The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norizanchenordin, 2021-09-03 05:54:57

TOKOH KEMERDEKAAN

QAISARA SYAHMINA

BUKU SKRAP
BAHASA MELAYU

NAMA: QAISARA SYAHMINA BT MUHAMAD SAHLAN
KELAS: 6 ANGERIK

TAJUK : TOKOH KEMERDEKAAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR LAGUNA MERBOK

CIKGU SHAHIZA BINTI ISMAIL

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN
TOKOH – TOKOH KEMERDEKAAN
PENGHARGAAN

PENGENALAN

• Tokoh kemerdekaan negara telah banyak berjasa dalam memperjuangkan

kemerdekaan untuk tanah melayu. Terdapat ramai tokoh boleh menjadikan “
role model “. Seramai 18 orang tokoh – tokoh tempatan dihuraikan secara
ringkas di dalam buku skrap ini . Segala pengorbanan , ringtangan dan penat
lelah mereka untuk negara patut dicontohi .

TUNKU ABDUL RAHMAN AL HAJ

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Shah merupakan ketua Menteri Persekutuan
Tanah Melayu dari 1955 dan Perdana Menteri pertama sejak
kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan
Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada
pecapaiannya yang teragung. Biasalah dikenali sebagai “ Tunku “ ,
beliau juga dikenang sebagai “ Bapa Kemerdekaan “ dan “ Bapa
Malaysia. Akhirnya , Malaysia dibebaskan dari cengkaman British.

2.TUN DR ISMAIL DATO HAJI ABDUL
RAHMAN

Beliau dilahirkan pada 4 November 1915 , segala jasa dan pergorbanan
Tun Dr. Ismail Bin Dato Haji Abdul Rahman terhadap negara sentiasa
dikenang walaupun selepas ketiadaanya. Beliau adalah orang kanan
Tunku Abdul Rahman dalam proses pembentukan Malaysia dan selepas
kemerdekaan Malaysia. Beliau ada bersama Tunku Abdul Rahman dalam
proses menuntut kemerdekaan dari British. Beliau banyak menyumbang
dalam bidang perhubungan antarabangsa dan hal ehwal dalam negeri .
Beliau ialah Perdana Menteri Kedua.

3.TUN H. S LEE

Tun Sir Henry Lee Hau –Shink, lebih dikenali sebagai Tun H.S Lee
merupakan antara tokoh yang terlibat dalam mempertahankan
Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiaan menjadi Menteri
Kewangan pertamanya dalam Jemaah Menteri Malaya. Beliau juga
pernah menjadi Menteri Pengangkutan dalam cabinet sementera
sebelum kemerdekaan. H.S Lee merupakan anak sulung kepada
seorang usahawan dari Gaozhou , Guangdong Lee Kwai – Lim dan
isterinya Kam Kwok- Chun. Dia dilahirkan di Hong Kong pada 19
November 1900. Selepas perang Tun H.S Lee merupakan antara
tokoh yang terlibat dalam menubuhkan MCA dan kemudian
bertanggungjawab memulakan kerjasama antara kaum sehingga
mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan.

4.TUN VT SAMBANTHAN

Beliau antara anggota rombongan ke London merundingkan
kemerdekaa Tanah Melayu dan terlibat menendatangani perjajian
kemerdekaan. Selepas 1 penggal sebagai Menteri Buruh, beliau
bertukar sebagai Menteri Tenaga, Telekom dan Pos sehinggalah
jawatan terakhir sebelum bersara iaitu Menteri Perpaduan Negara.
Di peringkat antarabangsa, beliau telah berjasa menyatu panduan
masyarakat peribumi Fiji dalam bidang politik , ekonomi dan sosial.
Jesteru , atas jasa beliau yang begitu luas , tidak hairanlah beliau
dimasyurkan sebagai salah seorang negarawan tersohor di negara
kita.

5.TUN DATUK PATINGGI TAN SRI
TEMENGGUNG JUGAH

Tun Temenggung Jugah Anak Barieng adalah sahabat baik Tunku
Abdul Rahman dari bumi Kenyalang dan merupakan satu satunya
pemimipin dari Sarawak yang memainkan peranan utama dalam usaha
penubuhan Malaysia. Beliau turut serta dalam rombongan ke London
bersama sama Tunku Abdul Rahman bagi membincangkan penubuhan
Malaysia. Dengan wajah tipikal istimewa kaum Iban, beliau cukup
mudah dikenali dan mendapat perhatian penduduk Sarawak ketika
penubuhan Parti Pesaka Rakyat Sarawak (PESAKA) yang menjadi
salah satu parti Perikatan Sarawak.

6.MAT KILAU

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau Bin Iman Rasu. Mat Kilau
dipercayai lahir tahun 1865/1866 di Kampung Masjid ,Pulau Tawar,
Jerantut, Pahang. Mat Kilau amat mahir di dalam ilmu kebatinan,
persilatan dan bermain senjata. Beliau mempunyai sifat sifat seorang
pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang
pemuda yang sangat disegani dan dihormati oleh penduduk negeri
Pahang. Segala cabaran yang berjaya dilalui oleh Mat Kilau semasa
menentang pihak British membuatkan pelbagai pihak menyanjung tinggi
kepahlawanan beliau.

7.TOK GAJAH

Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat
Kilau. Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku
pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah
merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman,
Mat Kilau dan Datu Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau
bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya
yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau
mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan
dengan askar askar Inggeris yang lengkap bersenjata.

8.TUN TAN CHENG LOCK

Berdasarkan kepada daya intelektual yang tinggi dan kewibannya, Tun
Tan Ceng Lock yang telah dilantik sebagai Presiden Malayan Chinese
Association (MCA) yang pertama pada tahun 1949. Beliau merupakan
anak jati yang dilahirkan di negeri Hang Tuah, Melaka pada 5 April
1883. Beliau merupakan tokoh penting yang merintis kepada kerjasama
politik antara UMNO dan MCA bagi mewujudkan kestabilan politik dan
perpaduan masyarakat di Malaysia. Sumbangan dan ketokohan beliau
membolehkan MCA dan UMNO memenangi pilihanraya umum
pertama 1955 sehingga melahirkan idea penubuhan Parti Perikatan yang
kemudiannya disusuli oleh parti Malaysia Indian Congress (MIC). Detik
tersebut telah melahirkan kerjasama erat antara parti UMNO,MCA dan
MIC yang buat pertama kali berlaku di negara kita.

9.DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK
LAM

Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar kelapan Perak
yang berketurunan Daeng Salili. Beliau adalah anak Raja Bugis yang
berasal dari Daerah Luwuk Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan
Muzaffar Shah, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta
dianugerahkan gelaran Dato’ Maharaja Lela Tan Lela’ dengan kuasa
boleh memancung tanpa bertanya. Pandak Lam kemudian mengetaui
perjuanganan menentang British di Perak dan membuat pakatan untuk
membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W.Birch), Residen British
Perak.

10.DOL SAID

Dato’ Abdul Said Bin Omar atau lebih dikenali sebagai Dol Said merupakan Penghulu
Naning yang kesembilan. Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 menjadikan
beliau sebagai seorang pahlawanan yang telah mengukir nama dalam sejarah Melaka.
Beliau telah menentang British bagi mempertahankan kedaulatan Naning. Beliau turut
menentang pelaksaan undang undang British dan bayaran cukai.

11.YAMTUAN ANTAH

Yamtuan Antah ialah Yamtuan Negeri Sembilan dan memerintah
negeri Sembilan pada tahun 1876 hingga 1887. Nama penuh beliau
ialah Tunku Laksama Antah Ibni Almarhum Raja Radin. Yamtuan
Antah menentah Britsh kerana tidak bersetuju dengan perjanjian
antara British dengan Dato’ Kelana Sungai Ujong. Yamtuan Antah
juga tidak bersstuju dengan tindakan British menyokong tindakan
Dato’ Kelana yang megisytiharkan Terachi sebagai wilahnya. Beliau
telah menawan Paroi dan membina kubu pertahanan. Pihak British
mengalahkan pasukan Yamtuan Antah. Ini mengakibatkan Yamtuan
Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus. Yamtuan Antah dan
British telah mengadakan rundingan perdamaian. Akhirnya,
Yamtuan Antah telah diiktiraf sebagaian Yamtuan Besar Seri
Menanti.

12.ANTANOM

Antanom menggerakan pemberontakan Rundum menentang penjajah
pada tahun 1915. Antanom atau Ontoros dilahirkan di Kawasan
“Masinpunon” sungai Salarom pada tahun 1885 dan berumur dalam
lingkungan 30 tahun ketika pemberontakan itu dilancarkan. Antanom
adalah anak keturunan Suku Murut Tagol dari golongan bermartabat
mengikut adat istadat kaum murut. Dia dibesarkan dalam zaman daerah
kampungnya dilanda oleh persengketaan kaum dan ancaman pemburu
kepala kaum Dayak dari Kawasan perbatasan atau dikenali dengan istalah
“ Pengayau”.

13.TOK JANGGUT

Haji Mohd Hassan Bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai
Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada. Tok
Jangut adalah seorang pahlawan Melayu yang terkenal di Kelantan.
Dilahirkan pada 1853, beliau ialah seorang penetang penjajahan British
semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan.
Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang Berjaya menarik
sokongan banyak pengikut di Kelantan.

14.DATO BAHAMAN

Abdul Rahman Tuanku Iman Nuh lebih dikenali seagai Seman
Tahan kerana pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal. Dato
Bahaman menolak pelaksaan undang undang British yang
bertentangan dengan adat resam dan system politi tempatan seperti
kehakiman, perubatan, pasukan polis luar dan system cukai. Dato
Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Besar Belapan dan
dianugerahkan dengan gelaran Dato Setia Perkasa Pahlawan
Semantan.

15.SHARIF MANSOR

Nama beliau ialah Sharif Masahor atau nama penuh beliau adalah Sayyid
Mashhur Bin Muhamad Al-Shahab. Beliau terkenali sebagai seorang
pahlawan melayu yang terkenal yang berketurunan Hadhram di Sarikei,
Sarawak, Kuching, Malaysia pada masa era Raja Broke di negeri tersebut.
Beliau merupakan seorang pemimpin yang disegani oleh masyarakat Iban
dan Melanau. Beliau telah dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor
Sarikei di Sungai Rajang . Sharif Mansor telah menentang James Brooke
yang meluaskan kuasa ke atas wilayah Sarikei dan mengambil alih kuasa
pentadbiran pada tahun 1855. Sharif Mansor telah menyerang Mukah.
Beliau Berjaya mengusir keluar pembesar tempatan yang menyokong
James Brooke. Pada tahun 1861, Sharif Mansor telah menuju ke Selangor
untuk membantu Raja Mahadi dalam Perang Klang.

16. HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG

Nama sebenar Haji Abdul Rahman Limbong Bin Haji Abdul Rahman. Dikenali
sebagai Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliau sering ke Limbong,
Kemaman untuk mengajar agama. Beliau ialah seorang ulama dan pendakwah
yang dihormati . Beliau juga pernah tampil untuk membela sekumpulan pejuang
yang dilabel oleh British sebagai pemberontakan dan penderhaka raja. Penjajah
bermula apabila beberapa peraturan berhubung pemungutan hasil tanah
dikuatkuasakan oleh Sultan Terengganu dibawah tekanan Inggeris di Hulu
Terengganu,Kuala Nerus dan Dungun.

17.ROSLI DHOBY

Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada
penjajah British. Beliau berketurunan Melayu, berdasarkan darah bapanya
yang berketurunan Palembang manakala ibunya berketurunan Melayu.
Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak
yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di
Sibu pada 3 Disember 1949. Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa
mengakaui tuduhan tersebut adalah atas keselamatan ibu beliau kerana
ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam
penjara di Kuching, Rosli akhirnya mati di tali gantung atas peristiwa
tersebut.

18.KHATIJAH SIDEK

Pernahkah ada dengar nama Khatijah Sidek ? Beliau digelar Puteri Kesateria
Bangsa. Dilahirkan pada tahun 1918 di Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia.
Selat Melaka diseberangi untuk membantu perjuangan golongan kaum ibu.
Hasil usaha beliau, seramai 10 000 orang wanita tertarik untuk Bersama
memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Ketika itu, suara wanita tidak
didengari, diketepikan dan tiada pengiktirafan buat mereka untuk seiring
berjuang dengan pemimpin lelaki. Tiada tempat untuk mereka di pilihan raya
dan diberi tanggungjawab untuk menjaga kebaikan kaum ibu sahaja.
Kehadiran beliau agak tidak disenangi oleh sesetengah pihak dan pelbagai
usaha giat dijalankan untuk menyingkirkan beliau dari arena politik. Beliau
dengan beraninya mengkritik secara terbuka pemimpin UMNO yang
disifatkan takut untuk berjuang ke arah kemerdekaan. Pada tahun 1953, beliau
adalah pemimpin wanita UMNO yang pertama melontarkan suara berikutan
hak wanita secara terbuka dalam Persidangan Agung UMNO yang menuntut
supaya kaum ibu dibenarkan mengundi serta menanbah bilangan perwakilan
ahli wanita. Gaya bicara dan tidakan beliau semasa di persidangan tidak
disenangi rata rara ahli dan pemimpin UMNO ketika itu. Mereka bersifat
konservatif dan belum bersedia untuk menerima kaum wanita berada
dipucuk pimpinan parti. Beliau akhirnya dipecat daripada UMNO pada 1956.
Beliau menerima tawaran untuk menyertai UMNO semula pada tahun 1971
dan dilantik menjado Naib Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO Cawangan.
Beliau menutup mata pada tahun 1982 .

PENGHARGAAN

Salamat sejahtera . Saya ingin mengucapakan ucapan ribuan terima kasih kepada semua
individu yang banyak menolong saya menjayakan buku skrap . Pertama sekali kepada Pn.
Shahiza kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua
pelajar . Sekalung penghargaan untuk ibu bapa saya kerana telah memberi tunjuk ajar
kepada saya sepanjang saya menyiapkan buku skrap ini. Tidak lupa juga kepada rakan –
rakan seperjuangan yang sama – sama berhempas puas dalam menyempurnakan projek
masing – masing . Akhir sekali terima kasih kepada pihak yang telah membantu saya secara
langsung atau tidak langsung sepanjang projek ini .

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version