The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PERBARISAN TAHUNAN PUTERA MTD 2023 (NOVUS)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NADZIRAH BINTI AHMAD Moe, 2024-03-07 00:38:31

BUKU PERBARISAN TAHUNAN PUTERA MTD 2023

BUKU PERBARISAN TAHUNAN PUTERA MTD 2023 (NOVUS)

PERBARISAN TAHUNAN PUTERA MAKTAB TENTERA DIRAJA TAHUN 2023 KATA-KATA PENGHARGAAN Sempena Upacara Perbarisan Tahunan Putera Maktab Tentera Diraja (MTD) Tahun 2023, warga Maktab ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih atas kesudian YBhg Tan Sri, Dato’ Sri, Datuk - Datuk, Dato’ - Dato’, serta ibu bapa kerana telah meluangkan masa untuk bersamasama menjayakan upacara yang penuh bermakna kepada para Putera. Tahniah kepada Putera Tingkatan 5 2023 kerana berjaya menamatkan pengajian selama dua tahun di MTD. Semoga kemahiran dan ilmu bermanfaat yang diterima oleh Putera menjadi aset berharga untuk Putera. MTD merupakan satu institusi yang menerapkan nilai-nilai kepimpinan dan ketenteraan selain pendidikan kepada Putera. Semoga MTD akan terus menjadi penyumbang yang setia dan bermakna dalam usaha melahirkan pemimpin yang mempunyai keperibadian unggul dan kepimpinan yang mantap. Aspirasi ini menjadikan MTD kekal relevan sebagai institusi ternama dalam melahirkan pemimpin yang bertaraf dunia. Akhir kata, warga Maktab ini juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan upacara yang berprestij ini. Semoga kerjasama dan sokongan padu seperti ini akan berterusan pada masa akan datang. 2


PIAGAM, COGAN KATA, VISI & MISI MAKTAB TENTERA DIRAJA PIAGAM Untuk menyediakan belia-belia Malaysia mengambil tempat sebagai pegawai-pegawai dalam Angkatan Tentera Malaysia, menjadi pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam dan menjadi pemimpin-pemimpin dalam bidang ikhtisas, perdagangan dan perusahaan negara COGAN KATA Berkhidmat Memimpin VISI Menjadikan Maktab Tentera Diraja sebagai sebuah institusi pendidikan bestari yang terunggul MISI Menyediakan pendidikan bestari berkualiti secara menyeluruh untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa, berketerampilan dan bersahsiah mulia dalam Sektor Perkhidmatan Awam, Korporat dan Angkatan Tentera Malaysia 3


TETAMU KEHORMAT YB DATO’ SERI MOHAMED BIN KHALED NORDIN MENTERI PERTAHANAN SEBAGAI PEGAWAI TABIK HORMAT 4


LEMBAGA PENTADBIR MAKTAB TENTERA DIRAJA PENGERUSI YBhg Datuk Seri Isham bin Ishak Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan AHLI-AHLI Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim Timbalan Panglima Tentera Darat Laksdya Dato’ Zulhelmy bin Ithnain Timbalan Panglima Tentera Laut Lt Jen Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM Timbalan Panglima Tentera Udara Tn Hj Azman bin Hj Adnan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Mej Jen Dato’ Hj Noorrul Azril bin Ariffin Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan Mej Jen Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Datuk Seri Dr Michael K C Yam Presiden Persatuan Bekas Putera Tn Hj Roslan bin Abu Hassan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur YB Dato’ Seri Hj Md Alwi bin Che Ahmad Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas 5


KOMANDAN MAKTAB TENTERA DIRAJA BRIG JEN SHAIFUL AZUAR BIN ARIFFIN PAT KAT AMN PJM PPS PPA Msoc Sc (UKM) mpat acsc (Aus-J) Fellow Scholar (NDUM) nrc FWI jt TUDM 6


PENERIMA ANUGERAH MENTERI PERTAHANAN M 437469 PRM MUHAMMAD HAKIMI BIN MUHAMAD HIGARUDDIN Putera yang berasal dari Baling, Kedah ini telah dilahirkan pada 19 Mei 2006. Putera merupakan anak sulung kepada pasangan Encik Mohamad Higaruddin bin Hambali dan Puan Rabitan binti Md Janis. Pada peringkat awal, Putera telah mendapat pendidikan di SK Asam Jawa, Baling, Kedah dan seterusnya Putera telah terpilih ke Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Hulu. Minat yang mendalam terhadap bidang ketenteraan telah mendorong Putera untuk melanjutkan pengajian di Maktab Tentera Diraja (MTD). Sepanjang mengikuti pengajian di MTD, Putera dari Kompeni Hotel ini sangat menyerlah dalam bidang akademik apabila berjaya memperoleh CGPA 3.50 ke atas bagi setiap peperiksaan. Selain itu, Putera juga aktif dalam bidang kokurikulum apabila mewakili MTD dalam Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSSWPKL) dan telah menjadi johan dalam pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna 2023 pada peringkat zon dan negeri. Kemuncak kepada kejayaan Putera adalah apabila Putera berjaya menjadi johan pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna 2023 peringkat kebangsaan yang diadakan di Miri, Sarawak dan menjadi peserta tunggal MTD yang mendapat tempat dalam Pertandingan Sayembara Penulisan Sajak Kemanusiaan peringkat antarabangsa. Dalam bidang ketenteraan pula, Putera turut menyertai pertandingan kawad kaki dan pertandingan jalan laju. Berpegang kepada falsafah hidup “terbanglah setinggi langit, namun ke bumi jua bersujud kepada-Nya kerana rahsia kejayaan adalah hidup tanpa melupakan pencipta-Nya” telah menjadikan Putera seorang yang bersahsiah terpuji, berani dan cekal mencapai matlamat hidup. Putera berhasrat untuk menyambung pengajian sebagai Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) demi merealisasikan impiannya sebagai Panglima Angkatan Tentera suatu hari nanti. 7


PENERIMA ANUGERAH KOMANDAN M 437274 PRK MUHAMMAD HAFIZ IRFAN BIN HADZRI Anak jati Pulau Pinang ini telah dilahirkan pada 21 Oktober 2006. Cahaya mata kepada pasangan Ir. Hadzri bin Abdul Hamid dan Dr. Aznifa Mahyam binti Zaharuddin telah mendapatkan pendidikan awal di SK Sungai Dua dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) sebelum melanjutkan pengajian di Maktab Tentera Diraja (MTD). Putera telah menunjukkan keperibadian yang tegas dan berdisiplin serta cemerlang dalam bidang ketenteraan, akademik dan kokurikulum sekali gus telah melayakkan beliau dilantik sebagai Pegawai Rendah Kanan Kompeni Bravo bagi sesi 2023. Putera telah berjaya memimpin kompeninya untuk merangkul pelbagai kejayaan. Kebolehan Putera dalam bidang ketenteraan terserlah apabila beliau diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Platun semasa menjalani Eksesais Putera Perkasa dan telah berjaya mendapat penilaian cemerlang dalam siri latihan ketenteraan yang dijalankan, sekali gus melayakkan beliau terpilih sebagai Pemenang Anugerah Komandan. Dalam bidang akademik pula, Putera konsisten mencapai CGPA 3.5 ke atas bagi setiap peperiksaan dan Putera telah memperoleh 9A dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023. Putera juga aktif dalam bidang kokurikulum iaitu beliau telah mengetuai pasukan bola sepak MTD dan mencapai banyak kejayaan pada peringkat negeri. Putera turut menyertai Kuiz Kimia Kebangsaan 2023 dan Olympiad Matematik Kebangsaan 2023 serta meraih top-50 dalam Kuiz Matematik Kebangsaan 2022. Putera memegang prinsip bahawa kecemerlangan tidak datang daripada kemampuan mental dan fizikal semata-mata, tetapi datang daripada semangat yang tidak pernah mengalah. Penerima Anugerah Komandan ini bercitacita untuk menjadi seorang Pakar Neurologi. 8


PENERIMA ANUGERAH PENGARAH PENGAJIAN 389419 PK KONG DENG XU Putera merupakan anak sulung kepada pasangan Encik Kong Lian Kok dan Puan Wong Lee Shin. Putera mendapat pendidikan awal di SJKC Min Te dan SMK Methodist ACS di Sitiawan Manjung, Perak sebelum melanjutkan pengajian di Maktab Tentera Diraja (MTD). Sepanjang pengajiannya di MTD, Putera telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan ketenteraan. Oleh itu, beliau telah menerima Anugerah Putera Terbaik Akademik Tingkatan 4 2022 hasil pencapaian cemerlangnya dalam bidang akademik. Lebih membanggakan lagi, apabila Putera telah menduduki tempat pertama selama 5 kali berturut-turut sejak Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 sehingga Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Gred purata Putera sepanjang pengajian kekal di atas 3.70 dengan keputusan 9A. Putera telah mendominasi gelaran Putera Terbaik Mata Pelajaran Matematik Tambahan, Biologi, Kimia, Pendidikan Moral, Matematik dan Sejarah. Dalam bidang kokurikulum pula, Putera telah menyertai Kuiz Matematik Kebangsaan 2022 dan mencapai kedudukan ke-10 terbaik. Selain itu, Putera juga telah mewakili pasukan Catur MTD dalam Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSSWPKL). Pencapaian cemerlang dibuktikan lagi apabila Putera berjaya mendapat Anugerah Kepujian dalam Kuiz Kimia Kebangsaan 2023. Putera juga mewakili MTD dalam Olimpiad Matematik Kebangsaan dua tahun berturut-turut. Penerima Anugerah Pengarah Pengajian ini memegang prinsip bahawa kecemerlangan terletak pada disiplin, kerajinan, keperibadian mulia serta minat yang tinggi selaras dengan cita-cita Putera untuk menjadi seorang Doktor Pakar Onkologi. 9


PENERIMA ANUGERAH LEMBAGA TADBIR 437251 PK ANAS BIN ABD HAMID Putera yang berasal dari Batu Pahat, Johor ini telah dilahirkan pada 31 Januari 2006. Putera merupakan cahaya mata kepada pasangan. Encik Abd Hamid bin Jamah dan Puan Anita binti Alip. Pada peringkat awal, Putera telah mendapat pendidikan di SK Parit Kadir dan Sekolah Menengah Sains Batu Pahat (SEHEBAT). Sepanjang pengajian di MTD, Putera sangat menyerlah dalam sukan ragbi sehingga berjaya mengharumkan nama MTD. Putera juga merupakan kapten pasukan ragbi MTD yang telah berjaya membawa pasukan ragbi maktab menjadi johan dalam Kejohanan Ragbi Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSSWPKL) sekali gus melayakkan Putera dianugerahkan sebagai pemain terbaik dalam kejohanan tersebut. Putera meneruskan kejayaannya dengan mengetuai pasukan ragbi untuk bersaing dalam Kejohanan Super School Rugby peringkat kebangsaan dan telah berjaya mendapat tempat ketiga. Prestasi cemerlang yang dipamerkan dalam kejohanan tersebut telah membolehkan Putera mendapat anugerah Man of The Match sebanyak dua kali, anugerah Best Forward dan anugerah Top Try Scorer. Putera juga telah mewakili Kuala Lumpur sebanyak dua kali dalam Kejohanan Ragbi MSSM pada tahun 2022 dan 2023. Kemuncak kepada kecemerlangan Putera dalam sukan ragbi ialah Putera berjaya menempatkan diri dalam pemilihan pasukan ragbi kebangsaan. Di sebalik kejayaan yang telah dicapai, Putera sebenarnya mendapat sokongan padu daripada ibu bapa, rakan-rakan dan didikan daripada Cikgu Saiful Rizal bin Zainol. Penerima Anugerah Lembaga Tadbir ini mempunyai minat yang tinggi dalam bidang sukan dan Putera bercita-cita untuk menjadi Panglima Tentera Darat. 10


ANUGERAH KOMPENI KOMANDAN KOMPENI ALPHA Anugerah ini diberikan kepada Kompeni yang mengungguli kesemua pertandingan meliputi tiga bidang iaitu bidang akademik, sukan dan ketenteraan. Semangat kompeni yang ditonjolkan oleh Putera Kompeni Alpha dalam ketiga-tiga bidang ini telah dibuktikan melalui kejayaan yang cemerlang sepanjang tahun 2023. Putera Tingkatan 5 Kompeni Alpha telah menunjukkan komitmen dan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik. Hal ini dibuktikan apabila Kompeni Alpha berjaya mendahului kompeni lain dengan memperoleh CGPA 2.79 dalam Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu, Putera Kompeni Alpha turut menyerlah dalam bidang sukan dan kokurikulum khususnya bagi Kejohanan Piala Komandan. Kompeni Alpha telah menjadi Johan dalam Kejohanan Bola Baling, Kejohanan Lower Bracket Bola Sepak, Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris, Pertandingan Project-Based Learning RMC InventoFiesta serta pertandingan sempena Malam Kebudayaan MTD. Kompeni Alpha juga mengungguli aspek ketenteraan apabila muncul sebagai Johan dalam pertandingan menembak. Melalui kecemerlangan yang holistik, maka Kompeni Alpha dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kompeni Komandan dan seterusnya melayakkan Putera Kompeni Alpha memakai lanyard berwarna kuning di bahu sebelah kanan pakaian seragam Putera. 11


ATUR CARA PERBARISAN TAHUNAN PUTERA MASA ATUR CARA 0745 Ketibaan Tetamu Jemputan 0750 Perbarisan Masuk Padang Kawad 0800 Ketibaan YBhg Panglima Tentera Udara 0803 Ketibaan YBhg Panglima Tentera Laut 0806 Ketibaan YBhg Panglima Tentera Darat 0809 Ketibaan YB Ketua Setiausaha 0812 Ketibaan YBhg Panglima Angkatan Tentera 0815 Ketibaan YB Menteri Pertahanan selaku Pegawai Tabik Hormat - Nyanyian Lagu “BERKHIDMAT MEMIMPIN” - Ketua Perbarisan Melapor - Pemeriksaan Barisan (Dengan Menaiki Kenderaan) - Mara Mengadap (Ke Jarak Langkah) - Penyampaian Anugerah - Ucapan YB Menteri Pertahanan - Teriakan “BERKHIDMAT MEMIMPIN” - Bacaan Doa - Ketua Perbarisan Melapor - Putera Tingkatan 5 2023 Keluar Perbarisan 0845 VVIP berehat sebentar di Commandant’s Lounge 0900 Majlis Menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) antara Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Kelab Belimbing 0915 Sesi penyampaian anugerah dan bergambar YB Menteri Pertahanan bersama-sama Penerima Anugerah di Lobi Markas MTD 0930 Sidang Media oleh YB Menteri Pertahanan di Bugler Room 0945 VVIP bergerak untuk jamuan ringan di Galeri Markas MTD 1030 Majlis dijangka selesai 12


ATUR CARA CUACA BURUK (DEWAN TUN TEMPLER 2) MASA ATUR CARA 0815 - Ketibaan YB Menteri Pertahanan - Nyanyian Lagu “BERKHIDMAT MEMIMPIN” - Pegawai Rendah Kanan Melapor - Penyampaian Anugerah - Ucapan YB Menteri Pertahanan - Bacaan Doa - Pegawai Rendah Kanan Melapor - Acara Dijangka Selesai 0845 VVIP berehat sebentar di Commandant’s Lounge 0900 Majlis Menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) antara Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Kelab Belimbing 0915 Sesi penyampaian anugerah dan bergambar YB Menteri Pertahanan bersama-sama Penerima Anugerah di Lobi Markas MTD 0930 Sidang Media oleh YB Menteri Pertahanan di Bugler Room 0945 YB Menteri Pertahanan beredar untuk jamuan ringan di Galeri Markas MTD 1030 Majlis dijangka selesai 13


BERKHIDMAT MEMIMPIN BERKHIDMAT MEMIMPIN COGAN YANG MULIA MAKTAB TENTERA DIRAJA YANG TERNAMA PUTERA-PUTERA SENTIASA BERSAMA MENJUNJUNG HARAPAN NUSA DAN BANGSA MENUNTUT ILMU TEKUN USAHA BERSUKAN UKIR DAYA SEJAHTERA MENUNTUT ILMU TEKUN USAHA BERSUKAN UKIR DAYA SEJAHTERA BERDIKARI AMALAN YANG TERPUJA MEMUPUK SEMANGAT WIRA WAJA ‘SERVE TO LEAD’ 14


CATATAN 15


Click to View FlipBook Version