MINIT MESYUARAT KURIKULUM SK TOMBOVO PENAMPANG
BILANGAN 2 TAHUN 2019
Tarikh / Hari : 24 Ogos 2019 ( Sabtu )
Masa : 9.10 – 10.10 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SK Tombovo
Pengerusi : Pn Venancy @ Angela Suimen
KEHADIRAN - Guru Besar
1. Pn. Venancy @ Angela Suimen - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
2. En. Hassan bin Ibrahim - Penolong Kanan Ko-Kurikulum
3. Pn. Janeta @ Janet Jurie - Penolong Kanan Petang
4. Pn. Dayang Hapnah bt Bujal - Setiausaha Kurikulum
5. Pn. Dg. Mashini binti Ag Abd Rahman
6. Pn. Christy Dulamit
7. Pn. Ubudiah binti Jaafar
8. Pn. Irdah Irmalawati bt Abd Karim
9. Pn Jennifer Jinor
10. En. Pg Mohd Anas bin Pg Ajamain
11. Pn. Hartini Majiau
12. Pn. Noraini Mayasin
13. Cik Nurul Atiqah Ruhaizad
14. Pn. Kamsinah Ag Patah
15. Cik Norzurianah binti Gedat
16. En. Hazmi Ag Kassim
17. En. Chung Shun En
18. Pn. Wahidah Abd Ghani
19. En. Paulus Salin
20. Pn. Joycelyn James
21. En. Haikal Arif @ Lunca bin Kasin
22. Pn. Hasnoraliza binti Md Hassan
23. Pn. Joycelyn Chong Lee Jing
24. Pn. Nor Azura binti Marzuki
25. Pn. Rosnani bte Abd Rashid
26. Pn. Rafiqa Hanie bt Awang
27. Pn. Scholastica Benjamin
28. En. Jinggol Lianus
29. Pn. Nor Jihan binti Sapawi
30. En Francis Langob @ Mohd Firdaus Abdullah
31. En. Mohd Lukman bin Mohd Ghazali
32. Pn. Neena Eriyani binti Ahmad
33. En. Idham bin Nadzri
34. Pn. Nooryusni binti Sabturani
35. Pn. Dk Ratnazurainie Pg Masri
36. Pn. Filisia Anak Beddie
37. Pn. Kristy Kadius
38. Pn. Rukiah Jumat
39. Cik. Agnes George
40. Pn. Nelly Philippus
41. Pn. Dg Sarah Abdullah
42. Pn. Ellyca Paul
43. Cik Norafidah Ismail
44. Pn. Mary Kunjam
45. Pn. Ranidah Baddiri
TIDAK HADIR (BERSEBAB)
1. En. Zainuddin Ismail
2. Pn. Nor Fatin Wahida binti Pisol
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua guru
ke Mesyuarat Kurikulum Bil 2 Tahun 2019.
2.0 PENGESAHAN MINIT
Minit mesyuarat dicadangkan untuk disahkan.
Dicadang oleh : Pn. Irdah Irmalawati bt Abd Karim
Disokong oleh : Cik Nurul Atiqah binti Ruhaizad
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Penolong Kanan HEM memaklumkan kepada semua guru di bawah selia
Puan Hj Asmah untuk menghantar Rancangan Pengajaran Harian
kepada beliau.
Makluman
4.0 JAWATANKUASA KURIKULUM 2019 (TERKINI)
4.1 Rujuk Lampiran 1
5.0 LAPORAN ANALISIS PENCAPAIAN TAHAP 2 & PBD TAHAP 1
5.1 Rujuk Lampiran 2 (Laporan PBD Tahap 1 & Analisis Pencapaian Tahap
2)
5.2 Penolong Kanan Petang memaklumkan bahawa buku dan borang transit
untuk murid Tahap 1 telah disediakan manakala DSKP juga telah
disediakan dalam bentuk Barcode bagi memudahkan pelawat mengakses
maklumat tersebut.
Makluman
5.3 Bagi Literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik pengerusi
mengingatkan kepada semua guru Tahap 1 untuk menyediakan Unjuran
Pencapaian Tahap Penguasaan (TP) bersama-sama senarai nama
murid yang diunjurkan ke tahap penguasaan seterusnya.
Tindakan : Guru Tahap 1
5.4 Bagi murid Tahun 4 dan 5, pengerusi menasihati agar guru-guru dapat
mengenalpasti murid yang tidak menguasai mata pelajaran Matematik
dan Bahasa Inggeris dan akan satu perjumpaan akan diadakan dalam
masa terdekat.
Tindakan : Ketua Panitia Matematik & Bahasa Inggeris
6.0 LAPORAN ANALISIS PENCAPAIAN PRASEKOLAH
6.1 Rujuk Lampiran 3
6.2 Pengerusi mencadangkan kepada guru prasekolah supaya menekan
teknik memegang pensel kepada murid supaya dapat meningkatkan
kemahiran motor mereka.
6.3 Pengerusi menasihati guru prasekolah bahawa intervensi yang dinilai
perlu lebih berfokus dengan masalah murid untuk semua mata pelajaran
Tindakan : Guru Prasekolah
7.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
7.1 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru untuk menghantar
Rancangan Pengajaran Harian setiap hari Jumaat kepada penolong-
penolong kanan.
Makluman
8.0 HAL-HAL LAIN
8.1 Cik Nurul memaklumkan kepada semua guru kelas supaya menurunkan
semua hiasan dan bahan pembelajaran yang ada di dalam kelas sebelum
peperiksaan UPSR diadakan.
Tindakan : Semua guru kelas
8.2 Cik Nurul juga meminta perhatian kepada semua pentadbir supaya
menyediakan langsir dan kebenaran untuk menyusun meja lebih awal
memandangkan kekangan masa yang disebabkan oleh cuti berganding.
Tindakan : Penolong Kanan Pentadbiran
8.3 Cik Nurul juga meminta jasa baik pentadbir supaya menyediakan lantikan
dalaman untuk setiausaha peperiksaan bagi memudahkan pihak sekolah
jika setiausaha peperiksaan keluar sekolah atas urusan rasmi.
8.4 Puan Neena mencadangkan murid yang masih belum menguasai
kemahiran membaca untuk mendapatkan khidmat guru pemulihan.
Tindakan : Penolong Kanan 1 & Guru Pemulihan
8.5 Puan Filisia mengingtkan kepada semua guru supaya menggunakan data
internet sebaiknya memandangkan Celcom mempunyai kuota tertentu
untuk kegunaan sekolah.
8.6 Puan Filisia juga memaklumkan bahawa e-rph boleh dibuat semula untuk
kemudahan semua guru.
Makluman
8.7 Encik Haikal meminta jasa baik pentadbir untuk menyediakan satu bilik
bagi menyimpan barang-barang Reka Bentuk & Teknologi.
Tindakan : Pentadbir
8.8 Puan Dk Ratnazurainie mengingatkan kepada semua pentadbir untuk
menyediakan pencerapan Standart 4 SKMPg2 dengan kadar segera
Tindakan : Pentadbir
8.9 Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru perlu mengemaskini
makluman dan sahkan E-Operasi dalam tempoh seminggu.
Makluman
9.0 PENUTUP
9.1 Pengerusi memaklumkan semua guru agar bekerjasama dan sepakat
dalam menjayakan tugas walaupun beliau baru sahaja mengetuai
sekolah dan berharap guru-guru dapat memberikan komitmen yang
terbaik seperti pentadbiran guru besar sebelum beliau.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi
Pencatat & Penyediaan Minit
Setiausaha Kurikulum
Tarikh : 24 Ogos 2019