The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pdkelubi, 2022-06-19 03:37:03

MINI PAMERAN ALAT KEBESARAN DIRAJA KEDAH

PAMERAN

SINGGAHSANA

.

Singgahsana mengikut adat istiadat adalah merupakan
tempat bersemayam DiRaja yang melambangkan takhta
Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Singgahsana yang terdapat di Balai Penghadapan Istana
Anak Bukit telah dibina pada tahun 1986 dan ianya
melambangkan kekayaan warisan kebudayaan Negeri Kedah
Darul Aman.

Di sebelah atas bahagian belakangnya terletak jata Negeri
Kedah Darul Aman yang bersalut dengan emas dan didukungi
bahagian bawahnya dengan ukiran corak ‘Bunga Setar’. Di
bahagian bawah pula, jalur ukiran “Bunga Padi’ yang
menyemarakkan lambang kebesaran Singgahsana.

Di sebelah kiri dan kanan serta di tengah-tengah bahagian
belakangnya dihiasi pula dengan ukiran bintang emas yang
melambangkan kebesaran Islam. Manakala alas tilamnya
berlapik kulit berwarna ungu DiRaja.

TENGKOLOK DIRAJA

Tengkolok Diraja dijalin daripada kain tenunan
warna hitam bersulam benang emas. Bentuk ikatan atau
solek dinamakan Dendam Tak Sudah. Di sebelah depan
tengkolok terdapat ukiran melambangkan padi dan jata
negeri Kedah Darul Aman.

Jata ini diperbuat dengan menggunakan batu
zamrud dan 4 biji berlian (perisai), 5 biji berlian (bulan
sabit), dan 30 biji berlian (bunga padi). Di sekeliling Jata
terdapat 23 lekuk bertatahkan berlian 3 biji lambang
matahari dan bintang. Dari lekuk ini terdapat 9 rumpun
batang padi bertatah 69 biji batu berlian, setiap ikatan
berbentuk bunga lawang.

KERIS PENDEK DIRAJA

Keris ini untuk pemakaian Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Tuanku Sultan dan merupakan lambang kekuasan
Baginda.

Pemakaiannya adalah untuk majlis Istiadat DiRaja
mengikut ketetapan yang diperkenankan oleh Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

COGAN AGAMA

Cogan Agama adalah satu lagi lambang kekuasaan
Baginda Sultan yang diperbuat daripada perak.
Panjangnya 162.66 cm. Ia berupa tongkat berkepala besar
dengan berukiran emas dengan perkataan “Allah”.

Pada kepala cogam terukir kalimah suci, dan pada
tongkatnya terukir ayat Al-Quran.

COGAN ALAM

Alat kebesaran ini diperbuat daripada perak,
Panjangnya 162.66 cm. Ia berupa satu bulatan tanda alam
semesta dan diterapkan dengan lambang 11 buah daerah
Negeri Kedah Darul Aman.

Di bawahnya tertera bunga padi, lambang Negeri
Kedah Darul Aman sebagai Negeri Jelapang Padi serta
Pengairan Muda sumber pembekalan air yang mengairi
sawah padi.

Tongkat pula dihiasi dengan ukiran daun telepok
Siam dan bunga orkid Langkawi serta ayat suci Al-Quran.

COKMAR

Lambang kekuasaan Baginda Sultan ini panjangnya
81.32 cm. Terdapat dua batang cokmar yang diperbuat
daripada perak. Ia berupa tongkat berkepalakan kubah
yang mempunyai ukiran bunga tanjung kuncup.

PENDING DIRAJA

Pending Diraja berbentuk bulat dan bertatahkan 12
biji batu berlian. Di tengahnya diperbuat daripada
‘enamel’ dan terdapat bintang 8 penjuru bertatahkan 16
biji batu berlian. Di tengahnya terletak sebiji permata
berlian.

Di kiri kanan terdapat ukiran berbentuk bunga ketola
bertatahkan 3 biji permata berlian. Tali pinggangnya
diperbuat daripada anyaman emas 112 mayam.

PAYUNG UBUR-UBUR

Payung sebanyak 12 kaki diperbuat daripada kain
berwarna kuning Diraja dengan benang berambu.
Kemuncaknya dipasangkan lambang Negeri Kedah yang
diperbuat daripada perak.

TEMBOK, LEMBING, PEDANG

Dua belas bilah alat senjata Melayu bagi tiap-tiap satu
jenis yang juga menjadi sebahagian daripada alat
kebesaran Diraja.

NOBAT DIRAJA

Nobat ialah alat permainan muzik atau orkestra Diraja
yang mengandungi satu Gendang, satu Nafiri, dua
Gendang Nobat, satu Serunai dan satu Gong. Nobat
DiRaja Negeri Kedah adalah yang tertua di negara ini dan
dimainkan di istiadat-istiadat rasmi sejak turun temurun
seperti Istiadat Pertabalan Diraja, Istiadat Perkahwinan
Diraja, Istiadat Permakaman Diraja dan sebagainya.

Pemain-pemain Nobat dipilih mengikut keturunan.
Nobat hanya dimainkan apabila diperintahkan oleh
Baginda Sultan dan untuk Istiadat tertentu sahaja


Click to View FlipBook Version