The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Esther Lim Yong Sze 4 Red
Pengenalan kepada Ekonomi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by estherlim1202, 2021-03-29 08:20:36

Ekonomi

Esther Lim Yong Sze 4 Red
Pengenalan kepada Ekonomi

Pertandingan Power Point

Nama: Esther Lim Yong Sze
Tingkatan: 4 Red
Subjek: Ekonomi
Tajuk: Pengenalan kepada Ekonomi

1.1 Konsep Kekurangan, Pilihan dan Kos
Lepas

1. Ekonomi ialah satu bidang sains sosial yang mengkaji cara
manusia menguruskan sumber ekonomi yang terhad untuk
memenuhi kehendak yang tidak terhad.

2. Ilmu ekonomi mengikut pandangan ahli-ahli ekonomi ialah:
(a) Klasik: Ilmu ekonomi sebagai sains kekayaan
(b) Neoklasik: Ilmu ekonomi sebagai sains kebajikan
(c) Moden: Ilmu ekonomi sebagai sains sosial yang mengkaji
kekurangan dan pilihan

1.1.1 Takrif Ilmu Ekonomi

Unit Isi Rumah Firma Kerajaan
Ekonomi
Individu yang Individu yang merancang Unit ekonomi yang mengawal
Definisi membuat dan menggunakan faktor aktiviti ekonomi isi rumah
keputusan pengeluaran untuk dan firma melalui undang-
Peranan ekonomi secara mengeluarkan barang undang
dalam bersama dan perkhidmatan
ekonomi
• Sebagai • Sebagai pengeluar • Sebuah badan organisasi
pengguna barang yang mempunyai kuasa untuk
dan perkhidmatan barang dan membuat dan
• Sebagai menguatkuasakan undang-
pembekal sumber perkhidmatan undang untuk menjaga
ekonomi • Sebagai pengguna kestabilan ekonomi dan sosial

sumber ekonomi

Objektif Memaksimumkan Memaksimumkan Memaksimumkan kebajikan
kepuasan keuntungan dan masyarakat
meminimumkan kos
pengeluaran

1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan

1. Kehendak manusia adalah tidak terhad dan
sentiasa bertambah dan berubah.

2. Sumber ekonomi iaitu tanah, buruh, modal
dan usahawan adalah terhad.

3. Masalah kekurangan wujud sebab kehendak
manusia tidak terhad sedangkan sumber
ekonomi adalah terhad.

4. Masalah kekurangan menyebabkan manusia
perlu membuat pilihan.

1.1.3 Faktor Pengeluaran

Faktor Pengeluaran

Tanah Buruh Modal Usahawan
• Anugerah • Sumbangan
• Alat/ jentera/ • Menyelaraskan
Tuhan/ alam tenaga fizikal/
modal wang dalam faktor
semula jadi mental manusia
• Penawaran • Buruh mahir/ proses pengeluaran yang

terhad tidak mahir pengeluaran lain
• Sumber di atas
• Meningkatkan • Sanggup
permukaan/
produktiviti dan menanggung
dalam perut bumi
kecekapan risiko perniagaan

pengeluaran • Kreatif, inovatif

dan tidak mudah

putus asa

1.1.4 Takrif Kos Lepas

Kos lepas merujuk kepada pulangan yang mungkin
daripada barang-barang atau perkhidmatan kedua
terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat daripada

pemilihan sesuatu barangan.

Faktor Masalah Kehendak
pengeluaran kekurangan manusia yang
yang terhad tidak terhad

Pilihan

Kos lepas

1.1.5 Analisis Situasi Kos Lepas

Syrikat PLC Sdn. Bhd. ialah sebuah kilang pakaian. Syarikat memiliki
sumber-sumber yang terhad untuk mengeluarkan seluar sukan dan kemeja-
T. Kombinasi keluarannya adalah seperti berikut:

Kombinasi output Seluar sukan (helai) Kemeja-T (helai)

X 40 100
+20 -20

Y 60 80

Z 80 +20 60 -20

• Berdasarkan jadual di atas, jika kombinasi output syarikat berubah dari X

ke Y, untuk menambahkan 20 helai seluar sukan, syarikat terpaksa

mengurangkan 20 helai kemeja-T, maka kos lepas untuk mengeluarkan 60

helai seluar sukan ialah 20 helai kemeja-T.

• Begitu juga jika kombinasi output berubah dari Y ke Z, untuk menambah

20 helai seluar sukan, syarikat terpaksa mengurangkan 20 helai kemeja-T,

maka kos lepas untuk mengeluarkan 80 helai seluar sukan adalah 20 helai

kemeja-T.

1.1.6 Implikasi Pilihan yang dibuat oleh
Individu, Firma dan Kerajaan dari Aspek

Kos Lepas

Masalah Kekurangan Pilihan Kos Lepas
Ekonomi

Isi Wang Memilih barang yang Kepuasan yang mungkin
Rumah memaksimumkan daripada barangan kedua
kepuasan terbaik yang dilepaskan

Firma Faktor Memilih keluaran/ Keuntungan yang mungkin
pengeluaran projek pelaburan yang daripada keluaran/ projek
memaksimumkan pelaburan kedua terbaik
keuntungan yang dilepaskan

Kerajaan Pendapatan Memilih projek Kebajikan masyarakat yang
negara pembangunan yang mungkin daripada projek
memaksimumkan pembangunan kedua terbaik
kebajikan masyarakat yang dilepaskan

1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

1. Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan had maksimum
tingkat pengeluaran yang dapat dicapai oleh masyarakat
atau negara dengan menggunakan faktor pengeluaran yang
ada pada tingkat teknologi tertentu.

2. Andaian untuk analisis keluk kemungkinan pengeluaran:
• Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh.
• Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang.
• Sumber ekonomi yang dimiliki adalah terhad dan tetap.
• Tingkat teknologi adalah tetap.

3. Kos lepas ditunjukkan oleh kecerunan keluk kemungkinan
pengeluaran.

1.2 Sistem Ekonomi dan Penyelesaian
Masalah Asas Ekonomi

• Apakah itu masalah asas ekonomi?
• Tahukah anda ciri-ciri utama sistem ekonomi di

dunia ini?
• Bagaimanakah masalah asas ekonomi dapat diatasi

oleh pelbagai sistem ekonomi?
• Apakah ciri-ciri ekonomi Islam?

1.2.1 Masalah Asas Ekonomi

Masalah Asas Penentuan Penyelesaian Tujuan
Ekonomi
Jenis Permintaan • Kehendak individu
Apa yang barangan masyarakat
hendak dipenuhi
dikeluarkan Kuantiti • Sumber tidak dibazirkan
barangan
Berapa yang Permintaan • Kuantiti barang
hendak Teknik/ cara masyarakat
dikeluarkan pengeluaran mencukupi
•Tidak wujud lebihan/
Bagaimana
hendak kurangan
dikeluarkan
Harga relatif faktor/
teknik pengeluaran Meminimumkan kos
paling cekap

Untuk siapa Corak agihan Corak agihan Agihan kepada setiap
dikeluarkan individu atau golongan
barangan pendapatan wang tertentu sahaja

1.2.2 Sistem Ekonomi

1. Sistem ekonomi merujuk kepada satu cara atau peraturan
yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam menguruskan
ekonominya.

2. Tujuan campur tangan kerajaan dalam ekonomi:
(a) Membekalkan barangan awam mengadakan pemantauan
(b) Menstabilkan ekonomi
(c) Merapatkan jurang pendapatan melalui cukai pendapatan,
pemberian bantuan kewangan
(d) Mengurangkan kesan eksternaliti melalui penguatkuasaan
undang-undang
(e) Mengawal harga barang dan perkhidmatan
(f) Melaksanakan program ekonomi awam

Sistem Kebaikan Kelemahan
Ekonomi

Sistem • Kepuasan individu dan masyarakat • Mewujudkan masyarakat
ekonomi
pasaran dapat dimaksimumkan materialistik
bebas • Kebebasan yang luas untuk • Mewujudkan ketidakstabilan

melakukan kegiatan ekonomi ekonomi
• Kecekapan dalam penggunaan • Agihan pendapatan yang tidak

sumber setara
• Menggalakkan perkembangan • Mewujudkan kuasa monopoli

teknologi dan inovasi (Persaingan korporat besar
• Kesan luaran negatif
menggalakkan peningkatan

teknologi dan reka cipta baharu)

Sistem • Agihan pendapatan yang seimbang • Pilihan individu terhad
ekonomi • Barang awam dan kebajikan • Kurang motivasi dan intensif
perancang
an pusat masyarakat diutamakan bekerja kuat kerana individu tidak
• Peruntukan sumber ke arah
dibenarkan mengumpulkan
kebajikan rakyat
• Pengeluaran secara berskala kekayaan secara bebas
• Keusahawanan individu terhad
besar (Kerajaan sebagai pengeluar • Risiko kesilapan dalam membuat

tunggal dalam pasaran dapat keputusan ekonomi (Keputusan

melakukan aktiviti pengeluaran ekonomi dilakukan oleh sekumpulan

secara besar-besaran) kecil pemerintah)

1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi
oleh Sistem Ekonomi

Masalah Asas Sistem Ekonomi Sistem Ekonomi Sistem Ekonomi Campuran
Ekonomi Pasaran Bebas Perancangan Pusat
Kerajaan • Barang ekonomi: melalui
Apa yang Mekanisme pasaran Kerajaan mekanisme pasaran
hendak • Barang awam: oleh kerajaan
dikeluarkan Jumlah permintaan Kerajaan
dan penawaran di • Barang ekonomi: melalui
Berapa yang pasaran atau Kerajaan mekanisme pasaran
hendak mekanisme pasaran • Barang awam: mengikut
dikeluarkan keperluan rakyat
Cara yang paling cekap
Bagaimana (meminimumkan kos • Barang ekonomi: cara yang
hendak pengeluaran atau dapat memaksimumkan untung
dikeluarkan memaksimumkan • Barang awam: cara yang
untung) dapat memaksimumkan
Untuk siapa kebajikan masyarakat
dikeluarkan Corak agihan
pendapatan wang atau • Barang ekonomi: corak agihan
kuasa beli individu pendapatan wang
• Barang awam: untuk semua
masyarakat

1.2.4 Ekonomi Islam

Ciri-ciri utama:
• Sebagai sebahagian daripada keseluruhan sistem

hidup Islam
• Keseimbangan antara kepentingan individu dan

masyarakat
• Wujudnya persaingan adil dan saksama antara

individu


Click to View FlipBook Version