The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tutorial 7 Sejarah Perkembangan Tulisan Dalam Bahasa Melayu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurfarahin Zulaika, 2021-11-01 04:29:31

Tutorial 7 Sejarah Perkembangan Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu

Tutorial 7 Sejarah Perkembangan Tulisan Dalam Bahasa Melayu

Tutorial 7

Sejarah

Perkembangan

Tulisan Dalam

Bahasa Melayu

Disediakan Oleh: Nurfarahin Zulaika Binti Kamis

Sistem Tulisan Pallava Tulisan Pallava

Tulisan Pallava merupakan turunan dari aksara Batu Bersurat
Brahmi di India Selatan dan digunakan pada Kota Kapur
masa kerajaan Pallava.
Aksara ini masuk ke Asia Tenggara seiring dengan
penyebaran agama Hindu-Buddha.
Tulisan Pallava telah digunakan untuk bahasa
Melayu kuno yang terdapat di Asia Tenggara
seperti di Sumatera Selatan, Campa, Ligor dan di
Pulau Jawa.
Tulisan Pallava digunakan pada prasasti Kota
Kapur di Pulau Bangka, di Sumatera Selatan yang
bertarikh pada abad ke-7 Masihi.
Tulisan Pallava juga digunakan pada batu
bersurat di kedukan Bukit, Talang Tuwo,dan
Karang Brahi.

Sistem Tulisan Kawi

Tulisan Kawi wujud pada abad ke-8 Masihi.
Tulisan Kawi digunakan untuk untuk menulis dalam bahasa
Kawi yang dituturkan oleh orang Jawa ketika itu.
Tulisan Kawi adalah evolusi daripada tulisan Pallava.
Tulisan Kawi yang berbentuk kursif ini pada peringkat
awal ditulis pada Daun Lontar. Kemudian, tulisan ini
diubahsuai dan diukir pada batu.
Tulisan kawi ini digunakan pada batu bersurat di Joreng
bertarikh 1179 M dan di padang Lawas bertarikh 1213 M
yang kedua-duanya terletak di Tapanuli, Sumatera Utara.

de Casparis (1975) telah membagikan zaman-
zaman perkembangan aksara kepada:

1.Zaman aksara Palavi Awal, daripada abad ke-4 hingga ke-7 Masihi, seperti yang
tertulis pada prasasti di Kalimantan Timur, Jawa Barat, Kedah- Pulau Pinang.

2.Zaman aksara Palavi Kemudian, dari abad ke-7 hingga pertengahan abad ke-8
Masihi, seperti yang dijumpai pada prasasti di Sumatera, Jawa Tengah, dan
Semenanjung Malaysia.

3.Aksara Kawi Awal atau Jawa Kuno, daripada pertengahan abad ke-8 Masihi
hingga awal abad ke-10 Masihi, dijumpai pada prasasti di Thai Selatan, Jawa
Tengah, Jawa Timur dan Semenanjung Malaysia.

4.Aksara Kawi Kemudian, daripada awal abad ke-10 Masihi sehingga pertengahan
abad ke-13 Masihi, dijumpai pada prasasti di Jawa Timur, Airlangga, Kediri, Bali,
Sunda dan Sumatera Selatan.

5.Aksara Kawi zaman Majapahit, yang dijumpai pada prasasti di seluruh Alam
Melayu ini sehingga kemasukan aksara Arab menerusi Islam.

Sekian


Click to View FlipBook Version