The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Politeknik Sultan Idris Shah ( group 2 )
MPU21032
DHF1B 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulaqilasyazwani, 2021-10-28 19:21:55

Etika & Peradaban Yang Menjadi Amalan Kaum Cina Di Malaysia

Politeknik Sultan Idris Shah ( group 2 )
MPU21032
DHF1B 2021

ETIKA DAN
PERADABAN YANG
MENJADI AMALAN

KAUM CINA DI
MALAYSIA

Nama Pensyarah: Encik Nahrawi bin Kasim

Ahli kumpulan: 1. NURUL AQILA SYAZWANI BINTI MD
KHARULNIZAM. (17DHF21F1015)

2. NUR FADZIATUL ASYIQIN BINTI
RUSLI. (17DHF21F1011)

3. ALIAH MAISARAH BINTI ADAM.
(17DHF21F1013)

4. NUR SYAFIQAH BINTI MOHD HANAFIE.
(17DHF21F1017)

5. NOR NADIA BINTI ZAINI
(17DHF21F1019)

Isi kandungan

1. Definisi etika berdasarkan peradaban/prinsip-prinsip asas
etika/penghayatan etika

2. Asal usul orang Cina
3. Ciri-ciri masyarakat Cina
4. Faktor-faktor pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat

pelbagai etnik
5. Konsep masyarakat majmuk adat resam dan pantang larang orang

Cina

Berdasarkan Peradaban

Peradaban China

➢ Confucius beranggapan bahawa etika amat berkait rapat dengan nilai kemanusiaan.

➢ Etika berdasarkan kepada takrifan Confucius ialah nilai-nilai kebaikan berasaskan
kepada lima prinsip utama ‘wuchang’ iaitu ‘ren’ (kebaikan dan kemanusiaan), ‘yi’
(kebenaran atau keadilan), ‘li’ (cara yang betul), ‘zhi’ (pengetahuan) dan ‘xin’ (integriti).

➢ Lima prinsip ‘wuchang’ ini adalah selari dengan nilai kebaikan di dalam syurga dan
harus diamalkan dan dilaksanakan dalam kehidupan di dunia ini sama ada dalam sistem
pentadbiran atau cara hidup manusia.

Etika daripada perspektif individu, masyarakat, negara dan sejagat

Etika Individu

➢ Pengertian etika adalah berbeza-beza dan kebiasaannya bergantung kepada prinsip-prinsip asas dan
nilai yang dipegang oleh seseorang individu.

➢ Etika individu ini menjadi kawalan kepada tindakan seseorang apabila berurusan dengan pihak lain
sama ada individu, masyarakat, haiwan, alam sekitar atau hubungannya dengan Tuhan.

➢ Dikategorikan sebagai falsafah atau gaya pemikiran yang dipegang oleh seseorang individu mengenai
kepercayaannya terhadap prinsip-prinsip moral seperti prinsip betul atau salah.

➢ Dalam dunia sebenar, etika individu ini amat penting sebagai panduan hidup manusia demi mencapai
matlamat masing-masing.

o Etika individu ini menjadi asas yang penting dan utama kepada pembentukan etika sekelompok
individu yang dipanggil masyarakat.

Etika Masyarakat

➢ Dirujuk sebagai panduan dan prinsip-prinsip moral yang dipersetujui dan diterima oleh sesebuah masyarakat.
➢ Penting untuk dipatuhi dan diamalkan oleh seseorang individu dalam sesebuah masyarakat.
➢ Definisi etika juga adalah berbeza-beza mengikut masyarakat yang disebabkan oleh perbezaan nilai yang

diterima ini.
➢ Etika dalam masyarakat memainkan peranan yang penting sebagai panduan dalam membentuk tingkah laku

individu dalam masyarakat berkenaan.

Etika Negara

➢ Nilai-nilai etika dan moral yang harus ada dan diamalkan oleh setiap rakyat dalam sesebuah negara dan
pelanggaran terhadap nilai etika dan moral berkenaan akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang
berkaitan dalam negara berkenaan.

➢ Bello (1995) menyatakan etika negara ini didefinisikan sebagai sistem moral, peraturan dan tingkah laku di
mana setiap komuniti dalam negara berkenaan adalah terikat dengannya dan sebarang pelanggaran terhadapnya
akan berhadapan dengan hukuman undang-undang sedia ada di negara berkenaan.

➢ Keperluan dan kepentingan etika negara ini dapat dilihat di negara sedang membangun atau negara maju
sebagai indicator atau petunjuk kepada kematangan rakyat negara berkenaan dalam menguruskan kehidupan
seharian daripada peringkat rakyat bawahan mahupun pemimpin atasan.

Etika Sejagat

➢ Etika yang diterima dan diamalkan di peringkat antarabangsa
➢ Etika sejagat ini mengandungi pelbagai standard etika yang dianggap berdiri dengan sendiri dan boleh

diaplikasikan kepada semua manusia tanpa mengira kaum, budaya, agama, jantina, kumpulan umur,
politik, kelas sosial atau ekonomi.
➢ Semua prinsip atau nilai etika yang tidak dianggap sebagai agresif, mencegah penggunaan kekerasan atau
menghalang keganasan di antara manusia dianggap sebagai prinsip etika sejagat.

Prinsip-Prinsip Asas Etika

➢ Prinsip nilai hidup manusia
➢ Prinsip kebaikan dan keburukan
➢ Prinsip keadilan dan saksama
➢ Prinsip kejujuran
➢ Prinsip kebebasan

Penghayatan Nilai

➢ Setiap tamadun mempunyai maksud dan interpretasi etika yang
tersendiri

➢ Etika dalam setiap tamadun ini mementingkan tingkah laku dan
pemikiran manusia untuk membezakan sesuatu perkara sama ada baik
atau buruk

➢ Sebagai individu, etika itu menjadi panduan hidup mereka ketika
berada dalam keluarga, organisasi dan masyarakat.

➢ Sebagai masyarakat, etika menjadi panduan kepada masyarakat
berkenaan untuk diuruskan secara baik

1. Prinsip nilai hidup manusia

➢ Manusia ada tanggungjawab untuk menjaga diri dan nyawa mereka dan nyawa orang lain.
➢ Jadi manusia tidak boleh berbuat sesuatu yang akan mendatangkan mudarat kepada diri mereka dan

orang lain.
➢ Sehinggakan hari ini hukuman mandatori telah ditentang oleh gerakan sivil.

2. Prinsip kebaikan dan keburukan

➢ Manusia digalakkan berbuat kebaikan dan tinggalkan segala perbuatan yang buruk atau mendatangkan
kesan buruk kepada orang lain.

➢ Apa itu kebaikan? Ia mungkin adalah kehidupan, kebahagiaan, kesedaran, keseronokan, kebenaran dan
lain-lain nilai yang baik.

➢ Keburukan? Ia adalah penderitaan, kesilapan, kedukaan, kepalsuan dan lain-lain nilai buruk atau
dianggap negatif.

➢ Setiap perbuatan ini akan mendatangkan kesan kepada masyarakat, baik atau buruk.

3. Prinsip keadilan dan saksama

➢ Keadilan: meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya
➢ Saksama: keseimbangan yang wujud kesan daripada keadilan yang berlaku tadi.
➢ Oleh itu, keadilan membawa kepada kesaksamaan.

4. Prinsip kejujuran

➢ Jujur: memiliki kelakuan yang beretika, mempunyai niat, pertuturan dan perbuatan yang selari antara
satu sama lain.

➢ Kualiti orang yang jujur: menghormati diri sendiri dan orang lain, sopan, percakapan dan perbuatan
konsisten dan lahir dari ketelusan berdasarkan nilai keadilan dan kebenaran.

➢ Kejujuran melahirkan manusia yang berintegrit.

5. Prinsip kebebasan

➢ Kebebasan biasa berkait dengan hak asasi manusia.
➢ Bebas bukan suatu nilai yang bersifat mutlak kerana manusia hidup berdasarkan garis panduan yang

ada dalam masyarakat.

Asal Usul Kaum Cina

1. Orang cina di Malaysia (Han Chinese) adalah orang cina yang berhijrah ke Malaysia atau
yang dilahirkan di Malaysia. Kebanyakkan orang cina ini adalah keturunan daripada
selatan China yang tiba pada awal abad ke-19 hingga pertengahan abad ke-20.

2. Dalam statistik bilangan orang Cina 'Huaqioa' yakni Cina yang berada di luar China (juga
disebut Overseas Chinese oleh orang China), bilangan orang Cina Malaysia adalah kedua
tertinggi selepas Cina Thailand. Manakala di Malaysia pula, kaum Cina menjadi kaum
kedua terbesar selepas kaum Melayu yang menjadi majoriti.

3. Orang Cina di Malaysia sebenarnya terdapat pelbagai keturunan yang berbeza dengan
dialek yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan Bahasa ialah yang paling ketara,
kerana ia menyukarkan untuk berkomunikasi.

4. Perbezaan dialek antara clan-clan Cina ini sememangnya menyukarkan mereka untuk
berkomunikasi. Perbezaan dialek mereka lebih besar daripada perbezaan antara dialek-
dialek orang Melayu. Secara kebudayaan dan bahasa, orang-orang Cina ini sangat
mementingkan penjagaan budaya, keturunan dan dialek mereka, walaupun nenek-
moyang mereka telah lama tiba pada abad 19 terdahulu.

5. Berbeza dengan orang-orang Cina yang datang pada zaman kesultanan Melayu Melaka
suatu masa dahulu, mereka berasimilasi dengan penduduk tempatan, sehingga
wujudnya sub-etnik yang dipanggil Baba dan Nyonya (Melaka/Penang), Cina
Peranakan (Kelantan/Terengganu) dan Cina-pribumi(Sabah).

6. Hanya di Malaysia, orang-orang Cina yang datang semasa pentadbiran British Malaya
enggan berasimilasi. Disebabkan keengganan berasimilasi, mereka mahukan sekolah-
sekolah vernakular dibina khusus untuk mereka mengajar bahasa dan budaya asal-usul
keturunan mereka. Silibus-silibus pendidikannya kebanyakanannya datang dari China
dan Taiwan. Mereka enggan menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan yang
dikelola oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (bukan semua).

7. Atas toleransi orang-orang Melayu dan kerajaan Malaysia, sekolah-sekolah vernakular
ini masih dibenarkan sampai hari ini, walaupun dikaitkan dengan pelbagai kontroversi
yang sering berlaku dalam isu-isu patriotisme dan perpaduan kaum.

Konsep Masyarakat Majmuk

1. Masyarakat majmuk merupakan masyarakat yang terdiri daripada lapisan kaum yang
mempunyai kepercayaan, adat resam, latar belakang dan sejarah yang berbeza.

2. Masyarakat majmuk dibahagikan mengikut garis-garis pemisah seperti:
o Ras
o Etnik
o Agama
o Ideologi
o Bahasa
o Budaya

3. Menurut kamus dewan (2005), masyarakat majmuk ialah kumpulan manusia yang
hidup bersama-sama di suatu tempat dengan atur dan cara tertentu.

4. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut,khususnya melalui hubungan
bersemuka. Contohnya, pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada bangsa
melayu, cina dan india dan lain-lain.

5. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum pada abad ke-19
adalah kesan daripada kolonialisme yang mutlak.

6. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Hal ini dikatakan
demikian kerana pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah
Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, imigrasi Cina dan India telah mengubah
struktur kependudukan asal Tanah Melayu.

7. Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara
hidup, pola petempatan, pekerjaan dan pendidikan.

Warna Ciri-Ciri Masyarakat Cina
Signifikasi
Budaya Cina 1. WARNA MERAH

✓ Karakter ‘ONG’ bermaksud merah.
✓ Ikut tradisi masyarakat cina, warna merah merupakan warna

matahari.
✓ Melambangkan tuah, cinta, maruah kebahagiaan, kejayaan serta

kehidupan yang berjaya.

2. WARNA PUTIH

✓ Karakter ‘BAI’ bermaksud putih.
✓ Kaum cina tidak suka warna putih.
✓ Sebab warna putih melambangkan kematian, kesedihan dan

penyakit.

Nama ✓ Terdiri daripada 3 perkataan.
✓ Nama keluarga, nama generasi dan nama panggilan.

Cara ✓ Berlapis-lapis sarat dengan sulaman benang emas dan sutera.
berpakaian
✓ Jubah labuh, cheongsam, baju shanghai dan samfoo dipakai dalam
majlis dan upacara.

✓ Menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang
dengan ragam hias benang emas dan perak.

Perkahwinan ✓ Eksplisit : yang diatur oleh ibubapa / orang tengah.
dua jenis ✓ Implisit : lelaki dan perempuan diberi kebebasan

Pemakanan ✓ Bahan utama : bahan soya yang terdiri daripada tauhu, taucu, kicap
soya di olah bersama rempah seperti kayu manis dan daun ketumbar.

✓ Contoh makanan : kuih bulan.

Tarian singa semasa perayaan Tahun Baru Cina

Tarian singa.
✓ Dipersembahkan Ketika tahun baru cina.
✓ Menurut lagenda, singa haiwan yang boleh lawan

Nian (sejenis haiwan dongeng yang serang negara
cina)

Adat kematian
✓ Upacara pembakaran colok dan alatan yang

diperbuat daripada kertas sebagai bekalan hidup si
mati di akhirat.
✓ Diketuai oleh sami.

Perayaan masyarakat cina
✓ Tahun baru cina (15 hari).
✓ Aktiviti : Pemujaan roh nenek moyang di rumah.
✓ Chap Goh Meh (1 hari)
✓ Aktiviti : Pemujaan tuhan

Faktor-Faktor Pembentukkan Etika dan Peradaban Dalam Masyarakat Pelbagai Etnik.

Faktor-faktor pembentukkan etika

Sistem kepercayaan dan agama
▪ Malaysia terdiri daripada rakyat pelbagai kaum yang mempunyai agama, kepercayaan masing-masing.
▪ Salah faham boleh berlaku dalam pelbagai aspek sehingga akhirnya penghinaan terhadap agama lain

terjadi. Ini menunjukkan mereka tidak saling menghormati.

Bahasa serumpun
▪ Kemunculan bahasa serumpun dan sistem tulisan pada peringkat awal dalam komunikasi.
▪ Melahirkan masyarakat yang mampu berinteraksi antara satu sama lain dengan perkataan sesuai dan

mudah difahami.
▪ Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kepada peradaban kaum. Ia merupakan lambang wujud sebuah

negara.
Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral
▪ Undang-undang sangat penting untuk mematikan rakyat hidup aman dan damai.
▪ Membentuk akhlak seseorang dan menjadikannya individu yang bertamadun dan berperilaku baik.
▪ Menghalang seseorang bertindak diluar kawalan dan elok di mata masyarakat.

Peradaban Dalam Masyarakat Pelbagai Etnik

1. Individu
❑ Meningkatkan hubungan sosialisasi.
❑ Individu yang konsisten mendalami nilai-nilai murni.
❑ Melahirkan individu yang berkelakuan baik.

2. Keluarga
❑ Hubungan keluarga yang bahagia dan harmoni.
❑ Kehidupan kekeluargaan penuh dengan adab dan etika.
❑ Dorongan positif antara satu sama lain dan mengeratkan hubungan.

3. Komuniti
❑ Meningkatkan adab dan sopan dalam masyarakat.
❑ Mengeratkan silaturrahim.
❑ Wujudnya hubungan sosial yang kukuh sesame mereka.

4. Masyarakat
❑ Masyarakat menjadi lebih bertamadun
❑ Membawa pendekatan kearah keharmonian dan kedamaian
❑ Hubungan bermasyarakat yang penuh hormat dan interksi positif

5. Negara
❑ Negara menjadi lebih maju dan mencapai tahap lebih tinggi.
❑ Membangun seiring dengan negara lain dalam era globalisasi
❑ Rakyat saling bergantung kepercayaan kepada pemimpin

o Adat resam dan pantang larang orang cina sangat unik serta ia
dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling serta nasib. Antara
yang popular ialah :

Adat Resam Adat Resam Kaum Cina di Malaysia
dan Pantang 1. Kepercayaan Dalam Agama.
• Gelaran dewa yang paling terkenal ialah Datuk Kong, yang dikatakan
Larang di
Malaysia dapat memberikan kekayaan, dan rezeki kepada mereka yang rajin
berzikir. Namanya berulang-ulang kali.

2. Kepercayaan Dalam Adat.
• Percaya pada angka yang memiliki elemen negatif & positif. Seperti

angka 4 yang membawa kepada kemewahan & masa depan yang
cerah.

Adat Pantang Larang Kaum Cina di Malaysia
Resam dan 1. Pantang Larang Semasa Kehamilan
• Wanita hamil dilarang membuat kerja-kerja memaku
Pantang
Larang di kerana dikhuatitri anak dalam kandungan cacat kerana
Malaysia terkejut
• Larangan memakan buah yang tajam seperti nenas dan
mangga kerana ditakuti anak akan menjadi terlalu besar
• Wanita hamil dilarang memikirkan tentang masalah
dikhuatiri anak akan terganggu dengan masalah tersebut.

2. Pantang Larang Selepas Kelahiran
• Bayi hanya disambut sebulan selepas kelahiran
• Wanita bersalin perlu berpantang selama 40 hari
• Perabot di bilik ibu tidak boleh diubah

Adat Resam dan Pantang Larang Semasa Kematian

➢ Upacara kematian berlangsung dari 3-7 hari. Ini membolehkan sanak
saudara untuk berkumpul.

➢ Sumbangan wang dalam sampul putih diberikan pada keluarga si mati.
➢ Tidak digalakkan memakai pakaian yang bewarna warni. Sebaiknya

warna gelap seperti hitam dan kelabu.
➢ Apabila masuk ke rumah si mati, tetamu mestilah membawa sepasang

lilin putih duit kertas dan lain lain alat sembahyang untuk diberi pada
keluarga si mati yang kurang berada.
➢ Mayat dan keranda tidak boleh disentuh oleh tetamu.
➢ Tetamu akan diberikan seutas benang merah atau gula gula berikat
benang merah sebagai tanda terima kasih.
➢ Si mati akan dipakaikan dengan pelbagai aksesori terutamanya wanita.
➢ Keranda yang digunakan mestilah dalam keadaan baik dan cantik.
➢ Tetamu dan ahli keluarga perlu menguatkan tangisan sebaik sahaja si
mati diusung ke tanah perkuburan.

Adat Resam dan Pantang Larang Semasa Perayaan

➢ Rumah perlu dibersihkan beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina
➢ Dilarang menyapu lantai pada hari pertama Tahun Baru Cina
➢ Dilarang mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar kerana ia merosakkan

keharmonian sepanjang tahun
➢ Dilarang memecahkan alatan tembikar dan gelas. Ini membuatkan

rezeki tidak stabil

Kesimpulan

Pembentukan masyarakat majmuk di malaysia bermula apabila kemasukan imigran daripada luar. Oleh
itu, wujudnya masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di malaysia. Kehadiran kelompok-
kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan
latar belakang kebudayaan yang berlainan dan menjadikan negara ini tarikan masyarakat luar. Masyarakat
cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang
dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib.
Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat kita tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat
dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula daripada kelahiran, perkahwinan sehinggalah
kematian yang terdapat di dalam hidup semua masyarakat di malaysia. Adat resam merupakan
kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak
budaya masyarakat tersebut. Setiap tamadun mempunyai maksud dan interpertasi etika yang tersendiri.
Namun persamaannya ialah etika adalah panduan hidup manusia untuk berkelakuan baik dan selaras
dengan nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi. Etika mementingkan tingkah laku dan pemikiran manusia
untuk bezakan yang baik dan yang buruk Etika menjadi panduan kepada individu dan masyarakat untuk
diuruskan dengan baik, harmoni, menyantuni setiap pihak dan meraikan kepelbagaian.

Cadangan

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu hidup bersatu-padu dan saling hormat-
menghormati antara satu sama lain. Selain itu, kita juga perlu mengambil iktibar di atas
perkara yang rakyat negara di Malaysia ini telah tempuhi di masa lepas dan sama-sama
kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi pada masa kini.

Sekian, terima kasih


Click to View FlipBook Version