The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Izmi Idham, 2023-10-20 23:20:55

TOPIK 1 PENGENALAN TASAWUF (6)

TOPIK 1 PENGENALAN TASAWUF (6)

PENGENALAN TASAWUF TOPIK 1 DR. SHARIFAH BASIRAH SYED MUHSIN JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM AKADEMI PENGAJIAN ISLAM


PENGENALAN – Perkataan tasawwuf merupakan satu ilmu yang berasal dari ajaran Islam. – Walaupun secara terminologi tasawwuf tidak disebut dalam al-Quran tetapi dari segi kandungan amalannnya memang wujud dalam al-Quran dan Sunnah. Bahkan perkataan tasawwuf turut digunakan oleh kebanyakkan ulama sebagai satu tradisi ilmu yang sah dari Islamdan dihuraikan dengan pelbagai istilah lain seperti ilm al-haqiqah ,ilm al-suluk, ilm al-qalb ilmu batin, ilm al-dhawq , ilm alladunni, ilm al-kashaf, ilm al-ma’rifat, ilm al-mukashafah, ilm al-asrar, ilm almaknun dan lain-lain lagi.


-Tasawwuf merupakan salah satu istilah dan cabang ilmu yang mengguraikan kandungan shariat Islam dari umum (ijmal) kepada detail (tafsil). Dan mempunyai kaitan dan tujuan sama dengan ilmu tawhid dan feqah. -Sebagai contoh ilmu tawhid juga dikenali degan ilmu ma’rifah iaitu mengenal Allah dengan jalan idrak dalam hati kepada kewujudan Allah Yang Esa dan sentiasa menghadirkan hati ingat kepadaNya. -Manakala ilmu feqah pula ialah mengenai hukum akam dan acara melakasanakan ibadah kepada Allah dengan hati yang selalu hadir kepada KeesaaNya. -Bagitu juga ilmu tasawwuf, satu ilmu membicara cara menyucikan hati dari sifat mazmumah dan menghiasai degan sifat mahmudah dengan sentiasa melazimkan hati mengadap Allah tanpa lalai kepadaNya.


– Secara mudah dirumuskan bahawa ilmu tawhid, ilmu feqh, ilmu tasawwuf dan tariqah sufiyyah dari segi kandungan amalan adalah satu dan merupakan shariat Islam. – Istilah-istilah yang dibina hanya sebagai wasilah untuk menghuraikan intipati ajaranIslam dari umum (ijmal) kepada detail (tafsil) bagi memudah ummat Islam memahminyadengan jalan yang komprehensif. – Kesepaduan ilmu tawhid, feqah, tasawwuf sebagai ilmu dan amal yang bersepadu dan tidak terpisah telah dibuktikan oleh Abu Hamid Muhammad b Muhammad alGhazzali dalam Ihya Ulum al-Din. – Malah ada yang telah menguraikan tawhid dan feqah menurut manhaj tasawwuf seperti Futuhat al-Makiyyah fi ma’rifah al-malikiyyah wa al-Malakiyyah oleh Abu Abd Allah Muhammadʿibn Ali ibn Muhammad ibn Arabī al- atimi al-Ta i (w1240)ʿ ʿ Ḥ ʾ dan Abd al-Wahab al-Sha’rani (w1566) dalam al-Yawaqit wa al-Jawahir fi bayan Aqaid al-Akabir dan al-Mizan al-Kubra.


– Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata kepada anaknya, Abdullah, “ Wahai anakku, wajiblah engkau berpegang kepada Hadith dan jagalah dirimu itu dari bergaul dengan orang-orang yang menamakan diri mereka itu sebagai “sufiyyah” kerana sesungguhnya mungkin jua ada diantara mereka itu jahil mengenai hukum agama”. Setelah Imam Ahmad itu bersahabat dengan Abu Hamzah al-Bagdadi serta mengetahui perkara keadaan ahli-ahli tasawuf itu sebenarnya, maka beliau pun mengucapkan kata-kata yang lain kepada anaknya, “ Wahai anakku, wajiblah engkau bercampur dengan ahli tasawuf itu kerana mereka itu dapat menambah banyaknya ilmu kita, muraqabah, takutkan Allah, bersifat zuhud dan ketinggian himmah kita”


DEFINISI TASAWUF (BAHASA) – Perkataan sufi berasal dari nama seorang lelaku yang dipanggil sufah. Beliau telah menumpukan seluruh kehidupannya hanya untuk beribadah kepada Allah di Masjid al-Haram. Dari perbuatannya itu, nama sufi dinisbahkan kepada Namanya. – Sebahagian ulama’ yang lain pula berpendapat, nama sufi dinisbahkan kepada perkataan suf iaitu pakaian yang dibuat daripada bulu kambing. – Dikatakan juga perkataan sufi ini dinisbahkan kepada Ahlu suffah. Iaitu mereka yang tinggal di anjung Masjid Nabawi di Madinah yang disediakan oleh Rasulullah untuk sahabat baginda. Di antara sahabat baginda yang mulia Abu Hurairah, Abu Zar, Abu Darda’ kerana mereka mempunyai persamaan dengan ahli sufi dari segi hubungan dengan Allah. Mereka telah memutuskan hubungan dengan dunia dan kehidupannya hanya beribadah kepada Allah semata. – Perkataan sufi berasal dari perkataan sofa’ yang bermaksud sufi. Sekalipun terdapat pendapat yang menyangkal dari segi Bahasa. Namun ini adalah pendapat yang sohih dan sipersetujui oleh kebanyakkan ulama’. Mereka dinamakan sufi kerana dinisbahkan kepada perkataan sofa’ disebabkan Ahli sufi memandang kepada batin dan mereka sentiasa berusaha membersihkan dan menyucikan diri mereka daripada kotoran Zahir batin.


ILMU TASAWUF - Tasawuf juga mengandungi elemen: Akhlaq Tazkiyah al-nafs Mujahadah al-nafs


Definisi Tasawuf : Tokoh – Al-Qusyairi: Pembersihan diri secara rohani dan fizikal. Dengan melaksanakan ajaran al-Quran dan Sunnah, berusaha untuk mengawal nafsu yang tidak berlandaskan syariat, menjauhi perbuatan bidaah, mengucapkan kalimah shahadah dan menghindari diri dari mengabaikan beribadah kepada Allah. – Abu Muhammad al-Jariri: Berakhlak dengan segala akhlak mulia dan keluar daripada segala akhlak yang hina. – Imam al-Syazuli: Tasawuf ialah melatih nafsu ke arah pengabdian kepada Allah dan menundukkan nafsu di bawah hukum-hakamNya. – Zakariyyah al-Ansari: Tasawuf mengajar seseorang untuk mensucikan dirinya seperti membaiki akhlak dan membina kehidupan fizikal dan rohani untuk kebahagiaan yang berkekalan. Tujuan penyucian jiwa atau hati adalah untuk meraih kebahagiaan dan keberkatan dunia akhirat. – Kesimpulan: Ilmu Tasawuf lebih menekankan kepada persoalan hati/ jiwa dengan menyucikan hati/jiwa, akhlaq, pemikiran berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah bagi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.


Peringkat tasawuf 1. Mengenal nafsu, rangsangan dan keinginannya. 2. Menyucikan hati dan membersihkan roh daripada sifat-sifat yang kotor dengan bermujahadah. 3. Menghiasi diri dengan sifat yang mulia dan menigkatkan diri dari satu maqam ke maqam yang lain untuk menjadi ahli sufi yang mempunyai hati yang sentiasa sibuk bersama Allah.


Sufi Etimologi – Perkataan sufi / tasawuf tidak ada pada zaman Rasulullah dan al-sahabah. – Al-Quran juga tidak menggunakan terma tasawuf/ sufi dan tidak ada disebut di dalam nya tetapi hanya menyebut konsep yang diamalkan dalam ilmu tasawuf. – Antara konsep tasawuf yang dinyatakan dalam al-Quran: Zuhud: al-Kahf 18: 28 Faqir: al-Baqarah: 268 Tawakkal: Ali Imran: 159 Zikir: Al-Ahzab: 41


Al-Kahfi 18:28 Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.


Al-Baqarah 2: 268 – Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu derma dam sedekah), dan menyuruh melakukan perbuatan keji, sedang Allah menjanjikan kamu dengan keampunan daripadaNya, Ingatlah Allah maha Mengetahui. ُكم ر ُ م ُ ْ َر َويَأ ْ فَق ْ م ال ُكُ د ُ ن يَ ِع ُك َطا ُ د ُ ي يَ ِع ََّّللاُ ل َّشْ ۖ َو ح َشا ِء فَ ْ ْ ً ال َر بِ ة غِف ْ م َّ م م ٌ ع َعِلي ٌ ََّّللاُ َوا ِس َو ًًلۗ َوفَ ْض ُ نه ْ م ِِّ


Matlamat Ilmu Tasawuf – Mengenal Allah dengan cara beribadah kepadaNya dengan cara bersungguh-sungguh dalam beribadah – Menyucikan, membersihkan dan meningkatkan hati/ jiwa sehingga ia layak memperolehi makrifah Ilahi. – Membina masyarakat yang sejahtera dengan asas yang baik, akhlak yang mulia, berpegang dengan peraturan-peraturan agama dan jalan-jalan sufi untuk meningkatkan amalan kepada Allah.


Ciri-ciri Umum Tasawuf – Berdasarkan Ahli Sunnah wal Jama’ah: – Berdiri atas asas akidah ahli al-sunnah wa al-jamaah – Berpegang kepada Syariat Islam. – Ikatan kemas dan jelas dengan ayat al-Qur’an, al-Hadith rasulullah, ucapan sahabat dan tabi’in. – Ketakwaan kepada Allah dalam keadaan tersembunyi dan terang. – Asas pendidikan tazkiyah al-nafs


Ciri-ciri umum Tasawuf – Akhlak amali yang membawa ke tahap kesempurnaan – Terlebih dahulu menghayati syariah sebelum menghayati tariq tasawuf. – Utamakan amalan dan ketaatan kepada Allah daripada membuang masa dengan pendebatan mengenai Persoalan-Persoalan Agama. – Keredhaan terhadap Allah dalam setiap keadaan. – Kembali kepada Allah dalam keadaan senang dan susah.


Persoalan utama dalam tasawuf – PERTAMA Mengenal Allah Mengenal Allah dengan sifat dan namaNya secara ta’alluq (sedar kita makhluq dibawah kekuasaanNya), tahaqquq (menyakini setiap perbuatan Allah) dan takhalluq (bersifat dengan sifat-sifat Allah). Berdasarkan firman Allah: “Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKU” (al-Dzariyat: 6) “Kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya, namun jika kamu tidak dapat melihatNya, Allah tetap akan melihat kamu” (Kitab jami’ al-ulum wa al-hikam)


– KEDUA Pembersihan jiwa damn pemurnian akhlak. Hal ini dapat dilaksanakan dengan bermujahadah melawan nafsu, mengekang daripada kehendak syahwat dan memimpinnya ke arah mengikut jejak Rasulullah saw. Sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah sebanyak-banyaknya dalam waktu susah atau senang”. (Al-Ahzab: 21)


Kelebihan Ilmu Tasawuf – Ilmu tasawuf adalah ilmu agama yang paling mulia kerana ia termasuk dalam tergolong dalam ilmu tauhid, bahkania merupakan intipati tauhid.


Nama-nama lain Ilmu Qalb Ilmu Batin Ilmu Laduni Ilmu Mukasyafah Ilmu Hakikat Ilmu Zauqi


Hukum mempelajari – Fardhu Ain, kerana seseorang itu tidak sunyi daripada keburukan atau penyakit hati kecuali para anbiya’. Terdapat sesetangah ulama’ tasawuf menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mempunyai bahagian dari ilmu ini ditakuti ia akan mati dalam keadaan su’ul khatimah. – Sekurang-kurangnya atau kadar yang paling minimal seseorang itu telah mengambil bahagian ilmu tasawuf ini ialah dengan membenarkan ilmu tersebut dan rela atau redha terhadap orang yang amalkannya.


Gambaran ringkas perkembangan Tasawuf – Abad 1H-2H Pertumbuhan ilmu Tasawuf yang dinamakan peringkat Zuhud. Golongan ini dikenali sebagai ahli zuhud, ahli ibadah dan orang yang sentiasa menangis. Pada abad ini orang Islam yang menumpukan sepenuh masanya untuk beribadah kepada Allah. Mereka menjaga dan zuhud makan mereka, pakaian dan tempat tinggal. Pada hakikatnya, tasawuf dimanipulasikan daripada akhlak dan ikutan terhadap kehidupan Rasulullah saw. Antaranya ialah hasan al-Basri dan Rabia al-Adawiyyah


Gambaran ringkas perkembangan Tasawuf – Abad 3 H, 4 dan 5H Terma Tasawuf dan sufi wujud Ahli Tasawuf menekankan rahsia-rahsia kehalusan hati. Ciri-ciri akhlaq menonjol dalam ilmu dan amalan. Ilmu tasawuf sebagai satu bidang ilmu akhlaq islam. Kajian mereka dalam bidang akhlaq mendorong mereka untuk mengkaji jiwa manusia secara mendalam. Lahirnya kitab Tasawuf Wujud kumpulan-kumpulan daripada beribadah bersendirian kepada berkumpulan. Wujud Tasawuf Falsafi


Gambaran ringkas perkembangan Tasawuf – Abad 6H Tasawuf Sunni lahir dan berkembang (al-Ghazali) Tokoh-tokoh lain juga muncul antaranya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani dan Sheikh al-Rifa’I ( pengaruh dengan tasawuf yang dibawa oleh al-Ghazali). -Abad 7 H Lahir tokoh lain yang membawa pengaruh yang sama seperti Abu al-hasan al-Syazali, Ibn ‘Ataillah alSakandari -Abad 8 H hingga kini Mula menghadapi zaman menurun Tokoh-tokoh hanya mengulas dan ringkasan kitab karya tokoh sebelumnya


Tokoh-tokoh sufi/ tasawuf – Terdapat ramai tokoh sufi yang terkenal sejak abad ke 1 H termasuklah Nabi Muhammad saw dan para sahabatnya, tabi’ dan tabi’in dan seterusnya. – Antara beberapa tokoh sufi ialah: Rabi’ah al-Adawiyah Sheikh Abd Qadie al-Jilani Al-Muhasibi Al-Ghazali Ibn Arabi


Rabi’ah al-Adawiyah – Lahir di Basrah – Kebanyakkan kehidupan awalnya diriwayatkan oleh farid al-Din Attar – Seoarang wali Allah dan penyair – Tidak meninggalkan karya – Terkenal dengan Puisi Sufi – Membawa konsep “Mahabbah ila Allah” – Sentiasa mengabdikan diri kepada Allah.


Al-Muhasibi – Nama: Abu ‘Abd al-Harith al-Muhasibi – Dilahirkan di Basrah – Meninggal di Baghdad – Pengasas kepada Sekolah Falsafah Islam di Baghdad – Guru kepada al-Junaid dan al-Saqati – Juga menguasai ilmu hadis dan fiqh – Kitab beliau juga dirujuk oleh ulama’ selepasnya. – Kitab: al-wasaya, al-ri’ayah li huquq Allah DLL


Al-Ghazali – Nama: Abu Hamid Muhammad al-Tusi al-Ghazali – Lahir tahun 1058 M di Tus – Meninggal di Khurasan pada 1111M. – Tokoh sufi yang sangat menonjol dan terkenal – Menguasai banyak bidang seperti, fiqah, perundangan, falsafah teologi dan tasawuf – Karya terkenal dalam tasawuf: Ihya ulum al-Din,Mizan al-’Amal, Bidayah alHidayah DLL


Ibn Arabi – Nama: Abu ‘Abdillah Muhammad ibn Ali ibn Muhammad ibn Arabi – Lahir di Sepanyol pada 1165 M – Meninggal di Damsyik 1240M – Seorang sufi dan tokoh falsafah – Mempunyai 800 karya, hanya 100 yang selamat – Antaranya Fusus al-Hikam, Futuhat Makiyyah, Ruh al-Quds DLL


Tokoh Sufiyyah di Nusantara 1.Syaikh Abu al-Mahasin Muhammad Yusuf Taj al-Khalwati. -Merupakan mursyid Tariqah al-Khalwatiyyah. - Selepas menimba pelbagai ilmu agama, beliau kembali ke tanah air di Makassar. - Keadaan Makassar Ketika itu menyebabkan beliau tidak bertahan lama kerana Sultan Hassanudin yang memerintah Ketika itu telah menandatangani persefahaman dengan Belanda yang mana pergerakan dakwah Islam terbatas apatah lagi untuk memperjuangkan konsep jihad menentang penjajah menjadi isu sensitive. - Akhirnya beliau menetap di Banten, Jawa Barat. Semasa di jawa barat beliau Berjaya membentuk masyarakat Islam dengan kefahaman dan amalan Islam serta mendapat sokongan kuat dari Sultan Abdul Fattah yang kemudiannya terlibat secara langsung dalam jihad menentang penjajah. Akhirnya Sultan Abdul Fattah ditangkap. Kemudian Sheikh Yusuf mengambil alih teraju mujahidin dan istihar jihad fisabillillah dan perang di jawa barat menentang penjajah. Namun, akhirnya beliau tewas dan dibuang ke Ceylon. - Di Ceylon beliau kembangkan dakwahnya. Kesan pemikiran yang ahti penjajah samapai kepada masyarakat Islam nusantara melalui Jemaah haji yang transit di Ceylon. Apabila diketahui Belanda, beliau dibuang ke Cape Town. Kemudian beliau meninggal dunia setelah 5 tahun berdakwah dan kembangkan Islam melalui jalan tasauf dan tariqah.


2.Syeilk Abdul Samad al-Palembani – Seorang sufi dan pejuang anti penjajah. – Mengarang kitab Nasihatul Muslim wa Tazkiratul Mu’min Fi Fadailul Jihadi – Tahun 1224H terlibat dalam peperangan menentang tentera siam sehingga ke Hatyai, Senggora dan Lingor. – Disinilah dikatakan tentera Kedah umat Islam terkpung dan ramai terkorban. – Dikatakan beliau juga terkorban dan Tarikh kematian beliau tidak dapat dipastikan oleh sejarahwan.


3. Syeikh Daud Abdullah al-Fatani. 4. Syaikh Abdul Wahab Rokan 5. Tok Ku Paloh 6. Tuan Guru Haji Rahman Limbong 7. Tuan Guru Syaikh Hj Muhammad Said Jamaluddin al-Linggi


– Tamat


Click to View FlipBook Version