The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmi5709, 2018-12-20 04:18:57

takwim azmi eee2019-converted

takwim azmi eee2019-converted

pemimpin, tanggungjawab sebagai pengelola, pegawai, pengadil dan
penyokong dalam diri murid.

3.1.13 Semua dokumen dan perancangan yang telah disediakan hendaklah
diserahkan kepada Setiausaha Kokurikulum pada atau sebelum 18
FEBRUARI 2019 (ISNIN).

3.2 MURID
3.2.1 PENYERTAAN
a) Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib.
b) Setiap murid dimestikan melibatkan diri dalam mana-mana satu unit
pasukan pakaian seragam, kelab, persatuan dan sukan.
c) Peruntukkan masa untuk kegiatan kokurikulum sekolah sebagaimana
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 2/2007 bertarikh 15 Januari 2007 adalah
seperti berikut:

BIL AKTIVITI BILANGAN MINIT SETIAP BILANGAN PERJUMPAAN

PERJUMPAAN (MIN)

1 Unit Beruniform 240 MINIT 24 KALI

d) 2 Kelab & Persatuan 240 MINIT 2 KALI
Murid- 3 1M1S
Sepanjang tahun

murid secara bersama adalah bertanggungjawab atas kejayaan

sesuatu kelab/unit /pertubuhan yang dianggotainya.

e) Kehadiran murid dalam kegiatan kokurikulum mestilah tepat pada masa

yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah melalui guru penasihat

masing-masing.

f) Murid-murid yang hadir untuk sebarang kegiatan kokurikulum

dimestikan memakai pakaian seragam unit masing-masing.

g) Pakaian untuk kegiatan sukan ialah baju-T sekolah dengan seluar trek

berwarna gelap serta berkasut sukan yang sesuai.

h) Mana-mana murid yang tidak hadir untuk kegiatan kokurikulum unit

masing-masing tiga kali berturut-turut tanpa sebab boleh diberikan

surat tunjuk sebab daripada unit tersebut.

i) Adalah menjadi tanggungjawab murid untuk menjaga keselamatan diri/

masing-masing semasa menjalankan kegiatan kokurikulum.

4. DASAR SUKAN SEKOLAH/ 1MURID 1SUKAN

4.1 DASAR
“SUKAN SEPANJANG TAHUN”

4.2 MATLAMAT
Sukan sebagai sebahagian kokurikulum yang boleh menjadi pemangkin proses

101

pengajaran dan pembelajaran (P & P) sepanjang masa. Ia juga dapat mencapai
kecergasan mental, fizikal, emosi dan sosial untuk kejayaan pembelajaran.
Memupuk sifat kepimpinan dan disiplin dalam kalangan murid-murid.

4.3 PENGLIBATAN MURID DALAM SUKAN / PERMAINAN
4.3.1 Pemilihan dan penentuan kegiatan sukan / permainan kepada seseorang
murid ditentukan berdasarkan kepada minatnya dan keutamaan
permainan yang ditetapkan oleh sekolah.

4.3.2 Murid hanya dibenar melibatkan diri dalam 2 jenis permainan sahaja
tidak termasuk olahraga bagi satu penggal persekolahan (seperti
peraturan MSSK).

4.3.3 Pemain-pemain yang terpilih mewakili pasukan sekolah dikecualikan dari
menghadiri latihan pasukan rumah sekiranya tarikh dan masa latihan itu
bertindih.

4.3.4 Kegiatan pemainan/sukan hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sekali
seminggu dan memakan masa tidak kurang dari 2 jam.

4.3.5 Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali bermain untuk pasukan luar
kecuali penglibatan dalam MSS kelompok, negeri atau di peringkat MSSM.
Murid- murid boleh menyertai pasukan luar setelah mendapat
kebenaran bertulis dari Jabatan Pendidikan Negeri atau pihak sekolah.

4.4 PENGLIBATAN PASUKAN SEKOLAH DALAM KEJOHANAN LUAR
Pasukan sekolah akan mengambil bahagian di dalam kejohanan atau pertandingan
yang dianjurkan oleh badan-badan, persatuan sukan luar berdasarkan kepada
kesesuaian masa, kewangan, pengurusan dan potensi pencapaian.

4.5 KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA
4.5.1 Kebenaran ibu bapa WAJIB diperolehi terlebih dahulu sebelum
membawa murid ke tempat permainan kejohanan.

4.5.2 Setiausaha Sukan, Ketua Guru Penasihat atau Pengurus pasukan perlu
memastikan borang kebenaran ini telah diserahkan oleh murid terlibat
dan disahkan oleh Guru Besar.

4.4.3 Selain borang kebenaran penjaga, borang R01 (individu) dan Borang R02
(pasukan) perlu diisi untuk keperluan penganjur.

4.6 KEMUDAHAN / PENGURUSAN / PENGANGKUTAN

4.6.1 Penyediaan kemudahan kenderaan ke tempat-tempat pertandingan/ kejohanan
hendaklah diuruskan oleh Ketua Guru Penasihat Permainan berdasarkan senarai
giliran pengangkutan yang telah ditetapkan oleh Guru Besar / Penolong Kanan

102

Kokurikulum.

4.6.2 Ketua Guru Penasihat Permainan dan guru-guru lain yang terlibat membawa
pelajarperlu mengisi borang kebenaran/kelulusan Guru Besar PK Pentadbira PK
Kokurikulum untuk menggunakan kenderaan sendiri bagi tujuan membawa
murid ke tempat pertandingan.

4.6.3 Kadar tuntutan perbelanjaan kenderaan hendaklah dibuat mengikut kadar yang
telah ditetapkan oleh Guru Besar tertakluk kepada perubahan dari masa ke
masa itu antara RM5.00 – RM15.00 pergi dan balik jika guru tidak dibenarkan
membuat tuntutan daripada pihak penganjur (jika keadaan kewangan
mengizinkan).

4.6.4 Segala tuntutan perbelanjaan hendaklah dibuat kepada Guru Besar melalui PK
Kokurikulum/Setiausaha Sukan tidak lewat dari 2 minggu selepas tarikh
pertandingan dengan mengisi borang “Tuntutan Perbelanjaan Aktiviti
Kokurikulum” dengan menyertakan semua dokumen yang perlu (surat
Kejohanan, senarai murid terlibat, resit-resit dan borang).

4.6.5 Guru-guru yang terlibat menghantar murid ke tempat pertandingan layak
membuat tuntutan rasmi dengan mengisi borang tuntutan perjalanan (milage
claim) mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pekeliling perkhidmatan yang
sedang berkuatkuasa.

4.7 PERUNTUKAN MAKAN / MINUM

4.7.1 Kadar peruntukan minuman pada hari-hari pertandingan adalah berdasarkan
kepada kadar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu:

Elaun Murid Tempoh Pertandingan
RM 3.00 / seorang Tidak lebih ½ hari
RM 5.00 / seorang Sehari atau lebih

4.8 RAWATAN KECEDERAAN

4.8.1 Guru-guru permainan/rumah sukan hendaklah membawa murid-murid yang
tercedera ke hospital, jika ianya serius dengan secepat mungkin.

4.8.2 Rawatan kecederaan ringan dan kemudahan “First-Aid” boleh didapati di Bilik
Sukan dan/atau Bilik Kokurikulum. Murid-murid hanya dapat menggunakan
kemudahan ini di bawah pengawasan guru.

4.9 PENGGUNAAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN SUKAN

4.9.1 Guru-guru permainan dan guru-guru rumah sukan hendaklah sentiasa berada

103

bersama-sama murid bagi mengawasi penggunaan kemudahan dan peralatan
sukan.

4.9.2 Segala harta kekal atau separuh kekal yang terdapat di dalam dewan atau di
padang tidak boleh diubah kecuali dengan izin atau dirosakkan. Segala kerosakkan
peralatan semasa digunakan hendaklah dilaporkan kepada Setiausaha Sukan /
Ketua Panitia PJPK / Setiausaha Kokurikulum atau PK Kokurikulum.

4.9.3 Ketua Guru Penasihat Permainan/Guru Rumah Sukan hendaklah memastikan
peminjaman dan pemulangan alatan sukan dibuat dengan teratur dan sempurna
dengan mengisi Buku Rekod Pinjaman Alatan Sukan yang disediakan di Bilik Sukan.

4.9.4 Kehilangan alatan hendaklah dilaporkan kepada Setiausaha Sukan / Ketua
Panitia PJPK.

4.10 REKOD PENGLIBATAN MURID
4.10.1 Ketua Guru Penasihat Permainan/Guru Rumah Sukan hendaklah membuat
laporan mengenai aktiviti dari semasa ke semasa. Laporan ini akan dipungut
dan disemak oleh Penyelaras Sukan / Setiausaha Sukan pada bila-bila masa
sahaja.

4.10.2 Rekod penglibatan murid di semua peringkat sama ada mewakili pasukan
rumah, sekolah, MSS Kelompok, MSS Daerah, MSS Negeri atau MSSM hendaklah
dilaporkan kepada Setiausaha Sukan/ Penolong Kanan Kokurikulum untuk
direkodkan.

5. PENGURUSAN FAIL UNIT-UNIT KOKURIKULUM

5.1 KANDUNGAN
5.1.1 Surat permohonan penubuhan pasukan badan beruniform / kelab / persatuan
a) Draf perlembaga
b) Draf aktiviti
c) Senarai nama Jawatankuasa
d) Carta organisasi murid.
e) Surat kelulusan penubuhan daripada Guru Besar.
d) Minit Mesyuarat Agung penubuhan.
e) Perlembagaan dan senarai jawatankuasa yang disahkan oleh Guru Besar.
f) Surat pelantikan sebagai Guru Penasihat/Pemimpin (Ada Pernyataan
penurunan kuasa untuk pengelolaan dan penyeliaan).
g) Perancangan aktiviti asas unit dan jadual aktiviti tahunan yang disahkan oleh
Guru Besar / Penolong Kanan Kokurikulum.
h) Senarai keahlian yang disahkan oleh Guru Besar.
i) Surat permohonan bendahari mengutip derma kepada Guru Besar dan surat
kelulusan mengutip derma.
j) Surat permohonan menjadi ahli gabungan kepada badan induk.

104

k) Minit-minit mesyuarat.
l) Surat pekeliling yang berkaitan daripada KPM, JPN, PPD atau Sekolah.

Akaun Kewangan / belanjawan yang disediakan oleh Bendahari dan disahkan
oleh Penolong Kanan Kokurikulum / Guru Besar.
m) Laporan setiap aktiviti / Laporan Tahunan / Keseluruhan / Rekod Kehadiran
ahli.
n) Dokumen pencapaian cemerlang ahli-ahli, sampel Sijil Penyertaan / Sijil
Pencapaian / Sijil Penghargaan.
o) Mengurus dan menyimpan rekod penilaian kokurikulum ahli-ahli dengan baik.
p) Surat penyerahan kembali kuasa dan pelantikkan sebagai Guru Penasihat/
Pemimpin kepada Guru Besar.

5.2 JENIS-JENIS FAIL UNIT KOKURIKULUM
5.2.1 Fail Penyelaras
a) Carta Organisasi
b) Notis mesyuarat Jawatankuasa
c) Senarai Jawatankuasa & Keahlian
d) Minit-minit mesyuarat
e) Perancangan Strategik 2019
f) Takwim/Perancangan Tahunan setiap Unit.
g) Dokumentasi aktiviti: Laporan bergambar, senarai peserta/pemain terlibat,
pencapaian, keratan akhbar (jika ada) , Sijil-sijil / Surat pengharga

5.2.2 Fail Guru Penasihat

5.2.2.1 Fail 1
i) Draf Perlembagaan
ii) Draf Aktiviti
iii) Senarai Jawatankuasa Penaja Anggaran Perbelanjaan

105

5.2.2.2 Fail 2
i) Hal surat-menyurat
ii) Minit mesyuarat Jawatankuasa
iii) Minit Mesyuarat Agung
iv) Surat-surat Pekeliling berkaitan.

5.2.2.3 Fail 3
i) Laporan-laporan aktiviti yang telah dijalankan
ii) Rekod Kehadiran ahli bagi setiap aktiviti
iii)Dokumen-dokumen pencapaian / kemenjadian cemerlang murid.
iv) Fail 4Rekod Penilaian Kokurikulum Ahli
v) Data Kokurikulum

5.2.3 Fail Murid

5.2.3.1 Pengerusi
i) Maklumat ahli
ii) Senarai Ahli Jawatankuasa dan senarai guru penasihat.
iii) Perlembagaan Kelab/Persatuan/Pasukan Badan Beruniform.
iv) Minit Mesyuarat

106

5.2.3.2 Setiausaha

i) Minit Mesyuarat

ii) Surat-surat yang berkaitan berkaitan

iii) Buku-buku Panduan Kelab / Persatuan / Unit Beruniform.

iv) Perlembagaan Kelab

v) Maklumat ahli

vi) Senarai Ahli Jawatankuasa

vii)Laporan Mingguan

5.2.3.3 Bendahari

i) Penyata Kewangan

ii) Bil-bil pembelian

9. PROSEDUR PENGANJURAN PROGRAM
9.1 Surat permohonan mengadakan program kepada Guru Besar / PK Kokurikulum melalui guru
penasihat.
9.2 Membentuk jawatankuasa program yang melibatkan guru dan murid.
9.3 Kertas kerja atau kertas konsep program.
9.4 Surat menyurat kepada pihak / agensi berkenaan.
9.5 Bajet pogram.
9.6 Mencari penajaan (jika perlu/dapat).
9.7 Persiapan tempat pertandingan / aktiviti.

10. FORMAT PENYEDIAAN KERTAS KERJA DAN PELAPORAN AKTIVITI

10.1 PENYEDIAAN KERTAS KERJA

10.1.1 Pengenalan

10.1.2 Matlamat

10.1.3 Objektif

10.1.4 Sasaran

10.1.5 Program yang akan dijalankan

10.1.6 Syarat – syarat penyertaan

10.1.7 Tarikh, tempat dan tempoh pelaksanaan

10.1.8 Penyertaan (jantina dan Ras) & Kategori

10.1.9 Jawatankuasa (Kecil & Pelaksana)

10.1.10 Jadual Aktiviti

10.1.11 Dif Perasmian

10.1.12 Kewangan

10.1.13 Penutup

107

10.2 FORMAT LAPORAN AKTIVITI
10.2.1 Tajuk atau nama program
10.2.2 Tarikh & Tempat
10.2.3 Senarai kehadiran VVIP/ tetamu (majlis pembukaan/ penutup)
10.2.4 Jadual aktiviti
10.2.5 Data penyertaan (jantina & ras)
10.2.6 Keputusan acara-acara pertandingan
10.2.7 Agensi-agensi luar yang terlibat sama
10.2.8 Kewangan
a) Sumber KPM / agensi luar
b) Makan
c) Penginapan
d) Sewaan pengangkutan
e) Peralatan / bahan
f) Perkhidmatan
g) Hadiah
10.2.9 Isu dan penambaikan pengurusan dan keberkesanan program /aktiviti.
10.2.10 Sertakan gambar (minimum 12 keping). Keutamaan kepada Majlis
Perasmian, Majlis Penutup, Anugerah kepada pemenang dan rakaman
aktiviti semasa.
10.2.11 Laporan disimpan dalam CD soft copy bergambar, sekurang-kurangnya 1
tahun selepas program peringkat Kebangsaan/ Negeri/ Daerah/ Sekolah
dan hendaklah dihantar ke Bahagian Sekolah, KPM/ Unit Kokurikulum JPN
Negeri / PPD masing-masing.

11. PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)
11.1 PELAKSANAAN
11.1.1 Pelaporan PAJSK hendaklah dibuat pada bulan Oktober atau syarat bilangan
perjumpaan telah dipenuhi. Pengisian perlu dilakukan secara online apabila
Laman sesawang PAJSK dibuka.

11.1.2 Penilaian kokurikulum murid dilakukan pada setiap tahun sepanjang
persekolahannya. Keputusan penilaian akan dipersembahkan dalam
bentuk prestasi semasa (GPA) dan himpunan prestasi sepanjang tempoh
persekolahan (CGPA).

11.1.3 Penglibatan murid dalam aktiviti (tanggungan sendiri) yang tidak melalui /
diiktiraf dan mendapat kebenaran Bahagian Sekolah/KPM tidak diterima
pakai dalam pengiraan penilaian markah kokurikulum.

11.1.4 Penglibatan murid dalam Program Gotong Royong Kebangsaan yang
dilaksanakan di peringkat sekolah / daerah dan seterusnya, markah
penglibatan adalah mengikut peringkat penglibatan.

108

12. ASPEK-ASPEK YANG DINILAI
a) Kehadiran
b) Jawatan disandang
c) Penglibatan
d) Pencapaian

13. PENUTUP
Sebagai kegiatan kependidikan, kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di Sekolah

Kebangsaan Degong pada tahun ini diharap dapat berfungsi untuk membantu dan membolehkan
murid-murid mengamalkan dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperoleh di bilik
darjah, mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui pembelajaran
formal di bilik darjah, mengalami sendiri situasi dan proses yang menjana ilmu pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran yang telah dan akan dipelajari dalam bilik darjah dan melatih diri
berdikari dan memupuk sikap yakin kepada diri sendiri.

PANDUAN TUGAS & TANGGUNGJAWAB

A. SETIAUSAHA KOKURIKULUM (SU KO)
1) Membantu Guru Besar dan PK Kokurikulum menjayakan Unit Kokurikulum SK Degong.
2) Membantu mengemaskini dan menyelenggara urusan fail-fail utama dan SKPMG2 Unit
Kokurikulum serta memastikan fail-fail tersebut kemaskini dan disimpan rapi di Bilik Dokumen
sekolah.
3) Mematuhi SOP Unit Kokurikulum SK Degong.
4) Bersama dengan PK Kokurikulum menjalankan mesyuarat Unit Kokurikulum/mesyuarat
pertandingan peringkat kelompok dan daerah sebagai tuan rumah yang dilantik.
5) Menaip minit mesyuarat Unit Kokurikulum dan mengedarkannya kepada semua guru samada
dengan fotostat, email atau Frog-VLE seminggu selepas mesyuarat diadakan.
6) Membantu mengemaskini papan maklumat Unit Kokurikulum.
7) Membantu membuat borang pilihan kegiatan kokurikulum, analisis dan menyenaraikan nama ahli-
ahli Kelab Permainan, Badan Beruniform dan Persatuan Ko-Akademik.
8) Menyediakan bahan-bahan fail Aktiviti Kokurikulum 2019 sebelum diserahkan kepada semua Guru
Penasihat seawal bulan Januari.
9) Mengedarkan surat kebenaran ibu bapa bagi menjalankan aktiviti kokurikulum 2019 seawal
Januari.
10) Membantu membuat hebahan jadual atau pembatalan aktiviti/program Kokurikulum kepada
murid dan guru pada waktu perhimpunan pagi/aplikasi WhatsApp.

109

11) Memastikan semua Guru Penasihat menanda Rekod Kehadiran Kegiatan Kokurikulum pada setiap

hari Rabu dan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang berkenaan.

12) Memastikan fail Aktiviti Kokurikulum 2019 dikutip dan dihantar kepada PK Kokurikulum pada bulan

Mac, Mei, Julai dan Oktober mengikut takwim Unit Kokurikulum bagi tujuan semakan.

13) Meninjau dan membantu perjalanan aktiviti Kokurikulum setiap hari Rabu.

14) Tidak membenarkan murid mengeluarkan dan memasukkan alatan di stor sukan kecuali dibawah

pengawasan guru serta mencatatkan semua penggunaan alatan di buku yang disediakan. Sebarang

kehilangan alatan akan dikenakan tindakan disiplin.

15) Memastikan Borang R01, R02, surat kebenaran ibu bapa yang kosong dan yang sudah diisi sentiasa

berada dalam simpanan unit Kokurikulum selepas sesuatu aktiviti/pertandingan serta borang-

borang berkenaan serta membantu guru-guru penasihat/jurulatih untuk mendapatkan borang-

borang tersebut.

16) Menyimpan salinan sijil-sijil peserta pertandingan dan senarai nama pasukan di dalam fail Unit

Kokurikulum bagi tujuan penganugerahan pada Hari Aprisiasi Kokurikulum, Lapangan/Laluan

Bintang Sukan SK Degong dan simpanan sekolah bagi rujukan dari masa ke semasa.

17) Membuat analisa dan pencapaian murid-murid dalam pertandingan-pertandingan untuk tempoh 5

tahun terkini.

18) Mengutip kertas kerja dan laporan dokumentasi aktiviti/program Unit Kokurikulum peringkat

sekolah dan pertandingan daripada Guru Penasihat, Jurulatih dan Setiausaha Program.

19) Membantu mengira peratus kehadiran murid dalam kokurikulum pada bulan Oktober.

20) Membantu pengisian data PAJSK pada bulan Oktober-November.

21) Mencetak sijil PAJSK Tahun 6 untuk diserahkan kepada murid pada Hari Anugerah Cemerlang

Akademik.

22) Mencetak laporan/rumusan PAJSK tahun semasa bagi simpanan fail.

23) Memastikan Guru Kelas Tahun 4, 5 & 6 mengisi dan mengemaskini fail PAJSK murid sebelum

diserahkan kepada murid yang bertukar sekolah dan murid Tahun 6 yang tamat persekolahan

Tahun 6.

24) Mengutip fail-fail SEGAK daripada guru Pendidikan Jasmani pada bulan April dan September.

25) Membantu pengendalian program-program Unit Kokurikulum seperti Hari

Perkhemahan/Kokurikulum, Hari Sukan Negara dan Hari Apresiasi Kokurikulum.

26) Memastikan program pembangunan sukan permainan dan kejurulatihan dapat diadakan bagi

tahun semasa.

27) Berkerjasama dengan PIBG sekolah untuk mencari dan menyerap jurulatih dari kalangan ibu

bapa/adik-beradik murid yang berkelayakan atau berkemampuan untuk membantu melatih atlit

sekolah bagi meningkatkan lagi minat dan menggalakkan penyertaan murid. Secara tidak langsung

sarana PIBG juga dapat dipertingkatkan.

28) Berkerjasama dengan Setiausaha Sukan dalam setiap perjalanan aktiviti Unit Kokurikulum untuk

mencari dana kewangan daripada pihak luar bagi meningkatkan kemajuan dan melancarkan

perjalanan aktiviti Unit Kokurikulum.

29) Menjadi AJK Bilik Pendidikan Jasmani dan sentiasa memastikan alatan kelengkapan sukan

permainan dan perkhemahan adalah lengkap, bersih kemas, tersusun rapi dan mudah didapati.

30) Menggalakkan setiap kelab permainan (1M 1S)/badan beruniform/persatuan koakademik

mengadakan aktiviti yang menggunakan sistem Frog VLE sekurang-kurangnya dalam 2 aktiviti

perjumpaan.

31) Menggunakan sistem Frog VLE dalam program/pertandingan Unit Kokurikulum.

110

32) Satu Sijil Penghargaan khas untuk Setiausaha Kokurikulum pada Hari Apresiasi Kokurikulum.

B. SETIAUSAHA KELAB, PERSATUAN DAN BADAN BERUNIFORM (SU KPB)
1) Membantu mengelolakan fail aktiviti kokurikulum Kelab Permainan (1M 1S), Badan Beruniform
dan Persatuan Ko-Akademik.
2) Mematuhi SOP Unit Kokurikulum SK Degong.
3) Menyediakan bahan-bahan/sumber awal fail aktiviti kokurikulum seawal bulan Januari dan
memastikan setiap fail Kelab Permainan (1M 1S), Badan Beruniform dan Persatuan Ko-Akademik
adalah selaras dan menepati Instrumen Pemantauan Kokurikulum semasa.
4) Membantu Guru Penasihat mendapatkan bahan-bahan fail aktiviti kokurikulum dari masa ke
semasa.
5) Menyediakan bahan-bahan/sumber awal fail aktiviti kokurikulum bagi sesi tahun yang akan
datang.
6) Sijil Penghargaan untuk Setiausaha Kelab, Persatuan dan Badan Beruniform pada Hari Apresiasi
Kokurikulum.

C. PENYELARAS KOKURIKULUM KELAB PERMAINAN (1M 1S), PENYELARAS KOKURIKULUM BADAN
BERUNIFORM & PENYELARAS KOKURIKULUM PERSATUAN KO-AKADEMIK
7) Menyelaras aktiviti kokurikulum Kelab Permainan (1M 1S), Badan Beruniform dan Persatuan Ko-
Akademik.
8) Mematuhi SOP Unit Kokurikulum SK Degong.
9) Mengumpulkan dan memberi arahan kepada murid sebelum memulakan aktiviti.
10) Memastikan aktiviti berjalan baik dan lancar.
11) Memastikan semua Guru Penasihat menanda Rekod Kehadiran Kegiatan Kokurikulum.
12) Memastikan murid mematuhi peraturan dan disiplin sepanjang aktiviti hingga tamat aktiviti.
13) Tidak membenarkan murid mengeluarkan dan memasukkan alatan di stor sukan kecuali dibawah
pengawasan guru serta mencatatkan semua penggunaan alatan di buku yang disediakan. Sebarang
kehilangan alatan akan dikenakan tindakan disiplin.
14) Memastikan murid-murid berbaris dalam barisan lurus mengikut kelab permainan (1M 1S)/badan
beruniform/persatuan masing-masing di garaj sekolah dan menunggu arahan Penyelaras/Guru
Penasihat. Murid tidak dibenarkan berada di luar pagar sekolah, padang, kantin, tangga bangunan,
di mana-mana bilik darjah dan ceruk sekolah.
15) Murid hendaklah pulang sebaik sahaja tamat aktiviti.
16) Memastikan keselamatan murid diutamakan sepanjang aktiviti hingga waktu murid pulang.
17) Mengambil maklum akan status kesihatan murid pada hari tersebut.
18) Menjadi AJK Bilik Pendidikan Jasmani dan sentiasa memastikan alatan kelengkapan sukan
permainan dan perkhemahan adalah lengkap, bersih kemas, tersusun rapi dan mudah didapati.
19) Menggalakkan setiap kelab permainan (1M 1S)/badan beruniform/persatuan koakademik
mengadakan aktiviti yang menggunakan sistem Frog VLE sekurang-kurangnya dalam 2 aktiviti
perjumpaan.
20) Menggunakan sistem Frog VLE dalam program/pertandingan Unit Kokurikulum.
21) Satu Sijil Penghargaan khas untuk setiap penyelaras pada Hari Apresiasi Kokurikulum.

111

D. GURU PENASIHAT

1) Menjadi mentor dan fasilitator kepada ahli-ahli yang dipimpin.

2) Mematuhi SOP Unit Kokurikulum SK Degong.

3) Menyenaraikan nama ahli dengan nama penuh yang betul dan mengisi butir-butir dengan tepat.

4) Mengadakan mesyuarat dan menubuhkan jawatankuasa.

5) Membuat pendaftaran kelab/badan beruniform/persatuan dengan daerah jika berkenaan.

6) Merancang program/aktiviti sepanjang tahun dan membuat carta Gantt.

7) Menghadiri setiap aktiviti kokurikulum dan berkerjasama dengan guru-guru penasihat yang lain

bagi menjayakan kelab permainan (1M 1S)/badan beruniform/persatuan yang dikendali.

8) Ketidakhadiran hendaklah disertakan dengan salinan sijil sakit/surat/kebenaran dari Guru Besar.

9) Menanda kehadiran ahli pada setiap kali perjumpaan dengan kemas dan betul sehingga 24 kali

perjumpaan atau lebih.

10) Rekod kehadiran ahli hendaklah kemaskini setiap masa dan catatkan nama ahli baharu jika ada.

Hitung jumlah kehadiran dan kira peratus kehadiran murid pada bulan Oktober.

11) Guru Penasihat hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan kelab/badan

beruniform/persatuan yang dikendali iaitu pakaian lengkap sukan atau pakaian uniform.

12) Semua Guru Penasihat mestilah mencatatkan kehadiran dalam Rekod Kehadiran Kegiatan

Kokurikulum.

13) Memastikan semua ahli memakai pakaian yang sesuai dengan kelab permainan (1M 1S)/badan

beruniform/persatuan yang dikendali iaitu pakaian lengkap sukan atau pakaian uniform.

14) Memastikan murid-murid berbaris dalam barisan lurus mengikut kelab permainan (1M 1S)/badan

beruniform/persatuan masing-masing di kaki lima sekolah dan menunggu arahan Penyelaras/Guru

Penasihat. Murid tidak dibenarkan berada di luar pagar sekolah, padang, kantin, tangga bangunan,

di mana-mana bilik darjah dan ceruk sekolah.

15) Murid hendaklah pulang sebaik sahaja tamat aktiviti.

16) Bertanggungjawab sepenuhnya semasa mengambil, menggunakan dan memulangkan alatan sukan

permainan semula ke tempat yang sepatutnya dan memastikan Rekod Penggunaan Alatan diisi.

Murid tidak dibenarkan mengambil alatan sama sekali tanpa pengawasan guru mengikut pekeliling

dan atas faktor keselamatan.

17) Bertanggungjawab mengambil perhatian masalah kesihatan ahli sebelum menjalankan apa-apa

aktiviti dan membuat catatan di bahagian laporan aktiviti.

18) Bertanggungjawab menjalankan aktiviti selaras dengan silibus, teori, kemahiran dan undang-

undang kelab permainan (1M 1S)/badan beruniform/persatuan yang dikendali bagi

mempersiapkan ahli dengan ilmu dan asas kelab/badan beruniform/persatuan yang disertai

sebelum pertandingan-pertandingan di peringkat dalaman, kelompok dan Hari Perkhemahan di

peringkat sekolah/daerah/negeri/kebangsaan/antarabangsa.

19) Sekiranya cuaca hujan, kilat/petir, amaran panas yang melampau dan jerebu, aktiviti hendaklah

dijalankan di dalam dewan, kelas atau makmal komputer dengan berfokuskan kepada aktiviti yang

dirancang oleh kelab/badan beruniform/persatuan yang dikendali.

20) Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan ahli semasa ahli berada di dalam kawasan,

diluar pagar utama sekolah dan semasa menjalankan aktiviti di luar sekolah.

21) Menggalakkan dan memberi motivasi kepada ahli untuk menyertai aktiviti dan pertandingan

peringkat sekolah, kelompok, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

22) Bertanggungjawab menghadiri mesyuarat pertandingan, membantu mengurus hal-hal pengisian

borang, menghantar dan mengiringi ahli apabila menyertai pertandingan di luar sekolah.

112

23) Setiap badan beruniform/persatuan mestilah mengadakan sekurang-kurangnya 2 aktiviti
pertandingan, persatuan ko-akademik 2 aktiviti pertandingan manakala kelab permainan (1M 1S)
mengadakan 4 aktiviti pertandingan setahun. Projek Khas dari kelab/badan beruniform/persatuan
adalah amat digalakkan dan akan dihadiahkan Sijil Penghargaan kepada setiap Guru Penasihat dan
ahli terlibat.

24) Guru Penasihat bagi setiap kelab permainan (1M 1S)/badan beruniform/persatuan dikehendaki
mengadakan aktiviti yang menggunakan sistem Frog VLE sekurang-kurangnya dalam 2 aktiviti
perjumpaan.

25) Menggunakan sistem Frog VLE dalam program/pertandingan Unit Kokurikulum.
26) Menjalankan pentaksiran kokurikulum bagi setiap murid di dalam kelab/persatuan mengikut

teori/amali/kemahiran yang terkandung dalam silibus persatuan/kelab.
27) Sentiasa mengemaskini fail Aktiviti Kokurikulum 2019 bagi kelab permainan (1M 1S)/badan

beruniform/persatuan masing-masing.
28) Fail Aktiviti Kokurikulum 2019 hendaklah dihantar kepada PK Kokurikulum pada bulan Mac, Mei,

Julai dan Oktober mengikut takwim Unit Kokurikulum bagi tujuan semakan.
29) Membuat laporan dokumentasi yang terperinci bagi setiap program/pertandingan yang diadakan

berserta gambar dan disimpan di dalam fail Aktiviti Kokurikulum 2019.
30) Melaporkan penglibatan ahli secara terperinci kepada Setiausaha Kokurikulum bagi tujuan

pengisian data PAJSK tahun semasa.
31) Memastikan alatan kelengkapan sukan permainan dan perkhemahan adalah lengkap, tersusun rapi

dan mudah didapati.
32) Sijil Penghargaan untuk semua Guru Penasihat pada Hari Apresiasi Kokurikulum.

D. SETIAUSAHA SUKAN
1) Menyelaras semua program-program sukan dan permainan (1M 1S).
2) Mematui SOP Unit Kokurikulum SK Degong.
3) Membuat senarai nama ahli rumah sukan.
4) Membuat jadual latihan sukan.
5) Membuat kertas kerja dan membuat minit mesyuarat sukan tahunan.
6) Memantau perjalanan mesyuarat rumah sukan.
7) Menaip dan mengedarkan surat-surat yang berkaitan.
8) Memantau dan memastikan padang berada dalam keadaan baik, sedia dan selamat untuk
digunakan untuk latihan dan sukan tahunan.
9) Memastikan alatan sukan tahunan berada dalam kondisi baik dan membuat tempahan sekiranya
ada kekurangan.
10) Memastikan latihan sukan berjalan dengan baik dan lancar.
11) Memastikan semua guru dan ahli rumah sukan menanda kehadiran sebelum memulakan aktiviti
latihan.
12) Memastikan murid hanya dibenarkan memakai pakaian sukan baju T sekolah atau baju T putih,
tudung putih (murid perempuan) dan seluar panjang berwarna gelap, berkasut dan stoking pada
setiap kali latihan dan pada hari sukan.
13) Bertanggungjawab mengambil perhatian masalah kesihatan murid sebelum menjalankan apa-apa
aktiviti.

113

14) Tidak membenarkan murid mengeluarkan dan memasukkan alatan di stor sukan kecuali dibawah
pengawasan guru serta mencatatkan semua penggunaan alatan di buku yang disediakan. Sebarang
kehilangan alatan akan dikenakan tindakan disiplin.

15) Memastikan murid-murid berbaris dalam barisan lurus mengikut rumah sukan masing-masing di
garaj sekolah dan menunggu arahan Setiausaha Sukan/Guru Rumah Sukan. Murid tidak dibenarkan
berada di luar pagar sekolah, padang, kantin, tangga bangunan, di mana-mana bilik darjah dan
ceruk sekolah.

16) Murid hendaklah pulang sebaik sahaja tamat aktiviti.
17) Mengadakan raptai perbarisan dan istiadat sukan sekurang-kurangnya 3 kali sebelum hari sukan

sebenar.
18) Memastikan guru-guru berkerjasama menjayakan sukan tahunan dan perjalanan majlis berjalan

dengan baik dan lancar pada hari sukan sebenar.
19) Sekiranya cuaca hujan, kilat/petir, amaran panas yang melampau dan jerebu, latihan hendaklah

dibatalkan dan Setiausaha Sukan/Guru Rumah Sukan perlu menunggu murid selamat diambil oleh
ibu bapa mereka.
20) Sebarang pembatalan latihan hendaklah diberitahu dan dimaklumkan dengan lebih awal kepada
ibu bapa pemain bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
21) Membuat laporan dokumentasi yang terperinci bagi setiap program/pertandingan yang diadakan
berserta gambar dan disimpan di dalam fail Sukan Tahunan.
22) Menganjurkan Hari Sukan Negara/Kem 1 Murid 1 Sukan/Klinik Sukan Permainan dan
menjayakannya seperti proses mengadakan program sukan tahunan.
23) Menjadi Pengerusi Bilik Pendidikan Jasmani dan sentiasa memastikan alatan kelengkapan sukan
permainan dan perkhemahan adalah lengkap, bersih kemas, tersusun rapi dan mudah didapati.
24) Membantu Jurulatih dalam memilih atlit dan melaksanakan pembangunan sukan sekolah.
25) Mengendalikan sekurang-kurangnya 2 Program Pembangunan Sukan Sekolah pada tahun semasa.
26) Menggunakan sistem Frog VLE dalam program/pertandingan Unit Kokurikulum.
27) Menguruskan perihal teknikal sukan dan membuat padang yang berkaitan dengan permainan yang
akan dilatih.
28) Berkerjasama dengan PIBG sekolah untuk mencari dan menyerap jurulatih dari kalangan ibu
bapa/adik beradik murid yang berkelayakan atau berkemampuan untuk membantu melatih atlit
sekolah bagi meningkatkan lagi minat dan menggalakkan penyertaan murid. Secara tidak langsung
sarana PIBG juga dapat dipertingkatkan.
29) Berkerjasama dengan Setiausaha Kokurikulum untuk mencari dana kewangan daripada pihak luar
bagi meningkatkan kemajuan dan melancarkan perjalanan aktiviti Unit Kokurikulum.
30) Mengemaskini fail IKEPS, mengisi data dalam sistem EMISONLINE pada bulan Oktober dan
membuat cetakan rumusan untuk simpanan fail Unit Kokurikulum.
31) Sijil Penghargaan untuk Setiausaha Sukan pada Hari Apresiasi Kokurikulum.

E. JURULATIH

1) Menjadi jurulatih kepada pasukan badan beruniform/persatuan ko-akademik/sukan permainan

sekolah

2) Mematuhi SOP Unit Kokurikulum SK Degong.

3) Membuat pemilihan pemain seawal bulan Oktober-Disember.

4) Membuat senarai nama pemain.

114

5) Membuat kertas kerja dan jadual latihan Pre Season/While Season/Off Season.
6) Membuat surat pemberitahuan dan memohon kebenaran membuat latihan pasukan dari Sekolah

Agama Rakyat bagi pemain yang terlibat.
7) Memastikan murid hanya dibenarkan memakai pakaian sukan baju T sekolah atau baju T putih,

tudung putih (murid perempuan) dan seluar panjang berwarna gelap, berkasut dan stoking pada
setiap kali latihan .
8) Membuat pemilihan pemain selewat-lewatnya 3 minggu sebelum pertandingan.
9) Bertanggungjawab mengambil perhatian masalah kesihatan murid sebelum menjalankan apa-apa
aktiviti dan membuat catatan di bahagian laporan aktiviti.
10) Tidak membenarkan murid mengeluarkan dan memasukkan alatan di stor sukan kecuali dibawah
pengawasan guru serta mencatitkan semua penggunaan alatan di buku yang disediakan. Sebarang
kehilangan alatan akan dikenakan tindakan disiplin.
11) Bertanggungjawab sepenuhnya semasa mengambil, menggunakan dan memulangkan alatan sukan
permainan semula ke tempat yang sepatutnya dan memastikan Rekod Penggunaan Alatan diisi.
Murid tidak dibenarkan mengambil alatan sama sekali tanpa pengawasan guru mengikut pekeliling
dan atas faktor keselamatan.
12) Memastikan murid-murid menunggu di bawah garaj dan menunggu arahan Jurulatih.
13) Murid tidak dibenarkan berada di luar pagar sekolah, padang, kantin, tangga bangunan, di mana-
mana bilik darjah dan ceruk sekolah.
14) Keselamatan dan disiplin murid adalah tanggungjawab jurulatih pasukan.
15) Kehadiran adalah wajib bagi jurulatih-jurulatih dan murid yang terlibat. Sebarang ketidakhadiran
perlulah disertakan dengan surat dan dikepilkan ke dalam fail pasukan.
16) Bertanggungjawab menjalankan aktiviti selaras dengan silibus, teori, kemahiran dan undang-
undang sukan permainan yang dikendali bagi mempersiapkan pasukan dengan ilmu dan asas sukan
permainan sebelum pertandingan-pertandingan di peringkat
sekolah/kelompok/daerah/negeri/kebangsaan.
17) Menggalakkan dan memberi motivasi kepada murid untuk menyertai aktiviti dan pertandingan
peringkat sekolah, kelompok, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
18) Sekiranya cuaca hujan, kilat/petir, amaran panas yang melampau dan jerebu, latihan hendaklah
dibatalkan dan jurulatih perlu menunggu murid selamat diambil oleh ibu bapa mereka.
19) Sebarang pembatalan latihan hendaklah diberitahu dan dimaklumkan dengan lebih awal kepada
ibu bapa pemain bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
20) Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan ahli semasa ahli berada di dalam kawasan,
diluar pagar utama sekolah dan semasa menjalankan aktiviti di luar sekolah.
21) Bertanggungjawab menghantar dan mengiringi ahli apabila menyertai pertandingan di luar
sekolah.
22) Menjadi AJK Bilik Pendidikan Jasmani dan sentiasa memastikan alatan kelengkapan sukan
permainan dan perkhemahan adalah lengkap, bersih kemas, tersusun rapi dan mudah didapati.
23) Memberikan maklumat dan pencapaian murid dengan teliti dan mengambil kira peringkat
penyertaan murid kepada Setiausaha Kokurikulum bagi pengisian data PAJSK .
24) Menggunakan sistem Frog VLE dalam program/pertandingan Unit Kokurikulum.
25) Sijil Penghargaan untuk Setiausaha Sukan pada Hari Apresiasi Kokurikulum.

115

F. GURU PENDIDIKAN JASMANI
1) Ujian SEGAK hendaklah dilaksanakan 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos kepada murid
Tahun 4, 5 dan 6 berpandukan Buku Panduan SEGAK 2016.
2) Bertanggungjawab mencetak Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) yang terdapat pada SPI KPM
Bil.2/2016 mengikut bilangan murid dan menyimpannya dalam sebuah fail.
3) Membuat rumusan akhir di borang ujian sebelum diserahkan kepada PK Kokurikulum pada bulan
April dan September.
4) Mengisi dan mencetak rumusan data SEGAK dalam sistem online PAJSK sebelum akhir bulan
November. Hasil dapatan ujian SEGAK perlulah dicetak, dimaklumkan dan diserahkan kepada ibu
bapa/penjaga murid.
5) Memanfaatkan Analisis Ujian SEGAK dan membuat tindakan susulan kepada murid-murid selepas
Ujian SEGAK dan direkodkan.
6) Memuat turun bahan berkaitan Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Sains Sukan melalui
laman sesawang: https://pjpkssn.blogspot.my.
7) Guru Pendidikan Jasmani Tahun 6 bertanggungjawab mencetak sijil SEGAK melalui sistem online
PAJSK sebelum bulan November dan menyerahkannya kepada Setiausaha Kokurikulum untuk
disampaikan kepada murid pada Hari Anugerah Cemerlang Akademik.
SEGALA PERUBAHAN SERTA PEMBERIAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ADALAH TERTAKLUK DI
ATAS KUASA GURU BESAR MENGIKUT KEPENTINGAN DARI MASA KE SEMASA.

116


Click to View FlipBook Version