The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bab 2 ; Kebangkitan Nasionalisme flipbook

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DUSADI FROOM KPM-Guru, 2024-06-06 14:29:36

Bab 2 ; Kebangkitan Nasionalisme flipbook

Bab 2 ; Kebangkitan Nasionalisme flipbook

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 2 : KEBANGKITAN NASIONALISME Dusadi Froom


PROFESOR WILLIAM R. ROFF Kebangkitan nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan diri pada dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua. Hal ini disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu serta faktor ekonomi. Nasionalisme juga timbul akibat kebimbangan masyarakat terhadap sekularisme dan imperialisme Barat yang melanda Tanah Melayu. DR. R. SUNTHARALINGAM Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya. Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri Nasionalisme merupakan fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya sendiri dan memindahkan kedaulatan kepada rakyat. Nasionalisme juga menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara bangsa itu. Nasionalisme Melayu bukanlah gejala baharu hasil penggabungan Tanah Melayu oleh British, tetapi nasionalisme Melayu telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kesetiaan kepada raja merupakan ciri nasionalisme Melayu ketika itu dan orang Melayu berpegang pada faham kebangsaan yang bersifat ke "Tanah Melayuan" PROFESOR EMERITUS TAN SRI DR. KHOO KAY KIM PROFESOR DATUK ZAINAL ABIDIN ABDUL WAHID HANS KOHN DATO' ONN JAAFAR Kita hendak menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu. PENDAPAT TOKOH 02 01 03 04 04 05


2.1 - MAKSUD NASIONALISME Perasaan cinta kepada bangsa dan negara Semangat kebangsaan yang menjurus kepada perjuangan menentang penjajah untuk membela bangsa dan negara dan bina identiti sendiri Gerakan untuk membebaskan politik, ekonomi dan sosial dari kuasa asing


2.2 - PERKEMBANGAN IDEA NASIONALISME DI BARAT REVOLUSI KEAGUNGAN DI ENGLAND (1688) REVOLUSI AMERIKA (1776) REVOLUSI PERANCIS (1789) Penindas : Raja James 1 Punca : Diambil nama dari peristiwa peralihan kuasa yang berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah Keinginan untuk menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat Ahli parlimen memberontak dan menolak pemerintahan raja berkuasa mutlak akibat dari tindakan Raja James II membelakangkan parlimen semasa menggubal undangundang dan beliau melarikan diri ke Perancis kerana tiada sokongan Kesan : Konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berlembagaan dimantapkan lagi oleh Mary II dan Raja William of Orange dan Bill of Rights digubal semula dengan memberi keutamaan kepada parlimen untuk menggubal undangundang dan hak mengutip cukai Penindas : British Punca : British tidak menjaga hak penduduk Amerika walaupun mereka sebahagian dari Amerika Penentangan mereka terhadap akta yang dikuatkuasakan iaitu untuk memungut cukai seperti Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh. Tambahan pula, mereka tidak mempunyai wakil didalam parlimen British. Pejuang : George Washington menubuhkan kongres dan isytihar perang terhadap British bagi menuntut kemerdekaan Amerika Kesan : Julai 1776,kongres telah meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson yang menegaskan penduduk berhak menubuhkan kerajaan baharu sekiranya kerajaan tidak boleh menjaga hak kepentingan rakyat Revolusi Amerika berakhir pada 1783 setelah British akui kemerdekaan Amerika dan sebanyak 13 kawasan jajahan telah di gabung dan diberi nama Amerika Syarikat yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi Penindas : Raja Louis XVI Punca : Raja Louis XVI memerintah secara autokratik dan golongan bangsawan telah memonopoli pelbagai keistimewaan sekaligus membebankan rakyat dengan pelbagai cukai Pejuang ; Jean Jacques Rousseau dan Voltaire yang memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan Penulisan Rosseau daripada The Social Contract menyatakan suara rakyat yang digelar sebagai “hasrat umum” lebih penting daripada institusi raja dan birokrasi Kesan : Kerajaan Raja Louis telah digulingkan setelah golongan revolusi menyerang penjara Bastile dan membebaskan tahanan politik Revolusi Perancis telah melahirkan Republik Perancis


NASIONALISME DI INDIA Penindas : British Punca/Tujuan : menentang dasar imperialisme British Pejuang : Rakyat tempatan - Dahagi India 1857 Brahmo Samaj dan Aryan Samaj - Nasionalisme awal bercorak gerakan, memberi perhatian terhadap isu sosioagama Golongan Intelektual : Kongres Kebangsaan India /Indian National Congress (INC)- menyuarakan pendapat (1885) dan Liga Musim (1906) Gerakan bersifat radikal : Bal Gangadhar Tilak & Bipin Chandra Pal Mahatma Gandhi - satyagraha dijadikan pegangan untuk menggerakkan nasionalisme di India disebabkan INC lihat dasar tidak bekerjasama dgn British Kesan : INC dan Liga Muslim membentuk jawatan kuasa khas, merangka pembahagian India iaitu India dan Pakistan Muhammad Ali Jinnah sebagai Gabenor Jeneral Pakistan, Pakistan merdeka pada 14 Ogos 1947 India merdeka pada 15 Ogos 1947, Jawaharlal Nehru adalah Perdana Menteri India pertama NASIONALISME DI CHINA Peindas : Dinasti Manchu & Kuasa Barat Tujuan : Untuk melindungi ekonomi, politik dan mengukuhkan peradaban China dari penguasaan kuasa asing Punca : Dinasti Manchu mengecewakan rakyat dengan kelemahan pemerintahan dan gagal menyekat kemaraan pengaruh Barat. Akibatnya, Dinasti Manchu telah kehilangan mandat dan dianggap orang luar Pejuang : Dr. Sun Yat Sen, tokoh gerakan kebangkitan rakyat telah mengemukan 3 prinsip ideologi perjuangan; nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial Kesan : Berpandukan prinsip tersebut, gerakan Revolusi China telah berjaya menumbangkan Dinasti Manchu dan membawa kepada kemunculan Republik China NASIONALISME EMPAYAR UTHMANIYAH DAN MESIR Penindas : Kuasa Barat Pejuang : Gerakan islah Pengasas Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh Tujuan : Al-Quran dan Hadis sebagai panduan dan pegangan ajaran Islam yang sebenar untuk melepaskan diri dari jajahan serta perbaiki kehidupan masyarakat Gerakan Pan-Islamisme Pengasas : Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan al-Urwah al-Wuthqa (ikatan yang kuat) Tujuan : Untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan Menerbitkan akhbar al Urwah al-Wuthqa untuk menyebarkan idea Pan-Islamisme untuk seruan penyatuan persaudaraan umat Islam di seluruh dunia dan bangkit menghalang peluasan kuasa Barat Pejuang: Khalifah Abdul Hamid II merupakan pemerintah empayar Uthmaniah yang menggerakkan idea Pan-Islamisme, mendapat sokongan umat Islam seluruh dunia serta Tanah Melayu. Contohnya, Tok Janggut menentang British di Kelantan (1915) NASIONALISME DI JEPUN Tujuan : Digerakkan oleh Maharaja Mikado Meiji yang mahukan kemajuan untuk elak ancaman imperialisme Barat Gerakan pemulihan Jepun telah dilancarkan dan keutamaan pemodenan mengikut model Barat supaya Jepun dihormati Barat Semasa era Pemulihan Meiji, pembinaan nasionalisme dalam kalangan rakyat berpandukan prinsip dan semangat bushido Kesan : Hasil daripada pemulihan itu, Jepun telah muncul sebagai negara perindustrian dan hasil daripada kuasa tentera yang sangat kuat, Jepun telah menjadi kuasa imperialisme di Asia 2.3 - PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA


2.4 - PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA INDONESIA Penindas : Belanda Tujuan : Memperjuangkan pendidikan untuk mengubah nasib rakyat Pejuang : Raden Adjeng Kartini menjuangkan pendidikan untuk kaum wanita. Karya beliau Hilang Gelap Terbitlah Terang (1911) telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris dengan judul Letters of a Javanese Princess telah mendedahkan dasar diskriminasi Belanda Banyak parti dan penubuhan tertubuh seperti: Muhammadiyah Sarekat Islam (SI) Parti Komunis Indonesia (PKI) Parti Nasionalis Indonesia (PNI) 1928, Kongres Pemuda Indonesia telah mencipta ikrar “Sumpah Pemuda” yang berasaskan satu tanah air, satu bangsa dan satu bahasa Soekarno telah mengetuai pembentukan Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI) yang terdiri daripada gabungan parti politik Indonesia VIETNAM Penindas : Perancis Pejuang : Diketuai oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan mandarin yang memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja Golongan intelektual meningkatkan kesedaran politik dan gerakan antiPerancis Akhbar seperti Tribune Indige dan Cloche Felee digunakan untuk mengkritik kekejaman Perancis dan untuk menuntut hak rakyat Vietnam Gerakan nasionalisme bercorak revolusi yang terbahagi kepada dua revolusi iaitu: Nasionalisme Parti Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD)/Parti Nasionalis Vietnam pimpinan Nguyen Thai Hoc Perjuangan berpandukan demokrasi nasionalisme dan sosialisme 1930, pemberontakan dilancarkan bagi menghalau Perancis dan menubuhkan kerajaan republik Vietnam. Namun pemimpinnya telah ditangkap. Komunisme Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh September 1945, isytihar kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam di Hanoi Ho Chi Minh menjadi presiden di Vietnam Utara manakala Vietnam Selatan masih berada di bawah penguasaan Perancis dan Amerika Syarikat THAILAND Tujuan: Bertujuan untuk mempertahankan kedaulatan dan menuntut penglibatan rakyat dalam pentadbiran Pejuang : Raja Mongkut mengetuai nasionalisme dan menjalinkan hubungan baik dengan kuasa Barat sebagai langkah pemodenan Membawa masuk orang Barat untuk melatih pegawai dalam pentadbiran dan melaksanakan sistem pentadbiran Barat bagi membentuk imej negara dan bebas dari penjajah Barat Punca : Raja Vajiravudh yang membiarkan kerabat diraja pelopori politik Pejuang : Nai Pridi Phanonmyong & Field Marshal Phibulsongkram dari Parti Rakyat bagi menamatkan konsep raja berkuasa mutlak Pemerintahan raja berperlembagaan diperkenalkan dimana, raja berada di kedudukan tertinggi tetapi tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran Perdana Menteri, Phibulsongkram telah menguatkuasakan undang-undang yang menyekat penguasaan ekonomi orang Cina dan menggalakkan rakyat tempatan berniaga Semasa perang dunia kedua, Thailand bekerjasama dengan Jepun supaya tidak dijajah, hasilnya Thailand memperoleh wilayah di Indochina dan utara Tanah Melayu FILIPINA Penindas : Sepanyol Pejuang : Jose Rizal Memimpin gerakan nasionalis pertama yang berbentuk propaganda Menuntut hak sama rata dan Filipina dijadikan sebahagian wilayah Sepanyol Menubuhkan Liga Filipina untuk memaksa kerajaan Sepanyol mengubah politik, ekonomi dan sosial di Filipina Andres Bonifacio dan Emilio Aguinaldo Menubuhkan Katipunan untuk menuntut kemerdekaan secara revolusi Idea revolusi disebarkan melalui akhbar Kalayan Revolusi Filipina telah dilancarkan untuk mengusir Sepanyol, namun gagal Aguinaldo kemudiannya bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol Kesan : Pengisytiharan kemerdekaan oleh Aguinaldo tidak diiktiraf Amerika Syarikat dan diletakkan di bawah penguasaan mereka Golongan nasionalis mengubah strategi perjuangan ke parti politik sederhana dan berjaya melantik Sergio Osmena dari Parti Nasionalis dalam Dewan Perhimpunan Filipina BURMA (MYANMAR) Penindas : British Punca : Nasionalisme digerakkan oleh golongan berpendidikan berikutan ancaman kedudukan agama Buddha Persatuan Belia Buddha ditubuhkan untuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan budaya dan isu kasut digunakan untuk membangkitkan nasionalisme Pejuang : Perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha (pongyi), Thakin (siswazah universiti) dan golongan petani untuk menentang imperialis British U Ba Pe (pemimimpin radikal) telah mengambil alih persatuan dan mengubah nama ke Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma yang memperjuangkan hal berkaitan bangsa Burma 1920, Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi. Saya San telah tercetus dan mendapat sokongan golongan petani yang terbeban dengan pelbagai cukai Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama Asiayone (Kami Orang Burma) untuk menuntut kemerdekaan Burma Aung San,Kyaw Nein dan U Nu menggelar diri mereka “Thakin” iaitu tuan dan menegaskan orang Burma mesti bertuankan orang Burma Kesan : Perlembagaan Burma 1935 yang memisahkan Burma dengan India telah mencetuskan perkembangan nasionalisme kedua Dr. Ba Maw dilantik sebagai Perdana Menteri setelah memenangi pilihan raya pada tahun 1937


FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME PERANAN AGAMA Pelajar dr Mesir Terdedah dengan Gerakan Islah Menyeru umat Islam kembali kpd ajaran al-Quran & Hadis Menetang Imperialisme Barat Novel, cerpen dan puisi Digunakan sebagai wadah untuk merungkap keperitan hidup bangsa yang dijajah untuk menaikan semangat rakyat Tokoh : Harun Aminurrashid , Abdul Rahim Kijai & Pak Sako PENULISAN KREATIF MEDIA CETAK Akhbar & majalah Penyalur maklumat & penyebar berita Cth : Jawi Peranakan - menegur campur tangan British dalam soal agama Islam di Singapura Sekolah Melayu - bahan bacaan di sekolah Al-Iman, Neracha & Pengasuh - memuatkan idea pembaharuan Fajar Sarawak - mengkritik pemerintahan Brooke Penubuhan Madrasah meniupkan semangat baharu dlm kalangan pelajar Madrasah al-Attlas (Johor) Madrasah al-Masyhur ( Pulau Pinang) Madrasah al-Idrisiyah (Kuala Kangsar) Raffles Institution (Singapura) Maktab melayu Kuala Kangsar (MCKK) Maktab Perguruan Sultan Idris - Melahirkan golongan memimpin rakyat menuntut pendidikan Lepasan Timur Tengah - Syed Sheikh al-Hadi menggerakan idea pembaharuan Lepasan pendidikan Inggeris & Melayu - Abdul Kadir Adabi, Dato’ Undang Rembau Abdullah Hj Dahan, Mohammad Eunos Abdullah, Ustz Abu Bakar Mohd Said & Ibrahim Hj Yaacob Kebangkitan Pan-Islamisme : menyedarkan umat Islam bersatu menentang ancaman luar Pengaruh Gerak Islah : menggesa umat Islam melakukan pembaharuan yg progresif Jepun : kuasa besar dunia yg berjaya Revolusi China : Dr Sun Yat Sen India : Mahatma Ghandi Filipina : Jose Rizal Indonesia : Soerkarno SISTEM PENDIDIKAN GOLONGAN INTELEKTUAL PENGARUH LUAR & SERANTAU


Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) ditubuhkan tahun 1922 O.T. Dussek, Abdul Hadi Hassan, Abdul Hadi Abdul Manan dan Harun Aminurrashid adalah berperanan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan lahirkan ramai tokoh penulis yang mahir dan nasionalis Pejabat Karang Mengarang dan Ketua Penterjemahnya Za’Ba. Menghasilkan buku yang berkualiti dan peranannya untuk mengasah bakat pelajar untuk membangkitkan semangat kebangsaan seperti Buyong Adil dan Abdul Hadi Haasan, Kurikulum SITC mengutamakan mata pelajaran Sejarah dan menceritakan keagungan empayar Melayu di Alam Melayu membangkitkan kesedaran Anyaman dan kesihatan juga dianggap penting dalam kurikulum SITC Tahun 1929, Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo diwujudkan yang melahirkan persatuan radikal, iaitu Kesatuan Melayu Muda 2.7 - PERKEMBANGAN NASIONALISME PERJUANGAN GOLONGAN INTELEKTUAL Intelektual Berpendidikan Agama Intelektual Berpendidikan Inggeris Intelektual Berpendidikan Melayu Tokoh : Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Syed Sheikh al-Hadi dan Haji Abbas Mohd Tahar digelar Kaum Muda. Disebabkan minat terhadap gerakan Islah semasa menuntut di Timur Tengah Penubuhan madrasah menyebarkan fahaman Islah Madrasah al-Attas di Johor Bahru, Johor, Madrasah al-Khairiah al-Islamiyah di Pokok Sena, Kedah dan Maahad al-Ehya Assharif, Gunung Semanggol, Perak Pelajar menunjukkan perkembangan dan pemodenan dari segi sikap dan pentafsiran terhadap Islam. Wanita juga dapat peluang untuk belajar di madrasah Al-Imam, Al-Ikhwan, Neracha, dan Tunas Melayu merupakan akhbar dan majalah yang membangkitkan semangat nasionalisme Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah melahirkan intelektual berpendidikan Inggeris Pertubuhan awal adalah untuk melatih anak bangsawan bagi diserapkan dalam pentadbiran British, seterusnya bagi menuntut hak pendidikan bagi orang Melayu Raja Chulan Raja Abdullah, Mahmud Mat, Mohammad Eunos Abdullah dan Raja Uda Raja Muhammad menuntut British untuk menaik taraf hidup dan buka lebih banyak peluang pekerjaan dalam jabatan kerajaan untuk orang Melayu Idea dan tuntutan mereka kepada British disalurkan melalui akhbar seperti Warta Malaya, Lembaga Malaya dan Utusan Melayu


Perjuangan Melalui Penulisan Untuk mengetengahkan isu hak dan masa depan bangsa, polemik Kaum Muda dengan Kaum Tua serta isu pentadbiran, ekonomi dan sosial Mohammad Eunos Abdullah menerajui akhbar Utusan Melayu, Lembaga Melayu. Serta, Warta Malaya, Warta Jenaka, Fajar Sarawak, Majlis, Majalah Guru Akhbar berbahasa Inggeris: The Malay Mail dan The Malaya Tribune memuatkan perkembangan sosiopolitik dan ekonomi di negara kita Sarawak - Fajar Sarawak membawa mesej kesedaran kepada kaum yang dijajah dengan seruan "fajar telah tersinsing, bangunlah wahai bangsaku" menggesa masyarakat bangkit menuju kemajuan Sabah - isu pendidikan, tanah bumiputera dan kewangan petani disuarakan oleh Ketuaketua Anak Negeri dalam mesyuarat dan melalui aktiviti persatuan sosiobudaya AKHBAR DAN MAJALAH KARYA KREATIF AKHBAR MASYARAKAT CINA DAN INDIA Kemunculan novel berjaya memupuk nasionalisme dalam kalangan masyarakat negara kerana bertemakan semangat cinta akan negara dan perjuangan membela nasib rakyat Novel Mari Kita Berjuang (Abdullah Sidek) mengajak masyarakat bebaskan diri dari sudut ekonomi “Angan-angan dengan Gurindam” (Omar Musaffa), “Sedarlah” (Mahmud Ahmadi), “Semenanjung” (Harun Aminurrashid) & “Serunai Pujangga” (Abdul Samad Ahmad) adalah puisi bertemakan cintakan negara Cerpen semangat pejuang, nasib bangsa dan cintakan tanah air. "Rumah Besar Tiang Sebatang", Abdul Rahim Kajai. "Cerita Awang Putat"& Shamsuddin Salleh "Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang" Memupuk pemikiran masyarakat Huachiao untuk kekalkan identiti, memperjuangkan nasib wanita dan mewujudkan perasaan cintakan negara China Penulisan akhbar lebih kepada negara asal mereka. Antara : Lat Pau dan Modern Daily News Akhbar Nanyang Tsung Hui Pao dan Chong Shin Yit Pao : memuatkan soal pemerintahan monarki dan pergolakan politik di China. Seterusnya, tahun 1929, penulisan lebih bersifat antiimperialisme Akhbar Nanyang Siang Pao (Pulau Pinang) memperjuangkan soal kesatuan sekerja dan keadilan sosioekonomi bagi masyarakat kelas bawahan Masyarakat India, akhbar yang memperjuangkan kepentingan sosial dan politik masyarakat India negara ini. Cth: Tamil Nesu dan Tamil Murasu The Indian dan Indian Pioneer : memuatkan pemikiran dan kepentingan perpaduan untuk masyarakat kelas menengah India di negara ini Tamil Nesan juga melaporkan perkembangan di India dan kepentingan sosiopolitik


Perjuangan Melalui Persatuan Persaudaraan Sahabat Pena Ditubuhkan supaya ahlinya bersatu dan bertukar-tukar pendapat Menyatukan pergerakan orang Melayu melalui kongres atau persidangan bagi menghimpunkan wakil persatuan Melayu dari Brunei, Labuan dan Sarawak untuk mengutarakan isu kebangsaan Muhammad Rakawi Yusuf, pengasas PASPAM cawangan Kuching, berhubungan baik dengan ahli KMS. Beliau dan Johari Anang turut mengasaskan Persatuan Melayu Sarawak (PMS) Kebanyakan tokoh bumiputera Sabah bergiat aktif dalam organisasi berbentuk penulisan yang telah membangkitkan kesedaran tentang pentadbiran di Sabah Penubuhan cawangan PASPAM di Jesselton (Kota Kinabalu),Tawau dan Labuan meningkatkan kesedaran sosial dalam kalangan ahlinya Kebanyakan ahli PASPAM di Sabah terdiri daripada guru sekolah Melayu. Pegawai rendah kerajaan dan peniaga. Antaranya Mohammad Yaakob, Mohammad Shamsudin Osman dan Zakaria Gunn Kesatuan Melayu Muda Ditubuhkan hasil daripada gagasan Ibrahim Haji Yaakob pada bulan Mei 1937 Berjuang melalui akhbar Majlis dan berhasrat untuk menentang British dengan mewujudkan satu gagasan yang dinamakan Melayu Raya melalui gabungan Tanah Melayu dan Indonesia Menyeru orang Melayu untuk "bangun sebagai satu bangsa yang mempunyai tamadun dan kesopanan di tanah airnya" Dianggap radikal oleh British sebab berani menyuarakan penentangan terhadap kerajaan kolonial dan membangkitkan perasaan anti-British melalui penulisan dalam akhbar dan majalah Kesatuan Melayu Singapura KMS menggalakkan ahlinya bergiat dalam pentadbiran memperjuangkan kepentingan dan pendidikan orang Melayu serta mementingkan pelajaran teknik dari pengajian tinggi Kejayaan KMS telah mendorong kepada pembukaan persatuan negeril ain : Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Selangor & Persatuan Melayu Negeri Sembilan yang dianggotai oleh kakitangan kerajaan Mereka meminta supaya lebih banyak peluang diberikan kepada Orang Melayu dalam pentadbiran


PERSATUAN MASYARAKAT CINA DAN INDIA MASYARAKAT CINA MASYARAKAT SIKH MASYARAKAT INDIA Pemimpin revolusi China iaitu Dr. Sun Yat Sen menjalinkan hubungan dengan pemimpin cina di Tanah Melayu dengan melawat Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebanyak 4 kali. Seterusnya mendapat sokongan menentang kerajaan Manchuria di China Sebahagian masyarakat Cina yang dilahirkan di Negeri- Negeri Selat atau Cina Peranakan prihatin terhadap kebajikan dan perkembangan politik tempatan. Ada juga yang berpendidikan Inggeris seperti Tan Jiak Kim Mereka menubuhkan Persatuan Orang Cina Peranakan British (SCBA) di Negeri-negeri Selat yang menggalakkan pelajaran tinggi dan teknikal dalam kalangan masyarakat Cina Tan Cheng Lock telah menghidupkan cawangan SCBA di Melaka dan menuntut peluang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan Masyarakat Sikh, ialah pasukan keselamatan, jadi mereka menjadikan berek polis atau kuarters kerajaan serta gurdwara (tempat aktiviti sosial dan keagamaan) Gurdwara adalah tempat penting untuk mengembangkan kesedaran politik anti- British. Khalsa Diwan Malaya ditubuhkan di Taiping, Perak dan menjadi persatuan berpengaruh untuk menjaga kepentingan masyarakat Sikh India-Muslim ramai terlibat dengan kegiatan perniagaan dan pentadbiran. Contohnya. Sir Hussein Hasanal Abdoolcader yang merupakan ahli dalam Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat atau Straits Settlement Legislative Council (SSLC) Ditubuhkan untuk menjaga kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu. Seperti, Persatuan India Taiping dan Persatuan India Pulau Pinang Persidangan India Se-Malaya diadakan di seluruh negeri bertujuan untuk membincangkan isu berkaitan masyarakat India Malayan Indian Association (MIA) ditubuhkan oleh G.V.Thander untuk golongan India yang ada di Tanah Melayu Oktober 1936, Central India Association of Malaya (CIAM) ditubuhkan oleh Dr. A.M. Soosay yang menggabungkan l2 persatuan India dan 4 dewan perniagaan


Politik Penambahan orang Melayu dan Malayan Civil Service (MCS) hasil daripada gesaan kerajaan untuk meningkatkan peluang pekerjaan dalam pentadbiran British Dasar desentralisasi telah mengambalikan kuasa sultan, residen dan Majlis Mesyuarat Negeri yang tercabar disebabkan pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Hasilnya, orang Melayu mula berani bersuara dan persatuan peringkat negeri tertubuh Kelab bacaan dan drama ditubuhkan hasil daripada nasionalisme di China. Sekolah juga telah banyak terbina dan bahasa Mandarin digunakan untuk menggantikan dialek lain Sekitar 1930-1950, ramai masyarakat India telah lahir di Tanah Melayu dan dikenali sebagai “the Strait Born”. Mereka lebih mementingkan perpaduan dan mula melihat perkembangan politik di Tanah Melayu Kesan daripada nasionalisme, British mula berwaspada dan apabila gerakan nasionalisme dikesan, tokoh seperti Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam ditangkap dan dipenjarakan di Singapura. Mereka telah dibebaskan oleh Jepun pada 1942. 2.8 - KESAN PERKEMBANGAN NASIONALISME Sosial Tuntutan untuk mendapatkan pendidikan telah mewujudkan kesedaran kepada masyarakat untuk belajar di madrasah dan sekolah Melayu. Kesedaran ini membawa kepada penulisan dan mereka penghasilan majalah sendiri Lepasan SITC telah meningkat dan ramai daripada mereka terutama sekali wanita berkhidmat sebagai guru untuk meningkatkan taraf pendidikan masyarakat. Guru wanita (Ibu Zain) telah menerbitkan majalah Bulan Melayu yang menulis berita tentang kemajuan pendidikan wanita. Beliau juga mengingatkan wanita tentang kepentingan ilmu pengetahuan untuk mengangkat martabat wanita Masyarakat India dan Ceylon telah menubuhkan persatuan untuk menjaga kebajikan mereka. Sebagai contoh E.E.C Thurainsingam, Presiden Malayan Rubber Estate Owner Association yang membantu meningkatkan perusahaan getah Masyarakat Cina meminta penimbangan kerajaan British untuk terlibat dalam jawatankuasa kerajaan. Tan Cheng Lock, anggota Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat (SSLC) menuntut penyediaan dana untuk belajar dan kebajikan masyarakat Cina terjaga. Ekonomi Kaum Muda menggesa orang Melayu untuk memajukan diri dalam pendidikan dan ekonomi. Ini membawa kepada pertubuhan persatuan kebajikan Al-Jamiah Al-Khairiah di Singapura yang berjaya membangkitkan semangat berniaga. Hasil daripada penekanan British terhadap sistem pendidikan pada tahap rendah telah menyukarkan usaha untuk meningkatkan taraf hidup. Za’ba, tokoh nasionalis sering membangkitkan isu tersebut dan menyedarkan para guru tentang kepentingan pendidikan tinggi dan kurikulum bahasa Inggeris. Akhbar bahasa Inggeris seperti The Malay Mail dan The Malaya Tribune telah mengasaskan dana untuk membantu orang Melayu melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mendapat sokongan dari Persekutuan guruguru melayu Selangor dan persatuan negeri


Click to View FlipBook Version