepada Unit Penjawatan, KPM Dah buat permohonan dengan unit penjawatan tetapi belum dapat jawapan sejak bulan Februari, akan diusahakan dalam masa terdekat. 8.3 Ucapan terima kasih dan tahniah di atas kerjasama semua ahli untuk hadir sebagai peserta. Terima kasih juga di atas pendapat dan cadangan, saya menghargainya bagi pihak majlis jawatankuasa kerja. Tanpa tuan-tuan dan puan-puan KPPMSM tidak dapat melakukan apa-apa pergerakan untuk kebajikan dan perkhidmatan PPM, mohon ampun dan maaf bagi pihak diri saya sendiri serta semua majlis jawatankuasa yang diketuai oleh saya sendiri. Saya dengan ini menanggiuhkan mesyuarat agung kali ke 8 tahun 2022. 18


LAPORAN AKTIVITI DAN PROGRAM KESATUAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID SEMENANJUNG MALAYSIA SEPANJANG TAHUN 2017/2018 Bil Program Tarikh Tempat 1 Kongres Tritahunan CUEPACS Kali Ke 29 17-19/12/2022 Shah Alam Convention Centre, Selangor 2 Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Bil 3/2022 19-20/12/2022 Hotel UITM Shah Alam, Selangor 3 Mesyuarat Agung Luar Biasa Kesatuan Pembantu Pengurusan Murid Semenanjung Malaysia Kali Ke 8 21/12/2022 Atas Talian 4 Kursus Psikologi Dan Minda Beretika 26/1/2023 Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka 5 Mesyuarat AJK Penggerak Negeri WPKL Bil 3 2022 2/2/2023 Bilik Mesyuarat SK Jalan Air Panas Kuala Lumpur 6 Kursus Pengurusan Integriti Pembantu Pengurusan Murid Negeri Selangor 28/2/2023 Dewan Auditorium Ciast, Shah Alam 7 Mesyuarat Majlis Jawatankuasa KPPMSM Bil 4 3-5/3/2023 Hotel Seri Malaysia, Taiping Perak 8 Mesyuarat AJK CUEPACS Melaka Bil. 1/2023 8/3/2023 Ibu Pejabat Jabatan Bomba Melaka, Ayer Keroh 9 Mesyuarat MBJ Melaka Bil.1/2023 14/3/2023 Jabatan Pendidikan Negeri Melaka 10 Bengkel Penambahbaikan Bidang Tugas Ppm Dan Waktu Bekerja 14-16/3/2023 Bilik Perbincangan Mustapha Kamal Cyberjaya 11 Taklimat Penempatan AKP Baharu Fasa 1/2023 Negeri Melaka 15/3/2023 Jabatan Pendidikan Negeri Melaka 12 Sambutan Hari Wanita Sedunia Bersama Wanita Ceupacs Malaysia 15-17/3/2023 Hotel Sri Pacific, Kuala Lumpur 13 Jemputan Taklimat Kepada Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Lantikan Baharu Bagi Sesi 1/2023 (WPKL) 15/3/2023 Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, JPWPKL 14 Taklimat Kepada Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Lantikan Baharu Bagi Sesi 1/2023 (Negeri Sembilan) 16/3/2023 Auditorium SK Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan 15 Sesi Lapor Diri Dan Penyerahan Surat Penempatan AKP Lantikan Baru 1/2023 Negeri Terengganu 20/3/2023 Bilik Seminar SSTP Marang Terengganu 19


16 Jemputan Taklimat Kepada Anggota Kumpulan Pelaksana Lantikan Bahru Tahun 2023 (Putrajaya) 21/3/2023 Bilik Berlian, Blok E12,KPM 17 Mesyuarat MBJ Negeri Kedah Bil 1/2023 28/3/2023 Jabatan Pendidikan Negeri Kedah 18 Mesyuarat AJK Tempatan Bil 1/2023 KPPMSM Negeri Pulau Pinang 1/4/2023 Bilik Mesyuarat SK Seri Tasek, P.Pinang. 19 Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Bukan Guru Bil 1/2023 4/4/2023 Bilik Mesyuarat Utama Aras 6, Blok E8, KPM 20 Mesyuarat AJK Tempatan Bil. 1 Tahun 2023 KPPMSM Negeri Sembilan 6/4/2023 Bilik Mesyuarat Taman Seri Mawar Seremban, Negeri Sembilan 21 Mesyuarat AJK Penggerak Negeri Pahang Bil. 1/2023 8/4/2023 Bilik Mesyuarat SK Bukit Cermin, Pahang. 22 Mesyuarat AJK Penggerak Bil 1/2023 Negeri W/P Putrajaya 14/4/2023 Menara Perkeso,Putrajaya 23 Mesyuarat AJK Tempatan Bil.1 / 2023 KPPMSM Negeri Melaka 14/4/2023 Ayer Keroh, Melaka 24 Mesyuarat AJK Penggerak Negeri Perlis Bil. 1/2023 15/4/2023 Bilik Mesyuarat SK Putra, Kangar, Perlis 25 Mesyuarat Bersama Jabatan Negeri Sembilan Bil 1/2023 19/4/2023 Atas Talian 26 Mesyuarat AJK KPPMSM Negeri Terengganu Bil1/2023 28/4/2023 Teratak Impian, Bukit Diman, Ajil Terengganu 27 Mesyuarat AJK Tempatan KPPMSMJDT Bil 1/2023 28/4/2023 Bilik Mesyuarat SK LKTP Ulu Pengeli 28 Mesyuarat AJK Tempatan Bil 1/2023 KPPMSM Negeri Kelantan 29/4/2023 Kelas PPKI, SMK Long Gafar, Kota Bharu, Kelantan 20


BIL TARIKH AKTIVITI ZON APRIL 1 1-30 April 2024 MESYUARAT MAJLIS JAWATANKUASA KPPMSM SELATAN MEI 2 1-30 MEI 2024 KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN WILAYAH UTARA JUN 3 1-30 JUN 2024 KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN WILAYAH TENGAH JULAI 4 1-30 JULAI 2024 MESYUARAT MAJLIS JAWATANKUASA KPPMSM PANTAI TIMUR OGOS 5 1-30 OGOS 2024 KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN WILAYAH SELATAN SEPTEMBER 6 1-30 SEPTEMBER 2024 KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN WILAYAH TIMUR OKTOBER 7 1-30 OKTOBER 2024 MESYUARAT MAJLIS JAWATANKUASA KPPMSM UTARA NOVEMBER 8 1-30 NOVEMBER 2024 MESYUARAT AGONG TAHUNAN KESATUAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID WILAYAH TENGAH DISEMBER TAKWIM SEPANJANG TAHUN 2024/2025 BAGI KESATUAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID SEMENANJUNG MALAYSIA. *PERUBAHAN TEMPAT DAN TARIKH TERTAKLUK KEPADA KEPUTUSAN MESYUARAT MAJLIS JAWATANKUASA KPPMSM DARI SEMASA KE SEMASA. 21


LAPORAN KEWANGAN SEPANJANG TAHUN 2022/2023 22


23


USUL AHLI KPPMSM USUL AHLI 1 Nama Pencadang : Siti Azilah Binti Yacop No Ahli: F004 SEKOLAH : SK PUTRAJAYA PRESINT 5(1) Memohon Penambahbaikkan Dapur Pra Di Putrajaya. Sinki Pra Di Putrajaya Mempunyai “Oil Trap” (Takungan Penapis Minyak) Yang Terpaksa Dibersihkan Setiap Minggu, Hal Ini Amatlah Membebankan Kerana Kedudukannya Di Bawah Sinki Yang Perlu Kami Angkat Dan Cuci. Perangkap Tersebut Sangatlah Berat Dan Tidak Mampu Kami Bersihkan. Jadi Kami Memohon Pihak Yang Berkenaan Kaji Dan Sebolehnya Lupuskan Perangkap Minyak Tersebut. USUL AHLI 2 Nama Pencadang : Nor Afizan Bt Abd Rahim No Ahli : B0195 Sekolah : SMK Bukit Rahman Putra PPKI SMK, Banyak Telah Mendapat Tauliah Sebagai Pusat Bertauliah Untuk Sijil Skm(sijil Kemahiran Malaysia) Ramai PPM Telah Ada SKM Dan Ramai Juga Sedang Berusaha Memiliki Sijil SKM. Mohon Bincangkan Sejauh Mana Keperluannya PPM Perlu Ada SKM, Semoga Menjadi Motivasi Kepada Rakan Lain Untuk Memiliki SKM Bidang Tugas PPM Perlu Selaras Dengan Perlaksanaan SKM/Pusat Bertauliah Di Sekolah Berkenaan. USUL AHLI 3 Nama Pencadang : Siti Nor Afzawati Bt Shaikh Abdullah No Ahli : W 0005 Sekolah : SJKC SAM YOK, KL Memohon Untuk Kelayakan Cuti Peristiwa Yang Diambil Oleh Pihak Sekolah Kepada Semua PPM Khas, PPM Pra, PPM Asrama Kerana PPM Juga Terlibat Bersama Murid Semasa Program Dan Acara Yang Melayakkan Sekolah Diberi Cutii Peristiwa. USUL AHLI 4 Nama Pencadang : Norismawati Binti Ismail No Ahli : B0049 Sekolah : SK SEKSYEN KOTA DAMANSARA Skop Tugasan N26(hakiki @KUP) Hakiki N26 PPM Ditempatkan Di PPD Untuk Membantu Pegawai PPD Unit Masing-masing Dalam Kerjakerja Perkeranian , Contoh: Penyediaan Surat, Memfailkan Surat, Urusetia Kursus-kursus PPM. 24


USUL AHLI 5 Nama Pencadang : Aminora Binti Awang No Ahli : T 004 Sekolah : SK AMER, TERENGGANU Hapuskan Buku Tugasan Harian, Tidak Relevan Untuk Digunakan Buat Masa Sekarang. Jika Nak Diadakan Juga Untuk Pantauan Pentadbir, Buat Secara Online Seperti Guru. USUL AHLI 6 Nama Pencadang : Alifatul Hanimah Ishak No Ahli : T 0132 Sekolah : SK PERMAISURI NUR ZAHIRAH, TERENGGANU. Pendekkan Tempoh Time Base Dari 13 Tahun Ke 11 Tahun. USUL AHLI 7 Nama Ahli : Mohamad Zamani Bin Mohamad Nusrom No Ahli : C 0222 Sekolah : SK SUNGAI MARONG Permudahkan Urusan Keahlian Dengan Mengadakan ‘ROAD TOUR’ Di Peringkat Negeri. 25


USUL MAJLIS JAWATAN KUASA KERJA KPPMSM USUL MJK 1 Memohon tuntutan perjalanan di selaraskan dari RM0.20/KM kepada RM0.40/KM . Untuk makluman semua, tuntutan perjalanan MJK adalah RM0.20. Mengikut kadar standard Jabatan untuk tuntutan pegawai gred N19 adalah RM0.80, maka MJK memohon untuk kenaikan sebanyak RM0.40/KM separuh dari TNT pegawai awam USUL MJK 2 Memohon Kos Pengurusan Dan Pentadbiran RM100 Bagi Setiap Negeri Untuk Tujuan Kos Fotostat, Dakwat Printer, Kos Pos Borang BPA Kepada Ahli Dalam Seliaan Exco Negeri. USUL MJK 3 Meluaskan lagi tuntutan perjalanan kepada peserta dikalangan ahli yang mewakili kesatuan untuk menghadiri bengkel dan kursus USUL MJK 4 Mewujudkan Hari Pembantu Pengurusan Murid Malaysia Pada Setiap 5 Haribulan Jun Sejajar Dengan Pendaftaran Rasmi KPPMSM Di Bawah Seksyen 12(1) Akta Kesatuan Sekerja 1959. 26


JAWATANKUASA PENGELOLA MESYUARAT AGUNG DAN PEMILIHAN PEGAWAI KALI KE 4 TAHUN 2023. PENGERUSI ENCIK KHAIRUL IKHWAN BIN BOESTAMAN Presiden KPPMSM TIMBALAN PENGERUSI 1 ENCIK MOHD IZWAN BIN BUKHARI Timbalan Presiden 1 KPPMSM TIMBALAN PENGERUSI 2 ENCIK MOHD HAFIS BIN MOHD TARMIZI Timbalan Presiden 2 KPPMSM NAIB PENGERUSI 1 CIK MAZLYANY BINTI BUHARI Naib Presiden 1 KPPMSM NAIB PENGERUSI 2 PUAN SHARUL AFIZAH BINTI MOHD IDRIS Naib Presiden 2 KPPMSM NAIB PENGERUSI 3 MOHD FADHIL BIN MAT PUZI Naib Presiden 3 KPPMSM SETIAUSAHA PUAN FATMA SYAHIDAH BINTI ABDUL HAMEED Setiausaha KPPMSM PENOLONG SETIAUSAHA CIK EDIANA BINTI HJ SHAHARUDDIN Penolong Setiausaha KPPMSM BENDAHARI PUAN NOORHAMIZA BINTI BAKAR Bendahari KPPMSM PENOLONG BENDAHARI PUAN SITI SURIATI BINTI MOHD ALWI Penolong Bendahari KPPMSM 27


PENYELARAS PROGRAM PN SITI RAFIA’AH BINTI MAJID (EXCO JOHOR) FLOOR MANAGER PN AFIAH HAJAR BINTI AHMAD AJK PENDAFTARAN DAN PERSIAPAN TEMPAT PN NORANIZA BINTI ALI ( EXCO NEGERI SEMBILAN ) PN NURUL AIEN BINTI NORDIN EN MOHAMAD RAMADAN BIN BAJURI ( AJK TEMPATAN ) AJK JEMPUTAN, PROTOKOL & PENUTUP PN HAWA BINTI ABD RAHIM ( EXCO MELAKA ) PN SALINA BINTI SALIKIN PN SITI HARTATHI BINTI SARITI ( AJK TEMPATAN ) AJK JAMUAN PESERTA PN NORLAILA BINTI OTHMAN ( EXCO PERLIS ) PN SITI HAJAR BINTI MOHD YUSOF PN HAMIZON BINTI BASIRAN ( AJK TEMPATAN ) AJK PENGACARA MAJLIS PN ZALEHA BINTI IBRAHIM ( EXCO PULAU PINANG ) PN ROSIDAH BINTI KARIM PN ROHAYA BINTI ABU BAKAR ( AJK TEMPATAN) AJK JAMUAN VIP PN NORAINITA BINTI AMIR ( EXCO PERAK ) PN HARYANI BINTI MD KARNADI PN NORHAZIMAH BINTI ABD GHANI ( AJK TEMPATAN ) AJK HADIAH DAN CENDERAMATA PN NUR KHAIRUNNISA BINTI MOHD SALLEH ( EXCO PUTRAJAYA ) PN ROZITA BINTI REZMAN PN MUHAINI ADEELLA BINTI MD ADNAN ( AJK TEMPATAN ) AJK DOKUMENTASI DAN SIARAYA PN WAN FARIDAH BINTI WAN MUSTAPHA ( EXCO KELANTAN ) PN FATIAH BINTI MUSTAFFA PN NORZANRIAH BINTI HAMDAN ( AJK TEMPATAN ) AJK PERSIAPAN PENTAS DAN BACKDROP PN SITI ZAHRAH BINTI ISHAK @ JAAFAR ( EXCO WPKL ) PN HADIJAH BINTI TUKAMAN PN NORHIDAYAH BINTI RASIDIN ( AJK TEMPATAN ) AHLI JAWATANKUASA KERJA KECIL 28


AJK BUKU PERSIDANGAN, BUKU PROGRAM & PERCETAKAN PUAN FATMA SYAHIDAH BINTI ABDUL HAMEED (SETIAUSAHA) PN NOORUL AFFIZA BINTI ABDUL AZIZ ( EXCO KEDAH ) PN NAFEESAH BINTI YUSOF PN SITI MARIAM BINTI ABDULLAH ( AJK TEMPATAN ) AJK KEBERSIHAN PN NORMAH BINTI JUHARI ( EXCO PAHANG ) CIK NIZARINA BINTI ABU BAKAR PN RASHIDAH BINTI ARSHAD ( AJK TEMPATAN ) AJK PENGINAPAN PN MASYITAH BINTI M.NOH ( EXCO SELANGOR ) PN AWALIAH BINTI ABDUL KADIR PN NOORHAIDA BINTI MAMAT ( AJK TEMPATAN ) AJK KESELAMATAN PN ASMAH BINTI HUSSIN ( EXCO TERENGGANU ) PN ROZITA BINTI SALEKON PN NOORAIDAH BINTI JELANI ( AJK TEMPATAN ) AJK BACAAN DOA EN MOHAMAD RAMADAN BIN BAJURI AJK TEMPATAN ( DAERAH JOHOR BAHRU ) 29


Penghargaan Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM Jawatankuasa Tempatan Negeri Johor Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pejabat Pendidikan Daerah Serta Semua Yang Terlibat Dengan Majlis Ini Secara Langsung Atau Tidak Langsung. Terima Kasih Dan Sekalung Budi Kesatuan Pembantu Pengurusan Murid Semenanjung Malaysia 30


Click to View FlipBook Version