PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU UNTUK SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA NEGERI MELAKA TAHUN 2023 TARIKH : 4 OKTOBER 2023 ( RABU) MASA : 8:00 PAGI TEMPAT : DEWAN SJKC KIOW MIN PENUTUPAN RASMI OLEH PUAN HAJAH RUBAIYA BINTI ABU NAWAS TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN MELAKA merangkap YANG DIPERTUA PERSATUAN PERPUSTAKAAN SEKOLAH-SEKOLAH MELAKA (PUSTAKAM)
PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU ANTARA SJKC Bercerita dapat memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman semasa alam persekolahan. Pendedahan ini dapat memanfaatkan para murid sekolah. Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa Melayu merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan dan kefasihan berbahasa para murid, sama ada dari segi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dengan ini, aktiviti bercerita amat sesuai untuk dipertandingkan. Justeru, Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kategori Tahap Dua) wajar dijadikan aktiviti pertandingan bagi aliran SJKC demi memperkukuhkan penguasaan murid terhadap Bahasa Melayu. OBJEKTIF PERTANDINGAN BERCERITA * Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan menyakinkan. * Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis. * Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid. * Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. * Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan dan meyakinkan.
Atur Cara 07:45 am Pendaftaran Peserta 08:15 am Taklimat Hakim 08:30 am Pertandingan Bercerita Pusingan Awal ●Kumpulan A - Kelas Tahun 1 ●Kumpulan B - Kelas Tahun 5 ●Kumpulan C - Kelas Tahun 3 11:00 am Kudapan 11:30 am Pertandingan Bercerita Pusingan Akhir (Dewan) 2:00 pm MAJLIS PENUTUPAN RASMI DAN UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH - Nyanyian lagu Negaraku & lagu Melaka Maju Jaya - Ucapan Alu-aluan oleh Puan Wong Chiau Sim, Guru Besar SJKC Kiow Min - Ucapan Penutupan Rasmi oleh Puan Hajah Rubaiya Binti Abu Nawas, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Merangkap Yang Dipertua PUSTAKAM - Penyampaian Sijil dan Cenderahati - Penyampaian Hadiah Pemenang - Sesi Bergambar - Jamuan Ringan - Bersurai
KUMPULAN A Lokasi : Kelas Tahun 1
KUMPULAN B Lokasi : Kelas Tahun 5
Lokasi : Kelas Tahun 3 KUMPULAN C
PEGAWAI TEKNIK DAN HAKIM PERTANDINGAN BERCERITA
JAWATANKUASA PERTANDINGAN BERCERITA
SEKALUNG BUDI SEIKHLAS HATI Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada : ♥ Timbalan Pengarah Pendidikan Melaka merangkap Yang Dipertua PUSTAKAM ♥ Guru Besar SJKC Kiow Min merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan ♥ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka ♥ Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Melaka ♥ Pegawai-pegawai Daerah Alor Gajah ♥ Barisan Hakim Pertandingan ♥ Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Kiow Min ♥ Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKC Kiow Min ♥ Jawatankuasa Pengelola Pertandingan ♥ Guru-guru dan Staf Sokongan SJKC Kiow Min ♥ Individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung