The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AININ SYAZANA BINTI TERMIZI IPG-Pelajar, 2024-03-15 02:23:37

BUKU LOG PANDU PUTERI KADET

MPU3441a TUGASAN 1 (buku log)

JKA/Jun2019 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN MPU3441a Kokurikulum – Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet I (Tugasan 1) Nama : AININ SYAZANA BINTI TERMIZI No. K/P : 020109020776 Angka Giliran : 2021242340345 Program : PISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : X11 Nama Pensyarah : PUAN AZIZAH BINTI ALIAS Tarikh Hantar : 8 MAC 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: ainin Tarikh : 8 Mac 2023 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: Tarikh : _____________________


BUKU LOG PANDU PUTERI NAMA : AININ SYAZANA BINTI TERMIZI INSTITUT : IPG KAMPUS IPOH UNIT : X11


NAMA : AININ SYAZANA BINTI TERMIZI NO. KAD PENGENALAN : 020109-02-0776 TARIKH LAHIR : 9 JANUARI 2002 ALAMAT RUMAH : KAMPUNG KEPALA BUKIT, BUKIT PINANG, 06200 KEPALA BATAS, KEDAH. NO. TELEFON : 011-15123805 ALAMAT E-MAIL : [email protected] ALAMAT PENGAJIAN : IPG KAMPUS IPOH NAMA PASUKAN : PANDU PUTERI KADET BIODATA


KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan: 1.1Pendaftaran ahli .................................................................................1 1.2Folio / buku log / laporan aktiviti .........................................................3 1.3Pembentukan jawatankuasa ..............................................................5 1.4Pakaian seragam ...............................................................................8 1.5Takwim dan perancangan aktiviti pasukan ........................................15 1.6Peranan dan tanggungjawab pemimpin ............................................17 1.7Pengurusan Badan Beruniform secara sistematik dan terancang .....18 2.0 Prinsip Asas Pandu Puteri: 2.1Dasar Pertubuhan dan Undang-undang am dan pemimpin ..............20 2.2Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri ..................................22 2.3Cogan kata dan lambang ..................................................................22 2.4Isyarat dan hormat Pandu Puteri .......................................................25 2.5Berjabat tangan dan khidmat Pandu Puteri .......................................26 2.6Isyarat wisel serta isyarat tangan ......................................................27 2.7Lagu Pandu Puteri ............................................................................31 2.8Bendera Malaysia, Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan Bendera Dunia ..............................................................32 3.0Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi: 3.1Sejarah Perkembangan .....................................................................34 3.2Struktur Organisasi ...........................................................................40 4.0Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah: 4.1Program Pandu Puteri Tunas (PPT) ................................................. .47 4.2Merancang program / aktiviti .............................................................52 Rujukan..............................................................................................................62


Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan


1 Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan: 1.1 Pendaftaran ahli PENDAFTARAN AHLI BAHARU Pendaftaran melalui sistem e-daftar di sekolah, daerah atau cawangan masing-masing PENDAFTARAN PASUKAN Pasukan Pandu Puteri Kelip-Kelip, Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pasukan Pandu Puteri Kadet, Pasukan Pandu Puteri Siswi, Pasukan Pandu Puteri Dewasa, Guild Pandu Puteri Raja, Guild Trefoil, Guild Mantan Ketua Pesuruhjaya serta Kumpulan Ahli Sukarela Pandu Puteri hendaklah disahkan serta didaftarkan dengan segera. Lengkapkan borang-borang pendaftran berikut: o Borang Pendaftaran 1 - Pendaftaran Baru - Semula Pasukan o Borang Pendaftaran 2 - Borang Senarai Nama Ahli Dewasa – Pemimpin o Borang Pendaftaran 3 - Borang Senari Nama Ahli Pasukan Catatan: Borang-borang tersebut boleh dimuat turun di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia.atau diperoleh daripada Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sertakan salinan Sijil Pendaftaran Pasukan / Guild (Untuk Pendaftaran Semula dan Pemberian Nama Baru Pasukan/Guild). Borang pendaftaran yang lengkap akan dihantar ke ibu pejabat kebangsaan bersama-sama dengan yuran pendaftarannya melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Borang pendaftaran dari Institut Pendidikan Guru (kampus tertentu) hendaklah dilengkapkan dan dihantar ke ibu pejabat kebangsaan bersama-sama


2 dengan yuran pendaftarannya melalui Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Borang pendaftaran Pandu Puteri Dewasa/Pandu Puteri Siswi hendaklah dilengkapkan dan dihantar ke ibu pejabat kebangsaan bersama-sama dengan yuran pendaftarannya melalui Pesuruhjaya Pandu Puteri Dewasa Kebangsaan. Yuran pendaftaran pasukan dibayar hanya sekali. Ibu pejabat kebangsaan merekod pendaftaran dan mengeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan. Pasukan perlu mengemaskini dan membaharui pendaftaran tahunan ahli-ahlinya dengan ibu pejabat kebangsaan melalui eDaftar. Pembaharuan pendaftaran tahunan berserta bayaran yuran ahli perlu dihantar ke ibu pejabat kebangsaan tidak lewat daripada 30 Mac setiap tahun melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Sijil pendaftaran adalah hak milik pasukan. Jika sijil hilang, bayaran dikenakan untuk sijil ganti.


3 1.2 Folio / buku log / laporan aktiviti Pengenalan Buku log ialah sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti oleh Pandu Puteri. Ia mengandungi catatan rekod yang dapat dijadikan panduan dan pengesahan terhadap penglibatan seseorang ahli Pandu Puteri. Ahli Pandu Puteri Tunas dapat mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannnya dalam bentuk penulisan, lakaran grafik atau bantuan visul. Jenis-jenis buku log Buku Log Peribadi Buku log ini mengandungi: Biodata pemilik dan rekod jawatan Pandu Puteri yang disandang di sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan. Rekod penglibatan diri dalam aktiviti Pandu Puteri (Semua Peringkat). Acara Pandu Puteri yang dihadiri (Semua Peringkat) Buku Log Kemajuan Buku log ini mengandungi: Semua laporan kemajuan Program Pandu Puteri Tunas. Laporan Lencana kecekapan Buku Log Acara Buku log ini mengandungi laporan acara yang disertai. Contoh acara adalah seperti berikut: Perkhemahan / Cuti Pasukan Khidmat Lain-lain projek


4 Ciri-ciri buku log Kandungan buku log 1. Biodata / Profil Diri Nama No. Mykad / No. Mykid / No. surat beranak Tarikh lahir Alamat rumah No. tel rumah / No. tel bimbit Alamat e-mail Nama & alamat sekolah 2. Penglibatan dalam Kegiatan Pandu Puteri Jawatan yang dipegang Pencapaian dalam Pandu Puteri Senarai acara Pandu Puteri yang disertai Bahan-bahan disusun dengan kemas Rekod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan Keaslian dan kreativiti amat digalakkan Hasil kerja boleh dizahirkan dalam bentuk tulisan tangan atau bercetak kecuali biodata / profil diri


5 1.3 Pembentukan jawatankuasa Berikut merupakan rangkuman jawatankuasa bagi Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer


6 Berikut merupakan jawatankuasa bagi Pandu Puteri Remaja


7 KETUA PASUKAN PANDU PUTERI REMAJA Ketua Pasukan hendaklah dipilih oleh ahli jawatankuasa pasukan untuk menjadi pembantu pemimpin; menjadi salur perhubungan antara pemimpin dengan ketua kumpulan serta ahlinya lulus Prinsip Asas Pandu Puteri Remaja dan telah menjadi ahli Pasukan Pandu Puteri Remaja selama sekurang-kurangnya tiga bulan. KETUA KUMPULAN PASUKAN PANDU PUTERI REMAJA Ketua Kumpulan Pasukan hendaklah: dipilih oleh ahli kumpulannya. Setelah dipilih, dia wajib hadir Kursus Ketua Kumpulan. menerima arahan daripada pemimpin melalui ketua pasukan untuk disalurkan kepada ahli-ahli kumpulannya. lulus Prinsip Asas Pandu Puteri Remaja dan telah menjadi ahli Pasukan Pandu Puteri Remaja selama sekurang-kurangnya tiga bulan. bertanggungjawab tentang kebajikan dan kemajuan ahlinya. wajib hadir dan bersuara di Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan mewakili kumpulannya. PENOLONG KETUA KUMPULAN PASUKAN PANDU PUTERI REMAJA Penolong Ketua Kumpulan Pasukan hendaklah: dilantik oleh ketua kumpulannya untuk membantu menjaga kebajikan dan kemajuan ahli kumpulan mereka. mewakili ketua kumpulannya di Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan jika beliau tidak dapat hadir.


8 1.4 Pakaian seragam Pandu Putei Kelip-kelip Skaf Pandu Puteri Kelip-kelip berwarna jigga dan boleh dipakai dengan ikatan atau wogel Ahli memakai baju T PPPM dan seluar sukan. Kasut sukan / sekolah. Pandu Puteri Tunas (9-12 Tahun)


9 Pandu Puteri Remaja (13-15 Tahun) Dari atas kanan: Bunga Matahari, Kertas, Mawar, Orkid, Bunga Raya dan Lili


10 Pandu Puteri Renjer (16-17 Tahun)


11 Pemimpin 1. Baju Kurung berpesak 2. Baju kebaya


12 3. Baju aktiviti


13 Kadet (IPG) Klover (18-30 Tahun)


14 Guild (30 Tahun ke atas)


15 1.5 Takwim dan perancangan aktiviti pasukan TAKWIM AKTIVITI PASUKAN PANDU PUTERI KADET (JAN-MEI 2024) Minggu dan Tarikh Aktiviti / Program Tindakan Catatan Minggu 1 (8 Januari 2024) Kuliah tentang Pentadbiran dan pengurusan kokurikulum Semua ahli Pandu Puteri Kadet X11 Minggu 2 (15 Januari 2024) Pengenalan kepada Pandu Puteri Kadet dan lagu-lagu kepanduan Semua ahli Pandu Puteri Kadet X11 Minggu 3 (22 Januari 2024) Sejarah perkembangan dan struktur organisasi Pandu Puteri Tayangan video kuiz Semua ahli Pandu Puteri Kadet X11 Minggu 4 (29 Januari 2024) Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Program Pandu Puteri Tunas Merancang program / aktiviti Semua ahli Pandu Puteri Kadet X11 Minggu 5 (5 Februari 2024) Melipat, menaikkan dan mengibarkan bendera Semua ahli Pandu Puteri Kadet X11 Minggu 6 (12 Februari 2024) CUTI PERTENGAHAN SEMESTER Semua ahli Pandu Puteri Kadet X11 Minggu 7 (19 Februari 2024) Menyediakan buku log Semua ahli Pandu Puteri Kadet X11 Minggu 8 (26 Februari 2024) Program sukarelawan (plogging) Semua ahli Pandu Puteri Kadet IPGKI Minggu 9 4 Mac 2024) Asas bantu mula Anduh dan balutan Melecur, pitam dan patah Semua ahli Pandu Puteri Kadet X11 Minggu 10 (11 Mac 2024) Pengenalan kepada ikatan dan simpulan Membina gajet Semua ahli Pandu Puteri Kadet X11


16 Minggu 11 (18 Mac 2024) Mempelajari asas kawad dan arahan kawad Kawad statik dan melapor Semua ahli Pandu Puteri Kadet X11 Minggu 12 (25 Mac 2024) Mempelajari asas kawad dan arahan kawad Kawad dinamik Semua ahli Pandu Puteri Kadet X11 Minggu 13 (1 April 2024) Mempelajari Istiadat Pasukan Ladam Kuda Semua ahli Pandu Puteri Kadet X11 Minggu 14 (8 April 2024) CUTI KHAS PERAYAAN Semua ahli Pandu Puteri Kadet X11 Minggu 15 (15 April 2024) Masakan solar / masakan rimba Semua ahli Pandu Puteri Kadet X11 Minggu 16 (22 April 2024) Permainan KIM Menyenaraikan 25 jenis benda daripada 30 jenis benda Semua ahli Pandu Puteri Kadet X11


17 1.6 Peranan dan tanggungjawab pemimpin Peranan Pemimpin: Menjadi suri teladan sebagai mentor atau pembimbing bagi memandu dan membimbing ahli-ahli muda di pelbagai peringkat. Memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu dan terus menimba ilmu hingga ke akhir hayat. Membentuk jawatankuasa Menubuhkan pasukan Bekerjasama dalam pengendalian dengan pemimpin lain di dalam dan di luar daerah atau negeri Mengetuai perjumpaan Mendaftarkan pasukan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Merujuk Pesuruhjaya Daerah / Negeri bagi mendapatkan pandangan, nasihat & bantuan TANGGUNG - JAWAB PEMIMPIN


18 1.7 Pengurusan Badan Beruniform secara sistematik dan terancang Penyediaan struktur organisasi Wujudkan struktur organisasi yang jelas dengan peranan dan tanggungjawab yang ditetapkan bagi setiap pakar dan ketua badan beruniform Memastikan ada hierarki yang teratur untuk memudahkan pengurusan Penubuhan jawatankuasa pengurusan Membentukan jawatankuasa pengurusan yang terdiri daripada individu yang berkelayakan. Jawatankuasa ini boleh membantu dalam membuat Keputusan, reka bentuk program dan memantau pelaksanaan aktiviti. Reka bentuk program tahunanan Buat rancangan tahunan yang komprehensif termasuk amalan, kemahiran dan aktiviti sosial. Memastikan program ini merangkumi semua aspek pembangunan badan yang seragam dari segi fizikal, mental dan emosi. Pemilihan dan latihan pemimpin Pemimpin agensi beruniform memainkan peranan penting dalam membimbing dan melatih pakar. Memastikan pemilihan pemimpin dilakukan dengan teliti dan mereka mendapat latihan berkala untuk meningkatkan kecekapan mereka. Pengurusan kewangan ekonomi Tetapkan belanjawan yang berpatutan dan pantau penggunaan kewangan dengan teliti. Memastikan pemprosesan dan penyimpanan wang dilakukan secara telus dan beretika.


19 Rekod dan penilaian pencapaian Menyimpan rekod pencapaian setiap anggota badan beruniform dan menilai pencapaian mereka secara berkala. Boleh membantu dalam memberikan pengiktirafan dan mencadangkan penambahbaikan yang diperlukan. Komunikasi berkesan Memastikan terdapat saluran komunikasi yang terbuka dan berkesan antara pemimpin, pakar dan pihak lain yang berkepentingan. Melibatkan penggunaan media sosial atau aplikasi khas untuk menyampaikan maklumat dengan cepat. Pemantauan kemampanan dan kemajuan Memantau agensi beruniform dan menilai keberkesanan program secara berkala. Mengambil tindakan pembetulan jika perlu dan memastikan kemampanan jangka panjang badan beruniform. Penglibatan pihak berkepentingan Melibatkan ibu bapa, guru dan masyarakat dalam aktiviti agensi beruniform Dapat menyokong dan meningkatkan pengiktirafan terhadap peranan dan pencapaian anggota badan beruniform. Pemantauan keselamatan dan kesihatan Memastikan keselamatan dan kesihatan pakar badan beruniform diutamakan dalam setiap aktiviti. Menjalankan penilaian risiko dan menyediakan prosedur keselamatan yang jelas.


Prinsip Asas Pandu Puteri


20 2.0 Prinsip Asas Pandu Puteri: 2.1 Dasar Pertubuhan dan Undang-undang am dan pemimpin Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang merupakan satu ketetapan yang digubal untuk dipatuhi bagi menentukan kelicinan pentadbiran dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli Persatuan ini supaya menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain. Untuk mencapai tujuan tersebut, pendidikan dan latihan melalui Program Pandu Puteri mengutamakan Sistem Kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Visi Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan Misi Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa Kepimpinan Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan barisan pemimpin untuk mendidik dan memimpin ahli wanita dan dewasa. Barisan pemimpin dikategorikan mengikut peningkatan seperti yang berikut ;


21 1. Pemimpin Tidak Berwaran Seorang pemimpin tidak berwaran perlu mengikuti kursus Prawaran dan melafazkan atau membaharui Persetiaan Pandu Puteri Pemimpin boleh memakai lencana pelantikan pelantikan pemimpin. Pemimpin yang telah menguruskan pasukan sekurang-kurangnya tiga bulan dan diselia oleh pemimpin berwaran atau Pesuruhjaya Daerah akan dilantik sebagai pemimpin berwaran. 2. Pemimpin Berwaran Pemimpin berwaran boleh menguji Pandu Puteri Tunas sehingga Calit Emas serta Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer sehingga Kelas Dua. Pemimpin berwaran digalakkan mengikuti kursus lanjutan supaya boleh menguji Pandu Puteri Tunas sehingga Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya serta Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer Kelas Satu sehingga ke peringkat Pandu Puteri Raja. Pemimpin berwaran seterusnya boleh melayakkan diri dan memperoleh Mutiara I, Mutiara II, Mutiara III dan Mutiara IV KEPIMPINAN PASUKAN Pasukan untuk kanak-kanak dan wanita remaja biasanya bertapak di sekolah atau institusi pendidikan. Ia dipimpin oleh wanita dewasa yang telah menerima latihan mentadbir dan mengurus pasukan. Setiap pasukan dan guild dipimpin oleh ahli wanita dewasa yang dikenali sebagai:


22 2.2 Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Persetiaan Pandu Puteri Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan sedaya upaya saya akan: Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia. Menolong orang setiap masa, Mematuhi undang-undang Pandu Puteri Undang-undang Pandu Puteri Seorang Pandu Puteri: Boleh dipercayai Sentiasa taat dan setia Suka menolong orang lain Bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan ahli pandu puteri yang lain Sentiasa bersopan santun Melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar Sentiasa menurut perintah Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan Sentiasa berjimat cermat Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan 2.3 Cogan kata dan lambang Cogan Kata Pandu Puteri Bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan “SELALU SEDIA”


23 Lambang Pandu Puteri Logo Pandu Puteri Malaysia Simbol Maksud Trefoil Tiga bahagian ikrar Pandu Puteri Bintang pecah empat belas 13 buah negeri di Malaysia dan 1 pecahan lagi menghala ke atas melambangkan jarum kompas yang bermaksud petunjuk jalan yang benar. Lencana Dunia (WAGGGS) Simbol Maksud Trefoil (tiga cabang) *warna emas Ikrar Pandu Puteri Matahari yang bersinar-sinar di langit biru Bintang-bintang pada cabang trefoil Bintang petunjuk jalan iaitu persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Jalur / urat menajam ke atas Jalur kompas sebagai petunjuk jalan yang harus dituju dalam Pandu Puteri Tapak / simbol api pada bahagian pangkal Perasaan kasih sayang semua manusia yang sentiasa bernyala dalam jiwa Pandu Puteri


24 Lencana Pandu Puteri Malaysia Menurut persetujuan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) pada tahun 1928, semua negara bersetuju untuk menerima trefoil sebagai lencana ikrar dan lambang cita-cita Pandu Puteri. Reka bentuk lencana Pandu Puteri Malaysia dicipta oleh Cik Mary Bowers iaitu seorang Pesuruhjaya Latihan, Ibu Pejabat dan mula diperkenalkan pada Januari 1962 Semasa berkhemah, beliau telah memungut sehelai daun yang jatuh. Disebabkan tertarik akan bentuk daun tersebut, beliau dan ahli kadet yang lain telah berbincang dan mencapai kata putus untuk memohon kepada Ibu Pejabat supaya reka bentuk daun tersebut digunakan sebagai reka bentuk trefoil. Reka bentuk tersebut telah menggantikan lencana trefoil Inggeris yang telah digunakan sebelum tahun 1962.


25 2.4 Isyarat dan hormat Pandu Puteri Isyarat Pandu Puteri Hormat Pandu Puteri ISYARAT PANDU PUTERI digunakan semasa : Seseorang itu diterima sebagai ahli Pandu Puteri. Ahli pandu puteri memperbaharui ikrar. CARA MEMBUAT ISYARAT PANDU PUTERI : Ahli Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. Tangan kanan dinaikkan ke aras bahu dan tangan kiri (di sisi) dirapatkan lurus ke badan. Kedudukan jari (tangan kanan) sama seperti dalam rajah. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telinga kanan. Kira masa 1, 2, 3 dan turun 3, 2, 1. HORMAT PANDU PUTERI ialah tabik yang dilakukan kepada Pegawai-pegawai Tunas Puteri seperti pemimpin, ketua dan sesama ahli kumpulan. Ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. ISYARAT PANDU PUTERI diberikan semasa: Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan. Upacara mengibarkan bendera. CARA MEMBUAT ISYARAT PANDU PUTERI : Kedudukan jari sama seperti ketika melakukan isyarat Pandu Puteri Tangan diangkat sehingga sama tinggi dengan dahi. Sebaik sahaja hormat diblas, tangan dijatuhkan dan kadet boleh bergerak dari tempat tersebut.


26 2.5 Berjabat tangan dan khidmat Pandu Puteri Berjabat Tangan Berjabat tangan adalah tanda persahabatan dan hprmat yang lebih mesra bagi Pandu Puteri. Ahli Pandu Puteri hanya berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli pakaian seragam yang lain, sebaliknya tetap berjabat tangan menggunakan tangan kanan dengan mereka yang tidak berpakaian seragam. Amalan berjabat tangan dengan tangan kiri telah diperkenalkan oleh Lord BadenPowell dan diinspirasi daripada puak Zulu di Afrika. Semasa Lord dan Lady BadenPowell melawat Kenya, kaum Zulu berjabat tangan dengan tangan kiri kerana tidak sanggup meletakkan senjata yang dipegang pada tangan kanan. Khidmat Pandu Puteri Tindakan mencatat perkhidmatan yang diberi kepada orang lain dalam tempoh 2 minggu Catatan boleh dilakukan mengikut kreativiti masing-masing (jadual, peta minda dan lain-lain) Catatan perlu mempunyai tarikh, jenis khidmat yang diberi dan tanda tangan orang yang berkenaan. Contoh khidmat: Menolong guru mngangkat buku Menolong ibu mengemas rumah Menolong ayah mengecat rumah Membantu orang tua melintas jala


27 2.6 Isyarat wisel serta isyarat tangan Isyarat Wisel Isyarat wisel digunakan sebagai satu arahan. Semasa perkhemahan, isyarat wisel digunakan untuk memberi arahan tertentu tanpa perlu menjerit. Isyarat wisel sesuai dihunakan bagi pasukan dengan ahli yang ramai. Wisel Pasukan Pandu Puteri Makna Isyarat Wisel Isyarat Maksud О Jaga sedia __ Berdiam diri О __ О __ Amaran / bahaya О О О __ Ketua, datang ke sini О О О О О О….. Semua datang cepat __ __ __ Jauhkan diri dari sini О О О О О __ О . О О О О О О Datang ke dapur jurumasak О = Tiupan pendek __ = Tiupan panjang . = Berhenti seketika


28 Isyarat Tangan Gambar Pergerakan Maksud Tangan lurus di sisi, hayun tangan membentuk bulatan Bentukkan bulatan mengelilingi saya Tapak tangan kebawah, gerak geri menekan Duduk / sembunyi Tangan dihayun/dikuak dari belakang ke depan Teruskan / pergi jauh Tangan dihayun depan muka, tapak tangan terbuka Tak mengapa / Kembali asal Tangan terbuka bertemu didada, siku mengepak Bersurai


29 Tangan lurus disisi, hayun tangan membentuk separuh bulatan Bentukkan separuh bulatan Pandangan dari atas, hayun tangan paras bahu bentuk separuh bulatan dari depan ke sisi Bentukkan separuh bulatan Tangan digenggam menghala ke depan, siku dilipat Berdiri dalam barisan, ketua di hadapan saya Tangan lurus dan mendepa ke hadapan Bentukkan dua barisan Tangan dan jari lurus ke hadapan, tapak tangan terlangkup kebawah Luruskan barisan Tangan di paras siku, tapak tangan berhadapan Bentukkan dua barisan menghadap satu sama lain


30 Tangan mendepa, lurus disisi Bentukkan satu barisan menghadap saya Tangan dihayun tinggi, kanan dan kiri Mari masuk / Mari sini Tangan diangkat tinggi, tapak tangan lurus dan jari rapat Berhenti / Diam / Perhatian Jari telunjuk menunjukkan arah (sesuatu) Pergi ke sana Tangan digenggam, gerak geri berlari ATAU tangan digenggam, hayun cepat ke atas kebawah Lari


31 2.7 Lagu Pandu Puteri Lagu Dunia Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Yang cintakan kebenaran, Menetapkan janji; Dengan rela berjasa, setia abadi; Kebebasan kita tepati, Bersedia sama; Untuk semua miskin kaya, kita beri, yang terdaya.


32 2.8 Bendera Malaysia, Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan Bendera Dunia Bendera Malaysia Warna biru = perpaduan Warna kuning = kedaulatan Warna merah = keberanian Warna putih = kesucian Bintang pada Bendera Malaysia mempunyai 14 bucu dimana ia membawa maksud perpaduan kepada semua negeri dan Wilayah Persekutuan 14 jalur berselang seli antara warna merah dan putih membawa maksud gabungan negeri yang terdapat dalam malaysia iaitu 13 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan Bintang pada bendera melambangkan perpaduan kepada semua negeri dan Wilayah Persekutuan Bulan pada melambangkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.


33 Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia. Bendera Pandu Puteri Dunia Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia..


Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi


34 3.0 Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi: 3.1 Sejarah Perkembangan Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Tahun 1909 Sejumlah kecil gadis hadir untuk Perhimpunan Pengakap ‘Scout Rally’ pertama di Crystal Palace, memanggil diri mereka Pengakap Puteri. Ini dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini. Mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell. Lord Robert Baden-Powell menubuhkan Pandu Puteri sebagai pergerakan selari bagi mereka, diselenggarakan oleh adiknya Agnes BadenPowell. Lord Robert Baden-Powell bimbang sekiranya mereka dikenali sebagai pengakap akan menyebabkan kanak-kanak lelaki menjauhi diri dan juga keluarga gadis. Oleh itu, Lord Robert BadenPowell memilih nama "Girl Guides" atau "Pandu Puteri dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri Lord Robert Baden-Powell


35 Tahun 1910 Agnes Baden-Powell, mengadapasikan buku "Scouting for Boys" untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan. Lord Robert Baden-Powell yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin denganny Olave St Clair Soames Tahun 1912 Di serata dunia. Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pantas. Sebelum persatuan ini ditubuhkan, telah wujud beberapa kumpulan. Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama Tahun 1918 Sementara Agnes Baden-Powell memainkan peranan utama sehingga kematiannya, Olave Baden-Powell, menjadi Ketua Pandu Chief Guide England. Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan meneruskan usahanya dengan Lord Robert Baden-Powell dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia Tahun 1919


36 Oleh sebab Pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan untuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919. Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada WAGGGS. Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia Tahun 1920 Setahun kemudian, Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan. Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang kepada dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran dan pengalaman. Buat kali pertamanya, kumpulan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri mula merancang lawatan ke luar negara. Tahun 1924 Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berukutnya, Buletin Dunia dikeluarkan. Buletin ini kini dikenali sebagai "Our World News". Sementara itu, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri/Pengakap Puteri di seluruh dunia. Tahun 1928 Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat pada tahun 1926, wakil dari beberapa negara berjumpa dengan Baden-Powell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan. Sebelum Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun 1929, BadenPowell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mereka mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Biro Dunia (World Bureau) Persatuan ini akan bertempat di Londan dan berfungsi sebagai urusetia.


37 Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatan kuasa Dunia. Lord dan Lady Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia aka menjadi ahli ex-officio kepada Jawatan kuasa ini. Satu draf perlembangan teah disetujui dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat. Tahun 1930 Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkebangan Pergerakan ini. Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia, Olave Baden-Powell menjadi Ketua Pandu Chief Guide England dan Ketua Pandu Puteri Sedunia. Tahun 1931 Sementara itu, pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. Pada tahun1931, keahlian persatuan ini telah melebihi satu juta. Tahun 1932 Pembukaan Pusat Dunia yang pertama Tahun 1939 Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri diadakan di Hungary. Tahun 1945 Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah meninggal dunia pada masa itu. Walaupun bersedih atas pemergian suaminya. Olave meneruskan kerja beliau dalam Pandu Puteri. Tahun 1957 Pembukaan Our Cabaa Tahun 1966 Pembukaan Sangam


38 Tahun 1977 Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau, WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge). Sehingga hari ini: Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yag bersemangat mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini.


39 Sejarah Penubuhan Pandu Puteri di Malaysia Tahun 1916 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) bermula dengan penubuhan pasukan Pandu Puteri pertama di Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur. Tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India Tahun 1957 Pusat Pentadbiran PPPM telah berpindah dari Singapura ke Wisma Pandu Puteri, Kuala Lumpur. PPPM dengan rasminya menjadi Ahli Bersekutu Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia ataupun World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Tahun 1958 PPPM telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen Tahun 1960 PPPM diterima sebagai ahli Tenderfoot Tahun 1966 PPPM diterima sebagai Ahli Penuh WAGGGS (Full Member) Sehingga kini PPPM mempunyai 18 cawangan di seluruh negara dengan bilangan ahli melebihi 130,000 orang. PPPM adalah sebuah persatuan yang bebas, tidak terlibat dengan parti politik atau mana- mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, malah bercorak memberikan Pendidikan tidak formal untuk anak gadis dan wanita remaja


40 3.2 Struktur Organisasi


41


42


43


Click to View FlipBook Version