MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) SK KAMPONG SELAYANG KALI KE 50 SESI 2023/2024 Tarikh : 24 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Kantin SK Kampung Selayang Kehadiran : 1. Badrulhisham Bin Bahari 2. Sofia binti Abdullah 3. Norizan binti Ismail 4. Hafizah binti Abdullah 5. Hanif Bin Abdul Hamid 6. Muhammad Shalahuddin Bin Razali 7. Ahmad Mubarak Bin Ishak 8. Aida Binti Mat Jusoh 9. Zarina Binti Mamat 10. Yuhanis Binti Jaafar 11. Farkhana Binti Asnam 12. Hanis Aliaa Binti MiorAmran 13. Tan Lee Yang 14. Nur Liyana Binti Nizar 15. Fatin Nur Syakirah Binti Hasmi 16. Asmah Binti Zakaria 17. Rokiah Binti Mohd Ali 18. Epi Asyanti 19. Nurul Ain Binti Bedu Wahab 20. Zahari Binti Ab Talib 21. Saumin 22. Solahuddin Bin Ayub 23. Ahmad Azmi Bin Nasir 24. Muhammad Firdaus Bin Abu 25. Junita 26. Latifah Binti Khamis 27. Harita Binti Wahab 28. Norhisham Bin Hashim 29. Hazrin Hazizi Bin Hussain Sabri 30. Zalekha Binti Abdul Wahab 31. Dahliana
32. Mohd Ridwan Bin Musa 33. Rashirulemma Binti Abdul Rashid 34. Solahuddin Bin Ayub 35. Khairul Shahril Agenda : 1. Ucapan Yang Di-Pertua PIBG ( Pn Rashirulemma binti Abd Rashid) 2. Ucapan aluan Penasihat (En Badrulhisham bin Bahari) 3. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 49 oleh NYDP 4. Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan 2022/2023 oleh setiausaha 5. Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan 2022-2023 oleh Bendahari 6. Penetapan dan Pengesahan kutipan PIBG 2023/2024 7. Hal -hal lain 8. Ucapan penangguhan 1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih atas kehadiran semua hadirin ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 50 SK Kampung Selayang. 1.2 Beliau memaklumkan kepada ibu bapa bahawa mereka boleh menyemak buku program yang diberikan oleh pihak sekolah.Melalui kaedah ini ,semua ibu bapa dapat melihat dengan lebih mudah . 2.0 UCAPAN YANG DI-PERTUA PIBG (PN RASHIRULEMMA BT ABDUL RASHID) 2.1 Pn Rashirulemma binti Abd Rashid mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa dan guru-guru ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 50. Makluman 2.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada para penganjur yang merancang program ini. Makluman 2.3 Beliau berbangga dengan aktiviti yang telah dilaksanakan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa yang sudi hadir pada pagi ini. Makluman
2.4 Peranan guru yang berada di sekolah ialah mendidik anak murid. Jadi syabas kepada guru yang mendidik anak murid. Makluman 2.5 Ibu bapa perlu pantau dan pastikan anak apabila berada di rumah. Ianya bukan hanya 100% diletakkan di atas tanggungjawab guru-guru sahaja. Makluman 2.6 Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga seperti akhlak dan adab. Makluman 2.7 Mudah-mudahan mesyuarat agung ini dapat berjalan dengan lancar. Makluman 3.0 UCAPAN PENASIHAT (EN BADRULHISHAM BIN BAHARI) 3.1 En Badrulhisham mengucapkan rasa bersyukur dapat berkumpul pada majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 50. Makluman 3.2 Beliau juga berterima kasih kepada En Mohammed Syarif dan para ibu bapa yang sudi hadir pada Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Makluman 3.3 Fokus utama SK Kampung Selayang adalah kemenjadian murid. Kemenjadian murid meliputi aspek yang luas. Harapan sekolah adalah murid-murid ini dapat menjadi pemimpin dan peneraju negara pada masa akan datang. Beliau juga mengucapkan terima kasih dan syabas kepada para penganjur. Makluman 3.4 Pelbagai program yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan bagi memastikan focus ini tercapai. Makluman
3.5 Antara perancangan terdekat yang akan dilaksanakan ialah pentaksiran bertulis. Ini dirancang akan dilaksanakan pada Ogos akan datang. Surat makluman akan diedarkan kemudian. Makluman 3.6 Selain itu, sekolah juga merancang pembelajaran secara digital. Mohon Kerjasama dari ibu bapa untuk meyediakan peralatan (gajet) yang diperlukan untuk memastikan kelancaran perancangan program ini. Makluman 3.7 Pihak sekolah juga merancang membina bilik gerakan digital untuk melancarkan pendigitalan PdP Makluman . 3.8 Bermula Julai ini, murid-murid akan mula terlibat dengan aktiviti luar sekolah melibatkan aktiviti sukan dan akademik. Makluman 3.9 Berita baik untuk semua: permohonan pembinaan bumbung dataran hijau telah pun diluluskan. Semua aktiviti sekolah melibatkan Pdp, sukan, mesyuarat dan sebagainya akan dilaksanakan di situ pada masa akan datang. Makluman 3.10 Pihak sekolah sentiasa terbuka untuk member kebenaran pada penduduk kampung sama-sama menggunakan padang sekolah. Pihak sekolah amat mengharapakan Kerjasama semua untuk memastikan padang digunakan dengan baik, dan dijaga kebersihannya. Makluman 3.11 Pihak sekolah mempunyai visi dan misi untuk memajukan sekolah. Walau bagaimanapun, semua itu memerlukan perbelanjaan dari segi kewangan. Mohon semua sama-sama menjayakan visi dan misi ini dengan menyumbang dari segi kewangan, tenaga dan idea untuk sama-sama menjayakannya. Makluman
3.12 Sekolah dijangkakan menerima pertambahan bilangan pelajar pada masa akan datang kerana projek perumahan terdekat hamper siap. Dengan ini, Kerjasama semua amatlah diharapkan agar visi dan misi sekolah dapat dijayakan. Makluman 3.13 Pihak sekolah sentiasa menggalakan kedatangan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang dan menyumbangkan idea untuk sebarang penambahbaikan yang perlu dilakukan. Makluman 4.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG YANG LEPAS 4.1 Minit mesyuarat dibentangkan oleh Setiausaha PIBG, Pn Aida binti Mat Jusoh 4.2 En Hazrin Hazizi mencadangkan agar minit mesyuarat tersebut diterima dan disokong oleh En Mohd Solahuddin bin Ayob. Makluman 5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN SESI 2022/2023 OLEH SETIAUSAHA 5.1 Puan Aida Binti Mat Jusoh,Setiausaha PIBG membentangkan laporan aktiviti PIBG bagi tahun 2022-2023. 5.2 Setiausaha memaklumkan bahawa PIBG telah member sumbangan, menyokong, membantu dan melibatkan diri dalam menjayakan programprogram sekolah seperti berikut : Tahun 2022 1. Majlis Anugerah Cemerlang 2. Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 3. Majlis penutup sambutan bulan Kemerdekaan gabungan bersama dengan Masjid Anas bin Malik, kafa nurul saadah, krt dan persatuan penduduk. 4. Sukan tahunan
5. Sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah 6. Perkhemahan bersepadu unit beruniform 7. Dialong kualiti kemenjadian murid (Hari terbuka) 8. Kem bestari solat 9. Merentas desa 10. Gotong-royong perdana 11. Sambutan hari raya 12. Sambutan hari kanak-kanak 13. Hari orientasi prasekolah dan tahun 1 14. Mesyuarat Agung Pibg Kali ke 50 15. Mesyuarat AJK PIBG 16. Sambutan hari guru Tahun 2023 1. Gotong royong perdana Bersama pelajar2 UTM space 2. Hari orientasi prasekolah dan tahun 1 3. Majlis watikah perlantikan pengawas 4. Majlis bacaan yasin dan tahlil sempena pembukaan sekolah 5. Majlis berbuka puasa 6. Majlis sambutan hari raya peringkat sekolah 7. Majlis sambutan hari raya Bersama komuniti 8. Majlis sambutan hari lahir 9. Sambutan Hari guru 10. Mesyuarat Ajk PIBG (3 kali) Makluman Laporan aktiviti dicadangkan untuk disahkan oleh Pn Zalekha Abdul Wahab dan disokong oleh Pn Julinda. 6.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN 2022/2023 6.1 Penyata kewangan telah dibentangkan oleh Bendahari PIBG. (Rujuk lampiran) 6.2 Baki dibawa ke hadapan RM3284.90 6.3 Sumbangan PIBG dari 60 keluarga (RM 70) adalah sebanyak RM 4200.00. 4 keluarga tidak menjelaskan sumbangan PIBG.
7.0 PEMBENTANGAN USUL 7.1 Usul 1: Tingkatkan sahsiah murid (Pn Azzatul Iradah) Jawapan: PKHEM - Beberapa aktiviti dan program telah dilaksanakan bagi meningkatkan kehadiran dan saahsiah murid iaitu; Sambutan hari kelahiran murid setiap bulan. - Hadiah kedatangan terbaik setiap bulan. - Kem Motivasi dengan menjemput penceramah dari luar akan dilaksanakan.(Guru Besar) 7.2 Usul 2 : Lampu tandas murid lelaki agak malap dan keadaan gelap. Jawapan: (Guru Besar) Masalah akan diatasi dengan lampu solar (dalam proses). 7.3 Usul 3 : 1. Memberi kemudahan kepada murid menggunakan tandas. 2. Kebersihan di kantin dan tandas. Jawapan: (PK HEM) Tiada guru yang menahan murid untuk ke tandas. Perkara ini akan dikenal pasti dan ditambah baik. Kebersihan tandas: Pekerja pembersihan telah pun ditugaskan untuk perkara ini. Kebersihan dan isu harga makanan kantin: Tender kantin sukar dipenuhi kerana tidak ramai petender yang sanggup mengambil kontrak di sini, kerana keuntungan yang terlalu sikit. RMT telah diberi percuma seramai 14 orang. Jadi, pihak kantin terpaksa mengecilkan bilangan makanan yang boleh dijual. Kos pembelian bahan mentah juga semakin mahal sekarang. Ini menyebabkan harga makanan yang dijual juga agak tinggi. Mohon ibu bapa memahami. Usul 4: Jangan benarkan murid bermain di Kawasan sekolah selepas tamat sesi persekolahan. Jawapan: Sekolah membenarkan penggunaan kemudahan sekolah seperti padang dengan keizinan pihak sekolah. Namun mereka diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan. Ibu bapa
diharap mengambil berat isu ini dan member nasihat sewajarnya pada anak-anak. Makluman 8.0 ISU DAN HAL SEMASA 8.1 En Hazrin Hazizi: 1) Usul untuk menggabungkan PIBG di PRA Sekolah dan PIBG Sekolah. Jawapan: Sebulat suara dipersetujui oleh semua ibu bapa yang hadir. 2) Usul untuk menaikkan RM10 yuran PIBG (daripada RM70 menjadi RM80) Jawapan: Untuk makluman, sumbangan yang dikutip ini adalah sepenuhnya digunakan untuk program sekolah berupa aktiviti sukan, akademik dan sahsiah. Ibu bapa boleh membayarnya secara ansuran untuk memudahkan dan meringankan beban kewangan masing-masing. - Dipersetujui sebulat suara. 8.2 Pn Latifah : 1) Cadangan untuk member surat pemberitahuan dari pihak sekolah ditulis dengan font yang lebih besar dan menggunakan kertas depan dan belakang. Jawapan: Surat tidak dibuat depan belakang kerana helaian seterusnya perlu di pulangkan kepada sekolah. Tentang font yang terlalu kecil; akan diperbaiki.(PKHEM) 8.3 En Hanafiah: Cadangan memasang CCTV dalam setiap kelas untuk mengatasi masalah barang hilang dan mengawasi tingkah laku murid. Jawapan: Sejumlah wang diperlukan untuk perkara ini. Kos penyelenggaraan berterusan juga diperlukan. Perkara ini akan dipertimbangkan. Isu kerja rumah: homework murid terlalu sikit. Jawapan: murid dinilai secara menyeluruh melalui pemerhatian dan juga lisan. Bukan hanya penilaian bertulis. Oleh sebab itu, kerja rumah menjadi kurang
untuk dibawa ke rumah, terutama tahap 1. Homework untuk tahap 1 juga kurang diberikan, kerana aktiviti sudah diselesaikan dalam kelas. Isu perancangan guru besar tentang keselamatan jalan dan laluan ke sekolah, kerana perumahan terdekat hampir siap. Jawapan : persediaan sekolah; hanya mampu menampung sehingga 25 murid dalam satu kelas, mengikut kapasiti bangunan dan bilangan guru. Mohon pemantauan dari komuniti dan penduduk kampung juga untuk memastikan keselamatan murid terjamin. 9.0 HAL-HAL LAIN 9.1 Program yang akan dilaksanakan tahun ini: 14 program 9.2 Beberapa program luar yang akan murid sertai : 8 program 9. UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana sudi hadir pada hadir pada hari ini. Saya memohon maaf atas segala kekurangan dan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah semua ibu bapa dan AJK berikan selama ini . Selain itu, diharapkan ibu bapa agar memberikan komitmen untuk kecemerlangan anak-anak dalam merealisasikan misi dan visi sekolah. 9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi Disediakan Oleh, Disemak Oleh, ……………………………………… ……………………………………… ( AIDA BINTI MAT JUSOH ) ( RASHIRULEMMA BINTI HJ ABDUL RASHID) Setiausaha Agung PIBG sesi 2022/2023 Yang Dipertua PIBG sesi 2022/2023 SK Kg Selayang SK Kg Selayang 68100 Batu Caves, 68100 Batu Caves Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.