MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 1 1.0 TUJUAN Manual ini adalah untuk menjelaskan kepada kakitangan KEMAS tentang tatacara Pengurusan Akaun TABIKA dan TASKA KEMAS. 2.0 PENGENALAN 2.1 Pelaksanaan TABIKA dan TASKA KEMAS yang berjaya adalah kesan daripada pengurusan dan pentadbiran yang baik. Salah satu elemen pengurusan yang perlu diberi penekanan ialah mengenai kewangan. Kewangan amat memberi impak yang besar kepada operasi TABIKA dan TASKA. Tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi, aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dan kokurikulum untuk kanak-kanak serta program sokongan sosial lain melibatkan ibu bapa/penjaga dan masyarakat tidak dapat dijalankan dengan berjaya. 2.2 Bagi memastikan pengurusan kewangan TABIKA dan TASKA dilaksanakan dengan cekap, telus dan berkesan, KEMAS telah menetapkan bahawa setiap kelas TABIKA dan TASKA WAJIB mewujudkan akaun di bank-bank komersial sedia ada. Ini kerana TABIKA dan TASKA perlu menguruskan sumber kewangan pada setiap tahun iaitu peruntukan Kerajaan bagi Program Bantuan Makanan Tambahan (PBMT), Geran Perkapita (GPK) dan sumbangan ibu bapa/penjaga dan masyarakat. Tanggungjawab menguruskan kewangan dan akaun ini telah menjadi salah satu tugas utama Pendidik Masyarakat (PM)/Pembantu Pendidik Masyarakat (PPM) TABIKA dan TASKA selaku Bendahari. 2.3 Pengurusan kewangan dan akaun di TABIKA dan TASKA KEMAS telah diselaraskan pelaksanaannya dengan sistematik melalui “Manual Pengurusan Akaun TABIKA dan TASKA”. Manual ini menjelaskan secara terperinci mengenai tafsiran, peraturan dan tatacara, kuasa dan tanggungjawab, had nilai, proses kerja, laporan dan pemantauan.
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 2 3.0 OBJEKTIF 3.1 Memastikan perbelanjaan dibuat mengikut tatacara kewangan yang berkuatkuasa, cekap dan berkesan. 3.2 Memastikan penyediaan laporan kewangan diihantar mengikut tarikh yang ditetapkan. 3.3 Memastikan semua pegawai (Ibu Pejabat KEMAS, Pejabat KEMAS Negeri dan Pejabat KEMAS Bahagian/Daerah dalam Pengurusan Akaun TABIKA dan TASKA KEMAS)/Jawatankuasa TABIKA/TASKA yang terlibat mematuhi dan melaksanakan arahan Manual Pengurusan Akaun TABIKA dan TASKA KEMAS (MPA) yang digariskan. 4.0 SKOP Manual ini disediakan untuk panduan/rujukan kepada kakitangan KEMAS di peringkat Ibu Pejabat, Negeri dan Bahagian/ Daerah serta TABIKA dan TASKA dalam Pengurusan Akaun TABIKA dan TASKA KEMAS iaitu Program Bantuan Makanan Tambahan (PBMT), Geran Perkapita (GPK) dan Sumbangan melalui Penyaluran Terus mengikut tatacara dan prosedur yang betul dengan penuh akauntabliti dan integriti. 5.0 PUNCA KUASA/RUJUKAN (MANUAL PERLU DIBACA DAN DIRUJUK BERSAMA) 5.1 Surat Kelulusan Standard Operating Procedure (SOP) Bantuan Makanan Tambahan (BMT) di TABIKA dan TASKA Seliaan Kerajaan Persekutuan Oleh Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 20 Disember 2019 dalam rujukan surat MOF.BPK(S) 600-1/5/7 (21). 5.2 Manual Pengurusan Akaun TABIKA/TASKA KEMAS Tuntutan Semula (KEMAS/MP/TBKTSK/09) (Bil. 01 Tahun 2015) Tarikh Dikeluarkan 30 November 2015. Terbatal melalui arahan terkini.
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 3 5.3 Surat Kelulusan Khas Penyaluran Terus Peruntukan Makanan Tambahan Ke Akaun TABIKA KEMAS dan TASKA PERMATA KEMAS oleh Kementerian Kewangan – Rujukan Surat KK/BPB (14.00) 202-57 Jld.2 Sk.3 (6) Bertarikh 31 Disember 2014. Terbatal melalui arahan terkini. 5.4 Garis Panduan Pengoperasian dan Peraturan Kutipan Bayaran TABIKA/TASKA Tahun Semasa. 5.5 AP 147- Buku Tunai (Arahan Perbendaharaan). 5.6 Manual Pengurusan Jawatankuasa Aktiviti TABIKA/TASKA KEMAS (KEMAS/MP/TBKTSK/07- BIL.01 TAHUN 2023). 5.7 Manual Pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa TABIKA/TASKA PERMATA KEMAS (KEMAS/MP/TBKTSK/05 - BIL.01 TAHUN 2023). 5.8 Manual Pengurusan Dokumentasi TABIKA/TASKA KEMAS (KEMAS/MP/TBKTSK/03 - BIL.01 TAHUN 2023). 5.9 Manual Pengurusan Keselamatan Makanan dan Pemakanan TABIKA/TASKA KEMAS (KEMAS/MP/TBKTSK/06 - BIL.01 TAHUN 2023). 5.10 Menu dan Resepi Program Bantuan Makanan Tambahan (PBMT) Bagi Kanak-kanak di TABIKA dan TASKA PERMATA KEMAS Semakan 2018. 6.0 PERATURAN-PERATURAN AM 6.1 Kegunaan wang akaun TABIKA dan TASKA KEMAS yang terkumpul adalah untuk tujuan kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak. Wang ini perlu dibelanjakan bagi kanak-kanak.
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 4 6.2 Kekerapan pengeluaran wang hanya boleh dibuat dua (2) kali sebulan. 6.3 Unjuran perbelanjaan dan kertas kerja perancangan program tidak boleh melebihi tiga (3) bulan bagi satu kertas kerja. 6.4 Had pengeluaran wang yang tidak melebihi RM1,000.00 sebulan perlu mendapat kelulusan daripada Pengerusi dan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti TABIKA dan TASKA KEMAS dan diminitkan. (Lampiran MPA 01 dan MPA 02) 6.5 Had pengeluaran wang yang melebihi RM1,000.00 sebulan tetapi kurang daripada RM3,500.00 (TABIKA) dan RM5,000.00 (TASKA) perlu mendapat kelulusan daripada PKB/PKD. Bagi Negeri yang tiada PKB/ PKD, kuasa kelulusan adalah kepada TPPAK / PPKPAK atau Pegawai yang diberikan kuasa oleh PKMN secara bertulis. (Lampiran MPA 03) 6.6 Had pengeluaran wang yang melebihi RM3,500.00 (TABIKA) dan RM5,000.00 (TASKA) perlu mendapat kelulusan daripada PKMN. (Lampiran MPA 04) 6.7 Baki bulanan bagi PBMT perlu diisytiharkan pada setiap hujung bulan dan di bawa ke bulan berikutnya (Penyata bulanan). Sekiranya terdapat baki di akhir tahun perlulah di bawa ke tahun berikutnya (Penyata tahunan) untuk KEGUNAAN PBMT SAHAJA. 6.8 Sekiranya jumlah baki terkumpul pada akhir tahun melebihi RM5,000.00 bagi tahun semasa perlu diisytiharkan atau dimaklumkan kepada PKMN bersama lampiran penyata akaun. 6.9 Bayaran bagi tujuan perbelanjaan PBMT, GPK dan Sumbangan perlu dijelaskan dalam empat belas hari (14) hari selepas pengeluaran wang.
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 5 6.10 Semua perbelanjaan dan penerimaan perlu direkodkan serta dikemaskini oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira serta disahkan oleh Pengerusi pada atau sebelum lima (5) haribulan bulan berikutnya serta disemak oleh PPPAK selepas lima (5) haribulan. 6.11 Semua pembelian/pembekalan yang menggunakan duit Akaun TABIKA dan TASKA KEMAS perlu direkodkan dalam Buku Daftar Inventori, Rekod Harta Modal, Rekod Daftar Stok (perlu dirujuk dan dimaklumkan dengan Pegawai Aset Daerah/Negeri). 6.12 Kuasa Kelulusan adalah individu yang diberi kuasa untuk meluluskan pengeluaran wang mengikut had yang telah ditetapkan. 6.13 Sekiranya Pendidik Masyarakat/Pembantu Pendidik Masyarakat kelas tersebut tidak dapat menjalankan tugas untuk tempoh masa yang panjang, cuti bersalin atau cuti sakit (dalam tempoh 3 bulan), tugas Bendahari akan diambil alih oleh Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-kanak (PPPAK) dan dibantu oleh pengganti atau Pegawai yang diberi tanggungjawab oleh Pegawai KEMAS Bahagian/Daerah/MT. 6.14 Sekiranya PM bukan berstatus kontrak/tetap, TIDAK LAYAK untuk menjawat jawatan Bendahari TABIKA/TASKA. (Rujuk Manual Jawatankuasa) 6.15 Jawatan Pengerusi dan Setiausaha TIDAK DIBENARKAN dari kalangan kakitangan KEMAS kecuali TABIKA/TASKA di bawah agensi KKDW. Jawatan Pengerusi dan Setiausaha TIDAK DIBENARKAN mempunyai hubungan kekeluargaan dan bukan dari kakitangan KEMAS. 6.16 Sebarang perbelanjaan pendahuluan menggunakan wang PM perlu mendapatkan kelulusan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti.
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 6 7.0 SUMBER KEWANGAN DAN TATACARA PERBELANJAAN 7.1 Peruntukan Program Bantuan Makanan Tambahan (PBMT) 7.1.1 Pelaksanaan program merujuk kepada Manual Bantuan Makanan Tambahan di TABIKA/TASKA KEMAS (MBMT) yang sedang berkuatkuasa. 7.1.2 Peruntukan bantuan makanan tambahan semasa Hari Persekolahan, Program/Aktiviti Kokurikulum dan Aktiviti PdPc Tambahan untuk setiap kanak-kanak TABIKA dan TASKA KEMAS dengan kadar kelulusan SEMASA yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan atau Pegawai Pengawal Kementerian. 7.2 Peruntukan Geran Perkapita (GPK) 7.2.1 Setiap kanak-kanak yang belajar di TABIKA dan TASKA KEMAS layak menerima Geran Perkapita (GPK). GPK merupakan skim bantuan pendidikan kepada setiap kanak-kanak TABIKA dan TASKA KEMAS yang diberi secara one off pada setiap tahun. Ia mula dilaksanakan pada tahun 2007 di bawah Rancangan Malaysia ke-Sembilan (RMK-9). 7.2.2 Objektif Geran PerKapita : i. Membantu ibu bapa yang terdiri daripada golongan luar bandar, berpendapatan rendah, miskin dan termiskin. ii. Menyediakan alat pembelajaran yang lengkap kepada kanakkanak TABIKA dan TASKA KEMAS. iii. Merangsang pertumbuhan dan perkembangan sosio emosi, fizikal, intelek dan rohani kanak-kanak.
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 7 iv. Membantu Pendidik Masyarakat/Pembantu Pendidik Masyarakat menyampaikan pengajaran dan pemudahcaraan kepada kanak-kanak dengan lebih menarik dan berkesan. 7.2.3 Kadar dan komponen GPK bagi setiap kanak-kanak pada setiap tahun adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan tahun semasa. 7.2.4 GPK KEMAS terbahagi kepada dua (2) iaitu : i. GPK Umum. Skim bantuan pendidikan kepada setiap kanak-kanak yang belajar di TABIKA dan TASKA pada setiap tahun dengan kadar berdasarkan peruntukan tahun semasa dan kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). TABIKA Bil. Perkara 1. Buku Aktiviti Kanak-kanak TABIKA KEMAS 2. Buku Log Harian 3. Alatan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) 4. Lawatan Pendidikan (Contoh : Balai Polis, Bank dan lainlain. 5. Penyelenggaran Alat Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), kemudahan, pembersihan kawasan dan utiliti. TASKA Bil. Perkara 1. Buku Log Harian dan Kad Kolaborasi 2. Alatan Pengajaran dan Pemudahcaraan 3. Lawatan Pendidikan (Contoh : Balai Polis, Bank dan lainlain. 4. Penyelenggaran Alat Pengajaran dan Pemudahcaraan
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 8 Bil. Perkara (PdPc), kemudahan, pembersihan kawasan dan utiliti. 5. Alat kebersihan kanak-kanak untuk kegunaan harian seperti tuala, syampu, sabun mandi, talkum, ubat gigi, berus gigi dan lain-lain. ii. GPK Khas (diberikan kepada kanak-kanak dari keluarga miskin/miskin tegar/B40 sahaja). Skim bantuan pendidikan kepada setiap kanak-kanak dalam keluarga B40 (tertakluk kepada Klasifikasi Pendapatan yang ditetapkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa mengikut Negeri) di TABIKA dan TASKA pada setiap tahun dengan kadar berdasarkan peruntukan tahun semasa dan kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). TABIKA Bil. Perkara 1. Pakaian Seragam 2. Baju Sukan 3. Beg TASKA Bil. Perkara 1. Cadar/selimut/sarung bantal 2. Tuala mandi/tuala tangan 7.3 Sumbangan 7.3.1 Sumbangan Ibu bapa/Penjaga. (Perlu merujuk kepada “Arahan Pentadbiran KEMAS : Pengoperasian dan Peraturan Kutipan Bayaran TABIKA/TASKA” yang sedang berkuatkuasa) 7.3.2 Sumbangan/Yuran Pendaftaran kanak-kanak.
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 9 7.3.3 Insurans kanak-kanak. 7.3.4 Kadar sumbangan bulanan (TABIKA) dan yuran bulanan (TASKA). 7.3.5 Sumbangan perseorangan. 7.3.6 Lain-lain bayaran/kutipan semasa yang diluluskan oleh PKMN. 7.3.7 Sumbangan boleh diterima dalam bentuk tunai atau secara dalam talian ke AKAUN TABIKA/TASKA. 7.3.8 Wang sumbangan boleh dibelanjakan bagi membiayai sebahagian kos pengurusan dan pentadbiran TABIKA dan TASKA yang tidak ditanggung/tidak dibiayai oleh peruntukan Jabatan setelah mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti TABIKA dan TASKA KEMAS. Antara jenis pembayaran yang boleh digunakan wang sumbangan adalah berikut: i. Pembayaran Bil (sekiranya tidak dibiayai oleh Jabatan) Membayar bil utiliti (bil eletrik, bil air, bil telefon, bil internet, bil Astro), bil perkhidmatan (pengangkutan untuk kegunaan TABIKA dan TASKA KEMAS), bil penapis air/udara dan lainlain bil berkaitan TABIKA dan TASKA KEMAS. ii. Pembelian Peralatan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) a. Pembelian bahan peralatan, bahan bacaan dan bahan bantu mengajar untuk pembelajaran dan pemudahcaraan dan kelengkapan pusat-pusat pembelajaran. b. Pembelian peralatan alat permainan luar dan permainan dalam yang bersesuaian.
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 10 c. Pembelian alat kelengkapan untuk keselamatan, keceriaan dan kebersihan kelas. iii. Aktiviti Kokurikulum Membiayai kos logistik aktiviti kanak-kanak bersama ibu bapa/penjaga dan masyarakat yang berkaitan dengan pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan seperti aktiviti sukan, lawatan pendidikan, Hari Potensi, Hari Kebesaran/Perayaan (Bulan Kemerdekaan, Hari Raya) dan acara-acara lain. iv. Bayaran saguhati tambahan Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS) TABIKA dan TASKA KEMAS Bayaran saguhati tambahan Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS) TABIKA dan TASKA KEMAS berdasarkan kadar yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti dan diminitkan. v. Bayaran Deposit Sewaan Bayaran deposit sewaan menggunakan wang sumbangan perlu disertakan bersama dengan Surat Perjanjian Pendahuluan Deposit Sewaan (Lampiran MPA 12) yang ditandatangani oleh Pendidik Masyarakat, Pengerusi dan Pemilik Bangunan. vi. Bayaran Sewaan Premis Membiayai bayaran sewaan premis TABIKA/TASKA KEMAS sehingga mendapat kelulusan pembayaran oleh Jabatan. Bendahari perlu mengutip semula bayaran sewaan yang telah dibayar menggunakan wang sumbangan. Surat perjanjian bayaran bulanan (Lampiran MPA 13) perlu disediakan sebelum pembayaran menggunakan wang sumbangan boleh dilaksanakan. Resit/baucar pembayaran perlu direkodkan.
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 11 vii. Makan minum mesyuarat dan aktiviti ibu bapa/penjaga Membiayai perbelanjaan makan minum seperti Mesyuarat Agung, Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti TABIKA dan TASKA KEMAS dan lain-lain mesyuarat yang berkaitan pengurusan TABIKA dan TASKA KEMAS dengan kadar munasabah. viii. Penyelenggaraan kecil bangunan dan peralatan Membiayai perbelanjaan kecil bahan dan upah kerja bagi membaiki bangunan/peralatan yang tidak dibiayai oleh Kerajaan di bawah nilai RM5,000.00. Sekiranya melebihi RM5,000.00, perlu mendapatkan kelulusan PKMN dengan dilampirkan spesifikasi baikpulih/penyelenggaraan. ix. Aktiviti Keceriaan TABIKA dan TASKA KEMAS Membiayai perbelanjaan bahan dan upah kerja bagi aktiviti keceriaan dan keindahan bangunan/peralatan yang tidak dibiayai oleh Kerajaan. 8.0 WANG TUNAI DI TANGAN 8.1 Sejumlah wang tunai sehingga RM800.00 bagi Semenanjung dan RM1,000.00 bagi Sabah Sarawak dibenarkan untuk dipegang oleh Bendahari bagi tujuan pembayaran kecil yang segera dan kecemasan. Wang tunai tersebut perlu disimpan di dalam Kabinet Besi Berpalang/Berkunci atau almari berkunci. 8.2 Wang ini TIDAK TERMASUK perbelanjaan Program Bantuan Makanan Tambahan (PBMT) dan Geran Perkapita Kanak-kanak serta Sumbangan yang telah ada perancangan. 8.3 Perbelanjaan wang tunai di tangan perlu di rekod dan diminitkan. 9.0 TATACARA PENGELUARAN WANG
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 12 9.1 Tatacara pengeluaran wang akaun TABIKA/TASKA perlu merujuk kepada Lampiran MPA 01, Lampiran MPA 02, Lampiran MPA 03 dan Lampiran MPA 04. 9.2 Peranan dan had kuasa bagi Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Pemeriksa kira-kira adalah seperti jadual berikut: Jawatan Tanggungjawab Tindakan Bersama Pengerusi i. Memutuskan dan meluluskan pengeluaran wang tidak melebihi RM1,000.00 daripada Akaun TABIKA dan TASKA KEMAS setelah dibentangkan dan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti TABIKA dan TASKA KEMAS dan diminitkan. ii. Menandatangani surat permohonan kelulusan pengeluaran wang melebihi RM1,000.00 tetapi kurang daripada RM3,500 (TABIKA) dan RM5,000.00 (TASKA) kepada Pegawai KEMAS Bahagian/Pegawai KEMAS Daerah. Bagi Negeri yang tiada PKB/ PKD, kuasa kelulusan adalah kepada TP/ PPK PAK atau Pegawai/MT yang diberikan kuasa oleh PKMN secara bertulis iii. Menandatangani surat permohonan kelulusan pengeluaran wang melebihi RM3,500.00(TABIKA) dan RM5,000.00 (TASKA) kepada Pengarah KEMAS Negeri. • Permohonan pengeluaran disediakan Jawatankuasa Aktiviti PKB/PKD/MT Pengerusi/ Setiausaha PKMN/PKB/PKD/MT Pengerusi/Setiausaha
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 13 Jawatan Tanggungjawab Tindakan Bersama oleh Setiausaha dan ditandatangani oleh Pengerusi. Melalui dan salinan kepada PKB/PKD atau Pegawai/ MT yang diberi kuasa secara bertulis. • Kertas kerja (unjuran) disediakan oleh Bendahari dan disahkan oleh Pengerusi. • Menandatangani pengeluaran wang daripada akaun bank bersama Bendahari atau Setiausaha. iv. Menyemak, meluluskan, mengesahkan dan menandatangani baucar dan resit. Pengerusi Setiausaha/Bendahari Pengerusi/Bendahari Setiausaha i. Menyediakan surat permohonan kelulusan pengeluaran wang akaun TABIKA/TASKA kepada pegawai pelulus mengikut kuasa pelulus. ii. Menyediakan surat permohonan kelulusan kepada Pengarah KEMAS Negeri untuk tujuan membuat kutipan wang selain daripada sumbangan yang telah dibenarkan. iii. Menandatangani pengeluaran wang daripada akaun bank bersama Pengerusi atau Bendahari. Pengerusi Pengerusi/Bendahari Pengerusi/Bendahari
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 14 Jawatan Tanggungjawab Tindakan Bersama Bendahari i. Menerima dan menyimpan surat permohonan kelulusan pengeluaran wang. ii. Menandatangani surat permohonan pengeluaran wang tidak melebihi RM1,000.00 iii. Membentangkan unjuran perbelanjaan bulanan dan tahunan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti TABIKA dan TASKA KEMAS untuk mendapatkan kelulusan pengeluaran wang TABIKA dan TASKA KEMAS. iv. Menyediakan anggaran perbelanjaan bagi semua aktiviti di peringkat kelas dan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa.(Anggaran perbelanjaan tidak boleh melebihi 3 bulan bagi perancangan program) v. Mengemaskini perekodan akaun vi. Menandatangani pengeluaran wang daripada akaun bank bersama Pengerusi atau Setiausaha. vii. Menyediakan dan menandatangani baucar. viii. Mengesahkan dan mengeluarkan resit terimaan sumbangan atau derma daripada ibu bapa/penjaga dan penyumbang. Pengerusi/Setiausaha Pengerusi/Setiausaha Pengerusi/Setiausaha Pengerusi/ Pemeriksa Kira-kira/ PPPAK Pengerusi/Setiausaha Pengerusi
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 15 Jawatan Tanggungjawab Tindakan Bersama ix. Memastikan wang tunai di tangan tidak melebihi RM800.00 (Semenanjung) dan RM1,000.00 (Sabah dan Sarawak). Wang tunai perlu disimpan di dalam yang disimpan di dalam Kabinet Besi Berpalang/Berkunci atau almari berkunci di premis TABIKA/TASKA. x. Menyedia dan mengesahkan penyata perbelanjaan bulanan dan tahunan, penyata bank serta membentangkan dalam: • Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti TABIKA dan TASKA KEMAS sekurangkurangnya empat kali setahun. • Mesyuarat Agung TABIKA dan TASKA KEMAS. • Mesyuarat Khas (mengikut keperluan). PKB/PKD/PPPAK/ Pengerusi/Pemeriksa Kira-kira Pemeriksa Kira-Kira i. Memeriksa dan mengesahkan rekod terimaan dan perbelanjaan harian, penyata akaun bulanan dan tahunan yang disediakan oleh Bendahari. ii. Memeriksa dan menyemak semua dokumen yang menyokong terimaan dan perbelanjaan serta pembayaran yang dibuat. iii. Memeriksa penyata bank atau buku simpanan atas nama Jawatankuasa dan mengesahkan transaksi dan baki terkini. Pengerusi/ Bendahari Pengerusi/ Bendahari Pengerusi/ Bendahari
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 16 10.0 TATACARA PENGGUNAAN BUKU CEK/SLIP PENGELUARAN WANG (AKAUN SEMASA) 10.1 Penggunaan buku cek boleh ditandatangani oleh sekurang-kurangnya 2 orang (bergantung kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa). 10.2 Bendahari WAJIB menandatangani cek bersama Pengerusi atau setiausaha. 10.3 Cek TIDAK BOLEH ditandatangani tanpa pengisian butiran. 10.4 Buku cek perlu disimpan oleh Bendahari di dalam kabinet besi berpalang/berkunci atau almari berkunci di premis TABIKA/TASKA. 10.5 Helaian cek yang salah diisi atau rosak tidak boleh dikoyak atau dibuang sebaliknya hanya perlu dipalang dan disimpan. 10.6 Keratan di tepi buku cek perlu diisi berkenaan butiran dan baki bagi tujuan perekodan. 10.7 Tatacara pengeluaran wang akaun TABIKA/TASKA menggunakan buku cek/slip pengeluaran wang perlu merujuk kepada Lampiran MPA 22, Lampiran MPA 23 dan Lampiran MPA 24. 10.8 Caj perkhidmatan buku cek adalah ditolak dikira sebagai duit sumbangan dan perlu direkodkan. 10.9 Cek perlu dibuat salinan bagi tujuan perekodan dan disimpan di fail MBMT (B2) Sumbangan dan GPK (B3). 11.0 PEREKODAN AKAUN DAN DOKUMENTASI KEWANGAN 11.1 Rekod Akaun TABIKA dan TASKA KEMAS
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 17 11.1.1 Merekod segala terimaan dan perbelanjaan wang TABIKA/TASKA dalam rekod Akaun. 11.1.2 Rekod Akaun disediakan dan dikemaskini oleh Bendahari. 11.1.3 Menggunakan pen biru atau hitam (pen bermata bulat). Pensil tidak boleh digunakan sama sekali. Perekodan juga boleh ditaip menggunakan komputer. 11.1.4 Sebarang pindaan/pembetulan yang berlaku dalam pengisian digariskan sekali dengan pen dan ditandatangan ringkas oleh Bendahari selaras AP147. 11.1.5 Semua jenis pemadam sama ada dalam bentuk cecair pemadam (liquid paper) atau bukan cecair tidak boleh digunakan untuk membuat pindaan/ pembetulan. 11.1.6 Rekod Akaun dikemaskini oleh Bendahari diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira dan disahkan oleh Pengerusi setiap lima (5) haribulan bulan berikutnya serta disemak oleh PPPAK selepas lima (5) haribulan. 11.1.7 Semua dokumentasi kewangan (B1, B2 dan B3) perlulah disimpan dan dikemaskini termasuklah Penyata Bank (bank pay in slip) dan surat menyurat berkaitan dengan akaun hendaklah disimpan di dalam fail untuk direkod dan diaudit. 11.2 Rekod Terimaan 11.2.1 Ruangan rekod terimaan dalam format perekodan kewangan adalah untuk merekod segala terimaan tunai/bank TABIKA dan TASKA KEMAS. 11.2.2 Penjelasan tentang butir-butir yang perlu diisi dalam ruang terimaan format perekodan kewangan adalah seperti berikut:
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 18 a. Tarikh b. Butir-butir Terimaan c. No. Resit d. Jumlah Terimaan 11.2.3 Segala terimaan perlu dikeluarkan resit sebagai bukti penerimaan. 11.3 Rekod Perbelanjaan 11.3.1 Rekod perbelanjaan adalah segala perbelanjaan wang TABIKA dan TASKA KEMAS. Apabila perbelanjaan dilakukan, Bendahari adalah bertanggungjawab : i. Memastikan permohonan perbelanjaan diluluskan oleh pihak yang diberi kuasa. ii. Setiap perbelanjaan perlu disertakan resit/bil/invois KECUALI bagi perbelanjaan yang tiada resit/bil/invois perlu menggunakan baucar hijau. iii. Semua resit/bil pembekal/baucar/invois/laporan prestasi bulanan perlu disimpan dalam fail dokumentasi (B2 resit/invois pembekal PBMT dan GPK) dan B3-Baucar, resit selain PBMT) – rujuk Manual Dokumentasi) kewangan di TABIKA/ TASKA. Resit/bil pembekal yang bercetak perlu dibuat salinan. 11.3.2 Penjelasan tentang butir-butir yang perlu diisi dalam ruang perbelanjaan format perekodan kewangan di dalam Lampiran MPA adalah seperti berikut: a. Tarikh b. Nombor Baucar (Hijau) c. Nombor Resit/Invois/Bil Pembekal/Pekedai d. Butir-butir Perbelanjaan
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 19 e. Jumlah Perbelanjaan 11.4 Resit/Bil Pembekal/ Pekedai 11.4.1 Resit pekedai atau pembekal adalah penyata/rekod perbelanjaan yang disediakan oleh pekedai atau pembekal samada bertulis atau cetakan berkomputer. Resit yang diterima perlu mengandungi perkara seperti berikut : - Nama dan cop pembekal - Senarai item yang dibeli - Nama dan tandatangan penerima serta tarikh penerimaan 11.4.2 Pendidik Masyarakat/Pembantu Pendidik Masyarakat boleh merekodkan apa-apa nombor rujukan yang tertera pada resit/bil untuk dijadikan sebagai bukti pembelian. 11.5 Buku Resit Terimaan 11.5.1 Buku resit/terimaan adalah bukti kepada penerimaan wang sumbangan daripada ibu bapa/orang, perseorangan dan pendahuluan wang daripada Pendidik Masyarakat (PM)/Pembantu Pendidik Masyarakat (PPM)/Jawatankuasa (AJK)/orang perseorangan. 11.5.2 Buku resit perlu mempunyai nombor berturutan/bersiri. 11.5.3 Buku Resit penerimaan wang sumbangan adalah bukti pengesahan penerimaan wang/cek. Setiap resit mestilah mengandungi perkara yang berikut : i. No. Resit yang bersiri dan bercetak. ii. Tarikh terima wang tunai/cek. iii. Jenis terimaan (sebab bayaran). iv. Amaun dalam angka dan perkataan.
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 20 v. Tandatangan Penerima (Bendahari). 11.5.4 Buku Resit TIDAK BOLEH dicetak menggunakan nama Jabatan dan Logo. 11.5.5 Buku resit boleh dibeli dari pasaran/kedai atau boleh dicetak sendiri dengan menggunakan nama dan alamat TABIKA/TASKA sahaja dan mempunyai nombor siri yang teratur/berturutan. 11.5.6 Setiap resit mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua salinan. Satu salinan asal untuk penerima dan satu salinan untuk simpanan. 11.5.7 Bendahari mengisi, mengeluar dan menandatangani resit atas nama kanak-kanak dan Pengerusi perlu menyemak dan menandatangani salinan setiap helaian resit. 11.5.8 Resit yang rosak tidak boleh dimusnahkan atau dikeluarkan daripada buku resit. Resit yang rosak boleh dibatalkan dengan tulisan “DIBATALKAN” atas resit berkenaan dan disimpan untuk disemak. 11.6 Baucar Hijau 11.6.1 Baucar digunakan kepada pengeluaran dan penerimaan yang tidak mempunyai resit atau bil atau invois seperti perkhidmatan memotong rumput, pembelian bahan basah dan kering daripada penjaja, bayaran tambahan saguhati PPMS, bayaran balik wang pendahuluan Pendidik Masyarakat (PM)/Pembantu Pendidik Masyarakat (PPM)/Jawatankuasa (AJK) dan lain-lain. 11.6.2 Baucar hijau digunakan untuk pengeluaran dan penerimaan yang tidak mempunyai resit atau bil atau invois seperti perkhidmatan memotong rumput, pembelian bahan basah dan kering daripada
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 21 penjaja, bayaran tambahan saguhati PPMS, bayaran pendahuluan wang PM/AJK dan lain-lain. 11.6.3 Baucar hendaklah disediakan dengan menggunakan kertas berwarna hijau. 11.6.4 Baucar perlu disediakan seperti format di Lampiran MPA 07. Perkara-perkara yang perlu diisi dalam baucar adalah seperti berikut : a. No. Baucar ialah nombor mengikut urutan rekod perbelanjaan bagi tahun berkenaan (tahun semasa) contohnya nombor baucar bagi perbelanjaan pertama tahun semasa akan menggunakan 3 digit bermula dengan 001/tahun semasa dan bersambung 002/tahun semasa dan seterusnya sehingga akhir tahun. b. Nama dan Alamat TABIKA / TASKA KEMAS c. Bayar kepada hendaklah diisi dengan nama dan alamat pihak pembekal atau pemberi perkhidmatan atau orang perseorangan. d. Tarikh ialah tarikh baucar disediakan. e. Tarikh/Butir-butir Perbelanjaan/Amaun (Jadual): • Tarikh menerima barang/perkhidmatan; • Butir-butir Perbelanjaan ialah jenis barang atau perkhidmatan yang diberi • Amaun bagi tiap-tiap barang/perkhidmatan dan jumlah. f. Amaun dicatatkan dalam angka pada ruangan jumlah dan perkataan pada ayat.
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 22 g. Tandatangan Pengerusi yang meluluskan pembayaran. h. Penerima ialah pihak yang menerima bayaran tetapi tidak perlu tandatangan jika sudah ada bil/resit. i. Pembayar : Bendahari 11.7 Penyata Kewangan 11.7.1 Penyata Akaun Bulanan hendaklah disediakan oleh Bendahari, sebelum lima (5) haribulan setiap bulan, diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira dan disahkan oleh Pengerusi dan disemak oleh PPPAK selepas lima (5) haribulan setiap bulan. 11.7.2 Penyata Akaun bulanan perlulah diasing mengikut sumber kewangan iaitu program Bantuan Makanan Tambahan (PBMT), Geran Perkapita (GPK) dan Sumbangan. 11.7.3 Penyata Akaun Tahunan hendaklah disediakan oleh Bendahari, diperiksa oleh dua (2) Pemeriksa Kira-kira dan disahkan oleh Pengerusi dan disemak oleh PPPAK sebelum Mesyuarat Agung. 12.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 12.1 Ketua Pengarah 12.1.1 Memastikan dasar Jabatan dipatuhi. 12.1.2 Memastikan anggaran peruntukan belanjawan disediakan 12.1.3 Memastikan anggaran belanjawan disemak dan dihantar 12.1.4 Memastikan peruntukan diterima oleh Jabatan. 12.1.5 Memastikan peruntukan dibelanjakan mengikut tatacara yang dikuatkuasakan 12.2 Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) 12.2.1 Memantau dasar Jabatan dipatuhi. 12.2.2 Merancang dan menyelaras anggaran peruntukan belanjawan.
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 23 12.2.3 Merancang dan menyelaras anggaran belanjawan disemak dan dihantar kepada Bahagian-bahagian. 12.2.4 Menyelaras prestasi perbelanjaan Bahagian-bahagian 12.2.5 Pemantauan keberkesanan projek-projek dan program-program Jabatan. 12.3 Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) 12.3.1 Merancang dan menyelaras peruntukan diterima oleh Jabatan 12.3.2 Merancang dan menyelaras peruntukan dibelanja mengikut tatacara yang dikuatkuasakan 12.3.3 Menyelaras dan memantau prestasi perbelanjaan Pengurusan Operasi 12.3.4 Pemantauan keberkesanan projek-projek dan program-program Jabatan 12.3.5 Pemantauan Laporan Prestasi Program Bantuan Makanan Tambahan dan Geran Perkapita 12.4 Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (BPAK) 12.4.1 Menyediakan anggaran peruntukan 12.4.2 Memantau dan menyelaras agihan peruntukan kepada negeri 12.4.3 Memantau pelaksanaan dan perolehan PBMT dan GPK 12.4.4 Menyediakan dan memantau laporan prestasi perbelanjaan 12.5 Bahagian Kewangan dan Perolehan 12.5.1 Menyediakan dan memantau waran peruntukan. 12.5.2 Memantau dan menyelaras peruntukan dan perolehan. 12.5.3 Memantau prestasi perbelanjaan kewangan. 12.5.4 Memastikan perolehan dibuat mengikut tatacara/prosedur yang berkuatkuasa. 12.6 KEMAS Negeri 12.6.1 Menyediakan dan memantau waran peruntukan. 12.6.2 Menerima waran peruntukan daripada Ibu Pejabat dan merekodkan waran peruntukan.
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 24 12.6.3 Menyelaras dan memantau peruntukan. 12.6.4 Menyelaras dan memproses perolehan dan pembayaran. 12.6.5 Melaksanakan pemantauan. 12.6.6 Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan kewangan. 12.7 KEMAS Bahagian/Daerah 12.7.1 Menyedia dan mengesahkan unjuran peruntukan dan perbelanjaan serta cadangan pekedai/pembekal dan penyedia makanan mengikut TABIKA/ TASKA 12.7.2 Memantau dan menyelaras pelantikan pekedai/pembekal dan Penyedia Makanan. 12.7.3 Menyelaras dan memantau pelaksanaan PBMT mengikut manual dan arahan pentadbiran semasa. 12.7.4 Memantau dan menyelaras peruntukan, laporan prestasi perbelanjaan kewangan dan status pemakanan kanak-kanak peringkat Bahagian/Daerah. 12.8 Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-kanak (PPPAK) 12.8.1 Menyemak dan memantau unjuran peruntukan dan perbelanjaan. 12.8.2 Menyelaras dan memantau pelaksanaan PBMT mengikut manual dan arahan pentadbiran semasa. 12.8.3 Memantau dan menyelaras peruntukan, laporan prestasi perbelanjaan kewangan dan status pemakanan kanak-kanak. 12.8.4 Memantau perekodan dan pengemaskinian stok makanan kering di dalam Rekod Daftar Stok. 12.9 Pendidik Masyarakat (PM)/Pembantu Pendidik Masyarakat (PPM) TABIKA dan TASKA KEMAS 12.9.1 Merancang dan melaksanakan urusan penerimaan, pengeluaran dan perbelanjaan akaun TABIKA/TASKA KEMAS berdasarkan Manual Pengurusan Akaun TABIKA/TASKA KEMAS yang berkuatkuasa. 12.9.2 Menyediakan unjuran peruntukan dan perbelanjaan serta cadangan pekedai atau pembekal/penyedia makanan bermasak
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 25 12.9.3 Mengurus dan merekodkan pembelian/perolehan bahan basah dan kering serta pembayaran 12.9.4 Memantau dan menyediakan makanan mengikut menu dan resepi yang telah ditetapkan. 12.9.5 Menyediakan laporan Prestasi Pembekal serta Prestasi Perbelanjaan, dan Status Pemakanan Kanak-kanak TABIKA dan TASKA 12.9.6 Merekod dan mengemaskini stok makanan kering di dalam Rekod Daftar Stok. 12.10 Jawatankuasa Aktiviti TABIKA dan TASKA 12.10.1 Membantu menguruskan kutipan yuran/ sumbangan TABIKA/TASKA 12.10.2 Menguruskan tatacara terimaan dan pengeluaran wang akaun TABIKA/TASKA KEMAS 12.10.3 Memastikan perekodan dan dokumentasi akaun TABIKA/TASKA adalah teratur. 12.10.4 Melaksanakan perolehan mengikut tatacara kewangan yang berkuatkuasa. 12.10.5 Menyokong cadangan peruntukan dan perbelanjaan. 13.0 PEMANTAUAN 13.1 Tujuan pemantauan adalah untuk memastikan Manual Pengurusan Akaun (MPA) TABIKA dan TASKA KEMAS dipatuhi. 13.2 Fail dokumentasi kewangan dikemaskini dan lengkap dengan dokumen sokongan. Jika terdapat kesalahan pematuhan dalam dokumentasi kewangan, PPPAK hendaklah membentangkan isu berkenaan di dalam Bengkel Dwimingguan. 13.3 PPPAK hendaklah melaksanakan pemantauan dokumen kewangan secara berkala sekurang-kurangnya 15% daripada bilangan TABIKA/TASKA setiap bulan.
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 26 13.4 PKB/PKD perlu membuat naziran ke atas perekodan akaun sekurangkurangnya tiga (3) kali (Semenanjung) dan dua (2) kali (Sabah dan Sarawak) sebulan di lokasi TABIKA dan TASKA KEMAS yang berlainan. 13.5 Pemantauan dokumen kewangan dari masa ke semasa oleh Pegawai KEMAS Negeri dan Pegawai KEMAS Ibu Pejabat. 14.0 PENGURUSAN DOKUMEN Bil Jenis Rekod Tempoh Simpanan Lokasi Rekod 14.1 Buku Akaun Tunai dan GPK TABIKA dan TASKA KEMAS atau Rekod Kewangan 7 Tahun TABIKA dan TASKA KEMAS 14.2 Buku Resit 7 Tahun TABIKA dan TASKA KEMAS 14.3 Baucar 7 Tahun TABIKA dan TASKA KEMAS 14.4 Buku Akaun Bank 7 Tahun TABIKA dan TASKA KEMAS 14.5 Penyata Akaun Bank 7 Tahun TABIKA dan TASKA KEMAS 14.6 Fail Dokumentasi Kewangan 7 Tahun TABIKA dan TASKA KEMAS **NOTA : Kaedah Pelupusan Dokumen Kewangan - Rujuk Manual Dokumentasi 15.0 SINGKATAN KP : Ketua Pengarah PKMN : Pengarah Kemajuan Masyarakat Negeri
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 27 TPPAK : Timbalan Pengarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak PPKPAK : Penolong Pengarah Kanan Pendidikan Awal Kanak-Kanak PKB : Pegawai KEMAS Bahagian PKD : Pegawai KEMAS Daerah PUPAK : Pegawai Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak PPPAK : Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-kanak PM : Pendidik Masyarakat PPM : Pembantu Pendidik Masyarakat AJK : Ahli Jawatankuasa PKK : Pemeriksa Kira-kira PBMT : Program Bantuan Makanan Tambahan PTP : Penyaluran Terus Peruntukan GPK : Geran Perkapita PAK : Pendidikan Awal Kanak-Kanak JANM : Jabatan Akauntan Negara Malaysia PTJ : Pusat Tanggungjawab SST : Surat Setuju Terima SMPK : Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan NCDC : National Child Data Centre MBMT : Manual Bantuan Makanan Tambahan di TABIKA/TASKA KEMAS KKDW : Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah 16.0 LAMPIRAN Bil Lampiran Perkara 16.1 Lampiran MPA 01 Proses Kerja Kelulusan Had Kuasa Oleh Pengerusi (Pengeluaran Wang Tidak Melebihi RM1,000.00) 16.2 Lampiran MPA 02 Proses Kerja Kelulusan Had Kuasa Oleh Pengerusi (Pengeluaran Wang Tidak Melebihi RM1,000.00) (Penggunaan Buku Cek/Slip Pengeluaran Wang (Akaun Semasa)
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 28 Bil Lampiran Perkara 16.3 Lampiran MPA 03 Proses Kerja Had Kuasa Pengeluaran Oleh PKB/PKD (Pengeluaran Wang Melebihi RM1,000.00 dan Tetapi Tidak Melebihi RM3,500.00 (TABIKA) dan RM5,000.00 (TASKA) • Bagi Negeri yang tiada PKB/ PKD, kuasa kelulusan adalah kepada TP/ PPK PAK atau Pegawai/ MT yang diberikan kuasa oleh PKMN secara bertulis. 16.4 Lampiran MPA 04 Proses Kerja Had Kuasa Pengeluaran Oleh Pengarah (Pengeluaran Wang Melebihi RM3,500.00 (TABIKA) RM5,000.00 (TASKA) 16.5 Lampiran MPA 05 Carta Alir Had Kuasa Pengeluaran Oleh Pengerusi TABIKA/TASKA (Pengeluaran Wang Tidak Melebihi RM1,000.00) 16.6 Lampiran MPA 06 Carta Alir Had Kuasa Pengeluaran Oleh Pengerusi TABIKA/TASKA (Pengeluaran Wang Tidak Melebihi RM1,000.00) (Penggunaan Buku Cek/Slip Pengeluaran Wang (Akaun Semasa) 16.7 Lampiran MPA 07 Carta Alir Had Kuasa Pengeluaran Oleh PKB/PKD (Pengeluaran Wang Melebihi RM1,000.00 dan Tetapi Tidak Melebihi RM2,500.00 (TABIKA) RM4,000.00 (TASKA) • Bagi Negeri yang tiada PKB/ PKD, kuasa kelulusan adalah kepada TP/ PPK PAK atau Pegawai/ MT yang diberikan kuasa oleh PKMN secara bertulis. 16.8 Lampiran MPA 08 Carta Alir Had Kuasa Pengeluaran Oleh Pengarah (Pengeluaran Wang Melebihi RM3,500.00 (TABIKA) RM5,000.00 (TASKA)
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 29 Bil Lampiran Perkara 16.9 Lampiran MPA 09 Baucar TABIKA dan TASKA KEMAS 16.10 Lampiran MPA 10 Contoh Surat Penurunan Kuasa 16.11 Lampiran MPA 11 Contoh Surat Kelulusan Pengeluaran Wang Bawah RM1,000.00 16.12 Lampiran MPA 12 Contoh Surat Memohon Kelulusan PKB/PKD/Pegawai/MT yang diberi kuasa oleh Pengarah Untuk Menggunakan Wang TABIKA dan TASKA KEMAS RM1,000.00 hingga RM3,500.00 (TABIKA) dan RM5,000.00 (TASKA) 16.13 Lampiran MPA 13 Contoh Surat Memohon Kelulusan Pengarah Untuk Menggunakan Wang TABIKA dan TASKA KEMAS Melebihi RM3,500.00 (TABIKA) dan RM5,000.00 (TASKA) 16.14 Lampiran MPA 14 Contoh Surat Perjanjian Pendahuluan Deposit Sewaan Premis 16.15 Lampiran MPA 15 Contoh Surat Persetujuan Pemulangan Semula Bayaran Sewaan Premis Yang Menggunakan Wang Sumbangan 16.16 Lampiran MPA 16 Rekod Terimaan Tunai Wang Sumbangan Bagi Bulan....................Tahun......................... 16.17 Lampiran MPA 17 Rekod Terimaan Sumbangan kanak-kanak TABIKA/ TASKA bagi Tahun......................... 16.18 Lampiran MPA 18 Rekod Perbelanjaan PBMT Bulan,,,,,,,,,,,,,,,,,, - A. Perbelanjaan Makanan 16.19 Lampiran MPA 19 Rekod Perbelanjaan Wang Sumbangan - B. Alat Bahan Pengajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc) 16.20 Lampiran MPA 20 Rekod Perbelanjaan Wang Sumbangan - C. Perbelanjaan Kemudahan Dan Lain-Lain
MANUAL PENGURUSAN AKAUN (MPA) TABIKA DAN TASKA KEMAS PINDAAN TAHUN 2023 30 Bil Lampiran Perkara 16.21 Lampiran MPA 21 Rekod Perbelanjaan Harian GPK GPK 1 - Alat Bahan Pengajaran dan Pemudahcaraan GPK 2 - Lawatan Pendidikan GPK 3 - Penyelenggaraan dan Utiliti GPK 4 - Alat Pembersihan Diri (TASKA) 16.22 Lampiran MPA 22 Penyata Kewangan Bulanan Akaun TABIKA/TASKA KEMAS 16.23 Lampiran MPA 23 Penyata Kewangan Tahunan Akaun TABIKA/TASKA Berakhir 31 Disember 20…