The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-98128724, 2021-11-28 15:20:54

keladi bunting

keladi bunting

KELADI BUNTING

KELADI BUNTING

• FAKTA NAMA : Keladi Bunting

• NAMA SAINTIFIK : Eichhornia crassipes
• KELUARGA : Pontederiacea

• JENIS :
• HURAIAN
• Mempunyai batang yang tak nyata, tangkai daun yang bergabus dan boleh membesar untuk

menyimpan air. Daunnya berbentuk C dan mempunyai lapisan permukaan daun seperti lilin. Ia
membiak secara vegetatif dan anak pokok akan tersebar apabila terpisah dari pokok induk.
• Di setengah tempat tanpa haiwan kawalan biologi, pokok keladi bunting ini boleh menjadi
tumbuhan spesies ceroboh. Di kawasan ekosistem air tenang, bunga ini boleh menutupi permukaan air
dan mengganggu ekosistem tersebut. Di kawasan pengairan pula, bunga ini boleh menjadi rumpai
penakluk kerana sukar untuk dihapuskan.[2] Penggunaan mesin mekanikal memakan kos yang tinggi,
manakala penggunaan racun akan merosakkan ekosistem kerana ia tumbuhan akuatik. Kegagalan
menangani pokok ini pula akan mendatangkan bencana seperti banjir apabila ia menutup aliran air
keluar dari sistem pengairan. Dengan tambahan hujan yang lebat banjir boleh berlaku.[3]
• Di sesetengah tempat ia digunakan sebagai makanan ternakan dan merawat logam berat dalam sistem
akuatik[1] dan bahan buangan seramik[4] serta sebagai bahan bakar.[3

KELADI BUNTING

TIP PENANAMAN

• Tanaman keladi bunting sebagai bunga keladi hiasan air adalah merupakan satu
idea yang baik kerana keladi bunting mempunyai bunga cantik dan besar jika
dibandingkan dengan saiz pokoknya. KeIadi bunting biasanya hidup dikawasan
yang mempunyai air yang tenang seperti di tasik, kolam dan paya.

• Sesetengah tempat, keladi ini juga boleh hidup di kawasan yang berarus perlahan
seperti di dalam tali air ataupun alur kecil. Jika hidup di kawasan yang berarus
perlahan, akar keladi biasanya mengcengkam pada permukaan tanah dan
menjadikannya stabil untuk terus membiak.

• Tumbuhan keIadi bunting merupakan spesis yang terapung. Jika arus air laju,
ianya akan hanyut dibawa arus.

• Ia akan membiak dengan cepat dan memenuhi kolam atau di mana ia diletak.


Click to View FlipBook Version