The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-98128724, 2022-08-22 00:27:37

pandan

pandan

Broadleaf Palm Lily

POKOK PANDAN

PANDAN

• FAKTA NAMA : Pandan
• NAMA SAINTIFIK :Pandanus amaryllifolius
• KELUARGA : Pandanaceae
• HURAIAN
• Spesies ini jenis renek hijau menegak berketinggian 1-1.6 m dengan daun panjang halus seperti bilah membentuk jambak. Batangnya

tegak, berkebolehan memunculkan dahan dan mempunyai akar udara berkayu. Dedaun jenis pandan ini menonjol dan boleh dikenalpasti
dari jenis pandan lain semacam rasau-rasaudan pandan hutan. dari ukuran yang relatif kecil. Ia juga mengeluarkan berbau lebih wangi
memberi nama kepada jenis pandan ini.[2]
• Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, melainkan hanya jambak bunga jantan dapat ditemui berbentuk duri
dengan seludang berwarna putih. Pokok pandan wangi tidak dapat menghasilkan buah lantaran ketiadaan bunga betina. Pokok ini sangat
mudah untuk hidup dan membiak melalui keratan
• Daunnya digunakan segar (terutamanya dalam bentuk diikat), beku atau dikeringkan sebagai bahan penambah perisa dalam masakan
di Nusantara dan Filipina, terutama hidangan nasi dan kuih. Ayam pandan, atau gai hor bai toey (ไก่หอ่ ใบเตย), ialah
masakan Thailand dengan ayam dibalut dengan daun pandan dan digoreng. Nasi lemak juga menggunakan daun pandan untuk
menaikkan rasa santan yang dimasak.
• Daun ini turut digunakan sebagai perasa bagi pencuci mulut seperti kek, kuih seperti kuih ketayap dan onde-onde malahan juga air sirap
• Daun pandan memiliki ciri-ciri penyingkir lipas.[3][4] Ciri-ciri bau pandan dihasilkan oleh sebatian bau 2-asetil-1-pirolina yang turut
memberi bau roti putih, beras jasmin dan beras basmati, dan bunga kerak nasi

PANDAN

TIP PENANAMAN

• 1. Ambil pasu pandan dan buang anak-anak yang tumbuh di sekelilinya. Tinggalkan hanya 1-2
pokok sahaja di dalam pasu pada satu-satu masa. Jangan lebih.

• 2. Anak pokok yang diasingkan tadi boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air. Ia akan hidup
kerana pokok pandan yang direndam air akan mengeluarkan akar.

• 3. Jika tidak mahu tanam kembali di dalam pasu, anak pokok pandan boleh dibiarkan di dalam
bekas berisi air. Namun airnya perlu ditukar dengan kerap bagi mengelakkan jentik-jentik.


Click to View FlipBook Version