Mesyuarat Online Panitia Bidang Teknik Dan Vokasional 2020 Kali Ke 3
Tarikh: 2 JANUARI 2020
Tempat: BILIK PENGURUSAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Masa: 1.30 HINGGA 2.30
kehadiran:
GKMP: EN. MOHD YAZID BIN SAHID
K/Panitia RBT : PN. SITI RHAWIYAH BINTI MOKRI
K/Panitia ASK : PN. SUZIANA BINTI AHMAD BOHARI
K/Panitia Ekonomi Asas : PN. AINUL MALINA BINTI ISMAIL
Ahli (guru RBT, ASK dan Ekonomi Asas):
1.Pn. Noraini binti Saude
2.Pn. How Lee Chan
3.EN. Mohd hishamuddin Nojumuddin
4.En. Mohd Hasnunir b Safar
5.En. Annuar bin Ghazali
Perutusan Pengerusi
1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru bidang teknik dan
vokasional kerana dapat menghadiri mesyuarat pada petang ini.
Pengesahan minit:
Dicadangkan : Pn. Noraini binti Saude
Disokong: En. Annuar bin Ghazali
Perkara berbangkit
1.Penyelaras bilik-bilik khas atau bengkel hendaklah menggunakan buku log untuk
penggunaan bengkel. Mkamal komputer dalam proses pembaikan untuk kegunaan
guru dan murid.
2. Perlantikan ketua panitia RBT untuk tahun 2020 ialah PN. Siti Rhawiya binti Mokri
menggantikan En Annuar bin Ghazali. Ketua Panatia untuk ASK dan Ekonomi Asas
masih kekal yang lama.
Perbincangan
1.Pengerusi mencadangkan mesyuarat panitia dilakukan sekurang-kurangnya empat
kali setahun untuk setiap bidang panitia iaitu RBT, ASK dan Ekonomi Asas.
2.Bilik bilik khas dan bengkel hendaklah berkonsepkan PAK 21 untuk memudahkan
proses pengajaran guru guru berkonsepkan PAK 21.
3. Semua guru hendaklah menghantar rancangan pengajaran harian (RPH)
menggunakan google classroom.
4. Sistem pendawaian bengkel dan bilik bilik khas telah dibaiki sepenuhnya.
Kerosakan suis dibengkel disebabkan sifat negatif pelajar.
5. Pembinaan Taman STEM pada tahun lepas bertujuan untuk memudahkan
pengajaran RBT.
6. Pengajaran matapelajaran Prinsip Akaun kelas 5 Wawasan dan 5 Bestari
dijalankan di luar jadual waktu. Pelajar hendaklah sekurang kurangnya mendapat B
dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 untuk meneruskan prinsip akaun di
tingkatan 5.
Hal-hal lain
1. Matapelajaran ASK dan RBT dibuka pada kelas 1Wawasan dan 1Bestari pada
tahun 2020. Peperiksaan khas dijalankan untuk menentukan kelayakan pelajar
mengambil matapelajaran ASK atau RBT.
2. Penggunaan LCD SMART dibilik pengurusan teknik dan vokasional boleh
digunakan oleh semua guru bidang teknik dan vokasional.
Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh: