The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Adam, 2023-12-25 10:16:39

MPU1062 SKANDAL HARTANAH FELDA - Group 3

flipbook anti rasuah

SKANDAL HARTANAH FELDA KUMPULAN3 Tan Sri Isa Samad MPU 1062 // INTEGRITI DAN ANTIRASUAH Pensyarah Dr Solahuddin Ismail


3 4 5 6 HUKUMAN KRONOLOGI IMPAK KEPADA MASYRAKAT DAN NEGARA CARA MENGATASI 1 PENGENALAN 2 KESALAHAN IsiKandungan 1 7 KESIMPULAN


3 AHLIKUMPULAN MUHAMMAD ALIF ASYRAFI BIN MOHD SANI 301914 ADAM BIN MUSTAFA 301891 AKMAL HAKIM BIN AMIR 301867 WAN MUHAMMAD AMIR BIN WAN AHMAD ZAILANI 301901 MUHAMMAD LUKMAN BIN HAMIDI 301905 MUHAMMAD ADIB NAJMI BIN MUTALIB 301864 SHRIRAJ KUMAR A/L K ARUMUGAM


Tan Sri Dato’ Seri Utama Mohd Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan juga merupakan bekas Naib Presiden UMNO. Beliau juga merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 - Mac 2004. Pada masa ini beliau adalah bekas Pengerusi FELDA Pada 20 Jun 2012, Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Permodalan Felda (KPF) ke-31 diadakan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan kawalan ketat pihak polis. Isa Samad selaku Pengerusi Felda (kontrak sahaja) tidak akan hadir kerana perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ekoran beliau bukan seorang peneroka, anak eneroka mahupun kakitangan Felda. Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menjelaskan bahawa terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dalam KPF dan keahliannya dalam koperasi dibekukan. Peguam Mohamed Hanipa Maidin dari Mohamed Hanifa Associates mewakili pemohon Abdul Talib Ali, Abdul Mubin Abdul Rahman, Abdul Razak Mohammad 4 TANSRIMOHDISABIN ABDULSAMAD Pada 27 Disember 2010, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berkuatkuasa pada 1 Januari 2011, menggantikkan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA. dan Muhamad Noor Atan manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili responden iaitu Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SKM, dan KPF. Pada 23 Mei 2012, panel rujukan pertikaian SKM, SKM telah mengesahkan keahlian Isa Samad walaupun mengakui bahawa perlantikan Isa itu salah di sisi undang-undang. Mazlan Aliman dari Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) menentang usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di Bursa Malaysia. Penasihat ekonomi ANAK Dr Rosli Yaakop kecewa dengan Menteri Ismail Sabri Yaacob kerana mengenepikan undang-undang kecil dalam Akta Suruhanjaya Koperasi untuk mengecualikan individu tertentu daripada mematuhi kehendak undangundang kecil KPF (5 Jun 2012).


KESALAHAN TAN SRI ISA SAMAD DALAM SKANDAL HARTANAH FELDA Isa Samad didakwa atas sembilan pertuduhan kerana menerima rasuah RM3 juta (USD$750,000) daripada Ikhwan Zaidel iaitu ahli lembaga pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd. melalui Muhammad Zahid Md. Arip sebagai upah bagi meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak atas kapasitinya sebagai Pengerusi FELDA. Kesalahan ini dilakukan di antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015 di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur. Isa Samad didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 Disember 2018 sebelum kes itu dipindahkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula 8 Oktober 2019. Hakim Mahkamah Tinggi, Nazlan Ghazali, memerintahkan Isa untuk membela diri atas sembilan pertuduhan rasuah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan segala intipati pertuduhan. Isa mula memberi keterangan bela diri secara bersumpah dari kandang saksi pada 17 Ogos 2020. 5


HUKUMANYANG DIKENAKAN 6


KRONOLOGI SKANDAL HARTANAH FELDAMAC 2012 Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (FGVNA) yang melabur lebih RM1 Billion di Amerika dan Kanada mencatatkan kerugian RM27.6 Juta. JUN 2013 Pembelian Hotel Grand Borneo di Sabah oleh Felda Investment Corporation (FIC) membayar RM86.4 juta. Kertas siasatan dibuka oleh SPRM pada tahun 2017 selepas perkara yang sama didakwa berlaku. JULAI 2013 Pengambil-alihan saham Pontian United Plantation Berhad yang menelan kos sebanyak RM1.2 Billion iaitu pembelian dengan harga yang lebih tinggi dari harga semasa. OKTOBER 2013 Pembelian Grand Plaza Service Apartment di London juga dengan harga RM495 juta yang mana harga semasa yang dilaporkan agensi hartanah Savills & Knight Frank hanyalah sekitar RM408 juta untuk unit yang sama ketika itu. NOVEMBER 2015 Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan RM47.6 Juta lesap dalam satu projek yang dinamakan Felda Carviartive Blue Dream Park yang mengusahakan projek ternakan berteknologi tinggi ikan sturgeon. Kes bayaran tertunggak dari syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd (salah sebuah anak syarikat FGV), menyaksikan penggantungan tugas Ketua Pegawai Eksekutifnya dan tidak lama selepas itu Isa Samad meletakkan jawatan pengerusi FGV dan berhijrah ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). JUN 2017 DISEMBER 2017 Felda melalui Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, TS Shahrir Samad mengakui Felda kehilangan tiga hartanah yang bernilai lebih RM250 juta di Jalan Semarak. Ia dikatakan bertukar hak milik melalui transaksi diragui sejak tahun 2015. 7


Masyarakat tempatan dan peserta FELDA akan hilang rasa percaya terhadap pihak oengurusan dan institusi berkaitan. Hal ini akan menyebabkan timbul rasa bimbang dan ketidakpastian dalam kalangan peserta FELDA terhadap masa depan dan keselamatan kewangan mereka impak sosial. Mungkin terdapat kebimbangan tentang masa depan pendidikan anak-anak dan keperluan asas keluarga Skandal ini mungkin mempunyai kesan politik yang besar, terutamanya dalam bidang sokongan terhadap pihak -pihak yang terlibat atau yang menguruskan FELDA. Hal ini boleh memberi kesan kepada kestabilan politik di kawasan Skanda yang terjejas. l ini tidak hanya memberi kesan kepada aspek ekonomi, tetapi juga kepada aspek sosial masyarakat di sekitar kawasan FELDA. IMPAK KEPADA MASYARAKAT KESAN POLITIK IMPAK SOSIAL KEHILANGAN KEPERCAYAAN 8


IMPAK KEPADA NEGARA Skandal ini juga boleh mempunyai impak politik dengan menimbulkan pertanyaan mengenai integriti dan keberkesanan pentadbiran. Ia boleh menjadi isu politik yang hangat dan mempengaruhi sokongan awam terhadap pihak yang terlibat atau sistem politik secara keseluruhan. K E T U L U S A N D A N A K A U N T A B I L I T I Kes ini mungkin mendorong peningkatan dalam ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan berkaitan kerajaan dan badan-badan awam,Ia boleh menggalakkan panggilan untuk penambahbaikan dalam sistem kawalan dalaman dan pelaporan untuk memastikan keselamatan dan integriti . K E R O S A K A N I N S T I T U S I Rasuah dapat merosakkan keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi kerajaan dan keadilan kepercayaan yang merosot dalam institusi ini boleh membawa kepada ketidakstabilan politik dan sosial. P E R T I M B A N G A N P O L I T I K K E T I D A K A D I L A N S O S I A L Rasuah boleh menyebabkan ketidakadilan sosial dengan merugikan golongan yang lebih lemah atau golongan yang tidak mempunyai akses kepada sumber daya. Ini boleh mencetuskan jurang ekonomi yang lebih besar dan mengakibatkan ketidaksetaraan yang meluas. Adalah penting untuk diingat bahawa impak kepada negara akan bergantung kepada sejauh mana skandal ini mempengaruhi institusi dan masyarakat setempat. Pihak berkuasa dan badan-badan berkaitan perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk menangani isu-isu ini dan memulihkan keadaan untuk melindungi kepentingan negara dan masyarakat. 9


CARA MENGATASI AMALAN RASUAH Pendedahan awal berkenaan anti rasuah amat penting bagi setiap individu.Pendidikan berkenaan anti rasuah perlu diajarkan kepada rakyat Malaysia bermula daripada sekolah rendah sehingga ke tahap pengajian tinggi.Kesannya ianya dapat mengukuhkan sikap anti rasuah sehingga dapat menjadi budaya yang wujud dalam diri setiap pelajar di Malaysia. Pihak kerajaan memainkan peranan yang penting dalam menanggani masalah rasuah yang berleluasa di Malaysia.Hukuman yang berat mestilah diberikan kepada individu yang memberi dan mengambil rasuah kerana ianya dapat memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa amalan rasuah merupakan kesalahan yang berat di malaysia. P E N D I D I K A N A W A L P E N G U A T K U A S A A N U N D A N G - U N D A N G M E N G A D A K A N K E M P E N S E C A R A B E R K A L A Kempen berkenaan anti rasuah mestilah diadakan dari semasa ke semasa untuk menunjukkan bahawa rasuah ini merupakan perbuatan yang ditegah di Malaysia.Oleh itu, kempen yang dilaksanakan ini mestilah disambut baik oleh semua lapisan masyarakat supaya perbuatan rasuah ini dapat dibanteras pada masa akan datang di Malaysia. 10


Skandal hartanah Felda melibatkan dakawaan penyelewengan dan penyalahgunaan dana serta aset FELDA, agensi pembangunan tanah yang ditubuhkan untuk membantu pesawah miskin di Malaysia. Kes skandal ini melibatkan beberapa isu termasuk pembelian aset hartanah yang didakwa dibayar dengan harga yang jauh tinggi daripada nilai sebenar, penyelewengan dana pelaburan dan kekurangan pengurusan yang menyebabkan kerugian besar kepada FELDA. Kesimpulan daripada kes ini adalah terdapat ketidakpatuhan dalam pengurusan dana dan aset agensi tersebut. Skandal ini menimbulkan kebimbangan terhdap kecekapan pengurusan, ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran dana awam serta pengurusan entiti yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan pesawah. Tindakan pemulihan yang efektif perlu diambil untuk memulihkan kepercayaan orang ramai terhdap FELDA termasuk langkah-langkah untuk meningkatkan pentadbiran, pengawasan dan akauntabiliti dalam pengurusan dana serta penambahbaikan dalan sistem kawalan dalaman, ini penting untuk memastikan sumber daya dan aset FELDA digunakan dengan berkesan untuk manfaat pesawah dan kebajikan komuniti yang mereka perkhidmatan. K U M P U L A N 3 K E S I M P U L A N 11


RUJUKAN Astro Awani. (2021). Penjara enam tahun, denda RM15.45 juta, ini kronologi kes rasuah Isa Samad. Dicapai dari https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penjara-enam-tahundenda-rm1545-juta-ini-kronologi-kes-rasuah-isa-samad-281086 Utusan Malaysia (2021). Kronologi kes rasuah Isa Samad. Diakses di https://www.utusan.com.my/nasional/2021/02/kronologi-kes-rasuahisa-samad/ NOOR HAFIZ WAN MANSOR, W. M. (2021, March 4). Kempen antirasuah dalam komuniti. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/126756/khas/rasuahbusters/kempen-antirasuah-dalam-komuniti JELAPANG (2017). Adakah segala galanya kerja Isa Samad di Felda & FGV? https://www.utusan.com.my/nasional/2021/02/kronologi-kesrasuah-isa-samad/ 12


Click to View FlipBook Version