The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEJARAH TINGKATAN 1 (HAIRUNNEESYA YASMIN 1MERAH)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mama eL, 2020-04-08 00:53:02

FOLIO ZAMAN PRASEJARAH

SEJARAH TINGKATAN 1 (HAIRUNNEESYA YASMIN 1MERAH)

Keywords: PRASEJARAH

FOLIO ZAMAN PRASEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH

SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YA’KUB
MERLIMAU, MELAKA

FOLIO SEJARAH
TINGKATAN 1

ZAMAN
PRASEJARAH

DISEDIAKAN OLEH: 1
HAIRUNNEESYA YASMIN BT HAIRUL
1MERAH/2020

HAIRUNNEESYA YASMIN BT HAIRUL | 1MERAH

FOLIO ZAMAN PRASEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH

Isi kandungan

No. Tajuk : Muka
Surat
1 Isi kandungan 2
2 Lokasi zaman prasejarah dunia dan 3 - 10

Asia Tenggara 11
3 Kegiatan ekonomi zaman prasejarah 12 - 15
4 Kesinambungan zaman prasejarah dan
16
kini 17
5 Kesan zaman prasejarah (KBAT)
6 Penutup

HAIRUNNEESYA YASMIN BT HAIRUL | 1MERAH 2

FOLIO ZAMAN PRASEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH

Lokasi zaman prasejarah dunia

Zaman Prasejarah berlaku diseluruh dunia.Kewujudan lokasi
prasejarah diketahui melalui tinggalan manusia sama ada
artifak atau ekofak.Lokasi prasejarah ini wujud di dua
kawasan , iaitu di kawasan terdedah seperti di lembah sungai
dan di kawasan tertutup seperti di dalam gua. Selain itu, lokasi
prasejarah boleh ditentukan sama ada wujud di darat atau di
dalam air. Fungsi lokasi dan tapak ini pula kepada tapak
petempatan . perkuburan , banda , kawasan perburuan atau
pembuatan alatan batu. Lokasi dan tapak Zaman Prasejarah
yang berikut merupakan tapak yang terkenal dan diiktiraf oleh
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-
Bangsa Bersatu (United Nations Of Educational , Scientific
and Cultural Organisation – UNESCO ) yang terdapat
diseluruh negara.

Catal Huyuk merupakan antara bandar yang pertama dan
terbesar di dunia yang terletak di Turki. Kawasan bandar Catal
Huyuk seluas 52 ekar dan mula dibangunkan pada tahun 6,500
SM. Penduduk Catal Huyuk dianggarkan berjumlah antara
6,000 hingga 10,000 orang. Catal Huyuk dianggap sebagai
contoh terbaik kewujudan bandar pada Zaman Neolitik. Ini
kerana penemuan pelbagai artifak di Catal Huyuk berjaya
memberikan gambaran jelas mengenai kehidupan masyarakat
zaman itu.

HAIRUNNEESYA YASMIN BT HAIRUL | 1MERAH 3

FOLIO ZAMAN PRASEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH

Susunan bangunan yang padat hanya dipisahkan dengan kawasan
lapang yang bertindak sebagai tempat membuang sampah. Cara
binaan ini membolehkan setiap rumah saling menyokong di antara
satu dengan yang lain. Ini menjadikannya lebih stabil dan
menjimatkan. Malah, kaedah ini membolehkan bangunan terselamat
daripada gempa bumi yang kerap berlaku di kawasan tersebut.
Permukaan dinding rumah yang bersambung tidak putus-putus
menghala keluar membentuk satu sistem pertahanan yang berkesan.
Musuh yang menyerang terpaksa memecah rumah yang bersambung-
sambung tersebut. Ini dianggap sebagai kaedah pertahanan yang
sangat berkesan ketika itu. Oleh kerana bentuk petempatan sebegitu
rupa menyebabkan pelbagai aktiviti dijalankan di atas bumbung
rumah. Maka, tidak hairanlah jika kalangan sarjana mentafsirkan
perancangan bandar Catal Huyuk unik kerana ia tidak mempunyai
jalan utama sebagaimana bandar-bandar purba yang lain.

HAIRUNNEESYA YASMIN BT HAIRUL | 1MERAH 4

FOLIO ZAMAN PRASEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH

Catal Huyuk bukan sahaja sangat penting kerana adanya kawasan
petempatan yang tersusun malahan pelbagai penemuan di Catal
Huyuk memberikan gambaran jelas mengenai kehidupan masyarakat
ketika itu. Ini termasuklah pelbagai hasil tembikar, penternakan
haiwan, pertanian, dan menenun kain untuk membuat pakaian.
Pelbagai patung yang diukir juga telah ditemui dan ditempatkan di
dalam bilik yang pada pandangan ahli arkeologi dan sejarah dijadikan
sebagai bilik pemujaan. Keadaan ini secara langsung menunjukkan
bahawa masyarakat Zaman Neolitik telahpun berpegang kepada
kepercayaan yang tertentu. Kepercayaan ini mempunyai kaitan
dengan haiwan kerana imej dan objek haiwan ditemui dalam jumlah
yang agak banyak di dalam bilik pemujaan tersebut termasuklah
patung imej manusia yang diapit dengan dua ekor singa dan kepala
kerbau.

HAIRUNNEESYA YASMIN BT HAIRUL | 1MERAH 5

FOLIO ZAMAN PRASEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH

HAIRUNNEESYA YASMIN BT HAIRUL | 1MERAH 6

FOLIO ZAMAN PRASEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH

HAIRUNNEESYA YASMIN BT HAIRUL | 1MERAH 7

FOLIO ZAMAN PRASEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH

Berdasarkan perbincangan, didapati Catal Huyuk merupakan antara
lokasi Zaman Prasejarah yang sangat penting. Catal Huyuk berjaya
menunjukkan corak hidup masyarakat Zaman Neolitik.

Senarai Rujukan
1. Wan Abdul Rahman Latif (et.al), Sejarah Perkembangan Tamadun
Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996.
2. Esmond Wright (ed.), The Ancient World, London: Hamlyn, 1979.
3. Roshen Dalal, The Compact Timeline History of the World,
Cambridge: Worth Press, 2010.
4. Rupert Matthews, Ancient World, Essex: Miles Kelly Pub., 2007.
5. “Catal Höyük”, The Science Museum of Minnesota,
http://www.smm.org.
6. “ Catal Höyük”, http://blog.education.nationalgeographic.com.
7. “ Catal Höyük”, www.britannica.com

HAIRUNNEESYA YASMIN BT HAIRUL | 1MERAH 8

FOLIO ZAMAN PRASEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH

Asia Tenggara

Pelbagai lokasi aman Prasejarah turut ditemukan di Asia
Teanggara.Tinggalann manusia yang ditemukan di lokasi-lokasi ini
menunjukkan keupayaan manusia ketika itu menjalani kehidupan
seherian mereka.Penemuan ini turut membuktikan ketinggian
pencapaian mereka setanding dengan manusia Zaman Prasejarah di
kawasan lain.

Ban Chiang , Thailand

Lokasi ini merupakan tapak Zaman Neolitik dan Zaman
Logam, berusia antara 3,600 hingga 500 SM. Manusia
di Ban Chiang menjalankan aktiviti pertanian,
pembuatan logam, tekstil, tembikar tanah dan kegiatan
menternak binatang.

Lenggong, Malaysia

Lokasi ini merupakan antaratapak Zaman Prasejarah
terpenting di rantau Asia Tenggara yang menunjukkan
kehidupan manusia merentas Zaman Paleolitik ,
Hoabinhian dan Neolitik.Rangka Perak Man yang
berusia antara 11,000 hingga 10,000 SM merupakan
bukti paling penting menunjukkan kehidupan manusia
Zaman Prasejarah di negara ini.

Gua Liang Bua,Pulau Flores Indonesia

Lokasi ini penting kerana penemuan fosil dan sisa
tulang yang berusia antara 94,000 hingga 12,000 SM
yang dinamakan sebagai Flores Man atau Homo
Floresiensis.Tapak ini juga menunjukkan kehidupan
manusia sejak Zaman Paleolitik hingga Zaman Logam.

HAIRUNNEESYA YASMIN BT HAIRUL | 1MERAH 9

FOLIO ZAMAN PRASEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH

Gua Padah-lin,Myanmar

Lokasi ini merupakan tempat manusia Zaman
Prasejarah antara 13,000 hingga 11,000SM.

Sa Hyun,Vietnam

Lokasi ini merupakan tapak Zaman Besi yang paling
menonjol di Asia Tenggara Berusi antara 1000m hingga
200M.Aktiviti utama ialah pembuatan tembikar.

Gua Tabon, Filipina

Lokasi ini merupakan tapak Zaman Prasejarah yang
penting di Filipina yang dianggarkan berusi 47,000 SM.
Tinggalan rangka manusia berusia antara 22,000 hingga
24,000 tahun yang lalu ditemui di sini.

HAIRUNNEESYA YASMIN BT HAIRUL | 1MERAH 10

FOLIO ZAMAN PRASEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH

Kegiatan Ekonomi

Zaman Paleolitik

Manusia zaman ini bergantung sepenuhnya pada
sumber alam semula jadi. Mereka hidup secara
nomad untuk mencari makanan dan dikongsi
bersama. Aktiviti ekonomi mereka bersifat sara diri.

Zaman Mesolitik

Manusia pada zaman ini masih lagi mengutip hasil
hutan, memburu binatang dan menangkap ikan.
Perkongsian makanan masih berlaku.

Zaman Neolitik

Manusia tidak lagi menjadi pengguna sumber
alam, sebaliknya mereka menghasilkan
makanan melalui kegiatan pertanian dan
penternakan. Aktiviti perdagangan dengan
menggunakan system barter dan
pengkhususan kerja telah bermula.

Zaman Logam

Aktiviti pertanian,penternakan dan

perdagangan pertukaran barang

merupakan aktiviti utama penduduk.Selain

itu, aktiviti pembuatan dan pertukangan turut

berkembang.

HAIRUNNEESYA YASMIN BT HAIRUL | 1MERAH 11

FOLIO ZAMAN PRASEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH

Kesinambungan Zaman

Prasejarah Dan Kini

Tanda kita sedari , manusia Zaman Prasejaraah banyak mewariskan
penemuan dan aktiviti mereka kepada tamadun manusia. Mereka telah
mencipta dan melakukan pelbagai kegiatan yang masih dapat ditemui
dalam kehidupan manusia hari ini.

Aktiviti pertanian, memburu dan menternak binatang, pembuatan
peralatan dan tembikar, ideofak serta monument dan seni bina
merupakan antara aktiviti yang telah dilakukan oleh masyarakat sejak
Zaman Prasejarah dan masih lagi diteruskan hingga hari ini.

 Aktiviti Pertanian
 Bermula pada Zaman Neolitik
 Jenis tanaman termasuklah pada, gandum dan barli
 Sumber makanan penting kepada manusia untuk
membolehkan mereka tinggalsecara menetap
 Ativiti ini diamalkan hingga kini
 Menjalankan aktiviti pertanian sara diri secara
kecil-kecilan

Pada zaman kini, aktiviti pertanian telah menjadi aktiviti
kmoersial apabila hasil pertanian mula dijual. Aktiviti
pertanian dilakukan secara besar-besaran dalam bentuk
lading dengan menggunakan peralatan moden.

 Aktiviti memburu Binatang
 Aktiviti paling tua yang diamalkan oleh manusia
untuk mendapatkan makanan
 Dilakukan menggunakan senjat yang diperbuat
daripada batu, tulang, kayu, gangsa dan besi

HAIRUNNEESYA YASMIN BT HAIRUL | 1MERAH 12

FOLIO ZAMAN PRASEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH

 Tombak dab panah digunakan ketika memburu
 Sesetengah manusia menggunakan sumpit
 Diamalkan hingga kini

Pada zaman kini, berlesen dan berdaftar.Kini, aktiviti
memburu perlu mendapatkan lessen daripada pihak
berkuasa.Di negara kita, lessen memburu binatang
dikeluarkan oleh Perhilitan (Jabatan Perlindungan
Haiwan Liar dan Taman Negara).

 Menternak binatang
 Manusia telah mempunyai kemahiran menternak
binatang
 Membolehkan mereka mendapatkan sumber
makanan secara berterusan

Pada zaman kini, penternakan binatang dijalankan secara
komersial bgi menampung keperluan daging dan tenusu
bagi sesebuah negara.

 Peralatan
 Diperbuat daripada batu, kayu dan tulang haiwan
 Pengetahuan manusia tentang campuran
logam,acuan dan suhu pembakaran telah
membolehkan peralatan gangsa dan besi dicipta
bagi mengganti peralatan batu dan kayu
 Gangsa dan besi merupakan hasil ciptaan inovasi
yang membantu kehidupan manusia termasuklah
pedang,parang,tombak ,cangkul,keris dan kapak
 Perbuatan peralatan besi ini terus kekal dalan
sejarah dan tamadun manusia

Pada zaman kini,peralatan berubah apabila mesin dan
jentera mula digunakan.Aktiviti memotong dan
menghiris daging tidak lagi menggunakan peralatan

HAIRUNNEESYA YASMIN BT HAIRUL | 1MERAH 13

FOLIO ZAMAN PRASEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH

batu mahupun besi , sebaliknya menggunakan mesin
terutamanya dalan aktiviti komersial.

 Tembikar
 Perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran
membuat tembikar
 Dijadikn bekas makanan dan peralatan masakan
 Masih diamalkan hingga kini
 Dijadikan peralatan ritual

Pembuatan tembikar terus kekal sehingga kini dan
menjadi industry yang sangat penting.Pembuatan labu
sayong merupakan industry yang penting di Kuala
Kangsar,Perak.

 Ideofak
 Pelbagai kaedah pengebumian mayat dilakukan dan
kebiasaannya mayat akan dikebumikan bersama-
sama dengan pelbagai alatan
 Mayat disertai dengan bahan makanan dan terdapat
ritual yang menampakkan kedudukan istimewa
seseorang.

Di Sabah, tersapat sesetengah masyarakat yang
memasukkan mayat ke dalam keranda kayuu dan
disimpan di dalam gua batu kapur. Sehingga kini,
perhormatan terhadap mayat masih terus diamalkan
mengikut agma masing – masing.

 Monumen Dan Seni Bina
 Manusia mempunyai kebolehan dan kepakaran

untuk membina monument dan binaan yang

digunakan untuk pelbagai tujuan

HAIRUNNEESYA YASMIN BT HAIRUL | 1MERAH 14

FOLIO ZAMAN PRASEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH

 Binaan ini sebahagiannya masih kekal sebagai
warisan sejarah untuk diwarisi oleh generasi akan
datang

Pada zaman kini, kemampuan mnusia membina
binaan yang mengagumkan terus meningkat, seperti
Menara Berkembar Kuala Lumpur(KLCC)

Perubahan dan kesinambungan merupakan aspek penting dalam
perkembangan Zaman Prasejarah yang merangkumi Zaman Batu dan
Zaman Logam. Perubahan inilah yang membawa kesan besar
terhadap kehidupan manusia hingga memasuki zaman berikutnya.
Sehingga zaman moden, sebahagian daripada asas kehidupan manusia
prasejarah sama ada dlam bentuk kemahiran,idea atau tindakan terus
berlaku. Oleh itu, kita perlu menghargai pencapaian manusia Zaman
Pasejarah yang telah melahirkan pelbagai idea dan tindakan yang
berguna kepada manusia hingga kini.

HAIRUNNEESYA YASMIN BT HAIRUL | 1MERAH 15

FOLIO ZAMAN PRASEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH

Kesan Zaman Prasejarah(KBAT)

Kesan zaman prasejarah ini menjadi kesinambungan sumbangan
zaman prasejarah kepada kemajuan kehidupan manusia
pada masa kini antaranya :

 Manusia zaman prasejarah banyak mewariskan penemuan dan
aktiviti mereka kepada tamadun manusia

 Warisan manusia zaman prasejarah yang masih kekal dan
diubahsuai mengikut peredaran masa dilihat dari aspek :
o Memburu binatang : kini, dijadikan hobi dengan
menggunakan senjata yang lebih moden dan terkini serta
perlu mendapatkan lesen daripada Perhilitan.
o Aktiviti pertanian : menjadi sumber makanan dan
menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat tinggal tetap
dan menjadikannya sebagai pekerjaan utama.
o Menternak binatang: penternakan dijalankan secara besar-
besaran untuk menampung keperluan daging dan tenusu.
o Penciptaan alat : Penggunaan mesin dan jentera digunakan
untuk memudahkan kehiduapan manusia.
o Pembuatan tembikar : pembuatan tembikar pada masa
kini, masih dikelakan dan dijadikan satu daya tarikan
sesuatu tempat seperti di Kuala Kangsar, industri labu
sayong.
o Pembinaan monument dan seni bina : pembinaan kini
lebih menarik, moden dan mengagumkan.
o Hasil tinggalan berkaitan kepercayaan : ada lagi
kepercayaan yang masih kekal bagi sesetengah masyarakat
kini.

HAIRUNNEESYA YASMIN BT HAIRUL | 1MERAH 16

FOLIO ZAMAN PRASEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH

Penutup

Penemuan peninggalan manusia Zaman Paleolitik di tapak ekskavasi
Bukit Jawa,Lenggong,Perak,membuktikan sejarah Zaman Prasejarah
Di Malaysia bermula kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu.

Malaysia terkenal dengan penemuan Manusia Perak iaitu rangka unik
yang dijumpai dengan kecacatan yang belum pernah di lihat pada
Zaman Prasejarah dunia.Penemuan ini telah dipameran di luar negara.

Kita patuh mencontohi kegigihan dan semangat berusaha masyarakat
Zaman Prasejarah .Tanpa peralatan yang canggih dan teknologi
terkini,mereka mampu mencipta pelbagai peralatan daripada
batu,tembikar,gangsa dan besi yang kemudiannya telah menjadi asas
perkembangan teknologi masyarakat selepasnya.

Kegigihan,semangat berusaha dan daya kreativiti masyarakat Zaman
Prasejarah perlu diteladani agar kita menjadu warganegara yg gigih
dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada orang luar.

HAIRUNNEESYA YASMIN BT HAIRUL | 1MERAH 17


Click to View FlipBook Version