The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mama eL, 2020-04-07 20:04:27

LAPORAN PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA

NUR ELIESHA YASMIN 2MERAH

Keywords: SAINS

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YA’KUB
MERLIMAU, MELAKA.

LAPORAN PENYAKIT BERJANGKIT
DI MALAYSIA.

Disediakan oleh :
NUR ELIESHA YASMIN BINTI ABDULLAH

2 MERAH

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 1

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

PROJEK SAINS TINGKATAN DUA
SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YA’KUB

LAPORAN PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA .

1. DEFINISI PROJEK
Penyakit bermaksud sesuatu keadaan yang tidak normal pada tubuh
badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi,
kecacatan, sindrom, symptom, keserongan tingkah laku dan variasi
biasa sesuatu struktur atau fungsi. Penyakit terjadi disebabkan oleh
kuman, bakteria, racun, virus, kegagalan organ berfungsi ataupun
keturunan.
Berjangkit pula membawa maksud merebak atau berpindah ke
benda atau orang lain.
Penyakit berjangkit adalah sesuatu fenomena biososial.Kebanyakan
individu berpendapat bahawa isu penyakit berjangkit ini hanya satu
isu sosial yg melibatkan sebilangan kecil populasi manusia. Walau
bagaimanapun, isu penyakit berjangkit yang di anggap remeh ini
berkeupayaan menggugat tahap kesihatan secara meluas sekaligus
menjejaskan beberapa aspek penting sesebuah negara sekiranya di
spesifikasikan sebagai penyakit “pandemik”.

Dalam aspek ini, kemunculan penyakit berjangkit ini tidak akan
lagi mengenal batas sempadan geografi sekiranya tidak di kawal. Isu
kesihatan adalah satu isu global yang boleh menjejaskan sistem
perawatan dan kesihatan, sistem ekonomi dan perbankan dan juga
sistem boleh menggugat sistem sekuriti sesebuah negara yang
terlibat.

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 2

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

2. CONTOH PROJEK. Influenza Kolera
A
Leptos
pirosis (H1N1)

HFMD Penyakit Chicken
Ebola Pox
berjangkit
Campak

Denggi Malaria

TIBI

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 3

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

3. DEFINISI , SIMPTOM , CARA PEREBAKAN DAN PERAWATAN
CONTOH PENYAKIT YANG TELAH DI PILIH.

3.1 INFLUENZA A

DEFINISI INFLUENZA A (H1N1) :
Influenza A merupakan penyakit yang di sebabkan oleh virus
influenza A yang menjangkiti saluran pernafasan manusia . Ia
boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan dan jika tidak
di rawat dengan segera ia boleh beransur menjadi serius atau
“severe” dan seterusnya mengancam nyawa individu yang di
jangkiti.
Ia merupakan sebahagian dari jenis influenza bermusim (
Seasonal Influenza) . Ia di spesifikasikan sebagai Influenza
Bermusim kerana tanda dan gejala, cara berjangkit dan cara
perawatan adalah sama, cuma yang membezakan hanyalah
virus yang terlibat.

SIMPTOM :

 Demam tinggi (melebihi 39°c pada fasa akut )
 Sakit tekak
 Sakit kepala
 Batuk dan mengalami kesukaran bernafas
 Selsema dan hidung mudah tersumbat
 Sakit sendi
 Cirit birit dan sakit perut

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 4

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

CARA PEREBAKAN:
Influenza A boleh disebarkan melalui “droplet” atau titisan air
cecair dari hidung dan mulut pesakit kepada individu lain.

PERAWATAN :
 Isolasi – pengasingan individu yang di jangkiti sepanjang

tempoh inkubasi penyakit ( 1 hingga 4 hari selepas mula
mengambil ubat atau hingga ke hari yang ke sepuluh dari
hari pertama symptom iaitu demam)
 Mengawal simptom yang ditunjukkan oleh pesakit seperti
batuk , hidung tersumbat atau sakit badan.
 Ubatan : oseltamivir (Tamiflu), zanamivir (Relenza),
peramivir (Rapivab) or baloxavir (Xofluza).
 Rehat yang cukup
 Mengambil cecair yg mencukup untuk badan
# penyakit Influenza A dapat di elakkan dengan pengambilan vaksin
“influenza” khas tambahan.

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 5

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

Contoh gambarajah ringkas dan padat cara Virus Influenza berjangkit
dan langkah pencegahan yang perlu di ambil.

RUJUKAN :

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/flu/diagnosis-treatment/drc-
20351725
WONG Pediatric In Nursing Text Book
http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/18/43
https://kpkesihatan.com/2020/01/04/kenyataan-akhbar-kpk-4-januari-2020-
makluman-mengenai-pengurusan-pesakit-yang-disyaki-mengalami-jangkitan-
influenza-terutamanya-di-kalangan-kanak-kanak-di-malaysia/

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 6

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

3.2 CHICKEN POX
DEFINISI :
Chicken Pox atau dalam bahasa melayunya di panggil Cacar Air.
Sering menjangkiti kanak-kanak tetapi boleh juga menjangkiti
kalangan dewasa sekiranya mereka tidak mendapat suntikan
imunisasi yang lengkap semasa mereka kecil.Penyakit ini
berpunca dari Virus Varicella-Zoster .Pesakit hanya akan
menunjukkan tanda gejala selepas 10 hingga ke 21 hari selepas
terdedah kepada virus.
SIMPTOM :
 Demam ringan
 Berasa tidak selesa atau gatal
 Timbul ruam beserta gelembung air pada kulit ,hidung ,
dalam mulut , mata dan juga bahagian sulit atau kawasan
genital.
 Kurang selera makan
 Sakit Kepala

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 7

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

CARA PEREBAKAN :
Penyakit ini merebak melalui cara “sentuhan” , iaitu

individu lain yang bersentuhan dengan pesakit berpontensi
untuk di jangkiti. Sekiranya individu yang terlibat mengambil
vaksin Varicella , maka symptomnya akan lebih ringan di
bandingkan dengan mereka yang tidak mengambil vaksin.
Tempoh inkubasi penyakit ini adalah 10 hingga 21 hari (tetapi
mereka yang mengambil vaksin boleh sembuh sepenuhnya
selepas 14hari di jangkiti).

Tetapi fasa berinfeksi (contagious period) untuk penyakit
ini adalah 1 atau 2 hari sebelum pesakit timbul ruamsehingga
ruam tersebut berlepuh atau menjadi luka terbuka sehingga
kering sepenuhnya.

PERAWATAN :
 Isolasi dari mula timbul ruam sehingga 14 hari atau
sehingga luka lepuh kering sepenuhnya
 Pengambilan cecair yang mencukupi untuk badan
 Ubatan : untuk menahan gatal , mengurangkan suhu dan
rasa sakit
 Memberi keselesaan pada pesakit
 Rehat yang cukup.

RUJUKAN :
https://www.webmd.com/children/what-is-chickenpox
WONG Pediatric in Nursing Text Book

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 8

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

3.3 TIBI
DEFINISI :
Penyakit TIBI ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh
kuman “Mycobacterium Tuberculosis” (kuman TIBI).
Kebanyakan individu yang di jangkiti tidak akan menunjukan
symptom TIBI kerana kuman-kuman TIBI akan terpendam dan
tidak aktif (pasif) di dalam badan seseorang. Akan tetapi jika
sistem pertahanan badan seseorang itu menurun , kuman TIBI
tersebut akan menjadi aktif dan seterusnya bersikap aggresif
untuk bertidak balas dalam tubuh badan pesakit.
Kuman TIBI biasanya menyerang bahagian peparu pesakit.
Walaubagaimanapun , kuman TIBI boleh merebak mana-mana
bahagian tubuh badan melalui aliran darah di dalam badan
seseorang.

Contoh gambar kuman TIBI di bawah microskop.

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 9

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

Organ yang berkemungkinan boleh terinfeksi ialah

Peparu

Tulang Kuman Otak

Nodus- TIBI Kulit
nodus
Limfa Buah
Pinggang

SIMPTOM :
 Batuk yang berpanjangan melebihi 2 minggu
 Batuk berkahak dan berdarah
 Demam dan berpeluh terutama pada waktu petang dan
malam
 Kurang selera makan
 Berat badan yang menurun
 Badan menjadi lemah lesu

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 10

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

CARA PEREBAKAN :

Penyakit TIBI berjangkit melalui cecair mulut dan hidung yang
mengandungi kuman TIBI apabila pesakit TIBI batuk, bercakap
atau bersin.

PERAWATAN :

 Rawatan penuh untuk pesakit TIBI sekurang-kurangnya
mengambil masa 6 bulan ;

1. 2 bulan pertama , pesakit diberi rawatan rapi di mana dia
dikehendaki memakan ubat setiap hari

2. 4 bulan seterusnya ia di kehendaki memakan ubat 3 kali
seminggu.

3. Kebanyakan pesakit TIBI dapat meneruskan aktiviti harian
mereka seperti biasa selepas 2 hingga 4 minggu diberikan
rawatan.

4. Terdapat 4 jenis ubat khas yang digunakan untuk merawat TIBI:
a) Rifampicin
b) Isoniazid
c) Pyrazinamide
d) Ethambutol
 Rehat yang cukup
 Cecair yang mencukupi untuk badan
 Makanan yang seimbang
 Isolasi untuk 4 minggu pertama perawatan dimulakan.

RUJUKAN :

http://www.moh.gov.bn/SiteCollectionDocuments/Health%20Topics/penyakitt
ibi.pdf

https://www.facebook.com/MedicalMythbustersMalaysia/photos/pcb.112567
7410856089/1125676470856183/?type=3&theater

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 11

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

3.4 KOLERA

DEFINISI :

Kolera adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh
mengambil makanan atau minuman yang sudah tercemar dengan
bakteria yang di panggil “ Vibrio Cholerae”.Penyakit ini biasanya
berlaku di tempat-tempat yang mempunyai sanitasi yang kurang
baik, penuh dengan orang ramai, peperangan atau kebuluran.

SIMPTOM :

Hanya sekitar 1 : 20 pesakit yag di jangkiti akan menunjukkan
simptom yang teruk dan kebanyakan pesakit tidak menunjukkan
sebarang tanda gejala.

Tanda Gejala akan muncul selepas 12jam atau 5 hari dari individu
tersebut terdedah kepada bakteria.

TANDA GEJALA ialah :

 Cirit birit berair ; kadang-kadang dipanggil “najis air beras” /
“rice water stools”kerana ia kelihatan seperti air ynag telah
digunakan untuk membasuh beras

 Muntah teruk
 Kaki kejang
 Tanda dehidrasi ;

 kulit longgar ( loose skin) ,
 mata nampak seperti tenggelam (eyes sunken) ,
 mulut dan bibir kering ,
 kurang berpeluh ,
 denyutan jantung yang laju,
 tekanan darah rendah
 Pening kepala

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 12

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

 Kejutan atau “Shock” boleh menyebabkan sistem
peredaran darah tidah dapat berfungsi dengan baik.
Keadaan ini boleh mengancam nyawa pesakit.

CARA PEREBAKAN :
Bakteria “Vibrio Cholerae” , biasanya boleh di temui dalam
makanan atau air yang dicemari oleh najis orang yang telah di
jangkiti.Sumber-sumber bakteria ini termasuklah :

1- Bekalan air daripada loji kumbahan dan rawatan
2- Ais yang di perbuat daripada air dari loji kumbahan dan

rawatan
3- Makanan dan minuman yang di jual oleh pesakit yang di

jangkiti
4- Sayur-sayuran yang di siram atau di kendalikan dengan

menggunakan air yang tercemar dengan najis dari individu
yang di jangkiti
5- Makanan laut ; yang di perolehi dari perairan atau kawasan
yang telah tercemar dengan hasil kumbahan.

Contoh gambar virus Kolera yang menjangkiti manusia di bawah
microskop.

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 13

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

PERAWATAN :
 Penghidratan ; menggantikan cecair yang hilang (pesakit cirit
birit) dengan menggalakkan pesakit minum air yang
mencukupi dan pemberian cecair melalui intravena.
 Ubatan ; antibiotik akan diberi mengikut kesesuaian pesakit
 Makanan yang seimbang
 Rehat yang cukup

RUJUKAN :
https://www.doctoroncall.com.my/soalan/penyakit-kolera-cholera-
simptom-punca
WONGS Pediatric in Nursing Text Book.
https://www.google.com/search?q=virus+cholera+human&rlz=1C1GGRV_e
nMY821MY821&sxsrf=ALeKk01tyQThMMYMcF3F2h-
VJ6pYzcT9fw:1586181135059&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKE
wiC4eqY-
dPoAhXDgeYKHV0rAEAQ_AUoAXoECA0QAw&biw=525&bih=587#imgrc=C0
PqAX5snsoA5M

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 14

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

3.5 EBOLA
DEFINISI :
Ebola adalah sejenis penyakit yang jarang berlaku yang berpunca
dari jangkitan virus Ebola , tetapi sekiranya di jangkiti , virus akan
dengan mudah merebak dan menyerang keseluruh anggota badan
pesakit. Virus Ebola ini akan memusnahkan sistem imunisasi
(pertahanan) badan dan menyebabkan kerosakan organ-organ
dalaman manusia. Serangan dari virus ini akan menyebabkan sel
pembekuan darah akan menurun secara mendadak dengan tiba-
tiba dan seterusnya mengakibatkan pesakit tersebut mengalami
pendarahan yang serius dan tidak dapat di kawal
. Penyakit ini juga di kenali sebagai “demam berdarah Ebola”.

Contoh gambar virus di bawah microskop

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 15

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

SIMPTOM :
 Demam tinggi (suhu melebihi 39° celcius )
 Sakit kepala
 Badan lesu dan sakit sendi
 Sakit tekak
 Sakit perut
 Kurang selera makan

Jika berlarutan ; pesakit akan menunjukkan tanda-tanda :
 Pendarahan dari rongga badan seperti dari mata, telinga dan
hidung
 Muntah atau batuk berdarah
 Cirit birit dengan najis berdarah
 Ruam-ruam “petechiae” ; menandakan pendarahan pada
lapisan bawah kulit

CARA PEREBAKAN :
Penyakit ini merebak melalui sentuhan secara terus pada kulit
atau cecair bendalir (contoh ; darah , peluh, air liur dan najis) dari
pesakit yang di jangkiti.

PERAWATAN :
 Menggantikan cecair dan elektrolit yang hiding sepanjang
proses jangkitan
 Memberikan bantuan pernafasan , oksigen kepada pesakit
yang memerlukan
 Memberi ubatan untuk mengawal kadar tekanan darah
pesakit agar bacaan senantiasa normal

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 16

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

 Pemberian komponen darah sekiranya di perlukan oleh
pesakit

 Memberi perawatan kepada tanda gejala sampingan lain
yang di tunjukkan oleh pesakit

 Isolasi khas untuk mengawal perebakan dari meluas
 Rehat yang cukup.

RUJUKAN :
https://www.webmd.com/a-to-z-guides/ebola-fever-virus-infection
https://www.google.com/search?q=GAMBAR+VIRUS+EBOLA&rlz=1C1GGRV
_enMY821MY821&sxsrf=ALeKk01J8hLihmTkzV9bhlXwELsQf9vU3A:1586182
331492&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwirmKvT_dPoAhXd7n
MBHVpZC10Q_AUoAXoECAsQAw&biw=663&bih=587#imgrc=nz3bXBrpd94
oVM

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 17

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

3.6 MALARIA

DEFINISI :
Demam Malaria adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit
bernama “Plasmodium”. Malaria boleh dikatakan penyakit yang
seangkatan dengan Denggi , Chikugunya , dan Zika dari segi
penyebarannya kerana semua penyakit itu boleh disebarkan
melalui vektor tertentu terutama nyamuk.

Vektor penyebab penyakit Malaria ialah nyamuk betina dari
spesies “Anopheles” ( tiruk).Perkataan Malaria sendiri berasal
daripada perkataan bahasa Itali kuno yang bermaksud udara
buruk kerana penyakit ini dikaitkan dengan kawasan paya dan
berair (tempat sesuai untuk pembiakan nyamuk).

SIMPTOM :
 Demam berpanjangan
 Berpeluh secara berlebihan
 Menggigil
 Sakit kepala
 Sakit otot dan sendi ; kekejangan
 Loya dan muntah
 Anemia (kekurangan sel darah merah)
 Jaundis (kulit dan mata pesakit kelihatan seakan-akan
kekuningan)
 Pembesaran pada organ hati dan limpa
 Cirit birit
 Air kencing menjadi warna gelap

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 18

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

CARA PEREBAKAN :
Malaria biasanya disebabkan oleh parasit yang disebut

Plasmodium, yang disebarkan oleh nyamuk Anopheles betina yang
membiak di daerah beriklim tropika dan separa tropika. Nyamuk
yang membawa Plasmodium dapat menginfeksikan darah
seseorang dengan mudah melalui gigitan. Setelah parasit berada
di dalam aliran darah, ia akan bergerak ke organ terutamanya hati
dan menjangkiti sel darah merah yang di hasilkan di hati, sehingga
menyebabkan komplikasi seterusnya . Oleh karena itu, gejala
malaria akan lebih ketara.

Malaria juga dapat menyebar melalui transfusi darah,
transplantasi organ, dan penggunaan jarum yang terinfeksi, tapi
penyebab seperti ini dapat dihindari dengan mudah dan sangat
jarang terjadi.

Contoh gambar nyamuk Anopheles betina sumber: SHUTTERSTOCK

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 19

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

PERAWATAN :
 Ubatan anti-Malaria :

1. Primaquine
2. Mefloquine
3. Artesunate
4. Doxycycline
 Mengawal tanda dan gejala lain yang ditunjukkan pesakit
 Isolasi sekiranya perlu ; memasang kelambu untuk pesakit dan
meletakkan ubat repellent khas untuk nyamuk
 Memastikan tahap hidrasi pesakit kekal mencukupi
 Memberi makanan seimbang
 Mengawal aktiviti pesakit

RUJUKAN :
https://www.docdoc.com.sg/id/info/condition/penyakit-tropis-parasit-
malaria/
https://thediagnosa.com/demam-malaria-punca-tanda-rawatan/
https://www.hmetro.com.my/node/154193

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 20

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

3.7 DENGGI

DEFINISI :
Demam Denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang
merebak melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti dan nyamuk
Aedes Albopictus yang telah dijangkiti.Terdapat empat jenis virus
yang boleh menyebabkan demam denggi ; DEN 1, DEN 2, DEN 3
dan DEN 4.

Jangkitan oleh salah satu jenis virus di atas akan memberikan
imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tingal di
kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari
sekali seumur hidupnya. Adalah tidak mustahil untuk seseorang
mendapat kesemua empat virus denggi dalam hidup.

SIMPTOM :
Gejala biasanya bermula kira-kira 4 hingga 7 hari selepas jangkitan
awal. Ada juga kes yang menunjukkan gejala akan berlarutan
sehingga hari yang ke 10 jangkitan.
Tanda gejala :

 Demam tingggi ( suhu : 40-41° celcius) yang mengejut,
berlarutan selama 2 hingga 7 hari.Kadang kala boleh
menyebabkan pesakit mendapat Sawan Febrile.(Sawan yang
berpunca dari demam yang tinggi)

 Sakit pada bahagian belakang mata
 Keletihan ; sakit pada sendi-sendi dan otot ( dikenali sebagai : “

breakbone fever ” )
 Sakit kepala yang teruk
 Muntah dan kurang selera makan

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 21

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

 Ruam “Petechiae” akan mula timbul pada hari ke 3 atau 4
bermula demam

 Epitaxis (pendarahan hidung) dan pendarahan gusi
 Sakit perut terutama di bahagian atas kiri (kedudukan

bahagian hati)
 Cirit birit

Contoh gambar ruam Petechiae yang di tunjukkan oleh pesakit
demam denggi. Sumber : google

CARA PEREBAKAN :
Demam denggi disebarkan melalui gigitan nyamuk yang
mengandungi virus denggi. Nyamuk itu dijangkiti apabila ia
menggigit orang dengan virus denggi dalam darah mereka. Ia tidak
boleh disebarkan secara terus dari manusia ke manusia.

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 22

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

PERAWATAN :
 Tiada ubat yang khusus untuk merawat denggi
 Rehat yang cukup dan banyakkan pengambilan air
 Mengawal suhu pesakit dengan memberi ubat paracetamol
 Kemasukan ke wad sekiranya pesakit berpotensi untuk
mendapat gejala demam denggi berdarah.

RUJUKAN :
https://www.infosihat.gov.my/index.php/demam-denggi
http://www.myhealth.gov.my/demam-denggi/
https://www.doctoroncall.com.my/soalan/dengue-fever-demam-denggi
https://hkp.moh.gov.my/buletin.item.225/fakta-fakta-mengenai-demam-
denggi.html
https://ms.unansea.com/virus-denggi-demam-denggi-gejala-diagnosis-
rawatan-dan-pencegahan/

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 23

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

3.8 CAMPAK

DEFINISI :
Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-
kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak
biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam
pada kulit.
Penyakit ini mudah menjangkiti orang , tetapi jika kanak-kanak
mendapat suntikan vaksin, potensi untuk dijangkiti virus ini adalah
sangat rendah.

SIMPTOM :
 Demam sederhana tinggi (suhu 38.5°celcius)
 Batuk
 Selsema
 Kelopak Mata kemerahan ( Konjungtivitis)
 Kurang selera makan
 Keletihan
 Ruam pada kulit dan di dalam mulut ; Koplik Spot

Contoh gambar “koplik Spot” Sumber : Google

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 24

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

CARA PEREBAKAN :
Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui
udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung
semasa bercakap, batuk atau bersin.

PERAWATAN :
Demam campak tidak mempunyai rawatan yang spesifik

ataupun ubat yang boleh digunakan untuk membunuh virus
tersebut seperti antibiotik. Selalunya badan sendiri akan membina
imuniti untuk melawan jangkitan measles ini.

Ketika pesakit telah baik daripada penyakit ini, pesakit akan
mempunyai kekebalan daripada dijangkiti virus tersebut lagi.

Rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah lebih kepada
rawatan sokongan iaitu rawatan untuk memberi keselesaan
kepada pesakit dan mengelakkan mereka daripada terkena
komplikasi penyakit tersebut.

Terdapat beberapa rawatan sokongan yang boleh diberikan
kepada pesakit. Ia adalah:

 Ubat Demam: Pesakit boleh mengambil ubat demam ketika
suhu meningkat. Ia membolehkan pesakit merasa lebih selesa
dan memperbaiki selera makan ketika sedang sakit

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 25

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

 Pengambilan air: Pesakit perlu mengambil air dengan kuantiti
yang lebih banyak. Kerana demam yang tinggi boleh
menyebabkan pesakit kekeringan(dehidrasi). Jika pesakit terlalu
kurang air, jarum akan dimasukkan ke dalam saluran darah
untuk memasukkan air terus ke dalam badan pesakit ( rawatan
cecair intravena).

 Komplikasi jangkitan bakteria: Jika pesakit mengalami jangkitan
paru-paru ataupun jangkitan telinga, ubat antibiotik boleh
diberikan untuk melawan jangkitan bakteria tersebut.

RUJUKAN :
http://htapah.moh.gov.my/v1/index.php/my/menu-artikel-kesihatan/26-
kategori-artikel-kesihatan/136-kenali-demam-campak
https://thediagnosa.com/demam-campak-measles-punca-rawatan/
https://www.infosihat.gov.my/index.php/multimedia/infografik/item/imun
isasi-apa-itu-demam-campak
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/06/466307/punca-demam-
campak

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 26

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

3.9 HFMD (HAND FOOT MOUTH DISEASE)
DEFINISI :
Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai
enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan
Enterovirus 71 (EV 71). Penyakit ini biasa berlaku di kalangan bayi
dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak
tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki. Jangkitan ini boleh
menjejaskan semua peringkat umur, tetapi kanak-kanak yang
berusia di bawah umur 5 tahun paling terjejas.
Secara amnya, penyakit ini menyebabkan simptom ringan yang
akan pulih dengan sendiri dalam beberapa hari.

Contoh gambar lepuh yang di tunjukkan pada kanak-kanak yang di
jangkiti HFMD.

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 27

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

SIMPTOM :

Gejala penyakit hfmd mula muncul 3 hingga 7 hari selepas
jangkitan awal.

Sesetengah orang tidak akan mempunyai gejala, tetapi mereka
masih boleh menyebabkan penyebaran virus. Virus tersebut
paling berjangkit semasa 7 hari pertama setelah terdedah kepada
HFMD.

Antara simptom penyakit HFMD termasuk:

1. Demam
2. Kurang selera makan
3. Sakit tekak
4. Sakit kepala
5. Kesengsaraan
6. Lepuh yang kemerahan dan menyakitkan di dalam mulut
7. Ruam merah pada tangan dan tapak kaki
8. Ulser pada lidah dan mulut

CARA PEREBAKAN :
Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain
melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan
air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada
najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah
merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak
selepas beberapa minggu di jangkiti.

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 28

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

TEMPOH BERJANGKIT UNTUK PENYAKIT HFMD :
Apabila terdedah kepada virus tersebut, individu akan mengalami
gejala dalam tempoh 1 hingga 3 hari. Mereka paling berjangkit
semasa minggu pertama penyakit tersebut. Walaubagaimanapun,
virus itu boleh terus disebarkan selama 1 hingga 3 minggu dalam
rembesan pernafasan (air liur dan / atau hidung) dan dalam najis
selama 2 hingga 8 minggu selepas jangkitan awal.

TEMPOH INKUBASI UNTUK PENYAKIT HFMD :
Biasanya , virus itu disebarkan melalui rembesan mulut (cecair
dari hidung dan air liur) atau melalui najis. Terdapat tempoh
inkubasi untuk penyakit HFMD, iaitu 1 hingga 3 hari selepas
pendedahan dan sebelum perkembangan simptom awal (seperti
demam dan sakit tekak). Seseorang individu paling berjangkit
semasa minggu pertama penyakit tersebut.

PENYELIDIKAN DAN CARA PENYAKIT DISAHKAN :
pesakit HFMD didiagnosa melalui kewujudan gejala dan tanda
klinikal penyakit HFMD. Ujian makmal kebiasaannya tidak
diperlukan.

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 29

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

STATISTIK PENYAKIT HFMD DI MALAYSIA :

Bilangan Kes hfmd mengikut negeri di malaysia pada tahun 2012
hingga 2015

2012 2013 2014 2015
2500
2000
1500
1000
500

0

Negeri/Tahun 2012 2013 2014 2015
Johor
Negeri Sembilan
Melaka
Pahang
Selangor
Perak
Terengganu
Kelantan
Perlis
Pulau Pinang
Kuala Lumpur
Labuan
Sabah
Sarawak

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 30

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

PERAWATAN :

Rawatan utama penyakit HFMD adalah untuk melegakan
simptom demam dan sakit tekak. Antibiotik tidak disyorkan dalam
rawatan penyakit virus ini. Intravena imun globulin (IVIG) telah
diuji sebagai terapi untuk pesakit yang menghidap tahap serius
atau golongan tua yang mempunyai sistem imunisasi lemah.
Antara rawatan lain untuk penyakit HFMD termasuk:

 Ubat atau preskripsi “over-the-counter” untuk melegakan
lepuh dan ruam

 Ubat tahan sakit seperti acetaminophen atau ibuprofen untuk
melegakan sakit kepala

 Ubat sirap atau “lozenges” untuk meredakan sakit tekak

Sesetengah rawatan di rumah juga membantu melegakan
gejala penyakit tangan, kaki, dan mulut. Anda boleh mencuba
rawatan berikut untuk menringankan gejala lepuh supaya kurang
mengganggu:

 Menyedut ais atau popsikel.
 Makan ais krim atau “sherbet”.
 Minum minuman sejuk.
 Elakkan buah sitrus, minuman buah-buahan, dan soda.
 Elakkan makanan pedas atau masin.
 Berkumur menggunakan air garam di dalam mulut juga boleh

membantu melegakan kesakitan lepuh mulut dan luka pada
kerongkong. Lakukan kaedah ini beberapa kali sehari atau
sekerap mungkin.

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 31

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

KOMPLIKASI PENYAKIT HFMD :
Komplikasi penyakit HFMD agak jarang berlaku. Berdasarkan

statistik, Coxsackievirus A16 kurang kemungkinan menyebabkan
komplikasi jika dibandingkan dengan Enterovirus-71.

 “Aseptic meningitis": Gejala “meningitis” adalah sakit kepala
apabila membongkokkan kepala ke hadapan (diuji dengan
menyuruh pesakit cuba untuk menyentuh dagu ke dada), dan
rasa mual serta muntah. “Meningitis” adalah jangkitan pada
tisu dan cecair tulang belakang yang mengelilingi otak dan saraf
tunjang. Diagnosis disahkan melalui tatacara yang di panggil
sebagai “lumbar puncture”.

 “Encephalitis” (jangkitan otak): Hanya sebilangan kecil pesakit
mendapat “Encephalitis” tetapi gejala penyakit ini lebih serius
dibandingkan dengan “meningitis” dan memerlukan
kemasukan ke hospital untuk pemantauan yang rapat.
Komplikasi neurologi lain yang jarang berlaku termasuk
lumpuh, sindrom Guillain-Barré, “transverse myelitis”, dan
“cerebrum ataxia”. Kerosakan sementara dan kekal boleh
berlaku.

 Kadang-kadang, virus penyakit HFMD boleh menjangkiti serat
otot jantung dan menyebabkan gangguan pada keupayaan
jantung untuk berfungsi.

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 32

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

 Bayi mungkin mengalami dehidrasi kerana enggan untuk
mengambil cecair melalui mulut akibat ulser atau lepuh di
dalam mulut.

 Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, vesikel kulit boleh
menyebabkan jangkitan bakteria sekunder. Antibiotik jangka
pendek digunakan untuk merawat jangkitan sekunder.

RUJUKAN :
http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/193
https://hkp.moh.gov.my/buletin.item.232/penyakit-tangan-kaki-dan-
mulut.html
https://www.doctoroncall.com.my/soalan/hand-foot-mouth-penyakit-hfmd
https://www.infosihat.gov.my/index.php/hfmd
https://public.tableau.com/views/StatistikPenyakitBerjangkityangDidaftark
anMengikutKategoriUmurdanNegeridiMalaysia/Dashboard1?:embed=y&:di
splay_count=yes&:showTabs=y&:showVizHome=no

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 33

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

3.10 LEPTOSPIROSIS

DEFINISI :
Leptospirosis (juga dikenali sebagai penyakit Weil, grippotyphosa,
dan canicola) dalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria
“Leptospira Interrogans” yang menghasilkan pelbagai gejala.
Gejala penyakit leptospirosis boleh berlaku dalam dua fasa.
Sesetengah pesakit mungkin mengalami kegagalan buah pinggang
atau hati, kegagalan pernafasan, radang otak, atau kematian.

SIMPTOM :
Simptom pada fasa pertama jangkitan :

 Demam
 Menggigil
 Sakit kepala
 Sakit otot dan sendi
 Keletihan
 Sakit tekak
 Sakit perut
 Cirit birit
 Muntah
 Kelihatan jaundis (demam kuning)
 Ruam
 Mata kemerahan
Simptom fasa kedua mungkin berlaku seiring dengan symptom
fasa pertama jika di jangkiti pada tahap yang teruk.

 Jaundis

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 34

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

 Kegagalan buah pinggang
 Pendarahan paru-paru , “Pneumonitis”
 “Cardiac arrhythmia” ; gangguan pada fungsi jantung
 Kejutan Septik / “Septic Shock”
 Ketegangan atau kesakitan pada bahagian leher
 Senantiasa berasa mengantuk
 Perubahan kesihatan mental ; tingkah laku menjadi aggresif
 Kebengkakkan pada sendi kaki dan tangan
 Hati menjadi bengkak dan sakit “Liver Cirrhosis”
 Sawan
 Gangguan pada sistem Neuro /Saraf ; ketidak upayaan

mengawal pergerakan , percakapan dan sensitive pada
cahaya.
 Batuk Berdarah

CARA PEREBAKAN :

Jangkitan bakteria “Leptospira Interrogans” disebarkan melalui air
kencing haiwan yang jinak (seperti anjing dan kuda) mahupun
haiwan liar (seperti tikus atau khinzir hutan) yang dijangkiti
bakteria tersebut. Ia dikenali sebagai penyakit “zoonosis”[
penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia]
kerana ia berpunca daripada haiwan yang menjadi fokus jangkitan
bakteria tersebut. Bakteria boleh bertahan di dalam air tawar dan
tanah selama berbulan-bulan. Oleh itu, penyakit ini adalah yang
paling biasa di iklim sederhana dan tropika.

TEMPOH BERJANGKIT :

Tempoh berjangkit untuk leptospirosis bergantung kepada berapa
lama bakteria tersebut boleh hidup dalam air kencing.

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 35

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

Kebanyakan individu akan menyingkirkan bakteria dalam air
kencing selama beberapa minggu tetapi ada laporan bahawa
manusia dapat terus menyingkirkan bakteria tersebut dalam air
kencing selama 11 bulan.

TEMPOH INKUBASI :
Tempoh masa inkubasi ( incubation period) iaitu tempoh dari
masa terdedah sehingga timbul gejala adalah di antara 2 hinga 10
hari. Penyakit ini menunjukkan pelbagai gejala klinikal. Di antara
gejala jangkitan leptospirosis yang boleh di tunjukkan oleh pesakit
adalah demam tinggi , sakit kepala, menggigil, sakit otot, muntah ,
jaundis ( penyakit kuning) , radang mata, sakit perut, cirit birit,
batuk dan timbul ruam pada kulit pesakit.

PENYELIDIKAN DAN CARA PENYAKIT DISAHKAN :
 Pengesanan bakteria “Leptospira” melalui kultur daripada
sampel darah , air tulang belakang “ cerebrospinal fluids”
dan air kencing pesakit.
 Ujian serologi bagi mengesan antibodi spesifik seperti ujian
“Microscopic Agglutination Test” atau “MAT” , teknik ujian
“immunofluorescent (IF) dan ELISA.

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 36

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

STATISTIK PENYAKIT LEPTOSPIROSIS DI MALAYSIA :

Bilangan Kes leptospirosis mengikut negeri di malaysia pada
tahun 2012 hingga 2015

2012 2013 2014 2015
2500

2000

1500

1000

500

0

Negeri/Tahun 2012 2013 2014 2015
Johor
Negeri Sembilan
Melaka
Pahang
Selangor
Perak
Terengganu
Kelantan
Perlis
Pulau Pinang
Kuala Lumpur
Labuan
Sabah
Sarawak

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 37

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020

PERAWATAN :
 Ubatan :
 Antibiotik seperti “ Pennicillin” dan “doxycycline”
adalah di syorkan utk merawat pesakit
 “Ibuprofen “atau “paracetamol” untuk mengawal suhu
/ demam dan kesakitan otot pesakit.

KOMPLIKASI :
 Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
 Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
 Perdarahan yang teruk.
 Respiratory distress).
 Kegagalan fungsi hati.
 Kegagalan fungsi buah pinggang

RUJUKAN :
http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/20/
40
http://www.myhealth.gov.my/en/leptospirosis/
https://www.doctoroncall.com.my/soalan/penyakit-leptospirosis-kencing-
tikus
https://www.webmd.com/a-to-z-guides/what-is-leptospirosis#1

SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 38

[LAPORAN KAJIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA] April 8, 2020
SMKDARY | NURELIESHA YASMIN 2MERAH 39


Click to View FlipBook Version