Broadleaf Palm Lily
PINANG KUNING
PINANG KUNING
• FAKTA NAMA : Pokok Pinang Kuning (golden cane palm)
• NAMA SAINTIFIK : Chyrysalidocarpus lutescens
• KELUARGA : ARACACEAE
• JENIS : Pokok Palma Kuning , Palma Merah ,Pokok Palma Raja , Palma Botol dan Pinang ( serta Enau atau Aren (Arenga
pinata).
• HURAIAN :
• Pinang Kuning atau Palam kuning atau Yellow palm merupakan salah satu jenis tanaman hias yang bersifat kosmopolitan. Di alam bebas, tanaman ini
boleh ditemui di daerah tropikal atau subtropikal, di dataran rendah (termasuk pantai) atau dataran tinggi (pergunungan). Ia juga boleh hidup di tanah
subur dan gersang.
• Daunnya majemuk dan menyirip, mengindahkan suasana di taman, perkarangan rumah dan di tepi jalan.
• Palam kuning (Chrysalidocarpus lutescens / Dypsis lutescens) merupakan salah satu jenis palam yang paling banyak dipelihara masyarakat kita.
Selain ditanam di halaman rumah, taman, atau tepi jalan, banyak yang menanamnya di dalam pasu.
• Tanaman ini berasal dari Madagaskar, namun di tempat asalnya kini terancam. Palam kuning dapat hidup setinggi 1 – 6 meter, dengan jumlah batang
1 – 5, atau bahkan lebih.
• Seperti jenis palam lainnya, daunnya tersusun majemuk dan menyirip. Warna helai daunnya hijau terang kekuningan, oleh itu tanaman ini disebut
sebagai palam kuning. Daun ini memiliki pelepah cukup panjang dan menutupi batang yang beruas-ruas. Jumlah anak daun sekitar 80 – 100 lembar.
• Mayangnya dapat mencapai 1 meter, dengan bunga berwarna kuning. Bunganya akan menjadi buah sebesar biji melinjo dan berwarna merah.
• Dengan pelbagai keunggulannya, tanaman palam kuning bisa dijadikan elemen penting dalam taman di dalam atau luar bangunan.
PINANG KUNING
TIP PENANAMAN
• Pinang kuning ini sesuai ditanam di kawasan rekreasi dengan penjagaan daun berterusan. Pelepah
kering perlu dicantas dan pokok ini memerlukan pembajaan yang betul menggunakan sebatian
kompleks 12:12:17:2 + TE bagi pokok muda dan 15:15:15 sebaik saja mengeluarkan buah empat
kali setahun.