INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2022) PERGERAKAN ASAS DAN GIMNASTIK PJMS3232 _________________________________________________________________________ DISEDIAKAN OLEH: NAMA PELAJAR NURUL HUSNA BINTI MOHAMMAD ANUAR ANGKA GILIRAN 2022192340045 NOMBOR KAD PENGENALAN 010711100286 KUMPULAN A2 TAJUK TUGASAN PENULISAN NAMA PENSYARAH TAN YAN IM / KAMARUZAMAN BIN BAKAR TARIKH HANTAR 18 SEPTEMBER 2023 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN ...........................................................................................................................3 2.0 PELAN RANGKAIAN PERGERAKAN ASAS DAN MANIPULASI ALATAN....................3 3.0 KESIMPULAN ...............................................................................................................................6 RUJUKAN.............................................................................................................................................7
1.0 PENDAHULUAN Pergerakan asas merupakan satu gerakan yang dilakukan oleh seseorang dan boleh menyebabkan pertukaran tempat atau statik di kedudukan yang sama. Menurut (Howton, 2010) proses pembelajaran kemahiran pelajar akan menjadi lebih cepat dan berkesan dengan menggunakan asas latihan pergerakan yang betul. Pergerakan asas ini mempunyai empat konsep iaitu kesedaran ruang, kesedaran tubuh badan, beban dan perhubungan. Pergerakan juga mempunyai tiga jenis iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan pergerakan manipulatif alatan (Mazuki Mohd Yasim et al., n.d.). Oleh itu, terdapat sepuluh pergerakan yang telah dipilih merangkumi pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi peralatan. Peralatan yang digunakan bagi pergerakan yang dipilih terdiri daripada gelung rotan, tali, skitel, pundi kacang, bola, tangga dan papan anjal. 2.0 PELAN RANGKAIAN PERGERAKAN ASAS DAN MANIPULASI ALATAN Rajah 1 Pelan Rangkaian Pergerakan Berdasarkan pelan di atas, sepuluh pergerakan yang merangkumi pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor serta kemahiran memanipulasi peralatan telah dipilih. Bagi pergerakan pertama iaitu pergerakan bukan lokomotor. Murid akan mengilaskan badan ke kanan dan ke kiri dalam posisi lunges (kaki kanan di hadapan) sebanyak lima set ulangan. Melalui pergerakan ini, konsep pergerakan yang diaplikasikan adalah kesedaran tubuh badan. Tubuh badan akan memberikan reaksi terhadap pergerakan mengilaskan badan
yang dilakukan serta keseimbangan menggunakan dua tapak sokongan semasa melakukan lunges (Mazuki Mohd Yasim et al., n.d.). Seterusnya, pergerakan kedua adalah pergerakan lokomotor bersama kemahiran manipulasi alatan. Murid akan berjalan sambil melambung dan menyambut gelung rotan sebanyak tiga set ulangan. Semasa pergerakan ini dilakukan, kemahiran melambung dan menyambut perlu dikuasai dengan baik bagi memastikan gelung rotan dapat dibaling dan disambut dengan baik. Hubungan dengan objek dapat dilihat apabila murid berjaya melakukan aktiviti dengan baik serta menggunakan ruang dengan selesa. Murid bebas berjalan pelbagai arah untuk melakukan aktiviti melambung dan menyambut gelung rotan. Berjalan juga merupakan pergerakan merentas ruang iaitu dengan memindahkan berat dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain (Komala Rangarau, 2013). Pergerakan ketiga merupakan pergerakan bukan lokomotor bersama kemahiran manipulasi alatan. Murid akan berdiri membelakangkan pasangan sambil memegang tali di atas kepala. Murid A akan menarik tali tersebut ke hadapan dan menyebabkan pasangan menjadi lentik ke belakang dan menolak tali tersebut. Pergerakan ini akan dilakukan sebanyak lima kali. Konsep pergerakan yang digunakan adalah hubungan dengan objek, hubungan dengan manusia dan juga kesedaran tubuh badan. Tubuh badan akan menyedari pergerakan yang dilakukan seperti membongkok dan melentik. Pergerakan keempat iaitu menggelungsur ke kanan dan ke kiri dari titik A ke titik B sebanyak tiga kali ulangan. Pergerakan menggelungsur ini merupakan pergerakan lokomotor. Konsep pergerakan yang digunakan adalah kesedaran ruang iaitu pemindahan berat dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain (Komala Rangarau, 2013). Selain itu juga, kesedaran ruang juga digunakan dengan pergerakan ke kanan dan ke kiri. Pergerakan bukan lokomotor menjadi pilihan yang kelima dengan tambahan kemahiran memanipulasi peralatan. Sebelum imbangan skala dilakukan, murid perlu melambung pundi kacang sebanyak tiga kali sebelum meletakkan pundi kacang tersebut di belakang tengkuk semasa melakukan imbangan skala. Imbangan skala ini dilakukan dalam masa satu minit dengan tujuan melihat kebolehkawalan murid untuk menyeimbangkan badan dengan bebanan pundi kacang di belakang tengkuk. Pergerakan ini memperlihatkan konsep kesedaran tubuh badan iaitu keseimbangan badan apabila melakukan imbangan skala, hubungan dengan objek; penggunaan pundi kacang di belakang tengkuk dan kesedaran ruang (sederhana); kedudukan badan dari berdiri kepada menunduk dan mengangkat satu kaki (Mazuki Mohd Yasim et al., n.d.). Pergerakan keenam ialah melakukan skipping menggunakan gelung rotan dengan arah zig zag dari titik A ke titik B dengan menggunakan skitel sebagai tanda arah zig zag.
Pergerakan ini merupakan pergerakan lokomotor dan akan dilakukan sebanyak tiga kali set ulangan. Konsep pergerakan yang diterapkan adalah kesedaran ruang; pergerakan zig zag, kesedaran tubuh badan; badan akan menunduk untuk memuatkan diri memasuki gelung rotan, kualiti pergerakan; kepantasan untuk skipping menggunakan gelung rotan (sebahagian murid mampu untuk melakukan secara laju dan sebahagian pula secara perlahan atau sederhana) dan juga hubungan dengan peralatan. Menurut Hafiz Redza Ahmad (2013) aliran pergerakan dirangkai dengan berterusan, licin dan berterusan. Ini bertepatan apabila pergerakan ini memerlukan kelancaran yang berterusan semasa skipping menggunakan gelung rotan. Seterusnya, pergerakan ketujuh merupakan pergerakan bukan lokomotor. Murid akan duduk sambil mengangkang dan mencantumkan tapak kaki bersama pasangan. Kemudian mereka akan melakukan aktiviti menarik antara satu sama lain. Aktiviti akan dilakukan selama 30 saat untuk tiga kali ulangan. Berdasarkan pergerakan ini, konsep yang diterapkan adalah kesedaran badan. Perbezaan bentuk perbuatan yang badan boleh lakukan adalah membuat regangan tangan dan regangan kaki. Pergerakan ini juga menerapkan konsep hubungan antara manusia iaitu mencerminkan semula perbuatan yang dilakukan oleh murid A. Pergerakan ke lapan adalah merangkak melalui tangga sambil menggolekkan bola. Perbuatan ini merujuk kepada perbuatan lokomotor dengan kemahiran memanipulasi peralatan dan dilakukan sebanyak dua kali ulangan (Noor Izzati et al., 2012). Apabila murid melakukan aktiviti ini, konsep yang diterapkan adalah hubungan dengan peralatan. Murid menggunakan bola untuk digolekkan dan tangga untuk merangkak melaluinya. Aktiviti ini akan menjadi sedikit sukar apabila pelajar perlu merendahkan badan apabila sedang merangkak sambil menggolekkan bola tersebut. Badan juga akan bergerak secara perlahan sewaktu melalui tangga dan keterhadan ruang tangga akan menjadikan tahap kesukaran menjadi tinggi. Seterusnya, murid akan melakukan aktiviti lompat bintang sebanyak lima set ulangan. Lompat bintang ini merupakan pergerakan bukan lokomotor. Manakala konsep pergerakan yang diterapkan adalah kelajuan pergerakan. Pergerakan murid akan dilihat sama ada dia melakukan lompat bintang secara laju atau sederhana. Sebahagian murid dapat melakukan lompat bintang secara laju, manakala sebahagian yang lain melakukannya secara perlahan atau sederhana laju. Pergerakan terakhir adalah berlari dalam bulatan spiral dan membaling bola kepada pasangan yang melompat menggunakan papan anjal. Pergerakan ini menggabungkan kemahiran memanipulasi peralatan bersama pergerakan lokomotor. Pergerakan ini juga akan diulang sebanyak tiga kali ulangan. Konsep pergerakan yang diterapkan adalah kesedaran ruang. Murid menggunakan hubungan dengan arah iaitu berpusing secara spiral dan
melompat ke hadapan. Hubungan dengan objek juga diterapkan dengan penggunaan bola dan papan anjal. Kelajuan pergerakan juga di perhati dengan sama ada murid berlari secara laju atau sekadar berlari perlahan. 3.0 KESIMPULAN Segala butiran di atas menunjukkan pelan rangkaian pergerakan yang telah direka secara terperinci bagi mengaplikasikan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan pergerakan memanipulasikan peralatan. Dengan pendedahan pelan rangkaian pergerakan ini dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran pergerakan asas dengan baik dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
RUJUKAN Azhar bin Ariffin, Low Shiek Li, & Salleh bin Mohamed Sheh. (2016). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 1. https://anyflip.com/njokh/zejq/basic Hafiz Redza Ahmad. (2013). Pergerakan Kreatif. https://www.academia.edu/5177229/HBEP2103_PERGERAKAN_KREATIF Howton, A. (2010). Making connections: Improving movement skills by integrating knowledge from dance disciplines. https://www.researchgate.net/publication/311575045_Making_Connections_Improving_ Movement_Skills_by_Integrating_Knowledge_from_Dance_Disciplines Joseprin @ Jamaluddin bin Abdullah. (2013). Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. https://www.slideshare.net/tembuakar1/ct11210424-td10003-t3 Komala Rangarau. (2013). Pergerakan Lokomotor. https://www.scribd.com/doc/129529946/PERGERAKAN-LOKOMOTOR Mazuki Mohd Yasim, Md Amin Md Taff, Jaffry Zakaria, Azlizam Aziz, & Salwani Hassan. (n.d.). QGJ3043-Ritma dan Pergerakan. https://pubhtml5.com/tezg/atqt/MODUL_PERGERAKAN_DAN_RITMA/17 Noor Izzati, Nor Munirah, Norshafiza, & Rosnazifa. (2012). Pelan litar pergerakan asas. http://gerak-kan.blogspot.com/2012/09/pelan-litar-pergerakan-asas.html