Broadleaf Palm Lily
POKOK
GETAH HIASAN
GETAH HIASAN
• FAKTA NAMA : Ficus
• NAMA SAINTIFIK : Ficus Elastica
• KELUARGA : Moraceae
• JENIS: Ficus, Foliis Aureo-marginata, Variegata dll
• HURAIAN
• Pokok getah – atau umumnya dan secara saintifik dikenali sebagai Ficus Elastica – merupakan tanaman hiasan dalam
rumah yang popular, terutamanya bagi kategori pokok-pokok. Dengan dedaunnya yang besar dan berwarna hijau tua,
permukaannya yang berlilin serta penampilan yang mempesonakan, pokok getah boleh ditanam di dalam rumah
sebagai pokok bersaiz sederhana atau menjadi pokok hiasan dalaman yang indah. Bayangkan pokok-pokok miniatur
tersergam indah!
• Tumbuhan-tumbuhan dalam rumah yang tahan lasak ini boleh tumbuh sangat tinggi terutamanya jika anda letak
pokok-pokok ini di luar semasa cuaca panas. Pokok getah ini boleh membesar sehingga 50 kaki (15 meter). Walau
bagaimanapun, jika anda ingin mengekalkan saiz pokok yang lebih kecil dan menjimatkan ruang, anda boleh tanam
pokok ini di dalam pasu kecil supaya pertumbuhannya terhad. Pilihan di tangan anda, ikut cita rasa sendiri.
• Tidak kira apa saiznya sekalipun, tanaman getah dikenali sebagai tanaman daripada spesis Ficus Trifecta yang
mudah dijaga – ini termasuk spesis Fiddleaf Fig dan Ficus Benjamina. Dalam erti kata lain, pokok getah jenis ini
mudah dijaga dan mudah hidup.
GETAH HIASAN
• TIP PENANAMAN
• Terdapat beberapa kaedah yang berbeza untuk membiakkan dan menanam pokok getah baharu.
• Kaedah yang paling mudah adalah dengan menggunakan ranting kecil atau daun daripada pokok yang sihat dan tanamkan di
dalam tanah pot atau air yang berkualiti, dan kemudian biarkan akarnya tumbuh.
• Terdapat juga kaedah air layering, di mana anda membuat potongan pada ranting pokok getah yang sihat, letak pencungkil
gigi di dalam pada lubang yang telah dibuat, dan kemudian letakkan lumut lembap di sekeliling potongan pokok itu. Selepas
itu, bungkus dengan plastik. Ini membantu mengekalkan tahap kelembapan yang lebih tinggi. Sebaik sahaja akar mula
tumbuh, potong ranting, dan tanam semula. Ini adalah cara penanaman pokok getah yang berhasil.
• Anda juga boleh biakkan pokok getah di dalam air, walaupun cara ini tidak begitu berkesan. Jika menggunakan kaedah ini,
anda perlu buat potongan – pastikan anda buang semua daun bagi membolehkan batang pokok berada di dalam bekas kaca
yang mengandungi air. Letakkan potongan tangkai dalam bekas kaca dan tunggu ia tumbuh. Proses ini mungkin mengambil
masa beberapa bulan sebelum anda melihat sebarang pertumbuhan akar. Sebaik sahaja akar mula muncul, pindahkan pokok
ke dalam pasu kecil.
• Bagi mereka yang ingin menggalakkan pertumbuhan daun baharu pada pokok getah hiasan anda, anda boleh potong di
pangkal daun. Ini akan membolehkan daun pokok getah baharu tumbuh dengan lebih cepat.