an 1 sehingga Soalan 6)
Ujian Pos
Murid D Murid A Murid B Murid C Murid D
awapan Jawapan Jawapan Jawapan Jawapan
TIDAK YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK
/ / / /
/ // / /
31
berkaitan jenis
dadah Kanabis.
3. Saya ///
mempunyai
pengetahuan
maklumat
berkaitan jenis
dadah Heroin.
4. Saya ///
mempunyai
pengetahuan
maklumat
berkaitan jenis
dadah Pil
Ecstacy
5. Saya ///
mempunyai
pengetahuan
maklumat
berkaitan jenis
dadah Syabu.
// ///
/ // //
/ // / /
32
6. Saya dapat / / /
0 (Rendah) 1 (Rendah) 1 (Rendah)
menyatakan
nama-nama
panggilan bagi
setiap jenis
dadah
Jumlah Skor 1(
“YA” (Tahap
Pengetahuan):
// ///
(Rendah) 3 6 (Tinggi) 5 (Tinggi) 6 (Tinggi)
(Sederhana)
33
Skala Skor Ujian Pra (Soalan 1-6)
6
5
4
3
2
1 11 1
D
0 BC
0 Murid
A
Rajah 6. Skala skor Ujian Pra (Soalan 1-6)
Jadual 15 menunjukkan hasil analisis jawapan yang ditanda oleh murid-murid
bagi Ujian Pra dan Ujian Pos. Bagi Ujian Pra yang telah dilaksanakan kepada
keempat-empat murid sebelum pelaksanaan Kit-DBB menunjukkan A
mendapat skor 0, manakala Murid B, Murid C, dan Murid B masing-masing
mendapat skor 1 (Rajah 6). Hal ini bermaksud, murid-murid ini telah menanda
pada pilihan jawapan “TIDAK” lebih banyak berbanding pilihan jawapan “YA”
terhadap soalan yang diberi. Daripada skor jawapan yang diberikan oleh
murid, jelas menunjukkan keempat-empat murid ini mempunyai tahap
pengetahuan maklumat dadah yang rendah berdasarkan skala skor
permarkahan yang telah ditetapkan pengkaji merujuk pada Jadual 10.
Skala Skor Ujian Pos
(Item 1-6)
6 6 6
5 5 D
4
3 BC
2 Murid
3
1
0
A
Rajah 7. Skala skor Ujian Pos (Soalan 1-6)
34
Selepas pelaksanaan intervensi Kit-DBD, hasil analis skala skor Ujian Pos
yang dilihat pada Rajah 7 menunjukkan bahawa Murid A telah mendapat skor
3, Murid B dan Murid D mendapat skor 6 dan manakala Murid C mendapat
skor 5. Hal ini bermaksud bahawa tahap pengetahuan murid A berkaitan
dadah berada pada kategori tahap sederhana, manakala Murid B, Murid C dan
Murid D berada pada tahap pengetahuan yang tinggi.
Hasil Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos
(Item 1-6)
6
5
4
3 6 6 Ujian Pra
5 Ujian Pos
2 1
3 1 1 D
B
1 C
0
0
A
Murid
Rajah 8. Hasil analisis keseluruhan Skala skor Ujian Pra dan Ujian Pos
Berpandukan Rajah 8, pengkaji telah membuat banding beza skala skor Ujian
Pra dan Ujian Pos keempat-empat murid tersebut. Dapatan data keseluruhan
mendapati tahap pengetahuan murid-murid berkaitan maklumat dadah telah
meningkat (Ujian Pos) berbanding data sebelum (Ujian Pra). Skala skor ujian
Murid A telah meningkat daripada skor 0 kepada skor 3, menunjukkan bahawa
tahap pengetahuan awal Murid A adalah rendah telah berubah kepada tahap
sederhana. Manakala bagi Murid B, Murid C dan Murid D dimana skor awal
murid tersebut adalah 1 (tahap pengetahuan rendah) menunjukkan
peningkatan mendadak dimana masing-masing ini mendapat skor 6, skor 5
dan juga skor 6 (tahap pengetahuan tinggi). Tuntasnya, kaedah ujian penilaian
pengesanan ini meruapakan salah satu instrumen yang berkesan dalam
mengukur keberkesanan Kit-DBD bagi pengumpulan dan analisis data
sebelum dan juga data selepas.
35
6.1.3 Pemerhatian
Jadual 16
Hasil Analisis Senarai Semak Kriteria Sebelum Dan Selepas Intervensi
PETUNJUK:
➢ Kriteria 1 (K1) = Menjelaskan maksud dadah.
➢ Kriteria 2 (K2) = Menjelaskan sekurang-kurangnya 3 jenis-jenis
dadah
➢ Kriteria 3 (K3) = Menyatakan nama panggilan bagi setiap jenis
dadah.
Sebelum Intervensi Selepas Intervensi
NO. MURID K1 K2 K3 Jumlah K1 K2 K3 Jumlah
Kriteria kriteria
Dipenuhi Dipenuhi
(Pencapaian): (Pencapaian):
1. Murid A X X X 0 (Sangat / /X 2 (Baik)
Lemah) ///
/// 3 (Sangat
2. Murid B X X X 0 (Sangat /X/ Baik)
Lemah)
3 (Sangat
3. Murid C X X / 1 (Lemah) Baik)
4. Murid D / X X 1 (Lemah) 2 (Baik)
36
Jumlah Kriteria yang Dipenuhi Skor Kriteria Pemerhatian Sebelum Intervensi
(Item Kriteria 1-3)
3
2 1 1
D
1 0
BC
0
0 Murid
A
Rajah 9. Skor kriteria sebelum intervensi
Hasil analisis senarai semak kriteria sebelum dan selepas intervensi
ditunjukkan pada Jadual 16. Kemudian, dapatan data diukur berdasarkan skor
kriteria yang diperolehi dan kemudian meneliti pencapaian murid kepada
kategori sangat lemah, lemah, baik dan sangat baik. Oleh demikian, skor
kriteria pemerhatian sebelum intervesi Kit-DBD dapat dilihat pada Rajah 9.
Berdasarkan skor ini, Murid A dan Murid B mendapat skor 0, dimana kedua-
dua ini tidak dapat memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dan berada pada
kategori pencapaian yang sangat lemah. Manakala Murid B dan Murid C pula
berada pada kategori pencapaian yang lemah kerana masing-masing
mendapat skor kriteria 1 sahaja.
Skor Kriteria Pemerhatian Selepas Intervensi
(Item Kriteria 1-3)
4
Jumlah Kriteria yang Dipenuhi 33
3
2 2
2
1
0 BC D
A Murid
Rajah 10. Skor kriteria pemerhatian selepas intervensi
37
Seterusnya, peningkatan pencapaian bagi keempat-empat murid ini dapat
dilihat setelah intervensi dilaksanakan (Rajah 10). Berdasarkan dapatan data
item kriteria yang dipenuhi selepas pelaksanaan Kit-DBD (Jadual 16), skor
Murid A dan Murid D ialah 2, bermakna pencapaian bagi kedua-dua murid ini
adalah baik. Disamping itu, Murid C dan Murid D memenuhi kesemua skor
item kriteria 1 sehingga 3 kerana mendapat skor tertinggi iatu 3. Hal ini
menunjukkan bahawa murid ini berada pada pencapaian yang sangat baik
berkaitan pengetahuan dan pemahaman berkaitan maklumat dadah yang
ditunjukkan dalam tugasan video.
Jumlah Kriteria yang Dipenuhi Hasil Analisis Skor Kriteria Sebelum dan
Selepas Intervensi
33
3
2 2
2
11
1
0 0 D
0
BC
A Murid
Sebelum Intervensi Selepas Intervensi
Rajah 11. Hasil analisis skor kriteria sebelum dan selepas intervensi (Item
Kriteria 1-3)
Berpandukan dapatan analisis skor kriteria sebelum dan selepas intervensi
pada Rajah 11, pengkaji telah mendapati bahawa skor dan pencapaian
keempat-empat murid ini menunjukkan banding beza yang ketara diantara
sebelum dan selepas Kit-DBD dijalankan. Sebagai contoh, Murid A pada
sebelum intervensi tidak dapat memenuhi kriteria (skor 0) namun telah
meningkat dengan dapat memenuhi 2 skor kriteria (skor 2), membuktikkan
pencapaian juga turut berubah daripada sangat lemah kepada pencapaian
baik. Sama juga seperti Murid B, beliau mendapat skor 0 iatu pencapaian
rendah turut meningkat kepada pencapaian yang sangat baik kerana
memproleh skor 3. Seterusnya, Murid C yang mendapat skor 1 (pencapaian
38
lemah) juga meningkat kepada skor 3 (pencapaian sangat baik) dan bagi
Murid D yang mendapat skor 1 (pencapaian lemah) sebelum intervensi, telah
meningkat kepada skor 2 (baik). Meskipun peningkatan Murid D tidak terlalu
tinggi, keberhasilan Kit-DBD ini masih menepati serta menjawab persoalan
dan objektif kajian iatu dapat meningkatkan tahap pengetahuan murid
berkaitan maklumat dadah.
6.2 Persoalan Kajian 2
Adakah Kit Digital Bahaya Dadah (Kit-BDB) dapat meningkatkan pengetahuan
kesedaran murid mengenai bahaya penyalahgunaan dadah?
6.2.1 Temu bual
Jadual 17
Hasil Analisis Temu bual Pertama Guru PPDa Berkaitan Tahap Pengetahuan
Kesedaran Murid
BIL. SOALAN JAWAPAN (GURU)
(PENGKAJI)
1. Jelaskan Tahap pengetahuan murid-murid ini berkaitan
bagaimana tahap kesedaran berkaitan penyalahgunaan dadah
pengetahuan kurang memuaskan. Hal ini kerana dapat
murid-murid ini diliihat. Mereka juga seringkali tidak mengikuti
mengenai perkongsian dan program berkaitan dadah
kesedaran yang dianjurkan di sekolah. Maka, perkara ini
penyalahgunaan tidak mustahil bagi murid untuk terpengaruh
dadah ini? dengan gejala negatif ini sebab mereka
mengambil dadah ini buat diam dah berahsia
disamping murid juga boleh terpengaruh oleh
keluarga itu sendiri yang terjebak dengan
gejalan penyalahgunaan dadah. Disamping
pengaruh rakan sebaya yang rapat boleh
menyebabkan murid-murid boleh terpengaruh
39
dengan gejala ini. Maka, perkara ini perlu
dibantu dan dicegah dari awal agar tidak murid
ini terjebak dengan lebih teruk akan
penyalahgunaan dadah ini.
Berdasarkan hasil temu bual pertama (sebelum intervensi) yang dilakukan
pengkaji bersama guru PPDa ini, pengkaji mendapati tahap pengetahuan
murid-murid berkaitan kesedaran penyalahgunaan dadah ini kurang
memuaskan. Hal ini kerena mereka sering kali mengelakkan diri dari
menghadiri aktiviti atau program berkaitan dadah di sekolah. Maka perkara ini
amat membimbangkan pengkaji serta Guru PPDa kerana risau bahawa murid-
murid ini boleh terpengaruh dengan mudah akan gejala penyalahgunaan
dadah akibat kurang pengetahuan dalam kesedaran penyalahgunaan dadah
tersebut. Disamping itu, pengkaji juga mendapati pengaruh rakan sebaya dan
juga faktor persekitaran masyarakat juga boleh menjadi salah satu punca
murid-murid ini terjebak dengan gejala ini. Maka, isu ini perlu dicegah awal
dengan pendekatan atau langkah sewajarnya dalam memberi input
pengetahuan kesedaran kepada murid-murid tersebut.
Jadual 18
Hasil Analisis Temu bual Kedua Guru PPDa Berkaitan Tahap Pengetahuan
Kesedaran Murid
BIL. SOALAN (PENGKAJI) JAWAPAN (GURU)
1. Jelaskan bagaimana Tahap kesedaran mereka juga turut
tahap kesedaran murid meningkat setelah melaksanakan Kit-
mengenai bahaya DBD ini. Hal ini dapat dilihat berdasarkan
penyalahgunaan dadah maklum balas oleh murid-murid tersebut
ini setelah setelah beberapa hari bimbingan kelompok
melaksanakan Kit ini dilaksanakan, mereka menyatakan
Digital Bahaya Dadah bahawa mereka semakin risau dan takut
(Kit-DBD) ini? apabila membaca isu isu terkini berkaitan
penyalahgunaan dadah yang boleh
40
membahayakan diri dan juga orang
sekeliling
Selanjutnya, temu bual kedua dilaksanakan dan dianalisis berdasarkan Jadual
18 selepas pelaksanaan Kit-DBD dilaksanakan. Hasil analisis temu bual ini
mendapati bahawa tahap pengetahuan murid-murid mengenai kesedaran
penyalahgunaan dadah telah meningkat berdasarkan maklum balas oleh
murid-murid tersebut di dalam kelas, dimana mereka menunjukkan kerisauan
berkaitan isu-isu penyalahgunaan dadah yang terjadi di negara Malaysia kini.
Oleh itu, melalui perbandingan Jadual 17 dan Jadual 18 menunjukkan
perbezaan bagi sebelum dan selepas pelaksanaan Kit-DBD yang dibuat
kepada murid-murid. Tahap pengetahuan murid berkaitan kesedaran
penyalahgunaan yang sebelum ini amat sedikit, kini telah meningkat.
Perasaan takut dan risau yang diberi oleh guru PPDa ketika maklum balas
yang dinyatakan oleh murid-murid kepada guru tersebut membuktikkan
bahawa mereka ini mempunyai kesedaran yang baik dari sebelumnya.
Hasilnya, pelaksanaan Kit-DBD ini amat memberi impak yang baik kepada
murid-murid dalam pengetahuan kesedaran penyalahgunaan dadah ini.
41
6.2.2 Ujian Penilaian Pengesanan
Jadual 19
Hasil Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos Berkaitan Tahap Pengetahu
Ujian Pra
Murid A Murid B Murid C M
Soalan Jawapan Jawapan Jawapan J
Y TIDA Y TIDA Y TIDA Y
7. Saya sedar AK AK AK A
akan keburukan / /
penyalahgunaa / /
n dadah. /
/ /
8. Saya mampu
untuk katakan
“tidak” ketika
kawan saya
mengajak untuk
uan Kesedaran Penyalahgunaan Dadah (Soalan 7-12).
Ujian Pos
Murid D Murid A Murid B Murid C Murid D
Jawapan Jawapan Jawapan Jawapan Jawapan
Y TIDA YA TIDAK Y TIDA Y TIDA Y TIDA
AK AK AK AK
/ / / /
// ///
42
melakukan
perbuatan
menghisap
dadah.
9. Saya dapat / / //
mengetahui
kesan buruk
penyalahgunaa
n dadah.
10. Saya mampu / / /
melindungi diri
dari ancaman
dadah
11. Sekiranya adik / / /
beradik saya
terlibat dengan
gejala
penyalahgunaa
n dadah, saya
/ ///
/ // //
/ / // /
43
akan
melaporkan
kepada ibu
bapa.
12. Saya tidak ada / / /
perasaan ingin 0 0 1
(Rendah) (Rendah) (Rendah)
mencuba
bagaimana rasa
dadah tersebut.
Jumlah Skor (R
“YA” (Tahap
Pengetahuan
Kesedaran
Penyalahgunaa
n Dadah):
// ///
2 4 5 (Tinggi) 5 (Tinggi) 6 (Tinggi)
Rendah) (Sederhana
)
44
SKALA SKOR UJIAN PRA (SOALAN 7-12)
6 01 2
D
5 BC
MURID
4
3
2
10
0
A
Rajah 12. Skala skor Ujian Pra (Soalan 7-12)
Rajah 12 menunjukkan skala skor ujian Pra bagi item soalan 7 sehingga 12
yang telah dijawab oleh keempat-empat murid ini sebelum pelaksanaan Kit-
DBD. Hasilnya, Murid A dan Murid B mendapat skor 0 bagi Ujian Pra bagi item
tersebut. Manakala Murid C dan Murid D memperoleh skor 1 dan skor 2.
Berdasarkan penilaian tahap pengetahuan kesedaran penyalahgunaan yang
telah ditetapkan pengkaji ini, analisis skor bagi murid-murid ini berada pada
tahap yang rendah (Jadual 19). Maka, langkah intervensi perlu dilakukan
dalam memupuk tahap kesedaran murid murid ini agar tidak mudah
terpengaruh dengan gejala penyalahgunaan dadah ini.
SKALA SKOR UJIAN POS
(SOALAN 7-12)
6 55 6
5 D
4 BC
3 MURID
24
1
0
A
Rajah 13. Skala skor Ujian Pos (Soalan 7-12)
Selanjutnya, skala skor selepas pelaksanaan Kit-DBD ditunjukkan pada Rajah
13. Skor mendapati bahawa keempat-empat murid ini telah berubah dimana
Murid A mendapat skor 4, Murid B dan Murid C mendapat skor 5, manakala
45
Murid D mendapat skor yang tertinggi iatu 6. Dapatan data selepas ini juga
dapat dianalisis dengan berkesan dimana tahap pengetahuan mengenai
kesedaran penyalahgunaan Murid A berada pada tahap sederhana, manakala
Murid B, Murid C, dan Murid D mendapat tahap pengetahuan yang tinggi
(Jadual 19). Secara ringkasnya, data keempat-empat murid tersebut telah
meningkat daripada sebelumnya.
HASIL ANALISIS UJIAN PRA DAN UJIAN POS
(SOALAN 7-12)
6 55 6
2
5 01
BC D
4 MURID
3
24
1
0
0
A
Ujian Pra Ujian Pos
Rajah 14. Hasil analisis Ujian Pra dan Ujian Pos (Soalan 7-12)
Banding beza data sebelum selepas dapat dianalisis dengan jelas
berpandukan Rajah 14 dimana tahap pengetahuan mengenai kesedaran
penyalahgunaan dadah murid telah menunjukkan peningkatan yang
memberasangkan. Hal ini dapat dilihat berdasarkan skor Murid A telah
meningkat daripada 0 kepada 4, iatu daripada tahap pengetahuan rendah
kepada sederhana. Manakala bagi Murid B turut menunjukkan peningkatan
yang sangat baik dimana skor awal murid ini adalah 0 (tahap rendah), namun
selepas intervensi dilaksanakan tahap Murid B ini meningkat kepada skor 5
(tahap pengetahuan tinggi). Peningkatan yang sama juga dapat dilihat oleh
Murid C dan Murid D dimana pada Ujian Pra mendapat skor 1 dan skor 2
(tahap pengetahuan rendah), tetapi pada data Ujian Pos masing-masing
merekodkan skor 5 dan skor 6 yang bermaksud tahap pengetahuan mereka
adalah tinggi. Oleh begitu, kaedah ujian penilaian pengesanan yang
mengunakan pengukuran Ujian Pra dan Ujian Pos ini dapat dijelaskan dengan
46
baik oleh pengkaji dalam mengukur keberhasilan kit-DBD disamping
menjawab persoalan kajian yang ditetapkan.
6.2.3 Pemerhatian
Jadual 20
Hasil Analisis Senarai Semak Sebelum dan Selepas Intervensi
PETUNJUK:
➢ Kriteria 4 (K4) = Menyatakan sekurang-kurangnya 2 keburukan
bagi setiap jenis dadah
➢ Kriteria 5 (K5) = Memberikan sekurang-kurangnya 2 contoh
dialog menolak ajakan daripada rakan atau ahli keluarga untuk
mengambil dadah
➢ Kriteria 6 (K6) = Mengepresikan perlakuan dan perasaan yang
baik akan kesedaran keburukan penyalahgunaan dadah
Sebelum Intervensi Selepas Intervensi
NO. MURID K4 K4 K6 Jumlah K4 K4 K6 Jumlah
Kriteria kriteria
Dipenuhi Dipenuhi
(Pencapaian): (Pencapaian):
1. Murid A X X X 0 (Sangat / /X 2 (Baik)
Lemah) ///
/// 2 (Baik)
2. Murid B X X X 0 (Sangat /X/
Lemah) 3 (Sangat
Baik)
3. Murid C X X X 0 (Sangat
Lemah) 3 (Sangat
Baik)
4. Murid D / X X 1 (Lemah)
47
Jumlah Kriteria yang Dipenuhi SKOR KRITERIA PEMERHATIAN SEBELUM
INTERVENSI (ITEM 4-6)
3
2 00 1
D
1 BC
Murid
0
0
A
Rajah 15. Skor kriteria pemerhatian sebelum intervensi (Item 4-6)
Item kriteria 4 sehinngga kriteria 6 dianalisis pada Jadual 20 bagi
mendapatkan data sebelum untuk mengukur pengetahuan murid berkaitan
kesedaran penyalahgunaan dadah. Oleh demikian, hasil skor kriteria
pemerhatian sebelum intervensi dapat dilihat pada Rajah 15. Berdasarkan
item kriteria yang dinilai, mendapati bahawa tiga orang murid iatu Murid A,
Murid B dan Murid C ini tidak dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan iatu
mendapat skor 0. Hal ini bermakna pencapaian murid ini berada pada kategori
sangat lemah. Manakala Murid A juga tidak kurangnya kerana hanya
mendapat skor 1, iatu pencapaian pada kategori lemah. Namun, masalah
murid yang kurang pengetahuan kesedaran penyalahgunaan dadah boleh
dibantu melalui pelaksanaan Kit-DBD.
Jumlah Kriteria yang Dipenuhi SKOR KRITERIA PEMERHATIAN SELEPAS
INTERVENSI
(ITEM 4-6)
33
3
2 2
2
1
0 BC D
A Murid
Rajah 16. Skor kriteria pemerhatian selepas intervensi (Item 4-6)
12
Jadual 20 juga menunjukkan hasil analisis senarai semak kriteria selepas
intervensi Kit-DBD dilaksanakan. Kemudian, dapatan data skor kriteria ini
dibentuk dalam bentuk graf yang ditunjukkan pada Rajah 16. Analisis data
selepas intervensi menunjukkan keempat-empat murid ini telah mempunyai
peningkatan bagi item-item kriteria. Murid A dan Murid B masing-masing
mendapat skor 2, bermakna mereka dapat memenuhi dua daripada tiga
kriteria ditetapkan dan berada pada pencapaian yang baik. Manakala Murid C
dan Murid D, kedua-dua murid ini mendapat skor tertinggi dan memenuhi
kesemua item kriteria iatu 3 (skor 3). Hal ini menunjukkan Murid C dan Murid
di berada pada kategori pencapaian yang sangat baik.
Jumlah Kriteria yang Dipenuhi HASIL ANALISIS SKOR KRITERIA SEBELUM DAN
SELEPAS INTERVENSI (ITEM 4-6)
Sebelum Intervensi Selepas Intervensi
33
3
2 2
2
1
1
0 00 D
0
BC
A Murid
Rajah 17. Hasil analisis skor kriteria sebelum dan selepas intervensi (Item 4-
6)
Perbandingan dapatan data skor kriteria bagi item 4 sehingga 6 dalam senarai
semak pada Jadual 20 ditunjukkan pada Rajah 17. Pengkaji mendapati
bahawa perbezaan data sebelum dan selepas bagi keempat murid ini amat
ketara. Hal ini dibuktikkan melalui skor kriteria seperti Murid A dan Murid B
telah meningkat daripada skor 0 kepada skor 2, maka pencapaian mereka
turut berubah daripada kategori pencapaian sangat lemah kepada pencapaian
baik. Tambahan pula, Murid C dan Murid B juga mengalami perubahan data
sebelum dan selepas intervensi Kit-DBD dilaksanakan dimana kedua-dua
murid ini dapat memenuhi semua kriteria item yang ditetapkan pengkaji iatu
13
skor 3 dan berada pada kategori pencapaian yang sangat baik. Menurut Chow
dan Jaizah Mahamud, 2011), dapatan data daripada proses pemerhatian
boleh membantu guru dan murid membuat reflkesi terhadap prestasi masing
masing. Maka, penilaian kaedah pemerhatian yang dilaksanakan pengkaji
berdasarkan senarai semak skor kriteria jelas sekali membantu pengkaji
mendapatkan maklum balas tentang keberkasan penggunaan aktiviti Kit-DBD.
Hasilnya, pemerhatian yang dibuat kepada keempat-empat murid ini
menjawab persoalan kajian kedua iatu mengukur pengetahuan kesedaran
murid berkaitan penyalahgunaan dadah.
7.0 REFLEKSI
Penggunaan Kit Digital Bahaya (Kit-DBD) telah dilaksanakan kepada empat
murid di sebuah sekolah di Kedah melalui bimbingan kelompok yang bertujuan
membantu meningkatkan pengetahuan maklumat dadah dan pengetahuan
kesedaran penyalahgunaan dadah. Secara keseluruhannya, intervensi Kit-
DBD ini telah memberi impak yang positif dari segi peningkatan pengetahuan
kepada murid-murid ini berkaitan penyalahgunaan dadah berdasarkan
dapatan dan analisis data yang dilaksana oleh pengkaji sepanjang
penyelidikan tindakan ini. Pelaksaan Kit-DBD ini dilihat berkesan kepada
peningkatan pengetahuan murid kerana dalam kit digital ini, pengkaji telah
menyenaraikan dan menjelaskan maksud dadah, jenis-jenis dadah yang
terbahagi kepada kanabis, heroin, pil ecstacy dan juga syabu. Dalam pada itu,
input seperti nama-nama panggilan bagi jenis dadah tersebut dan keburukan
penyalahgunaannya yang terdapat pada Kit-DBD jelas memberi kesan yang
besar kepada pendedahan penyalahgunaan dadah bagi murid-murid tersebut.
Meskipun pengkaji menghadapi beberapa cabaran dan ujian dalam
menyiapkan kajian tindakan ini, namun dengan sokongan daripada penyelia,
rakan rakan serta ahli keluarga, amat membantu pengkaji semangat untuk
meneruskan tajuk penyelidikan ini. Antara halangan yang dihadapi pengkaji
sepanjang penyelidikan ini ialah dari segi pembinaan inovasi kit digital dadah
ini. Pada awalnya, kit ini telah berjaya dihasilkan dalam bentuk konkrit dan
maujud (nyata) untuk dilaksanakan di sekolah bersama murid-murid, namun
begitu ekoran situasi pandemik virus COVID-19 yang melanda seluruh negara,
14
kesemua sektor telah ditutup termasuk sektor pendidikan. Oleh itu, KPM telah
menggubal sistem Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) segala kaedah PdP perlu dibuat secara atas
talian atau dipanggil PdPR. Impaknya, isu ini telah menjadi cabaran utama
kepada pengkaji untuk meneruskan kajian ini kerana tidak dapat dilaksanakan
secara langsung dan bersemuka dengan murid-murid. Zawiah Bahrom (2020)
turut menjelaskan bahawa cabaran pembelajaran pada situasi masa kini
menyukarkan pembelajaran secara bersemuka dan perlu disesuaikan dengan
pembelajaran maya atau secara atas talian. Oleh demikian, pengkaji telah
mengambil inisiatif untuk mengubah dan menambahbaik kit secara digital. Hal
ini secara tidak langsung memberi input tambahan yang baru kepada pengkaji
dalam pengubahsuaian kit dimana pengkaji memproleh pengalaman
penggunaan teknologi-teknologi atau medium yang sesuai dalam pendidikan
masa kini. Perkara ini amat selaras dengan matlamat pendidikan negara yang
ditetapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iatu dalam
melahirkan guru yang berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif ( (Aqilah
Amran, Majid Roslaini, & Maninah Mohd Ali, 2019).
Selain itu, pengkaji turut membuat refleksi berdasarkan tiga kaedah
pengumpulan dan analisis data yang dilaksana iatu temu bual, ujian penilaian
pengesanan dan juga pemerhatian. Melalui keseluruhan kedua-dua temu bual
yang dilaksanakan terhadap Guru PPDa, pengkaji merumuskan bahawa
pendedahan maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah ini amat penting bagi
setiap murid di sekolah. Hal ini kerana, menurut kajian yang dijalankan oleh
Siti Norashida Rashid, Norshahira Osman, dan Lukman Mohamad (2021)
menyatakan golongan murid sekolah rendah yang terdiri daripada kanak-
kanak kini menunjukkan peningkatan yang tinggi untuk murid mudah terjebak
dengan penyalahgunaan dadah. Oleh itu, pelaksaan Kit-DBD yang
dilaksanakan pengkaji dalam penyelidikan ini telah menjadi satu produk atau
intervensi yang amat baik dalam memberi pendedahan umum berkaitan dadah
dan seterusnya mampu meningkatkan kesedaran murid-murid sekolah.
Selanjutnya, reflkesi yang dapat dilihat semasa pengkaji membuat analisis
data bagi ujian penilaian pengesanan, pengkaji mendapati bahawa item
15
soalan yang dibina dalam Ujian Pra dan Ujian Pos dapat mengukur dengan
jelas dari segi tahap pengetahuan murid-murid ini berdasarkan skala skor
yang dibina. Bahagian soalan yang mempunyai dua bentuk pengetahuan iatu
pengetahuan maklumat dadah (soalan 1 sehingga 6) dan juga pengetahuan
berkaitan kesedaran penyalahgunaan dadah (soalan 7 sehingga soalan 12)
memudahkan pengkaji membuat refklesi dan banding beza bagi menilai
keberhasilan kit dalam mencapai persoalan kajian yang ditetapkan. Perkara
ini selaras dengan pernyataan yang diberikan oleh Rosinah Edinin (2011),
Ujian Pra dan Ujian Pos ini merupakan salah satu kaedah utama yang sesuai
dalam mengukur data pemboleh ubah sebelum dan selepas pelaksanaan
sesuatu penyelidikan. Maka, pelaksanaan ujian penilaian pengesanan dalam
penyelidikan membuktikkan bahawa skor yang diperoleh berdasrkan murid-
murid ini dapat diinterpretasi dengan mudah dan jelas oleh pengkaji.
Disamping itu, kaedah pemerhatian yang dibuat kepada murid-murid
berdasarkan senarai semak ini juga membantu pengkaji dapat melihat dengan
jelas perubahan kefahaman murid berkaitan dadah, dimana murid-murid ini
menunjukkan peningkatan kefahaman yang sangat baik disamping pengkaji
turut dapat menilai penambahbaikan yang boleh dilaksanakan berdasarkan
respon dan maklum balas yang ditunjukkan oleh murid-murid tersebut.
Kaedah pemerhatian diubahsuai dimana pada data pemerhatian sebelum,
pengkaji menjalankan pemerhatian secara bersemuka di sekolah murid
tersebut, namun pengkaji mengubah kaedah tersebut kepada tugasan video
dalam membuat pemerhatian selepas intervensi. Ironinya, perkara ini turut
menyumbang pengalaman baru kepada murid dan juga pengkaji kerana
menurut Norzalina, Sukor Beram, dan Dahlia Janan (2021), tugasan
berbentuk video membolehkan pelajar melatih diri dalam kemahiran sosial
untuk berkomunikasi disamping meningkatkan kemahiran penggunaan
teknologi. Penyataan ini amat selaras berdasarkan tugasan video yang
dihantar keempat-empat murid ini dimana video-video yang diterima pengkaji
adalah dalam pelbagai bentuk persembahan seperti bercerita, pembentangan
dan juga nyanyian. Tambahan lagi, gaya dan ekspresi perasaan yang juga
menjadi salah satu kriteria dalam senarai semak ini amat membantu pengkaji
menilai kefahaman pelajar ini dengan lebih baik.
16
Tuntasnya, pengetahuan berkaitan maklumat dadah dan kesedaran
penyalahgunaan dadah ini amat perlu kepada setiap murid-murid di sekolah.
Oleh demikian, pelaksanaan Kit Digital Bahaya Dadah (Kit-DBD) yang
dilaksanakan kepada keempat murid ini telah menunjukkan peningkatan
pengetahuan yang sangat baik dan mencapai kedua-dua objektif dan
persoalan kajian yang ditetapkan oleh pengkaji. Kesannya, pengkaji telah
dapat menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sangat banyak
berkaitan bidang penyalahgunaan dadah dan terutama sekali dalam bidang
penyelidikan tindakan. Hal ini kerana kajian tindakan ini merupakan
penyelidikan yang pertama yang dilaksanakan pengkaji dan perkara ini amat
memberi input yang bermakna. Maka, hasil pengalaman dan pengetahuan ini
akan menjadi panduan kepada pengkaji untuk membuat refleksi dan
penambahbaikan bagi penyelidikan yang selanjutnya apabila pengkaji
menjadi guru di sekolah kelak.
8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Kajian ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan berjaya mencapai objektif
yang telah disasarkan. Walau bagaimanapun, kajian ini masih mempunyai
beberapa aspek yang boleh ditambahbaik agar proses pelaksanaan
intervensi dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan berkesan. Antara
tindakan susulan yang boleh dilaksanakan bagi penyelidikan akan datang
adalah dari segi penambahbaikan pada intervensi Kit-DBD. Penghasilan kit ini
yang mengandungi input pengetahuan berkaitan maklumat dadah dan jenis
dadah, serta keburukan penyalahgunaannya ini lebih sesuai dengan aras
kefahaman murid Tahun 6. Maka, penggunaan kit ini amat terbatas kepada
murid-murid tahun lain terutamanya murid tahap 1 yang kurang pandai
membaca. Maka tindakan yang lanjut yang boleh dilaksanakan adalah dengan
menambahbaik Kit-DBD ini mengikut kesesuaian dan aras yang sesuai bagi
semua murid agar mereka ini turut memproleh input berkaitan dadah yang
maksimum melalui penggunaan kit tersebut.
Selanjutnya, penambahbaikan yang boleh dilakukan pada kit-DBD ialah
dengan pengubahsuaian kit berkonsepkan permainan (gamification). Hal ini
kerana kit digital yang dihasilkan ini lebih kepada memberi pengetahuan
17
maklumat dadah dan keburukan penyalahgunaan dadah tersebut sahaja dan
tidak mempunyai sebarang aktiviti permainan yang menarik. Kit pembelajaran
berkonsepkan permainan ini telah banyak dibuat oleh guru-guru ini
menunjukkan kesan yang positif dalam pembelajaran tersebut dimana murid
menjadi semakin seronok dan tidak mudah bosan. Oleh demikian,
penambahbaikan susulan Kit-DBD yang berkonsepkan permainan ini boleh
dilakukan bagi penyelidikan yang akan datang supaya intervensi ini dapat
menarik minat murid untuk mengetahui maklumat dan keburukan
penyalahgunaan dadah.
Akhir sekali, cadangan tindakan susulan yang boleh dibuat pengkaji pada
masa akan datang adalah dengan meluaskan skop sasaran murid bagi
pelaksanaan intervensi Kit-DBD. Dalam penyelidikan tindakan ini, pengkaji
telah menjalankan intervensi kit melalui bimbingan kelompok yang terdiri
daripada empat orang murid sahaja. Maka, tindakan ini boleh dilakukan pada
penyelidikan akan datang adalah dengan meluaskan skop dariparan
bimbingan kelompok kepada bimbingan kelas supaya lebih ramai murid
mendapat input pengetahuan maklumat dadah dan kesedaran
penyalahgunaan dalam satu masa. Walaupun begitu, tumpuan dan bimbingan
yang diberi oleh pengkaji kepada setiap peserta akan menjadi kurang jika
intervensi ini dijalankan kepada banyak peserta. Kesannya, perkembangan
pengetahuan murid akan menjadi lemah dan sangat lambat jika isu ini
dibiarkan sahaja tanpa bimbingan guru yang mahir. Oleh itu, hal ini dapat
diatasi dengan cara pengkaji tersebut perlu lebih peka dan mempunyai
kemahiran serta kefahaman yang tinggi bagi melaksanakan intervensi Kit-
DBD ini supaya peningkatan tahap pengetahuan murid dapat dilakukan
dengan lebih cepat dan berkesan.
18
RUJUKAN
Agensi Antidadah Kebangsaan. (2021). Statistik dan laporan penyalahguna
dan penagih dadah serta bahan tahun 2020. Retrieved from
https://www.adk.gov.my/orang-awam/statistik-dadah/
Akhiar Pardi, & Shamsina. (2011). Pengantar penyelidikan tindakan dalam
penyelidikan tindakan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Aqilah Amran, Majid Roslaini, & Maninah Mohd Ali. (2019). Cabaran guru
pendidikan khas pada Abad Ke-21. . International Journal of Education,
Psychology and Counseling, 4(26), 113-122.
Chan, Y.F., Gurnam Kaur, Nazeera Ahmad, Ahmad Bazeri, & Rozila Aziz.
(2009). Tahap pengetahuan murid tentang bahaya dadah. Jurnal Antidadah
Malaysia.
Chow, F. M. & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian tindakan: Konsep & amalan
dalam pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Farihan Ainol. (2010). Ketahanan diri dan tahap pengetahuan tentang bahaya
dadah dalam kalangan remaja sekolah. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Kamarul Azmi. (2012). Metodologi pengumpulan data dalam penyelidikan
kualitatitif. . Jurnal Penyelidikan Kualitatif Siri 1, 28-29.
Kamus dewan edisi keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kartini Abdul Mutalib, Shabudin Yahya, Rosli Sahat, & Badrul Hisham. (2012).
Menguasai penyelidikan tindakan: Untuk PISMP dan DPLI. Perak:
Percentakan Lee Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Panduan pelaksanaan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah dan menengah.
Putrajaya: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Lewin, K. (1946). Action Research and minority problems. Journal of
socialissues, 34-46.
Lim C.H. . (2007). Penyelidikan pendidikan: Pendekatan kuantitatif dan
kualitatif. . Kuala Lumpur:: McGraw Hills.
Mahmood Nazar. (2006). Mencegah, merawat & memulihkan penagihan
dadah: Beberapa pendekatan dan amalan di Malaysia. Utusan
Publications.
Malek Said. (2007). Mengurus khidmat bimbingan dan kaunseling sekolah.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publisihing Sdn. Bhd.
19
Manual Kajian Tindakan edisi ketiga. (2008). Putrajaya: Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasa Pendidikan Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Mat Som, & Syed Ali. (2011). Komitmen guru dalam pelaksanaan kurikulum
dan inovasi berkesan: Masalah pendidikan. 99-119.
Norzalina, Sukor Beram, & Dahlia Janan. (2021). Penerokaan & pengesahan
instrumen penerimaan aplikasi flipgrid berdasarkan modifikasi Model Tam
dalam pembentangan video pelajar: analisis faktor penerokaan (EFA). .
JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1-11.
Othman Lebar. (2011). Kajian tindakan dalam pendidikan, teori dan amalan. .
Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia. . (2018).
Panduan penyelidikan tindakan. . Cyberjaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Rosinah Edinin . (2011). Penyelidikan tindakan: Kaedah dan penulisan. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons.
Siti Norashida Rashid, Norshahira Osman, & Lukman Mohamad. . (2021).
Penilaian tahap kepulihan penagihan dadah dalam kalangan penagih lelaki
yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 15-2.
Wahyuni Ismail, Mostafa Kamal, Nasrudi, & Fauziah Ibrahim. (2012).
Descriptive analyisis the profile of drug abuse among adolescents. Journal
of PPI-UKM, 77-85.
Za'im Zainuddin, & Badaruddin. (2018). Drug addiction treatment in Malaysia:
A comparison. Al-Qanatir: Internation Journal of Islamic Studies, 27-34.
Zawiah Bahrom. (2020). Pedagogi norma baharu: Cabaran dan hikmah. Jurnal
Refleksi Kepimpinan.
20
LAMPIRAN
LAMPIRAN A: SURAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA RUJ. KP.
KP(BS)8548/23/C/(5): PELAKSANAAN PROGRAM CUMA LIMA MINIT ANTI
DADAH DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
BAHAGIAN SEKOLAH, Tel : 03-2586900
JABATAN SEKOLAH, Fax: 03-256389
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 5, BLOK J (SELATAN),
PUSAT BANDAR DAMANSARA,
50604 KUALA LUMPUR.
KP(BS)8548/23/C/(5)
27 April 1995
Semua Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri.
Y.Bhg. Datuk/Tuan,
PELAKSANAAN PROGRAM CUMA LIMA MINIT
ANTI DADAH DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk. Surat Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia KP(BS)8786/51/Jld.1/(2) bertarikh 23 Mac 1991 adalah berkaitan.
2. Sehubungan dengan itu sukacita sekiranya Y. Bhg. Datuk/Tuan dapat
mengarahkan semua sekolah rendah dan menengah melaksanakan program ini
sebanyak dua kali setahun sempena dengan Hari anti dadah Kebangsaan iaitu pada
19 Februari dan Hari Anti Dadah Antarabangsa iaitu pada 26 Jun tiap-tiap tahun.
Melalui program ini diharap mesej Anti dadah dapat disampaikan kepada semua
pelajar khasnya dan guru-guru amnya dengan cepat dan secara menyeluruh.
3. Dengan ini matlamat Pendidikan Pencegahan ddah iaitu Sekolah Bebas
Dadah dari dadah berteraskan konsep Modus Operandi Pelaksanaan Program Cuma
Lima Minit Anti Dadah tersebut.
4. Kerjasama dan budi bicara amat dihargai dan disanjung tinggi.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
tt
(ABDUL RAHIM BIN BUSU MAT NOR)
Timbalan Pengarah I
Bahagian Sekolah
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
21
LAMPIRAN B: SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN MURIDAN
MALAYSIA NO.7/1975: SALAH GUNA DADAH – GARIS PANDUAN UNTUK GURU
PANDUAN DAN GURU BESAR
KP.8548/8/(67)
Kementerian Pelajaran
Malaysia,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.
19hb. Ogos 1975
Pengarah Pelajaran Negeri,
Semua Negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah/Sarawak.
Pengarah Latihan Guru.
Pengarah Pelajaran Teknik dan Vokasional.
Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas
No.7/1975 Ruj.KP.8548/8/(67) bertarikh 19 Ogos 1975.
Salah Guna Dadah – Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar
Seperti yang telah diketahui, telah ada murid-murid sekolah yang dengan sengaja
atau tidak telah terlibat dalam eksperimen atau salah guna dadah. Pada umunnya
polisi Kementerian Pelajaran ialah untuk menolong murid-murid berkenaan mendapat
pertolongan sewajarnya (melalui rujukan, perawatan dan pemulihan) dan
mensepadukan mereka semula dengan sekolah serta melindungi murid-murid itu
supaya mereka tidak menderita dari publisiti yang tidak diingini. Tindakan disiplin
hanya akan diambil sebagai langkah yang akhir sekali apabila segala percubaan
untuk memberi pertolongan setelah gagal dan juga hanya selepas berunding dengan
Pengarah Pelajaran Negeri.
2. Tindakan-tindakan Yang Harus Diambil
Adalah ditegaskan bahawa semua guru yang terlibat dalam sebarang
tindakan yang disenaraikan di bawah ini hendaklah menganggap perkara ini sebagai
perkara yang paling sulit dan oleh demikian hendaklah mengamalkan dan
menggunakan kebijaksanaan mereka pada setiap masa. Garis panduan yang
dinyatakan di bawah ini adalah peraturan yang harus diambil apabila seseorang
murid telah dikenali sama ada sebagai penyalah guna dadah yang disyaki atau
pengguna dadah tetap.
2.1. Rujukan Sendiri (Self-referral)
2.1.1 Kes ini dengan seorang murid dengan kemahuan sendiri berjumpa
Guru Panduan atau mana-mana guru di sekolah. Pada mulanya
menerangkan bahawa ia ada masalah persendirian (Personal).
Kemudian itu ia didapati telah mencuba dadah atau telah menjadi
penagih dadah (experimented with drug/dependent on drugs).
22
Lazimnya dalam kes seperti ini, murid-murid meminta perkara ini
dirahsiakan dan menyatakan keinginan atau kemahuannya untuk
mendapatkan pertolongan jika maklumat itu tidak dihebahkan kepada
ibu bapa/penjaga, guru besar dan lain-lain orang yang berkenaan.
Seseorang murid harus meminta perkara ini dirahsiakan sepenuh-
penuhnya sebagai syarat sebelum ia menyatakan masalahnya.
Selepas itu ia mungkin mengaku yang ia telah mencuba dadah atau
menyalahgunakan dadah. Dalam kes-kes yang telah dirujuk kepada
Guru Panduan. Guru Panduan hendaklah bersedia berjanji untuk
menjaga rahsia ini dan selepas itu bolehlah merujukkannya pada
badan-badan rujukan lain dengan persetujuan murid berkenaan.
Sekiranya murid itu telah memberitahu secara sulit kepada seseorang
guru lain, maka langkah yang patut diikuti ialah seperti perenggan 2.2
di bawah.
2.1.2 Kes ini mengenai seorang murid yang mungkin menyatakan
masalahnya berhubung dengan percubaan penyalahgunaan dadah
tanpa berkehendakkan perkara ini dirahsiakan. Dalam kes seperti ini,
Guru Panduan mestilah mengadakan hubungan dengan murid itu dan
membina kepercayaan murid itu tentang peranan dan pertolongan
Guru Panduan sebelum mencuba menerangkan betapa mustahaknya
rujukan atau melibatkan pertolongan ibu bapa/penjaga, Guru Besar,
pegawai masyarakat dan lain-lain. Murid itu hendaklah diberi jaminan
bahawa rujukan dan penglibatan orang-orang lain dibuat dengan
tujuan dan matlamat tertentu iaitu menolong murid tersebut dan etika
ikhtisas(profesional ethics) dan keyakinan/kepercayaan yang
sepenuhnya (utmost good faith) akan dijaga dan dihormati. Guru
Panduan mestilah membantu murid untuk bersetujutentang tindakan
yang akan diambil. Jika murid itu tidak dapat dipujuk, adalah menjadi
tugas Guru Panduan menerangkan kepadanya tentang:-
a) Peraturan sekolah.
b) Kuasa ibu bapa/penjaga.
c) Perbekalan undang-undang (akta Dadah Berbahaya
(pindaan 1975) dalam mana murid itu boleh dipaksa atau
dikehendaki untuk rujukan kepada agensi-agensi yang
wajar untuk rawatan/pemulihan).
2.2. Rujukan oleh Guru-Guru/Murid
Seorang Guru sekolah boleh menyatakan pada Guru Pandu8an bahawa ia mempunyai sebab yang nyata
mengesyakii seseorang murid tertentu telah dan sedang mencuba dadah. Atau seseorang murid lain mungkin dengan
sukarela memberi keterangan ini mengenai murid lain apabila temuramah perundingan dijalankan.
2.2.1 Dalam kes-kes seumpama itu, (setelah diadakan hubungan baik
dengan murid yang disyaki itu) Guru Panduan hendaklah
memanggilnya untuk ditemuramah. Dalam temuramah itu maka
ketentuan akan didapati sama ada murid itu mengalami masalah yang
berhubung dengan kerja sekolah, sifat sendiri dan lain-lain. Guru
Panduan harus menggalakkan murid-murid menerangkan tentang
keadaan dirinya dan berasaskan penerangan yang diterima itu setelah
ditapis dapatlah menentukan sama ada murid yang disyaki itu
sebenarnya betul atau tidak menyalahgunakan dadah. Jika Guru
Panduan menetapkan bahawa pengesyakan itu sah, dia haruslah
menjelaskan kepada murid itu bahawa rujukan dan penglibatan orang-
23
orang lain akan dibuat dengan tujuan tertenu iaitu untuk menolong
murid itu dan etika ikhtisas dan niat yang baik akan dipelihara dan
dihormati.
2.3. Rujukan Dibuat Atas Keputusan Tindakan Disiplin
Dalam sesebuah sekolah mungkin ada tindakan disiplin diambil misalnya
hukuman rotan, penggantungan terhadap seseorang murid kerana
kesalahan, kelakuan tidak senonoh misainya mencuri, ponteng sekolah, tidak
hadir kelas dan lain-lain selepas tindakan disiplin diambil, murid itu bolehlah
dirujuk kepada Guru Panduan.
2.3.1 Dalam kes seperti ini, guru panduan haruslah menemuramah dan
berbaik-baik dengan murid tersebut dan galakkan ia untuk
menerangkan tentang diri sendiri dan masalah yang sedang dialami
yang menyebabkan ia menjadi nakal atau jahat berkelakuan tidak
senonoh. Guru Panduan haruslah menerangkan pada mulanya yang
ia bertujuan untuk menolong murid itu dan pertolongan yang akan
diberikannya adalah termasuk dalam peraturan sekolah dan mungkin
merepotkan balik kepada Guru Besar mengenai masalah murid itu.
Selanjutnya jika dalam proses perundingan itu Guru Panduan
mendapati masalah murid itu termasuk juga salah gunaan dadah,
maka Guru Panduan haruslah memujuk murid tersebut untuk
bersetuju :-
i) Mustahaknya meluaskan hubungan tentang masalah ini
kepada Guru Besar dan ibu bapa/penjaga.
ii) Mustahaknya merujukkan murid ini kepada agensi-agensi yang
wajar untuk rawatan dan pemulihan.
Guru Panduan hendaklah menegaskan kepada murid tersebut prospek atau
kemungkinan untuk pulih semula bergantung kepada kemahuan dan azam murid
itu sendiri untuk bebas daripada bahaya itu.
3. “Checklist” Tindakan yang Harus Diambil oleh Guru Panduan
Pelajaran dan Kerjaya/Guru Besar.
a) Menerima laporan atau rujukan murid sendiri mengenai masalah dadah.
b) Merujukkan kes itu kepada Guru Panduan.
c) Guru Panduan tetapkan jadual masa temuramah
perundingan/temuramah-temuramah.
d) Mengesahkan syak itu secara mengaku sendiri bukti-bukti lain.
e) Guru Besar diberitahu hal ini dan ia hendaklah dengan segera
memberitahu Pengarah Pelajaran Negeri tanpa memberi nama murid
yang terlibat.
f) Menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat yang berkenaan.
g) Berhubung dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk merujukkan
murid itu kepada doktor.
h) Pengesahan/penyangkalan oleh doktor sama ada murid itu
menyalahgunakan dadah.
i) Ibu bapa/penjaga diberitahu oleh Guru Besar /Guru Panduan/ Pegawai
Kebajukan Masyarakat.
j) Rawatan oleh doktor sebagai pesakit luar atau pesakit dalam.
k) Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat.
24
l) Persepaduan dan tindakan ekoran oleh sekolah.
4. Dadah-dadah yang Disalahgunakan Pada Masa Sekarang.
a) Ganja (Marijuana)
b) Heroin (Heroin)
c) Morfin (Morphine)
d) Pil M dan Pil MX (M Pill. MX Pill)
e) Tranquilisers
f) Hallucinogen (Hallucinogens)
5. Bersama-sama ini dikembarkan petikan dari Akta Dadah Berbahaya
(Pindaan) 1975 sebagai panduan lanjut untuk Guru Panduan dan Kerjaya dan Guru
Besar.
6. Sukacita kiranya surat pekeliling ini disebarkan kepada semua sekolah
menengah di bawah sampul SULIT.
Saya yang menurut perintah,
tt
(KUM BOH)
Bahagian Sekolah-sekolah.
b.p Ketua Setiausaha.
Kementerian Pelajaran
Malaysia
s.k.
Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran
Setiausaha Sulit kepada Y.B Timbalan Menteri.
25
LAMPIRAN C: UJIAN PRA DAN UJIAN POS
1. Saya mempunyai pengetahuan maklumat YA TIDAK
berkaitan maksud dadah. YA TIDAK
YA TIDAK
2 Saya mempunyai pengetahuan maklumat YA TIDAK
berkaitan jenis dadah Kanabis. YA TIDAK
YA TIDAK
3 Saya mempunyai pengetahuan maklumat YA TIDAK
berkaitan jenis dadah Heroin. YA TIDAK
4. Saya mempunyai pengetahuan maklumat YA TIDAK
berkaitan jenis dadah Pil Ecstacy YA TIDAK
YA TIDAK
5. Saya mempunyai pengetahuan maklumat
berkaitan jenis dadah Syabu. YA TIDAK
6. Saya dapat menyatakan nama-nama panggilan
bagi setiap jenis dadah
7. Saya sedar akan keburukan penyalahgunaan
dadah.
8. Saya mampu untuk katakan “tidak” ketika kawan
saya mengajak untuk melakukan perbuatan
menghisap dadah.
9. Saya dapat mengetahui kesan buruk
penyalahgunaan dadah.
10. Saya mampu melindungi diri dari ancaman
dadah
11. Sekiranya adik beradik saya terlibat dengan
gejala penyalahgunaan dadah, saya akan
melaporkan kepada ibu bapa
12 Saya tidak ada perasaan ingin mencuba
bagaimana rasa dadah tersebut.
26
LAMPIRAN D: KOD ZAPPAR JENIS DADAH
HEROIN KANABIS GANJA
PIL ECSTACY SYABU
27
LAMPIRAN E: SOALAN TUGASAN VIDEO
TUGASAN VIDEO: ANDA DIKEHENDAKI
MEMBUAT SATU RAKAMAN VIDEO
BERKAITAN DADAH YANG DINYATAKAN
DALAM BENTUK LAKONAN, NYANYIAN,
PANTUN, SAJAK ATAU BERCERITA.
RAKAMAN VIDEO YANG BAIK HARUSLAH
MENGANDUGI KRITERIA:
• Menjelaskan maksud dadah.
• Menjelaskan sekurang-kurangnya 3
jenis-jenis dadah.
• Menyatakan nama panggilan bagi
setiap jenis dadah.
• Menjelaskan sekurang-kurangnya 2
keburukan bagi setiap jenis dadah.
• Menyatakan sekurang-kurangnya 2
contoh dialog menolak ajakan daripada
rakan atau ahli keluarga untuk
mengambil dadah
• Mengepresikan perlakuan dan perasaan
yang baik akan kesedaran keburukan
penyalahgunaan dadah.
28
HARI: LAMPIRAN F: SENARAI SEMAK TUGASAN VIDEO
TARIKH:
TUGASAN VIDEO: ANDA DIKEHENDAKI MEMBUAT SATU RAKAMAN VIDEO
BERKAITAN DADAH YANG DINYATAKAN DALAM BENTUK LAKONAN,
NYANYIAN, PANTUN, SAJAK ATAU BERCERITA.
RAKAMAN VIDEO YANG BAIK HARUSLAH MENGANDUGI KRITERIA:
• Menjelaskan maksud dadah.
• Menjelaskan sekurang-kurangnya 3 jenis dadah
• Menyatakan nama panggilan bagi setiap jenis dadah.
• Menyatakan sekurang-kurangnya 2 keburukan bagi setiap jenis dadah.
• Memberikan sekurang-kurangnya 2 contoh dialog menolak ajakan daripada
rakan atau ahli keluarga untuk mengambil dadah.
• Mengepresikan perlakuan dan perasaan yang baik akan kesedaran
keburukan penyalahgunaan dadah.
PETUNJUK:
➢ K1 = Menjelaskan maksud dadah.
➢ K2 = Menjelaskan sekurang-kurangnya 3 jenis-jenis dadah
➢ K3 = Menyatakan nama panggilan bagi setiap jenis dadah.
➢ K4 = Menyatakan sekurang-kurangnya 2 keburukan bagi setiap jenis
dadah
➢ K5 = Memberikan sekurang-kurangnya 2 contoh dialog menolak ajakan
daripada rakan atau ahli keluarga untuk mengambil dadah
➢ K6 = Mengepresikan perlakuan dan perasaan yang baik akan kesedaran
keburukan penyalahgunaan dadah
NO. NAMA MURID K1 K2 K3 K4 K5 K6 JUMLAH
KRITERIA:
29